Grab The Promo

Penghantaran 2 Jam di PG Mall X Grab Express

Walaupun Sebahagian negeri telah sampai ke Pelan Pemulihan Negara Fasa 2, telah dibenarkan untuk merentas daerah dan pelbagai operasi  telah dibuka secara berperingkat namun pasti masih ada kegusaran diantara kita kerana impak PPN fasa 2 ini sendiri kita dapat lihat lambakan orang keluar setelah lama terkurung.

Penghantaran 2 Jam di PG Mall X Grab Express

 

 Namun bagi Cik iena masih terlalu awal untuk kita keluar dan bersuka ria. Cik iena pasti ada juga beranggapan yang sama bahawa masih belum selamat untuk kita keluar pada masa ini. Sebaik sahaja kerajaan umumkan Negeri Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya telah memasuki Pelan Pemulihan Negara Fasa 2. Ramai orang mengambil peluang ini untuk keluar.

Dalam pada masa yang sama  sebuah Platform e-Dagang PG Mall telah mengambil Inisiatif untuk menawarkan servis penghantaran ekspress bagi barangan di platform mereka supaya masyarakat di luar tidak perlu gusar untuk keluar membeli barang sekiranya ianya penting dan diperlukan segera.


 
 

PG Mall ataupun pgmall.my merupakan Platform e-dagang Nombor 1 Malaysia dimana ianya merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia.Ianya  telah ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi dan telah disenaraikan sebagai Top 3 laman web e-dagang di laporan wawasan Iprice https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/


Penghantaran 2 Jam di PG Mall X Grab Express


PG Mall merupakan satu-satunya platform membeli-belah dalam talian pertama yang telah bekerjasama dengan Grab dengan menawarkan penghantaran dalam masa dua jam dengan menggunakan servis perkhidmatan penghantaran ekspres.

Seperti anda sedia maklum Permintaan untuk penghantaran pada hari yang sama meningkat terutamanya di bandar-bandar utama. Kini anda di Lembah Klang boleh dapatkan barangan keperluan anda di PG Mall dengan hanya 2 jam penghantaran.

Untuk pengetahuan fasa pertama kolaborasi, penghantaran GrabExpress ini disediakan untuk pembeli dan penjual lembah Klang sahaja. Pembeli boleh membuat pesanan dan menghantar bungkusannya dalam hari yang sama hanya dengan satu klik sahaja.

Untuk pembeli dan penjual dari negeri lain, perkhidmatan Grab Exspress ini dijangkakan akan  dilancarkan pada tahun 2022 .

Instant Delivery With RM 12 Off

Servis ini sememangnya sangat menarik dan sangat membantu kita. Berbeza dengan Platform e-dagang lain anda perlu tunggu dua tiga hari untuk mendapatkan barangan yang anda beli. Menariknya lagi  PG Mall juga menawarkan Promosi Potongan RM12 PG Mall GrabExpress.


PG Mall Instant Delivery With RM 12 Off
PG Mall Instant Delivery With RM 12 Off

 

Anda cuma perlu membeli di PG Mall dan pilih penghantaran Grab Express untuk penghantaran segera. Klik  PG Mall untuk pembelian pantas.




#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Grabexpress

 

Untuk Maklumat Lanjut

PERTANDINGAN VIDEO CERIA BERSAMA CHEF TAHA

Dalam musim pandemik ni para ibu bapa mesti ada rasa kerisauan anak anak bosan terkurung dirumah. Pasti banyak aktiviti yang ibu bapa aturkan untuk anak anak. Selain dari aktiviti bersama keluarga lain yand dilakukan sekarang. Anda juga boleh cipta kenangan terindah bersama anak anak anda dalam membuat kek batik dan dalam masa yang sama anda boleh sertai pertandingan Video pendek ceria bersama chef taha yang sedang berlansung.

 

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK CERIA BERSAMA CHEF TAHA ANJURAN TABUNG HAJI DAN F&N

 

JOM SERTAI PERTANDINGAN VIDEO PENDEK CERIA BERSAMA CHEF TAHA ANJURAN TABUNG HAJI DAN F&N

 

Pertandingan ini cukup mudah. Anda cuma perlu rakam video kreatif berdurasi 1 minit proses membuat Kek Batik bersama anak anda. Amat digalakkan untuk anda turut berada didalam video bersama anak anda. Jadi disini anda dapat cipta kenangan indah bersama si cilik.

Untuk menyertai pertandingan ini antara bahan utama anda perlu gunakan dan perlu ada didalam video anda adalah Susu pekat Manis F&N. Pertandingan ini bertemakan Kek Batik Negaraku Malaysia bersempena Hari kebangsaan malaysia.

Jadi mungkin anda boleh masukkan elemen kemerdekaan sepert menggunakan dekorasi bendera malaysia didalam video MEngggayakan pakaian kebangsaan semasa membuat kek batik atau lebih menarik deko kek batik anda berunsurkan kemerdekaan.

Apa apa yang paling penting adalah moment indah ceria anda bersama si cilik dan susu F&N.

 






 


Istimewa buat ibu bapa diluar sana yang mempunyai anak berusia 7-12 tahun.

  1. Terbuka kepada semua ahli TaHa Cilik yang berumur 7 hingga 12 tahun sahaja.
  2. Terhad kepada satu penyertaan sahaja bagi setiap ahli TaHa Cilik.
  3. Hasilkan kek batik dan muatnaik video pendek berdurasi tidak lebih seminit secara kreatif di Facebook bertemakan “Kek Batik Negaraku Malaysia”.


 


PERTANDINGAN VIDEO PENDEK CERIA BERSAMA CHEF TAHA ANJURAN TABUNG HAJI DAN F&N

 

 

SYARAT PERTANDINGAN CERIA BERSAMA CHEF TAHA


1. Peserta perlu menggunakan produk keluaran F&N sebagai salah satu
bahan resipi kek batik tersebut.
 
2. Video yang dihasilkan hendaklah merangkumi tiga bahagian;
   a. Pengenalan bahan masakan.
   b. Proses penghasilan kek batik.
   c. Kek batik dipersembahkan secara kreatif mengikut tema.
 
3. Video yang dihasilkan mestilah asli, hak milik sendiri dan tidak diambil daripada mana-mana pihak ketiga.
 
4. Video tidak mempunyai unsur-unsur negatif atau menyentuhi sensitiviti sesuatu perkara.
 
5. Video yang dimuatnaik disertakan caption “Chef TaHa ceria bersama F&N . . .” dan dilengkapi hashtag #TaHaCilik #F&N.
 
6. Akaun Facebook tidak private dan posting tersebut dapat dilihat umum.
 
7. Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke emel kelabtaha@lth.gov.my dengan dilampirkan “Screenshot” muatnaik Facebook sebagai bukti penyertaan.
 
8. Peserta juga perlu sertakan maklumat berikut untuk rujukan pihak TH
   a. Nama :
   b. No. IC :
   c. No. Akaun TH :
   d. No. telefon :
   e. Emel :

Bagaimana daftar Ahli Taha Cilik?

Untuk pengetahuan sekiranya anak anda telah mempunyai akaun tabung haji maka secara automatiknya anak anda adalah ahli taha cilik. Jadi anak anda layak untuk sertai pertandingan ini sekiranya anak anda berusia diantara 7 Hingga 12 tahun.

Sekiranya masih belum pernah mendaftar akaun di tabung haji. Anda perlu daftarkan akaun tabung haji untuk anda terlebih dahulu untuk menyertai pertandingan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran akaun tabung haji sila rujuk https://www.tabunghaji.gov.my/.../makluma.../pembukaan-akaun

 

Hadiah PErtandingan Video Pendek Ceria Bersama Chef Taha

Tempat Pertama :

Wang Tunai RM350 + E-Baucer F&N RM250 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota


Tempat Kedua :

Wang Tunai RM200 + E-Baucer F&N RM150 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota

 

Tempat Ketiga :

Wang Tunai RM100 + E-Baucer F&N RM50 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota

 

7 X Saguhati:

Wang Tunai RM50 + E-Baucer F&N RM25 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota
 

Tempoh pertandingan bermula 31 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021
 

Untuk terma dan syarat layari Terma Dan Syarat


Untuk info terkini Official : Lembaga Tabung Haji

 

Resepi Kek Batik Mudah

iena kongsikan reels dari adik, masa iena buat video kek batik dia buat video untuk content reel dia.
 

Bahan Bahan

  • Biskut Marie 1 Paket (270gm)
  • Butter Cup 200gm
  • Susu Pekat manis F&N 1 Cawan
  • Milo 2 Cawan

Bahan Chocolate Topping

  • Susu Cair 100ml
  • Dark chocolate Berly 200gm (coin)
  • Buttercup 1 sudu

Cara cara Membuat KeK Batik

  1. Pecahkan biskut marie kepada 4 bahagian
  2. Panaskan kuali
  3. Cairkan buttercup
  4. Selepas buttercup cair, masukkan susu pekat manis F&N
  5. Selepas keduaa dua buttercup dan susu sebati , masukkan milo dan kacau sebati
  6. Selepas adunan sebati, tutup api dan masukkan biskut marie yang telah dihancurkan dan gaul rata
  7. Kemudian masukkan adunan dalam bekas dan mampatkan.
  8. Kemudian untuk topping tak perlu pun takpa.
  9. Cara buat topping, panaskan kuali, 
  10. Masukkan susu cair dan Dark chocolate Berly, kemudian bila dah sebati masukkan buttercup
  11. Gaul sebati dan curahkan diatas kek batik yang telah dimasukkan dalam bekas.
  12. Kemudian masuk dalam peti ais 2 ke 4 jam

 

Tips Untuk Kek batik

  1. Kalau taknak kek batik keras bila di potong.  Jangan terlalu mampatkan. Masa letak dalam bekas cukup sekadar tekat sedikit bagi masuk dalam bekas. tak perlu mampatkan macam buat nasi himpit.. Kemudian Selepas keluar dari peti ais. Biarkan sekejap   jangan terus potong. Biarkan dalam setengah jam bru potong.
  2. Kalau taknak milo berketul pula pastikan adunan susu dan butter sebati sebelum masukkan milo.


 

#ienaeliena #blogger #malaysianblogger #bloggermalaysia
#kekbatik

Kulit Lembab Glowing Crystal Skin Rish Beauty


Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan . Memiliki kulit bersih, bebas jerawat serta cerah berseri seri  semestinya menjadi impian kaum wanita khususnya. Dalam pasaran kini terdapat pelbagai jenis produk kecantikan mahupun produk makanan tambahan yang bertujuan untuk menjaga kecantikan serta mencerahkan wajah dan tubuh badan.

Kulit Lembab dan Glowing Dengan Crystal Skin Dari Rish Beauty

Untuk mendapatkan kulit yang cantik sihat dari dalam, pengamalan suplemen amat penting. Bukan sekadar mengamalkan produk kecantikan untuk luaran, dalaman juga amat penting bangi menyerlahkan lagi kecantikan kulit kita dari dalam.

Kulit Lembab dan Glowing Dengan Crystal Skin Dari Rish Beauty


Kulit Lembab dan Glowing Dengan Crystal Skin Dari Rish Beauty

 

Baru-baru ini Cik iena telah mencuba satu produk suplemen untuk kulit yang sihat dan cantik iaitu Crystal Skin dari Rich Beauty. Ianya merupakan suplemen yang diperbuat dari bahan semulajadi penuh berkhasiat untuk kulit kita.   Dengan penggunaan yang konsisten ianya dapat mencantikkan dan merawat kulit dari luar dan dalam agar lebih sihat, menawan dan berkeyakinan.  


Kulit Lembab dan Glowing Dengan Crystal Skin Dari Rish Beauty



Selain itu ianya juga dikatakan mampu Mengurangkan jerawat, Mengurangkan parut, Mengecilkan pori, Mencerahkan kulit, Mengurangkan kulit berminyak, merawat Kulit kusam dan  Menambah kelembapan kulit disamping menambah glowing pada wajah.

Untuk pengetahuan, Crystal Skin merupakan produk tempatan bumiputra Muslim.  Kesemua bahan Crystal Skin adalah gred AAA,  kilang berstatus Halal dan juga mempunyai akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000.  
Produk ini dijamin selamat dan tiada kesan sampingan kerana kandungannya adalah bahan semulajadi dan telah diuji secara klinikal.  

Bahan-bahan ini juga terkenal dengan khasiatnya dan dikawal selia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kandungan Crystal Skin


Kulit Lembab dan Glowing Dengan Crystal Skin Dari Rish Beauty

 

Serbuk jus blackurrant, dekstrosa, kolagen terhidrolisis, asid askorbik, ekstrak tomato, habatus sauda, ekstrak biji anggur, maltodextrin, asid malik, perisa yang dibenarkan dan sucralose.



Bahan Utama Crystal Skin


Bahan Utama Crystal Skin


Tomato Kristal     –  Anti-oksidan terkuat, kurang jeragat & melindungi dari kerosakan sinar matahari
Habbatus Sauda – Anti-radang, kurangkan jerawat & membunuh kuman
Vitamin C    -  Melindungi sel & menjaga kulit agar sihat
Collagen    - Tambah keanjalan kulit & cegah kedutan
Ekstrak Biji Anggur    -  Anti-oksidan, membunuh kuman & membantu penyembuhan luka
Jus Blackcurrant    -  Anti-oksidan & menguatkan system pertahanan badan


Kulit Lembab dan Glowing Dengan Crystal Skin Dari Rish Beauty

 


Manfaat Crystal Skin

  1. Merawat masalah kulit
  2. Mengurangkan jerawat
  3. Mengurangkan parut
  4. Mengecilkan pori5
  5. Memutihkan kulit
  6. Mengurangkan muka berminyak
  7. Kulit kurang kusam dan glowing
  8. Menambah kelembapan kulit

 

Kadar Vitamin C Dalam Crystal Skin.

Untuk pengetahuan kadar vitamin C untuk 1 sachet crystal skin adalah 300mg. Maklumat ini tiada di kotak pembungkusan tapi Cik iena tanya pada team Crystal Skin.

Biasanya kalau makan suplemen Cik iena perlu tau kandungan vitamin sebab Cik iena ada ambil Vitamin lain juga. Kalau kandungan vitamin C tinggi Cik iena perlu stop pengambilan vitamin C lain.

Dalam sehari badan kita cuma boleh mampu menyerap maximum 2000mg  vitamin C. Jadi pada yang amalkan suplemen lain perlu alert akan kandungan vitamin C termsebut mahupun mineral lain yang terdapat dalam suplemen tersebut. Pastikan tidak lebih dos sehari yang diperlukan.


Kulit Lembab dan Glowing Dengan Crystal Skin Dari Rish Beauty

Cara Pengambilan  Crystal Skin

Minum 1 sachet Crystal Skin yang dicampur dengan 150ml air sebelum sarapan.

Untuk kesan yang optima 

  1. Elakkan minuman yang berkafein,beralkokol dan berkarbonat untuk mendapat keberkesan  yang  lebih baik.
  2. Minum 2 -3 liter air putih setiap hari utk mempercepatkan proses keberkesanan Crystal Skin.
  3. Amalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan berminyak dan bersenam dengan kerap.

 

Harga Crystal Skin

1 Kotak Harga Tawaran RM69            Harga Biasa RM89 (DISKAUN 23%)
2 Kotak  Harga Tawaran RM132         Harga Biasa RM178 (DISKAUN 26%)
3 Kotak Harga Tawaran  RM187         Harga Biasa RM267 (DISKAUN 30%)
4 Kotak Harga Tawaran  RM230         Harga Biasa RM356 (DISKAUN 35%)
 

Nota : 1 Kotak mengandungi 15 sachet bersamaan untuk 15 hari pengambilan.

 

PERCUMA 1 KOTAK CRYSTAL SKIN JIKA TIADA RESULT 

Menariknya Crystal Skin untuk anda cuba kerana ianya menawarkan sesuatu yang amat berbaloi bagi Cik iena. Sekiranya tiada kesan semasa penggunaan 1 kotak Crystal Skin , pihak Rish Beauty menawarkan pemberian sekotak Crystal Skin untuk anda. 

 

 

PERCUMA 1 KOTAK CRYSTAL SKIN JIKA TIADA RESULT

 

Tawaran berani dari Rich Beauty pastinya memberi jaminan bahawa produk ini bagus dan cik iena yakin sedikit sebanyak pasti akan memberi kesan kepada anda. Jadi bagi Cik iena ianya berbaloi untuk anda cuba.

Untuk terma dan syarat percuma 1 kotak Crystal Skin jika tiada result anda boleh rujuk laman web mereka yang cik iena lampirkan dipenghujung artikel.


Review Crystal Skin dari Rish Beauty

Secara am nya kesan bagi setiap individu dalam pengambilan suplemen adalah berbeza mengikut antibodi dan juga gaya kehidupan seseorang. Cik iena berkongsi berdasarkan review dari Cik iena yang merupakan penggemar kafein.


Review Crystal Skin dari Rish Beauty

 

Untuk meninggalkan kafein sememangnya agak sukar namun semasa pengambilan suplemen ini Cik iena jarakkan waktu pengambilan kafein sekurang kurangya 4 jam dari pengambilan suplemen dan hadkan hanya sekali sehari sahaja pengambilan kafein.

Untuk 10 sachet pengambilan bagi Cik iena masih terlalu awal untuk berkongsi  review . Setakat ini kesan yang dapat cik iena rasakan adalah kulit lembab dan glowing. Dari segi tekstur kulit memang kelihatan licin kerana cik iena tidak mempunyai masalah jerawat kecuali semasa datang bulan. Memandangkan Cik iena tiada masalah jerawat jadi kesan suplemen untuk kulit licin dan lembab itu nampak.


Review Crystal Skin dari Rish Beauty

 

Bila kulit licin dan lembab pastinya akan menaikkan efek glowing pada wajah. Bila kulit lembab dan glowing dan kita kenakan solekan ianya akan menyerlahkan lagi solekan. Ini yang Cik iena suka bila amalkan suplemen. Kulit akan lembab dan akan menampakkankesan yang cantik jika bersolek. Almaklumlah Cik iena memang gemar bersolek.

Untuk kesan pencerahan setakat 9 sachet masih belum nampak hasilnya. Perlu habiskan 2 box bersamaan pengunaan sebulan baru boleh kongsi full review. 


Review Crystal Skin dari Rish Beauty

 

Dari segi rasa, ianya  memang enak rasa grape blackcurrant dan manis . Selepas ambil suplemen ini Cik iena memang tak buat air manis. Tengah hari baru minum kafein selepas minimum 4 jam pengambilan suplemen.

Setakat aritikel ini ditaip tanggal 31 ogos cik iena baru mengamalkan 9 sachet sahaja. Jadi Cik iena berkongsi review setakat 9 sachet pengunaan terlebih dahulu.


Review Crystal Skin dari Rish Beauty
suplemen iena berbeza dari orang lain sebab cara pegambilan. Macam iena dah terbiasa ambil suplemen iena akan shake dalam shaker. Makanya bila kita shake dalam shaker dia akan berbuih. Jangan lupa minum buih sekali okay sebab khasiat pun ada dekat situ. Jangan membazir haha


Beli Crystal Skin Secara online

Anda juga boleh dapatkan produk Crystal Skin secara dalam talian melalui platform


Untuk Maklumat Lanjut

Website      : https://www.rishbeauty.com
Telefon       : +60-11-62000032
Facebook    : www.fb.com/rishbeautyhq
TikTok        : www.tiktok.com/@rishbeautyhq





#rishbeauty #crystalskin #Crystalskinrishbeauty #rishbeautycosmetic #malaysia #beauty #kecantikan #skincare #kesihatan #beauty #kosmetik #perawatanwajah #cantik #makeup #perawatan #kecantikanwajah #pemutihwajah #produkkecantikan #perawatankulit #skincareroutine #cantikalami #pemutihbadan #jerawat #jejaka #wanita #viral #kecantikankulit #pemutih

Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp

Dalam musim pandemik ni memang ramai orang yang berasa risau berada diluar. Dalam pada itu Econsave menawarkan servis untuk membeli barang melalui pesanan di whatsapp. Kita hanya perlu bayar online dan ambil barang di Econsave atau datang bayar di kaunter yang telah di maklumkan dan bawa pulang barang.


Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp

 

Inisiatif ini sedikit sebanyak sangat membantu terutamanya untuk yang sedang mengalami tempoh kuarantin disebabkan Covid-19. TIdak terlepas juga keluarga Cik iena. Baru baru ini Puan Ibunda telah disahkan Positif Covid-19  dan perlu jalankan kuarantin kendiri di rumah. Jadi ahli keluarga lain juga turut di pakaikan gelang dan perlu kuarantin dirumah.

Sebelum ni kami minta tolong sepupu belikan barang dan hantar kerumah. Iena rasa kesian pula dekat mereka. Jadi Cik iena google apa yang patut dan jumpa maklumat yang Econsave menawarkan perkhidmatan ini. Jadi Cik iena cuma perlu minta tolong sepupu ambilkan barang di Econsave dan hantar ke rumah iena. Takde la penat mereka nak cari barang.

Tambah lagi list ayah iena hantar kemain banyak. Risau sepupu ada kerja lain. Nanti terganggu kerja. Jadi untuk anda diluar sana yang taknak keluar boleh guna servis ini dari econsave. Untuk info mereka tidak mengenakan charge tambahan. Kita cuma perlu bayar harga barang sahaja.

Kalau kita sibuk tak cukup masa boleh juga order di whatsapp kemudia datang kaunter bayar dan balik. Jimat masa kita kan. Cuma harap harap pekerja yang ambil barang tu pilih sayur  n lauk yang segar lah.

Kepada Yang nak cuba servis ni berikut Cik Iena kongsikan caranya dan juga pengalaman Cik iena.

 

Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp

Cara Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp

  1. Senaraikan pesanan anda mengikut jenama produk dan kuantiti atau berat.Hantar ke No Whatsapp outlet terdekat
  2. Tunggu Panggilan atau Whatsapp
  3. Bayar Dekat Kaunter Servis atau Bayar Online
  4. Ambil Barang


Contoh Pesanan Ck iena seperti dibawah. Untuk info lebih bagus jika anda nyatakan jenama barang. Contoh sos kimball.

  1. Ikan pelaling 2kg
  2. Ikan tongkol / cencaru 2kg
  3. Ayam 2 ekor
  4. Tahu 5 biji
  5. Tahu telor 5 bungkus
  6. Cili api 1/2 kg 
  7. Telor sepapan
  8. Cili merah besar 300gram 
  9. Rempah tomyam 3 bungkus kecil 
  10. Limau oren 6.biji
  11. Carot 3 biji
  12. Cili sos kimball 1bungkus
  13. Kobis sebiji
  14. Terung biru 1kg
  15. Ikan masin kembong 
  16. Ikan masin sepat
  17. Kentang 1kg
  18. Gula 2kg
  19. Tomato 6 biji
  20. Santan kelapa 3 kotak
  21. Sos tiram 1botol
  22. Teh uncang 1 bungkus
  23. Tepong gandum 2 bungkus
  24. Sabun Glo 1 botol

Kemudian whatsapp pesanan ke nombor talifon econsave berdekatan anda.

 

Nombor Whatsapp Econsave

Econsave Batang kali  +60 19-338 9539
Selanjutnya Boleh rujuk di https://econsave.com.my/whatsapp-order/#dearflip-df_2720/3/

Maaf nak tulis satu satu banyak sangat


Syarat Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp

  1.  Pesanan hendaklah melebihi RM80
  2. Hanya terdapat di cawangan terpilih
  3. Tarikh pesanan sepanjang MCO sahaja
  4. masa Pesanan 9Am hingga 5pm

 

Review Servis Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp

Secara keseluruhannya pekerja yang reply whatsapp sangat membantu. Jika ada barang takde dia akan maklumkan dan cadang barang lain yang sama. Terpulang pada kita nak atau tidak. Kalau pesan melalui whatsapp dan bayar di kaunter mungkin tak sampai 1 jam. 

Macam kes iena bayar secara online jadi perlu pengesahan HQ. Staff perlu keluarkan quotation terlebih dahulu. Cik iena bayar. Bagi resit dan kemudian staff akan call HQ untuk semak samda bayaran sudah diterima atau belum.

Setelah disahkan oleh HQ baru kita boleh ambil barang. Disini jutaan terima kasih Cik iena ucapkan pada makcik iena dan suami sepupu sebab tolong cik iena. Terimakasih Cikros dan Alip, suami kepada bella sepupu iena. 

Risau juga bila mak kene covid-19. Mujurlah mak duduk di Kampung keluarga Abah. Memang ramai saudara disana. Jadi boleh minta bantuan mereka untuk tolong beli barang.

Okay Cik iena konsikan sedikit lepas hantar list mereka cari dan bagi tau apa yang takde. Dan kemudian akan update list dengan harga untuk yang bayar online.

Ikan pelaling 2kg❎
Ikan tongkol / cencaru 2kgm=RM32.51
Ayam 2 ekor=RM30.93
Tahu 5 biji=RM1.95
Tahu telor 5 bungkus=RM3.60
Cili api 1/2 kg =RM14.00
Telor sepapan=RM11.90
Cili merah besar 300gram =RM3.28
Rempah tomyam 3 bungkus kecil =RM8.85
Limau oren 6.biji=RMRM8.34
Carot 3 biji=RM1.61
Cili sos kimball 1bungkus❎
Kobis sebiji=RM5.40
Terung biru 1kg=RM8.83
Ikan masin kembong =RM2.51
Ikan masin sepat=RM9.63
Kentang 1kg=RM2.04
Gula 2kg=RM5.70
Tomato 6 biji=RM4.67
Santan kelapa 3 kotak=RM6.90
Sos tiram 1botol=Rm3.90
Teh uncang 1 bungkus=RM4.9.
Tepong gandum 2 bungkus=RM4.50
Sabun Glo 1 botol=RM4.75

Total : RM 180.70


Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp

 

Selepas dapat List ni perlu tunggu untuk mereka keluarkan quotation dan kita perlu bayar terlebih dahulu. Lepas bayar, screenshoot resit dan mereka akan hubungi HQ untuk semak pembayaran diterima atau belum. Kemudian selepas sahkan bayaran diterima .Dah boleh ambil

 

 

Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp
Thanks Alip

Terima Kasih Alip tolong ambilkan barang dan hantar kerumah paklang. Bawahni pula ayah iena ambil gambar barang dah dapat. Lepas abah cek semua barang nanti iena akan update barang yang staff econsave pilih segar ke tidak


Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp


Jadi kepada anda diluar sana jika ada dikalangan family member yang terkena wabak covid tak perlu risau untuk beli barang dapur. Boleh order melalui whatsapp dan boleh minta tolong saudara atau kawan atau jiran untuk ambilkan barang. 

 

Sekian perkongsian Cik iena. Semoga Puan Ibunda segera sembuh dari Wabak Covid-19 ni. 


Nota : Cik iena stay di Kuala Lumpur. Mak , Abah dan familly di Batang Kali . So Cik iena bukan closed contact ya .

 

Terima Kasih Econsave Batang Kali atas perkhidmatan anda. Nanti boleh shopping lagi.





Bahan Kisar Kitchen Saver Mudah Kerja Dapur

Dalam musim pandemik ni ramai usahawan yang tampil dengan cara kreatif demi kelansungan perniagaan. Antara usahawan yang dapat dikatakan kreatif menampilkan produk yang sangat berguna dan sangat membantu kerja kerja didapur adalah Puan Nur Harfiza Hashim.

 

Bahan Kisar Kitchen Saver MemudahKan Kerja di Dapur

 

Puan Nur Harfiza Hashim menjalankan perniagaan bahan kisar yang diberikan nama Kitchen Saver. Selain untuk diri sendiri, perniagaan ini juga bertujuan untuk mambantu mereka mereka yang kehilangan pekerjaan dalam meneruskan kelansungan hidup. 

Beliau membuka peluang perniagaan ini buat yang berminat untuk menjadi ejen bagi memasarkan produk bahan kisar ini. 



Bahan Kisar Kitchen Saver

Kitchen Saver menawarkan 9 pilihan produk bahan kisar bernilai RM15 hingga RM18 sebotol yang mana ianya terdiri daripada 


Bahan Kisar Kitchen Saver MemudahKan Kerja di Dapur
  1. Bawang Putih Kisar
  2. Bawang Holland Kisar
  3. Bawang Besar Kisar
  4. Kunyit Kisar,
  5. Lengkuas Kisar
  6. Serai Kisar
  7. Cili Padi Kisar
  8. Cili Kering Kisar 
  9. Halia Kisar.

 


Istimewanya Bahan Kisar dari Kitchen Saver ini ianya tidak mengandungi pengawet, pewarna dan perisa. Bagi menampilkan kelainan. Pembungkusan produk bahan kisar ini akan bertukar mengikut musim. Sebagai contoh bulan kemerdekaan ini botol produk bahan kisar kitchen saver akan bertemakan bulan kemerdekaan.


Bahan Kisar Kitchen Saver MemudahKan Kerja di Dapur

 


Untuk pengetahuan produk bahan kisar Kitchen Saver kini terjual sebanyak 120,000 botol dengan purata 3000 botol seminggu.


Bahan Kisar Kitchen Saver MemudahKan Kerja di Dapur
Puan Nur Harfiza Hashim

 

Menurut  Puan Nur Harfiza Hashim
 

“Walaupun pandemik ini sering menghantui fikiran hampir setiap dari kita, kami tidak
lupakan ejen yang berdaftar kerana sedar ada diantara mereka yang telah hilang
pekerjaan, tidak mempunyai pendapatan yang cukup”


“Risau dengan khabar berita yang menunjukkan kes bunuh diri semakin meningkat
akibat tertekan dengan kehidupan, kami bukan sahaja memberikan pelbagai tips untuk
menjana pendapatan namun sering kali menitipkan pesanan dan semangat buat
mereka agar tidak mudah berputus asa” 


Bahan Mentah Kisar Pertama di Malaysia


Bahan Kisar Kitchen Saver MemudahKan Kerja di Dapur

 

Kitchen Saver merupakan jenama bahan mentah kisar kasar yang pertama di Malaysia, Kitchen Saver
terus kekal berinovasi dengan mengutamakan kualiti produk untuk terus mendapat kepercayaan pelanggan-pelanggan. 

Untuk makluman anda juga produk bahan kisar dari Kitchen Saver juga  diiktiraf Halal dan menerima
khidmat nasihat serta bekalan bahan mentah daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). 

Selain itu Kitchen Saver turut menerima dorongan daripada pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
 

Tambah Puan Nur Harfiza Hashim lagi

“Untuk menjualnya secara komersial, kami sentiasa mengutamakan kebersihan dan
kualiti produk. Disebabkan itu, saya selalu menegaskan kepada ejen-ejen agar
menitikberatkan bahawa produk Kitchen Saver tanpa 3P; pengawet,pewarna dan
perisa.
Alhamdulillah setakat ini, segala bahan yang digunakan termasuk air mentah akan
dihantar terelebih dahulu kepada pihak MARDI untuk pemeriksaan dan kelulusan.
Malah pekerja kami yang menguruskan produk juga telah mendapat suntikan Thypoid”


 

Agent Kitchen Saver di perlukan

Di kesempatan itu, Puan Nur Harfiza Hashim turut mengalu-alukan orang ramai untuk mencuba sendiri aneka produk Kitchen Saver dan menjadikan ia sebagai produk wajib ada di rumah.
Dengan Kitchen Saver, masak secara moden, rasa seperti tradisional.


Bahan Kisar Kitchen Saver MemudahKan Kerja di Dapur

 

Kelebihan Dan Manfaat Produk Bahan Kisar Kitchen Saver 

  1. Lebih Jimat Masa
  2. Lebih jimat belanja dapur tanpa pembaziran bahan mentah
  3. Lebih menyihatkan dan selamat untuk digunakan (tiada pengawet, perasa dan pewarna tambahan) 
  4. Bahan bahan mentah yang segar digunakan daripada FAMA
  5. Lebih selamat dimusim PKP tanpa perlu beratur ke kedai
  6. Pemudah cara masak (kisar kasar)
  7. Dapur lebih kemas (siap kisar tunggu ceduk masak je)
  8. Masa bersama keluarga lebih banyak
  9. Peti air tersusun rapi dengan botol kitchen saver
  10. Bertambah Rajin Untuk Memasak

 

Review Bahan Kisar Kitchen Saver

Secara jujurnya sememangnya produk bahan kisar kitchen saver sangan membantu Cik iena dalam urusan memasak harian. Walaupun bekerja dari rumah . Kesibukan sama seperti bekerja dipejabat. Masa untuk memasak Cik iena adalah pada waktu malam sebelum tidur. Kerana Cik iena tak nak ganggu waktu rehat 1 jam bekerja. Masa itu untuk makan dan rehat.

Jadi sebelum tidur pada waktu malam Cik iena akan masak untuk menu masakan tengah hari keesokan hari. Dengan adanya bahan kisar kitchen saver tak perlulah tengah malam Cik iena bising blender bawang and cili untuk memasak.

Tenang jiran Cik iena tidur. Kalau tak malam malam dengar lah bunyi iena mengisar itu ini. Sudah pastinya dengan adanya bahan kisar kitchen saver mempercepatkan lagi kerja memasak Cik iena. 

Kepadaanda diluar sana khususnya wanita bekerja ya yang sibuk bekerja mahupun ibu ibu yang bekerja. Boleh dapatkan produk bahan kisar kitchen saver ini bagi membantu dan memudahkan lagi kerja kerja memasak anda di dapur.

Rating

10/10

 

Resepi Kari Udang Kitchen Saver


Bahan Kisar Kitchen Saver MemudahKan Kerja di Dapur

 

Bahan2- Bahan

  • Minyak sikit
  • Udang
  • Halba campur
  • Bawang Besar Kitchen saver (1 Sudu besar)
  • Bawang putih  Kitchen saver (1 Sudu besar)
  • Halia Kitchen saver (1 Sudu besar)
  • Cili Kering Kitchen saver (2 Sudu besar)
  • Gula melaka(separuh yg bulat)
  • Air asam jawa
  • Serbuk kari ikan(1pek kecil atau 2 sudu besar)
  • Santan 1biji kelapa atau 1 kotak
  • Sayur kacang panjang atau kacang buncis


Cara Memasak


  1. Panas minyak anggarkn je
  2. Masukkn halba campur.
  3. MAsukkan bahan kisar sehingga naik bau
  4. Masukkan cili kering kitchen saver sehingga pecah minyak
  5. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air
  6. Masak sampai pecah minyak
  7. Masukkn air asam jawa
  8. Masukkn air sikit(repeat 3/4 kli nk bagi kari tahan lama)
  9. Masukkn santan,gula melaka kacau jgan tanggal sampai mendidih
  10. Masukkan udang..masukkn perase semua garam gula(gula jgan letak byak sbb dah ade gula melaka,rase dulu)

Video Resepi Kari Udang Kitchen Saver

 




Untuk Maklumat Lanjut

Facebook : https://www.facebook.com/kitchensaverhq
Instagram : https://www.instagram.com/kitchensaverhq
Website : https://kitchensaverhq.com



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve