Grab The Promo

KITKAT RAIKAN TAHUN BAHARU DENGAN PELANCARAN KITKAT GOLD

Setiap kali tibanya Tahun Baharu, semua orang pasti akan menyambutnya dengan penuh rasa gembira dengan mengharapkan agar tahun berikut akan menjadi lebih baik berbanding sebelumnya. KITKAT, selaku antara jenama coklat konfeksionari terkemuka di Malaysia, juga tidak ketinggalan untuk meraikan 2021 dengan memperkenalkan keluaran edisi terhad terbaharunya - iaitu KITKAT Gold.

 

KITKAT GOLD
 


KITKAT Gold merupakan kombinasi dwi lapis coklat bermutu tinggi dan lazat, dengan bahagian atasnya bersalut warna kuningan emas yang memukau dan coklat susu halus di bawahnya, membaluti lapisan wafer rangup tandatangan berperisa pralin mentega dan kacang di dalamnya. Ia dibungkus dengan pek emas menyarau sebagai tanda tuah dan kekayaan. Pembungkusan untuk edisi terhad kali ini adalah direka bentuk secara uniknya dengan menerapkan elemen-elemen sambutan perayaan seperti buih dan kilau-kilauan, selain digunakan juga pembalut berwarna emas. Ia cukup sesuai untuk diberi sebagai hadiah ataupun dikongsi bersama sahabat-handai dan orang yang tersayang.

 

KITKAT GOLD


Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Konfeksionari Malaysia dan Singapura, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata: “Musim perayaan adalah satu detik istimewa untuk diraikan dan beristirehat bersama orang tersayang. Daripada saling bertukar hadiah sehinggalah ke berkongsikan nikmat sekotak coklat, segalanya adalah mengenai saat indah dapat bertemu semula dan menghabiskan masa bersama. Untuk menyambut ketibaan Tahun Baharu, KITKAT mengambil kesempatan untuk melancarkan KITKAT Gold, kepingan coklat, mentega dan kacang yang hebat untuk dikongsi sebagai hadiah ibarat emas sesama rakan dan keluarga tersayang.”


 

Edisi terhad KITKAT Gold boleh didapati dalam bentuk pemberian hadiah Kotak Perayaan (3 x 4 Jejari), Pek pelbagai 2-Jejari (8 keping untuk setiap pek) dan 4-Jejari tunggal di kesemua kedai runcit utama di seluruh Malaysia.

 

KITKAT GOLD



Bagi memeriahkan lagi musim perayaan bersempena dengan Tahun Baharu Cina dan tahun Lembu Emas, KITKAT Gold juga meraikan ketibaan 2021 yang penuh 'Ong' dengan Peraduan Menang Emas KITKAT  yang berlangsung dari 8 Januari hingga 28 Februari 2021.  Hadiah-hadiah Golden Break bernilai hampir RM288,888 yang menjadi rebutan merangkumi:
 

  • HADIAH UTAMA - KEPINGAN EMAS 4-JEJARI KITKAT – 8x pemenang
  • Hadiah Pertama - RM8,888 – 10x pemenang
  • Hadiah Istimewa  - RM888 – 12x pemenang
  • Hadiah Mingguan  - RM188 – 88x pemenang mingguan


 


Para pengguna berpeluang meraih Golden Break dengan mengikuti 4 langkah mudah berikut:

Langkah 1 : Membeli produk-produk KITKAT dengan nilai minima RM8

Langkah 2 :  Tulis nama mereka (seperti dalam KP) dan nombor MyKad pada resit bercetak rasmi

Langkah 3 : Ambil gambar resit tersebut dengan jelas

Langkah 4 : WhatsApp gambar resit itu kepada +6018 228 3090


 

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad menambah,

 “Emas sentiasa dikaitkan dengan tuah dan kekayaan. Seiring dengan pelancaran KITKAT Gold, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu kepada semua pengguna kami di seluruh Malaysia dan mudah-mudahan mereka akan mendapat permulaan yang baik pada tahun 2021 dan seterusnya tuah datang berlimpah, sambil menikmati detik keemasan yang kami hasilkan khas untuk mereka.”


“Selama ini, Nestlé Confectionery merupakan peneraju dalam kategori ini di mana kami sentiasa berubah dan membangunkan perisa dan pengalaman baharu dari tahun ke tahun agar dapat memenuhi kehendak selera pengguna-pengguna kami di samping mencipta trend baharu. Pasukan KITKAT yang bertungkus lumus menghasilkan barisan produk baharu ini telah melakukan satu tugas yang hebat  dalam mencipta keseronokkan dan kudapan yang enak sambil mengekalkan intipati jenama ini!”

 ujar Aranols.

 



Susulan kejayaan KITKAT Ice cream serta cetusan inspirasi daripada KITKAT Gold baharu, Nestlé Ice Cream juga dengan bangganya melancarkan KITKAT Gold Ice Cream, iaitu satu 'golden break' dengan aiskrim berperisa wafer yang disalut dengan coklat putih dan dihiasi croquant rangup dan serpihan Wafer KITKAT.

 

Teo Heng Keat, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Aiskrim, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, 

“Melalui inspirasi yang diperolehi daripada KITKAT Gold, kami mengambil kesempatan untuk mencipta satu 'golden break' yang lebih 'cool' agar penguna-pengguna kami betul-betul dapat mendinginkan diri daripada cuaca panas!”


KITKAT GOLD


Bersempena pelancaran dua produk 'Gold' baharunya, Nestlé Malaysia turut berbesar hati untuk memperkenalkan Ciptaan Emas tersendiri bagi KITKAT Gold, Nestle Nestlé Ice Cream dan Nescafé Nescafe Gold; iaitu panduan mencampur gaul perisa dan tekstur daripada tiga produk tersebut bagi menghasilkan kombinasi hebat resepi hidangan. Resepi baharu akan dikongsikan setiap minggu di https://www.youtube.com/KitKatMalaysia untuk orang ramai cuba menyediakan hidangan emas kegemaran mereka.

 




Kongsikan Kasih Sayang, Kongsikan Detik Keemasan!

Untuk pembelian online : Kitkat Gold Limited Edition


#SharetheGoldenBreak
#KitKatMY
#MYKitKatGold

Resepi Tomyam Ala Thai Sedap Macam Restoran Thai

Berikut Cik iena kongsikan Resepi Tomyam Ala Thai Sedap. Cik iena sememangnya penggemar tomyam. Jadi Cik iena akan cuba pelbagai tomyam paste dan cara memasak tomyam. Now Cik iena nak kongsikan respi tomyam yang cik iena dah olah dan yang selalu cik iena masak di rumah dengan menggunakan tomyam paste favourite cik iena.

Resepi Tomyam Ala Thai Sedap Sama Macam Restoran Thai


Bahan Bahan Tomyam


Resepi Tomyam Ala Thai Sedap
 Tomyam Ala Thai
 
  • 6 Ekor Udang
  • 4 Ekor sotong
  • Sedikit Isi Ayam
  • Sebiji Bawang Holand 
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • Bunga Kubis
  • Lobak Merah
  • Cendawan
  • 2 Biji Tomato
  • 10 Helai Daun limau purut
Resepi Tomyam Ala Thai Sedap
Bahan bahan Tomyam Ala Thai


Bahan Hiris Dan ketuk

  • 3 Batang Serai
  • Halia ( lebih kurang sebesar ibujari perempuan x 2)
  • Lengkuas (Lebih kurang sama banyak dengan halia) 
  • 4 rumpun Akar Daun ketumbar
  • 3 Biji Cili Api merah (kalau suka pedas boleh tambah lagi)

Resepi Tomyam Ala Thai Sedap
akar daun ketumbar, halia,lengkuas dan serai . Akar daun ketumbar perlu dibersihkan kemudian ketuk sedikit untuk dapatkan extra aroma dan rasa. Halia,lengkuas dan serai di hiris dan kemudian diketuk sedikit juga untuk mendapatkat extra aroma dan rasa

Resepi Tomyam Ala Thai Sedap
Cili api merah yang di belah dua tapi tidak sampai putus dan kemudian di ketuk. Daun limau purut pula dibuang tulang bahagian tengah.
 
  • 2 Sudu Besar Tomyam paste jenama Peace
  • 2 Sudu Besar Thai Cili Paste
  • 2 Sudu Besar Sos ikan thai
  • 1 Biji jus perahan Limau nipis
  • Setengah Cawan Susu cair  (75ml)
  • 5 Cawan air (750ml)
  • Daun ketumbar dihiris


Resepi Tomyam Ala Thai Sedap
Dua sudu besar tomya m paste dan dua sudu besar thai chili paste

 

Resepi Tomyam Ala Thai Sedap
2 sudu besar sos ikan dan 1 biji air perahan limau nipis
 

Resepi Tomyam Ala Thai Sedap
75ml susu cair untuk sukatan 750 ml air (kalau suka lebih creamy boleh lebihkan susu cair
 

Untuk pengetahuan cawan yang cik iena guna Cik iena dah sukat jumlah kandungannya untuk 1 cawan adalah 150ml

 

 Sudu besar yang Cik iena guna pula lebih besar dari sudu biasa kita jumpa dekat kedai makan. Boleh rujuk gambar dibawah. Sudu besar yang paling kanan. Dua sudu lagi sebelah kiri. Standard size dekat kedai makan biasa kita jumpa. Kesimpulannya anda boleh je lebih atau kurangkan paste ikut citarasa masing masing. Cik iena cuma bagi kuantiti anggaran. Sebab bukan semua orang biasa masak dan tau banyak mana nak guna untuk memasak.


Resepi Tomyam Ala Thai Sedap Sama Macam Restoran Thai


Tomyam paste Sedap 

 

Sebelum Cik iena kongsikan cara memasak Cik iena kongsikan terlebih dahulu tomyam paste yang Cik iena gunakan. TOmyam paste ni memang highly recomended tau. Memang sedap. Cik iena sekali cuba dah suka tomyam paste ni kerana ianya sememangnya sedap.

 



Peace Brand Thai Tom Yum Paste 

 

Peace Brand Thai Tom Yum Paste


Peace Brand Thai Tom Yum Paste

 

Jenama Peace ni merupakan jenama dari thailand dan anda tak perlu risau kerana ianya halal. Selepas Cik iena google tentang jenama ini. Ada blogger yang tulis mengatakan bahawa jenama ini adalah jenama yang selalu kedai makan gunakan. Patutlah sedap.

Selain dari memasak cara yang Cik iena guna selalu. Cik iena juga pernah cuba masak tanpa guna bawang,serai,cili api memang sedap. Cik iena pernah masak tanpa bawang , serai, daun limau purut,cili,lengkuas,halia. Rasa nya sedap juga boleh tahan. Cik iena cuma gunakan tomyam paste,cili paste, susu cair, sos ikan dan air perahan limau dan kemudian bahan isi seperti sayur dan seafood. Tetap sedap walaupun tanpa bahan asas yang cik iena sebut tadi. 

Untuk pengetahuan anda lagi tomyam paste ini dah sedia masam, tak perlu tambah asam jawa tetapi Cik iena guna jus perahan limau nipis kerana aroma dan rasa jus limau nipis itu memang sedap. Kalau tak percaya boleh cuba bezakan. Lepas padam api semua baru letak jus perahan limau nipis. Limau nipis tau bukan limau kasturi atau lemon.

Sekiranya anda ingin membeli secara online boleh beli di Tomyam Paste


Resepi Tomyam Ala Thai Sedap


Maepranom Brand Chili In Oil For Tom Yum

 

Maepranom Brand Chili In Oil For Tom Yum
Maepranom Brand Chili In Oil For Tom Yum

Maepranom   juga merupakan jenama dari Thailand. Jenama ni memang Cik iena tau sering diguna di kedai kedai makan. Cik iena sendiri pernah lihat . Sebelum ni masa pergi rantau panjang kelantan pun Cik iena banyak nampak jenama ni dan orang orang yang menjual memang cakap ini jenama yang kedai makan selalu guna. Kalau tak silap ada tomyam paste dan chili paste. tapi Cik iena tak jumpa tomyam paste. Cik iena jumpa Chili paste je sebab tu Cik iena cuba beli tomyam brand peace diatas.

Untukpengetahuan chili paste ni tak pedas, jadi anda perlu tambah cili api seperti yang cik iena nyatakan dalam bahan-bahan tomyam diatas.Untuk tahap kepedasan Cik iena, Cik iena cuma perlu tambah 3 biji cili api merah. Sekiranya anda suka pedas perlu tambah lebih. Level kepedasan Cik iena memang kurang pedas ya. Orang lain kata tak pedas, bagi iena dah pedas.

Untuk jenama ini juga ianya adalah halal.

Sekiranya anda ingin membeli secara online boleh beli di Thai Chili Paste



Cara Masak Tomyam ala Thai

Cara Masak Tomyam ala Thai

 

 Memandangkan bahannya sangat banyak jadi kalau cik iena tulis panjang. jadi Anda boleh rujuk video cara masak yang telah Cik iena rakamkan. Cuma Cik iena nak ingatkan sukatan air boleh ditambah tetapi perlu tambah tomyam paste ,thai chili paste ,sos ikan dan perahan limau nipis.

 


Cara Masak Tomyam ala Thai

 

Untuk pengetahuan Cik iena tinggal berdua sahaja dengan adik jadi kuantiti masakan ni untuk dua orang makan tapi kami boleh makan dua kali iaitu tengah hari dan juga malam. Kadang kadang ada lebih sekali makan untuk keesokan hari. Ouh ya tomyam ni kalau dibiar semalaman ianya lagi sedap tapi jangan lupa letak dalam peti ais sebab ade kandungan susu cair takut basi.


Cara Masak Tomyam ala Thai

 

Jadi kesimpulannya kuantiti resepi ini untuk 5 orang makan. Untuk kandungan bahan bahan ni Cik iena tak menggunakan garam kerana cik iena telah gunakan sos ikan. Sos ikan sendiri dah masin dan Cik iena biasanya makan dengan spagethi jadi kuah tak perlu masin sangat. Jika anda makan dengan nasi perlu tambah sedikit garam.

 

Cara Masak Tomyam ala Thai



Video Cara Masak Tomyam Ala Thai







Maepranom Brand Chili In Oil For Tom Yum

 

Maepranom Brand Chili In Oil For Tom Yum
Maepranom Brand Chili In Oil For Tom Yum

Maepranom Brand Chili In Oil For Tom Yum juga merupakan jenama dari Thailand. Jenama ni memang Cik iena tau sering diguna di kedai kedai makan. Cik iena sendiri pernah lihat . Sebelum ni masa pergi rantau panjang kelantan pun Cik iena banyak nampak jenama ni dan orang orang yang menjual memang cakap ini jenama yang kedai makan selalu guna. Kalau tak silap ada tomyam paste dan chili paste. tapi Cik iena tak jumpa tomyam paste. Cik iena jumpa Chili paste je sebab tu Cik iena cuba beli tomyam brand peace diatas.

Untukpengetahuan chili paste ni tak pedas, jadi anda perlu tambah cili api seperti yang cik iena nyatakan dalam bahan-bahan tomyam diatas.Untuk tahap kepedasan Cik iena, Cik iena cuma perlu tambah 3 biji cili api merah. Sekiranya anda suka pedas perlu tambah lebih. Level kepedasan Cik iena memang kurang pedas ya. Orang lain kata tak pedas, bagi iena dah pedas.

Untuk jenama ini juga ianya adalah halal.

Sekiranya anda ingin membeli secara online boleh beli di Thai Chili Paste

 

Full Artikel Resepi TomYam ala Thai Sedap 

Peace Brand Thai Tom Yum Paste

 


Peace Brand Thai Tom Yum Paste


Peace Brand Thai Tom Yum Paste

 

Jenama Peace Brand Thai Tom Yum Paste ni merupakan jenama dari thailand dan anda tak perlu risau kerana ianya halal. Selepas Cik iena google tentang jenama ini. Ada blogger yang tulis mengatakan bahawa jenama ini adalah jenama yang selalu kedai makan gunakan. Patutlah sedap.

Selain dari memasak cara yang Cik iena guna selalu. Cik iena juga pernah cuba masak tanpa guna bawang,serai,cili api memang sedap. Cik iena pernah masak tanpa bawang , serai, daun limau purut,cili,lengkuas,halia. Rasa nya sedap juga boleh tahan. Cik iena cuma gunakan tomyam paste,cili paste, susu cair, sos ikan dan air perahan limau dan kemudian bahan isi seperti sayur dan seafood. Tetap sedap walaupun tanpa bahan asas yang lain.

Untuk pengetahuan anda lagi tomyam paste ini dah sedia masam, tak perlu tambah asam jawa tetapi Cik iena guna jus perahan limau nipis kerana aroma dan rasa jus limau nipis itu memang sedap. Kalau tak percaya boleh cuba bezakan. Lepas padam api semua baru letak jus perahan limau nipis. Limau nipis tau bukan limau kasturi atau lemon.

Sekiranya anda ingin membeli secara online boleh beli di Tomyam Paste

 

Full Artikel Resepi TomYam ala Thai Sedap 

 

Segmen Drop Your Link By Adinda Baizura Mazlan

Assalammualaikum, bertahun tahun rasanya iena tak join segmen . Okay hari ni tergerak hati nak join sebab iena blogwalking ke blog Adinda Baizura nampak posting ni dan kebetulan iena tengah free.Iena ni jarang blogwalking tapi iena akan return comment orang yang comment dekat blog iena.

Kadang kadang ada nampak segment macam ni masa blogwalking cuma tak dapat nak join sebab tengah sibuk. Bukan memilih tapi iena join bila tak sibuk.

Maka dengan itu tercipta lah artikel ni, Kalau blogger lain nak join boleh klik banner ya

Segmen Drop Your Link By Adinda Baizura Mazlan


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve