Beberapa minggu yang lepas Cik iena berkesempatan menghadiri Festival Makanan Laut Sri Lanka bertempat di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur. Ini merupakan pengalaman pertama kali Cik iena mencuba makanan Sri Lanka.
Makanan Sri Lanka mempunyai keunikan tersendiri. Rasa makanan Sri Lanka boleh membuat anda ketagih. Hampir semua makanan dibuat dari santan dan kaya rempah. Di samping masakan pantai, makanan popular dari Sri Lanka adalah Nasi dan Kari. Sri Lanka terkenal dengan kepelbagaiannya.
Sekiranya anda ingin mencuba makanan Sri Lanka, anda boleh datang dan rasakan sendiri di Festival Makanan Laut Sri Lanka di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur.
Sepanjang April 2018 ini, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur membawa secara eksklusif di Big Apple Restaurant, segala jenis hidangan dari Sri Lanka. Untuk pengetahuan terdapat banyak elemen sejarah, adat dan budaya dalam masakan khas yang dimasak oleh chef-chef dari sana juga. Dipengaruhi oleh India, Indonesia, dan Belanda, masakan dari Sri Lanka ternyata unik dan istimewa!
Salah satu masakan istimewa dari Sri Lanka tentunya hidangan ketamnya. Masakan dari Ketam Sri Lanka merupakan salah satu hidangan wajib untuk anda cuba . Istimewanya festival ini adalah dua orang chef yang dibawa khas dari Berjaya Hotel Colombo, untuk penyediaan masakan asli dari Sri Lanka sepanjang promosi ini bagi mengekalkan keaslian masakan Sri LAnka.
Terdapat banyak makanan Sri Lanka yang di hidangkan, maaf cik iena tak ingat kesemua nama kerana ini pertama kali Cik iena memakan hidangan Sri Lanka. Terlampau asyik makan terlupa nak ambil gambar nama makanan. Selain menu utama Ketam, menu yang cik iena sangat gemari adalah sambal terung . Sekali lagi maaf nama sambal terung ni Cik iena yang bagi. Nampak macam sambal terung tapi ada rempah dan kayu manis. Memang sangat sedap.
Sempena Sri Lankan Seafood Festival ini, terdapat promosi hebat ditawarkan untuk 38 orang pelanggan pertama cuma perlu bayar RM38 nett sahaja untuk seorang. Untuk pelanggan yang ke 39 hingga 58 pula cuma perlu bayar RM58 sahaja!
Dan ada berita lebih baik, iaitu abila anda berbelanja minimum RM888 nett dalam satu resit, anda berpeluang menyertai CABUTAN BERTUAH. Antara hadiahnya ialah memenangi pakej bercuti termasuk tiket flight ke Sri Lanka, sponsored by Sri Lankan Airlines dan juga bermalam 4 hari 3 malam di Berjaya Hotel Colombo.
Sri Lanka Food Festival ini bermula dari 2 April hingga 30 April 2018 di Big Apple Restaurant, Level 14 pada
Sabun mandian dan losyen sememangnya tidak lekang dengan kaum Wanita . Kebanyakan golongan Wanita akan memakai sabun mandian yang sesuai dengan kulit beserta losyen bagi menjaga kecantikan dan kelembapan kulit. Kelembapan kulit ini adalah sangat penting bagi mengelakkan kulit menjadi kering dan seterusnya muncul garis-garis halus dan berkedut.
BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE
Penjagaan kulit amat di titik beratkan khususnya buat golongan wanita Elite yang mementingkan kecantikan. Tidak lupa juga buat kaum-kaum isteri yang perlu menjaga kecantikan tubuh badan secara dalaman dan luaran .
Jadi pemmilihan sabun mandian serta losyen ini juga boleh dikatakan penting dalam menjaga dan mengekalkan kecantikan serta kelembapan kulit tubuh badan. Disini Cik iena ingin kongsikan Shower cream dan losyen yang pernah cik iena guna untuk kegunaan harian dalam merapikan diri seterusnya mengekalkan kesihatan , kelembutan dan kelembapan kulit disamping memberi kesan aromatheraphy dengan haruman yang menenangkan iaitu Bare For Bare.
BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE
Sebelum Cik iena kongsikan mengenai produk yang cik iena cuba, cik iena ceritakan secara ringkas terlebih dahulu apa itu Bare To Bare. Pasti ada yang masih belum mengetahui tentang jenama ini .
Bare For Bare
Bare for Bare adalah penjagaan badan yang dibuat dari minyak pati botani yang dipilih secara terpilih yang dikumpulkan dari sumber terbaik di seluruh dunia dan ianya adalah bebas paraben.
BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE
Bare For Bare Body Wash In Rosemary
Ia mengandungi ramuan yang hebat dengan pelbagai manfaat, rosemary
bukan sahaja dapat mencegah kerosakan kulit dan mempercepatkan penyembuhan dengan menghapuskan bakteria dan kulat, ia juga dapat
memberi kelembapan pada kulit , melegakan ketegangan, dan membantu
meningkatkan pengeluaran kolagen yang sihat.
Bare For Bare Body Wash In Rosemary
Untuk pengetahuan
Rosemary Essential Oil mempunyai manfaat melegakan dan menyegarkan
untuk deria, dan meningkatkan peredaran darah. Disamping itu ianya juga
mengandungi
aroma segar, herbaceous dan manis yang memberi tenaga dan menghidupkan semula.
Rosemary Essential Oil Paling dikenali dengan pelbagai faedah kesihatan dan kecantikan.
Selepas membasuh tubuh anda dengan air bersih, pum kan Bare For Bare Body Wash In Rosemary pada tapak tangan anda kemudian usap lembut pada seluruh tubuh badan anda dan biarkan selama beberapa minit dengan menikmati haruman rosemary yang menyegarkan . Kemudian bilas dengan air bersih dan keringkan badan.
Review Bare For Bare Body Wash In Rosemary
BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE
Cik iena sangat suka Bare For Bare Body Wash In Rosemary. Harumannya sangat menenangkan dan menyegarkan. Seharian bekerja pasti membuatkan anda berasa penat dan adakalanya akan stress. Dengan mandian ini ianya mampu menenagkan minda dengan haruman rosemary yang menyegarkan.
Selain itu ianya melembabkan kulit tubuh badan. Seharian bekerja di dalam pejabat yang berpenghawa dingin sedikit sebanyak mampu membuatkan kulit badan bertambah kering. Dengan adanya Bare For Bare Body Wash In Rosemary ini ianya mampu memberi kelembapan pada kulit tubuh.
Harga Bare For Bare Body Wash In Rosemary
RM29 - 300 ml
Rating
9/10
Bare For Bare Body Lotion In Rosemary
Ia mengandungi ramuan yang hebat dengan pelbagai manfaat, seperti yang kita sedia maklum rosemary
bukan sahaja dapat mencegah kerosakan kulit dan mempercepatkan penyembuhan dengan menghapuskan bakteria dan kulat, ia juga dapat
memberi kelembapan pada kulit , melegakan ketegangan, dan membantu
meningkatkan pengeluaran kolagen yang sihat.
Bare For Bare Body Lotion In Rosemary
Rosemary Essential Oil Paling dikenali dengan pelbagai faedah kesihatan dan kecantikan. Ia mempunyai manfaat melegakan dan menyegarkan
untuk deria, dan meningkatkan peredaran darah. Disamping itu ianya juga
mengandungi aroma segar, herbaceous dan manis yang memberi tenaga dan menghidupkan semula.
Selepas mandi menggunakan Bare For Bare Body Wash In Rosemary kemudian keringkan badan dan sapukan Bare For Bare Body Lotion In Rosemary pada seluruh tubuh badan anda terutama pada bahagian pelipat dan bahagian-bahagian yang kering.
Review Bare For Bare Body Lotion In Rosemary
BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE
Bare For Bare Body Lotion In Rosemary ini juga sangat menyegarkan dan melembabkan kulit. Cik iena dapati apabila Cik iena pakai Bare For Bare Body Lotion In Rosemaryini di pejabat yang berhwa dingin, kulit cik iena terasa segar seperti mint .
Harumannya pasti membuatkan cik iena rasa tenang sama seperti body wash. Haruman yang sama dan juga mempunyai kebaikan yang sama untuk melembabkan kulit. APa yang paling penting sekali ianya adalah dari bahan organik yang tidak akan merosakkan kulit :)
Harga Bare For Bare Body Lotion In Rosemary
RM29 - 300 ml
Rating
9/10
BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE GIFT SET RM58
BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE
Kepada anda di luar sana yang masih mencari cari produk penjagaan kulit badan yang sesuai boleh cuba produk ini . Selain daripada itu ianya juga sesuai di buat hadiah untuk teman wanitha khususnya :)
Pada yang ingin hadiah kan kepada teman boleh la beli BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE GIFT SET yang berharga RM58 sahaja. Ianya hadir dengan CUSTOM BOX yang eksklusif untuk di berikan kepada yang tersayang.
Baru-baru ini Cik iena telah berkesempatan untuk menghadiri Majlis Pra-tonton Enjin No 9 . Enjin No 9 merupakan Filem sulung terbitan Rangkaian Melati Production Sdn Bhd, Ia merupakan filem bergenre komedi ringan yang sedang mula ditayangkan diseluruh Malaysia mulai hari ini 29 Mac 2018.
Rangkaian Melati Production Sdn Bhd merupakan Syarikat yang baru sahaja menapak dalam bidang penerbitan filem tempatanyang mana ianya dikendalikan oleh pasangan suami isteri, Tengku Azalli Tengku Sulaiman dan juga Muliati Ratna Kasuma.
Walaupun usia penubuhannya masih muda, ianya bukanlah satu penghalang bagi mereka menerbitkan sesebuah filem. Sebaliknya, Rangkaian Melati sentiasa mencari peluang dan ruang untuk sebaris dengan syarikat-syarikat penerbitan yang sedia ada.
Untuk pengetahuan Filem Enjin No. 9 ini diarahkan oleh Raja Azmi. Ia merupakan karya Tengku Azalli dibantu oleh Muliati Ratna, memfokuskan kepada nilai seni dan muzik yang popular sekitar tahun 50an sehingga 60an.
Manakala skrip, jalan cerita, lokasi pengambaran, lagu-lagu lama dibuat dan dipilih khusus oleh Tengku Azalli, suami isteri. Filem ini Membariskan pelakon berpengalaman seperti Kazar, Datin Fadilah Mansor, Sharifah Shahira, Abon, Dottie, Qazim Nor, Ayuni Haris dan juga Hafiz Baharl.
Ianya turut menampilkan buat pertama kalinya di layar perak iaitu Tajul Arif dan juga Bila AF yang sebe|um ini dikenali sebagai penyanyi. Lokasi pengambaran telah dijalankan sekitar Pahang & Negeri Sembilan pada Ogos tahun lepas.
Trailer Filem Enjin No 9
Sinopsis Filem Enjin No. 9
Filem Enjin No. 9 ini mengisahkan tentang Pak Leman (Kazar) seorang yang sudah berumur tetapi miang keladi.
Pengalaman beliau yang pernah berkahwin sebanyak 8 kali tidak membuatkan beliau serik untuk berkahwin buat kaIi yang ke-9.
Untuk merealisasikan hasratnya itu, Ujang (Tajul) dan juga isteri Ujang, Nora (Ayumi) ditugaskan untuk merisik Wan Limah (Datin Fadhilah Mansor).
Wan Limah merupakan seorang janda yang masih lawa. Hasrat Pak Leman itu tidak dipersetujui oleh Kak Leha (Sharifah Shahira) yang merupakan Ketua Pembebasan Wanita (Women Liberation) yang memperjuangkan anak-anak dara terlajak di kampung mereka.
Kak Leha dan kuncu-kuncunya berusaha bersungguh-sungguh dalam menggagalkan hasrat Pak Leman itu.
Tujuan utuma Kak Leha berbuat demikian kerana beliau beranggapan tindakan Pak Leman berkahwin buat kali ke-9 itu memalukan orang kampung. Namun yang demikian, Kak Leha mempunyai agendanya yang tersenduri.
Apakah agenda tersembunyi yang dirancang oleh Kak Leha? Adakah rancangan tersebut ditujukan kepada Pak Leman atau Wan Limah? Dan bagaimana pula hasrat Pak Leman yang ingin memperisterikan Wan Limah?
Sama-sama kita saksikan filem ini.
Filem Enjin No. 9 ini merupakan edaran MIG Pictures Sdn Bhd dan akan berada di pawagam tempatan bermula hari ini 29 Mac 2018.
Review Filem Enjin No. 9
Filem ini sesuai ditonton seisi keluarga kerana ianya merupakan filem komedi yang berunsur kekeluargaan juga . Bagaimana hubungan datuk dan cucunya . Bagaimana telatah cucu melayan datuk nya yang agak menggatal walaupun sudah lanjut usia.
Pada mereka yang berhasrat untuk mempunyai ister lebih dari satu, dua ,tiga, malahan 9 boleh menonton filem ini untuk belajar tips atau cara menggoda untuk golongan lanjut usia. haha . Kalau anda semua nak tahu Enjin No 9 bermaksud Isteri yang ke sembilan.
Dasyat sungguh Atuk ni isteri sampai 9 kan. Walaubagaimanapun ada kisahnya mengapa isteri sampai nombor sembilan. Untuk mengetahui al kisahnya jangan lupa tonton filem ini ok.
Dari apa yang cik iena tonton Filem ini memang lawak tapi adakalanya lawaknya tidak menjadi kerana lakonan yang kurang memberi impak lawak dari pelakon baru . Cik iena tak boleh nyatakan nama pelakon. Anda sendiri tonton okay. Ini review jujur dari cik iena. kerana adakalanya Cik iena sendiri tak faham. kenapa salah satu watak dalam cerita ini gelak terbahak-bahak padahal Cik iena tak gelak.
Lantas cik iena bertanya pada diri sendiri adakah dia sedang buat lawak. dan cik iena ajukan soalan pada rakan sebelah, adakah pelaon itu sedang buat lawak. dan hasilnya masing-masing pandang sesama sendiri dan tergelak ."Yang Lawak itu adalah soalan Cik iena". Pendek kata ada bahagian yang lawak tak sampai. Panjang kata kene tonton sendiri. Walaubagaimanapun pandangan setiap orang pasti berbeza. Ini cuma pandangan Cik iena.
Untuk FIlem ini Raja Azmi semangnya sangat berani menampilkan pelakon baru dalam FIlem sulungnya. Langkah ini dikatakan sangat berani. Tahniah kerana beliau berani mencabar diri untuk memberi peluang pada pelakon baru. Tanpa peluang mana mungkin dapat jadi pelakon berjaya kan. Diharap pelakon-pelakon baru ini dapat memperbaiki mutu lakonan mereka dan menepis tanggapan umum tentang lakonan mereka.
Walaubagaimanapun untuk filem ini Cik iena sangat suka Syarifah syahirah dan doty yang sememangnya lawak bagi cik iena . Walaupun watak mereka agak jahat tetapi lawak yang mereka sampaikan menjadi.
Untuk review kali ini Cik iena review separuh daripada filem tau
bukan keseluruhan sebab Cik iena terpaksa pulang awal kerana CIk iena
naik public transport jadi lebih kurang jam 11 Cik iena terpaksa keluar
kerana rushing mengejar KTM. Cik iena tak bawa kerta. Maaf sangat .Nak
dijadikan cerita majlis bermula lewat jadi lewat lah habis. Jadi Cik
iena review untuk setakat yang Cik iena tonton sahaja. .
Wokay setakat ini Review Cik iena ya. Jangan lupa tonton tau. Bawa atuk je tau. jangan bawa nenek. nanti nenek marah atuk nak kawen lagi :)
Lulur atau Scrub telah menjadi ritual dan tradisi bagi kaum wanita khususnya dalam penjagaan tubuh badan. Ia telah menjadi tradisi bagi mendapatkan tekstur kulit badan yang halus, cantik dan mulus terutamanya buat bakal pengantin baru mahupun buat pasangan yang sudah berumahtangga. Bukan sahaja wanita muda yang suka akan aktiviti lulur atau skrub ini malahan golongan ibu bapa serta nenek-nenek kita masih mengamalkan tradisi ini.
Scrub merupakan salah satu kosmetik tradisional, yang biasanya dibuat dari bunga dan herba lain sangat berguna untuk kecantikan dan kecerahan kulit. Ianya juga didatangkan dengan aroma tersendiri yang membuatkan minda berasa tenang dan dapat dijadikan sebagai aromatherapi diri.
Manfaat Lulur atau scrub ini juga boleh digunakan sebagai terapi untuk melegakan keletihan terhadap semua aktiviti yang dijalankan setiap hari. Berikut merupakan manfaat lulur buat kita semua :-
Tips Kulit Putih Halus Mulus | Lulur Scrub Asianic
Kebaikan Lulur Atau Scrub Badan
Menanggalkan Sel Kulit Mati
Mencerahkan Kulit
Menenangkan Otot yang kaku
Sebagai Aromatherapi
Menegangkan Kulit
Melembutkan Kulit
Menanggalkan Sel Kulit Mati
Sebenarnya fungsi utama scrub adalah untuk membantu menanggalkan kulit mati. Ianya dapat membantu agar anda mendapat kulit lebih cantik dengan kulit baru setiap hari. Walau bagaimanapun, adalah disyorkan untuk tidak melakukan lulur setiap hari Kerana kulit sudah mempunyai sistem sendiri, Untuk pengetahuan ada masanya kulit akan mengupas atau tumbuh baru.
Jadi gunakan lulur sekurang-kurangnya 2 kali setiap minggu bagi membantu pengelupasan kulit.
Mencerahkan Kulit
Manfaat lulur juga dipercayai sangat berkuasa untuk mencerahkan kulit. Selepas sel kulit mati ditanggalkan, ia akan digantikan dengan kulit baru yang cerah. Jadi wajah cerah akan kelihatan bersinar dan bersinar setiap hari.
Menenangkan Otot yang kaku
Dengan lulur juga membantu anda menenangkan otot anda dimana ketika anda melulur, anda akan melakukan urutan di kawasan kawasan tertentu jadi ianya juga membantu untuk menegangkan otot dan membantu untuk peredaran darah yang baik..Menarik bukan, selain menegangkan kulit, membersihkan kulit dari sel-sel mati ,lulur ini juga baik untuk melegakan otot-otot tubuh yang kaku. Terutama buat wanita bekerjaya yang sangat sibuk,
Sebagai Aromatherapi
Dalam lulur badan juga ada bau dan aroma yang menenagkan. Biasanya ia sebagai tambahan kepada terapi wangian aromaterapi yang memberikan kesan dan keselesaan yang menenangkan bagi penggunanya. Rasa keselesaan yang membuatkan wanita berasa tenang . Dengan kata lain faedah lulur juga boleh menjadikan minda lebih tenang dan tenang.
Menegangkan Kulit
Menggunakan lulur juga boleh digunakan sebagai cara untuk menegangkan lagi kulit terutamanya buat anda yang sudah berusia atau buat anda yang mempunyai masalah kulit yang kasar.
Melembutkan Kulit
Manfaat lulur juga membantu tubuh menjadi lebih lembut dan lembut. Kerana lulur membantu anda mengekalkan dan menjaga kulit agar tetap cantik dan awet muda.
Majlis pelancaran Lulur Scrub Asianic Bersama Blogger
Menarik bukan kebaikan lulur atau scrub ini ? Baru-baru ini Cik iena telah dijemput untuk menhadiri Majlis pelancaran Lulur Scrub Asianic Bersama Blogger bertempat di Bawaigo Plus Cafe . Cik iena telah berpeluang mencuba sendiri Skrub Badan keluaran Asianic ini. Untuk pengetahuan Cik iena telah menggunakannya selama seminggu lebih untuk kekerapau 2 hari sekali.
Majlis pelancaran Lulur Scrub Asianic Bersama Blogger
Jadi, disini Cik iena ingin kongsikan tentang produk Scrub terbaru keluaran Jenama Asianic yang mana jenama ini terkenal dengan jenama tempatan yang mengeluarkan rangkain produk spa penjagaan diri di rumah.
Cik iena di Majlis pelancaran Lulur Scrub Asianic Bersama Blogger
Asianic mengeluarkan rangkaian produk SPA penjagaan diri di rumah bagi memudahkandan menjimatkan masa,tenaga dan wang ringgit bagi pengguna. Produk ini dikatakan dapat memberikan sentuhan yang lebih memuaskan tanpa pergi ke pusat perawatan badan di luar.
Dengan adanya produk penjagaan diri ala SPA di rumah sendiri keluaran Asianic, pengguna dapat membuat pilihan produk yang selamat, sesuai dan mempunyai pelbagai pilihan mengikut citarasa sendiri.
TErima Kasih Asianic bagi Cik iena Skrub yang banyak.Cik iena memang suka dan akan amalkan selalu untuk dapatkan kulit cantik , lembut dan halus mulus gebus gebas hehe
Dengan Lulur Scrub Asianic, anda tidak lagi perlu membayar kos yang agak mahal di spa malah boleh dijadikan aktiviti hujung minggu danwaktu senggang bersama keluarga. Lulur Scrub adalah salah satu penjagaan kulit badan agar sentiasa lembut, bersih dan dapatmenghilangkan sel-sel kulit mati.
Lulur Scrub Asianic dapat membersihkan dan menyingkirkansel kulit mati di samping dapat mencerah bahagian bahagian anggota badan yang tersembunyi. Menjadikan kulit lebih cantik halus, gebu, cerah dan dapat menghindarkan bau badan. Dengan penggunaan yang konsisten, produk ini dapat membantu memperbaiki tekstur agar lebih tegang selain dari mengurangkan dehidrasi pada kulit badan.
Cik iena bersama rakan blogger di Majlis pelancaran Lulur Scrub Asianic Bersama Blogger
Lulur Scrub Asianic diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi untuk memberi
kesan maksimum penggunaan. Bagi yang suka memanjakan diri dengan berlulur, Lulur Scrub
Asianic adalah pilihan yang terbaik.
4 VAriasi Lulur Scrub Asianic
Terdapat 4 variasi iaitu Seri 7 Bunga, Betik, Susu Beras dan juga Delima. Anda boleh memilih ikut kesukaan sendiri dan rasai sendiri aroma dan kenikmatan spa lima bintang di rumah sendiri dengan rangkain produk Lulur Scrub Asianic.
Dengan teknologi serba moden sekarang, mandian Seri 7 Bunga boleh dibuat sendiri
dengan lebih tenang. Mandian Seri 7 bunga adalah tradisi budaya bagi memberi seri kepada
bakal pengantin, anak dara dan bagi mengelak diri dari perkara yang kurang baik.
Ekstrak Betik dapat memberi kelembapan kepada kulit.
Susu beras pula melembut disamping merawat kulit agar sentiasa sihat dan cerah .
Delima dapat mengembalikan sel, melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit dan membantu pembentukan semula tisu-tisu badan.
Cara Penggunaan
Bersihkan badan terlebih dahulu dengan sabun mandian kemudian oleskan lulur di tubuh dan gosok ke seluruh badan. Selepas gosok pada badan , biarkan selama beberapa minit dan kemudian bilas dengan air bersih .
Tips Kulit Putih Halus Mulus
Cik iena bergambar bersama 4 variasi Lulur Scrub Asianic
Bagi anda yang inginkan kesan optimum seperti di SPA . Anda boleh ikuti langkah dibawah namun Cik iena cadangkan ianya di buat pada hujung minggu. Jika untuk kegunaan harian memadai dengan cara yang cik iena nyatakan diatas.
Cara Penggunaan Lulur dengan Kesan Optimum Seperti di SPA
Langkah 1 : Mandi Dengan Sabun Antiseptik
Sebelum anda menggunakan lulur, pastikan badan anda bersih dari kotoran dan peluh yang melekat pada badan anda. Mandi dengan sabun antiseptik, kerana sabun antiseptik boleh menghapuskan kuman dan bakteria yang melekat pada kulit anda. Bersihkan badan dengan teliti supaya kotoran di dalam liang kulit anda dapat di buang.
Tahap pertama ini penting bagi anda untuk melakukan sebelum berlulur agar lulur yang akan anda gosokkan pada tubuh anda nanti dapat meresap ke lapisan kulit anda dengan sempurna. Selepas mandi, jangan lupa untuk mengeringkan badan menggunakan tuala yang bersih.
Langkah 2 : Guna Minyak Badan/ body oil Sebelum Scrub Badan
Selepas badan anda kering, letakkan minyak atau minyak badan ke badan anda untuk semua bahagian badan anda. Seeloknya gunakan minyak zaitun pada kulit anda. Penggunaan minyak zaitun sebelum anda menggunakan lulur boleh membantu melembapkan kulit anda dan memudahkan proses mengeluarkan kotoran dan kulit mati apabila anda berlulur. Semasa menggosokkan lulur pada badan anda, anda boleh melakukan urutan ringan untuk melegakan badan anda.
Langkah 3 : Sapukan Lulur Scrub Asianic dan diam seketika
Selepas anda memakai minyak, gunakan Lulur Scrub Asianic di seluruh kulit anda secara merata. Lulur Scrub Asianic yang mengandungi scrub halus ini sangat berkesan untuk membantu mengeluarkan sel kulit mati dari kulit anda tanpa melukakan kulit anda. Selepas itu, biarkanlah seketika skrub yang telah dilapisi rata pada badan sehingga separuh kering.
Jangan lupa aplikasikan scrub pada semua lipatan badan seperti ketiak, siku, kaki, pangkal paha dan leher.
Langkah 4 : Bantu pengelupasan dengan Pergerakan Urut
Apabila gosok di dalam badan anda separuh kering, permudahkan proses pengelupasan dengan pergerakan tangan membulat untuk menanggalkan sel kulit mati dari kulit anda.
Buat isyarat urutan yang sama untuk membersihkan kulit dari kulit anda.
Jika anda pernah melakukan scrub di salun kecantikan, Cik iena yakin anda mungkin memahami apa yang sedang Cik iena sampaikan. Teknik pergerakan urutan yang sama amatlah penting untuk peredaran darah. Pergerakan urut ini bukan sahaja dapat membantu peredaran darah yang licin di bawah lapisan kulit anda, tetapi juga membantu penyerapan nutrien dari gosok ke kulit anda.
Langkah 5 : Biarkan Selama Beberapa Saat Sebelum Ianya Dibersihkan
Setelah anda selesai menggosok Lulur Scrub Asianic dari seluruh badan anda, biarkan badan anda menyerap lulur yang tinggal yang masih melekat pada kulit selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, bersihkan dengan membilasnya dengan air. Anda tidak lagi perlu menggunakan sabun untuk membersihkan selebihnya. Bilas kulit anda dengan teliti supaya tidak ada lagi sisa scrub yang tertinggal di kulit anda.
Selepas anda pastikan kulit anda benar-benar bersih, kemudian keringkan dengan tuala bersih.
Sekiranya anda melakukan ke lima-lima langkah diatas anda akan mendapat kesan optimum seperti anda lakukan scrub di SPA. Untuk pengetahuan anda,itulah cara untuk melakukan scrub yang betul untuk memanfaatkan khasiat scrub tersebut. Lakukan scrub dengan cara-cara di atas secara teratur sekali seminggu untuk mendapatkan hasil yang berkesan dan maksimum.
Sumber : beautynesia.id/9142
Review Lulur Scrub Asianic
Cik iena menggunakan Lulur Scrub Asianic ini dua hari sekali selama hampir dua minggu dan adakalanya Cik iena menggunakan setiap hari kerana Cik iena suka akan kesan dan harumannya.Tektur butiran skrubnya yang halus dan tidak kasar membuatkan ianya sesuai di gunakan setiap hari berbeza dengan skrub badan jenama lain yang mempunyai butiran kasar yang boleh melukakan permukaan kulit.
Tips Kulit Putih Halus Mulus | Lulur Scrub Asianic
Jadi Ianya amat sesuai di gunakan setiap hari kerana tidak akan melukakan kulit. Harumannya yang wangi juga boleh dijadikan sebagai aroma terapi ketika anda mandi . Jika anda membilas dengan sabun dan air bersih anda akan rasai kesan serta merta kulit anda yang akan licin dari sebelumnya.
Cik iena dapati tekstur scrub ini tidak melekit seperti sesetengah scrub yang pernah cik iena cuba sebelum ini dimana Cik iena perlu membilas dengan sabun mandian sekali lagi bagi menghilangkan rasa melekit di badan.
Tekstur dan Lulur Scrub Asianic - dari kiri delima, betik, susu beras dan Seri 7 Bunga
Dengan Lulur Scrub Asianic Cik iena tidak perlu membilas badan dengan sabun mandian lain selepas berlulur. CIk iena ni kesuntukan masa, nak cepat , kebiasaannya Cik iena tak bilas dengan sabun lain. Selepas berlulur Cik iena bilas dengan air bersih sahaja kerana haruman nya cukup harum dan melekat bada badan tambahan lagi tiada kesan melekit. Kulit akan terasa lembut dan lembap.
Dengan penggunaan lulur ini juga dapat membantu membuang daki-daki dibahagian pelipat. Ianya juga dapat membantu Cik iena untuk menanggalkan sel kulit mati yang kelihatan tidak cantik di kulit dimana ianya kelihatan seperti kulit tona tidak sekata. Dengan menggunakan Lulur Scrub Asianic ini mudah bagi Cik iena untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dalam masa yang sama menyekatakan tona kulit.
Untuk mendapatkan kesan yang optimum anda boleh gunakan 5 langkah yang cik iena nyatakan diatas. Insya Allah CIk iena akan cuba tips ini pada hujug minggu . Antara ke empat-empat variasi scrub keluaran Asianic cik iena lebih suka akan Seri 7 bunga dan susu beras.
Rating
9/10
Rasai sendiri spa lima bintang di rumah sendiri dan pasti anda akan terpesona dengan
rangkaian produk Lulur Scrub dengan harga RM 16.90 setiap satu.
Kini produk Asianic boleh didapati di hampir semua parasaraya besar di Malaysia, farmasi dan kedai kedai runcit seluruh Malaysia. Produk Asianic juga boleh dibeli melalui talian antaranya AladdinStreet.com, Lazada, 11 Street, Coopmall.my , Cmasa.my , Facebook Asianic Halal dan juga melalui laman sesawang : www.wonderlandprimary.com .
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com