Grab The Promo

PRIMAVALET LANCAR KOLEKSI RAYA EKSKLUSIF LEBARAN 2018

PrimaValet merupakan gedung pakaian yang menawarkan kelengkapan pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak dengan pelbagai rekaan yang menarik lagi esksklusif  dimana Prima Valet  menghimpunkan busana rekaan pereka fesyen ,selebriti dan instafamous terkenal tanah air di bawah satu bumbung.

KOLEKSI RAYA PRIMAVALET 2018
Sebahagian koleksi PrimaValet semasa Pertunjukan Fesyen Koleksi Raya Eksklusif Primavalet Sempena Lebaran 2018 baru-baru ini

Antara selebriti yang terlibat adalah  Zul Arifin, Alif Satar, Amar Baharin, Amyra Rosli dan anak beliau Aqeef Anaqi, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Nabila Razali, Amyra Rosli, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie, Asyallie dan Shaheizy Sam.

Untuk pengetahuan anda lagi,PrimaValet merupakan Antara Gedung FashionTerbesar Tanah Air seluas 20ribu kaki persegi dan yang paling pentingnya adalah ia dimiliki oleh 100%  Bumiputra Melayu. Menawarkan  seleksi busana seperti jubah, kurung moden, peplum, abaya, palazzo, blaus, kurta, kemeja dan baju Melayu pelbagai warna dan corak dari koleksi pereka fesyen, selebriti dan instafamous terkenal tanah air.

KOLEKSI RAYA PRIMAVALET 2018

Mencapai usia genap setahun pada 25 April yang lepas,  PrimaValet terus unggul dalam melebarkan sayapnya untuk menjadi hub fesyen untuk pakaian muslimah dan kontemporari tanah air. Selain mempunyai outlet terbesarnya di Ostia Bangi, primavalet turut mempunyai cawangan di Pasir Tumbuh, Kota Bharu Kelantan dan bakal membuka cawangan terbaharu di Wangsa 118, Wangsa Maju Kuala Lumpur pada 5 Mei 2018 ini.

PERTUNJUKAN FESYEN KOLEKSI RAYA EKSKLUSIF PRIMAVALET SEMPENA LEBARAN 2018

Baru-baru ini Cik iena berpeluang menghadiri Majlis pertunjukan fesyen dari hub fesyen terbesar di Malaysia iaitu Primavalet  yang telah melancarkan Koleksi Raya 2018 dalam satu acara gilang gemilang yang berlangsung di Hotel The Majestic Kuala Lumpur.

PRIMAVALET LANCAR KOLEKSI RAYA EKSKLUSIF LEBARAN 2018
CIK IENA SEMASA DI PERTUNJUKAN FESYEN KOLEKSI RAYA EKSKLUSIF PRIMAVALET SEMPENA LEBARAN 2018

Majlis tersebut telah dihoskan dengan baik sekali oleh Faizal lsmail dan Elfira Loy dan dihadiri lebih dari 800 orang tetamu termasuk tetamu-tetamu kehormat, barisan selebriti tanahair, pelanggan tetap PrimaValet, ejen, personal shoppers dan ramai lagi. Bertemakan glam lebaran, koleksi raya ini ternyata mempunyai sentuhan eksklusif dan mewah yang pastinya menawan hati semua tetamu yang hadir.

KOLEKSI RAYA PRIMAVALET 2018
Faizal lsmail dan Elfira Loy

Malam pertunjukan fesyen tersebut telah menghimpunkan lebih daripada 126 orang model yang memperagakan busana istimewa untuk Hari Raya. Koleksi kali ini dijangka memberikan impak yang lebih maksima berbanding tahun sebelumnya. Tidak terikat dengan konsep tertentu, Koleksi Primavalet Raya 2018 menampilkan elemen mewah, eksklusif, kontemporari namun ringkas dan sesuai serta mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

KOLEKSI RAYA PRIMAVALET 2018
PrimaValet menghimpunkan lebih daripada 126 orang model yang memperagakan busana istimewa untuk Hari Raya.

PrimaValet menghimpunkan lebih daripada 126 orang model yang memperagakan busana istimewa untuk Hari Raya.

Antara koleksi yang diperagakan pada malam tersebut termasuk Baju Melayu, Kurta, Baju Kebaya, Baju Kurung, baju kanak-kanak, koleksi sedondon famili dan juga himpunan koleksi baju kurung berasakan fabrik saree yang begitu memukau mata tetamu yang hadir pada malam tersebut. Semua busana yang diperagakan pada malam ini akan mula dijual di seluruh cawangan PrimaValet bermula pada bulan Mei 2018.

KOLEKSI RAYA PRIMAVALET 2018
PrimaValet menghimpunkan lebih daripada 126 orang model yang memperagakan busana istimewa untuk Hari Raya.

Koleksi raya ini adalah himpunan terbaik dari Arjuna, Meylana, YoumeAndHunny, Nur Aishah, Shasya Habib, Ezuwan Ismail dan sudah tentunya koleksi pertama dari Primavalet sendiri iaitu PV Man, PV Woma0n dan PV Kids. Selain dari jenama ini, koleksi koleksi jenama seperti Syus Couture, Zoud, Kukubesi dan Buranku.co akan turut berada di semua outlet Primavalet sempena hari raya yang bakal menjelma.

KOLEKSI RAYA PRIMAVALET 2018
 Majlis Pertunjukan Fesyen Koleksi Raya Eksklusif Primavalet Sempena Lebaran 2018

Pada malam pertunjukan fesyen tersebut , Primavalet mencuri perhatian tetamu apabila  memperkenalkan barisan duta 2018 yang digelar "Stars of Primavalet” yang menampilkan selebriti yang bukan calang calang antaranya Zul Arifin, Alif Satar, Amar Baharin, Amyra Rosli dan anak beliau Aqeef Anaqi, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Nabila Razali, Amyra Rosli, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie, Asyallie dan Shaheizy Sam.

KOLEKSI RAYA PRIMAVALET 2018
Sidang Media Majlis Pertunjukan Fesyen Koleksi Raya Eksklusif Primavalet Sempena Lebaran 2018

Cik iena yakin, barisan bintang yang cukup dikenali rami ini pasti mampu menarik Iebih ramai pelanggan baru dan lama untuk membeli belah di Primavalet . Menurut Pengarah Urusan Primavalet, Dr. Arshad,

"Pemilihan selebriti dilakukan secara telus berdasarkan imej artis yang sesuai dengan Primavalet dan jumlah pengikut yang ramai di media sosial. "
KOLEKSI RAYA PRIMAVALET 2018
Dr. Arshad semasa Sidang Media Majlis Pertunjukan Fesyen Koleksi Raya Eksklusif Primavalet Sempena Lebaran 2018

Untuk Aidilfitri pada tahun 2018 ini , Primavalet akan melancarkan Iebih daripada 70 koleksi dan rekaan untuk digayakan di hari lebaran nanti. Kesemua koleksi ni dijual pada harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan.

 ”Untuk raya 2018 ini kami tampil dengan koleksi dari kanak kanak sehinggalah dewasa. Kami juga menyediakan pakej sedondon untuk keluarga untuk mereka yang sukakan konsep sedondon di pagi syawal", ujar Dr. Arshad lagi.

KOLEKSI RAYA PRIMAVALET 2018
Sebahagian koleksi PrimaValet semasa Pertunjukan Fesyen Koleksi Raya Eksklusif Primavalet Sempena Lebaran 2018 baru-baru ini

Busana yang diperagakan pada malam pertunjukan fesyen baru-baru ini  akan berada di semua outlet PrimaValet secara berperingkat peringkat bermula 1 Mei ini sehingga 1 Ramadhan dan pelanggan yang berminat boleh terus mendapatkan koleksi koleksi ini di outlet, juga online di www. urimavalet.com dan juga melalui ejen dan personal shopper rasmi PrimaValet

KOLEKSI RAYA EKSKLUSIF LEBARAN 2018

Berikut merupakan sebahagian daripada gambar koleksi yang diperagakan pada malam tersebut.

Add caption

Kredit gambar kepada official Photog : https://m.facebook.com/azuddin.ahmadzin

Untuk Maklumat Lanjut:

Website : https://www.primavalet.com/
Facebook : PRIMA VALET
Instagram :  @primavalet
Email : inquiry@primavalet.com
Tel :  +60 3-8926 0764

PRIMAVALET OSTIA BANGI

Alamat :  Lot A -G-1-5 ,Block A Jalan Ostia Bangi ,Seksyen 14
Bangi, Malaysia
(Ostia Bangi Business Avenue Bersebelahan Tol Bangi )
Waktu Operasi : 11am-10pm

PRIMAVALET PASIR TUMBOH

Alamat : Lot 7995, Bandar Satellite Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan.
(Belakang bank islam Pasir Tumboh)
Waktu Operasi : 10am-10pm

Nota Blog : Tak sabar rasanya nak tunggu outlet baru di wangsamaju nak buka . tak perlu la ke Ostia Bangi . Kalau tahun lepas Cik iena ke Ostia Bangi , Jemput baca Artikel Tahun lepas . http://www.ienaeliena.com/2017/06/prima-valet-koleksi-selebriti-instafamous.html 

Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat

Masak Pindang merupakan masakan Diet yang berkhasiat yang sesuai diamalkan oleh anda yang ingin berdiet tapi dalam masa yang sama ingin menikmati hidangan masakan yang lazat. Ianya dikatakan makanan  diet yang cukup sihat kerana ia tidak melibatkan sebarang minyak yang berkolestrol tinggi . Ia hanya direbus bersama air dan rempah ratus serta herba tempatan seperti lengkuas, bawang putih serta sebagainya.

Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat
Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat

Kebiasaannya masak pindang ini  lebih digemari golongan berusia  Rasa masam dan pedas menjadikannya ia sangat sedap dinikmati dengan nasi panas. Selain itu ianya juga merupakan masakan untuk Wanita dalam pantang atau masakan untuk orang sakit.

Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat

Masak Pindang ini sukar didapati di restoran kerana bagi pengusaha restoran dan kedai makan ianya adalah menu mudah yang boleh di masak sendiri dirumah . Tetapi adakalanya bagi kebanyakan wanita bekerjaya yang kesuntukan masa untuk memasak. Mereka memilih untuk makan di luar.

Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat
Masak Pindang Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen

Istimewa buat peminat Masak Pindang khususnya dan juga buat golongan wanita yang sedang dalam pantang , kini anda boleh dapati masakan ini di Hot Pindang Kitchen  di Seksyen 10 Shah Alam atau di Hot Pindang Kitchen AEON Mall Shah Alam.

Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat
Masak Pindang Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen

Kini anda yang sibuk bekerja tidak perlu gusar untuk mencari lokasi masak pindang terutama buat anda yang sedang berdiet . Para suami yang menjaga isteri dalam pantang juga tidak perlu risau kerana anda boleh dapatkan masakan dalam pantang buat isteri tercinta disini.

Selain Masak Pindang terdapat juga masakan rebusan yang lain seperti Singgang .Masak Pindang dan Masak Singang tidak jauh beza namun cara penyediaan dan hasil masakan nya pasti berbeza cuma kedua-duanya direbus dan tidak menggunakan minyak . Jadi ianya sangat sesuai untuk anda yang sedang berdiet . Bukan sahaja sesuai untuk anda yang berdiet malahan ianya juga sesuai untuk sesisi keluarga menikmati masakan yang sihat tanpa kolestrol yang akan memudaratkan kesihatan.

Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat
Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat

Hot Pindang Kitchen  Seksyen 10 Shah Alam

Baru-baru ini Cik iena sendiri telah cuba masak pindang ikan kembong di Hot Pindang Kitchen yang terletak di seksyen 10 Shah Alam.  Ternyata masakan ini mampu mengubat kerinduan cik iena kepada Arwah nenda tercinta yang suka akan masakan rebus-rebusan seperti ini.

Hot Pindang Kitchen  Seksyen 10 Shah Alam
Hot Pindang Kitchen  Seksyen 10 Shah Alam

Tidak hairanlah orang tua-tua dahulu lebih sihat dari kita sekarang bahkan ada diantara mereka yang masih sihat walafiat dan masih bertenaga untuk melakukan aktiviti harian. Ini adalah kerana mereka mengamalkan gaya pemakanan yang sihat seperti masakan rebus-rebus dan ulam-ulaman.

Lokasi Restoran yang cik iena lawati ini terletak di kawasan perumahan .Susun atur restoran ini sangat kemas. Dihiasi dengan lukisan seni di dinding kedai . Jika dilihat dari luaran pasti ada yang menyangkakan harganya mahal . Namun ianya tidak benar . Walaupun restoran ini dari luarannya nampak mahal tetapi harga yang ditawarkan adalah berpatutan dengan servis dan masakan yang dihidangkan.

Hot Pindang Kitchen  Seksyen 10 Shah Alam
Sambal udang petai di Hot Pindang Kitchen  Seksyen 10 Shah Alam

Selain dari makanan sihat makanan diet seperti masak pindang dan masak singgang terdapat pelbagai lagi jenis menu yang di tawarkan termasuklah salah satunya masakan kegemaran cik iena iaitu sambal udang petai.

Masak Pindang Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen

Masak Pindang Ikan Kembong merupakan antara menu kegemaran Cik iena . Sejak kecil lagi Cik iena telah dibiasakan oleh puan ibunda untuk memakan masakan rebus-rebus seperti Masak Pindang , masak tumis air, dan masakan lain yang hanya merebus bahan masakan . Disebabkan telah biasa dengan cara pemakanan ini . Masak Pindang merupakan salah satu menu kegemaran Cik iena dari dahulu sehingga sekarang.

Masak Pindang Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen
Masak Pindang Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen

Kebiasaannya Cik iena hanya makan masakan ibu, arwah nenek atau masak sendiri sahaja. Kerana ianya sukar untuk didapati di restoran mahupun gerai makan diluar sana . Tahniah diucapkan kepada Hot Pindang Kitchen kerana berani menawarkan menu rebus-rebus seperti Masak Pindang untuk dijadikan menu utama restoran mereka.

Masakan ini sudah pasti sukar didapati ditempat lain selain masakan sendiri .Jadi Lokasi terbaik untuk Cik iena dan juga mungkin anda semua untuk menikmati keenakan masak pindang adalah di Hot Pindang Kitchen.

Rasa Masak Pindang Ikan Kembong disini lain daripada yang lain . Ianya agak pekat dari masakan biasa dirumah. Namun kepekatannya lagi menambahkan keenakan rasa masakan pindang tersebut . Tersa bahan-bahan yang dikisar .Lagi-lagi bila hirup kuahnya ketika panas-panas . Cik iena memang suka hirup kuah masak pindang .

Jika masa kecil dirumah mak, hanya cukup satu lauk sahaja iaitu ikan pindang dan nasi panas beserta kicap dah cukup heaven untuk cik iena. Ouhh kicap tak tinggal. Cik iena suka kicap :)

Hot Pindang Kitchen
set nasi di Hot Pindang Kitchen

Masak Pindang Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen di jual pada harga RM 9.80 untuk menu ala carte dan set pada harga RM 11.90. Untuk set , akan di hidangkan nasi putih ulaman, keropok dan telur asin. Sama seperti set yang lain. Harga untuk setiap jenis ikan juga berbeza.

Asam Pedas Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen

Asam Pedas Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen
Asam Pedas Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen pada harga RM11.90 (set)

Selain dari Masak Pindang Ikan Kembong Cik iena juga telah mencuba Asam Pedas Ikan Kembong . Untuk pengetahuan terdapat beberapa jenis ikan untuk pilihan anda . Cik iena lebih gemar memakan ikan kembung. Antara ikan lain yang boleh di jadikan pilihan adalah ikan senangin , ikan pari dan ikan tenggiri.

Asam Pedas Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen
Asam Pedas Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen pada harga RM9.80 (ala carte)

Rasa Asam Pedas Ikan Kembong di sini sememangnya sedap dan cukup pekat , cukup masam serta cukup pedas . Asam pedas kalau tak pekat , masam dan pedas memang kurang sedap .  Jadi Asam Pedas Ikan Kembong di sini memang menepati Citarasa Cik iena.

Ikan singgang di Hot Pindang Kitchen

Menariknya lagi disini  terdapat menu ikan singgang tongkol . Ikan singgang juga masakan diet yang sihat . Untuk menu ini di cadangkan ikan tongkol namun sekiranya anda tidak gemar memakan ikan tongkol anda juga boleh tukar kepada ikan yang lain . Harga adalah bergantung kepada ikan . Kebiasaannya harga ikan kembong dan ikan tongkol adalah lebih murah berbanding ikan lain . Namun harganya tidak terlalu jauh beza.

Selain masakan rebus seperti pindang dan singgang serta masakan asam pedas, Cik iena juga sempat mencuba menu yang lain iaitu Meehon Tomyam,  Sambal Udang Petai  , Jus Shahdu, Jus Manggo Vanilla dan Oreo Ice cream Cake.

Meehon Tomyam di Hot Pindang Kitchen

Meehon Tomyam di Hot Pindang Kitchen
Meehon Tomyam di Hot Pindang Kitchen
Rasa Meehon Tomyam di Hot Pindang Kitchen ini agak pedas dan sedikit manis . :ihat pada warna kuahnya pun boleh tau ianya pedas . Cik iena lebih gemar rasa tomyam yang pedas, masam dan creamy serta tidak manis :)

Sambal Udang Petai di Hot Pindang Kitchen

Sambal Udang Petai merupakan masakan kegemaran CIk iena sejak kecil lagi. Cik iena dibesarkan di kampung dan sudah biasa dengan sayuran seperti petai. Walaupun ramai anak muda tidak menggemari petai namun berbeza dengan cik iena. Di Kuala Lumpur agak sukar mencari restoran yang menjual masakan petai.

Sambal Udang Petai
Sambal Udang Petai di Hot Pindang Kitchenpada harga RM13.90

Jadi sekarang Cik iena tak perlu risau kerana di Hot Pindang Kitchen ada menawarkan masakan petai cuma masakan sambal udang petai disini berbeza dengan masakan puan ibunda dari segi rasa manisnya . Ianya agak manis dan kurang pedas. Berbeza dengan resepi keluarga Cik iena yang tidak manis dan pedas.

Ianya di jual pada harga RM13.90 ala carte . Untung sambal petai udang tiada set nasi :)

Jus Shahdu di Hot Pindang Kitchen

Jus Shahdu di Hot Pindang Kitchen
Jus Shahdu di Hot Pindang Kitchen

Jus Shahdu di Hot Pindang Kitchen ini ibarat ABC tanpa ais kisar . Penggemar ABC pasti sukakannya.

Jus Manggo Vanilla di Hot Pindang Kitchen

Jus Manggo Vanilla di Hot Pindang Kitchen
Jus Manggo Vanilla di Hot Pindang Kitchen

Pertama kali cik iena minum Jus Manggo Vanilla di Hot Pindang Kitchen. Rasa buah segar dan aiskrim vanilla yang sedap. Combination yang cukup sempurna.

Oreo Ice cream Cake di Hot Pindang Kitchen

Oreo Ice cream Cake di Hot Pindang Kitchen
Oreo Ice cream Cake di Hot Pindang Kitchen

Oreo Ice cream Cake di Hot Pindang Kitchen agak menarik untuk anda cuba. Penggemar oreo pasti akan suka kek aiskrim ini.

Selain daripada menu-menu yang Cik iena cuba diatas terdapat banyak lagi menu lain yang boleh anda cuba . Boleh rujuk pada gambar menu dalam video dibawah . terdapat juga menu ala carte yang lain tapi maaf Cik iena tak ambil gambar . Pendek kata menu-menu ala carte yang ada di kebanyakan restoran biasa ada di jual disini. seperti pelbagai masakan nasi goreng , pelbagai masakan meehon dan mee dan masakan sayuran.

Selain daripada restoran, Hot Pindang Kitchen juga menawarkan perkhidmatan katering untuk anda. Terdapat pelbagai jenis menu ditawarkan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan katering sila hubungi  03-5523 1259 atau whatsapp 012 2043773

Hot Pindang Kitchen Seksyen 10 Shah Alam Tutup Sementara Pada Bulan Ramadhan 2018

Buat anda yang ingin mengunjungi Hot Pindang Kitchen  dinasihatkan untuk pergi ke AEON MAll Shah Alam kerana untuk pengetahuan semua Hot Pindang Kitchen Seksyen 10 Shah Alam akan di tutup pada bulan Ramadhan untuk memberi ruang pada tempahan katering pada bulan ramadhan .

Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat
Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat

Jadi kepada anda yang ingin menikmati keenakan masakan di Hot Pindang Kitchen anda boleh ke AEON Mall Shah Alam .

Untuk Maklumat Lanjut atau promosi terkini , anda boleh ikuti laman sosial mereka

FAcebook :  https://www.facebook.com/hotpindang/
Instagram :  https://www.instagram.com/_hotpindangkitchenrestoran_/
Telefon : 03-5523 1259 / 012 2043773 

Hot Pindang Kitchen Restoran dan Katering

No 11 & 13, Jalan Cheong Sam 10/11,Seksyen 10, Shah Alam Selangor
Waktu Beroperasi :  11 Pagi Hingga 11 malam

Hot Pindang Kitchen Restoran

Food Market, GF AEON Mall Shah Alam
Waktu Beroperasi : 10 Pagi Hingga 10 Malam

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve