Grab The Promo

REVIEW VT CICA FROM VT COSMETIC

 Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Produk penjagaan wajah merupakan antara perkara sangat penting dalam kehidupan seseorang bergelar wanita. Kali ini Cik iena nak kongsi pencuci  muka terbaru yang Cik iena cuba dan cik iena sangat suka iaitu  VT Cica Mild Foam Cleanser dari VT Cosmetics.

VT CICA REVIEW

 


Pencuci muka ini sememangnya sangat  bagus kerana ianya dapat beri kelembapan berpanjangan buat kulit iena yg kering.Kandungan CICALIAO + CICAHYALON yang terdapat dalam pencuci ini mempunyai fungsi pembersihan lembut dan tanpa mengeringkan kulit.
Menariknya lagi cleanser ni didatangkan dgn pek 300ml, besar tau. memang tahan lama.

VT Cosmetic


REVIEW VT COSMETICS

 

Untuk pengetahuan VT Cosmetic merupakan jenama dari Korea selatan yg mengeluarkan set penjagaan wajah dan kosmetik dgn menggunakan CICA atau Centella Asiatica Extract sebagai bahan utama.

Centella Asiatica

Centella Asiatica merupakan nama saintifik kepada Daun pegaga. Kita sendiri sedia maklum bahawa daun pegaga sangat banyak manfaat nya.

Ekstrak Centella Asiatica mempunyai manfaat yang baik untuk merawat kulit berminyak atau jerawat, mencerahkan kulit dan meremajakan kulit.Selain VT Cica Mild Foam Cleanser. Cik iena juga guna VT Cica Mild TOner Pad dan VT Cica Capsule Mask. Kedua dua nya juga mengandungi CICA yg sangat bermanfaat untuk kulit.

 

Kebaikan CICA


Antara Kebaikan Centella Asiatica pada kulit adalah:

  1. Meredakan keradangan
  2. Menggalakkan pengeluaran kolagen
  3. Bertindak sebagai ejen antioksida dan mampu meningkatkan penghidratan kulit.
  4. Menenangkan kemerahan kulit
  5. Mengurangkan masalah jerawat
  6. Menguatkan sistem pertahanan kulit (skin barrier)
  7. Menghaluskan liang pori
  8. Mengawal penghasilan sebum
  9. Mengurangkan masalah kulit berminyak
  10. Membaiki tanda penuaan


Kajian mendapati manfaat yang pelbagai ini adalah disebabkan kehadiran sebatian aktif dalam tumbuhan ini seperti Asiaticoside, Madecassoside, Asiatic acid and Madecassic acid. 


VT CICA halal atau tidak ? 

Untuk pengetahuan anda lagi rangkaian produk VT CICA merupakan produk Free alkohol boleh rujuk di incidecoder.com dan cari nama produk. VT CICA halal atau tidak ? Persoalan ini pasti menjadi tanda tanya setiap orang muslim. Produk ini produk korea jadi tiada lagi pensijilan halal di Malaysia. 

Jika diikutkan pada kandungannya adalah alkohol free dan tiada kandungan merkuri yang dilihat. Jadi pada iena ianya selamat digunakan dan bahannya bukan dari bahan haram. Jika iena terlepas pandang mengenai ingridient nya mungin anda boleh kongsi di ruangan komen untuk perkongsian bersama. Pening juga baca ingrident satu satu kan.

 

REVIEW VT COSMETICS

VT Cica Mild Foam Cleanser

Pembersih busa yang mengandungi cicaliao dan cicahylon yang membersihkan pori-pori anda secara mendalam, melembapkan kulit anda dan menjadikan kulit anda terasa lembut. Membantu menghilangkan kekotoran seperti kotoran, minyak dan kulit mati

- Merawat Pori,Menghilangkan kekotoran seperti kotoran, minyak, dan sel kulit mati.
- Memberi perawatan yang menenangkan & melembapkan
- sesuai untuk kegunaan harian
- Sesuai untuk semua jenis kulit

 

Review VT Cica Mild Foam Cleanser

Kandungan VT Cica Mild Foam Cleanser

 Water, Palmitic Acid, Stearic Acid, Cocamidopropyl Betaine, Lauric Acid, Myristic Acid, Potassium Hydroxide, Glycerin, Potassium Cocoyl Glycinate, PEG-90, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, Madecassic Acid, Madecassoside, Asiaticoside, Asiatic Acid, Propolis Extract, Centella Asiatica Extract, Sodium Hyaluronate, Lavandula Angustifolia (Lavender) Flower Extract, Monarda Didyma Leaf Extract, Mentha Piperita (Peppermint) Leaf Extract, Freesia Refracta Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Sodium Acetylated Hyaluronate, Polyquaternium-7, Tocopheryl Acetate, Disodium EDTA, Sodium Chloride, 1,2-Hexanediol, PEG-14M, Acrylates/​C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Butylene Glycol, Ethylhexylglycerin, Sodium Polyacrylate, Fragrance


Review VT Cica Mild Foam Cleanser

Review VT Cica Mild Foam Cleanser

 Cik iena memang suka pencuci muka VT Cica ini sebab ianya banyak busa lembut , mempunyai haruman yang menenagkan dan memberikan kelembapan pada wajah. Bila lepas cuci muka memang terasa segar, kulit rasa bersih bebas dari kotoran dan sebum.

Rating VT Cica Mild Foam Cleanser

10/10

BELI ONLINE DI [VTCOSMETICS] Foam Cleanser 300ml Large Size (Cica/Progloss/Super Hyalon)

VT Cica Mild Toner Pad 

Toner Pad serbaguna yang membantu menyeimbangkan dan melicinkan tekstur kulit sambil mengimbangkannya. Menghidrat dan menguatkan penghalang kulit

 

Review VT Cica Mild Toner Pad

  • Membuang Sel Kulit Mati & Sebum dengan kandungan BHA. 
  • Menjadikan tekstur kulit menjadi halus dengan membuang sel kulit mati & Sebum yang tidak perlu 
  • Toner kelembapan asid dianggap kulit. Pad toner ringan yang membantu mengekalkan kulit licin dengan menawarkan penjagaan keseimbangan pH kulit
  •  Tekstur  Kapas timbul yang bergelombang yang masing-masing sisi berbeza. 
  • Toner pad harian yang membantu melakukan perawatan kulit yang halus dengan mempertimbangkan lekukan pada kulit kerana emboss pad


BHA Green Peeling Pad

Ianya melicinkan kulit dengan cepat dan mudah Kerana mengandungi Betaine Salicylate (BHA) yang mencairkan sel kulit mati yang tidak perlu, sebum, dan sisa badan di liang-liang pori yang medalam seterusnya menjadikan kulit licin dan halus.


Pad Hijau Berasid

    Lampu hijau menghidupkan kulit dengan menggunakan lembaran pad!


Review VT Cica Mild Toner Pad

Embossing peeling pad di kedua-dua bahagian


    Langkah 1: Pengelupasan metikulasi & tekstur kulit lancar berikutan lengkung pada kulit menggunakan sisi embossing .


    Langkah 2: Bekalan kelembapan & kulit menenangkan dengan bahagian belakang licin 

 

Kandungan VT Cica Mild Toner Pad 

Water, Glycerin, Butylene Glycol, Salicylic Acid, Centella Asiatica Extract, Sodium Hyaluronate, Asiaticoside, Madecassoside, Madecassic Acid, Asiatic Acid, Propolis Extract, Artemisia Annua Extract, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Leaf Extract, Salix Alba (Willow) Bark Extract, Allantoin, Beta-Glucan, Tromethamine, Diethoxyethyl Succinate, Chlorphenesin, Polyglyceryl-10 Laurate, Polyglyceryl-10 Myristate, Ethylhexylglycerin, Dextrin, Gardenia Florida Fruit Extract, Disodium EDTA, Tocopherol, Propanediol, Betaine, Dipotassium Glycyrrhizate, Fragrance, 1,2-Hexanediol


Review VT Cica Mild Toner Pad 

Toner pad yang sangat menarik kerana mempunyai dua permukaan berbeza yang mempunyai fungsi yang tersendiri. Mengandungi BHA yang sangat bagus untuk kulit. Ianya menyerap kedalam kulit secara mendalam bagi mencairkan sel kulit mati yang tidak perlu, sebum dan mengeluarkan segala kekotoran. Boleh lihat di pad tersebut jika ada sisa kotoran di muka. Terutamanya sekiranya selepas bersolek tebal .

Selain pada itu essense pada pad ini sangat banyak. Cik iena suka pakai toner pad ni. Cik iena pakai sehingga ke leher dan selebihnya cik iena sap juga di bahagian tangan. Jika di perah memang banyak essence.


Rating VT Cica Mild Toner Pad 

10/10

BELI ONLINE DI [VTCOSMETICS] [Refill]VT Cica Toner Pad 60ea / dead cell care / skin toner pad type

VT Cica Capsule Mask

Cica Capsule Mask adalah topeng pencuci. Ia membersihkan kulit mati dan sebum. Penambahan ramuan Teh Hijau dan Tanah Liat memastikan kulit anda mengekalkan kelembapan setelah menggunakannya.
 


Review VT Cica Capsule Mask

 

Menjaga Tekstur Kulit Menghidupkan


    Ia membantu bukan sahaja membersihkan pori-pori secara mendalam tetapi juga menjaga kulit dengan sihat dan bertenaga kerana CICALIAO membantu menenangkan kulit.


Membuang Sel Mati dengan lancar


    Teksturnya yang terdapat di dalam tanah liat dilekatkan pada kulit dengan lembut dan membantu merawat kulit dan licin dengan membantu melicinkan tekstur kulit kasar.



Review VT Cica Capsule Mask

Cara Penggunaan

  1.     Setelah mencuci dan menggunakan toner di wajah anda, sapukan topeng secara perlahan ke seluruh wajah
  2.  Biarkan selama 10-15 minit
  3.  Bilas topeng dengan air suam

 

Kandungan VT Cica Capsule Mask

Water, Glycerin, Titanium Oxide (Ci 77891), Kaolin, Caprylic/​Capric Triglyceride, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Bentonite, Silica, Cetearyl Alcohol, Cetearyl Octanoate, Centella Asiatica Extract, Bee Propolis Extract, Asiaticoside, Asiatic Acid, Madecassic Acid, Madecassoside, Camellia Sinensis Leaf Extract, Vaccinium Macrocarpon (Cranberry) Fruit Extract, Panthenol, Beta-Glucan, Cinnamomum Camphora (Camphor) Leaf Extract, Portulaca Oleracea Extract, Glyceryl Stearate, Magnesium Aluminum Silicate, Mica (Ci 77019), Montmorillonite, Camellia Sinensis Leaf Powder, PEG-100 Stearate, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/​Beheneth-25 Methacrylate Crosspolymer, Polysorbate 60, Sorbitan Stearate, Dimethicone, Palmitic Acid, Stearic Acid, Cellulose Gum, Parfum, Polyacrylate-13, Xanthan Gum, Tocopheryl Acetate, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/​VP Copolymer, Ethylhexylglycerin, Polyisobutene, Artemisia Princeps Leaf Extract, Tetrasodium Pyrophosphate, Polysorbate 20, Sorbitan Stearate, Myristic Acid, Disodium EDTA, Chlorphenesin, Caprylyl Glycol, Chromium Oxide Green, Ci 77492, Ci 77499
 

Review VT Cica Capsule Mask

Cik iena jarang pakai mask jenis clay. Biasanya pakai mask jenis clay dia akan mengeras sekerasnya berbeza dengan  VT Cica Capsule Mask. Clay mask dia tak keras sangat. Masih boleh tergelak besar kalau pakai mask ni. harumannya pula memang menenangkan. Kandungan 1 kapsul tu memang banyak dan cukup untuk satu muka sampai ke leher.


Review VT Cica Capsule Mask

 

Untuk yang muka kecil mungkin boleh jimat guna separuh dan separuh lagi letak dalam fridge guna hari lain pula.


Rating VT Cica Capsule Mask

8/10

BELI ONLINE DI [VTCOSMETICS] VT CICA Capsule Wash off Mask 10ea / Green tea clay mask

 

VT COSMETICS REVIEW

Untuk Pembelian Produk VT Cosmetic secara online boleh dapatkan di Shopee


 

 

 

9 Kebaikan Probiotik untuk Kesihatan

Probiotik dan Prebiotik adalah istilah yang biasa kita dengar berkaitan sistem pencernaan. Ada yang menganggap bahawa kedua ini adalah sama. Namun untuk pengetahuan anda Probiotik dan Prebiotik adalah berbeza.

Kebaikan Probiotik untuk Kesihatan

 

PROBIOTICS

PROBIOTICS merupakan bakteria baik dalam sistem pencernaan kita(usus besar). Kehadiran probiotik mewujudkan satu ekosistem pencernaan yang seimbang. Sebagai contoh, mereka mengawal populasi bakteria berbahaya dalam sistem pencernaan kita supaya bakteria berbahaya ini tidak menjadi terlalu “overgrowth” dan memberi kesan yang tak baik pada tubuh.

Ini bermaksud kita harus memastikan yang bakteria “baik” ini tidak kurang/pupus dalam badan kita menerusi diet yang baik. Apabila bakteria baik ini banyak, maka barulah mereka tidak akan membiarkan bakteria jahat menjadi “dominan” atau “naik kepala” dalam tubuh badan kita.

Kebaikan Probiotik untuk Kesihatan

 


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik ialah mikroorganisma hidup yang apabila diambil dalam kuantiti yang cukup, memberi kesan yang baik terhadap kesihatan.
Selain dari susu kultur, probiotik boleh didapati dalam lain-lain jenis makanan yang dijeruk atau ditapai seperti yogurt, keju lembut, jeruk sayur-sayuran dan tempe. Probiotik juga boleh didapati dalam bentuk kapsul sebagai suplemen. 

Banyak kajian telah dan sedang dijalankan untuk menilai manfaat dan keselamatan produk yang mengandungi probiotik terhadap tubuh. Manfaat yang telah diketahui umum ialah meningkatkan kesihatan usus.  


Bakteria jenis Lactobacillus rhamnosus GG dan Lactobacilus casei DN-114 001 telah dibuktikan berupaya mengurangkan keterukan cirit-birit yang disebabkan oleh rawatan antibiotik dan memendekkan tempoh cirit-birit disebabkan oleh jangkitan rotavirus.


Streptococcus thermophilus didapati mampu mengurangkan gejala kembung perut, loya dan muntah akibat kurang toleransi terhadap laktosa (sejenis gula semula jadi dalam susu). Beberapa kajian terhadap Lactobacillus casei Shirota pula mendapati bahawa ia dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh.


Beberapa kajian lain menilai penggunaan probiotik untuk kesihatan kardiovaskular, mencegah kanser, dan merawat jangkitan vagina. Namun begitu, masih banyak bukti perlu dikumpulkan untuk mengesahkan keselamatan dan keberkesanannya untuk tujuan tersebut.


 

PREBIOTICS

PREBIOTICS pula merupakan karbohidrat yang tidak boleh dicernakan oleh tubuh. ianya  merupakan “makanan” kepada PROBIOTICS . Prebiotik adalah bahan yang menyimpan mikroorganisma berfaedah (bakteria) di dalam kolon sihat anda. Mereka memilih untuk memulakan pertumbuhan satu atau beberapa bakteria yang berbeza di dalam usus besar anda. Dalam bahasa mudah, prebiotik akan membuatkan bakteria baik anda lebih kuat dan sihat supaya mereka dapat melayani anda dengan lebih baik.


Kebaikan Probiotik untuk Kesihatan


Kedua-dua istilah ini juga boleh merujuk kepada kumpulan makanan. Sebagai contoh, PROBIOTICS juga merujuk kepada makanan yang mengandungi bakteria baik di dalamnya. Biasanya makanan dari kategori PROBIOTICS ini adalah makanan yang sudah diproses, termasuklah yang telah melalui proses penapaian (fermentation).

Manakala PREBIOTICS pula biasanya merujuk kepada makanan yang belum diproses. Ia akan ‘diproses’ sebagai makanan kepada PROBIOTICS bila dah masuk dalam sistem pencernaan kita nanti.
 

9 Kebaikan Probiotik untuk Kesihatan

Bagaimanakah Prebiotik berbeza dengan Probiotik?


Probiotik secara amnya boleh ditakrifkan sebagai apa-apa makanan tambahan bakteria yang positif memberi kesan kepada tubuh anda. Pada asasnya, probiotik adalah bakteria baik yang anda makan untuk meningkatkan kesihatan saluran usus anda. Saluran usus sihat diterjemahkan ke dalam badan yang sihat. Bakteria baik adalah satu bahagian penting dalam halangan usus. Ianya membiarkan nutrien sambil toksin dan patogen keluar.

9 Kebaikan Probiotik untuk Kesihatan

 


Sekiranya saluran pencernaan (biasanya dirujuk sebagai usus ) rosak atau uzur, anda tidak akan dapat untuk mengasimilasikan dan menyerap nutrien yang diperlukan oleh badan . Jadi ini akan mengakibatkan badan anda mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.

Secara ringkasnya, prebiotik adalah komponen makanan nondigestible (makanan untuk bakteria baik) yang membantu probiotik (bakteria baik) dalam saluran usus anda. Seterusnya ia akan membantu dalam menjaga dan memastikan usus atau sistem pencernaah berada dalam keadaan baik dan sihat. Probiotik dan prebiotik bertindak secara sinergistik untuk menggalakkan kesihatan yang baik.

Jadi sekarang, kita dah boleh nampak beza diantara istilah PROBIOTICS & PREBIOTICS.

9 Kebaikan Probiotik untuk Kesihatan

  1. Seimbangkan ekosistem dalam pencernaan
  2. Membantu penurunan berat badan
  3. Menjaga kesihatan pencernaan
  4. Mencegah dan membantu mengatasi infeksi saluran pernafasan
  5. Menjaga kesihatan kulit
  6. Menurunkan kolesterol jahat dan tekanan darah
  7. Meredakan kemurungan dan kegelisahan
  8. Membantu mengatasi ekzema
  9. Membantu mencegah dan merawat cirit-birit

 

1. Seimbangkan ekosistem dalam pencernaan

Bakteria dan kulat probiotik adalah sesuatu yang diperlukan oleh tubuh kerana salah satu kelebihan probiotik adalah menyeimbangkan ekosistem bakteria dalam pencernaan.
Manfaat probiotik adalah menjaga keseimbangan dan memastikan mikroorganisma yang baik dalam tubuh terus berfungsi dengan baik. Ia juga boleh memberi kesan yang baik pada sistem imun anda.
Ketidakseimbangan mikroorganisma dalam saluran pencernaan berpotensi meningkatkan risiko terkena penyakit, seperti penyakit jantung, diabetes, dan sebagainya.


2. Membantu penurunan berat badan

Berita baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, kerana salah satu kelebihan probiotik adalah membantu perjalanan anda dalam mencapai berat badan ideal anda.
Manfaat probiotik dalam penurunan berat badan terbukti melalui penyelidikan yang mendapati bahawa bakteria probiotik Lactobacillus gasseri dapat mengurangkan lemak perut dalam 12 minggu.
Walau bagaimanapun, kajian lanjut mengenai fungsi probiotik mengenai penurunan berat badan.


3. Menjaga kesihatan pencernaan

Manfaat probiotik yang paling terkenal adalah menjaga kesihatan pencernaan yang bermanfaat untuk kesihatan. Probiotik dapat mengekalkan sistem pencernaan yang sihat dengan menyeimbangkan semula ekosistem bakteria di saluran pencernaan. Dalam menjaga kesihatan pencernaan, manfaat probiotik juga dapat menghilangkan gejala sindrom iritasi usus, melawan jangkitan dengan bakteria H. pylori yang dapat memicu barah gastrik, dan mengatasi penyakit radang usus.


4. Mencegah dan membantu mengatasi infeksi saluran pernafasan

Satu kajian menunjukkan bahawa manfaat probiotik adalah untuk mencegah dan merawat jangkitan pernafasan, seperti selsema dan sebagainya.
Pengambilan bakteria probiotik lactobacillus dan bifidobacterium dapat memendekkan tempoh penyakit yang dialami dan mengurangkan kadar ketiadaan akibat penyakit.


5. Menjaga kesihatan kulit

Manfaat probiotik tidak hanya terbatas pada pencernaan, tetapi juga untuk menjaga kesihatan kulit.
Kulat probiotik atau bakteria diketahui dapat merawat jerawat, membantu penyembuhan luka, dan melindungi kulit dari sinar matahari.


6. Menurunkan kolesterol jahat dan tekanan darah

Probiotik didapati menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, kelebihan probiotik adalah menurunkan tekanan darah.


7. Meredakan kemurungan dan kegelisahan

Siapa sangka bahawa kesihatan mental juga dapat dijaga dengan memakan jamur atau bakteria probiotik? Pengambilan probiotik berperanan dalam perkembangan otak untuk menghilangkan gejala kemurungan dan kegelisahan.


8. Membantu mengatasi ekzema

Dalam satu kajian, terbukti bahawa susu yang mengandung probiotik dapat mengurangkan gejala eksim pada bayi atau anak-anak, dibandingkan dengan bayi lain yang hanya minum susu biasa.
Di samping itu, kajian lain juga membuktikan bahawa ibu yang menggunakan probiotik semasa mengandung, bayi mereka akan mengelakkan eksim sebanyak 83 peratus dalam dua tahun pertama kehidupan.


9. Membantu mencegah dan merawat cirit-birit

Manfaat probiotik yang cukup popular adalah untuk mencegah dan mengatasi masalah saluran pencernaan, seperti cirit-birit. Perlu diingat, cirit-birit adalah salah satu kesan sampingan penggunaan antibiotik. Ini berlaku kerana antibiotik dapat menstabilkan bakteria baik dan buruk di usus.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa manfaat probiotik dapat menghilangkan cirit-birit kerana kesan sampingan ubat antibiotik.


 


Walaupun probiotik boleh didapati dalam banyak jenis makanan yang sedia ada di rumah, terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum mengamalkan probiotik untuk tujuan kesihatan.
 

  1. Setiap spesies bakteria mempunyai keupayaan dan manfaat yang berbeza-beza. 
  2. Probiotik perlu diambil dalam kuantiti yang cukup untuk memberi kesan yang mujarab 
  3. Pengambilan probiotik mungkin tidak sesuai untuk beberapa jenis penyakit atau keadaan yang melibatkan sistem pertahanan badan yang lemah seperti seperti HIV/AIDS, dan sebagainya. serta wanita mengandung (perlukan nasihat dari doktor).


Peringatan sebelum mengambil Probiotik.

Siapa yang tak boleh ambil Probiotik?


Secara umumnya, golongan yang paling berisiko mendapat apa-apa jenis jangkitan ialah pesakit kanser, penghidap HIV/AIDS, pesakit yang baru menjalani pemindahan sumsum tulang, dan pesakit yang menjalani rawatan steroid jangka panjang. Golongan ini perlu lebih waspada dengan pengambilan probiotik.

Anda perlu mendapatkan nasihat dokrot sekiranya anda mengalami masalah penyakit pada pankreas, sistem imun lemah atau sindrom usu pendek sebelum mengamalkan probiotik.

Tidak terkecuali juga wanita hamil , menyu anak  dan merancang hamil juga perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu tentang pengambilan probiotik. 


Peringatan Selepas Mengambil Probiotik!

Untuk mendapat manfaat berpanjangan daripada probiotik, ia perlu diambil secara berterusan kerana biasanya jumlah probiotik dalam usus akan berkurangan apabila pengambilannya dihentikan. 

Perlu anda ingat juga probiotik dan prebiotik adalah supplements atau makanan tambahan dan ia bukannya ubat ubatan. Namun dalam pengambilan makanan tambahan ini ada perlu patuh pada kadar dos yang ditetapkan dalam sehari.

Bilakah Waktu Terbaik untuk Mengambil Probiotik?


Waktu terbaik untuk mengambil pil probiotik adalah sebelum tidur. Ini kerana semasa tidur, perut tidak begitu aktif menghasilkan asid. Dengan cara ini, akan ada lebih banyak bakteria probiotik yang bertahan di saluran pencernaan.

Selain itu, kebanyakan orang juga tidak membuang air besar pada waktu malam kerana usus tidak banyak bergerak. Ini membolehkan probiotik bertahan lebih lama, hancur, dan akhirnya menjadi bahagian usus anda.

Namun, itu tidak bermakna anda tidak boleh mengambil pil probiotik pada siang hari. Satu kajian dalam jurnal Beneficial Microbes mendapati bahawa waktu ideal lain untuk mengambil pil probiotik adalah 30 minit sebelum makan.

Dalam tempoh ini, pengeluaran asid gastrik rendah sehingga bakteria probiotik dapat bertahan lama di saluran pencernaan. Mengambil probiotik selepas makan sebenarnya mengurangkan keberkesanannya kerana perut aktif mencerna makanan.


Di mana untuk dapatkan makanan tambahan probiotik / supplements prebiotics?

Untuk dapatkan supplement probiotik dan prebiotik anda boleh dapatkan di iHerb. Cik iena sendiri membeli supplements ini di sana. Terdapat banyak pilihan probiotik dan prebiotik. Anda boleh pilih yang terbaik dan yang sesuai dengan anda dengan membaca kandungan dan juga komen komen dari pembeli

Disini Cik iena akan kongsikan probiotik dan juga prebiotik yang cik iena beli untuk mengukuhkan lagi sistem pencernaan Cik iena .

Kebaikan Probiotik untuk Kesihatan

 

 

Probiotik : LactoBif Probiotics 5 Billion CFU

Terdapat pilihan  

  1. 5 Billion CFU
  2. 30 Billion 
  3. 100 Billion CFU

 

Kadar  Probiotik Yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari

Kenapa iena beli  LactoBif Probiotics 5 Billion CFU sebab 10-20 bilion CFU sehari mencukupi untuk menjaga kesihatan imun dan pencernaan (Baca Disini) . Namun sekarang terdapat banyak supplement yang melebihi 50 Billion CFU sehingga 100 Billion. 

Jadi Boleh ambil 2 kapsul sehari untuk dapatkan 10 Billion CFU. Tapi Cik iena cuma ambil 1 Kapsul sahaja untuk permulaan nak amalkan probiotik ni dan iena juga akan ambil Prebiotik untuk beri makanan kepada Probiotik selaku bakteria baik yang ada dalam usus iena. Bagi iena 5 Billion mencukupi kerana iena makan prebiotik untuk beri bakteria baik tu makan.


Kebaikan Probiotik untuk Kesihatan

 

Untuk yang tidak ambil prebiotik mungkin boleh amalkan 10-20 billion CFU sehari. Apa-apa pun jika anda ragu boleh dapatkan nasihat doktor anda untuk kadar yang sesuai untuk tahap kesihatan anda.

Prebiotik : Prebiotik Fiber 

Kebaikan Probiotik untuk Kesihatan

 


Kenapa iHerb ?

Kenapa Cik iena membeli supplements di iHerb kerana mereka menawarkan pelbagai supplements yang diperlukan oleh tubuh dan juga mereka menawarkan harga yang berpatuta. Selain itu terdapat juga harga First Trial yang boleh dikatakan sangat murah.


Kod Diskaun iherb

Istimewa buat pembaca www.ienaeliena.com anda boleh dapatkan diskaun istimewa dengan menggunakan code dibawah semasa checkout. Boleh guna banyak kali walaupun anda memang user iHerb

Diskaun Code : CZC6411




Sumber : 

  1. Facebook  Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. sehatq.com
  3. hellosehat.com



KITKAT CHOCO BANANA INSPIRED BY ILLUMINATION’S MINIONS

KITKAT merupakan antara jenama coklat yang terkenal di Malaysia. KITKAT tidak terlepas dari sentiasa mengeluarkan perasa perasa coklat terbaru bagi menambat hati pelanggan setianya. Terbaru KITKAT Memperkenalkan edisi terhad KITKAT Choco Banana dalam kerjasama dengan Illumination's Minions, dari salah satu francais animasi paling berjaya sepanjang masa. 

 

KITKAT CHOCO BANANA

KITKAT CHOCO BANANA INSPIRED BY ILLUMINATION’S MINIONS





KITKAT CHOCO BANANA

Seperti kita sedia maklum Minions dikenali sememangnya suka akan pisang. Inilah yang menjadi inspirasi gabungan coklat dan makanan lazat dengan pisang oleh KITKAT. Nikmati setiap gigitan wafer renyah KITKAT, digabungkan dengan rasa perisa pisang yang tersendiri, semuanya terbungkus coklat susu KITKAT halus yang enak.


KITKAT CHOCO BANANA

 

 

Kehadiran KITKAT baru ini dengan pembungkusan yang sangat menarik yang menampilkan Minions yang sangat diminati ramai. Pembungkusan edisi ini menunjukkan Minions nakal: Dave, Kevin, Stuart, Phil dan Carl.


KITKAT CHOCO BANANA



KITKAT Choco Banana hadir dalam persembahan produk: beg 4-Finger dengan rekaan empat unik untuk meningkatkan pengalaman percutian anda, dan Multipack yang mengandungi lima keping 2-Finger dengan dua reka bentuk asli untuk dipilih untuk dikongsi dan dinikmati bersama rakan dan keluarga.


KITKAT CHOCO BANANA



Bukan itu sahaja. Untuk pengetahuan Terdapat juga barangan eksklusif KITKAT x Minionsmer untuk anda dapatkan dimana ianya terdiri daripada Limited edition LED keychain serta sarung dapur fungsional funyet yang terdapat dalam dua reka bentuk.


KITKAT x Minionsmer
KITKAT x Minionsmer

 

KITKAT CHOCO BANANA

Ini pastinya merupakan pelengkap yang hebat untuk pengembaraan memasak bagi penggemar KITKAT yang mungkin dijelajahi dengan KITKAT Choco Banana. Untuk pengetahuan kedua item ini adalah  GIFT WITH PURCHASE yang anda secara dalam talian di Kedai Rasmi KITKAT Lazada dan Shopee dan kedai runcit terpilih.

https://invol.co/cl58dvb


KITKAT CHOCO BANANA

 

KITKAT Lazada Flagship Store: https://www.lazada.com.my/shop/kitkat-official-storeKITKAT 

Shopee Flagship Store: https://shopee.com. my / kitkat.os

Selain dimakan begitu sahaja KITKAT CHOCOBANANA ini boleh juga dibuat pencuci mulut. Berikut KITKAT kongsikan dua resepi yang boleh anda cuba.



KITKAT CHOCO BANANA

 


KITKAT PEANUT BUTTER CHOCO BANANA FREEZE CAKE


KITKAT PEANUT BUTTER CHOCO BANANA FREEZE CAKE
KITKAT PEANUT BUTTER CHOCO BANANA FREEZE CAKE



KITKAT CHOCO BANANA MILKSHAKE


KITKAT CHOCO BANANA MILKSHAKE
KITKAT CHOCO BANANA MILKSHAKE

Kedua dua resepi ini boleh ditonton di KITKAT MALAYSIA #EasyRecipeasy Recipes

 

KITKAT CHOCO BANANA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Facebook : www.facebook.com/KitKatMalaysia
Instagram : www.instagram.com/KitKatMalaysia

Have a break, Have a KITKAT!

#KITKATMalaysia

#KITKATChocoBanana

#KITKATEasyRecipeas



Pengalaman Membeli di buymall.com.my

Kebelakangan ni Cik iena lihat di laman sosial media ramai yang berkongsi mengenai pembelian produk china dan taiwan dengan harga murah di buymall.com.my. Cik iena sememangnya gemar memberi barangan kelengkapan photography dari China kerana harga nya lebih murah jika dibandingkan pembalian dari Malaysia.

Oleh kerana itu Cik iena memulakan langkah untuk membeli Soft Box untuk kegunaan Cik iena mengambil gambar produk mahupun mengambil gambar Cik iena sendiri di rumah. Memandangkan barangan lain seperti tripos, ring light, LED light, photography backdrop beserta beberapa jenis microphone cik iena sudah miliki jadi Cik iena cuma beli barangan yang perlu sahaja. Kali ni Cik iena membeli Photography Light Soft box.

Jika di Malaysia harga Photography Light Soft box ini akan lebih dari RM100 berbeza di buymall.com.my harga Photography Light Soft box ini cuma RM52.80. Walaubagaimanapun harganya sudah pasti tidak termasuk kos penghantaran.

Sebelum Cik iena kongsikan pengalaman membeli Photography Light Soft box di buymall.com.my , Cik iena terangkan terlebih dahulu tentang buymall.

Apa itu Buymall Malaysia?

Buymall Malaysia merupakan platform e-dagang yang merentasi sempadan (cross-border e-commerce) dan kumpulan logistik (logistik team) beroperasi di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2014 dengan memfokuskan untuk menyokong bisnes online yang semakin meningkat di pasaran global.
 
Untuk pengetahuan buymall Merupakan sebuah syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan Buy-For-Me dan Ship-For-Me untuk membantu rakyat Malaysia untukmenyelesaikan masalah membeli-belah di China.

Buymall merupakan Malaysia No. 1 Trusted Taobao Expert with high speed air & sea freight yang merupakan anak syarikat kepada Revenue Group Berhad (0200) di mana menyediakan perkhidmatan :

• Perolehan barang pengguna dari luar negara
• Logistik merentasi sempadan
• Last mile delivery ke dalam pasaran Malaysia

Apakah Perkhidmatan Buy-For-Me?

 


 

Apakah Perkhidmatan Ship-For-Me?

 
 
 
 

Kenapa Memborong Barangan Dari Luar Negara melalui Buymall Malaysia?

Jika sebelum ini memborong barangan dari Cina dilakukan oleh peniaga. Kini di Buymall anda juga boleh membeli secara borong barangan dari China atau Taiwan. Anda boleh membeli barangan terus dari China atau Taiwan tanpa perlu pergi ke negara tersebut. Pembelian borong secara online ini boleh dibuat di kedai online yang terkenal di China dan Taiwan iaitu Taobao.

Buymall Malaysia dapat membantu untuk memastikan barang yang dibeli, sampai dengan selamat kepada anda.Buymall Malaysia merupakan platform e-commerce yang terus berhubung dengan kedai online Taobao.Mereka akan memastikan barangan anda selamat sampai ke gudang dan memastikan barangan anda dihantar mengikut method penghantaran yang anda pilih.
 
Dari pemahaman iena buymall ni sebenarnya adalah orang tengah yang membantu kita dalam urusan pembelian barangan dari Taobao, Tmall, 1688. Ianya boleh dikatakan sebagai Agent Tabao.
 


Untuk pengetahuan Taobao, Tmall dan 1688 merupakan laman web pusat membeli-belah terbesar di
China, semuanya dimiliki oleh kumpulan Alibaba. Dengan menggunakan buymall anda hanya memerlukan satu akaun Taobao dimana anda boleh melayari di 3 laman web dengan satu account.

Taobao Agent | Buy-For-Me


Taobao Agent di dalam buymall adalah perkhidmatan pembelian Buy-For-Me untuk membantu anda melakukan proses pembelian dengan penjual Taobao, dan perkhidmatan penghantaran Ship-
For-Me mempunyai sebuah gudang di China dan Malaysia yang menerima parcel dari penjual di China dan menghantar parcel di Malaysia.


Kelebihan membeli melalui Buy-For-Me di Buymall Malaysia

• Barang yang dibeli selamat sampai di rumah.
•  Boleh pilih dan beli apa sahaja barang dari China tanpa sekatan secara atas talian.
• Anda akan terima barang yang dibeli dalam masa tak lebih dari 7 hari.
• Boleh menikmati pulangan dan sistem perlindungan yang lengkap.
• Dapat professional service daripada Buymall customer service team.

Perkhidmatan penghantaran | Ship-For-Me

 
Perkhidmatan Ship-For-Me akan membantu anda untuk menjimatkan lebih banyak kos daripada penghantaran antarabangsa.Buymall  Ship-For-Me bergabung dengan syarikat high speed sea freight  untuk menghantar barang dengan selamat dan cepat.
 

Kelebihan menggunakan servis Ship-For-Me

• Pickup servis
• Hour+
• High Speed Sea Freight
• Safe


Shipping Method & Fee


Buymall bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara dan laut ke rumah, tetapi juga menyediakan perkhidmatan pickup yang boleh anda pergi ke tempat kumpul terdekat atau gudang Buymall Klang untuk mengumpul barang anda semasa masa lapang anda.

Anggaran Kos Penghantaran


Contoh parcel adalah 5 kg normal produk dan dimensi adalah 40x30x50cm.
 




Untuk perkhidmatan pickup pengangkutan udara ialah RM105, pintu ke pintu ke Malaysia Barat adalah RM128. Untuk perkhidmatan pickup pengangkutan laut adalah RM28, pintu ke pintu ke Malaysia Barat adalah RM55

Tempoh Masa


Kargo udara lebih mahal daripada angkutan laut tetapi penghantaran kapal udara lebih cepat dari angkutan laut, angkutan udara akan mengambil 4-7 hari kerja, angkutan laut akan mengambil 15-22 hari kerja. Jika item anda adalah item yang sensitif, ia perlu membayar kos penghantaran dan bayaran sensitif.
 

Pengalaman Membeli di Buymall Malaysia

Buymall buy for me process 

Cik iena kongsikan pengalaman Cik iena membeli Photography Light Soft box di buymall. Mula-mula Cik buka laman sesawang buymall.com.my dan kemudian cik iena cari barangan yang cik iena ingin beli dan Cik iena add to cart seperti gambar dibawah.





Buymall buy for me process
Pilih barangan yang hendak di beli dan klik go to cart sekiranya anda selesai memilih barang dan ingin membayar




Buymall buy for me process
Selepas pilih go to cart, anda pelu tandakan produk yang ingin di beli kemudian klik Choose Delivery

Buymall buy for me process
Pilih VIP Sea Freight




Air Freight adalah shipment melalui Kapal Terbang. Shipping feenya tinggi, tapi anda boleh dapat parcel dalam 1 minggu.


Sea Freight adalah shipment melalui Kapal laut. Shipping feenya rendah, tapi anda hanya boleh dapat parcel dalam 1 bulan. Tapi barangan Cik iena beli dapat hampir dua bulan , mungkin disebabkan kes covid. Jadi perlu lebih bersabar kalau nak kos shiping yang murah ya.


Buymall buy for me process
Sahkan pembayaran. Jika anda tidak mempunyai wang dalam buymall e-wallet anda perlu topup terlebih dahulu.


Buymall buy for me process
Selepas klik confirm, anda berjaya bayar- Cik iena ada duit dalam buymall e-wallet jadi terus success bayar

Buymall buy for me process
Selepas membuat pembayaran pihak penjual akan menghantar barangan kita ke Gudang buymall. Proses ini memakan masa sehari menurut apa yang cik iena baca


Cik iena selesai membuat pembayaran pada 10 July 2020 jam 7:44PM

Selesai bayar pihak penjual akan mengantar barang anda ke Gudang Buymall dalam masa sehari. Email akan dihantar selepas barang di terima di Gudang Buymall. 

Cik iena received email pada Mon, Jul 13, 2:14 PM Tapi Cik iena sibuk sikit jadi Cik iena buat pembayaran pada 15/7/2020.  Cik iena kongsikan proses pembayarannya seperti dibawah.












 
 
 

Set Taobao Penghantaran Maklumat

 
Selesai bayar anda perlu membuat akaun taobao pada yang masih belum mempunyai akaun.
Klik gambar profile, kemudian pilih dashboard dan pilih forwarding address
 

Panduan cipta akaun Taobao

 
 
 

Selepas anda mendaftarkan akaun Taobao, kini anda perlu menyiapkan alamat gudang penyertaan dalam akaun anda. Untuk menetapkan alamat perkapalan bagi iena adalah sangat rumit jika anda tidak memahaminya, anda perlu log masuk ke akaun Buymall anda untuk mendapatkan alamat gudang penghantaran. 
 
Login akaun Taobao anda pergi ke pengurusan akaun untuk set alamat penghantaran. Jangan isikan nama sebenar dan nombor telefon anda, kerana gudang hanya menerima petak oleh ID Penerima yang diberikan oleh Buymall sistem.


Klik Chine sea fright
Klik Chine sea fright









Video Set Taobao Penghantaran Maklumat

 




Street menurut Video pilih jalan rahsia, iena cari tak jumpa jadi iena terpaksa translate ke china balik dan find street yang kita highlight dari buymall, boleh rujuk video untuk ambil yang mana. Selepas di translate semulake English Jalan rahsia tu adalah Hailong Jiedao





Seterusnya Cik iena akan update proses seterusnya selepas menerima email ya.

Cik iena pun masih belajar, just nak kongsi cara beli dengan anda semua memandangkan ramai yang cakap agak sukar membeli di buymall. Cik iena akui memang sukar, Jadi Cik iena kongsikan untuk panduan bagi yang ingin membeli di buymall.


Sambungan..

Cik iena received email pada Jul 18, 2020, 8:07 PM. Memandangkan sangat sibuk pada hari tersebut jadi Cik iena baru sempat membuat pembayaran untuk shipment ke Malaysia pada 20 July 2020.

Berikut Cik iena kongsikan lagi screenshoot proses pembayaran tersebut untuk rujukan pada yang ingin membeli tetapi mengalami kesukaran untuk membeli. Cik iena sangat akui prosesnya sangat  rumit namun ianya sesuai untuk anda yang ingin membuat pembelian secara pukal kerana harga secara pukal akan lebih murah.

Tapi Cik iena tunjuk ni contoh beli satu barang sahaja la ya. NAk beli pukal Cik iena bukan berniaga pun .

tutorial buymall
setelah dapat email, perlu bayar kos shipment ke Malaysia. Just klik pautan shipping centre pada email







tutorial buymall
Tandakan barangan yang ingin di hantar ke Malaysia dan klik NEXT




Pengalaman Membeli  di buymall.com.my
Kemudian klik confirm untuk meneruskan pembayaran

Pengalaman Membeli  di buymall.com.my
klik ok untuk teruskan

Pengalaman Membeli  di buymall.com.my
Klik next

Pengalaman Membeli  di buymall.com.my
klik confirm untuk teruskan pembayaran

Pengalaman Membeli  di buymall.com.my







Pengalaman Membeli  di buymall.com.my











Pengalaman Membeli  di buymall.com.my
 
 
Selepas selesai membayar kos penghantaran ke Malaysia. Anda cuma perlu tunggu barang ada sampai. Untuk pengetahuan jika ingin jimat anda boleh pilih untuk pickup barangan di buymall warehouse di Malaysia. Cik iena lebih prefer memilih mereka terus hantar pada Cik iena.
 
 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kos kos penghantaran anda boleh terus chat di ruangan chat buymall, mereka akan jawab dengan pantas dan akan membantu anda. Cik iena cuma kongsikan pengalaman Cik iena sahaja.
 
 
Pengalaman Membeli  di buymall.com.my
Untuk lihat status barang boleh pergi ke bahagian my parcel

Pengalaman Membeli  di buymall.com.my

 
 
Untuk pengetahuan Cik iena dapat barang hampir dua bulan dari tarikh Cik iena add to cart dan bayar harga barang. 27 Ogos 2020.Cik iena iena memilih penghantaran seafright kerana nak jimat. Lagipun Cik iena tak rushing nak barang ni jadi bagi Cik iena takde masalah untuk tunggu lama.
 
Cuma nasihat Cik iena jika anda tidak boleh bersabar mohon jangan membeli disini kerana sesungguhnya anda memerlukan kesabaran dalam segala urusan termasuk menunggu barang sampai. Sekiranya barang yang anda beli anda perlu dalam kadar segera amatlah tidak dinasihatkan untuk membeli disini.
 
Anda digalakkan membeli di buymall jika anda ingin membeli secara pukal iaitu dalam kuantiti yang banyak. bermaksud secara borong. Sekiranya secara borong kos penghantaran adalah lebih murah berbanding platform lain. Sekiranya beli 1 item seperti Cik iena anda akan rasa kos penghantaran mahal namun selepas di tambah kos penghantaran dan harga barang yang cik iena beli ianya tatap murah berbanding di tempat lain. Sebab itu Cik iena beli Photography light soft box di buymall.
 

Video review buymall dan unboxing produk buymall

 
Baiklah Cik iena kongsikan video review tentang buymall dan unboxing produk yang cik iena beli dari buymall. Gambar produk Cik iena lupa ambil so tonton video je dulu ye. Nanti Cik iena beli mentol baru ambil gambar produk yang da siap pasang. 
 


 
 
 
Untuk Maklumat Lanjut
 
 
 
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve