Grab The Promo

Jom Order Dengan Food Delivery Hanana


Jom Order Dengan Food Delivery Hanana

Assalammualaikum, macam mana "Perintah Kawalan Pergerakan" PKP anda di rumah? Rasa bosan tak dengan masakan yang sama hari-hari. Kalau anda rasa bosan dan ingin mencuba masakan air tangan orang lain pula. Antara tempat yang cik iena boleh cadangkan adalah Food Delivery Hanana. Walaubagaimanapun penghantaran hanya terhad untuk kawasan Kajang, Bangi, Putrajaya, Cheras, Seri Kembangan dan Puchong sahaja.

Jom Order Dengan Food Delivery Hanana

Untuk pengetahuan anda menu setiap hari adalah berbeza (waktu makan tengah hari)  dan terdapat juga menu premium untuk anda cuba. Sebelum ni Cik iena memang banyak kali la datang sesi food review dan juga buffet buka puasa bersama Hanana. Memang makanan yang ditawarkan sedap-sedap dan memenuhi citarasa Cik iena. Kalau dekat dengan Cik iena mesti Cik iena dah order tapi apakan daya jauh. Jadi Cik iena kongsikan bersama anda diluar sana.

Manalah tau anda dah bosan dengan menu sendiri dan nak cuba menu masakan air tangan Hanana ke kan. Insya Allah mesti sedap. Dibawah cik iena akan sertakan  menu-menu harian dan menu premium yang ditawarkan oleh Hanana beserta gambar hidangan tersebut yang pastinya. Mana tau bila tengok gambar anda berasa teruja nak cuba :)




Jom Order Dengan Food Delivery Hanana


Menu Harian Food Delivery Hanana  (Daily Menu)



Setiap hari Food Delivery Hanana akan bertukar menu untuk makan tengah hari anda. Kesemua menu ini berharga RM7 sahaja. Berikut adalah jadual menu harian : 

  1. HAri Isnin : Nasi Kak Wok (berserta Ayam Goreng Kunyit dan Sambal Belacan) 
  2. Hari Selasa : Nasi Kukus Ayam Berempah ((1/4 bahagian) Ayam Goreng Berempah bersama Kari)
  3. Hari Rabu : Nasi Tomato Ayam Merah
  4. Hari Khamis : Nasi Putih + Ayam Kicap + Sambal Belacan
  5. Hari Jumaat :  Nasi Putih + Kari Daging + Ulam
  6. Hari Sabtu : Nasi Ayam ((1/4 bahagian) Ayam Masak Hainan)
  7. Hari Ahad : Nasi Briyani + Ayam Masak Merah + Acar




HAri Isnin : Nasi Kak Wok (berserta Ayam Goreng Kunyit dan Sambal Belacan)

 


Nasi Kak Wok (berserta Ayam Goreng Kunyit dan Sambal Belacan)
Nasi Kak Wok (berserta Ayam Goreng Kunyit dan Sambal Belacan)



Hari Selasa : Nasi Kukus Ayam Berempah ((1/4 bahagian) Ayam Goreng Berempah bersama Kari)



Nasi Kukus Ayam Berempah ((1/4 bahagian) Ayam Goreng Berempah bersama Kari)
Nasi Kukus Ayam Berempah ((1/4 bahagian) Ayam Goreng Berempah bersama Kari)



Hari Rabu : Nasi Tomato Ayam Merah


Nasi Tomato Ayam Merah
Nasi Tomato Ayam Merah


Hari Khamis : Nasi Putih + Ayam Kicap + Sambal Belacan


Nasi Putih + Ayam Kicap + Sambal Belacan
Nasi Putih + Ayam Kicap + Sambal Belacan


Hari Jumaat :  Nasi Putih + Kari Daging + Ulam


Nasi Putih + Kari Daging + Ulam
Nasi Putih + Kari Daging + Ulam


Hari Sabtu : Nasi Ayam ((1/4 bahagian) Ayam Masak Hainan)



Nasi Ayam ((1/4 bahagian) Ayam Masak Hainan)
Nasi Ayam ((1/4 bahagian) Ayam Masak Hainan)


 Hari Ahad : Nasi Briyani + Ayam Masak Merah + Acar


Nasi Briyani + Ayam Masak Merah + Acar
Nasi Briyani + Ayam Masak Merah + Acar





Menu Premium Food Delivery Hanana

Untuk menu premium pula, Food Delivery Hanana kekalkan setiap hari untuk hidangan yang sangat premium. Berikut adalah senarai menu premium : 

  1. Set Nasi Ikan Bawal Goreng (crunchy fried ikan bawal, ulam, sambal belacan) RM10
  2. Chicken Chop (with homemade blackpapper sauce, coleslaw) RM10
  3. Cheezy Chicken Grill (with homemade blackpapper sauce, coleslaw) RM12
  4. Lamb Chop (with homemade blackpapper sauce, coleslaw) RM13

 

 Set Nasi Ikan Bawal Goreng (crunchy fried ikan bawal, ulam, sambal belacan) RM10



Set Nasi Ikan Bawal Goreng (crunchy fried ikan bawal, ulam, sambal belacan) RM10
Set Nasi Ikan Bawal Goreng (crunchy fried ikan bawal, ulam, sambal belacan) RM10



Chicken Chop (with homemade blackpapper sauce, coleslaw) RM10


Chicken Chop (with homemade blackpapper sauce, coleslaw) RM10
Chicken Chop (with homemade blackpapper sauce, coleslaw) RM10

Cheezy Chicken Grill (with homemade blackpapper sauce, coleslaw) RM12


Cheezy Chicken Grill (with homemade blackpapper sauce, coleslaw) RM12
Cheezy Chicken Grill (with homemade blackpapper sauce, coleslaw) RM12


Lamb Chop (with homemade blackpapper sauce, coleslaw) RM13

Lamb Chop (with homemade blackpapper sauce, coleslaw) RM13
Lamb Chop (with homemade blackpapper sauce, coleslaw) RM13

Selain itu antara menu sampingan yang anda boleh cuba adalah Honey Chicken Wing yang berharga RM10

Honey Chicken Wing
Honey Chicken Wing


Macam mana? semuanya nampak menyelerakan bukan? Kepada anda yang berminat untuk mencuba, anda boleh memesan makanan  sebelum jam 9:00 Pagi pada setiap hari dan penghantaran makanan akan bermula dari 11:00 pagi hingga 2:00 Petang sahaja. Manakala untuk bayaran, anda perlu Bank-in ke akaun yang akan disediakan selepas anda pesan. Untuk pengetahuan anda, tempahan 5 pax ke atas, penghantaran adalah  percuma . Berikut adalah caj penghantaran mengikut lokasi, untuk 1-4 pax :

Caj penghantaran mengikut lokasi, untuk 1-4 pax :

  • BANDAR BARU BANGI & KAJANG (MIN 2PAX) - RM3
  • PUTRAJAYA , CYBERJAYA & DENGKIL (MIN 3PAX) - RM5
  • BANGI LAMA, PUCHONG, SERI KEMBANGAN & SEMENYIH (MIN 3PAX) - RM10


Bestnya siapa duduk sekitar Kajang, Bangi, Putrajaya, Cheras, Seri Kembangan dan Puchong, dapat rasa hidangan yang lazat ini. Jom tempah sekarang!   Kalau iena duduk area sana dah tempah dah tau. Sebab kadang-kadang malas masak. Now iena hanya mampu tempah dekat food panda and grabfood jelah. Cari restoran yang berdekatan :)


Untuk tempahan :






Resepi Shitake Mushroom


Bersempena Perintah Kawalan Pergerakan ni, Cik iena mua tnaik video masakan kegemaran Cik iena. Kebiasaannya Weekday adik yang akan masak sebab Cik iena work from home. Jadi hanya weekend Cik iena berkesempatan untuk memasak.


Resepi Shitake Mushroom
Resepi Shitake Mushroom



 Disebabkan menu macam ni jarang orang masak jadi Cik iena nak kongsikan resepi Cik iena khusus buat anda yang gemar makan cendawan shitake ini.Mungkin ada yang suka makan Shitake tapi tak tahu macam mana nak masak Shitake ni. Jadi Cik iena kongsikan supaya anda juga boleh masak shitake sendiri di rumah.



Resepi Shitake Mushroom


Resepi Shitake Mushroom


Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong dua
  • 1 Batang Cili merah di potong memanjang
  • 10 biji cili kering- gunting halus-halus
  • Daun kuchai
  • Cili benggala hijau+kuning+merah
  • Brokoli
  • Carrot
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis cap udang(kicap favorite)
  • Ajinamoto-secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air

    Resepi Shitake Mushroom
    Bahan-bahan Shitake Mushroom

     

Cara-cara Memasak Shitake Mushroom


  1. Tumis bawang putih dan cili kering sehingga naik baunya.
  2. Masukkan cendawan dan sedikit air kemudian tunggu 2-3 minit
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap manis dan cili benggala. Biarkan mendidih. .
  4. Akhir sekali, masukkan sayur brokoli dan carrot yang telah di celur dengan air panas dan daun kuchai. 
  5. Seterusnya letak ajinamoto, kalau suka masin boleh tambah sedikit garam tapi kalau Cik iena memang tak tambah garam sebab sos tiram ada rasa masin dan dah letak kicap manis. Tapi mungkin ada yang pemasin, boleh letak sedikit garam.
  6. Kemudian terus padam api dan hidang kan. Sebab apa terus padam api sebab iena dah celur dulu sayur brokoli dan carrot. Iena tak nak warna dia jadi tak cantik bila lama masak dengan sos tiram. Sebab tu gambar sayur iena cantik je segar.




Video Cara-cara Memasak Shitake Mushroom 





Macam mana? senang jer kan nak masak. Cik iena memang suke sangat makan cendawan shitake ni. Kebiasaannya kalau Cik iena makan sizzling yee mee mesti taknak ambil ayam. Cik iena akan tukarkan ayam kepada shitake mushroom.


Resepi Shitake Mushroom
Ni lah meu makan tengah hari iena hari ke 18 PKP. Dah bosan sangat buatlah video memasak :D



Kalau anda semua nak tau Cendawan Shitake ni boleh menurunkan tahap kolestrol. Jadi ianya juga digunakan untuk tujuan perubatan cina. Cendawan ini mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Boleh baca di http://www.ienaeliena.com/2010/02/cendawan-shiitake-turunkan-tahap.html







Nak Beli Hand Sanitizer and face mask ? Blh beli sini https://t.productlink.io/a16fcn [Ready Stocks] Instant Hand Sanitizer 120ML / 250ML / 500ML / 800ML / 1LITER, Alcohol 75% READY STOCK FACE COVER MASK MEDICAL 10 PCS LIMITED STOCK https://t.productlink.io/a16fco Bioion Germ-Free Deo-Sanitizer :https://t.productlink.io/a16fcp [READY STOCK] Alcohol based Instant Hand Sanitizer :https://t.productlink.io/a16fcq Disposable Poly Glove : https://t.productlink.io/a16fcr Goggles Clear Eye Protection Glasses : https://t.productlink.io/a16fcs Surgical face mask : https://t.productlink.io/a16fct




Balkondes Ngadiharjo Guesthouse di Borobodur, Magelang, Central Java Indonesia

Assalammualaikum, memandangkan tempoh perintah kawalan pergerakan Cik iena tak boleh keluar jadi Cik iena nak kongsikan video travel yang masih cik iena belum upload lagi. Sebenarnya task wajib yang perlu di buat sudah selesai mengikut perjanjian. Yang selebihnya Cik iena tetap akan publish cuma bila Cik iena ada kelapangan masa untuk update. Almaklumlah Cik iena kerja as programmer so agak sibukk.

Balkondes Ngadiharjo Guesthouse di Borobodur, Magelang, Central Java Indonesia


 Sekarang bersempena perintah kawalan pergerakan ni memang banyak masa terluang ketika weekend dan juga di malam hari. Berbeza hari biasa weekend sentiasa sibuk dan weekday sibuk kerja. Jadi mas ani lah Cik iena akan update semua travel log cik iena samada di luar negara mahulpun dalam negara yang cik iena belum kongsikan lagi.

Now Cik iena kongsikan Guesthouse yang cantik di Desa Magelang semasa percutian FAM TRIP cik iena bersama Ministry of Tourism of the Republic of Indonesia dalam usaha memperkenalkan Kulinari di Borobodur, Indonesia.

Balkondes Ngadiharjo Guesthouse di Borobodur, Magelang, Central Java Indonesia
Balkondes Ngadiharjo Guesthouse di Borobodur, Magelang, Central Java Indonesia

Balkondes Ngadiharjo Guesthouse yang terletak di Borobodur, Magelang, Central Java Indonesia merupakan lokasi tempat bermalam pertama kami semasa FAM trip ni. Sejujurnya Cik iena sangat teruja bila samai disini. Keadaan yang sangat tenang. Udara yang nyaman.


Gabar permandangan Balkondes Ngadiharjo Guesthouse dari atas yang diambil menggunakan dron
Gambar permandangan Balkondes Ngadiharjo Guesthouse dari atas yang diambil menggunakan dron

Gabar permandangan Balkondes Ngadiharjo Guesthouse dari atas yang diambil menggunakan dron
Gambar permandangan Balkondes Ngadiharjo Guesthouse dari atas yang diambil menggunakan dron
 Untuk pengetahuan di sini anda akan dapat tengok view bukit bukau yang cantik. Tapi malangnya semasa kehadiran Cik iena keadaan cuaca tidak mengizinkan. Keadaan cuaca berkabus tebal. Tambahan lagi semasa kehadiran kami malam tersebut kalau tak silap ada gunung berapi baru meletus. Gunung berapi apa Cik iena lupa tapi boleh dikatakan berdekatan. Walaubagaimanapun difahamkan ianya adalah kejadian biasa dan letusan yang berlaku itu tidak membahayakan.

Vlog Balkondes Ngadiharjo Guesthouse di Borobodur, Magelang, Central Java Indonesia





Berikut Cik iena kongsikan maklumat yang cik iena google mengenai guesthouse ni ya


Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse


Balkon Ngadiharjo terletak di Magelang dan mempunyai taman. Terdapat teres dan para tetamu boleh menggunakan WiFi percuma dan tempat letak kenderaan peribadi percuma.

Bilik-bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara, TV berskrin rata dengan saluran satelit, cerek, tab mandi panas, peralatan mandian percuma dan meja. Di bilik tetamu tetamu terdapat almari pakaian dan bilik mandi peribadi.



Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse

Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse

Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse

Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse

Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse

Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Bilik Deluxe Double atau Twin dengan Balkoni di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse

Tetamu di Balkondes Ngadiharjo boleh menikmati sarapan pagi Asia.

Yogyakarta adalah 44 km dari penginapan, sementara Borobudur adalah 2.4 km dari hotel ini. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta, 35 km dari Balkondes Ngadiharjo.



Parking percuma

Saiz bilik 25 m²
2 katil double
Apartmen ini mempunyai ruang makan, peralatan dapur dan microwave.

Dalam bilik mandi anda:

  • Kelengkapan dandanan diri
  • Bidet
  • Tandas
  • Tab mandi atau pancuran mandian
  • Tuala
  • Linen
  • Selipar
  • Tandas berkongsi
  • Tandas tambahan
  • Tisu tandas
Pemandangan:
  • Pemandangan taman
  • Pemandangan gunung
  • Menghadap halaman dalaman
Kemudahan bilik: ​
  • Seluruh unit terletak di aras bawah
  • Tab mandi panas
  • Almari
  • Penutup soket keselamatan kanak-kanak
  • Pembuat teh/kopi
  • Penyaman udara
  • Lantai kayu atau parket
  • Hipoalergenik
  • Kalis bunyi
  • Cerek elektrik
  • Meja kerja
  • Ruang duduk
  • TV
  • Saluran satelit
  • TV skrin rata
  • Saluran kabel
  • Balkoni
  • Teres
  • Perabot luaran
  • Ruang makan luaran
  • Soket dekat dengan katil
  • Rak baju
  • Rak pengering baju
  • Perkhidmatan bangun tidur
Merokok: ​Merokok tidak dibenarkan
 Harga semasa Cik iena google RM136 untuk 1 malam

 Untuk tempahan secara online boleh dilakukan di booking.com
 Cik iena dah lihat gambar di booking.com jangan risau gambar sama macam yang cik iena pergi tau. Berikut Cik iena kongsikan juga gambar yang sempat Cik iena ambil. Cik iena tak dapap ambil banyak sangat sebab sibuk dengan aktiviti dari Ministry of Tourism of the Republic of Indonesia



Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Gambar sewaktu makan malam di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse


Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Gambar ketika bersiar-siar diwaktu petang di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse

Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Gambar di pintu masuk Balkondes Ngadiharjo Guesthouse

Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Antara lukisan di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse yang menarik perhatian cik iena

Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Tempat rehat dan makan di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse


Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Gambar ketika sarapan pagi di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse


Balkondes Ngadiharjo Guesthouse
Gambar ketika pertandingan memasak di Balkondes Ngadiharjo Guesthouse




FAM TRIP PASAR MALAYSIA KE BOROBODUR


Untuk update di instagram boleh lihat di #ienaelienajogja
Playlist di Youtube : IENAELIENA X TOURISM INDONESIA

Artikel Berkaitan

Day 1 : 
  1. Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
  2.  Balkondes Ngadiharjo Guesthouse di Borobodur, Magelang, Central Java Indonesia
  3. Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta 

DAY 2 :

  1. Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo

Video Summary sepanjang FAM TRIP

Menjejak Keunikan dan Keenakan Kulinari diJogja




 #jogjaistimewa #jogjaculinary #ftmyborobudur #wonderfulborobudur #wonderfulindonesia #ienaeliena #malaysianblogger #bloggermalaysia #bloggermy #lifestyleblogger #foodblogger #foodie #foodporn #ienaelienatravel #ienaelienajogja



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve