Grab The Promo

Escape Penang Review

Pada Cuti Deepavali yang lepas, Cik iena dan rakan-rakan pergi bercuti di Pulau Pinang dimana rancangan utama kami adalah untuk pergi ke Escape Theme Park Penang.

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang




Escape Theme Park Penang


Seperti yang semua tahu, Escape Theme Park Penang merupakan sebuah taman tema yang mempunyai beberapa bahagian iaitu Adventure Play, Water Play dan yang terbaru Gravity Play. Semasa kehadiran kami Graviti Play masih belum dibuka untuk umum jadi kami tak sempat nak merasa. Beberapa hari selepas kehadiran kami baru lah ianya di buka.

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang


Escape Theme Park Penang ini terletak di Teluk Bahang , Pulau Pinang. Waktu operasi mereka adalah dari jam 10 pagi sehingga jam 6 Petang.Untuk mendapatkan harga istimewa anda perlu membuat tempahan secara online selama 6 bulan awal untuk mendapatkan harga diskaun yang menarik.


Harga Tiket Escape Theme Park Penang


Untuk pengetahuan pembelian awal secara online lebih murah. Lagi awal kita belilagi murah. Kalau boleh beli seawal 6 bulan untuk dapatkan harga yang murah. Untuk rate harga terbaru dalam website dia dah takde. Anda perlu cek sendiri mengikut tarikh. Belia awal lagi murah. Walaubagaimanapun harga akan berbeza sedikit untuk peak season seperti cuti sekolah dan cuti umum.

Kalau Cik iena search untuk hari esok harga dewasa adalah RM 150.30, kanak-kanak dan wargaemas RM99.90 .

Carian untuk  (dari tarikh 2019-12-06 - Cik iena tak tengok peak season atau tidak ya-just random cek)
  • Sebulan Berikutnya  Dewasa RM108.60 Kanak2 dan wargaemas RM72.20
  • 2 Bulan  Berikutnya  Dewasa RM83.50 Kanak2 dan wargaemas RM55.50
  • 3 Bulan Berikutnya  Dewasa RM91.90 Kanak2 dan wargaemas RM61.10
  • 4 Bulan Berikutnya  Dewasa RM83.50 Kanak2 dan wargaemas RM55.50
  • 5 Bulan Berikutnya  Dewasa RM91.90 Kanak2 dan wargaemas RM61.10
  • 6 Bulan Berikutnya  Dewasa RM91.90 Kanak2 dan wargaemas RM61.10
  • 7 Bulan Berikutnya  Dewasa RM91.90 Kanak2 dan wargaemas RM61.10
  • 8 Bulan Berikutnya  Dewasa RM83.50 Kanak2 dan wargaemas RM55.50
  • 9 Bulan Berikutnya  Dewasa RM83.50 Kanak2 dan wargaemas RM55.50
  • 10 Bulan Berikutnya  Dewasa RM83.50 Kanak2 dan wargaemas RM55.50

Okay ini yang cik iena search semasa artikel ini ditulis. Hanya sebagai rujukan. Yang paling tepat anda boleh rujuk di https://ticket.escape.my/Product/Individuals

Harga Tiket Escape Theme Park Penang

Sekiranya anda membeli tiket secara online jangan lupa tambah sekali duit dalam E-wallet kerana jika anda nak isi duit dalam e-wallet disana agak lambat kerana ramai orang beratur untuk menggunakan mesin topup e-wallet. Jadi adalah lebih bagus anda topup e-wallet awal-awal semasa membeli tiket secara online. Purata budget perbelanjaan seorang adalah RM20 untuk makan.

Sekiranya anda ingin menyewa locker, baju runang, kasut mahupun membeli cenderamata anda perlu topup lebih untuk e-wallet. Jangan risau sekiranya E-wallet tidak habis digunakan anda boleh redeem semula duit yang tidak digunakan di kaunter semasa balik.


Untuk pengetahuan Escape Penang tutup pada hari isnin untuk tujuan maintenance.

Untuk harga Base camp boleh rujuk di https://ticket.escape.my/Product/ComboPackage

Atau anda juga boleh buat pembelian online di http://bit.ly/escapepenang

Escape Theme Park Penang E-Wallet


Untuk pengetahuan sebarang transaksi disini tidak memerlukan duit, anda boleh menggunakan W-Wallet yang telah disediakan. Anda cuma perlu menambah nilai pada E-Wallet anda sebelum memulakan aktiviti.aksudnya sebelum anda menyimpan barang-barang penting didalam locker anda boleh menambah nilai pada E-Wallet terlebih dahulu diamana E-Wallet ini akan digunakan untuk sebarang transaksi diantaranya pembelian makanan, sewa locker, sewa kasut, sewa baju renang dan pelbagai lagi transaksi urus niaga.

Anda hanya perlu mengingat  5 digit passcode yang diberikan untuk sebarang transaksi pembelian dan penyewaan.  Sekiranya anda hadir dalam kumpulan yang ramai dan memerlukan locker yang banyak anda perlu mendapatkan passcode berasingan mengikut jumlah locker.

1 Passcode 1 Locker



Sebagai contoh kami cuma memerlukan 2 locker jadi kami perlu tambah nilai pada dua passcode berasingan dimana salah satu passcode hanya digunakan untuk locker dan manakala salah satu passcode lagi digunakan untuk locker dan juga transaksi pembeliaan dan penyewaan lain. Jadi kami cuma perlu menambah nilai untuk pembeliaan makanan dan penyewaan kasut serta baju renang di salah satu passcode sahaja. Satu lagi passcode kami cuma tambah nilai RM10 untuk penyewaan locker.

Escape Theme Park Penang E-Wallet



Walaubagaimanapun sekiranya anda tidak mahu berkongsi passcode didalam satu akaun anda boleh guna passcode anda sendiri. Mana tau takot terguna duit lebih dalam e-wallet tukan sebab kita kongsi akaun. Macam Cik iena dan kawan-kawan kami kongsi satu passcode. Salah seorang akan tambah nilai terlebih dahulu guna duit sendiri dan kemudian kami catit penggunaan duit dalam tu macam mana.

Escape Theme Park Penang E-Wallet


Sebagai contoh ada yang sewa kasut ada yang tidak. Selepas habis trip kami akan kira kos perbelanjaan dan masing-masing perlu bayar amaun yang digunakan. Untuk makanan pula kami berkongsi 8 orang untuk semua menu yang kami pesan bagi memudahkan pengiraan.


Rahsiakan Passcode anda


Disini dengan tegasnya Cik iena nak nyatakan anda harus rahsiakan passcode anda kerana jika orang lain tau passcode anda mereka boleh gunakan untuk pembelian makanan mahupun barangan lain . Semasa memasukkan passcode untuk penyewaan locker pastikan anda tidak menyebut passcode tersebut kerana orang disekeliling anda mungkin akan ingat passcode anda dan menyalahgunakannya.

Pastikan juga semasa anda memasukkan nombor passcode tiada orang lain berdekatan yang boleh mencuri lihat nombor yang anda masukkan kerana skrin passcode sangat besar dan orang bersebelahan boleh nampak nombor yang anda masukkan.


Kelebihan sistem passcode ni anda tidak perlu membawa duit semasa berada didalam Escape theme parak , jadi senang anda untuk bermain semua aktiviti. Hanya perlu bawa diri dan ingat passcode. Walaubagaimanapun tetap ada keburukannya iaitu sekiranya nombor passcode anda telah diketahui oleh orang lain dan mereka pula menyalahgunakannya dengan membeli atau menyewa apa-apa perkhidmatan di dalam Escape Theme Park.

Jadi sila simpan dan pastikan suara anda tidak kuat menyebut passcode sehingga orang lain boleh dengar. Hati-hati okay. Cik iena berkongsi berdasarkan pengalaman Cik iena dan juga pengalaman orang-orang yang pernah ke Escape. Sharing Is Caring.


Baiklah seterusnya Cik iena kongsikan pengalaman Cik iena semasa berada di Escape Theme Park Penang.



Escape Waterplay



 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang


Etika Pemakaian di Escape Waterplay


Untuk pengetahuan anda perlu memakai pakaian renang yang sesuai terutama jika anda ingin main kesemua permainan yang t erdapat di escape waterplay ini. Penggunaan tudung cotton adalah tidak dibenarkan untuk sebahagian permainan seperti inflatable challenge, attans jump,banana flip,mega drop, speed racer dan super looper. Jadi adalah lebih baik jika anda mematuhi peraturan etika pemakaian yang telah di tetapkan supaya anda dapat main semua permainan di sini.

Macam Cik iena iena pakai dua lapis tudung, satu tudung renang satu bawal cotton. Bila ada permainan yang tak boleh pakai tudung cotton, iena akan tanggalkan tudung tersebut.


Escape Adventureplay



 Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang




 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

 Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang



Secara keseluruhannya Cik iena dan rakan-rakan sangat enjoy berada di Escape Theme Park Penang. Walaupun kami tak dapat menghabiskan kesemua permainan kerana hari hujan dan juga semasa kehadiran kami merupakan hari cuti umum Malaysia iaitu hari Deepavali. Jadi keadaan disini terlalu rama\i pengunjung.

Tidak kira waterplay mahupun adventureplay kedua-duanya dilimpahi pengunjung dan anda perlu menunggu queue yang agak lama untuk bermain terutamanya di bahagian Adventureplay kerana tarikan utama Escape Theme Park adalah Adventureplay jadi ramai pengunjung yang berkunjung ke Adventureplay.


Insya Allah jika diberi kesempatan dan panjang umur Cik iena dan rakan-rakan akan datang lagi tapi mungkin kali ni akan ambil Camp Site 2 hari 1 malam.


Untuk Maklumat Lanjut Layari

Website : https://www.escape.my/
FAcebook : https://www.facebook.com/escapemy/
INstagram :https://www.instagram.com/escapemy/
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCD05wL1QXfhTMzfejN0JI0A
Email : info@escape.my
Tel : +604-881 1106 

Alamat :  828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia
Waktu Urusan : 10 pagi Hingga 6 Petang
Isnin TUTUP







Nando's Mango & Lime PERi-PERi Kini Kembali

Nando's  merupakan salah sebuah rangkaian restoran terulung di Malaysia, sebuah jenama ikonik yang digemari di seluruh dunia dan terkenal dengan sajian ayam panggang PERi-PERi yang terdiri dari pelbagai perisa dan kini untuk masa terhad Perisa Manggo & Lime kembali menemui para pelanggan istimewa Nando's.

Nando's Mango & Lime PERi-PERi Kini Kembali

Nando's Mango & Lime PERi-PERi Kini Kembali

Nando's Mango & Lime PERi-PERi Kini Kembali


Diatas permintaan ramai, Mango & Lime PERI-PERI kembali namun untuk masa terhad sahaja. Jadi sekarang sementara Flavour ini masih ada, anda boleh memilih untuk memakannya dengan hidangan Ayam kegemaran anda atau mencubanya dengan makanan lain.

Keenakan rasanya masih sama , pasti membuatkan anda teruja untuk menikmati hidangan berperisa Manggo & Lime ini tambahan lagi jika menikmatinya bersama rakan mahupun keluarga ianya pasti lebih menyeronokkan.

Nando's Party For 1


Bagi anda anda yang sangat craving nak makan sampai tak sempat ajak rakan atau keluarga anda boleh ambil  set Party For 1 . Set ini mengandungi 1/4 Chicken with 2 Reg Sides, a PERi-PERi Soup and a Bottomless Soft Drink.



Nando's Party For 1
Nando's Party For 1 RM29.90

Nando's Party For 4


Manakala untuk anda yang hadir bersama keluarga anda boleh ambil set nando's party for 4 dengan hanya      RM99 sahaja. Set Party for 4 ini mengandungi 2 x Garlic Cheesy Pita, 1 x Whole Chicken, 4 x Regular Sides and 4 x Bottomless Soft Drink.



 Nando's Party For 4

Nando's Party For 4 RM99

Dalam tempoh sebulan ni Cik iena dah tiga kali pergi makan di Nando's sebab Flavour Manggo & Lemon ni hanya untuk masa terhad sahaja. Kali pertama Cik iena datang untuk menikmati keenakan Manggo & Lime ini adalah  sehari selepas Cik iena pulang ke Malaysia. Semasa hari menu ini dikeluarkan iaitu pada 18 November 2019, cik iena berada di Jogja, Indonesia untuk FAM trip Jogja Culinary bersama Ministry of Tourism Indonesia.

Nando's Mango & Lime PERi-PERi Kini Kembali


Jadi setibanya di Malaysia , keesokan hari nya Cik iena ajak kawan pejabat makan tengah hari di Nando's Nu Sentral. Betapa Craving nya nak makan nando's kan. Dekat Jogja takde Nando's :)

Kali kedua pula Cik iena bersama rakan pejabat juga tapi rakan pejabat yang laiin. Rakan satu department. Iena salah seorang programmer yang terlibat untuk https://republic.gg/ Boss department kami nak Celebrate staff yang rajin kerja seperti kami ni maka boss belanja makan di Nando's. Macam biasa Cik iena akan order MAnggo & Lime lah.


Nando's Mango & Lime PERi-PERi Kini Kembali

Nando's Mango & Lime PERi-PERi Kini Kembali



Untuk kedua-dua ni Cik iena ada juga letak di Highlight story instagram iena di https://www.instagram.com/stories/highlights/17853839116679149/

Manakala kali ketiga Cik iena bawa pula keluarga ke Nando's Rawang. Kesian tengok family asyik tengok story ienamakan sedap-sedap je kan. Jadi bila Cik iena ada masa pada hujung minggu Cik iena pulang ke kampung dan bawa keluarga makan Nando's.

Nando's Mango & Lime PERi-PERi Kini Kembali


Kebetulan kami sambut hari lahir adik ipar Cik iena. Memang meriah suasana. Adik ipar Cik iena tak pernah makan Nando's. Kali pertama dia cuba dia kata sedap dan katanya lepas ni boleh lah ke Nando's. Dah tau menu apa yang sedap.


Nando's Mango & Lime PERi-PERi Kini Kembali


Nando's Mango & Lime PERi-PERi Kini Kembali

Nando's Mango & Lime PERi-PERi Kini Kembali

Nando's Mango & Lime PERi-PERi Kini Kembali

Nando's Mango & Lime PERi-PERi Kini Kembali



Berikut Cik iena kongsikan vlog Cik iena di Nando's Aeon Rawang. Agaknya bila lah Nando's nak buka di batang kali ya. Senanglah Cik iena bawa keluarga makan Nando's. Tak perlu pergi jauh-jauh.




Fakta-fakta Menarik mengenai PERi-PERi

 

Nando's Rai Ulang tahun ke-20


•  Cili PERi-PERi adalah unik kepada Nando's

•  42,000 cili diperlukan untuk mengisi satu beg 14kg dan 25,000 beg dipenuhi setiap tahun – jumlahnya adalah lebih daripada satu bilion cili!

•  Setiap kilang cili menghasilkan kira-kira 300 cili yang dipilih dengan tangan dan dipetik satu demi satu

•  Mereka juga diasingkan dengan tangan dan dikeringkan secara semula jadi di bawah sinaran matahari Afrika

•  Cili PERi-PERi mengandungi ‘capsaicin’ yang memberikan kesan 'terasa baik' – anak mata anda akan membesar dan kadar metabolisme anda akan meningkat apabila anda merasakan peningkatan endorfin

•   PERi-PERi juga kaya dengan Vitamin A, B dan C

Untuk Maklumat LAnjut :









Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan


Berkunjung ke mana-mana negara pastinya kita tidak lepas dari mencuba masakan-masakan tradisi dan masakan-masakan istimewa sesebuah negara itu. Yogyakarta, Indonesia terkenal dengan menu Nasi Gudeg, Nasi Kucing dan Sate Klathak .Namun begitu terdapat juga restoran atau rumah makan yang menawarkan makanan lain yang menarik untuk di cuba. Restoran Yang Cik iena maksudkan adalah Jejamuran.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan




Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan


Hari pertama Cik iena menjejakkan kaki di Jogja, Cik iena singgah makan tengah hari di Jejamuran.
Jejamuran merupakan Restoran yang terkenal di Yogyakarta. Ianya juga merupakan salah satu tarikan pelancong di Jogja. Jejamuran menawarkan aneka masakan menu tradisional berasaskan Jamur iaitu cendawan dengan aneka bumbu. Jejamuran terletak di Niron, Pandowowahrjo, Sleman, Yogyakarta.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan




Kali pertama menjejakkan kaki ke dalam restoran ini,Cik iena tercari-cari dimanakah ruang makan restoran ini.Pada bahagian pintu utama restoran ini, satu sudut utama yang mempamerkan lebih 15 jenis cendawan segar berbeza spesies. Cendawan di susun atur menarik dengan blok cendawan digantung dan disusun rapi membolehkan sudut itu dijadikan ruang khas untuk bergambar bagi pengunjung yang datang.

Lebih menarik adalah apabila spesies cendawan yang dipamer terdiri daripada pelbagai warna menghidupkan suasana seperti di kebun cendawan. Ada warna hitam, putih, kuning bahkan jenis tiram bewarna merah jambu paling dilihat istimewa.

Selepas melepasi sudut pameran,  barulah Cik iena nampak ruang belakang restoran yang luas dikhaskan untuk pelanggan menjamu selera. Ruang makan di sini sangat luas dan kelihatan sangat ramai pelanggan masuk ke dalam restoran tersebut.


Keadaaan di sini sangat selesa dan tenang walaupun pelanggan yang datang tidak putus-putus bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Selain dari ruang makan, di satu sudut lain, restoran ini lengkap dengan fasiliti lain seperti  ruang main kanak-kanak, tandas , ruang solat dan spa ikan.
 Di sini anda boleh merendamkan kaki anda di dalam kolam spa ikan untuk membuang toksik-toksik dalam badan.



Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Blogger in Action :)



Belum habis Cik iena rasa teruja melihat hiasan dalam restoran, Cik iena dihidangkan dengan beberapa menu popular di situ yang kesemuanya dimasak menggunakan jenis cendawan berbeza. Memandangkan ini merupakan FAM trip oleh Tourism Indonesia jadi pastinya menu-menu adalah yang  dicadangkan oleh pihak meraka.Cik iena dan rakan-rakan tidak perlu pening kepala untuk memilih menu yang hendak dicuba. Kesemua menu yang dipesan memang sangat sedap dan sesuai di sajikan buat pelancong khususnya bagi memperkenalkan kulinari di Jogja.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Khusyuk betul ya Cik iena ambil gambar makanan :)



Antara menu yang Cik iena dan rakan-rakan cuba adalah


Jamur Sweet and sour, Tumis kankung jamur, Goreng tepung merang, Tumis jamur, KaredokPaket, tahu dan tempe, Tongseng Jamur, Ayam Bakar, Satay Jamur dan Sup Jamur


Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan






Tumis kankung jamur



Masakan Tumis kankung jamur ini kelihatan biasa namun ianya tetap istimewa. Gabungan sayur kankung dan juga cendawan butang yang sedap. Belum pernah lagi Cik iena masak cendawan bersama kankung. Lepasni boleh lah cuba kerana kombinasi keduanya menghasilkan rasa yang enak untuk dimakan.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Tumis kankung jamur

Goreng tepung merang


Masakan Goreng tepung merang ini juga unik dan sedap. Sesuai dimakan dengan nasi panas dan juga sesau dimakan begitu sahaja seperti snek. Cendawan merang atau di Malaysia di panggil Cendawan Jerami padi yang juga lebih dikenali dengan nama Straw Mushroom di salut dengan tepung istimewa resepi jejamuran dan di goreng . Kebiasaannya di Malaysia kita menggunakan cendawan tiram. Berbeza di Jejamuran mereka menggunakan Cendawan Jerami Padi.


Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Goreng tepung merang


Tumis jamur


Tumis jamur disini juga enak rasanya. Anda boleh memesan jamur pilihan anda untuk di tumis.Antara menu wajib anda cuba di sini.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Tumis jamur

Karedok


Menu istimewa Karedok, campuran lima sayuran mentah termasuk kobis, kacang panjang, timun dan tauge disiram dengan kuah kacang  . Rasa yang unik dan lazat. Anda harus mencuba menu ini jika ke Jejamuran :)

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Karedok

Paket tahu dan tempe


Paket tahu dan tempe menu simple namun sedap digandingkan bumbu yang enak. Sambal bumbu yang disediakan walaupun pedas tapi sangat lazat dan bakal membuatkan anda makan bertambah nasi.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Paket tahu dan tempe



Tongseng Jamur


Tongseng Jamur antara menu istimewa disini juga dan anda patut cuba.  Jika di Malaysia tongseng ini dipanggil Kari. Namun kari atau tongseng di Jogja adalah berbeza dengan di Malaysia. Jika di Malaysia ianya lebih pekat dengan rasa rempah ratus berbeza disini kurang rasa rempah ratus dan ianya agak manis.


Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Tongseng Jamur

Ayam Bakar


Menu yang bakal buat anda rasa ingin datang lagi disini. Ayam Bakar disini sedap, ayamnya terasa di marinated dan ianya lembut. Bubmu nya juga enak namun agak pedas buat Cik iena. walaupun pedas ianya sangat sedap membuatkan Cik iena lupa akan kepedasannya dan terus mamakannya walaupun Cik iena berpeluh kepedasan :)


Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Ayam Bakar

Satay Jamur


Satay Jamur antara menu paling Cik iena gemari dan Cik iena sangat mencadangkan anda untuk mencubanya kerana rasanya yang unik dan sangat enak. Tak seperti rasa cendawan. Rasa macam daging pun ada. Ianya menggunakan dua jenis cendawan iaitu cendawan tiram dan cendawan butang yang di marinated bersama rempah dan di padat-padatkan sehingga menyerupai daging. Pada awalnya Cik iena ingat kan daging. Cik iena sangat terkejut bila diberitahu ianya adalah cendawan. Anda wajib cua menu satay cendawan yang pasti membuat anda rasa ingin datang kesini kembali :)


Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Satay Jamur

Sup Jamur


Sup Jamur menu biasa yang kita boleh dapati namun cara masaknya bagus kerana sayurannyatidak terlalu lembik. Adakalanya sup sayur yang dimasak , sayurnya lembik. Berbeza disini ianya rangup dan enak di makan.

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
Sup Jamur





Yang ini Cik iena lupa nama masakannya :) Dan rasanya Cik iena agak ianya sedap. Cik iena tak sempat makan kerana portionnya agak sedikit dan cik iena terlewat untuk ambil jadi mungkin kerana ianya sedap. ianya habis. Kesimpulannya dapat Cik iena katakan mungkin ianya sedap :)

Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan




Berikut Cik iena kongsikan vlog cik iena di Rumah Makan Jejamuran.






Menarik bukan makanan disini? Jadi, sekiranya anda ke Jogja, ini merupakan Restoran yang wajib anda kunjungi. Cik iena amat mencadangkan restoran ini untuk anda cuba masakannya kerana masakannya enak-enak belaka. Anda pasti jatuh hati dengan masakan disini.


Untuk pengetahuan anda,istimewanya lagi rumah makan ini adalah kesemua cendawan yang dimasak disini mahupun sayuran yang digunakan dalam masakan di rumah makan ini diambil dari kebun mereka sendiri. Untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka telah membuka kebun sendiri untuk menanam cendawan terutamanya disamping sayuran lain seperti tomato, kankung , cili dan sayuran lain.

Nanti Cik iena akan kongsikan juga video kebun cendawan mereka yang cik iena lawati selepas menikmati masakan enak di Rumah Makan JEjamuran.


Menu Rumah Makan Jejamuran


Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran

Menu Rumah Makan Jejamuran



Waktu Operasi Rumah Makan Jejamuran


Sabtu    9am–9pm
Ahad 9am–9pm
Isnin    9am–9pm
Selasa    9am–9pm
Rabu    9am–9pm
Khamis    9am–9pm
Jumaat    9am–9pm


Alamat : Jl. Pendowoharjo No.RT.01, RW.20, Niron, Pandowoharjo, Kec. Sleman, Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta 55512, Indonesia






FAM TRIP PASAR MALAYSIA KE BOROBODUR


Untuk update di instagram boleh lihat di #ienaelienajogja
Playlist di Youtube : IENAELIENA X TOURISM INDONESIA

Artikel Berkaitan

Day 1 : 
  1. Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
  2.  Balkondes Ngadiharjo Guesthouse di Borobodur, Magelang, Central Java Indonesia
  3. Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta 

DAY 2 :

  1. Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo

Video Summary sepanjang FAM TRIP

Menjejak Keunikan dan Keenakan Kulinari diJogja




 #jogjaistimewa #jogjaculinary #ftmyborobudur #wonderfulborobudur #wonderfulindonesia #ienaeliena #malaysianblogger #bloggermalaysia #bloggermy #lifestyleblogger #foodblogger #foodie #foodporn #ienaelienatravel #ienaelienajogja





Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve