Grab The Promo

Promosi Diskaun Hebat Zalora Extra 40% Off

Promosi Diskaun Hebat Zalora Extra 40% Off  

Bila PKP ni memang banyak online store yang tawarkan pelbagai promosi menarik. Zalora juga tidak terlepas untuk menawarkan aneka promosi menarik untuk pelanggan sedia ada dan juga pelanggan baru mereka.

Cik iena sememangnya penggemar pakaian di Zalora kerana kualiti produknya yang terjamin. Selain itu penghantaran juga cepat. Berikut Cik iena kongsikan promosi terkini dari Zalora yang mungkin akan menarik perhatian anda juga.


Promosi Diskaun Hebat Zalora Extra 40% Off

Diskaun 40% untuk masa terhad sahaja dimana syarat minimum pembelian adalah RM199 sahaja.

CODE : 40SELECTS

Selain itu terdapat promosi lain lagi untuk anda seperti dibawah.

 

Promosi Diskaun Hebat Zalora Extra 40% Off
Pada yang berminat jom klik link di bawah untuk shopping :)

KLIK

Virtual Annual Dinner 2020

Pada 9 Febuari yang lepas Syarikat dimana Cik iena bekerja telah mengadakan annual dinner secara virtual. Mungkin kedengaran agak pelik tapi ianya adalah kenyataan. Seperti kita sedia maklum duia telah dilanda wabak Covid-19. Wabak yang sangat bahaya ini sedikit sebanyak telah melumpuhkan sistem ekonomi negara. Banyak sektor terpaksa bekerja daripada rumah dan hanya sebahagian sektor sahaja yang dibenarkan beroperasi namun perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Virtual Annual Dinner 2020

 

Acara Annual dinner bagi setiap syarikat merupakan acara wajib setiap tahun bagi menghargai pekerja. Bagi meneruskan acara ini walau dimusim pandemik covid-19, Syarikat kami telah menganjurkan Virtual Annual Dinner melalui voov meeting. Persediaan untuk Virtual annual Dinner ini tentulah telah diatur lebih kurang dua minggu awal oleh Buffed club committe. 

Buffed Club merupakan nama kelab yang kami namakan dimana ianya merupakan kelab yang mewakili kesemua pekerja dimana terdapat  sekumpulan ahli jawatankuasa yang berfungsi untuk merancang aktiviti sosial syarikat dikalangan pekerja. Wujudnya Kelab ini adalah untuk mempereratkan lagi sillaturrahim sesama rakan sekerja. Kami tidak sekadar bekerja malahan tetap keep in touch diluar waktu bekerja.

 


Virtual Annual Dinner 2020

 

Pelbagai aktiviti yang diaturkan. Terpulang sama ada pekerja mahu sertai atau tidak. Untuk yang sertai pasti ada reward. Kami mempunyai aplikasi untuk Buffed club yang merekodkan kehadiran. Bagi setiap kehadiran pula diberi diamond. Dimana diamonds ini boleh ditukarkan kepada pelbagai jenis barangan makanan di pantry office.

 

Virtual Annual Dinner 2020


Okay Cik iena teruskan kepada acara Virtual Annual Dinner kami. Antara aktiviti yang kami rancang adalah pertandingan best dress,pertandingan nyanyian dan juga terdapat game ringkas iaitu Draw and guess. Anda boleh tonton vlog yang sempat Cik iena rakam. Walaubagaimanapun untuk draw and guess cik iena tak sempat rakam sebab Cik iena sedang menyemak keputusan undian pertandingan nyanyian.

 

Virtual Annual Dinner 2020

 

Untuk acara-acara yang kami aturkan setiap bahagian mempunyai person incharge untuk laksanakan . Cik iena ditugaskan untuk membuat borang online bagi penyertaan nyanyian dan juga borang untuk undian. Untuk borang penyertaan serta undian pertandingan nyanyian dan pertandingan Best Dress kami menggunakan Google form sahaja.

Seperti annual dinner biasa mesti ada host untuk majlis ni. Kali ni acara ini di hostkan oleh Afni dan juga Shah. Memang meriah afni and shah yang jadi host sebab mereka berdua di pejabat memang suka tergelak dan memang lawak orangya jadi acara jadi lebih meriah. Comel sangat bahasa rojak Afni buat kami terhibur.  

 

Male Host for our Virtual Annual Dinner 2020
Perkenalkan host kami Shah. Di office karekter dia lawak tapi kali ni dia agak serius ya jadi host but still buat kami terhibur :)

FeMale Host for our Virtual Annual Dinner 2020
FeMale Host for our Virtual Annual Dinner 2020. Afni memang lawak. sama karektar dia dekat pejabat. Paling win bahasa rojak. Yes sangat terhibur. Rasa majlis ni santai dan semua orang enjoy

 



Virtual Annual Dinner 2020

Jika sebut annual dinner pasti tidak lari dari hidangan makanan yang sedap. Pastinya kami juga dijamu dengan makanan yang enak. Syarikat mengaturkan penghantaran   makanan dari Nale The Nasi Lemak untuk semua pekerja.  Maaf Cik iena pun tak sempat ambil gambar makanan sebab masa makanan sampai team ajk buffed club sedang rehearsal untuk majlis virtual annual dinner.

 


Virtual Annual Dinner 2020

 

Ya sudah pasti akan ada reherasal supaya majlis virtual annual dinner berjalan lancar sama seperti majlis annual dinner yang sering kita adakan. Dibawah merupakan tentatif majlis kami dan juga Cik iena kongsikan vlog Virtual Annual dinner kami baru baru ini.


Virtual Annual Dinner 2020

 

Virtual Annual Dinner 2020

 

Sebelum teruskan menulis Cik iena perkenalkan antara buffed club committee disebalik tabir majlis Virtual Annual dinnner ni yang Cik iena ada gambar ootd Virtual Annual dinnner mereka.

 

Buffed club committee 

Amin


buffed club committee
Amin

Irfan

 

buffed club committee
Irfan

 

Habib

buffed club committee
Habib

Kelly ( Boeh rujuk gambar best dress award)

Afni (boleh rujuk gambar female host)

iena ( boleh rujuk pic dibawah)

Najwa

buffed club committee
Najwa


Lain lain takde hantargambar penyertaan Best dress so tiada gambar lah iena letak. Lain lain buffed club committee Daisy, Honphun and Khing.


Best Dress Virtual Annual Dinner

Gambar berikut merupakan penyertaan yang kami terima untuk katagori Female dan Male. Nampaknya lelaki lagi ramai yang sertai :)
 
Best Dress Virtual Annual Dinner
6 Penyertaan untuk katagori Female




Best Dress Virtual Annual Dinner  
11 Penyertaan untuk kategori Male
 
 
 
 
Best Dress Virtual Annual Dinner

Semestinya Cik iena sentiasa tak terlepas untuk sertai Best Dress sebab Cik iena memang suka berfashion. Kali ini tema Free style sebab semua work from home . Tahun ini sama seperti tahun lepas Cik iena takde beli baju. Cuma guna baju yang sedia ada sahaja memandangkan Cik iena seorang fashion blogger yang sering diundang ke majlis majlis tertentu pastinya Cik iena ada banyak Dress jadi Cik iena guna Dress sedia ada sahaja.


Best Dress Virtual Annual Dinner

 

Tahun ni memandangkan dirumah tak ramai yang menghantarkan penyertaan.  Cik iena memang suka memeriahkan penyertaan. ootd cantik cantik untuk feed instagram jugak. Ouh tapi masa hari kejadian tak post di insta feed cuma di insta story sebab ada schedule paid post yang perlu Cik iena post di instagram. Gambar da basi baru nak upload :)


Best Dress Virtual Annual Dinner

 

Ramai yang reply story iena cakap baju cantik. Terima kasih banyak banyak. Baju ni iena beli lama dah tahun 2019. Kalau sesiapa nak cari dress cantik boleh cari di https://zalora.prf.hn/l/7AvkwE4

 

Best Dress Virtual Annual Dinner


 

 

Pemenang Best Dress Virtual Annual Dinner 2020

Tahun ini pemenang Best Dress Virtuan Annual Dinner 2020 adalah Kelly Dan Paan. Paan sangat cute memang comel sesuai dengan tema free style work from home. Kelly memang sentiasa Cantik. Wahh terkejut Kelly nampak tinggi tapi dia tak tinggi pun hehe. Kamera Trick. Pandai yang ambil gambar tu.


Best Dress Virtual Annual Dinner

Best Dress Virtual Annual Dinner
Kelly our Miss President Buffed Club
 
Pemenang adalah berdasarkan undian. Untuk best dress dikelolakan oleh Irfan dan Habib. Cik iena terlupa pula nak mintak contoh form dan screenshot result undian. Untuk bahagian result undian ni mereka pun tak kongsi dalam buffed club commitee group jadi Cik iena tak tau la carta nya bagaimana. Macam cik iena once tau result terus kongsi didalam group supaya semua committee dapat tengok bukti pemenang gitu :)

 
 

Pertandingan Karaoke  Virtual Annual Dinner 2020


Setiap tahun acara wajib annual dinner kami adalah pertandingan nyanyian. Tahun ini dijuarai Oleh Taufiq dan diikuti naib johan Hazim, tempat ke tiga Amin, keempat Khing dan ke lima Kelly.

Berikut Contoh borang undian yang simple dan mudah serta keputusan.
 
 
 
 

Pertandingan Karaoke  Virtuan Annual Dinner 2020

 
Cik iena kongsikan untuk rujukan kalau ada yang nak buat virtual annual dinner. Selain acara diatas kami juga ada acara cabutan bertuah dimana semua pekerja akan dapat hadiah. Boleh rujuk vlog untuk hadiah cabutan bertuah.
 


Best Dress Virtual Annual Dinner



Cabutan Bertuah Oleh Boss

Acara cabutan bertuah dibuat oleh Boss kami tentunya. Boss yang cabut nama pemenang cabutan bertuah dan AJK lain bertanggungjawab untuk catit nama siapa yang dapat hadiah itu dan ini. Sama seperti bahagian lain semuanya akan ada ajk yang ditentukan untuk mencatit nama atau keputusan.

Maaf nama boss tak boleh tulis sebab sebelum ni pernah tulis artikel wedding ex boss letak nama penuh bila orang google nama penuh terjumpa. So agak bahaya untuk boss  boss ya. Identiti perlu dirahsiakan gitu. Sebab malas nak edit blog buang nama. Sebab sebelum ni dah pernah terjadi. Haha


Review Nale Nasi Lemak

Okay menyempat Cik iena nak review walaupun tak sempat nak ambil gambar. Secara keseluruhannya nasi lemak dia sangat sedap dan Cik iena sangat suggest kalau anda juga nak cuba. Cik iena pernah terbaca orang tulis NAle ni the best nasi lemak in KL. Ya Cik iena sokong memang sedap. Walaupun Cik iena makan dah malam selepas majlis. Disebabkan sibuk rehearsal dan kemudian terus majlis bermula memang tak sempat makan. Selepas majlis baru makan. Walaupun dah sejuk tetap sedap nasi lemak Nale.

Untuk pesanan Nasi lemak nale klik https://www.thenale.com/


Selain nasi lemak, syarikat juga ada berikav Voucher RM20 Baskin robins. Memang menarik. Semua staff dapat voucher ni. Cik iena memang suka makan ni. Hari Khamis dah start cuti CNY terus pergi Baskin robins Cheras Leisure Mall.


Plannya nak redeem tapi malangnya masa tu cashier tu masukkan code iena berkali kali tak boleh. TErpaksalah bayar sendiri dan cuba next time. Sebab Kawan pejabat yang lain ada yang dapat redeem. CIk iena syak staff baskin robins tu tak pernah kendalikan voucher code. Kalau tak kenapa dekat outlet lain boleh redeem kan.

Walaupun tak jadi redeem lagi tetap nak belanja gambar BR.

 

Vlog Virtuan Annual Dinner 2020

 


 SENARAI PEMENANG DAN HADIAH

Best Dress Awards

1. Farhan (RM200)
2. Kelly (RM200)


Special Prizes (Buffed Club)

1. Zai (RM300)
2. Amin (RM200)
3. Irfan (RM100)


Game Winner List ( Draw and guess)


1) Nini
2) Aishah
3) Nabilah
4) Afiq
5) Adel
6) Liken
7) Liken
8) Hazim
9) Nabilah
10) Safwan

Karaoke Competition:


1st RM300 - Taufiq
2nd RM250  - Hazim
3rd RM150 - Amin
Consolation prize RM50 - King & Kelly


Cabutan bertuah banyak sangat hadiah menarik boleh tonton vlog diatas . Cabutan bertuah cik iena dapat Car air purifier . Melepas nak Vacuum mahal tuh hehe takde rezeki. Haaa anda pula bagaimana? Syarikat ada buat Virtual annual dinner tak?


ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream

Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Wanita sememangnya sinonim dengan produk kecantikan. Terdapat banyak produk kecantikan yang wujud dipasaran dengan pelbagai fungsi yang tertentu. Antara produk kecantikan yang Cik iena pernah cuba adalah ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream.

Review ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream

Setiap wanita pastinya inginkan kulit yang sihat, cantik dan cerah berseri. Begitu juga dengan Cik iena.Apabila kulit kita cerah secara semulajadinya kita akan nampak cantik dan menonjol. Disini Cik iena ingin kongsikan produk pencerahan dari ViViWhite yang Cik iena sedang Cuba.

Hari hari ViViWhite barulah snow white 

ViviWhite

 

Dengan memegang cogan kata "Hari hari ViViWhite barulah snow white" , ViViwhite mengutamakan falsafah  4N iaitu Nature, Nutrion, No Irritation dan No Addition. Krim penjagaan wajah ini berfungsi untuk melindungi tekstur semula jadi kulit dengan menggunakan formula semula jadi untuk penjagaan kulit wajah.

Falsafah ViViwhite 4N


1. Nature
2. Nutrition
3. No Irritation
4. No Addition

Istimewanya  ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream ini adalah ianya mengandungi 4 Bahan Asli dan juga 4 Bahan utrien yang sangat diperlukan untuk kulit wajah kita dimana kesemua bahan asli dan nutrien ini akan membantu mempercepatkan lagi proses merawat wajah secara semulajadi.

Bahan Asli

1. Akoya Pearl Extract: Brighten skin.
2. Heliance Annus Seed Oil: Control grease on the skin.
3. Cynanchum Atratum Extract: Anti-inflammatory agent.
4. Rose Damascena Phytplacenta Extract: Soothing and Reducing Redness on the skin surface.
 

Bahan-bahan nutrien

1. Sodium Hyaluronate: Moisturizing and water-locking film on the skin.
2. Lecithin: Repair and Nourishing skin.
3. Vitamin E: Anti-aging and Antioxidant agent.
4. Titanium Dioxide: Dark spots lightening.

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream
ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream

 

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream

 

 

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream diperkaya dengan ekstrak Ros yang bertindak sebagai penghilang kemerah merahan pada wajah . 

Ekstrak Mutiara Akoya – Mencerahkan Kulit
Ekstrak Mutiara Akoya – Mencerahkan Kulit

 

Ianya juga mengandungi ekstrak mutiara Akoya dari Jepun untuk membantu mencerahkan dimana ekstrak mutiara ini menggunakan program saintifik nano yang mengandungi 18 jenis asid amino mikronutrien yang diperlukan oleh kulit.

Selain itu ian juga mengandungi Cynanchum Atratum Extract . Ekstrak ini mempunyai gelaran agen Anti-perengsa, terdiri daripada ekstrak herba tumbuhan BaI Wei. Ia dapat memberikan 5 Kesan Anti-Kulit = "Anti-sensitiviti, Anti-iritasi, Tahan minyak, Anti-pigmentasi dan Anti-dehidrasi".

Minyak bijian Helianthus Annuus - Mengawal minyak
Minyak bijian Helianthus Annuus - Mengawal minyak

 


ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream dikatakan cream yang unik kerana

1. Krim pencerah gred penjagaan kulit yang sekata cerah dalam 8 saat.
2. Ia menyegarkan, tidak berminyak.
3. Penggunaan krim pencerah kelas penjagaan kulit jangka panjang yang tidak akan sensitif terhadap pengelupasan.
4. Krim pencerah kelas penjagaan kulit yang boleh digunakan sepanjang hari.

 

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream Tanpa Bahan Terlarang

Istimewanya ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream adalah kerana ianya tidak mengandungi bahan terlarang yang boleh merosakkan kulit.

1. No Paraben
2. No Mineral Oil
3. No Formaldehyde
4. No Silicone
5. No Alcohol
6. No Artificial Colouring
7. No Talcum
8. No Triethanolamine

Seperti kita sedia maklum 8 ramuan ini akan menyebabkan kepekaan kulit dan menjadikan kulit anda lebih rapuh, kering, tersumbat, dan beberapa urutan. Untuk ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream ini ianya tidak mengandungi bahan terlarang yang merbahaya ini.


 


Clinical laboratory trials proof

Istimewanya lagi produk ini kerana ianya  mempunyai Ujian makmal klinikal membuktikan bahawa ia dapat memperbaiki 8 masalah kulit dengan berkesan:


1. Menguning kulit
2. Tona kulit tidak sekata, cela
3. Pigmentasi
4. Bulatan gelap
5. Kulit merah
6. Kulit kering
7. Pori besar
8. Garisan halus pada kulit  



 

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream
ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream

 

Jenama antarabangsa ViViwhite mempunyai jenis kulit yang terbukti secara klinikal di pelbagai negara seperti di bawah:


1. Cerah seketika, HANYA 8 SEKITAR!
2. Mencerahkan tona kulit.
3. Melembapkan dengan mendalam.
4. Pelembap tinggi selama 12jam.
5. Menyegarkan dan mengawal minyak, menyegarkan serta-merta dan tidak berminyak.
6. Kekurangan pembaikan yang kuat, memperbaiki garis, dan memperbaiki liang tanpa alat solek atau alat solek.
7. Cemerlang dalam warna Pudar, pembentukan semula kulit, dan pertumbuhan epidermis dalam masa 28 hari.
8. Tahan melanin dan UV pelindung matahari.
9. Sesuai untuk semua jenis kulit Asia dan telah diuji untuk anti-alergi, anti-tusukan, anti-kemerahan, dan anti-pengoksidaan.
10. Untuk aplikasi jangka panjang, kulit menjadi lebih cerah dan lebih sekata setelah 90 hari penggunaan dan membentuk lapisan pelindung kulit yang khas.

 


ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream
Wajah Cik iena selepas 11 hari penggunaan. Gambar tanpa CC Cream or make up

Hydra Brightening Cream mempunyai 3 transform (3T):


Krim Pencerah Hidrasi Ektrak Mutiara ViViwhite adalah seperti produk penjagaan kulit artis yang boleh berkata, kerana dia mempunyai 3 Perubahan (3T):


  1. Perubahan Pertama = Kulit kusam menjadi cerah
  2. Perubahan Kedua = Kulit kering menjadi lembap
  3. Perubahan Ketiga = Kulit sensitif menjadi sihat


Review ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream

Cik iena kongsikan review selama 11 hari menggunakan krim ini. Secara keseluruhannya masih belum dapat kesan putih seperti yang di inginkan. Baru 11 hari guna kan. Perlulah bersabar. Lagi lagi kalau produk menggunakan bahan semulajadi kesan agak lambat tapi hasilnya memang berkesan dan berpanjangan.

 

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream
Wajah selepas 11 hari penggunaan . Tiada jerawat, cuma ada bekas parut datang bulan sebelum ni tapi dah semkin pudar Ehh ada yang dot hitam tu tahi lalat tau muka iena ada banyak tahi lalat terutama keliling bibir haha

 

Untuk 11 hari penggunaan kesan yang Cik iena rasa adalah kulit lebih cerah sedikit berbanding sebelumnya. Sejurus selepas pakai krim kulit memang akan brighter. Apa yang Cik iena perasan bila bangun pagi tanpa sebarang solekan kulit tampak lebih cerah dan gebu.

Tekstur krim ini juga tidak berminyak dian ianya sangat mudah diaplikasikan. Ianya muda menyerap dalam kulit serta tidak melekit.

Untuk pengetahuan Sepanjang tempoh 11 hari  pemakaian krim ini tiada jerawat yang muncul di wajah Cik iena walaupun diketika ini Cik iena sedang datang bulan. Kebiasaannya wajah Cik iena akan naik jerawat bila datang bulan. Bila tiada jerawat yang naik memang kulit nampak cantik sahaja bila Cik iena mengenakan solekan. Solekan tu lebih berseri :)


ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream
Bila kulit licin takde jerawat, solekan pun nampak lagi cantik :)

Walaubagaimanapun untuk kulit jenis kering seperti Cik iena tahap kelembapanya masih belum mencapai tahap kelembapan yang Cik iena impikan. Kulit Cik iena berjenis kering dan sangat kering. Cik iena perlu memakai krim pelembab terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan yang baik.Cik iena rasa cream ini lebih sesuai untuk anda yang berkulit normal, berminyak atau combination.

Untuk pengetahuan kondisi kulit setiap orang adalah berlainan, Cik iena review mengikut kondisi kulit Cik iena. Jadi tidak salah untuk anda mencuba produk ini untuk merasai sendiri kesannya terhadap kulit anda.

Rating ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream

8/10


Untuk Maklumat Lanjut layari



 

Menang Proton X50 SUV dengan sertai Peraduan NESTLE Niu Year

Bersempena dengan Tahun Lembu yang bakal tiba, Nestlé ingin menyampaikan kesejahteraan menerusi Peraduan Nestlé Niu Year di mana rakyat Malaysia berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan bernilai lebih RM900,000!

 

Peraduan NESTLE Niu Year

 

Dengan hanya membuat pembelian produk Sedia Untuk  Diminum (RTD) Nestlé  seperti minuman dalam tin, botol dan pek UHT terpilih bernilai RM5 sepanjang tempoh peraduan dari 8 Januari hingga 8 Mac 2021.

Untuk pengetahuan 8 peserta bertuah akan berpeluang memenangi Hadiah Utama berupa SUV Proton X50 serba baharu. Terdapat lapan buah kereta untuk dimenangi dan setiap kereta bernilai RM79,000! Di samping itu, hadiah wang tunai mingguan sebanyak RM2,888 dan RM888 akan diberikan kepada 16 pemenang hadiah sagu hati tempat pertama dan 240 pemenang hadiah sagu hati tempat kedua.  

Peraduan NESTLE Niu Year

 

Menurut Cik April Wong selaku  Pegawai Eksekutif Perniagaan - Ready-to-Drink, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, 

“Untuk membantu membangkit semangat dan meringankan beban rakyat Malaysia pada masa yang sukar ini, kami ingin mengalu-alukan ketibaan tahun yang membawa sinar harapan dan berkongsi tuah dengan menghadiahkan ganjaran lumayan kepada rakyat Malaysia! Sambil mengorak langkah ke tahun baru dan mengeratkan hubungan dengan orang-orang tersayang menerusi Peraduan Nestlé Niu Year, seisi keluarga boleh menikmati rangkaian produk kami yang sedia untuk diminum semasa menyambut perayaan. Kami berharap peraduan ini sedikit sebanyak dapat membawa keceriaan dan keriangan sempena sambutan Tahun Baru Cina.” 


Peraduan NESTLE Niu Year

Menarik juga kan contest iJom sertai Peraduan NESTLÉ Nîu Year dan korang berpeluang peluang memenangi Proton X50 1.5 Standard, Hadiah Wang Tunai dan Komputer Riba HP!
.
Tempoh Penyertaan 8 January - 8 March 2021


Cara Penyertaan Peraduan NESTLÉ Nîu Year

 
Peraduan NESTLE Niu Year

Langkah 1: Beli produk minuman NESTLÉ® Sedia Untuk Diminum bernilai RM5. Sila rujuk senarai produk yang turut serta. Setiap Pembelian RM5 = 1 Peluang Kemenangan

Langkah 2: Setiap Bukti Pembelian HANYA layak untuk 1 penyertaan WhatsApp sahaja.
 Hantarkan penyertaan anda Melalui Aplikasi WhatsApp

Tuliskan Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan dan Emel (jika ada) di atas resit asal bercetak.
Ambil 1 gambar yang lengkap dan jelas dan WhatsApp ke 018-228 6836.
 

PERHATIAN: Pastikan WhatsApp yang dihantar hanya mengandungi 1 gambar resit SAHAJA. Pastikan gambar resit dan maklumat adalah jelas dan boleh dibaca.


Hadiah Peraduan NESTLE Niu Year

  • Hadiah Utama8 X Proton X50 SUV (4 Pemenang Setiap bulan)
  • Hadiah Mingguan Pertama2 Pemenang X 8 Minggu - RM2888 wang tunai
  • Hadiah mingguan kedua30 Pemenang X 8 minggu- RM888 wang tunai


Nota: Penganjur AKAN menghantar laporan perakuan penerimaan bagi penyertaan WhatsApp yang diterima. Peserta MESTI menyimpan Bukti Pembelian asal untuk pengesahan Pemenang dan penebusan Hadiah.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Niu Year dan butiran cara penyertaan dalam peraduan Huat ini, sila layari https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-nestle-rtd-niuyear

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Nestle

Instagram : @nestle.malaysia


#nestle #nestlemalaysia
#ienaeliena #blogger #malaysianblogger #lifestyleblogger #food #foodporn #kakimakan #sukamakan #foodie #foodstagram #foodblogger



KITKAT RAIKAN TAHUN BAHARU DENGAN PELANCARAN KITKAT GOLD

Setiap kali tibanya Tahun Baharu, semua orang pasti akan menyambutnya dengan penuh rasa gembira dengan mengharapkan agar tahun berikut akan menjadi lebih baik berbanding sebelumnya. KITKAT, selaku antara jenama coklat konfeksionari terkemuka di Malaysia, juga tidak ketinggalan untuk meraikan 2021 dengan memperkenalkan keluaran edisi terhad terbaharunya - iaitu KITKAT Gold.

 

KITKAT GOLD
 


KITKAT Gold merupakan kombinasi dwi lapis coklat bermutu tinggi dan lazat, dengan bahagian atasnya bersalut warna kuningan emas yang memukau dan coklat susu halus di bawahnya, membaluti lapisan wafer rangup tandatangan berperisa pralin mentega dan kacang di dalamnya. Ia dibungkus dengan pek emas menyarau sebagai tanda tuah dan kekayaan. Pembungkusan untuk edisi terhad kali ini adalah direka bentuk secara uniknya dengan menerapkan elemen-elemen sambutan perayaan seperti buih dan kilau-kilauan, selain digunakan juga pembalut berwarna emas. Ia cukup sesuai untuk diberi sebagai hadiah ataupun dikongsi bersama sahabat-handai dan orang yang tersayang.

 

KITKAT GOLD


Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Konfeksionari Malaysia dan Singapura, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata: “Musim perayaan adalah satu detik istimewa untuk diraikan dan beristirehat bersama orang tersayang. Daripada saling bertukar hadiah sehinggalah ke berkongsikan nikmat sekotak coklat, segalanya adalah mengenai saat indah dapat bertemu semula dan menghabiskan masa bersama. Untuk menyambut ketibaan Tahun Baharu, KITKAT mengambil kesempatan untuk melancarkan KITKAT Gold, kepingan coklat, mentega dan kacang yang hebat untuk dikongsi sebagai hadiah ibarat emas sesama rakan dan keluarga tersayang.”


 

Edisi terhad KITKAT Gold boleh didapati dalam bentuk pemberian hadiah Kotak Perayaan (3 x 4 Jejari), Pek pelbagai 2-Jejari (8 keping untuk setiap pek) dan 4-Jejari tunggal di kesemua kedai runcit utama di seluruh Malaysia.

 

KITKAT GOLD



Bagi memeriahkan lagi musim perayaan bersempena dengan Tahun Baharu Cina dan tahun Lembu Emas, KITKAT Gold juga meraikan ketibaan 2021 yang penuh 'Ong' dengan Peraduan Menang Emas KITKAT  yang berlangsung dari 8 Januari hingga 28 Februari 2021.  Hadiah-hadiah Golden Break bernilai hampir RM288,888 yang menjadi rebutan merangkumi:
 

  • HADIAH UTAMA - KEPINGAN EMAS 4-JEJARI KITKAT – 8x pemenang
  • Hadiah Pertama - RM8,888 – 10x pemenang
  • Hadiah Istimewa  - RM888 – 12x pemenang
  • Hadiah Mingguan  - RM188 – 88x pemenang mingguan


 


Para pengguna berpeluang meraih Golden Break dengan mengikuti 4 langkah mudah berikut:

Langkah 1 : Membeli produk-produk KITKAT dengan nilai minima RM8

Langkah 2 :  Tulis nama mereka (seperti dalam KP) dan nombor MyKad pada resit bercetak rasmi

Langkah 3 : Ambil gambar resit tersebut dengan jelas

Langkah 4 : WhatsApp gambar resit itu kepada +6018 228 3090


 

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad menambah,

 “Emas sentiasa dikaitkan dengan tuah dan kekayaan. Seiring dengan pelancaran KITKAT Gold, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu kepada semua pengguna kami di seluruh Malaysia dan mudah-mudahan mereka akan mendapat permulaan yang baik pada tahun 2021 dan seterusnya tuah datang berlimpah, sambil menikmati detik keemasan yang kami hasilkan khas untuk mereka.”


“Selama ini, Nestlé Confectionery merupakan peneraju dalam kategori ini di mana kami sentiasa berubah dan membangunkan perisa dan pengalaman baharu dari tahun ke tahun agar dapat memenuhi kehendak selera pengguna-pengguna kami di samping mencipta trend baharu. Pasukan KITKAT yang bertungkus lumus menghasilkan barisan produk baharu ini telah melakukan satu tugas yang hebat  dalam mencipta keseronokkan dan kudapan yang enak sambil mengekalkan intipati jenama ini!”

 ujar Aranols.

 



Susulan kejayaan KITKAT Ice cream serta cetusan inspirasi daripada KITKAT Gold baharu, Nestlé Ice Cream juga dengan bangganya melancarkan KITKAT Gold Ice Cream, iaitu satu 'golden break' dengan aiskrim berperisa wafer yang disalut dengan coklat putih dan dihiasi croquant rangup dan serpihan Wafer KITKAT.

 

Teo Heng Keat, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Aiskrim, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, 

“Melalui inspirasi yang diperolehi daripada KITKAT Gold, kami mengambil kesempatan untuk mencipta satu 'golden break' yang lebih 'cool' agar penguna-pengguna kami betul-betul dapat mendinginkan diri daripada cuaca panas!”


KITKAT GOLD


Bersempena pelancaran dua produk 'Gold' baharunya, Nestlé Malaysia turut berbesar hati untuk memperkenalkan Ciptaan Emas tersendiri bagi KITKAT Gold, Nestle Nestlé Ice Cream dan Nescafé Nescafe Gold; iaitu panduan mencampur gaul perisa dan tekstur daripada tiga produk tersebut bagi menghasilkan kombinasi hebat resepi hidangan. Resepi baharu akan dikongsikan setiap minggu di https://www.youtube.com/KitKatMalaysia untuk orang ramai cuba menyediakan hidangan emas kegemaran mereka.

 




Kongsikan Kasih Sayang, Kongsikan Detik Keemasan!

Untuk pembelian online : Kitkat Gold Limited Edition


#SharetheGoldenBreak
#KitKatMY
#MYKitKatGold

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve