Grab The Promo

Nak Jam Tangan Daniel Wellington Murah !

Baru-baru ni Cik iena berkenan dengan Jam tangan  Daniel Wellington yang rakan pejabat pakai . Berhajat nak beli satu tapi apabila Cik iena bertanya beli di mana dia pun tak tau . Menurut rakan cik iena jam tersebut adalah hadiah dari seseorang . Jadi beliau tidak mengetahui harganya .

Rasa tak seronok la tanya pada Si pemberi beli di mana mestilah kita tau harga . Tak Bestla. Maka dengan itu Rakan Cik iena , Afni bantu Cik iena google harga Jam Tangan  Daniel Wellington dan di mana untuk beli Jam tersebut .

Jam Tangan Daniel Wellington Murah


Ya Allah boleh tahan harga  Daniel Wellington . Cik iena ni sebenarnya tak pernah beli jam untuk diri sendiri pun. Pada Cik iena agak Mahal lah . Ya ianya sebab Jenama itu sendiri . Tiba-tiba rasa ouhh Mahalnya  T___T . Tapi dalam masa yang sama Cik iena nak jugak .

Daniel Wellington
Mak jemah sangat Cik iena menyibuk selidik jam tangan orang


Lagi-lagi bila dah terbuka website dia tertengok Warna Rose Gold lagi Cantik . Alaaa kenapa mahal sangat ni . Lari budget lah . Kalau ada yang OEM pun boleh juga, murah sikit dari yang Original . Tapi kalau boleh nak OEM   Daniel Wellington yang berkualiti dan ada Warranty.


Daniel Wellington
Daniel Wellington


Amboi nak murah , lepas tu nak yang ada warranty . Agak-agak ada tak ?
Okay ni Cik iena  sreenshoot Harga Jam Tangan Original  Daniel Wellington di website mereka  .

Jam Tangan Daniel Wellington
 Jam Tangan Daniel Wellington RM759




Daniel Wellington
Daniel Wellington


Yang ni pula hasil survey Harga jam  Daniel Wellington dekat Web E-Commerse yang lain . Kalau anda yang terbaca ceritera Cik iena ni yang tau mana tempat nak beli boleh lah suggest masuk dalam List Cik iena . Cik iena ni kedekut juga sebenarnya nak beli barang. Memang suka survey dan buat perbandingan dulu.



Daniel Wellington
yang ni Daniel Wellington dekat ezbuy RM 928 ..wow mahal dari website rasmi




Daniel Wellington
Daniel Wellington di Zalora RM680



Daniel Wellington
Daniel Wellington di Shopee RM 204.60 Tulis original tapi Cik iena rasa OEM ni sb yang ori pun RM600++





Daniel Wellington
Daniel Wellington di LAzada RM253.44


Daniel Wellington
Daniel Wellington di Qoo10 RM350




Dalam masa survey tu teringin juga nak cek  sama atau tidak jam tangan  Daniel Wellington Afni dengan yang original. Sibuk-sibuk je Cik iena ni nak tau Original ke tidak . Bertabah je la Afni dengan Kak iena ni Tapi Afni ni layan juga . Kalau tengok dengan teliti memang sama macam Original  Daniel Wellington . Sama je Cik iena tengok . Untunglah Afni.

Daniel Wellington
Daniel Wellington

Kalau anda pernah beli jenama ni yang OEM boleh lah kongsi dengan Cik iena, sama atau tidak. Kalau boleh Cik iena ingin beli Jam Tangan  Daniel Wellington yang persis Original . Teruk betul perangai. Ahaa tak nak la beli mahal-mahal sangat kan. Saja gegedik tersuka Jam tangan Afni.

Okay Cik iena masih misi mencari nak beli dekat mana. Kalau ada website yang ok boleh share dekat Cik iena ya (^_~)


New Update (6 Feb 2018)


Yeayy Cik iena dah beli jam ni, nak tunggu sampai je. Disebabkan banyak seller Jual jadi iena pilih beli tempat sama dengan kawan afni beli jam tu. Alahai rupanya kawan kawannya juga yang jual .

Afni pula dah pergi Butik Daniel Wellington dekat Mid Valley tanya jam yang di dapat Hadiah tu Original ke tidak . Yeayyyy original katanya . Sebenarnya CIk iena rasa ni OEM tapi memang persis original dan kualiti sama macam original.

Jadi disebabkan Butik kata Original Cik iena pun beli lah. NAk beli dekat butik dia mahal giler tau .
So iena beli dekat http://bit.ly/jam-daniel-wellington

Mula-mula tengok link tu macam takot nak beli. Betul ke tak . Macam tak yakin, takde akaun sosial media semua tu   tapi di sebabkan kawan kepada kawan yang jual dia cakap betul. So iena beli dan iena suggest suruh dia bukak instagram atau facebook kalau link macam ni takot orang tak yakin sebagai contoh cik iena sendiri first impression cik iena ingat ni spam ke apa. Website tipu hahaha..

Ni review jujur dari hati lah . Biasalah mind set orang malaysia taku sikit nak beli online terutama dari page yang tak pernah di dengari dan takde main page. Kita rasa ragu-ragu lah.

Okay jom tengok macam mana nak beli :)


Jam Tangan Daniel Wellington Murah

Jam Tangan Daniel Wellington Murah

Jam Tangan Daniel Wellington Murah

Jam Tangan Daniel Wellington Murah







6 Peralatan Surfing Perlu Dimiliki Penggemar Surfing


Malaysia merupakan destinasi yang sesuai untuk sukan air seperti snorkeling, surfing, jet ski dan kayak. Ini adalah kerana Malaysia mempunyai keadaan pantai dan airnya yang bersih. Terdapat juga beberapa terumbu karang di Laut China Selatan yang boleh dilihat di Pantai Timur Malaysia, yang menjadikannya destinasi popular untuk snorkeling.

6 Peralatan Surfing Perlu Dimiliki Penggemar Surfing


Lokasi terbaik untuk snorkeling adalah Pulau Tioman, Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Bagi peminat sukar Surfing pula boleh  meluncur dengan angin utara-timur, dengan kelajuan 20 knot atau lebih, di Pantai Timur dari bulan Februari hingga Mac. Peluncuran boleh mencecah paras kemuncak 3-meter jika bernasib baik.

Sukan  Luncur air atau surfing ini juga merupakan pilihan sukan air yang popular di pantai barat, dimana ianya  boleh didapati di kebanyakan pantai terutamanya di Pulau Pinang dan Port Dickson.

Buat anda yang mahu menjadikan Sukan Surfing atau luncur air ini sebagai satu hobi anda berikut merupakan beberapa peralatan Surfing yang perlu anda ada untuk memulakan aktiviti hobi baru anda.


 Peralatan Surfing Perlu Dimiliki Penggemar Surfing


  1. Pakaian untuk Surfing
  2. Leash
  3. Wax
  4. Board
  5. Wax Comb
  6. Fins


1. Pakaian untuk Surfing
Surfing juga mempunyai pakaian sama seperti  berenang, maka ada pakaian khusus yang digunakan untuk bermain sukan surfing di dalam air. Antara pakaian harus di gunakan adalah pakaian yang  ketat atau sesuai dengan tubuh.

Pakaian untuk Surfing
Pakaian untuk Surfing


Pakaian tersebut mestilah memudahkan pergerakan anda, ia juga dikenal sebagai penjaga rash. Salah satu perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan semasa membeli pakaian ini ialah memilih jenis yang meliputi semua bahagian tubuh, atau pakaian yang panjang. Ianya penting untuk melindungi kulit daripada pendedahan cahaya matahari.


2. Leash
Ia juga dikenali sebagai tali kaki, tali khas yang akan menghubungkan pergelangan kaki dengan papan surfing , ini adalah tali yang memerlukan sokongan keselamatan surfer, kerana apabila anda kehilangan keseimbangan dan kemudian dilepaskan oleh ombak,ianya  pasti akan membahayakan diri surfer, Oleh itu, pastikan anda menggunakan tali  yang benar-benar berkualiti.

Leash
Leash

Leash
Leash



3. Wax

Satu bahagian penting peralatan jika anda bercadang untuk tinggal di suatu tempat untuk masa yang lama. Anda boleh membeli di kedai Surfing dengan banyak bentuk, warna dan rasa bergantung pada suhu air surfing yang anda mainkan. Sekiranya anda surfing di Malaysia memilih lilin dengan penulisan 27 darjah, ia biasa digunakan untuk iklim tropika.

wax
wax



Anda boleh menggunakannya di geladak papan luncur, untuk menambah kuasa melekit seperti kaki melekit ke papan luncur, mengelakkan licin.

wax

 4. Board
Ia adalah bahagian yang sangat penting apabila surfing, iaitu papan selancar atau papan luncur, mempunyai ketinggian kira-kira 2 meter, ia dibuat dengan bahan khas yang boleh terapung di dalam air dan juga akan hanyut ketika dibawa oleh gelombang atau gelombang laut. Pilih board yang ringan dan juga selesa untuk dipakai.

Board
Board


 5. Wax Comb
sikat yang digunakan untuk meratakan dan membuat lilin panjang ditarik dan lebih kasar dipermukaanya. Sangat berguna jika anda sedang melayari perjalanan luncur dan lupa membawa lilin. Alat ini juga boleh digunakan untuk membersihkan lilin lama sebelum memasang dengan lilin baru.

Wax Comb
Wax Comb


 6. Fins
Ia digunakan untuk menyesuaikan arah papan luncur apabila terkena angin.

Fins
Fins


Bercakap mengenai Peralatan Sukan Surfing ni, kalau anda semua tak tau bagaimana cara menggunakannya  dan ingin belajar mcara menggunakannya jom sama-sama  kita tonton Filem yang berkaitan dengan sukan Surfing ini iaitu "SURF THIS LOVE" .


SURF THIS LOVE
SURF THIS LOVE


Ia merupakan Filem Surfing pertama di malaysia yang mana ianya di bintangi oleh pelakon kesukaan Cik iena iaitu Shukri Yahya dan ianya bakal di tayangkan pada 22 Febuari 2018 . Selain Shukri Yahya ntara pelakon yang terlibat adalah Christina Suzanne, Josiah Hogan, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Syuhada Abraz, Mustaqim Bahadon. .


Jom Cik iena ceritakan Sinopsis Filem Surf This Love.





SINOPSIS FILEM SURF THIS LOVE


Billie (20an) bekerja dengan kakaknya, Siti (30an) sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billie sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal.


FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE


Selain Bobby, Mike Malaya (30an) dan Jimmy (30an) yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billie. Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 8 tahun hinggalah sekarang Billie tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak.

Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati lemas dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki.


FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE


Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billie terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun.

Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billie dengan sukan ini tidak pernah luntur. Kisah ini bermula sejak kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia (20an) yang bertandang ke Pulau Tioman untuk mendapatkan liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya akan datang.



FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE


Walaupun Mia 1st time sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia (20an). Lia bekerja dengan abangnya Jimmy, yang mengusahakan sebuah café dan bengkel membaiki surf board di tepi pantai. 

Lia mencadangkan Mia mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi membawanya bersiar-siar ke seluruh Pulau Tioman kerana dia sibuk membantu abangnya menguruskan kedai. Pemandu pelancong yang dimaksudkan Lia adalah kawanya sejak kecil iaitu Billie.


FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE


Billie lah yang membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau. Dari perkenalan singkat itu, Mia tertarik dengan perwatakan Billie yang kelakar dan bersahaja. Jauh dalam hati Mia, Mia kagum dengan kesungguhan Billie dalam sukan surfing walaupun Billie sering gagal dan tidak pandai dalam sukan itu.

Bagi Billie pula, dia sudah mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti kakaknya, tidak seperti orang lain di pulau itu yang sering merendah-rendahkan cita-citanya.  Kini, Billie mempunyai satu lagi impian, iaitu mahu menjadi juara sukan luncur ombak, dan memenangi hati Mia yang baru dikenalinya.


FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE


Hancur luluh hati Billie apabila mengetahui yang Mia sudah berpunya malah Billie lebih frust lagi apabila mengetahui teman lelaki Mia adalah Mike Malaya, idolanya selama ini. Terpaksalah Billie melupakan Mia dan menumpukan perhatiannya pada cita-cita asalnya.

Kehadiran Mike Malaya ke pulau itu memberikan semangat baru kepada Billie. Billie menemui Mike Malaya dan memperkenalkan dirinya sebagai adik kepada Bobby. Mike Malaya yang agak sinis dan sambil berseloroh cuba ‘meraikan’ perkenalan singkat itu.


FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE


Billie dengan yakin dan bersemangat, meminta Mike Malaya mengajarnya cara-cara surfing yang betul. Mike Malaya dengan berat hati bersetuju dan meminta Billie menunggunya malam itu di pantai. Pada mulanya Billie agak hairan kenapa Mike Malaya mahu mengajarnya surfing waktu malam tetapi dia tetap bersangka baik dengan Mike Malaya.

Walaubagaimanapun, Mike Malaya tidak mengotakan janjinya. Mike hanya mahu memperdayakan si Billie semata. Billie rasa terhina dengan perbuatan Mike Malaya dan sejak dari peristiwa itu, Billie tidak mengharap pada sesiapa lagi. Dia sudah hilang rasa hormat pada Mike Malaya.


FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE



Pada masa yang sama, Mike Malaya mahu melamar Mia di pulau itu. Mia agak terkejut dengan lamaran itu, akhirnya bersetuju dengan permintaan Mike untuk menjemput ahli keluarga kedua pihak bagi meraikan malam pengumuman tentang tarikh pernikahan mereka berdua.

Jimmy tidak gembira dengan kedatangan Mike Malaya ke pulau itu. Billie dan Lia hairan, kenapa dua sahabat itu kini dingin hubungan mereka. Lia dapat rasakan ada sesuatu rahsia besar yang pernah terjadi antara persahabatan ketiga-tiga juara luncur ombak itu.

Oleh kerana tidak tahan dengan hinaan Mike Malaya, Jimmy yang selama ini enggan mengajar Billie, berubah fikiran. Dia berjanji dan bertekad, akan memastikan Billie terus belajar dan handal meluncur di ombak seperti arwah Bobby dahulu.



FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE


Pada malam majlis pengumuman, Mike Malaya telah dimalukan oleh Mia. Hasratnya untuk melamar Mia bertukar menjadi peristiwa yang sangat memalukan. Mia bukan sahaja memutuskan perhubungan mereka berdua, malah memperkenalkan kekasih gelap Mike yang kini sedang hamil anak Mike sendiri.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku kini, tidak mematahkan semangat Billie. Malah Billie kini lebih bersemangat untuk menjadi juara sukan luncur ombak, dan sekaligus memenangi hati Mia untuk dijadikan permaisuri hidupnya.


Menarik juga jalan cerita filem Surf This Love ni kan . Tak sabar pula rasanya Cik iena nak tonton . Cik iena memang suka cerita cintan cintun ni (^_~)


New Update : Jom baca review cik eina tentang filem SURF THIS LOVE http://www.ienaeliena.com/2018/02/filem-surf-this-love.html

DASHING - Let's Go Manchester | Beli Produk DASHING Dan Menang 4D3N Ke Manchester

Bola sepak merupakan sukan yang menjadi kegilaan ramai di Dunia dan ianya juga menjadi budaya di Malaysia. Tidak kira lelaki  mahupun perempuan , tua mahupun muda,  semua meminati sukan bola sepak .

Bola sepak dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200 negara, yang menjadikannya sebagai sukan paling terkenal di dunia.

DASHING - Let's Go Manchester | Beli Produk DASHING Dan Menang 4D3N Ke Manchester


Di Malaysia sendiri terdapat tiga Liga Malaysia yang mempunyai peminat mereka yang tersendiri  iaitu Liga Super Malaysia ,Liga Perdana Malaysia dan Liga FAM .

Liga Perdana Inggeris pula adalah salah satu liga bola sepak yang paling popular dengan jumlah pengikut yang paling tinggi walaupun di Malaysia , lebih-lebih lagi MCFC ( Kelab Bola Sepak Manchester City ) vs MU (Manchester United) .

Ada segelintir  diantara mereka yang terlalu fanatik dengan bola sepak ini , hinggakan ada yang rela  datang awal sehari , beratur panjang untuk membeli tiket menonton bola secara langsung di stadium. Ada pula yang terlalu fanatik sehingga sanggup bergaduh. Dan terlalu banyak ragam peminat fanatik bola sepak :)


DASHING & ELITE – JOM! LET’S GO MANCHESTER CONTEST 2017


Istimewa buat anda peminat tegar Liga Perdana Inggeris khususnya , Pihak Wipro Unza berbsesar hati untuk membawa anda yang bertuah secara percuma selama 4 Hari dan 3 malam ke Manchester untuk menyaksikan sendiri perlawanan  secara siaran langsung di Stadium Etihad ,UK.


DASHING - Let's Go Manchester | Beli Produk DASHING Dan Menang 4D3N Ke Manchester


4D3N Ke Manchester , sememangnya ia amat menarik untuk di dengari buat peminat Bola Sepak Liga Perdana Inggeris khususnya .  Jadi jangan lepaskan peluang untuk sertai Contest ini .



Cara Menyertai DASHING & ELITE – JOM! LET’S GO MANCHESTER CONTEST 2017


  1. Beli mana-mana produk DASHING atau ELITE dalam satu resit tunggal 
  2. Whatsapp penuh satu resit tunggal tersebut dengan jelas dan namakan seperti NRIC atau PASSPORT , NO NRIC atau NO PASSPORT dan belian pembelian ke nombor +6016-9972373


DASHING - Let's Go Manchester | Beli Produk DASHING Dan Menang 4D3N Ke Manchester


Sangat Mudah bukan Contest By Dashing ini . Kepada para peminat Dashing yang gemar membeli barangan Dashing,  ini merupakan satu peluang yang baik buat anda. . Manakala buat KAKI BOLA, ini merupakan peluang untuk anda  dapat tawaran FOC ke Manchester UK . Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tau :)



DASHING Hattrick Limited Edition EDT dan DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray
DASHING Hattrick Limited Edition EDT dan DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray



Kalau anda KAKI BOLA , berminat untuk sertai tapi tak tau nak beli apa untuk sertai contest ini , Cik iena cadangkan anda beli DASHING Hattrick Limited Edition EDT dan DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray.




DASHING Hattrick Limited Edition EDT  


Haruman yang agak soft berbanding jenama Dashing yang lain . Sesuai untuk mana-mana lelaki .

DASHING Hattrick Limited Edition EDT
DASHING Hattrick Limited Edition EDT


Cik iena suka haruman DASHING Hattrick Limited Edition EDT ni.  HArumannya juga tahan lama. Sesau untuk semua kaum Adam tidak kira lah bekerja di pejabat mahupun luar pejabat . Haaaa perempuan suka bau wangi-wangi ni tau . Jadi sila pakai minyak wangi . 


DASHING Hattrick Limited Edition EDT
DASHING Hattrick Limited Edition EDT




DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray 



Deodorant body spray sangat sesuai untuk anda yang sibuk bekerja siang dan malam kerana harumannya bertahan sehingga 24 jam .  Seharian masih wangi walaupun tak mandi (^_~)

DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray
DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray



DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray
DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray




DASHING Hattrick Limited Edition EDT dan DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray ni Untuk Siapa ?


Pasti ada yang tertanya cik iena belum berkahwin dan tiada boy friend . Jadi untuk siapa  DASHING Hattrick Limited Edition EDT dan DASHING Ultimate Kick Limited Edition Body Spray ni .

DASHING - Let's Go Manchester | Beli Produk DASHING Dan Menang 4D3N Ke Manchester


Selain yang teristimewa, ianya boleh juga di hadiahkan kepada rakan anda .  Jadi Cik iena nak bagi pada rakan pejabat memandang kan dia memang KAKI BOLA dan selalu tulis artikel mengenai Bola . Jadi Cik iena akan beri pada beliau.



Terma Dan Syarat Contest DASHING & ELITE – JOM! LET’S GO MANCHESTER CONTEST 2017

DASHING - Let's Go Manchester | Beli Produk DASHING Dan Menang 4D3N Ke Manchester
  1. Berlangsung dari 1 Oktober 2017 hingga 31 Januari 2018
  2. Peraduan ini terbuka kepada semua peserta yang berumur 18 tahun dan ke atas (pada 1 Oktober 2017 ) yang merupakan pelanggan prabayar dan/atau pasca bayar telco di Malaysia kecuali kakitangan Pihak Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi Pihak Penganjur.
  3. Para peserta mestilah membeli mana-mana satu (1) produk DASHING atau ELITE di mana-mana kedai yang mengambil bahagian semasa Tempoh Peraduan. Setiap satu (1) resit tunggal tersebut melayakkan peserta untuk satu (1) penyertaan Whatsapp.
  4. Tangkap satu gambar resit penuh. Taip (Nama seperti dalam KP atau Pasport)<jarak>(No. KP Baru 12 digit or No. Pasport)<jarak>(Nama kedai pembelian dibuat) dan Whatsapp ke +6016 9972373.
  5. Contoh: MOHD DANIEL 910101105511 EXTRAMART
  6. Simpan SEMUA resit bercetak asal (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) yang sepadan dengan SEMUA penyertaan Whatsapp yang dihantar SEPANJANG Tempoh Peraduan sebagai bukti pembelian. Hanya resit bercetak sah (termasuk e-resit bercetak daripada pembelian online) yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan nama pasar raya/kedai dan butiran produk DASHING atau ELITE yang jelas akan diterima.
  7. Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada peserta untuk caj yang dikenakan untuk menghantar Whatsapp termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), jika ada.
  8. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan Whatsapp ini tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej Whatsapp dan syarikat-syarikat ini juga tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Peraduan ini.

Cara pemilihan pemenang DASHING & ELITE – JOM! LET’S GO MANCHESTER CONTEST 2017:

Pemenang Hadiah Utama x 6


  1. Pemenang Hadiah Utama yang layak ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 6, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 30,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 6 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 5,000. Maka penyertaan layak ke-5,000, 10,000, 15,000, 20,000, 25,000 dan 30,000 akan berpeluang memenangi Hadiah Utama tersebut. Jika penyertaan yang disenarai pendek dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh: pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-5,000 adalah penyertaan layak ke-4,999.
  2. Para pemenang yang layak kemudian akan dihubungi melalui telefon dalam tempoh enam (6) minggu selepas tempoh tamat Peraduan dan diwajibkan memberi resit asal yang sepadan dengan penyertaan yang menang sebagai bukti sebelum disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.
  3. Para pemenang yang layak dikehendaki menghantar  resit bercetak asal sah (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) yang sepadan dengan penyertaan Whatsapp, salinan kad pengenalan dan salinan sah Pasport melalui Pos Laju/kurier dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.
  4. Para pemenang akan dihubungi melalui talipon dan akan diumumkan oleh pihak Penganjur di mana-mana laman web berikut: www.dashing.com.my / www.facebook.com/DashingMY


Pemenang Saguhati x 500


  1. Pemenang mingguan saguhati akan dipilih melalui jumlah penyertaan yang layak dibahagi dengan 25, contoh: kalau jumlah penyertaan yang layak diterima ialah 2,405, nombor ini akan dibahagi dengan 25 dan dibulatkan kepada nilai bulat rendah terdekat iaitu 96. Oleh itu, setiap penyertaan ke-96 akan dipilih sebagai pemenang saguhati sehingga semua 25 pemenang atau bilangan pemenang yang telah diputuskan oleh Penganjur untuk hadiah saguhati telah
  2. Pemenang mingguan akan diumumkan setiap dua minggu dalam laman Facebook Dashing, contoh: Pemenang untuk Minggu 1 akan diumumkan pada Minggu 3 dan Pemenang Minggu 2 akan diumumkan pada Minggu 4 dan seterusnya.
  3. Pemenang hadiah saguhati dikehendaki menghantar resit bercetak asal sah (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) yang sepadan dengan penyertaan Whatsapp dan salinan NRIC atau pasport melalui Pos Laju/kurier dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.
  4. Para pemenang akan dihubungi melalui talipon dan akan diumumkan oleh pihak Penganjur di mana-mana laman web berikut: www.dashing.com.my / facebook.com/DashingMY


Hadiah-hadiah Peraduan:


  1. Hadiah Utama x 6: Percutian semua perbelanjaan dibayar untuk 6 orang untuk menyaksikan perlawanan langsung Manchester City setiap satu.
  2. Tarikh dan tempat perlawanan akan ditentukan oleh Pihak Penganjur. Hadiah-hadiah Utama termasuk tiket ekonomi pergi-balik, cukai penerbangan, pengangkutan lapangan terbang-hotel di Manchester sahaja, penginapan (perkongsian berkembar dengan sajian terpilih) dan tiket perlawanan langsung Manchester City. Kos dokumen perjalanan, insurans peribadi, kos perjalanan dan perbelanjaan lain selain daripada yang disediakan oleh pihak Penganjur akan ditanggung oleh pemenang. Terma dan syarat agensi perlancongan yang dilantik oleh Pihak Penganjur harus dipatuhi. Sekiranya pemenang Hadiah Utama tidak dapat melancong dan/atau tidak layak untuk mendapatkan pasport atau visa atas sebarang sebab, kelayakan pemenang tersebut akan dilucutkan dan hadiah akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan membayar pemenang tersebut atas kegagalan untuk melancong.
  3. Hadiah Saguhati x 500 : Hamper produk DASHING & ELITE bernilai RM50 setiap satu. Jumlah hadiah saguhati mungkin tidak akan diedarkan sama rata untuk setiap minggu dan penganjur mempunyai hak untuk menentukan jumlah hadiah mingguan.
  4. Kesemua hadiah mesti dituntut atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah. Sekiranya Pihak Penganjur mengadakan upacara majlis penyampaian hadiah, setiap pemenang dikehendaki untuk menghadiri atas perbelanjaan sendiri untuk menuntut hadiah. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah akan dilucuthakkan oleh Pihak Penganjur.
  5. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Utama sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.
  6. Pihak Penganjur berhak atas budibicara mutlaknya untuk menambah atau mengurangkan bilangan hadiah atau menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau apa-apa format atas sebarang sebab.


DASHING - Let's Go Manchester | Beli Produk DASHING Dan Menang 4D3N Ke Manchester
Jangan lupa join tau, mana tau ada rezeki



Untuk Maklumat Lanjut

Website : www.dashing.com.my
Facebook : www.facebook.com/Dashing.My
No talian : 03 8023 8311

Konsert Era & Empire Live Present Armada Asal Kau Bahagia Tour di Malaysia 17 Mac 2018


Armada Band merupakan artis yang tidak asing lagi di Indonesia malahan juga di Malaysia . Lagu-lagu Armada Band sering di buat Cover oleh peminat-peminat seni muzik dan  tidak terlepas juga ramai artis yang turut terlibat membuat cover lagu Armada Band .

Konsert “Era & Empire Live Present Armada Asal Kau Bahagia Tour”


Lagu-lagu Armada Band sememangnya sangat merdu dan menarik untuk di dengari . Alunan melodi dan bibit-bibit lirik yang menyentuh hati membuatkan pendengar leka dan khusyuk mendengan lagu-lagu dari Armada Band.



Sejarah Armada Band


Sebelum ini Armada Band di kenali dengan nama Kertas pada tahun 2007. Band ini dianggotai oleh  lima orang yaitu Rizal (vokal), Radha & Mai (gitar), Andit (drum), dan Endra (bass). Mereka sempat melancarkan satu album ketika masih bernama Kertas, iaitu 'Kekasih Yang Tak Dianggap'.

Pada tahun 2008 Kertas bertukar  nama menjadi Armada, dan telah melancarkan album perdananya yang bertajuk 'Balas Dendam', album ini merupakan album yang membuat nama mereka makin dikenal ramai orang.

Setelah Berjaya dengan album pertamanya, Armada pun melancarkan album kedua mereka iaitu  'Hal Terbesar' pada tahun 2009. Album ini sangat terkenal dan disukai ramai penggemarnya, terutama dua single utama yang terdapat didalamnya yaitu "Mau Dibawa Kemana" dan "Buka Hatimu".

Dua dari empat album mereka iaitu 'Satu Hati Sejuta Cinta' (2012) dan 'Pagi Pulang Pagi' (2014) mendapat predikat multi-platinum kerana penjualannya CD nya melebihi 100,000 keping per-albumnya di Indonesia (lebih 700 ribu unit untuk 'Satu Hati Sejuta Cinta' dan lebih 250 ribu unit untuk 'Pagi Pulang Pagi').

Untuk pengetahuan anda ,  Armada merupakan salah satu dari lima besar band di Indonesia dengan jumlah fans terbanyak.



Armada Band kini semakin terkenal dengan single “Asal Kau Bahagia” . Mereka telah pun melancarkan album pada bulan Julai 2017 di Indonesia dan kini ianya di Lancarkan pula di Malaysia pada  Januari 2018 .

Video lirik dengan views terbanyak di YouTube Indonesia 



Video lirik Armada “Asal Kau Bahagia” merupakan video lirik dengan views terbanyak di YouTube Indonesia dalam durasi waktu satu bulan setelah tayang. Video lirik “Asal Kau Bahagia” meraih jumlah penonton dari Indonesia dan Malaysia sebanyak 16 juta dalam waktu satu bulan, dan mencapai 100 juta views hanya dalam waktu 4 bulan, menjadikannya sebagai video lirik dengan pertumbuhan views tercepat di sepanjang sejarah musik Indonesia.


Ia merupakan Sebuah pencapaian yang belum pernah diraih sebelumnya oleh pemuzik di Indonesia, sehingga video lirik ini   mendapat penghargaan dari Youtube.

Armada Band Asal Kau Bahagia Most Viewed Lyric Video in A Month on YouTube


Saat Artikel di publish : 204,604,438 views

Indonesian All Time Record Breaking:

Most Viewed Lyric Video in A Month
on YouTube

Song: Asal Kau Bahagia
Format: Lyric Video
Upload: February 2nd 2017
16 Millions++ views in a month


Lagu Asal Kau Bahagia Mengisahkan keikhlasan seseorang terhadap pasangannya


Lagu Asal Kau Bahagia  dicipta oleh Radha, Mai dan Rizal , yang mana ianya mengisahkan  tentang keikhlasan seseorang terhadap pasangannya, apabila dia merasakan kecurangan dalam hubungannya yang selama ini dia rasakan baik-baik saja.


Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur

Tetapi kenyataannya pasangannya merasa tidak bahagia selama dalam hubungan ini. Akibat kecurangan itulah dia harus memilih melepaskannya demi kebahagiaan yang diinginkan pasangannya.



Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur

Menurut Radha tentang maksud lirik “Asal Kau Bahagia”. "Ku rela kau dengannya asalkan kau bahagia", adalah kalimat yang mampu diucapkan banyak orang, tapi dalam kenyataannya apakah kita mampu? Kerana lagu ini melambangkan kata-kata ketegaran seseorang dengan mengikhlaskan kebahagiaannya untuk pasangan yang dia cintai tanpa memikirkan kebahagiannya sendiri.

"Mengalah dan ikhlas juga merupakan sebahagian dari cinta.”, ujar Radha



Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur


Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Cik iena di Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur

Alhamdulillah baru-baru ini Cik iena berkesempatan menghadiri Sesi Meet and Greet Bersama Armada Band . Walaupun Armada Band tiba lewat dari yang di rancang atas sebab yang tidak dapat di elakkan , namun peminat-peminat mereka setia menunggu  mereka di ruang legar Quill City MAll KL.



Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Antara peminat setia Armada Band


Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur




Kehadiran Armada Band di Malaysia adalah untuk melancarkan Album “ Maju terus Pantang Mundur” di Malaysia  dan seterusnya untuk Promo Konsert mereka yang bakal diadakan pada bulan March 2018.


Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur


Armada Band Tidak Kisah Peminat Lebih Mengetahui Lagu dari Penyanyi


Cik iena sendiri merupakan peminat lagu-lagu Armada Band, sejujurnya Cik iena tidak mengenali siapakah anggota kumpulan Armada Band . Cik iena cuma kenal nama dan lagu sahaja . Sehinggalah Cik iena di jemput untuk menghadiri Sesi Meet And Greet Bersama Armada Band.


Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Sesi temuramah bersama media dan blogger


Selepas mendengar Armada band perkataan pertama yang keluar di Mulut CIk iena adalah "ASAL KAU BAHAGIA" .  Penangan lagu ini sangat hebat sehinggakan ianya melekat di ingatan Cik iena walaupun Cik iena sendiri tidak mengenal penyanyi nya .

Pihak media dan blogger sempat bertanya kepada Armada Band apa kata mereka mengenai Armada Band di kenali melalui lagu bukan band itu sendiri . Mereka menjawab penuh tenang . Mereka lebih suka mereka di kenali dengan muzik dan lagu mereka kerana yang di perjuangkan oleh mereka adalah karya Seni.


Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Sesi temuramah bersama media dan blogger



Cik iena juga setuju dengan Armada Band, karya mereka memang dapat menyentuh hati pendengar. Seterusnya dari karya muzik tersebut lah baru pendengar akan mengkaji dan mengambil tau siapakah gerangan pemilik dan penyanyi lagu tersebut.



Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Sesi temuramah bersama media dan blogger


Pelancaran album Armada “ Maju terus Pantang Mundur” di Malaysia 

Sehari selepas  Meet And Greet bersama Armada Band di Quill City Mall KL, mereka telah melancarkan Album Armada MAJU TERUS PANTANG MUNDUR  dan pelancaran MTV karaoke mereka di Redbox Karaoke Malaysia Pavilion Kuala Lumpur.


Armada Band Asal Kau Bahagia


Album kelima mereka yang diberi judul “Maju Terus Pantang Mundur” ini  sudah boleh  mula di dapati di kedai Cd/Dvd seluruh Malaysia dan di PMP/Tropicjaya Entertainment .

Album ini mempunyai 11 Lagu ini Termasuk lagu Asal Kau Bahagia dan 2 Lagu Bonus VCD karaoke .

Konsert “Era & Empire Live Present Armada Asal Kau Bahagia Tour” 


Sepuluh tahun usia Armada, kumpulan band ini akhirnya bakal melangsungkan konsert yang pertama di Malaysia pada 17 Mac 2018 .


Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur


Untuk pengetahuan Mengapa sekarang baru Konsert diadakan setelah 10 tahun dalam industri ini, Ujar Rizal Sebelum ini lebih 10 kali merancang mengadakan  konsert di Malaysia namun tiada masa yang sesuai dan secara kebetulan pada masa itu mereka  ada perkara lain perlu di utamakan.


Armada Band Asal Kau Bahagia


Rizal memaklumkan Armada akan mendendangkan 20 buah lagu daripada lima album termasuk yang dilancarkan di Malaysia hari ini.

Konsert ini bakal berlangsung pada 17 March 2018 di KL Live @ Live Center . Untuk pengetahuan, lagu versi karaoke “Asal Kau Bahagia”  boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Red Box, Green Box & Red Box PLUS Karaoke Malaysia.

Pihak Armada Band berharap  dengan tersebarnya single “Asal kau Bahagia ’ ini, Semoga album Armada Band dapat diterima baik di Malaysia.


Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur
Meet And Greet Bersama Armada Band di Quill City Mall Kuala Lumpur

Harga Tiket Konsert Armada Band



RM 109 (tiada cd)
RM126 (beserta CD)
VIP berharga RM194 (beserta CD)

Tiket konsert boleh di beli di laman https://airasiaredtix.com/armada_asal_kau_bahagia_tour


Armada Band Indonesia pertama kali perform lagu Asal Kau Bahagia di MeleTOP





Untuk Mengetahui perkembangan semasa mereka sila layari :-

Facebook Page: https://www.facebook.com/armada.musik
Twitter: @band_Armada
Instagram:@armadaband
YouTube: Armada Band



UPDATE TERKINI 2 March 2018


KONSERT 'EMPIRE LIVE PRESENT ARMADA ASAL KAU BAHAGIA TOUR






Untuk pengetahuan semua pihak penganjur telah menangguhkan KONSERT 'EMPIRE LIVE PRESENT ARMADA ASAL KAU BAHAGIA TOUR'.

Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 17 Mac ini di KL Live @ Live Centre terpaksa ditangguhkan bagi menghormati Pilihan Raya Umum yang bakal dijalankan tidal lama lagi.

Dengan rasa rendah diri, pihak meminta maaf atas segala kesulitan dan sangat berterima kasih dengan sokongan padu semua pihak terutama media terhadap promosi Konsert ini.

Bagi pembeli ticket, anda boleh melawati laman web https://airasiaredtix.com/armada_asal_kau_bahagia_tour untuk tindakan lanjutan.


Terima Kasih :)




Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve