Grab The Promo

Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr

Dewasa kini semakin banyak portal online yang menjual secara online . Apa yang membezakan kesemua portal online tersebut adalah barangan yang dijual serta kualiti servis yang ditawarkan .

Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr


Ramai diantara kita takut untuk cuba membeli secara online lagi-lagi pembayaran melalui FPX mahupun kad kredit serta debit card. Umum lebih memilih kepada COD atau pembayaran secara transfer kerana ragu akan sistem pembayaran online.

Namun begitu tidak bagi Cik iena, sememangnya Cik iena lebih memilih pembelian online yang menggunakan pembayaran melalui online banking seperti fpx,molpay xenopay dan debit.


Disini Cik iena ingin kongsikan sedikit pengalaman membeli secara online di beli@hurr .
Jika sebelum ini Cik iena pernah menulis dua artikel yang berkaitan iaitu

  1. http://www.ienaeliena.com/2018/05/nak-beli-pre-loved-hurr-tv.html 
  2. http://www.ienaeliena.com/2018/08/fesyen-insta.html 

Kini Cik iena kongsikan pengalaman membeli di beli@hurr.



Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr


Secara keseluruhan proses pembelian sama seperti portal jualan online yang lain seperti lazada, zalora, shopee dan lain-lain lagi . Terdapat pelbagai method pembayaran . Namun yang menjadi pilihan Cik iena adalah pembayaran melalui molpay. Molpay sama seperti fpx.

Maaf Cik iena takscreenshoot cara pembelian , namun tak perlu risau ianya sangat mudah dan user friendly. Disini cik ingin lebih berkongsi tentang servis dari beli@hurr.

Penghantaran Dalam Masa 1 Hingga 3 hari ?


Jika dirujuk pada FAQ mengenai durasi masa penghantaran mereka menyatakan penghantaran dalam masa 1 ke 3 hari masa bekerja .

https://shop.hurr.tv/pages/faq - Rujuk soalan no 2 -

How long does delivery take?
Delivery is within 1 to 3 working days. Sabah and Sarawak may take an extra day or two.

Untuk order pertama ianya menepati 1-3 hari bekerja . Beli pada 20 ogos dan dapat pada 24 ogos (22 ogos cuti umum)

Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr

Sebahagian daripada order kedua juga juga di selit penghantaran order pertama . Menyebabkan berlaku kekeliruan  pada Cik iena tambahan email yang di hantar menyatakan kedua-dua order telah dihantar namun tracking number adalah sama.

Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr
Order Pertama -tracking number sama


Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr
order kedua- tracking number sama seperti yg pertama

Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr
track n trace utk tracking number sama dari order satu dan order dua


Disini ianya agak mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya di manakah barang dari order kedua yang tidak ada di dalam penghantaran tersebut.

Customer Service beli@hurr Pantas Bertindak.


Cik eina telah email kepada pihak beli@hur dan mereka serta merta contact cik iena dan whatsapp detail tracking number. Disini servis dari customer servis memang bagus cuma perlu penambah baikakn pada sistem mereka . Sekiranya barangan di dalam satu order di pos secara berasingan seperti yang lazada lakukan.


Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr
Pihak beli@hurr segera call dan whatsapp tracking number




Kesilapan beli@hurr disini adalah mereka tidak menyatakan tentang barangan di post secara berasingan. Mereka cuma nyatakan order number sekian sekian telah di pos  dan mereka berikan tracking number . Akan tetapi untuk barangan yang dihantar berasingan mereka tidak nyatakan tracking number.

Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr
tracking number kedua yg cik iena dapat setelah email tentang barang yang tidak diterima


Ini telah menimbulkan kemusykilan dan membuatkan pelanggan tertanya-tanya dimanakah barang mereka. Cik iena tunggu sampai hari ini hari isnin kemudian cik iena contact dan telah mendapat jawapan ianya di pos secara berasingan.

Adalah lebih elok jika ianya di maklumkan di dalam email supaya tidak menimbulkan salah faham antara pelanggan.



Sekian perkongsian pembelian secara online di beli@hurr dari Cik iena :)
Kita tak berat sebelah tau awak. Kalau lazada, zalora,11street buat benda yang sama pun iena akan share pengalaman iena untuk rujukan bersama pembaca dan supaya ianya dapat di perbaiki untuk kebaikan bersama :)

Kesimpulannya kalau anda ahadapi masalah yang sama, terus emailkan pertanyaan kepada mereka. jangan tunggu lama (^_~)

27/8/2018
Nota : dah pukul 5.30 pm ni bila lah agaknya nak dapat parcel yg ke dua ya.hahaha.. haa yang ni pos laju punya masalah. Memang selalu masalah pos laju ni tau. Asal ade public holiday selepas pada tu akan ada masalah kelembapan penghantaran


28/8/2018 : 6:20 PM
Barang still tak dapat lagi.
28 Aug 2018, 12:35:18 AM  Arrive at delivery facility at Pos Laju Brickfields
UNTUK 3 HARI BERTURUT2 STATUS SAMA WAKTU BERBEZA. BERMAKNA POS LAJU TAK BUAT PENGHANTARAN PUN. KALAU BUAT PENGHANTARAN AKAN TULIS ITEM OUT FOR DELIVERY MCM YANG IENA SCREENSHOT TRACKING NO YANG PERTAMA.
28 Aug 2018, 12:35:18 AM27 Aug 2018, 12:16:05 AM25 Aug 2018, 09:20:46 AM


untuk ketiga2 hari ni status sama Arrive at delivery facility at Pos Laju Brickfields

POS LAJU BRICKFIELD BERMASALAH


Call pos laju brickfield tak angkat. Maybe sebab da habis waktu kerja. Esok iena call. Melampau betul perkhidmatan pos laju makin lama  makin teruk. Suka peram barang lama-lama and kadang2 dia call suruh iena pickup barang dekat brickfield. Banyak cantik dia. Kene basuh dengan iena sebab office ni tak pernah xde orang. hari sabtu pun ada orang. Bila masa yang dia datang. Staff dia tak datang hantar dan dan suruh pickup. Surat suruh pickup barang pun tak ada. Biasa dia akan tinggalkan notes kan. Ini takde. Memang pos laju bahagian brickfield bermasalah betul.

FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN


Instagram dan Fashion sememangnya saling berkait. Ramai diantara anak muda yang gemar menggunakan Instagram sebagai medium social media untuk berkongsi gambar OOTD yang mereka gayakan. Cik iena yakin anda pasti tau apa itu OOTD. Pada yang masih belum mengetahui nya OOTD adalah bermaksud "Outfit Of The Day".

Cik iena sendiri juga gemar berkongsi pakaian apa yang Cik iena pakai di instagram Cik iena . Walaupun adakalanya posting cik iena pada hari tersebut bukan highlight mengenai pakaian yang cik iena pakai akan tetapi tetap ade rakan followers yang bertanya tentang pakaian yang cik iena gayakan.

Jadi bagi pengusaha-pengusaha butik khususnya instagram juga adalah platform yang bagus untuk mereka mempromosikan pakaian butik mereka. Tambahan lagi pembelian secara online di instagram sekarang sudah menjadi trend.



FESYEN.INSTA – OOTD TRENDY PALING WIN




Maka dengan itu disini Cik iena ingin berkongsi tentang rancangan baru di hurr.tv iaitu Fashion.Insta

Menururt Datin Elaine Daly selaku Pengarah Saluran hurr.tv

 “Fashion.Insta adalah program panduan fesyen untuk hijabistas – wanita Islam moden yang ingin tampak bergaya dan tetap menjaga kesopanan mereka.Menerusi kerjasama dengan butik-butik fesyen terpilih ini, penonton boleh mendapatkan pakaian serta aksesori yang ditampilkan dengan harga yang berpatutan di laman web beli@hurr, https://shop.hurr.tv walaupin berada di rumah mahupun pejabat sendiri, sekaligus menjimatkan masa berbanding membeli-belah di kedai fizikal,”





FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN

FESYEN.INSTA OOTD TRENDY PALING WIN 


Fashion.Insta merupakan Program fesyen dan beli-belah online untuk hijabista moden yang disiarkan setiap Selasa di hurr.tv.

Rancangan ini adalah Kusus buat Hijabista yang inginkan panduan gaya yang trendy namun dalam masa sama turut menampilkan kesopanan si pemakai.  Ianya juga merupakan Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv memperkenalkan sebuah program fesyen dan beli-belah online, Fesyen.Insta, khusus untuk hijabista yang menginginkan gaya Muslimah yang modest tetapi stylish.


FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN

Fesyen.Insta menampilkan beberapa buah butik menjual pakaian atau aksesori yang menepati citarasa gaya hijabista serta mereka yang ingin kelihatan elegan, bergaya dan selesa. Program ini mengandungi 10 episod dan ianya dihoskan oleh dua orang Instafamous berhijab yang terkenal dengan pemakaian trendy serta sopan iaitu Sharifah Rose dan Tasnim Shah.


FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN


Untuk pengetahuan, Fesyen.Insta akan bersiaran setiap hari Selasa bermula 31 Julai 2018 hingga 2 Oktober 2018, jam 5 petang.

Dalam rancangan ini, pada setiap episod, Sharifah dan Tasnim secara bergilir-gilir akan melawat butik fesyen terpilih yang menjual pakaian serta aksesori sesuai untuk diperagakan bagi wanita yang inginkan inspirasi fashionable, sopan dan selesa. Antara butik yang dilawati mereka adalah Misslily Shop, Muslimah4U, ARCO.MY, Calaqisha dan Minimalace. 


FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN
Setiap episod juga menampilkan hos yang akan menggayakan beberapa koleksi pakaian dan aksesori  mengikut tema daripada butik fesyen berkenaan bagi memberi peluang kepada penonton untuk melihat sendiri rekaan khusus yang dijual. Hos akan turut berkongsi tips ‘do’s & don’ts’ sebagai panduan antaranya bagaimana menjadikan mix and match anda kekal on point serta mengelakkan kesilapan dalam bergaya.


FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN

Anda juga boleh membeli koleksi pakaian dan aksesori yang ditampilkan di laman web beli@hurr di https://shop.hurr.tv/.  

Kepada anda yang terlepas untuk menonton rancangan ini anda boleh tonton di bawah untuk episod satu , dua dan tiga . Jangan lupakan saksikan rancangan Fashion.Insta pada setiap hari selasa jam 5 petang di hurr.tv

Episod 1 : Tasnim Shah with MissLilyShop

Fesyen.Insta | Tasnim Shah Kuat Membawang Jugak!





Episod 2 : Sharifah Rose with Muslimah4U

Fesyen.Insta | Last Tips Sebelum Sharifah Rose Jadi Model






Episod 3 : asnim Shah with ARCO.MY

Fesyen.Insta | Rahsia Tasnim Shah Terbongkar!




Untuk membeli dari butik di dalam episod sebelum ini sila layari pautan dibawah mengikut episod

Episode 1: https://shop.hurr.tv/collections/misslilyshop
Episode 2: https://shop.hurr.tv/collections/muslimah4u
Episode 3: https://shop.hurr.tv/collections/arco-my 




Waktu Siaran FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN


Hari : Selasa  (bermula 31 Julai 2018 hingga 2 Oktober 2018)
Waktu : 5 Petang



REVIEW PEMBELIAN ONLINE DI HURR.TV


Jika sebelum ini Cik iena ada tulis mengenai Nak Beli Pre-Loved ONz di hurr.tv tetapi Cik iena tidak sempat beli kerana apa yang Cik iena suka dah habis. Kali ini Cik iena tak lepaskan peluang. Dan cik iena telah membeli jenama kesukaan Cik iena iaitu ARCO.

Secara keseluruhan proses pembelian online ok. Page load ok sahaja. Method pembayaran pun banyak. Cuma koleksi yang di jual sangat sedikit. Tidak kesemua koleksi ada . Jadi cadangan Cik iena perbanyakkan koleksi atau jika hanya koleksi tertentu yang di jual. Jual pada harga promosi bukan harga asal. 


Jika ianya dijual pada harga asal mungkin pembeli akan lebih memilih untuk membeli daripada personal shopper yang selalu mereka beli atau membeli dikedai itu sendiri. Ini adalah pandangan Cik iena la. Cik iena yakin dan pasti semua orang sukakan diskaun. Orang akan lebih memilih harga yang lebih murah pada kualiti yang sama (^_~)







Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, sila layari di:  


Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya


Pada 12 Ogos 2018 yang lepas Cik iena berkesempatan menghadiri Hari Terbuka & Uji Rasa Ambassador Putrajaya oleh Hanana Group Sdn Bhd di Ambassador Putraya. Majlis ini diadakan dari jam 11 pagi sehingga 5 petang .


 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya
 Cik iena di Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya


Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya Pada 12 Ogos 2018





Untuk pengetahuan anda, Hari Terbuka dan Uji Rasa  ini diadakan bagi memberi peluang kepada pasangan yang bakal berkahwin mengetahui tentang pakej-pakej perkahwinan yang disediakan oleh Hanana Group.

 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya
Susun atur meja dan dekorasi  di Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya persis majlis kawen sebenar

 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya
Meja panjang di kiri dan kanan adalah khas untuk tetamu yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pakej disini



Istimewanya hari terbuka ini adalah Ambassador Putrajaya dihias kelihatan seperti ada majlis perkahwinan dimana ia lengkap dengan hiasan pelamin, katering, meja makan utama, Tea corner , DJ dan sistem PA. Terasa seolah-olah Cik iena sedang menghadiri majlis perkahwinan.

 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya
Cik iena sempat bergambar bersama kak lin selaku founder Ambassador Putrajayadi pelamin yang terdapat pada majlis  Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya



 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya
Dekorasi pelamin di Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya

 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya
Dekorasi meja makan beradab di  Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya


Pada Hari Terbuka dan Uji Rasa baru-baru ini, para tetamu dihidangkan dengan pelbagai hidangan  seperti Nasi Minyak, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Masak Hitam, Daging Gulai Kawah dan Kentang, Sambal Sotong, Dalca dan beberapa menu hidangan yang lain. Selain itu juga terdapat ruangan Tea Corner, Kambing, kuih-muih, satay, rojak buah,apam balik serta ruangan biskut sample untuk goodies bag.

 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya
 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya


 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya
 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya


Antara masakan yang berjaya membuat Cik iena jatuh hati adalah ketiga-tiga masakan daging diatas. Cik iena pada asalnya tidak memakan daging lembu. Cik iena hanya makan jika Cik iena menghadiri Food Review . JArang utnuk Cik iena memilih menu daging sebagai menu yang cik iena suka di sesuatu sesi food review.


Daging Masak Kurma dan kentang, Daging Masak Hitam serta Daging gulai kawah dan kentang
Tiga menu daging yang berjaya mencuri hati Cik iena


Walaubagaimanapun Ambassador putrajaya berjaua membuatkan Cik iena suka menu daging yag mereka tawarkan.  Dan inilah pertama kali Cik iena rasa kesemua menu daging untuk food review . Biasanya Cik iena sangat memilih .Nampak sedap baru cuba . Tak sia-sia Cik iena cuba kerana rasanya memang sedap.


 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya
antara menu pada  Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya


Menu ayam, sotong dan ikan  serta sayuran lain tidak kurang hebatnya namun Cik iena lebih menggemari tiga menu daging tersebut iaitu Daging Masak Kurma dan kentang, Daging Masak Hitam serta Daging gulai kawah dan kentang.


 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya
 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya

 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya
 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya


 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya
 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya



Pada hari Terbuka Dan Uji Rasa baru-baru ini ramai tetamu yang hadir bersama pasangan dan keluarga. Rata-rata yang hadir ingin melihat pakej terbaru yang ditawarkan di Ambassador Putrajaya dan  di dewan perkahwinan  Lugar De La Boda Garden Wedding yang bertemakan garden wedding Puchong serta Dewan Tan Sri Yusof Hasyimm Mardi. Tambahan lagi ramai yang tertarik dengan  diskaun RM5000 yang ditawarkan.


 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya
 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya


 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya
 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya


Selain dari servis yang cik iena nyatakan diatas menariknya lagi majlis Terbuka Dan Uji Rasa  ini terdapat Photobooth buat tetamu. Pastinya Cik iena tidak melepaskan peluang untuk bergambar di photobooth. Memang sangat terasa seperti menghadiri majlis perkahwinan tau. Majlis yang cukup meriah cuma tiada pengantin sahaja :)



 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya
 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya


 Hari Terbuka Dan Uji Rasa Di Ambassador Putrajaya




Kepada anda diluar sana yang ingin mengetahui tentang pakej perkahwinan lengkap di Hanana Group, sila layari laman web rasmi Hanana Group dan ikuti mereka di Facebook dan Instagram sekarang.




Alamat Ambassador Putrajaya

Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya


Untuk menghubungi atau berurusan dengan pihak Ambassador Putrajaya, sila hubungi :
Farah - 016 - 6700 457
Hanis - 016 - 6700 752
Rezza - 016 - 6700 473
Liana - 016-4318 434




Web Rasmi : http://www.hananagroup.com/
Facebook : https://www.facebook.com/ambassadorputrajaya
Instagram : https://www.instagram.com/ambassadorputrajaya/


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve