Grab The Promo

Vlog Pengalaman Dos Pertama Vaksin COVID-19 Astrazeneca di WTCKL

Cik iena kongsikan Vlog Pengalaman Dos Pertama Vaksin COVID-19 Astrazeneca di WTCKL. Untuk info Temujanji Cik iena pada 20 Jun 2021 Ahad jam 10 pagi- Station 2 WTCKL. Memandangkan Cik iena pergi naik public transport jadi Cik iena keluar dari rumah jam 8.10 pagi.Cik iena naik kereta dan parking di Station MRT Taman connought.

 

Vlog Pengalaman Dos Pertama Vaksin COVID-19 Astrazeneca di  WTCKL

 Untuk ke WTCKL, kita perlu turun di station LRT PWTC aliran sentul timur . Jadi dari MRT Taman connought Cik iena tukar train di MRT Maluri. Sampai di MRT MAluri Cik iena perlu berjalan ke LRT MAluri untuk ambil train ke Station LRT PWTC. Jangan risau sampai sana, memang ada direction untuk ke pusat temujanji vaksin. Atau boleh je tengok vlog Cik iena. Untuk pengetahun Cik iena sampai di main entrance WTCKL jam 9.30 pagi. Dari entrance sampai ke tempat cucuk vaksin memang ngam ngam pukul 10 pagi waktu janji temu. Jadi memang just nice kalau korang tiba di main entrance setengah jam sebelum tarikh temujanji. Dalam video Cik iena cuma tak rakam bahagian pendaftaran dan consultation dengan doktor serta semasa suntikan kerana tidak dibenarkan. Tapi bergantung pada doktor juga. Ada juga youtuber yang boleh rakam Cik iena tengok vlog di youtube.

 

 


 

 

 Cik iena cuma rakam dibahagian yang dibenarkan sahaja.. Secara keseluruhan pengalaman pertama vaksin AZ memang berjalan lancar. Masa isi borang semua ada yang guide jadi tidak perlu risau. Hanya ikut arahan yang telah diberikan dan semuanya akan berjalan dengan lancar. Semasa sebelum suntikan doktor akan tunjukkan dos vaksin yang akan diberikan iaitu 0.5 ml bagi setiap seorang. Untuk info satu botol vaksin yang iena tunjuk dalam video tu menurut doktor dos itu utk dikongsi. Satu botol boleh dalam 10 orang kalau iena tak salah lah. Sebab masa tu tak boleh record apa doktor cakap. Yang pasti untuk memudahkan doktor akan sukat siap siap 0.5 ml dan letak dalam setiap picagari. Jadi kerja suntikakn lebih lancar dan cepat. kalau nak buat satu satu depan kita akan memakan masa juga. Jadi bagi mempercepatkan proses vaksinasi doktor buat macam tu. Semasa suntikan diberi pada Cik iena memang tak rasa apa apa lansung. Rasa kene gigit semut pun tidak. Tiba-tiba dah siap suntik dan doktor tunjuk jarum tu dibuang. Mungkin sebab sebelum ni Cik iena selalu ambil darah jadi dah tak takut jarum dan tak de rasa gementar takut mengigil. Mungkin lah. Sebab beberapa tahun lepas Cik iena ada masalah kesihatan dan memang kerap pergi hospital ambil darah. Jadi munkin dah lali. Jarum ambil darah lagi besar kan hehe..


Vlog Pengalaman Dos Pertama Vaksin COVID-19 Astrazeneca di  WTCKL

Baiklah, info tambahan untuk semua sebelum datang ambil vaksin pastikan kita dah makan terlebih dahulu ya. Dan kalau takut rasa bosan boleh bawa kudap kudapan. Ini yang cik iena baca di blog orang tapi untuk Cik iena tak perlu pun. Cik iena bawa je tapi tak makan pun sebab memang sekejap sangat proses. Selepas vaksin tu pun dia cuma monitor 15 minit sahaja untuk tengok kesan kesan awal. Ada handset, cek sosial media. 15 minit berjalan dengan sangat pantas. Kemudian selesai boleh lah bergambar di tempat yang disediakan dan kita boleh balik. Ouh ya menurut doktor kesan akan dirasa selepas sehari. Mungkin kita akan rasa demam, pening, mengigil , sakit sendi, loya, bengkak kelanja limfa,dan lain lain kesan sampingan. 

 

 

Vlog Pengalaman Dos Pertama Vaksin COVID-19 Astrazeneca di  WTCKL
 
 

 

Namun sekiraya ada kesan lain seperti Kesukaran bernafas ,,Pembengkakan muka, bibir dan tekak , Denyutan jantung yang sangat cepat , Ruam teruk timbul di seluruh badan , Merasa pening dan lemah tubuh badan Anda mesti pergi berjumpa doktor segera.


BOLEHKAH BERSUKAN SETELAH AMBIL VAKSIN ?

Masa consultation Cik iena lupa nak tanya . Jadi selepas vaksin, Cik iena google je lah sebab iena memang hari hari workout.

Jawapannya Ya kita boleh bersukan selepas vaksin sekiranya keadaan kesihatan kita mengizinkan. Sekiranya rasa kurang sihat kita tak boleh teruskan kerana risau badan tak boleh nak bertindak balas dengan vaksin. Bagi badan berehat dulu untuk berikan masa pada sistem imun badan untuk membina daya tahan terhadap virus covid-19.

Kesan-kesan sampingan ini biasanya akan hilang selepas sehari dua dan mungkin akan menjejaskan sedikit sebanyak kemampuan anda untuk melakukan aktiviti harian termasuk berlari atau bersenam. Tetapi ini bukanlah sesuatu yang buruk kerana kesan-kesan sampingan ini menunjukkan yang sistem imun badan anda sedang bertindak balas kepada vaksin.

 

Setakat artikel ditaip jam 4:13 pm masih tiada kesan kesan yang Cik iena rasa. Mungkin esok baru rasa. Jadi petang ni boleh lah workout macam biasa :)

 

PERSEDIAAN SEBELUM VAKSINASI 

  1. Bawa kad pengenalan
  2. Handphone yang anda daftar mysejahtera
  3. Makan beberapa jam sebelum ambil vaksin.
  4. Bawa pen untuk isi borang
  5. Pakai pakaian yang sesuai buat wanita bertudung khususnya

 

TIPS PAKAIAN WANITA MUSLIMAH UNTUK VAKSINASI

Cik iena kongsikan labih mudah jika pakai blazzer, jaket,atau cardigan dengan t-hirt berlengan pendek dibahagian dalam kerana semasa suntikan kita cuma perlu jatuhkan sedikit bahu cardigan atau blazzer atau jaket  dan kemudian tarik baju lengan pendek di bahagian dalam ke atas sedikit untuk suntik. Sangat mudah. Berbanding jika pakai lengan panjang besar nak tarik dari bawah sampai atas dah banyak nampak aurat tangan kita kan :)

Tambahan dalam satu kawasan tu ada dua doktor dan dua penerima vaksin dan juga tiada pintu ya. Orang lalu lalang boleh nampak. Jadi amat penting bagi wanita muslimah diluar sana mengenakan baju yang sesuai untuk mengambil vaksin .


KESAN VAKSIN SELEPAS 24 JAM ?

Pada keesokan hari ketika baru bangun tidur baru Cik iena rasa demam. Rasa tak larat bangun and tangan yang disuntik bahagian kiri sangat sakit. CIk iena makan panadol setiap 4 jam bagi mengurangkan demam.

Alhamdulillah keeseokan hari iaitu pada hari kedua sembuh sepenuhnya. Cik iena dah tiada demam. Cuma bahagian tangan yang disuntik ada rasa lenguh sedikit sahaja. Dan hari kedua selepas vaksin Cik iena kembali aktif rope skipping. Cik iena cuma cuti skipping sehari sahaja kerana demam.

Hari ketiga hilang rasa sakit di tangan tersebut dan kehidupan harian seperti biasa sihat walafiat dan boleh menneruskan aktiviti rope skipping harian yang sering Cik iena lakukan.

 




 

 

MF Design Furniture | Lazada Blacklist Seller

Artikel ini Cik iena kongsi untuk rujukan Cik iena supaya selepas ini tidak beli dari seller ini di Lazada iaitu MF Design Furniture . Cik iena kongsi sebab Cik iena rasa tertipu sangat. Masa beli pokok tu dia tulis ready stock.

MF Design Furniture
MF Design Furniture tipu customer

MF Design Furniture Review

Selepas beli pada 08 Jun 2021 08:48:59 .  Seller update barang dah packed by seller pad Jun.08 17:20 tanpa menyemak stock di warehouse. Klik klik sistem je. Macam tak bertanggung jawab. Asal ada order klik proceed.

Siap bagi info tracking number the lorry. jadi iena ingat benda ni ada. Selepas beberapa hari iena tanya update sebab status masih sama.

 

Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture
ni ss dari browser, nampak tu ada tracking the lorry lagi

 


 
 
Bila iena tengok status dah packed. iena biarkan.

 

 

Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture
NAMPAK TAK GAMBAR POKOK TU STATUS DA PACKED BY SELLER

 
 
 
 
Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture
KEMUDIAN 10/JUN STATUS MASIH TAK BERTUKAR, IENA TANYA UPDATE. SEBAB NI SELLER MALAYSIA JE PUN. BARANG PUN TULIS READY STOCK. YANG TU AUTO REPLY

 
 
Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture
DIA TAK JAWAB, HARI SAMA IENA TANYA LAGI ANY UPDATE, DIA JAWAB WE WILL UPDATE TO YOU BY TODAY




Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture
 
TIBA TIBA DIA REPLY PRODUK OUT OF STOCK SEDANGKAN DIA SENDIRI YANG UPDATE STATUS BARAMG DAH PACK. DN SIAP BAGI KURIER THE LORRY TRACKING NUMBER LAGI. PENIPU BETUL. SAKIT BETUL HATI. BERMAKSUD BARANG DIA TAK BUNGKUS DAN HANTAR KE THE LORRY LAGI. DIA KLIK KLIK KAT SISTEM JE KATA DA SUDAH. BILA CUSTOMER TAMYA BARU NAK CEK. RUPANYA BARANG TAKDE STOCK.
\
 

Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture


ALASAN YANG TAK MASUK AKAL. BILA DAH JADI MACAM NI IENA BACA REVIEW KEDAI DIA RUPANYA ADA DIANTARA CUSTOMER DIA YANG DAPAT BARANG LAMA GILER SAMPAI SATU BULAN SEDANGKAN TULIS READY STOCK DAN KEDAI DALAM MALAYSIA SAHAJA. KESILAPAN IENA TAK BACA REVIEW DARI PEMBELI LAIN.


iena dah contact lazada customer service. Dia kata akan refund dalam masa 5 hari tapi sampai sekarang takde update. 11 jun iena report kat dia. Yang ni iena lupa screenshoot sebab iena sangkakan lazada akan take action buat kerja betul betul. Rupanya macam takde action je.  kalau 5 hari 16 hb patut dah setel tapi tiba tiba semalam 16 hb dapat mesej dari seller. SS yang atas ni sambungan tu. 


We have see you in a long long time !! come in to see some new product you might like bla bla


Kepala hotak dia, dia dah buat hal dengan kita tipu produk takde tulis redy stock bila dah bayar selepas beberapa hari selepas kita bertanya baru nak bagi tau produk out off stock. Ingat kitra nak jadi customer dia lagi ke. Nak terus jadi mangsa penipuan dia. Beli barang bayar.. Pastu barang takde dia diam. Bila ada stock baru nak hantar sebab tu customer dapat barang dalam masa sebulan padahal seller malaysia je. Beli kat overseas pun dua minggu dah dapat baranng.


Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture
iena reply yang mahfuzah tu

 
 
 

Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture
DIA CAKAP SEBULAN LEBIH BARU DAPAT


Memang mengundang kemarahan lah. Daripada iena nak kongsi kat blog haritu rasa sejuk hati da mintak refund kat lazada. Takde la nak share story. Bila dia mesej macam tu dan bila iena caek refund tak dapat lagi .Lazada tak take action lagi iena sakit hati rasa membara nak share pengalaman buruk beli dekat seller  MF Design Furniture dari Lazada ni.




 
 
DIA YANG BUAT SALAH . DIA SURUH KIAT MINTAK REFUND SENDIRI KAT LAZADA LEPASTU TAKNAK TOLONG LANSUNG. SURUH KITA BELI BARANG DIA LAGI. KALAU KAU TOLONG AKU SETELKAN REFUND TU CEPAT BOLEH LA JUGAK NAK BELI LAGI KE. TAPI KO NI KEJAR DUIT CUSTOMER JE TAPI TAKNAK TOLONG REFUND UNTUK CUTOMER. PADAHAL KO SELLER BOLEH JE PUSH LAZADA BUAT KERJA CEPAT. 5 HARI BERLALU TADE APA APA UPDATE. NI LAZDA PUNYA STAFF WORK FROM HOME KE SLEEP AT HOME

 

 
IENA NAK CANCEL SENDIRI PUN TAK BOLEH SEBAB SELLER DAH UPDATE PACKED

 
 
Lazada Blacklist Seller | MF Design Furniture


NI KEDAI MF Design Furniture. Mintak dijauhkan lah dari iena terbeli dekat MF Design Furniture ni lagi. IEna update artikel untuk rujukan iena supaya tak terbeli dengan dia.



 
MF Design Furniture BAd seller
NAMPAK TAK TULIS READY STOCK

Tak taulah bila iena akan dapat refund duit iena. iena dah frust nak beli dekat lazada. iena beli dekat shopee pokok yang sama pada  14 Jun 2021, 15 jun dia dah post.


shopee more better


shopee more better

hari ni 17 hb dah sampai sorting hub KL. MYBE ESOK SAMPAI. KES LAZADA NI PENDING LAMA BETUL NAK TUNGGU REFUND.  KALAU KEPAM REFUND ORANG LAMA LAMA. ORANG PUN DAH TAKDE HATI NAK MEMBELI DENGAN AWAK SEBAB AWAK TAK JAGA CUSTOMER. DAN AWAK JUGA TAK MONITOR SELLER YANG BUAT MASALAH. DARI SELLER SELLER YANG BUAT MASALAH NI LAH MENJADI PUNCA UTAMA ORANG BERALIH PLATFORM UNTUK BELI BARANG.


SEKIAN PERKONGSIAN IENA UNTUK HARI INI. nANTI IENA AKAN UPDATE BILA NAK DAPAT REFUND DARI LAZADA NI. HARAP LAZADA TAKE ACTION DEKT SELLER TAK BERTANGGUNGJAWAB YANG FIKIR NAK DUIT JE. AMBIL ORDER BANYAK BANYAK WALAU BARANG TAKDE PUN HAKIKATNYA.


NEW UPDATE 18 JUN 2021

LAzada refund masih tak dapat walau dah report. Status masih sama packed.  Dan Barang yang iena beli di Shopee as expected dah sampai. Pokok yang sama cuma yang ni lebih tinggi 20 cm. Yang Lazada iena ambil 140cm. Yang Shopee iena ambil 160 cm.



Shopee terbaik
Puas hati beli dekat shopee sebab tak tipu customer. barang ready stock betul betul ready stock. Dia tak tipu macam seller iena beli di lzadada ada yang kene tunggu sebulan lebih utuk dapat pokok. Kalau kata delivery problem during lockdown boleh dimaafkan tapi kes lazada MF Design Furniture ni dia tipu tulis ready stock tapi takde pun barangnya. Selepas 3 hari status packed baru nak cakap takde stock itu pun sebab customer follow up tanya update. Jadi ini boleh dikatakan disengajakan. Dia tunggu stock sampai baru nak post selagi customer tak tanya. Iena memang jenis tak suka orrang tipu. Kalau pre order tulis kat situ pre order. jangan tulis ready stock.



Shopee terbaik
Boleh tengok status dia smooth je. Seller memang menepati jani dia kata ready stock memang ready stock. Keesokan hari terus post

NEW UPDATE 22 JUN 2021 Baru dapat refund dari Lazada. Tersangat sangat lambat dapat refund. Sepatutnya kalau kesalahan seller kene terus refund. Memang servis terburuk di abad ini. Tipu customer, hold order lama giler lepastu baru refund sedangkan kesalahan seller tipu customer. Barang takde stock ditipu kata da packed dan waiting kurier. Memang sangat mengecewakan. Tipu customer dan hold duit refund customer lama lama sampaikan beli barang dekat shopee pun dah dapat. Sangat jahat Lazada kepam duit customer dan pemalas taknak take action dekat seller penipu.



Cara Renew Roadtax Online | Cara Perbaharui Cukai Jalan

Selepas memperbaharui Insurans kereta, langkah seterusnya adalah renew roadtax. Sekiranya anda masih belum renew insurans kereta anda tidak boleh renew roadtax. Jadi Berikut Cik iena kongsikan cara renew roadtax secara online melalui MYeg.

Jika sebelum sebelum ini kereta yang pertama Cikiena gunakan servis Myeg untuk renew insurans sekali roadtax. Diakan buatkan sekali. Tapi setelah Cik iena buat pengiraan. Renew insurans sendiri lebih murah. Jadi cik iena prefer renew insurans kereta sendiri. Anda boleh rujuk CARA RENEW INSURANS KERETA ONLINE.

Selepas itu anda boleh teruskan renew roadtax kereta seperti yang Cik iena tunjukkan dibawah. KLIK UNTUK RENEW ROADTAX.

 

 
 

Cara Renew Roadtax Online
Masuk ke website myeg atau klik pautan yang Cik iena nyatakan. Login akaun anda dan pilih MYROADTAX. Sekiranya masih belum ada akaun myeg anda perlu daftar terlebih dahulu.
 

 

 
 

Cara Renew Roadtax Online
Kemudian pilih jabatan pengangkutan jalan
 
 

 

 
 

Cara Renew Roadtax Online
Kemudian pilih perbaharui cukai jalan
 
 
Cara Renew Roadtax Online
kemudian pilih Pembaharuan Cukai Jalan Kereta
 
 
 

Cara Renew Roadtax Online
isi maklumat yang diperlukan



Cara Renew Roadtax Online | Cara Perbaharui Cukai Jalan
Pilih cara pembayaran dan teruskan pembayaran

 

 

Cara Renew Roadtax Online
selepas bayar akan keluar resit pembayaran
 
 
 

Cara Renew Roadtax Online
anda juga boleh tengok summary  di akaun myeg anda
 
Dah selesai. Senang je. Memandangkan Cik iena pilih collection method delivery ke rumah. jadi Cik iena hanya perlu tunggu di rumah sahaja.. nanti mereka akan posroadtax dekat alamat. Kos penghantaran cuma RM6 sahaja. Servic charge myeg cuma RM2.75 . Kalau ambil pakej sekali insurans kereta dia jadi lagi mahal dari yang cik iena renew insurans sendiri.

 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021

Dalam musim pandemik ni sememangnya menggunakan perkhidmatan online lebih mudah dan selamat. Seperti Biasa Cik iena renew insurans kereta dan juga roadtax kereta secara dalam talian sahaja kerana ianya agak mudah dan lebih murah jika menggunakan agent.

Tahun lepas juga Cik iena ada kongsikan artikel cara renew insurans  kereta secara online. Tujuan asal untuk rujukan Cik iena lah. Ternyata ianya sangat membantu Cik iena. Setahun sekali renew bukan ingat sangat. Kalau dah di tulis dalam arikel boleh rujuk. Tambahan pula Cik iena selalu jadi rujukan keluarga macam mana nak renew insurans kereta online. 

Artikel tahun lepas http://www.ienaeliena.com/2020/06/cara-renew-insurans-kereta-online.html

Berikut Cik iena kongsikan screenshoot cara-cara Cik iena renew insurans di Etiqa Takaful.

 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
Masukkan terlebih dahulu nombor plat kereta anda
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
Pilih pilihan sum covered type
 

Market Value

We will reimburse you with the value of your car at the time of total loss or theft. *The amount stated is the maximum amount.

Agreed Value

We will reimburse you with the total amount in case of total loss or theft.

 
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
Cik iena pilih agreed value sebab ni yang dia recomended..value dia boleh tukar  ikut bajet kite..iena biar default je



 
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
Kemudian update info kereta dan personal details
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
Update juga bank akaun untuk future claim. Mesti nama akaun pemilik kereta
 
 
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
Sebelum proceed jangan lupa update second driver jika ada.Leyaklah nama keluarga, suami,isteri
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
iena ambil windscreen coverage
 
 
Windscreen ni kalau taknak ambil pun takpe.Untuk pengetahuan windscreen ni untuk cermin depan kereta kita. Biasakita bawa kereta ada risiko batu-batu lori jatuh ke. kalau pecah boleh claim, atau bila accident pecah boleh claim. Amount berapa kita nak pilih tu terpulang. Ikut jenis kereta sebenarnya. Kalau kereta mahal lagi mahal lah kan. Kalau kereta iena murah je . Kalau ikutkan jumlah default value dia letak RM800 tapi memandangkan tengah sengkek ni, dah masa untuk major service kereta ni pula, datang serentak.So Iena buat minimum value je RM400 . lagi pun setakat ni tak pernah pecah lagi. Harap-harap tak pecah lah.


Kalau takde budget kalau tak ambil pun takpe, cuma kalau berlaku apa-apa cermin pecah, insuranse tak cover lah.
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
tanda bahagian declaration
 
 
 
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
pilih payment options
 
 
 
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
jangan lupa disabled pop up blocker, kemudian tekan retry.Nanti akan buakak online banking
 
 
 
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
selesai bayar kene tunggu kat page ni
 
 
 
 
 

semak insurans kereta online dan Renew Insurans Online 2021
selesai page tu generate semua dokumen keluar page ni dan anda boleh download all document dan simpan ya. Doc ni juga akan di beri dalam email.
 
 
 Untuk Pengetahuan, sebelum ini Cik iena memang ambil isnurans yang sama jadi ada email reminder. Jika Cik iena klik dari email reminder jumlah sum kena bayar lebih tinggi. Rasanya ini untuk komisyen merek. Jadi Cik iena cuba buang referal parameter dalam url dan yes jumlah perlu dibayar lebih siket. Betul lah teori tu. So boleh klik link yang Cik iena kongsi di awal artikel.

Gambar dibawah Cik iena kongsi perbezaannya. Walaupun sedikit ianya mempengaruhi keadaan keewangan juga kan. Selagi boleh jimat dengan ciri ciri yang sama why not kan.
 
 



Haa mudah je kan nak renew insurans kereta. Tapi lepas tu jangan lupa renew roadtax pula. Biasa kalau kita renew dengan agen mereka akan buat sekali renew roadtax. Tapi harga akan jadi lagi mahal lah. Kalau kita buat sendiri lebih mudah. Untuk Renew roadtax kereta boleh klik CARA RENEW ROADTAX ONLINE
 
 

NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

Umumnya masyarakat kita dan juga minuman kafein memang tidak dapat dipisahkan. Ramai dikalangan masyarakat kita yang mengamalkan minuman berkafein sewaktu bersarapan sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Kita sedia maklum kandungan kafein ini mampu membuat mata kita bertahan dan tidak merasa mengantuk.

 

NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

 

Malahan golongan pelajar juga merupakan antara golongan yang kerap mengambil kafein kerana perlu berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Sama juga seperti Cik iena di zaman belajar dahulu. Cik iena mula mengambil kafein sewaktu belajar di IPT kerana ingin berjaga malam untuk ulang kaji pelajaran dan ianya sudah menjadi kebiasaaan bagi Cik iena tambahan lagi kerja sebagai programmer ada kalanya perlu berjaga malam.


NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

 

Jadi minuman kafein sememangnya banyak membantu. Namun harus anda ingat juga bahaya jika mengambil kafein terlalu banyak dalam sehari. Cukup sekali sahaja anda minum kafein dalam sehari tau. Istimewe buat penggmar kafein seperti Cik iena khususnya  kini NESCAFÉ® telah menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan kepada Edisi Kopitiam dan menambah dua variasi baharu iaitu NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham.

 

KOPI CHAM DAN KOPI-C DUA VARIASI BARU NESCAFE EDISI KOPITIAM 


NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

 

NESCAFÉ® telah menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan kepada Edisi Kopitiam. Dua Variasi Baharu Diperkenalkan adalah NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham.

 Buat anda penggemar kopi di Malaysia, adakah seharusnya  mencuba sesuatu yang baharu dari NESCAFÉ®  Edisi kopitiam ini yang menjenamakan semula rangkaian minuman kopi tempatannya.


 

NESCAFÉ® Kopi Cham merupakan kombinasi teh dan kopi, manakala NESCAFÉ® Kopi-C pula adalah adunan kopi dan susu yang lebih halus. Kedua-dua perisa ini telah diiktiraf sebagai minuman yang paling digemari di kopitiam tempatan.

 

NESCAFÉ® Kopi-C 

 


 

NESCAFÉ® Kopi Cham 





Diinspirasikan oleh hiasan dalaman kopitiam Malaysia, rekaan baharu tin dalam edisi ini mencerminkan simbol nostalgia yang bertumpukan kepada warisan. Klasik namun trendy, NESCAFÉ® berikhtiar untuk mengembalikan kenangan silam buat rakyat Malaysia agar warisan ini dapat terus dipelihara dan dibanggakan.


NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

Menurut April Wong selaku Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad.

“Di NESCAFÉ® Sedia-Untuk-Diminum, kami berusaha untuk memastikan keselesaan dan keterangkuman rakyat Malaysia apabila menikmati minuman kopi tempatan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Berdasarkan permintaan yang semakin meningkat untuk perisa kopi tempatan dan populariti Kopitiam, kami memperkenalkan NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham, bersama-sama keseluruhan produk kopi tempatan yang telah dijenamakan semula dalam Edisi Kopitiam ini,” 



NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C



Dengan rasa yang telah sekian lama dikenali dan disayangi oleh semua rakyat Malaysia, NESCAFÉ® menyasarkan untuk merealisasikan konsep tersebut dengan memperkenalkan gaya kontemporari untuk penggemar kopi tegar tanpa mengkompromikan keasliannya.

NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C


 
Untuk pengetahuan, penjenamaan semula rangkaian kopi tempatan sedia ada di bawah Edisi NESCAFÉ® Kopitiam ini terdiri daripada

  1. NESCAFÉ® Tarik
  2. NESCAFÉ® Tarik Kaw 
  3. NESCAFÉ® Kopi-O 
  4. NESCAFÉ® White Coffee 
  5. NESCAFÉ® Ice

 

Edisi NESCAFÉ® Kopitiam ini boleh didapati di seluruh negara di kedai-kedai yang turut serta dan juga di platform perniagaan online seperti Lazada dan Shopee.

 


NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

 

 

Jom Nikmati Detik Kopitiam Anda, di mana sahaja anda berada dengan NESCAFÉ Kopitiam!

#NescafeKopitiam
#NescafeKopitiamSeries
#NescafeKopitiamMoments
#MakeYourKopitiamMomentsWithNescafe

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve