Grab The Promo
Grab The Promo

Apa Perasaan Bila Tumor Marker di Jumpai dalam Darah anda ?


Dengar sahaja Tumor Cik iena Yakin pasti akan ada rasa takot . Sama seperti Cik iena . Sejujurnya Cik iena tidak lah sekuat yang di sangka . Adakalanya rasa penat sangat menangis . Jika sebelum ni menangis sebab LELAKI, berbeza kali ini menangis di sebabkan Tumor marker di kesan dalam Darah Cik iena baru-baru ini semasa membuat Medical Checkup di PathLab Bangsar.


Apa Perasaan Bila Tumor Marker di Jumpai dalam Darah anda ?


Tidak di nafikan memang banyak kebaikannya Syarikat mewajibkan semua pekerja membuat pemeriksaan kesihatan. Syarikat Cik iena membayar untuk kesemua Pekerja yang telah bekerja melebihi setahun untuk membuat pemeriksaan kesihatan ini.



Semasa keputusan di beri kepada setiap pekerja secara individu mereka memberitahu tentang keputusan pemeriksaan kesihatan, sejujurnya Cik iena kesal kerana mereka tidak memberitahu dengan betul tentang keputusan Cik iena. Petugas yang hadir hanya menyuruh Cik iena Scan perut atau cek perut.


Cik iena beranggapan ianya mungkin kerana cik iena mengalami masalah penghadaman dan Cik iena mengalami masalah tidak boleh makan pedas secara on the spot perut akan sakit. Tapi di sebabkan dah imune , cik iena dah terbiasa  makan pedas = sakit perut itu menjadi rutin.

Kalau di ikutkan tahap kepedasan orang normal cik iena rasa tak pedas. Sebab selalu tanya orang lain pedas tak. Mereka jawab tak . Cuma cik iena ni semuanya pedas. Kalau orang lain cakap pedas, untuk iena lagi pedas gila berbpeluh-peluh makan.

Tak nak sakit perut jangan makan pedas . Jadi Cik iena melambatkan untuk pergi ke Hospital . Kerana maklumat yang di berikan oleh petugas Pathlab Bangsar tidak lengkap dan tak tau nak cakap apa la. Sepatut nya dari keputusan darah dia boleh beritahu apa masalahnya itu yang di katakan doktor yang Cik iena temui.


Tumor MArker di Jumpai dalam Darah


Doktor yang Cik iena temui juga sangat pelik kenapa tiada doktor yang guide untuk keputusan pemeriksaan kesihatan ini. Maklumat yang di sampaikan pun tidak lengkap . Akan jadi lebih bahaya Jika kita tak follow up.

Jumaat yang lepas Cik iena bertemu Doktor yang biasa merawat Cik iena dan beliau baca serta terangkan semula keputusan pemeriksaan kesihatan Cik iena dan apa langkah seterusnya yang perlu Cik iena lakukan .

Menurut Doktor terdapat Tumor Marker atau Penanda kanser yang di kesan di dalam hasil pemeriksaan darah Cik iena . Mengikut kata beliau keputusan bacaan darah untuk CA19.9 agak tinggi . Tumor marker di kesan.

Penyakit yang berkemungkinan adalah banyak kerana ianya berkaitan Pancreas . Boleh jadi ianya sejenis Kanser dan juga bukan kanser yang tidak bahaya . Untuk mengetahui jenis penyakit pemeriksaan lanjut perlu di buat di hospital.



surat REFER kepada doktor pakar Gastro di Hospital Selayang


Doktor mengeluarkan surat REFER kepada doktor pakar Gastro di Hospital Selayang .
 Jadi Hari isnin iaitu hari ini 15 Januari Cik iena ke Hospital selayang .

Pergi Hospital Selayang Untuk Rawatan  Selanjutnya


Seperti biasa soalan yang sama akan di tanya dan cik iena jawab yang sama . Pegawai perubatan di sana cakap Pihak Hospital akan call dalam masa 7 hari untuk membuat temujanji . Temujanji untuk pemeriksaan selanjutnya.

Apabila cik iena tanya apa prosuder seterusnya, beliau berkata akan masukkan kamera di dalam mulut. Ya Allah seram sangat. Cik iena takut. Lebih kurang 4 tahun yang lepas Hidung Cik iena pernah di Masukkan kamera di Klinik Pakar Hidung hospital Ampang. Ini adalah kerana masalah hidung Cik iena yang sangat kerap berdarah.

Dan darahnya sangat banyak sehingga boleh penuh kain telekung T___T. Setelah masuk kamera dan mengetahui punca . Sampai sekarang Cik iena berjaga-jaga . Urat hidung Cik iena sangat nipis berbanding orang normal . jadi walaupun selesema boleh mengakibatkan pendarahan jika Cik iena gosok hidung.

Maka dengan itu cik iena jarang gosok hidung. Doktor ajar cara garu hidung jika gatal. Sangat comel ok.. gerak-gerak kan hidung. Kelihatan agak pelik . tapi terpaksa la sebab tak nak hidung berdarah.

Dan temujanji akan datang masukkan kamera dalam mulut . Cik iena tak dapat bayangkan sakitnya. Kalau hidung sakit. Mulut apatah lagi nak masuk kamera cek perut.  Nak tak nak terpaksa juga buat sebab nak tau sakit apa


Tiada Azam Tahun 2018



Patutlah tahun 2018 cik iena berkelakuan agak pelik tiada azam baru cuma taknak orang buat cik iena sedih. Tapi kali ni bukan orang yang buat sedih. Penyakit yang buat Cik iena sedih. Sejak hari jumaat setiap malam sebelum tidur menangis .

Bila google tentang Tumor marker lagi menangis bila baca pesakit kanser pankres hanya boleh hidup 5 tahun. Sedih tau tak. Sangat sedih. Semasa artikel ini di taip pun Cik iena menangis.


Nanti bila kakngah dah tak de macam mana ?


Cik iena harap sangat Cik iena di jauhkan dari sebarang penyakit berbahaya.  Otak ni banyak sangat berfikir sampaikan terlepas cakap pada mak hari sabtu lepas  . Berborak mengenai adik lelaki yang nak kawen. Cik iena tanya lepas kawen dia duduk mana . Mak kata mungkin rumah mak (bermakna rumah cik iena) .

Cik iena kurang bersetuju Cik iena cakap kalau boleh lepas kawen suruh berdikari cari rumah sewa berdekatan mak . Sampai bila nak duduk dengan mak, sampai bila nak duduk free nanti bila kakngah dah tak de macam mana . Ya Allah sedihnya .

Secara jujurnya keluara cik iena bukan keluarga senang. Sejak kecil kami hidup susah. Cik iena ibarat anak sulung membantu keluarga bahkan rumah yang di duduki keluarga adalah rumah Cik iena . Alhamdulillah semenjak Deqnor kerja tanggungan berkurang sebab kami berdua .



Jadi perkara paling di risaukan  "BILA AKU SUDAH TIADA"

nangis



Koranggggggggg iena sedih sangat..

Makin cik iena google tentang tumor marker makin sakit kepala otak. Makin banyak yang bermain di fikiran.  Tak tau nak gambarkan perasaan ni . Hanya bertahan kerana keluarga.

Memang ada kawan bertanya tapi Maaf kalau Cik iena diam . Sebab bila cik iena cerita cik iena akan nangis dan nangis . Cukup lah korang doakan Cik iena di jauhkan dari penyakit berbahaya .

Daftar Penama KWSP


Selepas pulang dari Hospital Cik iena sempat ke KWSP untuk tambah penama . Penting tau penama ni. Anda semua da letak penama ke belum? kalau belum sebelum apa-apa buruk terjadi pada anda sila letak penama kwsp anda . Rugi mencarum KWSP tak dapat pada penama jika berlaku sesuatu pada anda.

Taktau lah kenapa jauh sangat Cik iena fikir . Cik iena tak tau lah kalau anda semua pula bagaimana kalau anda di tempat Cik iena . Jujur Cik iena takot sangat . Cik iena tak kuat . Dalam pada masa yang sama Cik iena harap sangat orang yang Cik iena anggap penting dalam hidup Cik iena yang cik iena ambil berat pasal dia dan selalu cuba buat dia ketawa . Cik iena berharap dia bertanya keadaan Cik iena.

Tapi tak, awak diam hilangkan diri. Lansung tak bertanya kabar . Andai itu takdirnya.. huwaaa ok nangis lagi..ok dah berhenti menulis.




Nota : maaf kali ni artikel tak banyak gambar.


Birthday Celebration di Sakura Cabin Batang Kali



Sakura Cabin Batang Kali




Pada hari ahad yang lepas Cik iena bersama keluarga meraikan Ulang tahun kelahiran dua orang adik Cik iena di Sakura Cabin Batang Kali . Ini merupakan kali kedua Cik iena makan di Sini di mana kali pertama hadir Cik iena jatuh Cinta dengan masakan Tom Yam Seafood Di Sakura Cabin.


Sakura Cabin Batang Kali
Love katanya


Jadi Untuk kali kedua Cik iena makan menu yang sama iaitu Tom Yam Seafood dan beberapa menu tambahan lain seperti Kalilan Ikan Masin, telur dadar, sambal Puyuh ,nasi bakar dan ayam bakar. Akan tetapi Ayam Bakar yang di pesan tidak sampai sehingga kami habis makan.


Sakura Cabin Batang Kali
wah berselera mak makan


Jadi tolak menu dari resit okay. Mungkin kerana terlalu sibuk sampai lupa. Di Sakura Cabin ini agak ramai pengunjung jadi Cik iena maafkan kerana mereka meminta maaf . Tom Yam Seafood pun ada yang tercicir. Order tiga sampau dua sahaja.

Tom Yam Seafood Sakura Cabin  Sedap !


Sakura Cabin Batang Kali
Tom Yam Seafoods sedap


Di sebabkan Cik iena suka tomyam dia, Cik iena sanggup tunggu dia masak. Ayam bakar cancel sebab dah takde selera. Selera tomyam je ada. haha . Tapi Ayam bakar dia Cik iena pernah makan masa pertama kali datang dan memang sedap. Menu yang lain yang cik iena cuba semasa kunjungan kali kedua ini selain yang di nyatakan cik iena klasifikasikan  biasa-biasa je :)


Tomyam Seafoods dan ayam bakar menu yang cik iena cadangkan untuk anda cuba kerana antara menu yang cik iena cuba tekak Cik iena berselera dua ni . Tapi Cik iena tak cuba menu yang lain . Kalau nak cuba semua menu  kene tunggu owner Sakura Cabin Invite buat review lah kan lalallalalala.

Sakura Cabin Batang Kali
Bersama puan ibunda di hadapan Sakura Cabin Batang Kali


Walaubagaimanapun cik iena yakin setiap yang berkunjung ke sini pasti teruja dengan keadaan sekeliling yang cantik dan mmendamaikan . Cuma gak sedikit bising apabila bunyi kenderaan yang memacu dengan laju kerana kedudukan restoran di tepi jalan besar batu 30 batang kali.

Sakura Cabin Batang Kali Mahal ke Murah ?


Melihat keadaan dekorasi kedai ada yang mengatakan ianya mahal. Tapi dari segi harga Untuk makanan yang kami order boleh di katakan murah . Untuk 11 orang makan  lebih kurang RM137  dengan air buah jus apple asam boi untuk 11 orang.


Sakura Cabin Batang Kali
adik dan anak buah makan kemain selera

Baiklah berbalik kepada tajuk Artikel . Birthday Celebration . Seperti biasa memang menjadi kewajipan keluarga kami untuk menyambut hari lahir setiap orang dalam keluarga . Ianya adalah untuk mengeratkan lagi sillaturrahim sesama keluarga.

Dalam kesibukan anak-anak bekerja , perlu luangkan masa bersama keluarga untuk meraikan ulang tahun kelahiran yang tersayang walaupun ianya tidak di sambut tepat pada hari kelahiran. Boleh jadi lewat atau awal . Asalkan kami ingat akan hari-hari penting bagi keluarga kami.

Sakura Cabin Batang Kali
mak, abah dan adik lelaki


Jarang Cik iena tulis dalam blog walaupun setiap tahun sambut. Cik iena tulis ikut mood. Memandangkan sambutan kali ini ada kaitan dengan Cat & The Fiddle CheeseCake jadi Cik iena tulis haha .

Untuk sambutan kali ini kami sebagai peminat tegar Cheese memilih kek Cat & The Fiddle CheeseCake.  Haa Nak tau macam mana dapatkan  jemput baca di Beli Cat & The Fiddle Cheesecake Secara Online

Okay dengan itu Cik iena belanja gambar ya . Biarlah gambar berbicara :)




Gambar Birthday Celebration di Sakura Cabin Batang Kali




Cat & The Fiddle Cheesecake
Cat & The Fiddle Cheesecake


Cat & The Fiddle Cheesecake
Cat & The Fiddle Cheesecake


Sakura Cabin Batang Kali
Telur dadar, standard.. sama rasa macam kedai lain dan yang cik iena goreng hehe

sambal puyuh
Menurut abah sambal puyuh sedap. tapi cik iena memang tak makan puyuh jadi tak tau nak describe rasa

Sakura Cabin Batang Kali
kailan ikan masin. Biasa-biasa je. Cik iena pernah makan kailan ikan masin lagi sedap (maaf tekak kite kalau pernah makan yang lagi sedap automatik kalau tak sama sedap dia jadi biasa-biasa je)



Sakura Cabin Batang Kali
Nasi bakar, menarik dan nasinya sedap




Sakura Cabin Batang Kali
Cik iena, mak n abah

Sakura Cabin Batang Kali
yang di raikan deqnor dan apul

Sakura Cabin Batang Kali


Sakura Cabin Batang Kali
keluarga cik iena


Sakura Cabin Batang Kali
yang di raikan bergambar bersama mak dan abah


Sakura Cabin Batang Kali
Cik iena bergambar bersama yang di raikan :)

Sakura Cabin Batang Kali
Adik dan tunangnya, norma :)

Sakura Cabin Batang Kali
Birthday girl and birthday boy

Sakura Cabin Batang Kali
nak tumpang potong kek katanya..birthday dia da lepas da 22 ogos haha

Sakura Cabin Batang Kali
dua orang adek lelaki yang dah pun bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tahun ini :)


Wokay sekian nukilan cik iena tentang keluarga Cik iena (^_~)

Beli Cat & The Fiddle Cheesecake Secara Online


Beli Cat & The Fiddle Cheesecake Secara Online


Menjadi trend dalam masyarakat hari ini menyediakan Kek ketika mengadakan majlis keraian seperti Majlis Hari jadi, Pertunangan, perkahwinan dan sebagainya. Jadi kek boleh di katakan penting untuk sesuatu majlis keraian bagi memeriahkan lagi sesutu majlis .


Beli Cat & The Fiddle Cheesecake Secara Online
Cik iena di pejabat Cat & The Fiddle Cheesecake untuk mengambil Cake yang di beli  Secara Online


Ada diantara kita yang memilih untuk membuat sendiri Kek dan ada juga yang memilih hanya untuk beli di mana-mana kedai kek. Tetapi adakalanya kekangan masa menghalang untuk kita membeli kek.
Jadi Di sini Cik iena nak kongsikan tempat di mana anda boleh membeli kek secara dalam talian atau secara online iaitu di Cat And The Fiddle.

Cat & The Fiddle Cheesecake
Cik iena di pejabat Cat & The Fiddle Cheesecake untuk mengambil Cake yang di beli  Secara Online


Dengan ada nya teknologi yang begitu canggih sekarang semuanya di Hujung jari . Anda cuma perlu pilih perasa kek yang ingin di beli . Untuk Review mengenai Kek dari Cat & The Fiddle Cheesecake  boleh rujuk Artikel Cik iena di Kek Keju Sedap di Cat & The Fiddle Cheesecake




Cat & The Fiddle Cheesecake
Cat & The Fiddle Cheesecake




Cat & The Fiddle Cheesecake
Cat & The Fiddle Cheesecake


Dengan adanya website untuk membeli kek secara online ini sangatlah memudahkan dan membantu anda yang mempunyai masalah kekangan masa seperti Cik iena khususnya . Anda boleh buat pemilihan sama ada pihak  Cat & The Fiddle Cheesecake membuat penghantaran ataupun anda sendiri mengambil di pejabat  Cat & The Fiddle Cheesecake .



Cat & The Fiddle Cheesecake boleh di Beli Secara Online


Self Collection @ Cat & The Fiddle Office above Koenigii Nasi Kandar


Cat & The Fiddle Cheesecake
Cik iena di pejabat Cat & The Fiddle Cheesecake untuk mengambil Cake yang di beli  Secara Online

Address:              No. 10B, Nadayu 28 Dagang, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway 48250, Selangor Darul Ehsan
Contact No:        +6018 872 1818                                                          
COllection Time :  10am~8pm(Mon-Sat)/ 10am~5.00pm (Sun/PH)




Delivery Location [Free Delivery within Klang Valley]

Kuala Lumpur
- Ampang/Cheras
- Bukit Bintang/Pudu/KLCC
- Bangsar/Damansara Height
- Brickfields/Old Klang Road
- Bukit Jalil/Kuchai Lama
- Chow Kit/Dang Wangi
- Kepong/Jinjang/Segambut
- Jalan Ipoh/Sentul
- Mt Kiara/Sri Hartamas
- Setapak/Wangsa Maju/Setia Wangsa
- Sg Besi/Sri Petaling

Selangor
- Ara/Kota Damansara/Bandar Utama
- Batu Caves/Gombak/Selayang
- Bangi/Kajang/Semenyih/Sg Long
- Damansara/Petaling Jaya
- Klang
- Puchong
- Sunway/Subang
- Shah Alam

Cat & The Fiddle Cheesecake
Cik iena di pejabat Cat & The Fiddle Cheesecake untuk mengambil Cake yang di beli  Secara Online

Delivery Time Slot:       
   10.00 am – 1.00pm / 1.00 pm – 4.00 pm / 4.00 pm – 7.00pm

Remarks:          Pelanggan juga boleh schedule tarikh penghantaran dalam tempoh satu bulan dari tarikh pembelian.


Jadi kepada anda di luar sana yang tidak sempat untuk ke kedai kek boleh lah membuat pesanan secara online di laman web yang Cik iena nyatakan diatas ya :)



Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream


Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream



Baru-baru ini Cik iena telah menghadiri Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream bertempat di Laman Pengantin Zarlith . Majlis berjalan cukup meriah dan gilang gemilang. Ianya di rasmikan sendiri oleh 3 pengasas Sonrei Cosmetic iaitu Puan Zarinah Haji Mohideen, Puan Siti Hasmah dan Puan Nor Asimah Abdul Salam .







Di sini juga Cik iena berpeluang mencuba sendiri Lip Matte Color Cream dari Sonrei Cosmetic. Pertama kali Cik iena aplikasikan pada bibir terasa sentuhan tekstur lembut ringan yang mudah di pakai dan warna nya juga sangat pigment . Tidak perlu sapuan yang banyak . Hanya sapuan nipis sudah cukup unutk menampakkan warna lip matte color cream tersebut.


Untuk pengetahuan anda,  Sonrei Lip Matte Color Cream menggunakan Formula Antarabangsa 'Formulation Of France'  dan ianya  sangat selamat di gunakan kerana menggunakan 100% bahan semulajadi dan tidak mempunyai chemical. Sonrei Lip Matte Color Cream mengandungi Vitamin E  dan Jojoba oil .


Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream
Cik iena sedang mencuba Sonrei Lip Matte Color Cream - kod 503 Blossom




Jojoba Oil ini berfungsi untuk menjaga kelembutan bibir manakala Vitamin E  berfungsi sebagai antioksidan. Gabungan dua nutrien hebat ini membuat lipstik ini sangat sesuai di aplikasikan oleh semjua jenis kulit kerana ianya akan mengekalkan kelembapan bibir dan membuat warna bibir anda kelihatan cantik.


Selain daripada itu ianya juga Sangat smooth dan very light weight. Tak terasa seperti memakai lipstick tebal tapi warna nya acukup terang. Tambahan lagi ianya juga adalah Mesra wuduk . Sangat mudah untuk di aplikasikan dan sangat mudah juga untuk di tanggalkan. Hanya wipe dengan wet tisu atau basuh dengan air ianya akan hilang.



Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream
Photo Credit to www.sunshinekelly.com


Gambar di Sekitar Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream




Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream
Photo credit to www.bettyjourney.com


Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream
Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream


Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream
Photo credit to www.bettyjourney.com


Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream
Cik iena di Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream


Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream
Cik iena di Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream



Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream
Cik iena bersama salah seorang pengasas Sonrei Cosmetic Puan Siti Hasmah di Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream

Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream
Cik iena dan Raja Azura di Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream


Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream
Cik iena di Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream

Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream
Cik iena di Majlis Pelancaran Sonrei Lip Matte Color Cream




6 Shades Of  Sonrei Lip Matte Color Cream

6 Shades Of  Sonrei Lip Matte Color Cream
6 Shades Of  Sonrei Lip Matte Color Cream


  • 501 Primrose
  • 502 Zinia
  • 503 Blossom
  • 504 Lilac
  • 505 Ester
  • 506 Sonrei
6 BAHAN ORGANIK SONREI LIPS CREAM
6 BAHAN ORGANIK SONREI LIPS CREAM


6 BAHAN ORGANIK SONREI LIPS CREAM


  1. Vitamin E
  2. Minyak Jojoba
  3. Minyak Castor
  4. Minyak Zaitun
  5. Minyak Bunga Matahari
  6. Minyak Kelapa

Harga Sonrei Lip Matte Color Cream


Untuk permulaan iannya di jual pada harga RM45 untuk setiap warna.
Harga asal  Sonrei Lip Matte Color Cream adalah RM55 . Jadi jangan lepaskan peluang untuk beli  Sonrei Lip Matte Color Cream pada harga permulaan RM45 dimana anda dapat jimat RM10 :)





Menarik bukan Sonrei Lip Matte Color Cream. Ianya bukan di cipta untuk tujuan kecantikan sahaja malahan ianya juga untuk kesihatan bibir kita . Kepada anda yang gemar bersolek atau gemar memakai lipstick anda boleh dapatkan Sonrei Lip Matte Color Cream sebagai salah satu dari koleksi anda.


Cik iena yakin pasti anda akan jatuh cinta dengan tekstur lembut dan ringan  Sonrei Lip Matte Color Cream ni. Berikut gambar terbaru Cik iena cuba dua warna dari Sonrei Lip Matte Color Cream Kod 503 dan 506.



Sonrei Lip Matte Color Cream Code 506 Sonrei
Sonrei Lip Matte Color Cream Code 506 Sonrei

Sonrei Lip Matte Color Cream Code 503 Blossom
Sonrei Lip Matte Color Cream Code 503 Blossom

Insta Post : #ienaelienaxsonrei

Untuk maklumat lanjut layari laman sosial mereka iaitu :

Facebook : SonRei Cosmetic Hiasan Wanita
Instagram : @sonreicosmetic
Whatsapp : 60123066097
 
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve