Grab The Promo

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang

Pada Cuti Hari Wilayah yang lepas Cik iena mengambil kesempatan ini untuk pergi ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang. Kenapa Cik Iena nak kesana adalah kerana tertarik akan keindahan tempat tersebut di dalam sebuah Filem yang pernah cik iena tonton iaitu Pinjamkan Hatiku.

Air Terjun Pelangi

Melihat akan keindahan air terjun pelangi tersebut membuatkan Cik iena mengorak langkah untuk merancang percutian di SungaiLembing di mana ia merupakan lokasi terletaknya Air Terjun Pelangi tersebut.

Untuk pengetahuan Artikel Cik iena mengenai filem tersebut mendapat 38,218  view  sehingga artikel ini di terbitkan. .

filem pinjamkan hatiku

http://www.ienaeliena.com/2017/12/lagu-sedih-filem-pinjamkan-hatiku.html

Pada awalnya percutian yang di rancang adalah seramai 11 orang sehingga pada hari kejadian hanya 4 orang yang meneruskan misi yang telah di rancang ini. Ini sudah menjadi lumrah akan ada yang tidak dapat sertai. Kita pun tak tau dugaan yang bakal mendatang.

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang

Jadi terima kasih Cik iena ucapkan kepada Deqnor, Dilla dan Zai kerana sudi meneruskan misi yang telah di rancang. Untuk artikel ini Cik iena akan menceritakan kisah semasa kami menjejak Air Terjun pelangi. Aktiviti lain akan di kongsi dalma artikel yang berlainan.

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang

Kami tiba di Sungai Lembing pada 31 Januari 2018 (Cuti Thaipusam) . Aktiviti menjejak Air Terjun Pelangi pada 1 Febuari 2018 (Cuti hari Wilayah) . Kami keluar dari Resort seawal jam 6.30 pagi . Ini adalah untuk mereka yang memilih untuk sarapan sendiri. Jika ingin mengikut pihak tour sarapan. Anda perlu keluar seawal jam 5.30 pagi.
 
Sebelum Cik iena cerita lebih lanjut cik iena kongsikan dahulu bagaimana untuk anda mendapatkan pakej untuk ke Air terjun pelangi. Untuk makluman anda untuk ke Air Terjun pelangi memerlukan permit, jadi anda tidak boleh sesuka hati naik kesana dengan sendiri.

Cara untuk dapatkan Pakej Tour Air Terjun Pelangi

Setibanya anda di Resort mahupun homestay anda perlu bertanya kepada pihak resort tentang pakej tersebut. Kebiasaannya mereka sendiri akan contact pihak tour untuk datang di Resort untuk mengambil nama serta IC untuk pendaftaran dan pembayaran juga di buat pada masa tersebut.

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang

Sekiranya anda ingin menghubungi mereka sendiri di sini cik iena kongsikan contact yang boleh anda hubungi

Rainbow Waterfall Adventure ( Persatuan Perlancongan Air Terjun Pelangi Sungai Lembing)

Alan Cheong : 016-989 1118 / 019-916 1118

Harga Pakej Tour Air Terjun Pelangi

Harga untuk setiap seorang adalah RM60 dimana ianya termasuk permit bernilai (RM10) yang perlu mereka uruskan untuk anda  dan juga makanan ringan semasa di air terjun pelangi iaitu maggie dan milo.

Minimum 6 orang untuk harga tersebut. Walaubagaimanapun sekiranya tidak cukup orang anda tidak perlu khuatir kerana ada group lain yang akan turut serta juga jadi boleh join mereka.

Cara Untuk Pergi Air Terjun Pelangi menggunakan kenderaan 4WD sendiri

Sekiranya anda ingin menaiki kenderaan 4WD anda sendiri ianya tidak menjadi masalah tetapi anda tetap memerlukan permit dan perlu berurusan dengan ketua JKKK dan membayar Fee kepada mereka di sana .

Satu kenderaan 4WD akan dikenakan Fee RM20 . Manakala permit untuk setiap orang adalah RM10. Menurut rakan instagram yang cik ,  Urursan permit di uruskan oleh JKKK Kampung Seberang Baru .

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Kenderaan 4WD yang cik iena naiki untuk ke Air Terjun Pelangi

Tambah beliau lagi untuk pengetahuan, Jabatan Perhutanan Pahang telah memberikan Permit penggunaan kepada mereka kerana mereka telah mengusahakan tempat tersebut.  Jadi anda yang ingin ke Air Terjun Pelangi perlu mendapatkan permit terlebih dahulu.

Berikut merupakan nombor yang boleh anda hubungi sekiranya anda ingin pergi menaiki kenderaan sendiri  :-

010-900 1090 - En Tang JKKK Kampung Seberang Baru

Terima kasih untuk maklumat dari rakan instagram yang juga merupakan individu yang terlibat dalam menjaga dan memantau Air terjun pelangi  iaitu Encik  Ismail . Menurut beliau lagi Air terjun ini di bawah pentadbiran beliau di Kuantan. Jadi maklumat untuk permit dang juga fees untuk kenderaan 4WD sendiri yang ingin di guna juga cik iena perolehi dari beliau .

Jika anda ada sebarang pertanyaan juga boleh berhubung dengan beliau di 019-271 2786 -
Encik  Ismail

Kenapa Perlu Permit Untuk Ke Air Terjun Pelangi

Permit Untuk Ke Air Terjun Pelangi

Ini adalah kerana untuk mengelakkan kejadian seperti sesat atau lemas . Untuk ke Air Terjun Pelangi ianya sangat jauh, perjalanan menaiki kenderaan lebih kurang 1 jam .  Sekiranya anda tidak biasa anda mungkin akan sesat di dalam hutan.

Permit Untuk Ke Air Terjun Pelangi

Tambahan lagi sebelum mendaki ke Air Terjun Pelangi anda perlu menyeberani Sungai yang agak besar dan deras arusnya. Jadi ianya sangat penting untuk anda mendapatkan permit.

Misi Menjejak Air Terjun Pelangi Sungai Lembing

Okay sekarang cik iena kongsikan pengalaman cik iena. Cik iena keluar seawal jam 6.30 pagi . Pihak Tour menjemput kami di Resort . Sebelum bertolak Cik iena bersarapan dulu dengan deqnor, dilla dan zai di Resort .

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
sarapan sebelum bertolak ke air terjun pelangi

Kami cuma sarapan Roti sapu kaya dan air teh sahaja sekadar untuk mengalas perut. Sebelum bertolak tour guide akan menjemput dua lagi penumpang yang turut sertai kami di Food Court. Kemudian kami terus bergerak ke tempat yang di Tuju .

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Selfie semasa driver berhenti di foodcourt untuk jemput penumpang lain

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
TIba di tempat untuk tengok sunrise

Agak sejuk juga di awal pagi memulakan perjalanan menaiki 4WD tapi duduk di belakang, ruangan tidak berbumbung. Sangat sejuk. Tapi pengalaman ini memang sukar di lupakan , melihat keindahan Sungai Lembing di waktu pagi sebelum matahari terbit.

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Sunrise View di Sungai Lembing

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Sunrise View di Sungai Lembing

Sebeum meneruskan perjalanan ke Air Terjun Pelangi, sekitar jam 7.05 am  kami berhenti seketika di satu tempat khas untuk melihat matahari terbit. Malangnya matahai agak malu-malu berselindung di sebalik awan jadi tak nampak lah T___T. Menurut tour guide kebiasaannya nampak waktu macam ni tapi kali ni tak kelihatan sunrise.

Sunrise View di Sungai Lembing
Sunrise View di Sungai Lembing

Sunrise View di Sungai Lembing
Sunrise View di Sungai Lembing

Sunrise View di Sungai Lembing
Sunrise View di Sungai Lembing

Selepas berhenti di tempat melihat matahari terbit,  lebih kurang jam 7.16 am kami meneruskan perjalanan . Sepanjang perjalanan kami melalui 5 sungai  . Ianya merupakan pengalaman yang cukup indah walaupun punggung agak sakit sebab keadaan jalan yang sememangnya teruk. jalan dalam hutan.

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Selfie di dalam kenderaan 4WD ygang kami naiki untuk ke Air Terjun Pelangi

Walaupun sakit-sakit punggung tapi melihatkan keindahan alam semulajadi membuatkan rasa tenang sangat. Lagi-lagi bila lalu di lereng bukit dan dapat melihat keindahan sungai di bawah. Subahanallah sangat cantik Ciptaan Allah.

Sewa Kasut RM3 sepasang

Lebih kurang 1 jam perjalanan dari tempat view matahari terbit sekitar jam 8.11 am  kami tiba di tempat dimana kami perlu memulakan pendakian sendiri . Disini terdapat kasut yang di sewakan. Sekiranya anda tidak mahu kasut anda basah dan kotor anda boleh menyewa kasut berharga RM3 sepasang.

Sewa Kasut RM3 sepasang
Sewa Kasut RM3 sepasang

Sewa Kasut RM3 sepasang
memandangkan kasut cik iena sangat comel, sayang nak kotorkan..jadi cik iena sewa kasut di sini

Jadi untuk anda yang tidak mempunyai kasut tidak perlu khuatir kerana terdapat kasut di sewakan disini. Cuma anda perlu membawa stokin sendiri.

Cik iena juga ada rakam Video sepanjang perjalanan menaiki 4WD untuk ke air terjun pelangi . Berikut merupakan video yang telah dimuat naik di youtube :)

Misi Pendakian ke Air Terjun Pelangi

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
seronok tak terkata dua beradik dapat sampai sini

Di sini bermulalah misi mendaki. Lebih kurang jam 8.20 am kami memulakan misi mendaki untuk ke Air terjun pelangi. Rintangan pertama yang perlu di hadapi adalah menyeberang sungai yang agak lebar keluasannya serta deras arusnya . bagi Cik iena ianya merupakan Halangan yang paling mencabar kerana tiada tali untuk anda berpaut.

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
bergambar sebelum memulakan pendakian dan menyeberang sungai yang deras di belakang

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
sungai yang mencabar nak seberang.

Cik iena dan rakan-rakan berpaut sesama sendiri . Walaubagaimanapun Tour guide akan memerhati dan menjaga anda. Cuma di sini kami agak kurang bernasib baik kerana tour guide sangat pemalu dan krik krik. Hanya memerhati kami dari jauh. Berbeza dengan tour guide team lain yang sangat peramah dan membantu.

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
selepas seberang sungai , kene lalu batu batu yang banyak ni sebelum memulakan pendakian

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
pendakian bermula

Perjalanan pendakian adalah lebih kurang 1.5  km. Terdapat kawasan rata dan juga bukit berbatu di tepian sungai yang perlu di daki . Walaubagaimanapun di sini di sediakan tali untuk anda berpaut jadi ianya tidak lah susah asalkan anda tau balancing dan berpaut pada tali.

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang

Lebih kurang jam 8.50 am Cik iena dah nampak Air Terjun. Setelah Cik iena nampak Air Terjun yang sangat tinggi Cik iena berasa sangat teruja untuk meneruskan pendakian di sungai tersebut melalui batu batu yang telah di sediakan tali untuk berpaut. Setibanya Cik iena di atas, Subahanallah Cantik sungguh Ciptaan Allah Air tejun dan pelangi yang cukup indah.

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
sikit lagi nak sampai

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
nampak tak aksi cik iena tu, kemain tengok air terjun

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
happy nya dapat sampai Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang

Di sini memang agak lama kami berhenti bergambar kerana pertama kali nampak air terjun yang sangat tinggi di depan mata . Selepas bergambar kami sambung mendaki untuk ke air terjun dan tiba sekitar jam  9.16 am.

Seronok tidak terkata kerana impian Cik iena untuk melihat sendiri Air Terjun Pelangi tercapai . Pada awalnya sejujurnya Cik iena berasa sangat risau kerana terdapat pelbagai halangan dan dugaan dalam meneruskan misi ke Sungai Lembing ini dari 11 orang kepada 4 orang.

Cik iena khuatir berlaku perkara buruk. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Terima kasih tak terhingga the only HERO yang ikut. Rakan pejabat Cik iena. Zai. Terharu sebenarnya Zai nak teruskan misi ni. Dia memang budak yang baik menjaga kami awek-awek dengan baik yeayy.

Okay berikut Cik iena kongsikan gambar semasa Cik iena di air terjun pelangi.

Untuk pengetahuan, menurut Tour Guide, kehadiran pelangi pada kali ini 1 feb 2018 adalah yang paling menyerlah warnanya berbanding hari lain. Jadi kami adalah pengunjung yang bertuah. Tambahan mereka lagi sebahagian pelangi di di dalam filem PINJAMKAN HATIKU juga adalah pelangi yang di Edit.

Tak mustahil ianya di edit kerana mereka berlakon dan agak sukar untuk mengejar masa ketika pelangi muncul . Takkan nak tunggu pelangi keesokan hari pula kan . Semasa kami di air terjun pelangi kami sendiri perlu tunggu awan melepasi matahari supaya nampak pelangi.

Adakalanya pelangi pudar adakalanya terang. Apabila cahaya matahari panas terik muncuk tanpa lindungan awan pelangi menjadi sangat cantik warnanya . Pada ketika ini juga kami berpeluang melihat dua pelangi dalam satu masa yang sama.

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
nampak tak double pelangi?

Semasa di  Air Terjun Pelangi, kami di jamu dengan Maggie dan air milo sekitar jam 9.39 am . Lagi menarik bila makan maggie dan minum milo , duduk di pangkin yang cerita PINJAMKAN HATIKU sambil tengok air terjun dan pelangi. Tenang nya rasa hati. Perasaan indah yang sukar di gambarkan. Tiada di Kuala Lumpur ok.

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
maggie dan milo sedang di sediakan

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
yeay makan maggie sambil tengok pelangi

Lebih kurang jam 10.30 pagi kami memulakan perjalanan untuk turun ke bawah untuk pulang ke Resort.  Tepat jam 11.09 am  kami berjaya menyeberangi sungai yang paling cik iena geruni di mana airnya sangat deras.

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing Pahang
sungai yang deras arus yang perlu di seberangi

Bagi Cik iena ini merupakan halangan yang paling cik iena takut . Airnya yang deras boleh menghanyutkan cik iena haha. Tambahan lagi sungai lebar . Semasa menyeberang sungai ni kaki Cik iena kejang . Alhamdulillah kaki kejang setibanya di bawah . Jalan terdengkot-dengkot ke tempat berkumpul.

Setibanya di tempat berkumpul, Cik iena pulangkan kasut yang di sewa dan kemudian menaiki 4WD untuk pulang ke Rosort. Kami tiba di Resort lebih kurang jam 12.15  tengah hari. Setibanya di Resort kami mandi dan bersiap untuk keluar makan tengah hari.

Wah gigih cik iena tengok timestamp dekat gambar and tulis pukul berapa pukul berapa kat mana. Supaya mudah untuk anda yang berhasrat ke sini budget masa anda. Sebabnya cik iena baca blog lain takde tulis waktu jam berapa mereka di air terjun pelangi jam berapa naik jam berapa turun jadi Cik iena banyak tertanya-tanya. So cik iena tulis lah dalam artikel Cik iena untuk rujukan anda yang berhasrat untuk ke sini.

TIPS MENDAKI AIR TERJUN PELANGI

  1. Pastikan pemandu pelancong ialah yang berdaftar, bertauliah dan profesional
  2. Patuh dan pastikan jelas pada setiap arahan pemandu pelancong
  3. Pastikan memakai pakaian sukan, terutama kasut yang sesuai (sebelum memulakan pendakian ada tempat untuk menyewa kasut bagi yang datang dengan selipar atau yang taknak kasut kotor)
  4. Bawa beg kalis air yang tahan lasak untuk simpanan barang elektronik dan lain-lain
  5. Elakkan membawa barang yang tidak perlu
  6. Bawa bekal makanan (sekiranya perlu) dan setidak-tidaknya sebotol air mineral
  7. Dan di mana-mana sekali pun, jagalah tingkah laku dan bicara
  8. Untuk dapatkan pemandangan pelangi yang lebih besar dan menakjubkan, pastikan anda tiba pada jam lebih kurang 9 dan 10 pagi. 

Artikel seterusnnya akan bersambung :)

Find Your Lucky Star Pop-up Dining at Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Find Your Lucky Star Pop-up Dining at Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel menyajikan konsep restoran pop-up yang lain daripada yang lain . Di mana konsep ini sangat unik dan eksklusif . Ia membawa anda  seperti Menikmati Hidangan di Dunia yang lain di samping menu masakan terbaik dari Chef yang berpengalaman iaitu Chef Francois Mermilliod dan Chef Geatano Di Stefano.

Find Your Lucky Star Pop-up Dining at Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Find Your Lucky Star Pop-up Dining concept telah di reka oleh Emma Maxwell . Di mana beliau merupakan  pereka dalaman global yang memenangi pelbagai anugerah.

Emma Maxwell
Emma Maxwell

Beliau mendapatkan inspirasi dari Eropah, menu bagi hidangan yang di hidangkan adalah dari dua orang chef yang berbakat dab berpengalaman iaitu Chef Francois Mermilliod dari restoran makan Perancis terkenal di Singapura, Bar-A-Thym dan Chef Gaetano Di Stefano dari Villa Danieli, restoran Itali yang berada di Sheraton Imperial Kuala Lumpur.

Find Your Lucky Star Pop-up Dining at Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Untuk pengetahuan anda Pengalaman menjamu selera yang memukau ini di tawarkan untuk masa yang terhad dari 12 hingga 29 Disember 2017 untuk makan tengah hari dan makan malam . Walaubagaimanapun diatas permintaan Ramai ianya telah di lanjutkan sehingga bulan Febuari 2018.

Find Your Lucky Star Pop-up Dining at Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Untuk setiap sesi hanya  dapat  memuatkan  12 tetamu. Jadi anda perlu Booking awal untuk merasai pengalaman unik ini.

Gambar Find Your Lucky Star Pop-up Dining di Sheraton Imperial Kuala Lumpur.

Find Your Lucky Star Pop-up Dining at Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Find Your Lucky Star Pop-up Dining at Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Find Your Lucky Star Pop-up Dining at Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Find Your Lucky Star Pop-up Dining at Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Find Your Lucky Star Pop-up Dining at Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Find Your Lucky Star Pop-up Dining at Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Find Your Lucky Star Pop-up Dining at Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Find Your Lucky Star Pop-up Dining at Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Find Your Lucky Star Pop-up Dining Review

Find Your Lucky Star Pop-up Dining at Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Sejujurnya ini adalah pengalaman makan malam sangat unik dan eksklusif bagi Cik iena. Cik iena terasa seperti makan di suatu tempat yang lain. Tempat yang jauh dari bumi . Seperti berada diangkasa lepas .

Makan dengan di temani cahaya bintang dan bulan. Keadaaan seperti di angkasa lepas. Terasa seperti di awang awangan . Sekali sekala kelihatan tahi bintang yang melintas di belakang dan depan Cik iena . Pengalaman ini sememangnya sukar di lupakan oleh cik iena .

Cik iena cadangkan supaya anda juga cuba makan tengah hari atau malam di sini untuk merasai sendiri pengalaman makan di dunia lain . Makanan yang di hidangkan juga tidak akan membuat anda kecewa. Kerana kesemua makanan yang di hidangkan sangat lazat.

Find Your Lucky Star Pop-up Dining at Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Find Your Lucky Star Pop-up Dining at Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Cara mereka menghidangkan makanan juga pasti buat anda semua berasa seolah-olah anda seperti orang istimewa yang di layan begitu baik dan sempurna . Pendek kata servis mereka sangat terbaik. Berbaloi dengan wang yang anda sumbangkan.

Berikut merupakan gambar yang cik iena ambil menggunakan kamera biasa. Maaf kamera cik iena tak cantik kalau gelap (^_~) . Bila buka flash tak nampak bintang-bintang bercahaya di dalam gelap :)

Berikut merupakan menu untuk  Find Your Lucky Star Pop-up Dining di Sheraton Imperial Kuala Lumpur.

Exclusive Menu by Chef Francois Mermilliod

Chef Francois Mermilliod
Chef Francois Mermilliod

4-course Lunch

1. Ceviche of Yellow-Fin Tuna,Yuzu Ponzu Dressing, Apple-Fennel Salad
   2016 HUNTAWAY Marlborough Sauvignon Blanc

2. Wild-Caught NZ Grouper, Saffron Risotto, Razor Clams and Smoked Eel Broth
   2015 CAPEL VALE Margaret River Chardonnay

3. Milk-Fed Veal Tenderloin,  Foie Gras Foam, Heirloom Baby Carrot, Buckwheat
   2015 CAPEL VALE Margaret River Cabernet Sauvignon

4. Warm Pear and Raspberries “Bourdaloue”,
Vanilla Ice Cream

   Coffee, Petits Fours

6-course Dinner

1. Ceviche of Yellow-Fin Tuna ,Yuzu Ponzu Dressing, Apple-Fennel Salad
   2016 HUNTAWAY Marlborough Sauvignon Blanc

2. Chilled Lobster Ravioli, Guava,Lime Sabayon and Nahm Jim
   2015 BONPAS Cotes de Luberon Blanc

3. Seared Scampi, Angel Hair, Hokkaido Sea-Urchin and Sakura Ebi
   2015 J. MOREAU & FILS Chablis

4. Wild-Caught NZ Grouper, Saffron Risotto, Razor Clams and Smoked Eel Broth
   2015 CAPEL VALE Margaret River Chardonnay

5.  Milk-Fed Veal Tenderloin, Foie Gras Foam  Heirloom Baby Carrot, Buckwheat
   2015 CAPEL VALE Margaret River Cabernet Sauvignon

6. Warm Pear and Raspberries “Bourdaloue”, Vanilla Ice Cream

  Coffee, Petits Fours

Exclusive Menu By Chef Gaetano Di Stefano

Chef Gaetano Di Stefano
Chef Gaetano Di Stefano

4-course Lunch

1. Roasted beetroot soup, grilled scallop and black truffle
   2016 MAZZEI Belgvardo Vermentino di Toscana

2. Slow roasted beef cheek, Modica saffron risottoand crisp parmesan
   2013 MAZZEI Fonterutoli Chianti Classico DOCG

3. Baked Italian turbot, Mediterranean vegetables and sea urchin foam
   2013 MAZZEI Fonterutoli Chianti Classico DOCG

4. Green apple tarte tatin, home-made vanilla gelato and berries coulis.

Coffee, Petits Fours

6-course Dinner

1. Poached Boston lobster, fresh mango, chili and avocado salad
    SAN FELETTO Extra Dry Prosecco DOCG

2. Roasted beetroot soup, grilled scallop and black truffle
   2016 MAZZEI Belgvardo Vermentino di Toscana

3. Slow roasted beef cheek, Modica saffron risotto and crisp parmesan
   2013 MAZZEI Fonterutoli Chianti Classico DOCG

4. Baked Italian turbot, Mediterranean vegetables and sea urchin foam
   2013 MAZZEI Fonterutoli Chianti Classico DOCG

5. Australian lamb loin, crushed pistachio, sweet potato, green asparagus and Madeira reduction
   2011 MAZZEI Ser Lapo Chianti Classico Privata Riserva

6. Green apple tarte tatin, home-made vanilla gelato and berries coulis

   Coffee, Petits Fours

Harga Find Your Lucky Star Pop-up Dining

RM238/RM438 nett per person with Wine Pairingor
RM188/RM388 nett per person with Mocktail.

 Untuk masa yang terhad sahaja, nikmati diskaun 15% untuk ahli SPG, Marriott Rewards,& club Marriott members termasuk untuk tempahan kumpulan 12 orang.

Located At Mezzanine floor, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel Jalan Sultan Ismail,Kuala LumpurMY

Untuk  Booking dan Pertanyaan 603-2717 9027
Website : http://www.sheratonimperialkualalumpur.com

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve