Grab The Promo

PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN

Dengar sahaja nama Lefthanded Cik iena rasa tak kira tua mahupun muda pasti pernah dengar nama ini. Lebih-lebih lagi golongan-gologan  tahun 80-an sehingga 90-an. Lefthanded merupakan kumpulan muzik Rock Malaysia yang terkenal pada tahun era tersebut.

PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN

Dengan mempunyai dua lagenda gitar wira Man Keedal dan Samad, lahirlah pelbagai riff gitar cukup ikonik, digabung bersama dengan lantunan bassline padat daripada Yan dan dram snare Man Dayak yang pantas dan padu, ia kemudian disempurnakan lagi dengan vokal unik Nash yang husky melejít masih penuh  dinamik.  Di situlah kekuatan Lefthanded yang tidak ada pada band-band muzik rock lain yang sezaman dengan mereka.  Tidak hairanlah yang muncul sekarang Lefthanded masih tetap unggul dan dihormati di kalangan band muzik rock seangkatan mereka serta anak-anak band muzik generasi muda.






MAJLIS PRA-PELANCARAN PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN



PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN

Baru-baru ini Cik iena berkesempatan menghadiri Majlis Pra-Pelancaran Projek Gila Bersempena Meraikan Ulangtahun ke 40 Tahun Lefthanded. Projek GILA ? pasti anda membayangkan mereka sudah mula berani buat kerja gila selepas Perdana Menteri umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.


Sebelum Cik iena ceritakan tentang Projek GILA ini Cik iena maklumkan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan GILA?

Gila merupakan Singkatan daripada perkataan Gerakan Ilmu Laksana Agenda.

G : Gerak kan
I : Ilmu
L : Laksanakan
A: Agendamu

Begitulah maksudnya perkataan GILA yang digunakan.


PROJEK GILA


Sempena meraikan 40 tahun penglibatan dan perjalanan kerjaya muzik Lefthanded di dalam industri muzik Malaysia, kumpulan Lefthanded bakal terlibat dengan satu projek besar yang dinamakan PROJEK GILA.


PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN

PROJEK GILA akan dijalankan secara usahasama dengan syarikat produk kecantikan, Herb Lab dan E-Green Entrepeneur ini adalah satu konsert jelajah yang akan dijalankan di 10 buah lokasi di seluruh negara sebaik sahaja pihak kerajaan mengumumkan berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan nanti(PKPP).

Maksudnya bukan sekarang lah. Cik iena faham ada yang tertanya-tanya boleh ke buat konsert? Buat  masa ini pihak mereka hanya membuat majlis pra pelancaran mengenai projek ini. Tarikh untuk konsert jelajah tersebut masih belum ada kerana perlu menunggu kerajaan mengumumkan berakhirnya  Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan terlebih dahulu.



PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN


Bertemakan HIDUP dan PERJUANGAN yang juga adalah salah satu lagu yang diangkat dari album album Lefthanded yang berjudul Qabul, PROJEK GILA ini adalah satu usaha yang dilakukan kumpulan Lefthanded sebagai tanda terima kasih kepada fanbase mereka yang selama ini telah banyak berjasa dan menyokong kerjaya muzik mereka dari awal  kemunculan hinggalah pada saat ini. 

Vokalis utama Lefthanded, Dato 'Nash berkata, Tempoh selama 40 tahun berada di dalam industri muzik bukanlah suatu tempoh yang sia-sia buat Lefthanded dan peminat mereka.


PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN

"Atas usaha Man Keedal dan saya juga, kami dapat meneruskan kesinambungan Lefthanded 2020 apabila bergabung dengan beberapa pemuzik muda termasuklah anak arwah Man Dayak seperti Hafiz, Ritz Metalasia serta mereka yang bertauliah di dalam bidang muzik."



Tiada apa lagi yang ingin kami lakukan di dalam  PROJEK GILA ini selain memberi manfaat kepada peminat Lefthanded sendiri.  Jujur saya amat bangga dengan diri saya sendiri kerana selama penglibatan bersama Lefthanded ianya juga semakin mematangkan saya dalam membawakan muzik Lefthanded, "katanya.



PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN

PROJEK GILA ini amat simbolik buat Man Keedal dan Nash kerana ianya bakal mendedahkan perjalanan seni temasuklah jatuh bangun serta pahit getir Lefthanded  selama 40 tahun mereka hidup dan berjuang di dalam indusri muzik tanah air.


Malah, merekajuga  akan turut berkongsi  pengalaman mereka sepanjang bergelar artis syarikat rakaman, penglibatan mereka dengan kerja-kerja pembikinan muzik, bagaimana persiapan konsert dilakukan dari saat latihan sehinggalah melakukan pemeriksaan suara serta usaha-usaha yang dilakukan untuk menjadi band muzik rock tanah air yang hebat dan terkenal.



PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN

Pemain gitar lagenda Lefthanded, Man Keedal Berkata, PROJEK GILA ini akan mendedahkan Segalanya tentang Lefthanded buat Peminat-Peminat mereka. 

"Inilah sumbangan yang ingin kami berikan buat peminat kami kerana berjayanya Lefthanded sehingga ke tahap ini adalah kerana peminat kami. Ini juga adalah satu usaha yang dilakukan untuk kami memberikan sumbangan kami sendiri terhadap industri muzik tanah air," katanya lagi.


MoU Perjanjian Antara Rakan Sekerja Antarabangsa dan Tempatan




Seperti yang diwar-warkan Projek G.I.L.A ini juga telah mendapat sokongan daripada pihak syarikat antarabangsa mahupun tempatan. Berikut merupakan antara VIP yang hadir untuk majlis perjajian memorandum persefahaman ini termasuklah  YBhg Dato' Sheikh Jamal (untuk Hub di Pakistan dan Gulf Corporation Council - Middle East), M.S Margin Consultancy untuk Hub Filipina, Mohd Husairi Huzaidi (E-Green Ketua di Bahagian Cawangan Kelantan), YBhg Dato' Paduka Haszeli Haji Abdul Halim (Regional Distributor Malaysia), Mohd Norizlan Izham (Regional Distributor Malaysia) dan Miss Charmaine Oon (Regional Distributor Malaysia).






PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN



JOM SOKONG INDUSTRI MUZIK TANAH AIR


Jadi kepada anda diluar sana Khususnya buat peminat Lefthanded jom sama-sama kita meriahkan  industri muzik tanah air,  sama-sama kita sokong Projek GILA  Lefthanded sebagai tanda terima kasih atas kehadiran kumpulan ini dalam mewarnai industri muzik rock  tanah air yang mana ianya telah pun menjadi lagenda .


PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN


Untuk pengetahuan harga tiket adalah berlainan diantara ahli Herb Lab dan juga bukan ahli  .

Harga Ahli RM69
Dimana anda akan menerima 1 tiket beseta T-shirt, 1 Product Herb Lab, Lucky Draw dan GILA reward


Harga Bukan Ahli RM169
Dimana anda akan menerima 1 tiket beseta T-shirt, 1 Product Herb Lab dan Lucky Draw







The Chicken Rice Shop RM20 untuk 3 Pax Bersempena Ulangtahun ke 20 TCRS (Ayam Untuk Semua)

Bila sebut je Nasi Ayam, Cik iena rasa semua pun tau tentang keenakan Nasi Ayam di The Chicken Rice Shop.  Untuk pengetahuan The Chicken Rice Shop merupakan antara restoran kegemaran Cik iena dan rakan-rakan pejabat di waktu makan tengah hari. Selalunya Cik iena akan berkunjung ke The Chicken Rice Shop KL Sentral atau Nu Sentral.


The Chicken Rice Shop RM20 untuk 3 Pax Bersempena Ulangtahun ke 20 (Ayam Untuk Semua)
The Chicken Rice Shop RM20 untuk 3 Pax Bersempena Ulangtahun ke 20 (Ayam Untuk Semua)



Bukan sahaja makan tengah hari. Kadang-kadang  jika nak meraikan sesuatu dengan rakan pejabat seperti farewell atau raikan projek berjaya ke. Memang TCRS antara pilihan sebab lokasi yang dekat dengan pejabat dan juga harga yang berpatutan. Waktu lunch ada harga promosi lunch memang murah. Jadi sesuai lah untuk pekerja-pekerja marhain macam kami ni :)

Bersempena Ulang tahun ke 20 The Chicken Rice Shop ni mereka tawarkan promosi yang lebih menarik iaitu RM20 untuk 3 orang makan. Murah sangat. Memang TCRS di KL Sentral tu penuh selalu lah sebab ramai yang nak grab promosi ni. Walaupun penuh je Cik iena tetap nak grab promosi ni juga.

Jadi pada hujung minggu Cik iena dan adik ke The Chicken Rice Shop One Utama sambil kami Shopping dekat sana.


Ayam Untuk Semua di The Chicken Rice Shop


Sempena ulang tahun The Chicken Rice Shop yang ke-20 , The Chicken Rice Shop menghidangkan set makanan Ayam Untuk Semua yang eksklusif, pada harga RM20 untuk tiga orang. Lebih menarik lagi jika pembayaran dibuat melalui Touch ‘n Go eWallet, anda akan dapat cashback RM2 menjadikan set ini cuma RM18 sahaja.


The Chicken Rice Shop
The Chicken Rice Shop RM20 untuk 3 Pax Bersempena Ulangtahun ke 20 (Ayam Untuk Semua)


Walaubagaimanapun, ianya adalah terhad kepada 20,000 set pertama sahaja bermula dari 18 Jun 2020 disemua cawangan The Chicken Rice Shop kecuali Genting Highlands Premium Outlets dan KLIA2.

Menu Ayam Untuk Semua

  • 1/4 Chicken (Roast/Steamed/Soy Sauce)
  • Single Serve Chicken (Roast/Steamed/Soy Sauce)
  • Ipoh Bean Sprouts (L) atau Pak Choy dengan Oyster Sauce (L)
  • 3x 12oz Soft drinks
  • 3x Bowls of Chicken Rice
  • 3x Soup of the Day

The Chicken Rice Shop
The Chicken Rice Shop RM20 untuk 3 Pax Bersempena Ulangtahun ke 20 (Ayam Untuk Semua)


Untuk Solf drinks, anda boleh upgrade kepada air lain (tapi anda perlu bayar lebih sedikit) . Macam iena tempohari iena takde upgrade . Memang betul-betul ambil Pakej Ayam Untuk Semua RM20 tu. Mula-mula ingat nak tambah tapi tunggu habis makan. Bila dapat makanan yang portion boleh dikatakan banyak lah untuk 3 orang perempuan makan. jadi Cik iena tak jadi tambah nanti membazir tak habis makan.


The Chicken Rice Shop
The Chicken Rice Shop RM20 untuk 3 Pax Bersempena Ulangtahun ke 20 (Ayam Untuk Semua)


Portion makanan nya agak banyak untuk perempuan makan. Cik iena sendiri rasa penat nak habiskan ayam dia boleh tahan banyak. Sayur Habis dulu lah. Cik iena memang suka sangat sayur taugeh dia masak memang sedap. Walaupun hanya taugeh, masakan dia sedap, rangup dan berasa taugehnya.


The Chicken Rice Shop
Ipoh Bean Sprouts

The Chicken Rice Shop
Single Serve Chicken (Soy Sauce)

Untuk set Ayam Untuk Semua ni Single portion Cik iena ambil  Soy sauce. Manakala 1/4 Cik iena ambil roasted chiken. Kebiasaannya Cik iena suka makan steam tapi kali ni datang dengan kawan Cik iena takot dia tak makan steam jadi Cik iena biarkan kawan yang decide nak ayam apa.



The Chicken Rice Shop
1/4 Chicken (Roast/Steamed/Soy Sauce)


The Chicken Rice Shop juga berhasrat untuk menyalurkan sebanyak RM2 dari setiap pembelian hidangan ke Program Makanan Pay It Forward demi membantu orang seterusnya membeli Set Ayam Untuk Semua.

Program ini bertujuan untuk membolehkan ramai pelanggan menikmati hidangan istimewa ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook The Chicken Rice Shop





Shopee Mum’s Club


Shopee Mum’s Club


KUALA LUMPUR, 15 JUN 2020 - Dikatakan bahawa kos untuk membesarkan seorang anak boleh mencecah RM1 juta. Oleh itu, bukan lagi sebuah rahsia bahawa ia merupakan satu urusan yang mahal untuk membesarkan seorang anak, walaupun ia adalah sebuah pengalaman yang berharga.


Dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya dalam tempoh yang mencabar ini di tengah wabak Covid-19, para ibu bapa berasa risau untuk mencari jalan bagi memastikan anak-anak mereka mempunyai persekitaran yang kondusif untuk membesar dengan sihat. Untuk membantu ibu bapa harungi cabaran ini, Mum's Club di Shopee memberikan sokongan kepada para ibu yang mencari produk tulen untuk anak-anak mereka tanpa berbelanja secara berlebihan.



Shopee Mum’s Club



Ahli-ahli kelab tersebut dapat mengambil bahagian dalam pelbagai kempen yang direka khas seperti satu yang berlangsung dari 17 hingga 24 Jun 2020, menampilkan pelbagai tawaran untuk barang penjagaan bayi seperti peralatan penyusuan, mainan, pakaian, lampin dan produk mandian. Shopee bekerjasama rapat dengan beberapa jenama seperti Enfagrow, Drypers, Johnson & Johnson dan Philips Avent untuk menawarkan diskaun dan baucar menarik supaya para ibu bapa dapat menikmati lebih penjimatan, terutamanya ibu bapa baharu.


Shopee Mum’s Club

Hak Istimewa Ahli: Kempen yang berlangsung selama seminggu ini akan menawarkan ahli-ahli Mum's Club barang keperluan bayi seperti susu untuk ibu hamil, lampin, produk mandian dan penjagaan kulit, dan mainan untuk RM10 semasa Jualan Kilat Shocking Sale; baucar sehingga 20% diskaun serta pulangan tunai sebanyak 20%. Ahli-ahli juga boleh dapatkan baucar di kedai dan juga diskaun sehingga 50% oleh jenama yang mengambil bahagian.

Ahli baru Mum's Club akan menerima semua produk yang dinyatakan di atas serta ganjaran tambahan seperti 25% pulangan tunai Shopee Coins dan hadiah alu-aluan eksklusif bernilai RM30 yang terdiri daripada produk seperti lampin dan susu formula.


Shopee Mum’s Club

Peraduan Belanja dan Menang: Kempen ini menjadi lebih baik untuk para ahli yang berbelanja dari tempoh 17 Jun hingga 1 Julai berpeluang untuk menang hadiah menarik seperti kereta sorong bayi Anakku, baucar Anakku bernilai RM100 dan alat permainan Fisher-Price. Untuk mengambil bahagian, para ahli layak mendapat satu penyertaan untuk setiap pembelian sebanyak RM50 di kategori Mainan, Kanak-kanak dan Bayi.

Shopee Mum’s Club

Sesi Perkongsian: Dalam usaha berterusan untuk mendorong rakyat Malaysia duduk di rumah demi mencegah penularan Covid-19, Shopee Mum's Club akan mengadakan siri perkongsian atas talian yang boleh ditontoni dari rumah untuk ibu bapa baharu. Dengan kerjasama DoctorOnCall, Pusat Perubatan Thomson, Hospital Columbia Asia dan Early Autism Project Malaysia, sesi yang dibahagikan kepada tiga bahagian pada 24, 25 dan 26 Jun jam 1 tengah hari di Shopee Live dengan ahli-ahli pakar yang akan berkongsi mengenai pelbagai topik tentang kesihatan ibu hamil dan anak dan juga menjaga kanak-kanak berkeperluan khas.


Shopee Mum’s Club

Shopee Mum’s Club, dilancarkan pada 2019, direka untuk menawarkan penjimatan lebih besar kepada para ibu bapa melalui tawaran dan diskaun oleh pelbagai jenama. Sebuah pihak yang boleh dipercayai sepanjang perjalanan keibubapaan mereka, ia bertujuan untuk memberikan penyelesaian dan idea kepada para ibu bapa untuk membantu mereka berikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Promosi-promosi dikemas kini secara berkala, jadi para ahli diingatkan untuk mendaftar masuk dengan kerap, terutamanya semasa jualan Baby Fair dan juga kempen khas.






Shopee Mum’s Club

Untuk dapatkan lebih maklumat tentang kempen ini, layari https://shopee.com.my/m/mums-club





Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah


Dunia hujung jari ni memang mudah kan. Semuanya sekarang kita boleh lakukan secara dalam talian. Boleh lakukan sendiri . Kali ini Cik iena kongsikan Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah. Setiap tahun Cik iena memang akan renew sendiri di Etiqa .

Jadi tahun ini pun Cik iena pastinya akan renew di Etiqa. Jom Cik iena kongsikan bagaimana untuk renew secara online. Anda boleh buat sendiri je. Sebelum ni kereta Cik iena pernah accident. Mudah saja nak Claim sebab semua dokumen online. Jadi Cik iena email sahaja dokumen yang dperlukan.

Berikut Cik iena kongsikan screenshoot cara-cara Cik iena renew insurans di Etiqa Takaful.



Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah
iena pilih Motor Takaful with Shariah compliant plan







Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah
Macam iena memang guna insurans dari sini jadi iena just masuk no kereta, dia ada record. Pada yang belum pernah perlu klik New car with no plate number


Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah
Pilih Sum Covered



Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah
klik add bank account





Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah
isi akaun back details untukdapat cashback bila kita tak claim




Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah



Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah
iena ambil windscreen coverage


Windscreen ni kalau taknak ambil pun takpe.Untuk pengetahuan windscreen ni untuk cermin depan kereta kita. Biasakita bawa kereta ada risiko batu-batu lori jatuh ke. kalau pecah boleh claim, atau bila accident pecah boleh claim. Amount berapa kita nak pilih tu terpulang. Ikut jenis kereta sebenarnya. Kalau kereta mahal lagi mahal lah kan. Kalau kereta iena murah je . Kalau ikutkan jumlah default value dia letak RM800 tapi memandangkan tengah sengkek ni, dah masa untuk major service kereta ni pula, datang serentak.So Iena buat minimum value je RM400 . lagi pun setakat ni tak pernah pecah lagi. Harap-harap tak pecah lah.


Kalau takde budget kalau tak ambil pun takpe, cuma kalau berlaku apa-apa cermin pecah, insuranse tak cover lah.

Kalau iena tersalah info mohon perbetulkan di ruangan komen ya. nanti iena update. yelah perempuan bukan tau sangat pasal kereta ni. tau pakai je :)



Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah
tanda bahagian declaration



Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah
Pilih payment method


Untuk pelanggan baru sebelum buat pembayaran pastikan Engine No dan Chassis No serta beberapa maklumat lain adalah betul . Macam iena memang pelanggan Etiqa jadi semua detail dah betul masa mula-mula iena buat. Walau apa-apapun perlu semak juga E Cert yang kita dapat betul atau tidak.




Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah
selesai bayar




Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah
Boleh download E certificate dan dokumen lain di sini atau dalam email



Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah
Dokumen-dokumen renew insurans


Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah
iena tunjuk contoh E certificate tapi bukan full, dia panjang lagi


Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah
Pihak etiqa juga akan email details.


Haa mudah je kan nak renew insurans kereta. Tapi lepas tu jangan lupa renew roadtax pula. Biasa kalau kita renew dengan agen mereka akan buat sekali renew roadtax. Tapi harga akan jadi lagi mahal lah. Kalau kita buat sendiri lebih mudah. Nanti Cik iena akan kongsikan macam mana Cik iena renew roadtax secara online pula ya.




Hanya RM399 untuk menebus penerbangan tanpa had ke 16 destinasi di seluruh Malaysia


Hanya RM399 untuk menebus penerbangan tanpa had ke 16 destinasi di seluruh Malaysia


AirAsia lancar Pas Tanpa Had Baharu untuk memacu pelancongan domestik

Berikutan pengumuman kebenaran perjalanan domestik di Malaysia pada hari ini, AirAsia akan melancarkan Pas Tanpa Had baharu untuk memacu pelancongan domestik Malaysia bagi menyokong usaha kerajaan.

Hanya RM399 untuk menebus penerbangan tanpa had ke 16 destinasi di seluruh Malaysia


Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia yang ditawarkan dengan harga RM399 bersih, tersedia untuk semua Ahli AirAsia BIG di Malaysia di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia (di bawah pautan Deals) dari 11 Jun 2020 (1000h GMT + 8) hingga 13 Jun 2020 (2359h GMT + 8). Beli sekarang dan buatlah perjalanan pada bila-bila masa bermula 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.

Pas ini boleh ditebus untuk penerbangan ke 16 destinasi menarik di Malaysia iaitu Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Kami menyambut baik pembukaan semula perjalanan domestik menerusi pengumuman Perintah Pemulihan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan pada awal minggu ini, dengan insentif seperti pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga bulan Disember 2021.”


“Ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita haruslah bekerjasama untuk memacu semula industri pelancongan negara. Kami juga berharap untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam industri pelancongan daripada pengusaha hotel kepada ejen pelancongan untuk mencapai objektif ini. Bagi AirAsia, Pas Tanpa Had ini adalah tawaran utama kami untuk para tetamu menebus penerbangan tanpa had dalam rangkaian domestik kami ke 16 destinasi.


“Dengan melakukan perjalanan domestik, kita semua bukan sahaja dapat menyokong masyarakat setempat, malah boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Dalam membuat perjalanan, kami meminta kerjasama daripada semua tetamu kami untuk mengamalkan kebersihan diri yang tinggi dan memakai pelitup muka.”


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara membeli dan merancang perjalanan anda dengan Pas Tanpa Had AirAsia, sila rujuk panduan ini.

Penerbangan yang ditebus dengan Pas Tanpa Had tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj-caj lain yang berkenaan. Tempahan penerbangan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum waktu perlepasan, serta terdapat tempoh embargo dan terma dan syarat lain yang dikenakan.


Hanya RM399 untuk menebus penerbangan tanpa had ke 16 destinasi di seluruh Malaysia





Di AirAsia, kesihatan dan kesejahteraan para tetamu adalah keutamaan mereka. Selain mematuhi nasihat dan peraturan daripada kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan, AirAsia juga telah telah melaksanakan prosedur tanpa sentuhan sepanjang perjalanan dan langkah-langkah keselamatan baharu, serta kemudahan untuk mereka yang berisiko untuk memastikan keselamatan untuk semua.


View this post on Instagram

Sabah, sarawak, semenanjung? mana korang prefer untuk bercuti? Dengan #AirAsiaUnlimitedPass Cuti-cuti Malaysia semuanya boleh tau. tak perlu pilih, now korang boleh pergi semua destinasi dalam Malaysia.. Untuk pengetahuan AirAsia telah melancarkan Pas Tanpa Had Baharu untuk memacu pelancongan domestik.. Hanya RM399 untuk menebus penerbangan tanpa had ke 16 destinasi di seluruh Malaysia.. Menarikkan.. @airasia menyambut baik pembukaan semula perjalanan domestik menerusi pengumuman Perintah Pemulihan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan pada awal minggu ini, dengan insentif seperti pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga bulan Disember 2021. Dengan melakukan perjalanan domestik, kita semua bukan sahaja dapat menyokong masyarakat setempat, malah boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Apa pun yang penting adalah penjagaan kendiri anda, sentiasalah menjaga kebersihan diri yang tinggi dan memakai pelitup muka ketika anda berada di kawasan public. Utk pengetahuan lagi dengan #AirAsiaUnlimitedPass Cuti-cuti Malaysia korang boleh travel sehingga 31 March 2021. Cepat-cepat grab tau, promosi ni valid sehingga 13 Jun 2020 je :) Buy now and travel later, travel period from 25 June 2020 up to 31 March 2021. visit airasia.com/deals for more info. #flyMY, #AirAsiaUnlimitedPass, #InThisTogether, #AirAsiaTravelBuddies

A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on




Menarik bukan? cuma RM399 sahaja anda boleh melancong ke 16 destinasi dalam Malaysia. Kepada yang dah merancang bercuti tapi tergendala semasa PKP boleh lah sambung bercuti. Tapi seperti anda sedia maklum kita hanya dibenarkan bercuti di dalam Malaysia sahaja. Jadi untuk anda yang gemar melancong. pas tanpa had ini sememangnya menarik buat anda.

Dapatkan pas ini sebelum habis ya. Ianya dijual bermula 11 Jun 2020 sehingga 13 Jun 2020.


Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Tertakluk kepada terma dan syarat, sila baca Soalan-Soalan Lazim untuk maklumat lanjut.



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve