Grab The Promo

Lansing dalam masa 14 hari : Kinohimitsu GC Lite


Kinohimitsu merupakan jenama yang tidak asing lagi di Jepun malahan ianya juga semakin dikenali ramai di Malaysia kerana ianya dikenali sebagai produk yang efektif untuk kesihatan dan kecantikan


Kinohimitsu GC Lite

Kinohimitsu GC Lite

Kinohimitsu GC Lite  adalah 100% dari bahan semulajadi dan ianya telah diuji serta disahkan oleh SGS bebas hormon, steroid dan bahan kimia. Ianya juga tidak mengandungi bahan-bahan berasal dari haiwan dimana ianya juga sesuai untuk anda yang vegetarian.

Kinohimitsu GC Lite


Untuk pengetahuan produk ini sesuai diamalkan seawal usia 15 tahun. Ianya tidak mengandungi gula tambahan, julap, bahan pengawet , pewarna dan perasa tiruan. Satu kotak Kinohimitsu GC Lite mengandungi 30 sachet untuk penggunaan 1 bulan.

Kebaikan Kinohimitsu GC Lite


Menyekat selera makan
Blok pembentukan lemak
Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan
Melegakan sembelit

Kinohimitsu GC Lite

Kinohimitsu GC Lite Menyekat Faktor Penyebab Lemak


Ia dikatakan mampu menyekat atau menghalang faktor penyebab lemak kerana mengandungi  Garcinia Cambogia dan bahan-bahan yang dikaji secara saintifik yang mampu menghalang pembentukan lemak.

Kandungat Utama Kinohimitsu GC Lite



Kinohimitsu GC Lite

PI2XLIM™

Kandungan ekstrak teh bunga, ekstrak protein kentang dan serat oat mengurangkan rasa lapar dengan meningkatkan isyarat yang memberitahu otak "saya sudah kenyang" oleh itu pengambilan kalori akan berkurang.

Garcinia Cambogia

Menghalang penukaran karbohidrat kepada lemak

Green Coffee Extract

Kaya dengan asid klorogenik yang membantu menghalang penyerapan lemak dan meningkatkan kapasiti pembakaran lemak.

Bifidobacterium Longum (probiotic)

Probiotik yang meningkatkan kesihatan flora usus dan menggalakkan pergerakan usus yang lancar





Tampil lansing dalam masa 14 hari


Kinohimitsu GC Lite



Bagaimana Kinohimitsu GC Lite Bekerja


Block, burn, Curb, & Cleanse  atau Menghalang, Membakar, Menahan & membersih

1. Block/ Menghalang
Mengurangkan lemak dan karbohidrat daripada diserap oleh badan

2. Burn / Membakar
Membakar lemak yang tersimpan dan menukarkannya kepada  tenaga

3. Curb/ Menahan
Kandungan Serat Tinggi membantu meningkatkan perasaan kenyang

4. Cleanse / Membersih
Menggalakkan pergerakan usus untuk mengelakkan pengumpulan sisa  toksin dalam usus besar yang menyumbang kepada peningkatan berat badan.



Kinohimitsu GC Lite



Cara Penggunaan Kinohimitsu GC Lite Semudah 1, 2, 3


Ambil 1 paket sehari, 30 minit sebelum makan.
Makan secara langsung atau campurkan dengan 200ml air




Kinohimitsu GC Lite

Harga Kinohimitsu GC Lite


1 Kotak RM 159 untuk penggunaan sebulan (30 sachet)
Sekarang tengah ada promosi di 11street diamana harganya RM139 .
Untuk pengetahuan harga promosi mungkin akan berubah . Jadi cepat-cepat beli tau :)

Review Kinohimitsu GC Lite


Untuk pengetahuan Cik iena baru beberapa hari sahaja mengambil Kinohimitsu GC Lite, Memandangkan Cik iena nak buat giveaway di Fanpage jadi Cik iena decide publish artikel mengenai info Kinohimitsu GC Lite terlebih dahulu. Kemudian apabila cik iena selesai habiskan sekotak cik iena akan update kesannya.


Kinohimitsu GC Lite


Jadi disini cik iena review terlebih dahulu dari segi rasa dan kesan perubahan selepas makan dalam masa seharian. Walaupun ianya tidak mempunyai perasa dan pewarna tiruan ianya sedap untuk diminum. Cik iena suka akan rasa Kinohimitsu GC Lite. Selain daripada rasa yang sedap  Ianya juga amat mudah untuk dibancuh . Anda juga boleh terum kemam kandungan sachet ini tanpa membancuh dengan air.


Kinohimitsu GC Lite


Untuk kesan selepas makan Kinohimitsu GC Lite ,  badan cik iena akan membuang angin, terasa lega bila angin dalam badan keluar. Dari segi pembuangan air besar masih tahap normal. Kebanyakan ubat untuk menurunkan berat badan akan membuat kita kerap ke toilet. Berbeza dengan Kinohimitsu GC Lite ianya tidak membuat kita kerap membuang air besar walaubagaimanapun ia mengandungi Bifidobacterium Longum, ia merupakan Probiotik yang meningkatkan kesihatan flora usus dan menggalakkan pergerakan usus yang lancar

Pengambilan Kinohimitsu GC Lite ini di bulan puasa ini sememangnya sangat membantu dari segi menahan rasa lapar. Kandungan ekstrak teh bunga, ekstrak protein kentang dan serat oat membuatkan perut berasa kenyang. Jadi cik iena akan makan dalam kuantiti yang sedikit daripada kebiasaan.

Kinohimitsu GC Lite



Walaubagaimanapun harus diingati kesan kepada setiap individu adalah berbeza. Pada anda yang ingin mengurangkan berat badan boleh cuba . Jika ianya berkesan membantu mengurangkan berat anda maka anda boleh teruskan pengambilan sehinga mendapat berat yang di inginkan :)

Lattest Update

Yeayy nah belanja selfie dgn kinohimitsu ajaib yg buat iena kurus semula.. Masa duedate post artikel tu tak kuruih lagi sebab bru mkn kan kan.. Haaa bila beli baju raya baru perasan wakkk.. Nanti la iena update artikel haha.. Kalau thn lepas pakai baju raya baju size 38, lebih kurang size M la.. Tahun ni masa fitting baju raya terkezut pakai 36 longgar. Pakai 34 baru ok wakkk.. Eeeeeee bestnya da kuruih.. Hahaha mohon jaga makan lepas ni tau iena.. Takkan la nk org sponsor tiap bulan.. Tu kene jadi duta la hahahha.. . Haaa pada yg menang contest iena ritu.. uols boleh kurus la lepas raya nty.. Hadiah ditaja oleh @11streetmy @kinohimitsumy . Ada yg iena pos dan by hand time raya nanti sebab pos laju skrg problem.. Mana blh by hand iena bg by hand.. Raya kedua Insya Allah iena ke perak.. Iena bg kt winner okay😁😁😁 . . Kalau korang nak tau Kinohimitsu merupakan jenama yang tidak asing lagi di Jepun malahan ianya juga semakin dikenali ramai di Malaysia kerana ianya dikenali sebagai produk yang efektif untuk kesihatan dan kecantikan. . Kinohimitsu GC Lite bekerja dalam tubuh badan dengan cara Block, burn, Curb, & Cleanse atau Menghalang, Membakar, Menahan & membersih. . Istimewanya Kinohimitsu GC Lite ini lagi adalah ia mengandungi Kandungan ekstrak teh bunga, ekstrak protein kentang dan serat oat mengurangkan rasa lapar dengan meningkatkan isyarat yang memberitahu otak "saya sudah kenyang" oleh itu pengambilan kalori akan berkurang. Kalau cerita banyak dah jadi artikel, so untuk tau lebih lanjut jemput baca http://www.ienaeliena.com/2018/05/Kinohimitsu-GC-Lite.html Harganya Biasa 1 kotak Kinohimitsu GC Lite adalah RM159 untuk penggunaan 1 bulan. Harga Promosi RM139 Pembelian Online di : http://bit.ly/kinohimitsu-gc-lite . . . #ienaeliena #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #malaysianblogger #11streetmy #kinohimitsumy #kinohimitsuGClite #ubatkurus #supplementkurus #weightloss #weightlossproduct
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on


JEMPUT JOIN GIVEAWAY CIK IENA

Hai semua, cik iena nak buat giveaway lagi, Nak bagi 3 box Kinohimitsu GC Lite yang ditaja oleh 11Street ❤❤ Caranya...
Posted by ienaeliena.com on Thursday, May 24, 2018


Untuk pembelian secara online anda boleh membuat pembelian di  https://www.11street.my/store/beautywellness

Ramadan Terbaik Syawal #YeosMalaysia 2018

Setiap insan pasti mempunyai kenangan terindah dan mencuit hati ketika bulan ramadan lagi-lagi pengalaman ketika zaman kanak-kanak. Pengalaman ini lah yang akan diceritakan kelak kepada anak-anak dan cucu-cucu kita ketika tiba bulan ramadan nanti.

Ramadan Terbaik Syawal #YeosMalaysia 2018


Video ‘Yeo’s Ramadan Terbaik Syawal’ yang  menceritakan  kenangan mencuit hati Syawal di Bulan Ramadan. Dalam menanti waktu berbuka syawal tertidur . Kemudian Syawal terjaga . Kemudian dengan senyap-senyap  dia telah masuk kebilik dan telah meminum air, Ibu nya terdengar dan memarahi Syawal dan menyatakan rasa kecewanya. Lantas ayah Syawal datang kepadanya dan membawa Syawal ke suatu tempat dimana tempat itu adalah  rumah nenek syawal sendiri.

Ramadhan Terindah Syawal


Ayahnya menceritakan tentang perangai ayahnya yang dulu yang sama seperti Syawal tidak suka berpuasa. Menurut ayahnya nenek memang garang  sehingga ayahnya lari tak cukup tanah bila tau ayahnya tidak berpuasa. tapi kasih sayang nenek tak pernah sikit pun luak kepada ayah nya walaupun mereka tinggal berdua.

Nenek sentiasa beri yang terbaik untuk ayah.
Ramadan Terbaik Syawal #YeosMalaysia 2018


Dan tiba-tiba kedengaran suara ibunya.

"Syawal Bangun Nak buka Dah ni"

Lantas syawal terjaga dari tidurnya . Laaa rupanya syawal bermimpi . Bukan syawal angun tidur dan minum :) . Selepas terjaga dengan pantas syawal terus memeluk ibunya dan berkata

"Mama Syawal Sayang Mama, terima kasih kerana bagi yang terbaik untuk Syawal"
Ramadan Terbaik Syawal #YeosMalaysia 2018


Mula-mula cik iena ingat dia minum betul dalam video tu . Mimpi rupanya .   Anda jangan lupa tonton video di bawah ya.


Bila lihat Video Ramadan Terindah Syawal, Cik iena teringat kisah Cik iena masa kecil dahulu, masa sekolah rendah . Cik iena juga macam Ayah Syawal tau. Curi-curi minum air dekat sinki. Tapi Cik iena tak buat selalu lah . Bila balik lewat dari sekolah ada program disekolah. Balik tu rasa dahaga sangat. Rasa nak pengsan . Nikmatnya dapat minum air kat sinki senyap-senyap haha. Terus segar dan ceria .

iena
Ehh comel ke tidak cik eina masa sekolah :D . Gambar berhingus sekolah rendah takde pulak :(


Selain dari minum air curi-curi kenangan paling seronok bila pergi teraweh dengan kawan-kawan. Seronok sebab dapat berkumpul sama-sama. Dapat moreh . Hahah masa budak-budak, moreh lah yang paling dinanti-nantikan :)

Cik iena yakin anda semua juga pasti ada kenangan nakal-nakal macam ni masa kecil kan. Curi-curi minum air atau curi-curi makan. Tapi kalau takde, memang bagus lah anda-anda semua. Cik iena akui Cik iena memang pernah curi-curi minum air. Ini kalau puan ibunda baca artikel ni agak-agak kene piat telinga tak? haha

Bercakap mengenai puasa ni lagi-lagi buat anda yang sibuk bekerja, tentu anda juga adakalanya pening kepala nak makan apa untuk juadah berbuka.

Ramadan Terbaik Syawal #YeosMalaysia 2018


Bila memikirkan balik kerja perlu menghadap jalan sesak , mesti anda kesuntukan masa  untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. Walau dalam kesibukan apa pun, anda perlu pastikan makanan yang anda ambil nanti Sedap dan tentu sekali Sihat ! Sebagai  Contoh seperti Minuman  Yeo’s.

Minuman Yeo's sememangnya menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia . Tidak kurang juga CIk iena. Cik iena juga merupakan penggemar kepada minuman Yeo's. Yeo's bukan sahaja sedap, ianya juga sihat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.


Sebagai contoh, Yeo’s Soya  sesuai dijamah pada waktu berbuka dengan dua biji kurma. Jadi bolehlah anda menunaikan solat Maghrib dahulu sebelum makan makanan  yang lebih berat. Selain itu  minum Yeo’s The Krisantimum yang rasanya lebih ringan , mampu menghilangkan rengsa atau panas badan. Almaklumlah seharian bekerja dan berpuasa, mungkin bila sampai rumah untuk berbuka tak sempat nak mandi dahulu, jadi minum Yeo’s Teh Krisantimum dengan kuih-muih sedikit.

Tapi antara kedua minuman Yeo's yang cik iena nyatakan, yang menjuarai carta hati Cik iena tentulah Yeo’s campur. Cik iena suka gabungan Yeo’s Cincau dan Yeo’s Soya. Kedua gabungan ini selain mengenyangkan ianya juga menyejukkan dan melegakan kepenatan badan. Cik iena yakin anda juga pasti telah mencubanya, jika masih belum mencuba Yeo's campur, Apalagi campurlah berbuka kali ini!

Untuk Maklumat lanjut sila layari www.yeos.com.my atau hubungi talian 1300-80-2828

Izreen Azminda Dilantik Sebagai Duta Produk Magika

Baru-baru ini pelakon yang hangat dengan  kontroversi rumahtangga terbarunya Izreen Azminda yang dikatakan telah ditamatkan kontrak sebagai Duta dari produk kecantikan Meeracle secara rasminya telah dilantik sebagai Duta Produk Magika iaitu Magika Argan Cleansing Flakes oleh
Pengasas produk Magika Argan Cleansing Flakes, Puan Azura Baharudin.

Izreen Azminda Dilantik Sebagai Duta Produk Magika
Majlis Sidang Media Pelantikan Izreen Azminda Sebagai Duta Produk Magika

Puan Azura Baharudin selaku Pengasas  Syarikat pengeluar produk kecantikan dan kesihatan, Magika tidak gentar berhadapan dengan risiko diboikot oleh pengguna ekoran dari pelantikan Izreen Azminda sebagai duta produk keluaran Syarikatnya. Beliau mengakui sedar akan kewujudan risiko itu dan akan menyerahkan segalanya kepada Allah dalam menentukan rezeki setiap hamba-Nya.

Izreen Azminda Dilantik Sebagai Duta Produk Magika
Majlis Sidang Media Pelantikan Izreen Azminda Sebagai Duta Produk Magika

Menurut Beliau lagi
“Saya sentiasa yakin dan percaya bahawa Allah itu Maha Kuasa. Dia takkan menurunkan ujian yang tidak mampu dihadapi oleh seseorang manusia.

“Siapa tahu, kerjasama antara Magika dan Izreen akan membuka satu lembaran baharu yang menguntungkan kedua-dua belah pihak,”
katanya menjawab soalan media.



Sementara itu menurut Pelakon Izreen Azminda,  beliau mengakui terkejut apabila masih menerima tawaran sebagai duta produk walaupun dirinya dilanda kontroversi hingga dikecam teruk sejak November lalu. Menurut Izreen, beliau menganggap tawaran yang diterima itu sebagai rezeki dan tidak mahu mengambil kira kritikan orang lain.

Izreen Azminda Dilantik Sebagai Duta Produk Magika
Majlis Sidang Media Pelantikan Izreen Azminda Sebagai Duta Produk Magika


Tambah beliau lagi  beliau tidak mahu apa yang terjadi sebelum ini mematahkan semangat beliau untuk bekerja kerana beliau juga perlu meneruskan hidup seperti orang lain untuk membayar bil setiap bulan, katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikan duta produk Magika, di Ara Event Hall, Taman Melawati, baru-baru ini.





Majlis Sidang Media Pelantikan Duta Produk Magika

Izreen Azminda Dilantik Sebagai Duta Produk Magika
Majlis Sidang Media Pelantikan Izreen Azminda Sebagai Duta Produk Magika


Puan Azura  tidak gentar berhadapan dengan risiko dengan mengambil Izreen Azmindasebagai Duta.


Kenapa Izreen Azminda tergerak hati untuk bekerjasama dengan Magica ?



Izreen Azminda Dilantik Sebagai Duta Produk Magika
Majlis Sidang Media Pelantikan Izreen Azminda Sebagai Duta Produk Magika



Ini merupakan pertama kali Cik iena dapat mendekati  Izreen Azmida semasa Majlis Sidang Media Pelantikan Beliau Sebagai Duta Produk Magika. Sebelum ini Cik iena pernah bertemu di Event tapi tidak berkesempatan untuk mengenali beliau. Ternyata Izreen Azmida seorang yang sangat peramah dan telatahnya semangnya menghiburkan. Beliau juga sangat disenangi rakan wartawan kerana beliau merupakan artis yang tidak sombong dan mudah didekati berbeza dengan segelintir artis yang agak sombong.

Izreen Azminda Dilantik Sebagai Duta Produk Magika
Majlis Sidang Media Pelantikan Izreen Azminda Sebagai Duta Produk Magika


Walaupun ada diantara anda diluar sana masih marah akan  Izreen Azmida diatas kontroversi rumahtangga beliau. Masalah ini biarlah jadi pengajaran buat kita semua. Kita tak layak untuk menghukum orang. Apa-apa yang terjadi hidup perlu diteruskan. Hari ini hari dia, esok lusa mungkin kita .

Berbalik mengenai produk , berikut cik iena terangkan sedikit mengenai produk Magika Argan Cleansing Flakes.



Magika Argan Cleansing Flakes

Magika Argan Cleansing Flakes
Magika Argan Cleansing Flakes

MAGIKA ARGAN CLEANSING FLAKES adalah Pencuci muka atau  makeup remover yang dihasilkan dalam bentuk unik, iaitu menjadi kepingan kertas dan 100% daripada bahan semulajadi. Antara kelebihan MACF ini ialah merawat kulit wajah yang bermasalah seperti jerawat, bintik-bintik hitam, kulit kusam, berminyak atau berjeragat.


Magika Argan Cleansing Flakes
Magika Argan Cleansing Flakes

Fungsi Dan Kelebihan Magika Argan Cleansing Flakes:

  • Mengandungi 100 kepingan kertas nipis, untuk penggunaan sehingga 2 bulan.
  • Mudah dibawa ke mana sahaja
  • Membersih dengan pantas, lembut tapi mendalam
  • Memberi nutrien pada kulit
  • Memelihara kelembapan semulajadi, mencerah juga menganjalkan kulit
  • Menghalus dan mengecilkan liang pori
  • Melindungi kulit dari sinar UV
  • Mengecutkan jerawat & memudarkan parut
  • Kulit lebih glowing & flawless semulajadi
  • Sesuai untuk semua jantina (orang Asia)
  • Boleh diguna seawal usia 12 tahun
  • PH yang rendah
  • Mesra Wudhuk (Mudah dicuci)

Magika Argan Cleansing Flakes
Magika Argan Cleansing Flakes

Bahan utama :

  1. Minyak argan
  2. Madu
  3. Lemon
  4. Lidah buaya
  5. Minyak mawar
  6. Witch hazel
  7. Bunga arnica

 Kebaikan bunga Arnica :

  • Menjaga kelembutan kulit
  • Membersihkan pori2 dari kotoran
  • Merawat jerawat

Kebaikan lemon :

  • Memutihkan wajah
  • Menghapuskan jerawat
  • Menghapuskan bintik hitam
  • Memulihkan jerawat& ekzema
  • Menghilangkan tompok gelap

Kebaikan Minyak Mawar :

  • Mencerahkan kulit wajah
  • Baik untuk kulit kering
  • Mengurangkan jerawat
  • Menyegarkan kulit 
  • Mencegah penuaan
Magika Argan Cleansing Flakes
Magika Argan Cleansing Flakes


Cara Penggunaan Magika Argan Cleansing Flakes:


Titiskan 4-5 titis air ke atas kepingan Magika Argan Cleansing Flakes dan gosok dengan tangan yang bersih sehingga berbuih. Kemudian usap ke muka dalam gerakan mengurut dan bersihkan muka seperti biasa.



 Untuk Maklumat Lanjut :


Facebook : Magika HQ
Instagram : @magikahq




Buffet Ramadhan 2018 Hotel Armada Petaling Jaya

Bulan ramadhan adalah bulan mulia yang dinanti-nantikan umat Islam . Ramai antara kita mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama-sama, tidak kiralah bersama teman, rakan pejabat, keluarga mahupun insan teristimewa dan ada juga yang mengadakan program amal berbuka bersama anak yatim . Terdapat banyak lambakan Buffet-buffet ramadhan yang berada di pasaran.

Buffet Ramadhan 2018 Hotel Armada Petaling Jaya



Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya

Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya

Ramadhan kali ini, Armada Petaling Jaya sekali lagi mengadakan Buffet Ramadhan di Utara Coffee
House. Bertemakan "CITARASA KAMPUNG", Hotel Armada Petaling Jaya menjanjikan  keenakan rasa masakakan kegemaran-kegemaran tradisional dan antarabangsa.


Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya






Hotel Armada Petaling Jaya menawarkan lebih daripada 100 hidangan yang disediakan, Chef Eksekutif, Chew Teik Chye dan Chef Sous, Alifah binti Kandar aka Chef Mommy menjanjikan untuk menyajikan pelbagai pilihan hidangan yang akan menekankan pada pelbagai rasa dan aroma yang akan menawan selera tekak anda selepas seharian berpuasa.

Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya



Menikmati hidangan berbuka puasa disini sememangnya akan mengimbau  kembali nostalgia anda dikampung bersama keluarga  apabila anda menikmati hidangan yang tradisional dan klasik seperti Kerabus, Cincalok ke, Lemang, Pasembor dan Aneka Jeruk. Selera anda akan bertambah lagi dengan  pelbagai Sambal klasik yang jarang dilihat oleh masyarakat bandar khususnya.

Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya




Buat penggemar  Kerabu, Hotel Armada Petaling Jaya menghidangkan  beberapa jenis kerabu tradisional Mangga, Kerabu Sotong, Kerabu Kacang Botol dan Kerabu Soo Hoon.

Untuk hidangan utama pastikan anda merasai beberapa hidangan Ramadan yang paling lazat dan asli seperti Asak Laksa, Laksa Thai, Nasi Rempah Berlauk, Udang Klieo, Ketam Masak Berlada, Ekor Lembu Masak Asam Pedas, Ayam Palembang, Pisang Muda Masak, Lemak Ikan Masin, Kari Kepala Ikan, Daging Kicap Berempah, Ikan Bawal Masak Terutup, Itik Kerutub, Sup Tulang Rusuk, Nangka Muda Masak Lemak, Sambal Hijau Terung Pipit dengan Belacan dan Siput Sedut Masak Cili Padi.

Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Laksa Thai di Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya


Selein dari menu utama diatas anda juga boleh menikmati  Apam Balik, Daging Panggang,  Pelbagai Satay , Murtabak, Lidah Sapi dengan Air Asam, Ayam Percik Panggang, Roti Durian dan banyak lagi makanan yang terletak di sekitar kawasan Bakar-Bakar.

Terdapat juga hidangan pencuci mulut termasuk Kuih Melayu tradisional, pastri Perancis dan hidangan manis yang menggoda seperti Pengat Nangka dengan Sago, Bubur Pulut Hitam, Ais Kacang dan Serawa Durian dengan Pulut semuanya disediakan khas untuk gigi manis.

Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya


Minuman sudah pasti tidak dapat di pisahkan dengan makanan .Terdapat juga pelbagai
jenis minuman yang disediakan untuk anda menghilangkan rasa dahaga anda: Cincau, Kelapa Muda, Jagung, Kembang Semangkuk, Selasih dan banyak lagi.



Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya


Kepada anda diluar sana khususnya yang berada di Petaling jaya dan kawasan yang berhampiran jangan lupa ambil kesempatan ini untuk merasa masakan tradisional yang sedap di Utara Coffee House Hotel Armada Petaling Jaya .

Gambar Makanan di Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya


Berikut merupakan sebahagian gambar  hidangan masakan di  Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya.


Ayam Palembang
Ayam Palembang



Daging Kicap Berempah
Daging Kicap Berempah

Itik Kerutub
Itik Kerutub

Kari Kepala Ikan
Kari Kepala Ikan

Ketam Masak Berlada
Ketam Masak Berlada


Lamb Percik
Lamb Percik
Ikan Bawal Masak Terutup
Ikan Bawal Masak Terutup


Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya

Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya

Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya

Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi
Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi


Ulam-ulam & Jeruk
Ulam-ulam & Jeruk

Keladi  Masak Lemak Cili Padi
Keladi  Masak Lemak Cili Padi

Aneka Jeruk
Aneka Jeruk



 Sambal Hijau Terung Pipit dengan Belacan
 Sambal Hijau Terung Pipit dengan Belacan
Udang Kelio
Udang Kelio


Aneka buah-buahan
Aneka buah-buahan

Thai Laksa with Condiments
Thai Laksa with Condiments

Pengat Nangka dengan Sago dan Serawa Durian dengan Pulut
Pengat Nangka dengan Sago dan Serawa Durian dengan Pulut











Hotel Armada Petalingjaya merupakan antara Hotel  yang menyajikan Buffet ramadhan yang paling menepati citarasa kemelayuan Cik iena. Kebanyakan menu yang dimasak sememangnya mempunyai rasa tradisi asli yang sangat lazat. Antara menu yang tidak boleh cik iena lupakan keenakannya adalah  Sambal Hijau Terung Pipit dengan Belacan, Pengat Nangka dengan Sago , Serawa Durian dengan Pulut, Pisang Muda Masak Lemak Ikan Masin , Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi, Keladi Masak Lemak Cili Padi dan Ikan Bawal Masak Terutup.

Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Cik iena bersama Chew Teik Chye dan Chef Mommy di Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya

Cik iena juga berpeluang berjumpa dan berborak dengan Chef mommy yang menyediakan masakan untuk buffet ramadhan tersebut . Chey Mommy sememangnya merupakan chef yang sangat peramah dan beliau sangat mementingkan kualiti keaslian rasa masakan beliau bagi memeikat selera pengunjung.

UNtuk pengetahuan Chef mommy ni melayu tau. Kalau tengok dari gambar mungkinada yang mengatakan cina :) Meluangkakn masa bercakap mengenai masakan tradisional bersama beliau sememangnya mengimbau kenangan silam cik iena  dan melihat telatahnya mengingatkan cik iena pada Arwah nenda tercinta.

Harga Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya




Dewasa : RM88.00 ++ per pax
Kanak-kanak : RM45.00 ++ per pax
Tarikh Buffet : Selasa, 15 Mei 2018 - Khamis, 14 Jun 2018



Chef Chew Teik Chye , chef Mommy dan Team
Chef Chew Teik Chye , chef Mommy dan Team





Buffet Hi-Tea Hari Raya Aidilfitri 


Untuk menandakan berakhirnya bulan puasa dan mengalu-alukan perayaan Hari Raya Aidilfitri,
North Coffee House juga akan meraikan majlis itu dengan pelbagai pilihan barang
melalui Buffet Hi-Tea Hari Raya Aidilfitri dengan harga

Dewasa : RM68.00 ++  per pax
Warga emas : RM48 ++  per pax
 Kanak-kanak : RM33.00 ++ per pax
Tarikh Buffet : Jumaat, 15 & Sabtu, 16 Jun 2018
Waktu : 12.00 pm hingga 4 pm


Untuk tempahan, sila hubungi:
 (03) 7954 6888 ext. 4557 Utara Coffee House.



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve