Grab The Promo

Tampil Anggun Di Hari Raya Dengan Koleksi SUMMER RAYA dari SHERA LEE


Bulan ramadhan menjelang tiba. Ianya merupakan bulan yang dinantikan oleh umat islam kerana ianya merupakan  Penghulu segala bulan dan sebaik-baik bulan di sisi Allah. Jika sebut bulan ramadhan pastinya kita tidak lari dari membuat persedian Hari Raya Aidil Fitri.

Tampil Cantik Di Hari Raya Dengan Koleksi SUMMER RAYA dari SHERA LEE


Walaupun dunia sedang menerima tamparan hebat daripada Virus Covid-19, hidup kita masih perlu diteruskan. Segala aktiviti tetap dilakukan namun perlu mengikut SOP Perintah Kawalan Pergerakan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.


Tampil Anggun Di Hari Raya Dengan Koleksi SUMMER RAYA dari SHERA LEE


Pastinya anda juga sedang mencari keperluan-keperluan untuk menyambut ramadhan sekaligus keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri . Tidak terkecuali juga pasti buat wanita muslimah diluar sana anda akan mencari tudung untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti.



Tampil Anggun Di Hari Raya Dengan Koleksi SUMMER RAYA dari SHERA LEE




Video Unboxing Shawl Dari Shera Lee



Shera Lee


Disini Cik iena ingin berkongsi kepada anda semua tentang salah satu jenama yang menjadi sebutan di pasaran Malaysia iaitu Shera Lee. Shera Lee bermaksud Keselesaan & Kualiti di dalam produk yang dikeluarkan. Sheera Lee meraikan wanita Idealis & Karismatik di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan Shera Lee merupakan sebuah Syarikat yang menawarkan Selendang Custom Premium untuk Wanita- wanita yang gemar memakai tudung yang kelihatan bergaya dan elegant.
Jenama ini semakin mendapat tempat kerana rekaannya yang cantik, unik dan elegant ditambah dengan kualiti kain yang terbaik.



Tampil Anggun Di Hari Raya Dengan Koleksi SUMMER RAYA dari SHERA LEE



Blooming Rose in Nude
Blooming Rose in Nude


Menjelang tibanya bulan ramadhan dan Aidil Fitri Shera Lee manawarkan Koleksi Summer Raya untuk peminat koleksi tudung Shera Lee. Koleksi baru SUMMER RAYA dari SHERA LEE kali ini telah direka khas buat pelanggan setia dan juga khas buat pelanggan yang baru mencuba jenama ini.


Dengan membawa konsep

A year without summer is like a life without love' Get your Raya Vibe ON with our 2020 Raya Collection! 


Blooming Rose in Nude
Blooming Rose in Nude

Koleksi Summer Raya ini Khas buat wanita yang ingin menampilkan sisi BOLD mereka tetapi masih tetap ingin kelihatan anggun dan elegan. Untuk pengetahuan Koleksi ini menggunakan Material Matte Silk dengan saiz berukuran 1.80 m x 0.756 m  serta dengan Finishin  Baby Seam & Woven Label .

Koleksi ini hadir dengan 4 Variasi yang menampilkan 13 rekaan rona warna yang menarik serta unik dengan mengetengahkan rekaan berkonsep summer yang pastinya akan menyerlahkan lagi kejelitaan si pemakai dan juga ianya bakal  membuatkan si pemakai berasa sangat selesa serta yakin dengan penampilan sendiri.


4 Variasi  Summer Raya


1. Morooccan

Morooccan
Dari kiri Moroccan Muse in Moonlight Grey, Moroccan Muse in Heather, Moroccan Muse in Sweet Pandan dan Moroccan Muse in Shades of Nude

  1. Moroccan Muse in Moonlight Grey
  2. Moroccan Muse in Heather
  3. Moroccan Muse in Sweet Pandan
  4. Moroccan Muse in Shades of Nude


2. Blooming

Dari kiri Blooming Rose in Nude, Blooming Rose in Pistachio dan Blooming Rose in Mauve
Dari kiri Blooming Rose in Nude, Blooming Rose in Pistachio dan Blooming Rose in Mauve



  1. Blooming Rose in Nude
  2. Blooming Rose in Pistachio
  3. Blooming Rose in Mauve

3. Fallen Sakura


Dari kiri Fallen Sakura in Autumn Cherry, Fallen Sakura in Summer Taupe dan Fallen Sakura in Winter Teal
Dari kiri Fallen Sakura in Autumn Cherry, Fallen Sakura in Summer Taupe dan Fallen Sakura in Winter Teal


  1. Fallen Sakura in Autumn Cherry
  2. Fallen Sakura in Summer Taupe
  3. Fallen Sakura in Winter Teal

4. Honey Blossom

Honey Blossom in Blush Pink, Honey Blossom in Pewter dan Honey Blossom in Steel Blue


  1. Honey Blossom in Blush Pink
  2. Honey Blossom in Pewter
  3. Honey Blossom in Steel Blue


Cara Penjagaan


Material Mate Silk ini tidak sesuai untuk di rendam mahupun di basuh dengan menggunakan mesin basuh. Ianya perlu di basuh menggunakan cucian tangan sahaja.


Harga Summer Raya

RM99

Kempen #SummerRaya 1.0 Buy More Save More


Blooming Rose in Nude


Istimewa buat anda, Shera Lee menawarkan harga yang murah apabila anda membeli lebih. Untuk mendapatkan harga istimewa anda boleh masukkan kod diskaun SUMMER2020 untuk nikmati diskaun seperti di bawah:

Anda akan dapat jimat sehingga RM 38 jika anda membeli 2 helai tudung dengan harga RM 160 dan anda juga layak untuk tebus FREE postage (Semenanjung Malaysia saja) .

Untuk pengetahuan, kempen #SummerRaya 1.0 ini telah dilancarkan pada 20 MARCH 2020 dan di atas sambutan yang sangat menggalakkan, pihak Shera Lee telah melanjutkan tempoh untuk tebus KOD DISKAUN yang akan tamat pada pertengahan April. Koleksi kali ini menampilkan 4 variasi yang boleh dipilih dengan 13 rona warna yang menarik.

Blooming Rose in Nude
Blooming Rose in Nude



Selain daripada itu untuk pembelian Koleksi Summer Raya ini juga akan disertakan Hard Box  & Thank You Card.

Selain untuk diri sendiri anda juga bleh membelinya sebagai hadiah kerana rekaannya yang sangat cantik disamping kotak yang sangat eksklusif. Sesuai juga buat para suami beli sebagai hadiah buat isteri tercinta mahupun untuk bonda tersayang.



Blooming Rose in Nude
Blooming Rose in Nude




Review Koleksi Summer Raya - Blooming Rose in Nude


Untuk koleksi Summer raya ini Cik iena memilih  rekaan Blooming Rose in Nude. Untuk pengetahuan ini merupakan pertama kali Cik iena memakai tudung dari jenama ini. Ternyata pertama kali Cik iena unboxing tudung ni bila Cik iena pegang material tudung sangat lembut dan sejuk. Materialnya juga ringat tetapi ianya flowy bila dipakai. Jahitannya juga kemas dan cantik.

Blooming Rose in Nude
Blooming Rose in Nude


Cik iena suka akan material yang digunakan untuk rekaan ini. MAterial yang digunakan juga tidak akan membuatkan kita berasa pekak. Cik iena yakin siapa yang memakain tudung berjenis kain satin pasti pernah melalui situasi ini dimana apabila kita memakai tudung tersebut ianya melekap di bahagian telinga dan seterusnya membuatkan kita berasa sedikit pekak.

Blooming Rose in Nude
Blooming Rose in Nude




Blooming Rose in Nude
Blooming Rose in Nude


Dengan Blooming Rose in Nude Cik iena amat selesa menggayakannya. ianya tidak membuatkan Cik iena berasa pekak .


Selain daripada koleksi Summer Raya , terdapat banyak lagi pilihan untuk anda di Shera Lee. Antaranya yang ada dalam koleksi Cik iena yang akan Cik iean kongsikan adalah dari Koleksi Satin Matte Shawl dengan Finishing Eyelash Hem dan juga Viscose Snowcap.

Basic Satin Matte Eyelash Shawl



Basic Satin Matte Eyelash Shawl
Basic Satin Matte Eyelash Shawl




Untuk koleksi ini Cik iena mempunyai dua warna yang cukup menarik dan elegan iaitu Satin Matte in Midnight Blue dan Satin Matte in Watermelon.


Koleksi ini menggunakan Material Matte Silk dengan saiz berukuran 1.80 m x 0.7 m  serta dengan finishing Eyelash Hem.Material shawl yang ringan dan sejuk serta Jahitan finishing Eyelash Hem yang cukup kemas. Dengan memakai Basic Satin Matte Eyelash Shawl pasti akan membuatkan anda berasa selesa sepanjang hari.


Basic Satin Matte Eyelash Shawl
Basic Satin Matte Eyelash Shawl


Koleksi ini hadir dengan 15  rona warna asas yang menarik. Walaupun ianya hanya Shawl basic satu warna namun Basic Satin Matte Eyelash Shawl pasti membuatkan  si pemakai berasa sangat selesa disepanjang pemakaian dan pastinya si pemakai tidak akan berasa pekak seperti tudung-tudung berjenis satin yang lain.


  1. Satin Matte in Cotton White
  2. Satin Matte in Latte
  3. Satin Matte in Tortilla Brown
  4. Satin Matte in Caramel
  5. Satin Matte in Walnut
  6. Satin Matte in Dark Taupe
  7. Satin Matte in Watermelon
  8. Satin Matte in Raspberry
  9. Satin Matte in Lavender
  10. Satin Matte in Dusty Sage
  11. Satin Matte in Turkish Green
  12. Satin Matte in Cobalt Blue
  13. Matte in Midnight Blue
  14. Satin Matte in Fossil Grey
  15. Satin Matte in Jet Black


Basic Satin Matte Eyelash Shawl
Basic Satin Matte Eyelash Shawl


Cara Penjagaan

Material Mate Silk ini tidak sesuai untuk di rendam mahupun di basuh dengan menggunakan mesin basuh. Ianya perlu di basuh menggunakan cucian tangan sahaja.



Satin Matte in Midnight Blue


Satin Matte in Midnight Blue
Satin Matte in Midnight Blue



Satin Matte in Midnight Blue
Satin Matte in Midnight Blue


Satin Matte in Midnight Blue
Satin Matte in Midnight Blue

Satin Matte in Midnight Blue
Satin Matte in Midnight Blue

Satin Matte in Watermelon


Satin Matte in Watermelon
Satin Matte in Watermelon



Satin Matte in Watermelon
Satin Matte in Watermelon



Satin Matte in Watermelon
Satin Matte in Watermelon


Satin Matte in Watermelon
Satin Matte in Watermelon


Harga Basic Satin Matte Eyelash Shawl

RM69
Harga Promosi RM52.90

Review Basic Satin Matte Eyelash Shawl



Basic Satin Matte Eyelash Shawl
Basic Satin Matte Eyelash Shawl


Basic satin matte eyelash ni memang sangat lembut dang ringan serta sejuk. Cik iena sukakan materialnya yang tidak pekak dan sangat selesa apabila digayakan.

Jahitan finishing eyelash nya kemas dan cantik. Shawl ini juga besar membuatkan ianya mudah untuk digayakan dengan pelbagai gaya mengikut kreativiti si pemakai.


Basic Satin Matte Eyelash Shawl
Basic Satin Matte Eyelash Shawl


Basic Satin Matte Eyelash Shawl
Basic Satin Matte Eyelash Shawl


Viscose Snowcap




Viscose Snowcap
Viscose Snowcap

Vicose snowcap merupakan snowcap atau boleh juga di panggil anak tudung yang menggunakan materila Viscose kapas yang boleh dicuci. Snowcap ini amat mudah penjagaannya. Anda boleh mambasuhnya menggunakan mesin basuh. Material yang lembut  dan sejuk. Ianya amat selesa dipakai walaupun sepanjang hari. Hadir dengan 10 rona warna menarik.





Viscose in Pumpkin


Viscose in Pumpkin
Viscose in Pumpkin

Viscose in Dusty Periwinkle


 Viscose in Dusty Periwinkle

Viscose in Dusty Periwinkle

Harga Viscose Snowcap

RM19

Harga Promosi :Beli dua helai pada harga  RM29

Review Viscose Snowcap


Snowcap ini amat selesa dipakai.Material yang sejuk. Tidak terlalu ketat . Ianya mampu menyorokkan rambut anda.Maksudnya tidak longgar. Just nice untuk cover rambut. Sangat selesa memakai snowcap ni.


Kepada anda diluar sana yang berminat untuk dapatkan koleksi menarik dari Shera Lee ini anda boleh layari laman web di bawah ataupun laman sosial mereka seperti yang tertera di bawah.


Untuk Maklumat lanjut


Web : sheralee.my
IG : www.instagram.com/sheralee.my
FB : www.facebook.com/sheralee.my

#sheraleemy
#Sheralee
#SLbabes
#SummerRaya2020
#summerraya 




Asyraf Khalid bengang dikait tumpang pengaruh Datuk K

KUALA LUMPUR:  Lagi lagi Datuk K? Ala senanglah bisnes maju sebab kabel bapa sendiri yang power? Datang daripada keluarga senang, nak apa petik jari mesti dapat? Dan macam macam lagi pandangan sinis yang diterima Asyraf Khalid apabila mula meneroka dunia niaga.

Asyraf Khalid bengang dikait tumpang pengaruh Datuk K



Anak ketiga daripada lima beradik kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) itu mengakui ada kalanya skeptikal itu pantas menyentak diri.

Siapa tak bengang segala usaha titik peluh dan kerja keras selama bertahun tahun termasuk mengukuhkan perniagaan Jamu Mutyara Beauty sejak dua tahun lalu bersama isteri (Tya Arifin) dilihat mendapat lesen serta laluan mudah hanya kerana pengaruh bapanya.

Jamu Mutyara Beauty
Jamu Mutyara Beauty


Malah, papa kepada dua cahaya mata comel, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini juga dilihat beruntung kerana mempunyai ibu tiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mempunyai pengaruh besar dan kemasyhuran di arena seni serta perniagaan.


Jamu Mutyara Beauty
Jamu Mutyara Beauty


Meraikan ulang tahun kedua perniagaan Jamu Mutyara diusahakan isterinya pada 20 April ini, Asyraf terpanggil berkongsi perjalanannya membina empayar perniagaan sendiri.

Selain Mutyara, Asyraf juga antara mastermind perniagaan jenama Kilafit diusahakan Kilafairy serta Jiwaku Kids menampilkan anak sulungnya, Arif Jiwa.

Jamu Mutyara Beauty
Jamu Mutyara Beauty


“Hati siapa yang tak terguris kalau balik balik pandangan sama yang dilemparkan orang luar serta pemerhati dunia niaga. Rasa kadang kadang macam loser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.

Asyraf Khalid bengang dikait tumpang pengaruh Datuk K


“Jujur saya tak boleh menafikan rasa bengang, jelak dan amarah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu... tak ada siapa yang tahu.

“Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa,” katanya membuka bicara.

Kata Asyraf, dia bersyukur diberi ruang merasai kesyukuran sebelum mengecapi kemanisan dalam hidup serta dunia perniagaan.

Jelasnya lagi, dia  mula berjinak jinak dalam dunia perniagaan tanpa langsung menggunakan pengaruh ayahnya.

“Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam macam lagilah lubuk perniagaan yang dicuba. Saya betul betul serius mahu bergelar ahli perniagaan sejak usia 22 tahun hinggalah sekarang.

“Saya dan pasukan kerja kena kerja keras untuk menakluki apa yang diraih  kala ini. Isteri saya juga antara insan penting yang berada dalam pasukan kerja itu.

“Setiap hari kami kena kerja keras. Ia tak datang bergolek begitu saja. Saya tak guna kabel pun, tak ada merayu bantuan ayah sekalipun untuk keluar modal.

“Saya sedar juga dalam dunia niaga ini bukan semua yang kita buat akan beroleh kejayaan. Ada juga perniagaan yang saya buat berakhir begitu saja. Namun itu bukan penamat segala galanya,” katanya.

Tambah Asyraf, isteri tercinta yang dikahwini sejak 1 November 2015 menjadi saksi jatuh bangun dirinya.

Jamu Mutyara Beauty


Tya banyak melihat dan melalui serba serbi kesukaran dan kepayahan hidup. Bisnes yang gagal dilakukan juga berakhir dengan pelbagai ujian termasuk saya berdepan dengan hutang yang banyak.

“Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran Mamak.

“Lepas itu nak bina perniagaan baru balik bukan mudah. Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa meminta pertolongan sesiapa. Termasuk ayah. Saat saya bernikah dan mempunyai anak,diri ini terfikir takkan nak beli lampin pakai buang pun ayah masih nak tanggung.

“Berbekal semangat, ilmu dan pengalaman termasuk ketika belajar dengan syarikat Richworks , saya bangkit semula. Perjuangan itu bagai baru bermula dan perlahan demi perlahan, saya  bina kembali empayar dunia niaga sekali gus mengangkat jenama Mutyara sehabis baik,” katanya.
Jamu Mutyara Beauty
Jamu Mutyara Beauty



Sejak dua tahun lalu juga, Asyraf dan Tya begitu optimis membangunkan perniagaan jamu jenama Mutyara. Jamu itu lebih membanggakan merupakan legasi turun temurun diamalkan keluarga isterinya yang dikomersial.

“Saya dan isteri bina jenama jamu ini kerana kita mahu menambah nilai sekali gus membantu lebih ramai orang di luar sana sama sama menikmati khasiat jamu itu. Tak hanya di situ kita juga buka peluang untuk lebih ramai lagi menjana pendapatan dengan sama sama berniaga jamu berkenaan.

Jamu Mutyara Beauty

“Perjalanan nak sampai ke sini bukan mudah. Sebab itu apabila saya dapat komen skeptikal hanya kerana saya anak Datuk K semua dilihat mudah, hati ini jadi cepat terasa. Saya juga manusia yang ada hati dan perasaan macam orang lain.

“Dalam hal sebegini, ia bukan mengenai dia itu anak siapa. Ramai juga yang kita tahu anak orang berada lebih selesa tidak berbuat apa termasuk menjalankan perniagaan kerana mereka sudah terbiasa mendapat wang dengan mudah. Itu pilihan masing masing.

“Sebenarnya ada ramai usahawan berjaya yang saya lihat boleh berjaya tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah mereka sebenarnya bermula dari ‘zero’,” kata abang kepada Siti Aafiyah Khalid ini.

Tambah Asyraf lagi, dia banyak melihat contoh dan idola di luar sana yang berasal dari kampung namun beroleh kejayaan membanggakan.

“Saya tengok kejayaan sebegini jadi inspirasi dan penyuntik semangat.
Sebagai contoh ada rakan niaga saya yang buat jualan  tahun lepas mencecah lebih daripada RM20 juta. Tahun ini pula dalam masa 3 bulan dia sudah buat keuntungan lebih RM15 juta.

“Kejayaan dia itu jujur buat saya cemburu  dan bengang. Namun dalam konteks yang positit. Mereka mula dengan tak ada apa apa namun boleh berjaya. Lalu kenapa  saya tak boleh berjaya macam itu dan jadi seperti mereka?,” katanya.




Tutur Asyraf lagi, jika dia mahu mencari kejayaan pantas nescaya boleh dilakukan dengan menggunakan pengaruh ibu tirinya (Siti Nurhaliza) dan Datuk K sejak dari dulu

“Kalau mahu berjaya dengan cara sebegitu, barangkali sudah lama saya guna jalan pintas. Malah tak hanya disitu apabila saya menggunakan Tya untuk menerajui perniagaan jamu kami, ada pula yang cakap senanglah sebab isteri saya bergelar artis atau figura awam.

“Maka wujudlah stigma guna artis senanglah jalan perniagaan yang diteroka. Tapi pandangan itu tak tepat dan sangat salah. Hakikatnya ada saja artis yang menceburi perniagaan tapi akhirnya gulung tikar dan lingkup.

“Pada akhirnya semua berbalik kepada soal rezeki, tuah, usaha dan niat. Bergelar artis atau dilahirkan dalam keluarga berpengaruh belum tentu jadi jaminan,” katanya.




Jamu Mutyara Beauty

Katanya lagi, produk yang dijual itu juga harus bagus dan berkualiti. Ia tidak semata mata menjual jenama artis atau pengaruh saja.

Malah Asyraf juga terbuka untuk membantu masyarakat menjana pendapatan sampingan.

“Kita pun harus beri latihan yang mampan kepada pengedar, agen atau stokis. Artis pun kalau keluarkan produk yang tidak membantu, akan berakhir dengan kegagalan juga

“Sebenarnya nak buat bisnes  ini ada banyak faktor untuk berjaya. Malah kalau ada yang nak saya bantu, diri ini berlapang dada untuk menerima mereka dengan tangan terbuka.

“Niat saya adalah untuk membantu lebih ramai orang beroleh pendapatan sampingan. Lebih-lebih dalam keadaan semasa negara kita berdepan ujian penularan wabak Covid 19 hingga membuatkan ekonomi jadi tak menentu.

“Kalau boleh buat pendapatan sampingan dari  RM 1000  hingga RM 5000 sebulan pun kira okay saat ini. Tak kisahlah siapapun saya, diri ini mahu membantu lebih ramai orang menjana pendapatan tanpa mengeluarkan modal.

“Kita ada buat Business Opportunity Session secara online, untuk membantu lebih ramai orang, walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.  Ayuh bersama kami demi menjana pendapatan ketika ramai yang terkesan dengan situasi semasa,” katanya



Jamu Mutyara Beauty

Di akhir bicara, sekalipun selesa berdikari dalam dunia perniagaan, Asyraf berbangga kerana dia memiliki tenaga sokongan jitu di belakang iaitu keluarga tersayang.

“Jujur saya juga bangga dan bersyukur menjadi anak kepada Datuk K. Itu satu fakta yang tak boleh diubah. Namun seperti saya katakan, diri ini selesa berdikari dan jauh sekali bergantung harap kepada ayah.

“Saya bersyukur sebab ayah banyak mendidik sejak kecil dan membentuk untuk diri ini menjadi seorang yang berdikari tanpa meminta-minta kepadanya. Masa muda, ayah paling pantang kalau saya minta duit kepadanya.

“Ayah nak saya faham tentang erti kehidupan dan kebiasaan mencari wang sendiri. Itu yang membuatkan saya takut untuk minta apa-apa daripadanya sampai sekarang. Itu juga yang membuatkan saya jadi sebegini berkat didikannya,” katanya.

Sedari dulu, Asyraf  hanya mahu membanggakan ayahnya.

“Dari kecil, ayahlah yang berikan segala galanya untuk saya. Apabila sudah meningkat dewasa dan berkahwin, mana mungkin saya nak susahkannya lagi selain terus berada di bawah ketiaknya.

“Sebenarnya awal tahun ni, ayah ada  meminta saya membantu untuk mengukuhkan jaringan jenama Simplysiti di Indonesia. Namun  saya fikir, sekarang adalah masa untuk membantu  isteri dan pasukan jamu Mutyara  melangkah ke tahap yang lebih tinggi.  Lalu permintaan ayah itu saya terpaksa tolak dengan baik,” katanya.




Asyraf Khalid bengang dikait tumpang pengaruh Datuk K



PERMULAAN DAN PERJALANAN TYA ARIFIN, ASYRAF KHALID JUAL JAMU MUTYARA






Untuk maklumat lanjut

website www.mutyara.com
Instagram @mutyarabeauty
Facebook : https://web.facebook.com/Mutyarabeauty/
Berminat nak jadi stokist boleh hubungi 012 579 9011 untuk di bantu oleh team Mutyara.

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Artikel sebelum ini Cik iena tulis tentang Rumah Makan Jejamuran. Kali ini Cik iena kongsikan vlog mengenai Rumah kebun Jamur terbesar di Yogyakarta dimana di rumah kebun jamur inilah sumber jamur yang diperolehi oleh rumah makan jejamuran yang tidak asing lagi di jogja.

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta



Rumah Kebun Jamur


Hasil dari rumah kebun jamur ini digunakan di Rumah Makan Jejamuran yang sangat popular di Jogja. Aneka hidangan masakan yang diitawarkan di rumah makan jejamuran mendapatkan sumber jamur dan juga sayuran lain di sini.

Dengan adanya rumah kebun jamur ini, mereka dapat memnuhi permintaan pelanggan rumah makan jejamuran yang sentiasa dikunjungi pelanggan. Berikut Cik iena kongsikan sedikit gambar semasa Cik iena membuat lawatan di rumah kebun jamur ini dan juga vlog untuk tatapan pembaca.


VLOG  MELAWAT RUMAH KEBUN JAMUR





Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta


Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta




Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta


FAM TRIP PASAR MALAYSIA KE BOROBODUR


Untuk update di instagram boleh lihat di #ienaelienajogja
Playlist di Youtube : IENAELIENA X TOURISM INDONESIA

Artikel Berkaitan

Day 1 : 
  1. Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
  2.  Balkondes Ngadiharjo Guesthouse di Borobodur, Magelang, Central Java Indonesia
  3. Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta 

DAY 2 :

  1. Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo

Video Summary sepanjang FAM TRIP

Menjejak Keunikan dan Keenakan Kulinari diJogja





 #jogjaistimewa #jogjaculinary #ftmyborobudur #wonderfulborobudur #wonderfulindonesia #ienaeliena #malaysianblogger #bloggermalaysia #bloggermy #lifestyleblogger #foodblogger #foodie #foodporn #ienaelienatravel #ienaelienajogja


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve