Grab The Promo

Review Daniel Wellington Classic Petite


Setiap individu biasanya akan memakai jam tangan sebagai perhiasan untuk ke mana-mana. Jika anda merupakan peminat atau pengumpul jam tangan, cik iena yakin anda pasti kenal dengan jenama Daniel Wellington ini. Rekaan jam jenama ini boleh dikatakan sesuai untuk digayakan pada bila-bila masa sahaja samaada casual atau untuk ke acara-acara lain mahupun acara rasmi .

Daniel Wellington Original


Cik iena bukan lah pengumpul mahupun peminat jam tangan. Malahan sebelum ini Cik iena memang tidak memakai jam. Tetapi pertama kali Cik iena lihat jam tangan yang di pakai oleh rakan pejabat Cik iena jadi berminat.  Dan bermula lah operasi CIk iena membuat survey harga untuk membeli jam tersebut .

Daniel Wellington Original
Berangan nak jadi model Daniel Wellington


Jemput baca di http://www.ienaeliena.com/2018/01/nak-jam-tangan-daniel-wellington-murah.html




Review Jam Tangan Daniel Wellington Classic Petite Dari @dwclassicpetite




Jam tangan Daniel Wellington koleksi Classic Petite sangat elegant. Ianya sesuai untuk di gunakan untuk acara casual mahupun ke majlis-majlis tertentu .


Daniel Wellington
Daniel Wellington

Classic Petite  sangat berbeza dari koleksi DW yang  lain kerana menggunakan tali jejaring. Di samping itu, Classic Petite juga mempunyai saiz terkecil, dari diameter bezel (32 mm) hingga lebar tali (14 mm). Saiz kecil dan tali jejaring ini menjadikan Classic Petite kelihatan sangat feminin dan manis, sesuai untuk di bawa ke Majlis-Majlis.



Daniel Wellington
Daniel Wellington Melrose white dan Daniel Wellington sterling black



Setakat ini cik iena pakai jam ni memang elok dan ianya berkualiti dan memang persis jam mahal . Menurut kawan cik iena yang dah lama pakai pun kualiti jam memang bagus. Tiada kerosakan mahupun calar walaupun beliau seorang yang lasak.


 Beli Daniel Wellington di @dwclassicpetite



Daniel Wellington
Daniel Wellington Melrose white

Pada yang berminat untuk membeli boleh terus beli di http://bit.ly/jam-daniel-wellington
atau boleh DM mereka di instagram. Sejujurnya pada awalnya Cik iena rasa kurang percaya dengan link yang di berikan tetapi di sebabkan ianya dari kawan dan menurut kawan link tersebut bukan scam. Jadi diatas jaminan beliau cik iena pun beli di link tersebut.


Daniel Wellington
Daniel Wellington Melrose white dari @dwclassicpetite


Jika di lihat pada harga di website Daniel Wellington Malaysia, harga yang di tawarkan agak murah berbanding website rasmi. Menurut seller ianya adalah original-OEM. Memandangkan rakan pejabat cik iena ,Afni telah pergi  ke Butik Daniel Wellington di Mid Valley untuk memastikan  jam yang beliau dapat itu Original atau tidak tidak . Dan pihak Butik Daniel Wellington di Mid Valley memaklumkan bahawa ianya adalah jam tangan DW  original . Maka Cik iena pun beli.

Daniel Wellington
Daniel Wellington


Cik iena  tidak ragu-ragu untuk beli sebab  Butik kata Original.  Kalau nak beli di butik dia mahal sangat cik iena rasa sebab banyak benda lain lagi nak guna duit :)  So cik iena beli di link yang di berikan diatas.

Gambar Jam Tangan Daniel Wellington dari @dwclassicpetite

Disini cik iena kongsikan gambar Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite yang cik iena beli . Memang sangat cantik dan berkualiti . Tangan cik iena kecil dari wanita normal . Sangat kecil macam budak sekolah .

Pada awalnya Cik iena khuatir susah nak adjust tapi salah jangkaan cik iena. Mudah je nak adjust . So kalau tangan besar ke kecil ke a, anda tak perlu risau boleh adjust tak perlu pergi kedai untuk tebuk lubang atau potong :)


Daniel Wellington
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite

Daniel Wellington
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite


Daniel Wellington
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite




Daniel Wellington
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite


Daniel Wellington
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite



Daniel Wellington
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite


Daniel Wellington
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite

Cik iena sangat puas hati dengan material dan kualiti pada harga yang di tawakan . Mesti ramai risau, raagu-ragu dan khuatir kan. So selepas baca ni dah tau nak beli pada seller mana kan. Memang sangat ramai yang jual cuma kita tak tau kualiti produk tersebut. Sekarang Cik iena kongsi sebab ramai yang bertanya .

Susah tau nak cerita banyak kali, ulang-ulang jawab soalan yang sama pada orang yang berbeza maka dengan itu artkel ini di karang supaya mudah cik iena nak menjawab persoalan. Boleh baca di Blog (^_~)

Ini review jam  tapi Review jujur dari hati cik iena  untuk page yang dia suruh beli tu memang page tu nampak macam scam . Biasalah mind set orang malaysia taku sikit nak beli online terutama dari page yang tak pernah di dengari dan takde main page. Kita rasa ragu-ragu lah.

Daniel Wellington
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite



Nasib baik kawan dah pun pergi sendiri Butik Daniel Wellington di Mid Valley untuk tanya tentang keaslian jam dia tu.  Pada yang tak tau macam mana nak beli cik iena ada screenshoot sikit. Kalau tak berani beli sendiri boleh DM instagram @dwclassicpetite  atau kalau nak cik iena tolong belikan pun boleh . Tapi kene bank in duit pada cik iena dulu lah ya . Yang ni boleh email cik iena di iena@ienaeliena.com

Okay jom tengok macam mana nak beli :)


Jam Tangan Daniel Wellington Murah

Jam Tangan Daniel Wellington Murah

Jam Tangan Daniel Wellington Murah

Jam Tangan Daniel Wellington Murah


Cik iena rasa tak ramai yang berani beli kat sini sebab cik iena pun berperasaan macam tu sebelum ni . So lebih baik yang nak beli direct DM ig @dwclassicpetite atau whatsapp mereka di https://api.whatsapp.com/send?phone=601123262969


DW MOMENTS



Daniel Wellington Original
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite

Daniel Wellington Original
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite


Daniel Wellington Original
cik iena ke pejabat memakai Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite


Daniel Wellington Original
cik iena ke pejabat dan lunch di Nu sentral, Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite

Daniel Wellington Original
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite

Daniel Wellington Original
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite

Daniel Wellington Original
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite

Daniel Wellington Original
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite

Daniel Wellington Original
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite

Daniel Wellington Original
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite


Daniel Wellington Original
cik iena keluar berjalan memakai Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite

Daniel Wellington Original
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite



Daniel Wellington Original
cik iena ke kenduri kawen memakai Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite


Daniel Wellington Classic Petite
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite


Daniel Wellington Original
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite



Daniel Wellington Original
cik iena ke malam gala filem surf this love mengenakan Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite


Daniel Wellington Original
bergaya dengan Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite

Daniel Wellington
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite

Daniel Wellington Original
cik iena ke pejabat dengan memakai Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite

Daniel Wellington Original
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite


Daniel Wellington
Daniel Wellington Melrose white dari www.instagram.com/dwclassicpetite



Mak aiiiiiiii meletup blog. Banyak betul gambar #DWMOMENTS  . Wokay sekian review dari Cik iena (^_~)



Shukri Yahaya Memang Lawak Comel Dalam Filem Surf This Love


Baru-baru ini Cik iena telah di jemput ke Malam Gala Filem Surf This Love dan saksikan sendiri filem Surf This Love. Filem ini akan di tayangkan di pawagam bermula 22 February 2018.  Disini cik iena ingin berkongsi mengenai review cik iena tentang filem romantik/ komedi ini.

REVIEW FILEM SURF THIS LOVE


Trailer Filem Surf This Love




Review Filem Surf This Love


Surf This Love , jika dengar pada tajuknya ada yang beranggapan ianya merupakan sebuah Filem berbahasa English tetapi tidak. Ianya merupakan Filem berbahasa Malaysia di mana ianya juga adalah filem pertama mengenai Sukan Surfing di Malaysia.


Malam Gala Filem Surf This Love
Cik iena di Malam Gala Filem Surf This Love dengan tema Black & Gold


Jika rujuk pada Genre filem tersebut adalah Romantik/Komedi , pasti anda beranggapan  ianya merupakan filem yang banyak unsur cinta . Bagi cik iena tidak banyak unsur cinta yang di tekankan dalam filem ini.

Apa yang banyak di ketengahkan adalah tentang semangat anak muda bernama Billie untuk mempelajari secara mendalam tentang sukan surfing bagi meneruskan kerjaya sukan surfing Arwah abang beliau iaitu Bobby .

Bobby merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal . Beliau telah mati lemas dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali .

Shukri Yahaya dan Syuhaida Abraz Memang Lawak !


Filem bergenre Romantik/komedi ini sememangnya membuat Cik iena tidak kering gusi. Sejujurnya jalan cerita agak biasa tetapi unsur lawak yang di lakonkan oleh Syukri Yahaya dan dottie (Syuhaida Abraz) sememangnya bakal membuat anda yang menonton tergelak dan enjoy menonton filem ini.


Cik iena dan Syuhaida Abraz
Cik iena dan Syuhaida Abraz

Kedua-dua mereka melakonkan watak komedi bersahaja yang sangat baik . Mereka berdua begitu menjiwai watak dan pasti membuat penonton terhibur .

Sebenarnya Cik iena merupakan peminat Shukri Yahaya . Lakonan beliau sememangnya tidak pernah menghampakan CIk iena. Beliau sememangnya pelakon yang berbakat dan sangat menjiwai watak.

Cik iena dan Shukri Yahaya
Cik iena dan Shukri Yahaya

Kebelakangan ini Cik iena memang jarang hadiri Event kerana masalah kesihatan berbeza dengan jemputan kali ini. Antara sebab utama Cik iena rsvp kehadiran ke Malam gala ini adalah Shukri Yahaya.




Papar Kisah Kehidupan Blogger | Christine Suzanna sebagai Mia Seorang Blogger


Menariknya lagi tentang cerita ini bagi cik iena adalah ianya mengisahkan tentang seorang blogger bernama Mia yang dilakonkan oleh Christine Suzanna. Dimana Mia ingin membuat kajian tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya . Seperti yang anda sedia maklum Cik iena sendiri merupakan seorang blogger .

Cik iena dan Christine Suzanna
Cik iena dan Christine Suzanna

Cik iena juga seperti Mia jika ke tempat percutian, akan mencari sesuatu yang istimewa mengenai tempat itu dan ceritakan di dalam Blog. Berjalan-jalan dan mengambil gambar-gambar yang menarik. Terasa lah kerjaya seperti blogger ni juga di hargai oleh pembikin Filem gitu (^_~)


Watak Mia yang dibawa oleh Christine Suzanna merupakan salah satu tunjang utama filem ini. ia di lakonkan dengan baik oleh Christine Suzanna. Seorang blogger perempuan yang agak kasar. Berkelakuan seperti lelaki.

Pekin Ibrahim Menjiwai Watak


Bila cik iena tonton filem ni rasa macam eh dah kenapa Pekin Ibrahim ni, emo je. Suka perli-perli . Banyak berkias pun ya. Cik iena jadi tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi dengan Tiga sahabat karib yang terkenal suatu ketika dahulu dalam sukan surfing ini iaitu jimmy, bobby n mike malaya.

Ardell Aryana Berhijab Selepas Filem Surf This Love di rakamkan


Terlalu berahsia pekin ni. Haa bermaksud lakonan pekin pun best selain Shukri Yahaya ,Christine Suzanna dan dottie . Ardell Aryana juga tidak kurang hebat nya dia berlakon. Cik iena suka wajah comel dia lagi-lagi masa malam gala filem ini Ardell Aryana dah berhijab. Terserlah keayuan Ardell Aryana.

Untuk pengetahuan semasa pembikinan filem ini beliau masih belum berhijab dimana filem ini dirakam pada tahun 2017 dan kini Ardell Aryana telah berhijab. Cik iena lebih suka beliau bertudung. sangat cantik. Semoga bertambah rezeki beliau dengan penghijrahan baru ni. (Eh terkeluar topik)


Berjayakah Billie Menjadikan Mia Sebagai Permaisuri Hidupnya?


Kalau Cik iena cerita semua mengenai filem ni rasa tak best pula. Ada baiknya anda tonton sendiri filem ini. Adakah Billie berjaya memenangi hati Mia untuk dijadikan permaisuri hidupnya ?

Jika merujuk pada sinopsis(sinopsis sila baca di bawah) yang Bille nak memenangi hati Mia untuk dijadikan permaisuri hidupnya. Jika sebut permaisuri hidup mesti ada kaitan dengan majlis perkahwinan.

Adakah kesudahan filem ini berakhir di jinjang pelamin?

Anda tonton sendiri okay (^_~)

Rating

7/10


Malam Gala Filem Surf This Love


Malam Gala Filem Surf This Love
Cik iena dan Dottie di Malam Gala Filem Surf This Love

Malam Gala Filem Surf This Love
Cik iena dan Christine Suzanna di Malam Gala Filem Surf This Love


Malam Gala Filem Surf This Love
haha maaf saya peminat Shukri yahaya, banyak ambil gambar dia je

Malam Gala Filem Surf This Love
haha maaf saya peminat Shukri yahaya, banyak ambil gambar dia je



Malam Gala Filem Surf This Love
barisan pelakon dan krew

Malam Gala Filem Surf This Love
Malam Gala Filem Surf This Love

Malam Gala Filem Surf This Love
haha maaf saya peminat Shukri yahaya, banyak ambil gambar dia je..alahai comelnya dia gelak haha

Malam Gala Filem Surf This Love
haha maaf saya peminat Shukri yahaya, banyak ambil gambar dia je

Malam Gala Filem Surf This Love
Cik iena dan rakan blogger bergambar bersama pelakon utama Shukri Yahaya di Malam Gala Filem Surf This Love



Malam Gala Filem Surf This Love
Cik iena dan rakan blogger rafzan





Malam Gala Filem Surf This Love
Cik iena dan rakan blogger Nisa Kay

Wokay untuk pengetahuan semua pada malam gala tersebut ada tema iaitu Black and Gold. Cik iena sememangnya suka memakai mengikut tema.  Kalau dah kene ikut tema Cik iena grab apa je baju yang sesuai dengan tema. 

Bila tengok balik macam pelik baju ni pakai dengan skirt ni. Sepatutnya untuk skirt ni perlu pakai baju yang fit saiz badan tapi tak terlalu ketat supaya tak nampak gemok. jadi masa malam kejadian Cik iena kelihatan agak gemok haha.

Berikut merupakan gambar cik iena dengan tema Black and gold. Kali ini cik iena cuma mengenakan solekan ringkas. 



Malam Gala Filem Surf This Love
Cik iena di Malam Gala Filem Surf This Love dengan tema Black & Gold


Malam Gala Filem Surf This Love
Cik iena di Malam Gala Filem Surf This Love dengan tema Black & Gold



SURF THIS LOVE : GELORA JUARA
TARIKH TAYANGAN: 22 Februari 2018
GENRE: Romantik / Komedi
PELAKON: Shukri Yahaya, Christine Suzanna, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Josiah Hogan, Mustaqim Bahadon, Syuhaida Abraz
PENGARAH: Waan Hafiz
EDARAN: EmpireFilm Solutions



SINOPSIS FILEM SURF THIS LOVE



Billie (20an) bekerja dengan kakaknya, Siti (30an) sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billie sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal.


FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE


Selain Bobby, Mike Malaya (30an) dan Jimmy (30an) yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billie. Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 8 tahun hinggalah sekarang Billie tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak.

Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati lemas dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki.


Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billie terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun.

Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billie dengan sukan ini tidak pernah luntur. Kisah ini bermula sejak kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia (20an) yang bertandang ke Pulau Tioman untuk mendapatkan liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya akan datang.


Walaupun Mia 1st time sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia (20an). Lia bekerja dengan abangnya Jimmy, yang mengusahakan sebuah café dan bengkel membaiki surf board di tepi pantai. 

Lia mencadangkan Mia mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi membawanya bersiar-siar ke seluruh Pulau Tioman kerana dia sibuk membantu abangnya menguruskan kedai. Pemandu pelancong yang dimaksudkan Lia adalah kawanya sejak kecil iaitu Billie.


Billie lah yang membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau. Dari perkenalan singkat itu, Mia tertarik dengan perwatakan Billie yang kelakar dan bersahaja. Jauh dalam hati Mia, Mia kagum dengan kesungguhan Billie dalam sukan surfing walaupun Billie sering gagal dan tidak pandai dalam sukan itu.

Bagi Billie pula, dia sudah mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti kakaknya, tidak seperti orang lain di pulau itu yang sering merendah-rendahkan cita-citanya.  Kini, Billie mempunyai satu lagi impian, iaitu mahu menjadi juara sukan luncur ombak, dan memenangi hati Mia yang baru dikenalinya.


Hancur luluh hati Billie apabila mengetahui yang Mia sudah berpunya malah Billie lebih frust lagi apabila mengetahui teman lelaki Mia adalah Mike Malaya, idolanya selama ini. Terpaksalah Billie melupakan Mia dan menumpukan perhatiannya pada cita-cita asalnya.

Kehadiran Mike Malaya ke pulau itu memberikan semangat baru kepada Billie. Billie menemui Mike Malaya dan memperkenalkan dirinya sebagai adik kepada Bobby. Mike Malaya yang agak sinis dan sambil berseloroh cuba ‘meraikan’ perkenalan singkat itu.

Billie dengan yakin dan bersemangat, meminta Mike Malaya mengajarnya cara-cara surfing yang betul. Mike Malaya dengan berat hati bersetuju dan meminta Billie menunggunya malam itu di pantai. Pada mulanya Billie agak hairan kenapa Mike Malaya mahu mengajarnya surfing waktu malam tetapi dia tetap bersangka baik dengan Mike Malaya.

Walaubagaimanapun, Mike Malaya tidak mengotakan janjinya. Mike hanya mahu memperdayakan si Billie semata. Billie rasa terhina dengan perbuatan Mike Malaya dan sejak dari peristiwa itu, Billie tidak mengharap pada sesiapa lagi. Dia sudah hilang rasa hormat pada Mike Malaya.


Pada masa yang sama, Mike Malaya mahu melamar Mia di pulau itu. Mia agak terkejut dengan lamaran itu, akhirnya bersetuju dengan permintaan Mike untuk menjemput ahli keluarga kedua pihak bagi meraikan malam pengumuman tentang tarikh pernikahan mereka berdua.

Jimmy tidak gembira dengan kedatangan Mike Malaya ke pulau itu. Billie dan Lia hairan, kenapa dua sahabat itu kini dingin hubungan mereka. Lia dapat rasakan ada sesuatu rahsia besar yang pernah terjadi antara persahabatan ketiga-tiga juara luncur ombak itu.

Oleh kerana tidak tahan dengan hinaan Mike Malaya, Jimmy yang selama ini enggan mengajar Billie, berubah fikiran. Dia berjanji dan bertekad, akan memastikan Billie terus belajar dan handal meluncur di ombak seperti arwah Bobby dahulu.

Pada malam majlis pengumuman, Mike Malaya telah dimalukan oleh Mia. Hasratnya untuk melamar Mia bertukar menjadi peristiwa yang sangat memalukan. Mia bukan sahaja memutuskan perhubungan mereka berdua, malah memperkenalkan kekasih gelap Mike yang kini sedang hamil anak Mike sendiri.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku kini, tidak mematahkan semangat Billie. Malah Billie kini lebih bersemangat untuk menjadi juara sukan luncur ombak, dan sekaligus memenangi hati Mia untuk dijadikan permaisuri hidupnya.



Malam Gala Filem Surf This Love
Peace jangan lupa tengok tau . Bestttttttt



Wokay jangan lupa tau hari ni filem ini di tayangkan . Jangan lupa tonton, bawa keluarga sama-sama tengok. Memang anda semua akan ketawa :)

Tapi sejujurnya iena tak suka ending dia. We want more we want more. hahah rasa macam aik dah habis. Macam tu je ke . Haaa nak tau kenapa jangan lupa tengok okay . Mungkin kah akan ada Surf This Love 2 hahaha.





ATASI MASALAH KULIT BERMINYAK DAN KUSAM DENGAN AR BEAUTY BY DIVINE


Wanita dan kecantikan berpisah tiada . Setiap wanita pasti mendambakan kulit yang bersih , sihat serta cantik . Tidak kurangnya nya juga seperti Cik iena . Cik iena sentiasa inginkan kulit yang  cantik dan bebas dari masalah jerawat terutamanya.

AR BEAUTY BY DIVINE


Alhamdulillah kulit Cik iena kurang mengalami masalah seperti jerawat akan tetapi cik iena mengalami masalah kulit kering dan agak sedikit kusam kerana kerap bersolek. Kulit kering adalah di sebabkan faktor usia cik iena yang sudah memasuki alam 30 an.

Di sebabkan Cik iena gemar bersolek , jadi Cik iena perlu memakai produk penjagaan wajah yang mampu memulihkan Kulit Rosak Akibat Kosmetik. Tanpa anda sedari penggunaan kosmetik yang terlalu kerap juga boleh mrosakkan kulit. Jadi anda perlu menyeimbangkan penggunaan kosmetik dengan produk penjagaan wajah yang di gunakan agar kulit anda tidak rosak.



AR BEAUTY BY DIVINE
AR BEAUTY BY DIVINE

ATASI MASALAH KULIT BERMINYAK DAN KUSAM DENGAN AR BEAUTY BY DIVINE


Kepada anda di luar sana yang mengalami masalah kulit seperti

  • Parut
  • Jerawat yang teruk
  • Jeragat
  • Penuaan 
  • Tona tidak sekata 

Cik iena cadangkan anda untuk mencuba set penjagaan wajah dari AR Beauty By Divine .  Untuk pengetahuan Produk ini mempunyai Kelulusan KKM dan pengiktirafan GMP .Ianya 100% tidak mempunyai bahan yang merbahaya.

AR BEAUTY BY DIVINE
AR BEAUTY BY DIVINE


Selain daripada itu ianya Kaya dengan bahan-bahan yang berkualiti, Peptide, Vitamin A, C, E, Amino Asid, Royal Jelly Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract dan banyak lagi bahan yang selamat digunakan.

Antara Produk AR BEAUTY BY DIVINE yang perlu anda cuba adalah seperti berikut :-
  1. GENTLE FACIAL CLEANSER
  2. GENTLE FACIAL ACTIVATOR
  3. REVITALIZING SERUM
  4. NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15
  5. REPLENISHING NIGHT CREAM

Untuk Cik iena produk ini sesuai untuk kulit cik iena yang agak kusam dan kering . Dari segi masalah jerawat dan jeragat, Alhamdulillah wajah Cik iena jarang ada jerawat. Kalau ada pun ketika datang bulan dan hanya sebutir dua sahaja.


AR BEAUTY BY DIVINE
AR BEAUTY BY DIVINE



Berikut cik iena kongsi sedikit info yang cik iena dapat mengenai produk ini serta review dari cik iena setelah 3 minggu penggunaan.


GENTLE FACIAL CLEANSER


Untuk pengetahuan, Bahan yang digunakan mengandungi BIOSACCHARIDE GUM-I dan ALPHA-GLUCAN OLIGOSACCHARIDE. Ia merupakan Formula yang tidak menghakis kulit dan ianya bertekstur halus serta membersihkan kulit secara mendalam.

GENTLE FACIAL CLEANSER AR BEAUTY BY DIVINE
GENTLE FACIAL CLEANSER AR BEAUTY BY DIVINE

KANDUNGAN


Aqua, tetrasodium EDTA, Glycerin, methyl propanediol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Lauryl Glucoside, Sodium Lauroyl Sarcosinate, Disodium Laureth Sulfosuccinate, TEA-Lauryl Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Cocamide DEA, PEG-150 Distearate, Betaine Trimethyglycine, Biosaccharide Gum -1, Alpha-Glucan Oligosaccharide, Fragrance, Phemoxyethanol, Ethylhexylgycerin.

KEBAIKAN GENTLE FACIAL CLEANSER


• Diformulasikan dengan PREBIOTIK yang melindungi ekosistem kulit dengan stimulasi mikrobiologikal ( eko-flora ) dan biologi ( Anti-Microbial Peptide ) penghadang kulit.
• Kulit lebih lembap dan segar
• Kulit kelihatan licin dan lembut
• Menghidrasikan dan menggantikan kulit secara perlahan

GENTLE FACIAL CLEANSER AR BEAUTY BY DIVINE
GENTLE FACIAL CLEANSER AR BEAUTY BY DIVINE

CARA PENGGUNAAN

Cuci wajah anda dengan menggunakan air bersih dan Gentle Facial Cleanser . Kemudian biar ianya kering sendiri atau lap dengan tuala bersih.

REVIEW GENTLE FACIAL CLEANSER

Review cik iena untuk Gentle Facial Cleanser ini ianya kurang berbusa berbanding pencuci muka lain yang cik iena cuba. Jika anda inginkan buih yang banyak anda perlu memakai dalam jumlah yang lebih banyak dalam dua pam untuk sekali pencucian.

Bagi Cik iena yang gemar bersolek Cik iena perlu membersihkan solekan terlebih dahulu kerana apa yang cik iena dapati jika Cik iena tidak membuang solekan menggunakan make up remover, akan ada sisa solekan yang tinggal .

GENTLE FACIAL CLEANSER AR BEAUTY BY DIVINE
GENTLE FACIAL CLEANSER AR BEAUTY BY DIVINE

Jika Cik iena tidak menggunakan make up remover Cik iena perlu mencuci muka dua kali supaya rasa lebih bersih .

Walaubagaimanapun haruman dari Gentle Facial Cleanser ini memang harum dan menenangkan cik iena . Kulit wajah terasa lembut dan lembab selepas membersihan wajah

Disebabkan Cik iena cuci dua kali jadi satu botal cleanser ni cik iena habiskan dalam masa dua minggu . Cik iena memang sejenis orang yang kalau rasa tak bersih akan cuci sampai cik iena puas hati dan rasa bersih. (^_~)

RATING

6/10


GENTLE FACIAL ACTIVATOR


Ia direka khas dengan menggunakan teknologi terkini dan  hanya menggunakan ramuan melembapkan serta menghaluskan kulit yang terpilih daripada ekstrak bahan tumbuhan semulajadi terutamanya dalam merawatkulit sensitif . Selain itu ia mengandungi bahan Royal Jelly Extract dan Aloe Barbadensis Leaf Extract .


GENTLE FACIAL ACTIVATOR AR BEAUTY BY DIVINE
GENTLE FACIAL ACTIVATOR AR BEAUTY BY DIVINE


KANDUNGAN

Aqua, tetrasodium EDTA, Denatured Alcohol, Biosaccahride Gum-1, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Propylene glycol, royal jelly extract, betaine trimethyglycine, cucumis sativus (cucumber) fruit extract, glycerin, glycolic acid, malic acid, sodium citrate, sodium lactate, sucrose, tartaric acid, urea, allantion, panthenol, polysorbate 20, fragrance, phenoxyethanol, ethylhexylglycerin.

KEBAIKAN GENTLE FACIAL ACTIVATOR


• Kulit menjadi lembut, segar dan kelihatan sihat berseri
• Mengecilkan Pori
• Mengembalikan PH kulit dan menstabilkan serta menghidrasikan kulit
• Memperbaharui lapisan kulit
• Mengurangkan kegatalan & keradangan
• Mengawal sebum minyak & pertumbuhan jerawat



GENTLE FACIAL ACTIVATOR AR BEAUTY BY DIVINE
GENTLE FACIAL ACTIVATOR AR BEAUTY BY DIVINE

 



CARA PENGGUNAAN


Selepas membersihkan wajah dengan menggunakan  Gentle Facial Cleanser,  sembur Gentle Facial Activator pada wajah kemudian ambil kapas muka, ratakan keseluruh wajah dengan menggunakan kapas muka.

REVIEW GENTLE FACIAL ACTIVATOR

Cik iena sangat suka memakai Gentle Facial Activator ini pada wajah kerana terasa kulit segar dan lembab serta harumannya juga wangi yang mampu menenangkan minda.  Setelah tiga minggu penggunaan, facial activotor masih ada lagi berbanding cleanser.

GENTLE FACIAL ACTIVATOR AR BEAUTY BY DIVINE
GENTLE FACIAL ACTIVATOR AR BEAUTY BY DIVINE

Jadi untuk perkiraan penggunaan cik iena facial activator ini boleh bertahan sebulan .


RATING

7/10


REVITALIZING SERUM


Mengandungi Peptide yang berfungsi sebagai tahap Neurokimia untuk membantu stimulasi untuk menghasilkan lapisan kulit yang tegang seperti kolagen dan Elastin. Selain daripada itu ianya dikatakan dapat membantu menghidupkan, memulihkan dan meremajakan sistem imun kesihatan kulit seterusnya ia dapat menggalakkan pertumbuhan semula sel untuk kesan anti penuan agar wajah keliahatn mudia dari usia.

REVITALIZING SERUM AR BEAUTY BY DIVINE
REVITALIZING SERUM AR BEAUTY BY DIVINE
 

KANDUNGAN

Aqua, Hydroxypropyl methyl cellulose, xylitol, sodium phosphate, leuconostoc/radish root ferment filtare, pisum sativum (pea) peptide, pentapetide-48, hydrogenated lecithin (and) glycerin, butyrospermum parkii (shea) butter, phenethyl alcohol, ethylhexylglycerin, maltodextrin, malus domestica fruit cell culture extract, Xanthan Gum, Glycerin, lecithin, polysorbate 20, fragrance, phenoxyetanol, ethylhexylglycerin.


KEBAIKAN  REVITALIZING SERUM


  • Mengurangkan kedutan dan membaikpulih tekstur kulit.
  • Menstimulasikan pembentukan kolagen dalam pembaharuan kulit
  • Mengurangkan pembentukan garis halus, mata sembab serta melembab dan melembut kulit.
  • Menghasilkan pembentukan anti radang, merangsang imuniti kulit serta bertindak sebagai pelindung UV
  • Memperbaharui tona kulit dan meningkatkan keanjalan kulit wajah
  • Anti-jerawat dan anti-mikrobial


REVITALIZING SERUM AR BEAUTY BY DIVINE
REVITALIZING SERUM AR BEAUTY BY DIVINE

CARA PENGGUNAAN


Selepas menggunakan Gentle Facial Activator, titiskan sedikit serum di wajah, ratakan dengan pantas kerana ianya cepat meresap  . Gunakan serum hanya sedikit tetapi mencukupi satu wajah

REVIEW REVITALIZING SERUM 

Cik iena suka serum ini ianya  berbau harum dan mudah meresap namun teksturnya agak sedikit melekit berbeza dengan serum terbaru yang pernah cik iena cuba sebelum ini . Kulit akan terasa lembab dan anjal selepas memakai serum ini.

REVITALIZING SERUM AR BEAUTY BY DIVINE
REVITALIZING SERUM AR BEAUTY BY DIVINE

Kebiasaannya cik iena akan terus memakai day cream atau night cream dengan pantas selepas memakai serum kerana apabila ianya kering , krim siang dan malam agak susah untuk di aplikasikan . Maksud cik iena susah untuk di ratakan.

Ini mungkin juga kerana cik iena berkulit kering. Kesan penguunaan mungkin akan berbeza bagi setiap orang mengikut jenis kulit masing-masing. Untuk penggunaan cik iena serum ini mampu bertahan sebulan.

RATING

9/10


NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15

NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15 AR BEAUTY BY DIVINE
NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15 AR BEAUTY BY DIVINE

KANDUNGAN

Aqua, tetrasodium EDTA, Sodium Polyacrylate, Dicaprylyl Carbonate, Polyglyceryl-3 Caprate, Titanium Dioxide, Iron Oxide(Cl77492), Cyclopentasiloxane, cyclohexasiloxane, Triethoxycaprylysilane, Irone Oxide (Cl77499), Alumina, Dicaprylyl carboante, Lauryl Laurate, Methyene Bis-Benzotriazolyl Tehtramethylbutylphenol, Decyl Glucoside, propylene Glycol, Xanthan Gum, fragrance, Phenoxyethanol, ehtylhexylglycerin.

KEBAIKAN NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15

  • menghilangkan bintik hitam
  • mencerahkan kulit muka
  • mengurangkan bekas jerawat dan parut
  • menjadikan warna kulit lebih sekata
  • mengurangkan kegatalan serta keradangan
  • menegangkan kulit dan menghaluskan kulit muka
NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15 AR BEAUTY BY DIVINE
NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15 AR BEAUTY BY DIVINE

CARA PENGGUNAAN


Selepas menggunakan serum, calit day cream ini dan ratakan pada keseluruhan wajah. Ianya di pakai pada waktu siang .

REVIEW NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15


Day Cream ini sesuai di gunakan sebagai asas solekan . Ianya mempunyai kandungan SPF yang melindungi kulit dari sinaran UV selain mempunyai fungsi merawat serta mencerahkan kulit.

Pada anda yang gemar bersolek ringkas juga ianya sesuai kerana ianya seakan anda memakai bb cream atau cc cream yang akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih bermaya dan berseri-seri disamping merawat kulit anda.

Untuk cik iena yang berkulit kering cik iena perlu memakai day cream ini dengan pantas selepas memakai serum di mana keadaan kulit masih lembab. Jika cik iena biar serum kering, agak sukar untuk meratakan krim ini dengan baik .

NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15 AR BEAUTY BY DIVINE
NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15 AR BEAUTY BY DIVINE


Ini adalah di sebabkan kulit cik iena yang agak kering. Jadi untuk memastikan krim dapat di sapu atau di aplikasikan dengan lancar , cik iena perlu dengan pantas memakai krim ini selepas mengenakan serum pada wajah.

Haa tak boleh berangan-berangan tengok cermin lama-lama.
Untuk penggunaan Cik iena, cik iena rasa day cream ini mampu bertahan lebih daripada sebulan kerana cik iena tidak menggunakan dalam amaun yang banyak . Setiap orang akan berbeza jumlah yang di pakai jadi cepat habis atau tidak bergantung kepada individu itu sendiri.

RATING

7/10


REPLENISHING NIGHT CREAM


Night Cream AR Beauty  dirumus dari teknologi peptide yang canggih dimana ianya mengandungi bahan anti penuaan dan  pengelupasan yang maju, kaya dengan emolien,kolagen laut dan  rantai amino asid.

REPLENISHING NIGHT CREAM AR BEAUTY BY DIVINE
REPLENISHING NIGHT CREAM AR BEAUTY BY DIVINE



Selain daripada itu Night Cream AR Beauty kaya dengan VITAMIN A , VITAMIN C, VITAMIN E dimana Formula khas ini juga dapat membantu untuk menambahkan nutrisi dan air ke dalam kulit

KANDUNGAN 

 Aqua, Glycerin, cetearyl alcohol, ceteareh-20, caprylic/capric trigyceride, sodium ascorbate, tocopheral, retinol, dicaprylyl carbonate, lauryl laurate, potassium azeloyl diglycinate, soluble collagen, acetyl glycyl beta-alanine, lysine, histidine, arginine, aspartic acid, threonine, serine, glutamic acid, proline, glycine, alanine, valine, methionine, isoleucinen, throsine, phenylalanine, cysteine, yogurt filtrate, fragrance, phenoxyehanol, ethylhexyglycerin.

KEBAIKAN REPLENISHING NIGHT CREAM

  • menghilangkan bintik hitam
  • mencerahkan kulit muka
  • mengurangkan bekas jerawat dan parut
  • menjadikan warna kulit lebih sekata
  • mengurangkan kegatalan serta keradangan
  • menegangkan kulit dan menghaluskan kulit muka


REPLENISHING NIGHT CREAM AR BEAUTY BY DIVINE
REPLENISHING NIGHT CREAM AR BEAUTY BY DIVINE

CARA PENGGUNAAN

Selepas menggunakan serum, calit night cream ini dan ratakan pada keseluruhan wajah. Ianya di pakai pada waktu malam.


REVIEW REPLENISHING NIGHT CREAM


Review cik eina mengenai night cream ini sama seperti day cream, agak sukar di aplikasikan jika kulit cik iena di biarkan kering atau apabila serum meresap dan kering. CIk iena perlu dengan pantas mengaplikasikan Night Cream ini pada wajah selepas memakai serum supaya ianya mudah di ratakan.


REPLENISHING NIGHT CREAM AR BEAUTY BY DIVINE
REPLENISHING NIGHT CREAM AR BEAUTY BY DIVINE


Untuk penggunaan Cik iena, cik iena rasa night cream ini mampu bertahan lebih daripada sebulan kerana cik iena tidak menggunakan dalam amaun yang banyak . Setiap orang akan berbeza jumlah yang di pakai jadi cepat habis atau tidak bergantung kepada individu itu sendiri.


RATING

7/10


REVIEW AR BEAUTY BY DIVINE


Secara keseluruhan Cik iena rasa set kecantikan ini sesuai untuk anda yang berkulit normal ke berminyak . Pendek kata untuk anda yang mempunyai masalah jerawat . Kebiasaannya orang yang mempunyai kulit jenis berminyak ni mudah untuk dapat jerawat.

AR BEAUTY BY DIVINE
AR BEAUTY BY DIVINE


Untuk Cik iena yang berkulit kering ianya juga membantu dari segi melembabkan wajah dari dalam. Selain daripada itu apa yang cik iena perasan tona kulit lebih cerah sedikit dari awal pemakaian. Mungkin jika cik iena pakai 3 bulan keatas akan lebih cerah . Selain dari kesan tona kulit bertambah cerah dan melembabkan kulit, cik iena dapati juga parut jerawat datang bulan yang lama semakin pudar dari biasa.


AR BEAUTY BY DIVINE
AR BEAUTY BY DIVINE


Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik , anda seharusnya mengamalkan set ini secara konsisten dan berterusan .  Untuk Artikel ini , Cik iena sekadar review untuk tempoh 3 minggu penggunaan sahaja.




AR BEAUTY BY DIVINE
AR BEAUTY BY DIVINE

RATING KESELURUHAN AR BEAUTY BY DIVINE

7.2/10

Kepada anda di luar sana yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini Sila kunjungi laman sosial mereka :

Facebook : https://www.facebook.com/ArbeautyHQ
Instagram : https://www.instagram.com/arbeautycollection/
Email : arbiznetresources@gmail.com










Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve