Grab The Promo

Perlis Week di Foodmarket Cheras dan Shah Alam | 12-16 Disember 2018

Istimewa buat warga kota yang gemar mencuba produk makanan dari Industri Kecil Dan Sederhana atau  IKS terutama produk makanan daripada Negeri Perlis khususnya, anda amat dialu-alukan untuk mengunjungi Foodmarket di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 12 Hingga 16 Disember 2018 bersempena Program ‘Perlis Week’ yang baru sahaja dilancarkan dan disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 8 Disember 2018 yang lalu.

Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’

Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’
Cik iena ketika di Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’

PERLIS WEEK di FoodMarket

Foodmarket™ yang pada asalnya merupakan kedai maya dan kini mereka telah membuka dua cawangan kedai atas permintaan ramai . Mereka sentiasa segar dan tidak jemu dalam memperjuangkan tradisi dan produk makanan Melayu dari desa.

Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’
Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’

Untuk pengetahuan Foodmarket™ memfokuskan kepada produk unik dan tradisi yang bercirikan Malaysia yang kebanyakannya telah diberi nafas baru dengan penambah baikan pembungkusan dan reka bentuk yang lebih menarik, moden dan chic.

Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’

Sempena penutup tirai 2018, Foodmarket™ memilih negeri yang terkecil di Malaysia dan terletak di utara Semenanjung Malaysia sebagai pilihan untuk diketengahkan iaitu Perlis. Negeri Perlis mempunyai keluasan 821 km2. Merupakan sebuah negeri yang kecil yang mempunya pelbagai makanan tradisi yang menarik dan unik.

Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’
Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’

Sekiranya ditanya kepada orang ramai, mungkin ramai yang tidak tahu malah mungkin tidak pernah mendengar atau merasainya. Atas faktor ini Foodmarket™ dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis,  telah menjayakan program ‘Perlis Week’ di Foodmarket™ bermula pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018.

Program ini akan berjalan serentak di kedua-dua cawangan Foodmarket™ yang terletak di Bandar Seri Permaisuri, Cheras dan juga di Denai Alam, Shah Alam.

Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’

Program ‘Perlis Week’ ini telah dilancarkan dan disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 8 Disember 2018 yang lepas di cawangan pertama mereka iaitu di Bandar Seri Permaisuri.

Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’
Cik iena ketika di Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’

Program ini terhasil dengan jayanya dengan bantuan sepenuhnya dari agensi-agensi Kerajaan Negeri Perlis khususnya dari Unit Perancang Ekonomi Negeri, FAMA Perlis dan LKIM Perlis.  Apa yang lebih istimewa adalah Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Tuanku Raja Puan Muda Perlis telah mencemar duli membantu FoodMarket sepanjang berada di negeri yang penuh dengan 1001 rahsia dan khazanah yang masih belum diterokai sepenuhnya itu .

Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’
Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’

Apa yang menarik lagi  di program ‘Perlis Week’ ini adalah pelbagai jenis produk makanan dibawakan khas terus dari Perlis ke Kuala Lumpur. Antaranya belacan madu Perlis, pekasam daging, acar rebung, buah jeruk Perlis, produk hasilan mangga harum manis dan macam-macam lagi.

Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’
Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’

Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’
Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’

Laksa Perlis

Antara perkara menarik sepanjang program 'Perlis Week', salah satunya adalah makanan yang tidak asing bagi kita semua iaitu laksa. Laksa Perlis tidak seperti laksa dari tempat-tempat lain. Laksa Perlis dihidang hanya dengan timun diracik halus, bawang besar dan daun selom serta diletakkan telur. Kuah laksa Perlis warnanya lebih cerah dan yang paling unik, laksa Perlis dimakan bersama-sama pulut udang.

Belacan Antara Produk Makanan Perlis
Belacan Antara Produk Makanan Perlis

Untuk pengetahuan, laksa Perlis akan hilang aslinya sekiranya menggunakan belacan lain melainkan ‘belacan madu Perlis’. Menu istimewa ini anda boleh dapati di ‘Perlis Week’.

Pekasam Perlis

Pekasam juga antara makanan kegemaran orang-orang Perlis. Istimewanya pekasam Perlis adalah ianya menggunakan beras yang dihancur halus seperti serbuk, tidak seperti pekasam dari Kedah atau Perak. Ikan pekasam yang diperam dengan cara ini tidak hancur dan jika digoreng masih dalam bentuk seekor-seekor.

Pekasam Ikan Antara Produk Makanan Perlis
Pekasam Ikan Antara Produk Makanan Perlis

Orang Perlis juga terkenal dengan pekasam daging. Pekasam daging selalunya digoreng bersama bawang besar, cili merah, daun kari dan orang Perlis suka juga tambahkan serai yang diracik untuk bau yang wangi.

Pekasam Daging Antara Produk Makanan Perlis
Pekasam Daging Antara Produk Makanan Perlis

Pekasam-pekasam istimewa ini akan  ada di sepanjang ‘Perlis Week’ .  Anda juga boleh tonton Video cara menyediakan masakan juga ada di Youtube dan juga di Instagram Foodmarket™.

Selain itu, sepanjang program ‘Perlis Week’, pelbagai kuih muih tradisi Perlis juga turut dijual dan hanya ada eksklusif ketika program ini sahaja. Antaranya kuih dangai, pulut kucai, ubi nenas dan macam-macam lagi kuih muih yang pastinya wajib dicuba ketika program ini.

Gambar di Sekitar Majlis Perlancaran  ‘Perlis Week’

Antara Produk Makanan Perlis

Daging Salai Antara Produk Makanan Perlis
Daging Salai Antara Produk Makanan Perlis

Mangga Kordial Antara Produk Makanan Perlis
Mangga Kordial Antara Produk Makanan Perlis

Ketupat Daun Palas Sejuk Beku Antara Produk Makanan Perlis
Ketupat Daun Palas Sejuk Beku Antara Produk Makanan Perlis

Serunding Ikan Antara Produk Makanan Perlis
Serunding Ikan Antara Produk Makanan Perlis

Biskut Bangkit Kelapa Antara Produk Makanan Perlis
Biskut Bangkit Kelapa Antara Produk Makanan Perlis

Mangga Harum Manis Perlis Antara Produk Makanan Perlis
Mangga Harum Manis Perlis Antara Produk Makanan Perlis

Rendang Daging Antara Produk Makanan Perlis
Rendang Daging Antara Produk Makanan Perlis

Antara Produk Makanan Perlis Yang akan di import ke Arab Saudi
Antara Produk Makanan Perlis Yang akan di import ke Arab Saudi

Antara Produk Makanan Yang Menambat Hati

Berikut merupakan antara produk makanan IKS lain yang berjaya menambat hati Cik iena. Ada banyak sangat. Ini sedikit sahaja yang sempat cik iena ambil gambar dan ada diantaranya juga Cik iena beli. Kalau beli semua bankrup Cik iena. Beli sikit-sikit dulu dan rasa. Cik iena tinggal berdua je dengan adik, jadi memang tak boleh beli banyak.

Jadi, disini Cik iena ingin mengajak semua warga Kuala Lumpur  terutama buat pencinta makanan tradisi serta ‘food connoisseur’ untuk sama sama datang ke Foodmarket™ sempena Perlis Week ini. Macam-macam ada!

#PakatMaiNoh

Untuk Maklumat lanjut layari website dan juga ikuti laman sosial FoodMarket

Website : www.foodmarket.com.my
FAcebook :  https://web.facebook.com/foodmarket.my
Instagram : https://www.instagram.com/food.market/
Email : info@foodmarket.com.my

FOODMARKET CAWANGAN CHERAS

Foodmarket, No 17 Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permasuri, Kuala Lumpur.
No Telefon: 019-666.4889

FOODMARKET  CAWANGAN SHAH ALAM

Foodmarket, 12 Jalan Elektron U16/H, Denai Alam, 47000 Shah Alam, Selangor
No Telefon: 0192706003

p/s : ini merupakan pertama kali Cik iena bertemu  DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Sejujurnya DYTM Raja Muda Perlis sangat baik  , peramah dan kelakar orangnya. 

HARUMAN TERBARU SYAHIRAH | WANGIAN SENSASI ‘MYSTIQUE’ INSPIRASI KOTA HONOLULU

Wanita dan wangian sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kebanyakan wanita gemar memakai haruman kerana ianya akan meningkatkan lagi daya keyakinan diri seseorang terutama apabila berdepan dengan seseorang.

HARUMAN TERBARU SYAHIRAH | WANGIAN SENSASI ‘MYSTIQUE’ INSPIRASI KOTA HONOLULU
HARUMAN TERBARU SYAHIRAH | WANGIAN SENSASI ‘MYSTIQUE’ INSPIRASI KOTA HONOLULU

Terdapat pelbagai jenis wangian yang terdapat dipasaran. Antara yang ingin Cik iena kongsikan bersama anda adalah wangian terbaru yang dilancarkan oleh Syahirah Malaysia iaitu wangian MYSTIQUE . Hadir dalam botol berkaca biru yang kelihatan  eksklusif.

Wangian MYSTIQUE ini sangat sesuai untuk anda yang tidak gemar akan wangian tajam yang menyegit. Ianya sesuai untuk anda yang suka haruman lembut mempersona. Berikut Cik iena kongsikan serba sedikit mengenai wangian ini.

WANGIAN SENSASI ‘MYSTIQUE’ INSPIRASI KOTA HONOLULU YANG MENGUJAKAN

Vitalis Mystique Eau De Cologne merupakan Haruman terbaru daripada Syahirah yang amat memukau dan mampu melonjakkan rasa ceria serta menggamit ingatan indah yang membawa anda mengembara jauh ke pulau peranginan sekali gus mencetus elemen hebat seperti berada di Honolulu, Amerika Syarikat melalui semburan selembut bayu.

HARUMAN TERBARU SYAHIRAH | WANGIAN SENSASI ‘MYSTIQUE’ INSPIRASI KOTA HONOLULU
HARUMAN TERBARU SYAHIRAH | WANGIAN SENSASI ‘MYSTIQUE’ INSPIRASI KOTA HONOLULU

Apa yang lebih mengujakan mengenai Syahirah Vitalis Mystique adalah ianya merupakan wangian yang dirumus istimewa untuk figura muslimah moden, ranggi, bijak dan mempesona serta berkeyakinan tinggi dalam apa jua aktiviti yang dilakukan namun tetap anggun dalam penampilan.

Seunik nama yang diberikan, Vitalis Mystique mengambil ciri istimewa Pulau Hawai yang sangat terkenal dengan keindahan dan keunikan budayanya, wangian ini juga adalah teman baik wanita yang mampu membentuk personaliti diri menerusi semburan komposisi aromanya yang secara tidak langsung merakam senario kehangatan Pulau Hawai yang pastinya mengukir memori indah untuk sesiapa saja yang berada di situ.
\

Syahirah Vitalis Mystique
Syahirah Vitalis Mystique

Vitalis Mystique EDC diilhamkan dengan :

Tiga komposisi nota utama iaitu daripada kemanisan buah rasberi, keharuman bungaan peony dan kehangatan aroma musky yang akan menyuntik tenaga berbeza sebaik sahaja semburan pertama dikenakan pada anda.

  • Ia merupakan satu penyelesaian kepada mereka yang kurang keyakinan diri ketika mendampingi si dia.
  • Hadir dalam bingkisan biru gelap mewah ala kristal bagi meraikan misteri alam di malam purnama

HARUMAN TERBARU SYAHIRAH | WANGIAN SENSASI ‘MYSTIQUE’ INSPIRASI KOTA HONOLULUv
HARUMAN TERBARU SYAHIRAH | WANGIAN SENSASI ‘MYSTIQUE’ INSPIRASI KOTA HONOLULU

Mystique EDC ialah produk terbaru di dalam rangkaian haruman Syahirah Vitalis yang mana sebelum ini Syahirah Vitalis didatangkan dalam enam jenis haruman yang berbeza aroma dan gabungan warna bingkisan yang bersesuaian dengan setiap diri feminin wanita,
antaranya adalah :

Haute Couture: Dicipta daripada kombinasi ros, buah beri dan vanila, mencetuskan aroma manis dan lembut. Sesuai untuk wanita moden yang romantik dan ingin tampil menyerlah sepanjang masa.

Femme Chic: Letusan aroma yang menyerlahkan sisi feminin dan sensual diri anda. Rumusan buah beri dan bungaan sensual menerbitkan rasa manis dan segar, untuk kekal wangi sepanjang hari.

Celebrite: Alami keghairahan campuran aroma utama daripada Floriental Fruity seperti jasmin dan kayu cendana, ia memberikan sensasi aroma menyegarkan sesuai untuk wanita ceria, berani dan positif.

Syahirah Vitalis Magnifique
Syahirah Vitalis Magnifique

Magnifique: Dibaluti dengan gabungan haruman sitrus seperti buah mandarin dan tangerine, bunga lily dan vanila, ianya membangkitkan aroma yang lembut dan halus, sesuai untuk anda yang cukup feminin dan manis.

Syahirah Vitalis Empress
Syahirah Vitalis Empress

Empress: Adunan beberapa haruman mewah, menggambarkan pesona menawan di dalam diri untuk anda terus bersemangat melalui hari yang positif.

Syahirah Vitalis Dazzling
Syahirah Vitalis Dazzling

Dazzling : Serlahkan kegembiraan anda dengan mencipta memori manis menerusi semburan haruman gabungan nota oren, ros, lily, vanila dan cedarwood agar haruman melekat mesra untuk bau yang kekal lama.

Majlis Perlancaran Syahirah Vitalis Mystique  

Baru-baru ini Cik iena berkesempatan menghadiri Majlis Perlancaran Syahirah Vitalis Mystique . Berikut Cik iena kongsikan sedikit gambar yang diambil semasa majlis tersebut. Majlis berjalan cukup meriah dengan kehadiran blogger, Kols, dan media serta tetamu jemputan yang lain.

Review Vitalis Mystique EDC

Review mengenai wangian ini dari Cik iena , ianya merupakan haruman yang lembut yang sesuai untuk wanita uang sukakan wangian lembut dan tidak terlalu tajam. Memandangkan ianya adalah jenis EDC, jadi harumannya tidak bertahan lama sehingga malam . Ianya bertahan  antara 2 hingga tiga jam sahaja bergantung pada seseorang.

Review Vitalis Mystique EDC
Review Vitalis Mystique EDC

Jika ada yang mengatakan ianya bertahan sampai malam itu Dusta . Ini review ikhlas tau. Mengikut pada jenis nya sahaja kita boleh tau wangian ini bertahan untuk berapa jam.

Kebiasaannya untuk wangian berjenis EDC Cik iena akan sembur sebelum ke pejabat. Kemudian cik iena akan sembur sekali lagi sebelum keluar Lunch (biasalah perempuan memang sukakan wangian) dan  selepas lunch juga cik iena akan sembur sekiranya cik iena lunch di food court. Jika cik iena lunch dikawasan berpenghawa digin di office Cik iena tak spray lagi :)
Pendek kata kadar semburan mengikit kesesuaian waktu dan tempat gitu.

Wangian EDC- Ea De Cologne

untuk pengetahuan EDC atau Ea De Cologne merupakan Haruman paling nipis, ringan dan ketahanan hanya di antara 2 hingga 3 jam sahaja. Mengandungi sedikit minyak pati berbanding parfume dan mempunyai asas alkohol. Amat sesuai digunakan di bahagian tubuh untuk menyegarkan dan memberikan aroma harum selepas mandi. Biasanya wangian ini beraroma menyegarkan.

Okay kalau nak tau jenis wangian  EDP, EDT, parfum dan sebagainya boleh baca http://www.ienaeliena.com/2016/09/tips-memilih-minyak-wangi-yang-sesuai.html

Untuk pengetahuan Kini Anda boleh miliki haruman Syahirah Vitalis Mystique EDC edisi terhad ini bermula dari November sehingga Disember 2018 sempena sambutan Tahun Baru yang bakal menjelang tiba.

Ia boleh didapati pada harga runcit RM19.90 di semua rangkaian farmasi terkemuka, pasar raya dan pasar raya besar terpilih.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi mereka dan juga laman sosial mereka

Website : www.syahirah.com.my.
Facebook : https://www.facebook.com/Syahirah.Msia/
Instagram : https://www.instagram.com/syahirahmalaysia/

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve