Grab The Promo

Pengalaman Daftar dan Pemasangan RFID Percuma Sesi April 2019

Sebelum ini Cik iena selalu nampak lorong RFID  dekat tol. Teringin nak pasang tapi tak tau caranya. Perlu bayar ke tidak. Beberapa bulan lepas Cik iena ada  install aplikasi Touch n Go eWallet untuk kegunaan pembayaran tol . Bila guna aplikasi Touch n Go eWallet rasa  mudah pula sebab Cik iena tak perlu topup kad touch n go . Tapi Cik iena still topup untuk kegunaan kecemasan sekiranya Touch n Go eWallet Cik iena kekurangan baki.

 RFID Percuma
Pemasangan RFID Berjaya Times Square di lot parking B1 14



Semasa Cik iena  diawal pengunaan  aplikasi Touch n Go eWallet hanya  boleh digunakan di lebuhraya DUKE sahaja.Kini  banyak lebuhraya yang boleh menggunakan Touch n Go eWallet.  Bila Cik iena lihat dalam aplikasi Touch n Go eWallet ada bahagian RFID. Cik iena pernah cuba mendaftar disitu tapi tak boleh.

Sehinggalah Cik iena ternampak kawan berkongsi mengenai RFID percuma pada bulan April untuk lokasi terpilih. Maka Cik iena ajak adik pergi daftar dan pasang RFID bagi memudahkan lagi perjalanan menggunakal lebuhraya. Tambahan lagi ketika Cik iena menggunakan lebuhraya Cik iena sering lihat lorong RFID selalu tiada kereta kalau adapun dua tiga. Manakala lorong touch n go yang lain penuh beratur panjang terutama ketika peak hour waktu pergi dan balik kerja.





 RFID Percuma
Pendaftaran RFID  di Main Entrance Berjaya Times Square




Pendaftaran dan Pemasangan RFID Secara Percuma Pada Bulan April Untuk Lokasi Terpilih


 RFID Percuma


Seperti yang dimaklumkan Cik iena dapat info ini dari perkongsian rakan facebook. Kemudian Cik iena bertekad untuk daftar dan pasang RFID. Cik iena memilih untuk daftar di Berjaya TIme Square pertama sekali sebab ianya lebih dekat dengan kawasan tempat kerja adik berbanding lokasi lain dan ianya ditengah kota. Kebarangkalian untuk ramai orang datang mendaftar adalah sikit kerana kebiasaannya orang tak suka pergi tempat sesak.

Ternyata tepat sekali tekaan Cik iena. Hanya dua orang sahaja di depan Cik iena semasa beratur untuk mendaftar berbeza dengan di lokasi lain seperti Tesco Cheras. Sebelum itu Cik iena kongsikan lokasi terpilih untuk pendaftaran dan pemasangan RFID percuma ini.

Lokasi RFID Percuma


  1. AEON Big Bukit Rimau (GF Carpark)
  2. AEON Big Kepong (Carpark Entrance - 1 floor)
  3. Berjaya Times Square KL (Main Entrance - next to u mobile)
  4. EMpire Shopping GAllery, Subang JAya ( DTOX - Lot P2-01 Level B2)
  5. Sunway Velocity Mall, CHeras (Level B1-Green Zone)
  6. Tesco Pusat Bandar Puchong (GF Carpark)
  7. Tesco Extra Cheras ( GF - Opposite Cravings Cafe)
  8. Tesco Setia Alam (GF -Opposite Food court )
  9. Tesco Bukit Tinggi Klang (Indoor parking, next to medan selera)





Dokumen Yang Di Perlukan Untuk Pendaftaran RFID


  1. Kad Pengenalan Asli dan salinan Kad Pengenalan atau Lesen Memandu atau Paspot (jika bukan warganegara Malaysia).
  2. Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (Geran) atau Nota Perlindungan Insurans yang sah.
  3. Surat kebenaran daripada pemilik kenderaan dan salinan kad pengenalan (ini adalah jika pemilik akaun Touch and Go eWallet dan pemilik kenderaan berbeza)
  4. kenderaan anda! (Jangan bawak masuk mall pula, parking dulu, selesai daftar baru bawa kereta ke tempat yang di tetapkan)

Semasa pendaftaran Cik iena tak menggunakan geran tapi cover note insurans. Memang mudah . Kalau nak tunggu geran memang pening nak cari. Mungkin di rumah KL, mungkin di kampung. Cik iena gunakan cover note insurans sebab Cik iena memang uruskan sendiri beli insurans . So memang ada simpan .Lagipun beli insurans secara online. Memang Cik iena simpan di email. Mudah je. Klik klik dunia di hujung jari.

Dokumen ke 4,  Surat kebenaran daripada pemilik kenderaan jika pemilik akaun  Touch and Go eWallet. Pada yang tak tau boleh rujuk contoh Cik iena di penghujung artikel.




Pengalaman Daftar dan Pemasangan RFID Percuma di Berjaya Times Square


Setibaya di Main Entrance berdekatan U mobile . Kelihatan Booth Pendaftaran RFID lengang. Hanya terdapat dua orang yang sedang duduk dan mendaftar serta seorang sedang menunggu sambil riba  budak di sebelah kiri. Jadi tak lama lah masa yang cik iena ambil untuk menunggu dan mendaftar.  Kesemua dokumemn yang diperlukan cik iena bawa tapi ada satu lagi dokumen tak lengkap yang tidak dinyatakan dalam  senarai dokumen yang perlu dibawa iaitu salinan kad pengenalan pemilik kereta.



 RFID Percuma
Pendaftaran RFID  di Main Entrance Berjaya Times Square

Cik iena punya kerata atas nama adek sebab ini merupakan kereta kedua. Masa beli kereta ni nama Cik iena kene CITOS , jadi terpaksa guna nama adik. Alhamdulillah sekarang dah selesai  clear kan CITOS dan baru sahaja beli rumah yang kedua SKYAWANI3 .  Kereta Cik iena murah je Sebab Cik iena lebih pentingkan aset seperti rumah. Alhamdulillah di usia 34 dah ada dua buah rumah. Haa mesti pelik kenapa CITOS , yang kenal Cik iena pasti tau kenapa.  Bekas tunang Cik iena kikis mengikis mengblacklistkan nama Cik iena haha , Okay tutup buku dan bukak buku baru.

Jadi hanya satu dokumen ni cik iena tak lengkap tapi jangan risau. Ada mesin photostat disediakan cuma perlu bayar sahaja. Memandangkan Cik iena dan adik ibarat belangkas. Memang dia sentiasa ada dengan Cik iena. jadi terus photostat. Untuk anda di luar sana . Perlu bawak salinan kad pengenalan pemilik kereta tau.


Pemasangan RFID Berjaya Times Square di lot parking B1 14


Selesai mendaftar, staff akan berikan salinan maklumat yang diperlukan untuk proses pemasangan RFID  dan staff akan memaklumkan lokasi pemasangan RFID. Di berjaya times square , lokasi pemasangan RFID adalah di bahagian parking B1 14. Kedudukan parking ini di bahagian tengah. Jika anda turun escalator main entrance  ke LG, turun lagi satu escalator bahagian tengah. Keluar pintu kanan. Disitu lah lokasi pemasangan RFID.


 RFID Percuma
Pemasangan RFID Berjaya Times Square di lot parking B1 14




Untuk pemasangan RFID adalah sehingga jam 9 malam . Memandangkan masih lama menjelang jam 9 malam. Cik iena dan adik pergi makan terlebih dahulu. Selesai makan, Cik iena ambil kereta dan bawa ke kawasan parking B1 14 . Kebetulan Cik iena memang parking berdekatan, jadi amat mudah dan lagi senang urusan. Masa yang diambil untuk memasang RFID juga tidak lama.



Cuma staff dibahagian pemasangan RFID agak kurang info mengenai RFID. Mereka tak boleh menjawab soalan umum mengenari RFID dan hanya suruh call Touch n Go. Disitu agak kecewa sedikit. Sepatutnya staff perlu di ajar terlebih dahulu mengenai RFID agar dapat menjawab pertanyaan pelanggan.



 RFID Percuma
Pemasangan RFID Berjaya Times Square di lot parking B1 14






Pekara Yang Di Larang Selepas Pemasangan RFID 


Menurut staff pemasangan, kita Tidak boleh Cuci kereta dalam masa 24 jam . Apabila Cik iena bertanya bagai mana jika hujan ketika Cik iena pulang nanti. Beliau cuma menjawab saya tak tau call Touch n Go. Nak gelak atau nak marah pun tak tau. Tapi sakit hati juga lah. Risau lah sebab banyak juga orang komplen RFID tak boleh guna , mungkin sebab terkena air semasa selepas install. Jadi Cik iena ajukan soalan tersebut. Alhamdulillah cuaca baik-baik sahaja dan RFID cik iena sudah pun berfungsi.



 RFID Percuma
Pemasangan RFID Berjaya Times Square di lot parking B1 14

Bila RFID boleh digunakan selepas pemasangan?


Semasa selepas pemasangan menurut staff ianya boleh digunakan selepas 2 hari dipasang. Tapi Cik iena telah pun terima sms RFID telah diaktifkan dan boleh digunakan sehari selepas pemasangan. Jadi berkemungkinan ianya akan diaktifkan dalam masa 24 jam.



 RFID Percuma
RFID dipasang pada lampu kereta



Selepas pemasangan RFID ni Cik iena rasa seronok masuk lorong RFID yang kosong, bila tengok lorong touch n go banyak kereta beratur. Memang ianya memudahkan Cik iena. Tak perlu lagi keluarkan tangan nak touch kad . Takde lah sakit-sakit ketiak. Kadang-kadang Cik iena berangan bawa kereta, so bila nak touch dah jauh. Sakit ketiak tau.



Kepada anda yang masih belum daftar dan pasang RFID, sempat lagi nak dapatkan secara percuma bulan April ni . Tapi sebelum tu jangan lupa download aplikasi Touch n Go eWallet dan masukkan kod referral di bawah untuk nikmati 5X Rebate. Rebate ni macam cash back lah.



Referral Code : zgj5ws 







Pengalaman Daftar dan Pemasangan RFID Percuma Sesi April 2019














Contoh Surat kebenaran daripada pemilik kenderaan RFID




Siti Nur Hidayah binti Abd Wahab
No. bla bla bla ,
Bandar BAru XXXX,
XXXXX Kuala Lumpur
20/04/2019

Kepada:

Touch ‘n Go eWallet

Tuan/Puan

Pemberitahu Kebenaran Menggunakan Kereta Saya Untuk Pendaftaran RFID Touch 'n Go Ewallet.

Disini saya Siti Nur Hidayah Binti Abd Wahab (xxxxxxxx-10-xxxx) ingin memaklumkan bahawa saya sebagai pemilik kenderaan seperti tertera dibawah, memberi kebenaran keatas nama yang dinyatakan dibawah untuk mendaftarkan kereta saya  untuk penggunaan RFID dalam akaun Touch ‘n Go eWallet beliau.



 NAMA                                :  SITI FAZLINA BINTI ABD WAHAB
 NO. KAD PENGENALAN   : xxxxxxxx-10-xxxx
 NO.PLATE KENDERAAN   : WXXXXX
 MODEL                              : PROTON SAGA
 ENJIN                                 : S4XXXXX
 CHASIS NO                        :  PL1XXXXXXXXX


Sekian, Terima Kasih.



…………………………………………………
(Siti Nur Hidayah Binti Abd Wahab)
xxxxxxxx-10-xxxx

Menang Proton x70 dengan Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019

Bulan Ramadan menjelang tiba. Pasti ramai yang sudah memulakan membuat perancangaan untuk bulan Ramadhan dan juga sekaligus persiapan raya. Bagi yang mempunyai kerjaya yang agak sibuk dan mempunyai jadual yang agak padat pastinya anda mempunyai kekangan masa dalam penyediaan juadah makanan dan minuman untuk berbuka puasa.  Begitu juga dengan Cik iena, untuk memastikan Cik iena dapat hadapi masalah kekangan masa dalam penyediaan juadah berbuka puasa terutamanya penyediaan minuman, Cik iena akan pastikan Cik iena membeli dan menyimpan stok air kotak mahupun botol  dari Yeo’s.


Menang Proton x70 dengan Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019
Jom Menang Proton x70 dengan Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019

Selain daripada itu untuk membantu memudahkan dalam penyediaan makanan untuk bersahur mahupun untuk berbuka ketika Cik iena kesuntukan masa Produk Makanan dalam tin Yeo’s juga  amat membantu. Jadi untuk persiapan Ramadhan nanti Cik iena akan pastikan dapur Cik iena dilengkapkan dengan produk dari Yeo’s . Tambahan lagi Ramadhan tahun ini Pihak Yeo’s ada menganjurkan Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019 yang menawarkan Proton x70 sebagai hadiah utama. Bertambah banyak lah produk Yeo’s yang akan Cik iena beli , mana lah tau Cik iena menang Proton x70. Boleh lah bawa keluarga Beraya dengan kereta baru.



Menang Proton x70 dengan Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019





Menang Proton x70 dengan Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019


Untuk pengetahuan Yeo’s Malaysia sedang menganjurkan Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019 bermula 15 April 2019 sehingga 9 Jun 2019 . Peraduan ini adalah bagi menghargai pelanggan Yeo’s yang sentiasa menjadikan Yeo’s produk pilihan untuk seisi keluarga. Sebanyak RM 200,000.00  hadiah terkumpul untuk anda menangi pada Ramadhan kali ini . Sudah pastinya Cik iena aim Hadiah  Utama Proton x70 .Tapi kalau tiada rezeki  dapat duit raya RM500 pun ok juga .  Cik iena akan  kongsikan bagai mana caranya untuk sertai peraduan ini tapi sebelum tu kita lihat dulu Hadiah yang ditawarkan.

Hadiah Mingguan
  • 200 x RM 500.00 Wang Tunai

Jadual Cabutan Mingguan
  • •    Minggu 1: 15 Apr – 21 Apr 2019
  • •    Minggu 2: 22 Apr – 28 Apr 2019
  • •    Minggu 3: 29 Apr – 5 Mei 2019
  • •    Minggu 4: 6 Mei – 12 Mei 2019
  • •    Minggu 5: 13 Mei – 19 Mei 2019
  • •    Minggu 6: 20 Mei – 26 Mei 2019
  • •    Minggu 7: 27 Mei – 2 Jun 2019
  • •    Minggu 8: 3 Jun – 9 Jun 2019
                       
Hadiah Utama
  • 1 x Proton SUV X70 1.8 TGDI Standard 2WD 


Cara Menyertai Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019

Langkah 1:
  • Beli mana-mana makanan (makanan dalam tin, sos, mi) dan/atau minuman Yeo’s, dan/atau Cintan (Produk Yeo’s) dan/atau Justea ( Product Yeo’s) dan/atau Tong Nam (Produk Yeo’s) bernilai RM 8.00 di dalam satu Resit Rasmi. 


Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019
Cik iena pun nak sertai Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019, nak menang Proton x70 :)

  • Wajib minima satu minuman Yeo’s dalam botol. (1 resit = 1 penyertaan peraduan)
  • Resit Rasmi kedai perlu dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.




Langkah 2:
  • Buka aplikasi WhatsApp , muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan sertakan maklumat (Nama Penuh,   Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi).

muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan sertakan maklumat (Nama Penuh,   Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi).muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan sertakan maklumat (Nama Penuh,   Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi).
muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan sertakan maklumat (Nama Penuh,   Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi).
  • Lampiran gambar resit hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-
  1. Menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
  2. Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.

Langkah 3:   
  • Hantar penyertaan melalui aplikasi WhatsApp ke nombor telefon 012-2124873
  • Peserta akan menerima satu notifikasi rasmi melalui aplikasi WhatsApp dari Penganjur dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima.



Langkah 4:
  • Simpan Resit Rasmi pembelian untuk tujuan pengesahan.




Mudah bukan nak sertai Peraduan Yeo’s Raya Bergaya 2019 ni. Beli dan menang dengan bergaya . Tak perlu muatnaik gambar di laman sosial. Terus whatsapp ke nombor yang diberikan sahaja. Cik iena pun kalau pertandingan yang perlu muat naik gambar ni perlu fikir juga banyak kali juga kalau nak sertai. Perlu atur strategi dan perlukan gambar yang cantic serta kreatif. Tapi jika peraduan yang tidak memerlukan cik iena memuat naik gambar sememangnya Cik iena akan sertai. Kepada anda terutamanya pengguna tetap produk Yeo’s jangan lepaskan peluang keemasan ini. Hantarkan penyertaan anda kepada Yeo’s sebanyak yang mungkin. Tuah ayam Nampak dikaki tuah manusia tak siapa yang tau. Mana tau dapat menang hadiah utama Proton x70, boleh lah raya dengan kereta baru :)

Ouh ya jika anda tidak ada idea untuk beli produk Yeo’s apa untuk sertai peraduan ini. Jika anda perasan salah satu syarat peraduan ini adalah Wajib minima satu minuman Yeo’s dalam botol. Jadi disini Cik iena nak cadangkan Produk Yeo’s dalam botol yang boleh anda beli iaitu Yeo’s Soya 1 Liter.


Yeo’s Susu Soya 1 Liter Kini Dalam Botol Baharu.


Yeo’s susu soya 1 Liter
Yeo’s susu soya 1 Liter


Kini anda boleh dapatkan Yeo’s susu soya 1 Liter dalam botol. Jika sebelum ni dalam kotak . Kini ianya diperbaharu dengan menggunakan teknologi pemprosesan pengisian sejuk bagi mengekalkan kesegaran susu soya tersebut. Selain daripada itu dengan pembungkusan dalam botal yang baru ini ianya sangat mudah alih dan mudah untuk disimpan serta ianya tidak mudah tumpah dan paling penting botol Yeo’s soya boleh dikitar semula.


Untuk Maklumat lanjut sila layari www.yeos.com.my/yeos-peraduan-raya-bergaya/

Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Bulan ramadhan menjelang tiba. Pejam celik pejam celik setahun dah berlalu ramadhan yang lepas. Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh barakah yang mana pada bulan inilah seluruh umat Islam berlumba-lumba untuk meraih pahala bukan sahaja dengan berpuasa malah amalan-amalan sunat yang lain.

Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya


Selain daripada menunaikan ibadat pada Ramadhan ini, tidak ketinggalan juga kemeriahan Buffet Ramadhan yang memang menjadi alternatif untuk umat Islam berbuka bersama ahli keluarga dan sahabat selain daripada berbuka di rumah, kedai makan dan membeli juadah di bazar Ramadhan.



Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya


Kedatangan bulan Ramadan sering dinanti-nantikan terutamanya dalam kalangan para peniaga kerana bulan inilah melimpah ruahnya rezeki bagi mereka. Bulan ramadhan memang tidak dapat dipisahkan dengan lambakan Buffet-buffet ramadhan oleh pengusaha restoran mahupun hotel . Ramai juga ahli perniagaan yang menggunakan peluang Buffet Ramadhan ini untuk bersedekah menjamu anak-anak yatim.


Citarasa Asli Tradisi Melayu di The Everly Putrajaya



Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya


Seperti tahun-tahun sebelumnya, The Everly Putrajaya tidak terlepas untuk mengadakan Buffet Ramadhan pada bulan ramadhan. Alhamdulillah, baru-baru ini Cik iena berkesempatan menghadiri Majlis Preview buffet ramadhan khas untuk rakan-rakan media dan para pelanggan di The Everly Putrajaya.


Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Dengan membawa konsep Citarasa Asli Tradisi Melayu , The Everly Putrajaya menjanjikan pengalaman buka puasa dengan lebih daripada 100 hidangan Melayu tradisional yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut yang akan memuaskan selera anda.



Bukan itu sahaja, Thje Everly juga  akan menyediakan menu masakan Melayu dengan sekurang-kurangnya beberapa hidangan dari setiap negeri di Malaysia seperti Nasi kerabu, Laksa Penang, Budu, Rojak, Shwarma, Roti Canai dan Murtabak.  Tidak dilupakan hidangan signature iaitu Kambing Panggang di kaunter Kambing Golek.


Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya


Selain daripada itu turut dihidangkan pemanis mulut iaitu pelbagai pilihan kuih Raya, pelbagai jenis cendol, pelbagai jenis dodol dan Bubur Pulut Hitam Untuk semua tetamu .


Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya


Selain menampilkan makanan lazat Melayu, The Everly juga mennghidangkan masakan India Nyonya dan Eurasia yang bertujuan untuk mengalu-alukan semua golongan dari seluruh dunia minikmati hidangan berbuka puasa disini bersama keluarga mahupun teman-teman.

 


Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Harga Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya


Dengan menawarkan legih 100 hidangan tradisional melayu, The Everly menawarkan harga sebanyak  RM108 nett bagi setiap orang dewasa dan RM54 nett bagi kanak-kanak berumur bawah 6 tahun dan warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Bufet akan dihidangkan antara 6:30 malam dan 10:00 malam dengan iringan persembahan dari  penyanyi Duo ensemble DUWA MUSIC.


Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
persembahan dari  penyanyi Duo ensemble DUWA MUSIC yang menghiburkan


Selain daripada itu, The Everly Putrajaya juga menganjurkan majlis peribadi untuk Makan Malam Buka Puasa di Bilik Banquet mereka. Jadi kepada anda yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa bersama untuk Syarikat anda, anda juga boleh mengadakannya di The Everly Putrajaya kerana terdapat bilik khas buat anda dan teman .



Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Suasana Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya



Gambar Buffet Ramadhan 2019 Preview di The Everly Putrajaya



Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya


Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya


Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya


Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya


Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Tempahan Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya


Untuk membuat tempahan dan maklumat lanjut WhatsApp kami di +6011 6318 6029 atau hubungi 03-88922921 / 03-88922929 atau e-mel ke zikri.zuraimi@theeverlygroup.com atau farah.hanis@theverlvaroup.com.


Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Untuk  promosi istimewa bagi pakej bilik Ramadan , sila hubungi 03-88922929 atau e-mel kepada reservation.tep@theeverlygroup.com untuk maklumat lanjut.


Promosi Early Bird Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya



Nikmati harga istimewa untuk Promosi Early Bird untuk tempahan awal di mana anda boleh mendapatkan harga  RM98 nett untuk dewasa dan RM49 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Tempahan korporat dan pembelian baucer : farah.hanis@theverlvygroup.com

Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya



Review Buffet Ramadhan 2019 The Everly Putrajaya




Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya

Secara keseluruhannya Cik iena suka akan suasana berbuka puasa disini. Dengan keadaan ruang makan yang besar dan selesa dihiasi dengan dekorasi indah . Dimana-mana sahaja anda akan dapat lihat dekorasi patung ayam kampung. Dekorasi yang unik serta mendamaikan membuatkan Cik iena teringat suasana berbuka puasa adi kampung.


Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya


Ditambah lagi dengan persembahan dari  penyanyi Duo ensemble DUWA MUSIC yang menghiburkan Cik iena. Terasa suasana meriah berbuka puasa menanti Syawal tiba . Dari segi masakan terdapat pelbagai menu masakan. Memandangkan Cik iena dari KL dan pulang kerja agak lewat jam 6.30 jadi Cik iena tiba lewat maka Cik iena tak dapat cuba banyak menu masakan.

Alhamdulillah yang Cik iena makan sedap .Cik iena suka menu Ketam masak asam pedas.Ini merupakan kali pertama Cik iena cuba menu ini.Ayam masak lemak cili api pun sedap, Cik iena lupa masak lemak cili api atau apa tapi yangpasti masak lemak. Cik iena suka ayam tu di tambah lagi dengan sayur pucuk paku yang cik iena makan. Memang terasa seperti masakan puan ibunda.


Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya



Selain daripada itu cik iena ada cuba dua jenis pau . Paunya lembut dan sedap.  Banyak menu yang terdapat disini kelihatan menarik. Tapi Cik iena sampai lewat dan terpaksa balik awal sebab lokasi rumah yang agak jauh. Walaupun sampai lewat agak stress jalan sesak tapi dengan dihiburkan  persembahan musik dari Duo ensemble DUWA MUSIC membuatkan cik iena terleka dari rasa penat. Hanya menikmati keindahan kedamaian suasana dan keenakan masakan disini.



Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya
Buffet Ramadhan 2019 : The Everly Putrajaya


Kepada anda diluar sana khususnya buat warga putrajaya dan kawasan yang berdekatan, anda boleh jadikan The Everly Putrajaya sebagai salah satu lokasi berbuka puasa bersama teman mahupun keluarga tercinta pada ramadhan 2019 ini . Insya Allah Jika panjang umur Cik iena juga akan berbuka puasa di The Everly Putrajaya pada tahun ini :)

PERTANDINGAN FOTOGRAFI LANDSKAP SEMPENA SAMBUTAN WORLD LANDSCAPE ARCHITECTURE MONTH (WLAM) 2019

Bersemangat betul iena tolong deqnor display kan kesemua peserta contest yang deqnor masuk. Contest ni memerlukan peserta poost gambar pada wall  tapi bila pergi wall banyak gambar yang tiada di wall. tak pasti sama ada di hide atau kebarangkalian lain. Iena tulis artikel ni sebagai rujukan kami je nak monitor jumlah Like peserta lain.

Memandangkan ini first contest deqnor cuba. Jadi sangat bersemangat meraih like okay. Walaupun pada awalnya taknak masuk sebab berdasarkan like. Tapi deqnor nak cuba juga. Ya lah asyik kakngahnya je yang masuk contest kan.

Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tak siapa yang tau .

PERTANDINGAN FOTOGRAFI LANDSKAP SEMPENA SAMBUTAN WORLD LANDSCAPE ARCHITECTURE MONTH (WLAM) 2019


PERTANDINGAN FOTOGRAFI LANDSKAP SEMPENA SAMBUTAN WORLD LANDSCAPE ARCHITECTURE MONTH (WLAM) 2019



PERTANDINGAN FOTOGRAFI LANDSKAP SEMPENA SAMBUTAN WORLD LANDSCAPE ARCHITECTURE MONTH (WLAM) 2019

PERTANDINGAN FOTOGRAFI LANDSKAP SEMPENA SAMBUTAN WORLD LANDSCAPE ARCHITECTURE MONTH (WLAM) 2019



Peserta 1 : Karmimi AB




Peserta 2: Fadhli Zulkifli‎



Peserta 3: Fazli Arshad‎




Peserta 4 : Nurul Fateha Alias



Peserta 5 : Nurul Fateha Alias



Peserta 6: Syahir Razak



Peserta 7: Syahir Razak



Peserta 8: Syahir Razak



Peserta 9 : Syahir Razak



Peserta 10 :  Syahir Razak



Peserta 11: Azman Zainudin



Peserta 12 : Azman Zainudin



Peserta 13 : MAstura Hasnan




Peserta 14 : MAstura Hasnan



Peserta 15 : Amza Amz‎



Peserta 16 : Syahmi Nasyriq‎





Peserta 17 : Siti Nur Hidayah‎






Peserta 18 : Siti Nur Hidayah‎



Peserta 19 : Muhammad Riduan Chik‎

-

Peserta 20 :  Shawal Zainul Akmar‎




Peserta 16 : Arif Shaharud-din‎




Peserta 17 :  Are Fiq










Pautan Gambar Syarat Contest : Syarat

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve