GORGEOUS HERE ,GORGEOUS THERE, GORGEOUS DI HARI RAYA YEAY !!
Ingin kan tubuh yang lansing tanpa memakan pil dan menyapu krim yang berbau dan hangat .
Anda boleh mencuba GORGEOUS BURNING MIST.
Ia merupakan sejenis SERUM daripada Eropah yang berteknologi tinggi .
MENGENAI GORGEOUS BURNING MIST
Merupakan SLIMMING SERUM EROPAH BERTEKNOLOGI TINGGI
Penyerapan cepat dan jauh ke dalam kulit untuk membakar lemak lebih jauh berkesan daripada produk lain disamping merawat kulit yang rosak. TIADA
- Rasa Gatal
- Kesan Merah pada kulit
- Rasa Pening/ pitam
- Rasa Dahaga
- Senaman Ketat
FAEDAH-FAEDAH:
1. Membakar lemak (sekali sapuan, membakar selama 12 jam) tanpa rasa panas
2. Mengempiskan perut dengan cepat
3. Menghilangkan dagu berlapis
4. Meningkatkan kadar metabolisma
5. Menyembuhkan penyakit isomnia/ sukar tidur malam
6. Anti-Aging / Awet muda Melembabkan dan melembutkan kulit kembali remaja
7. Mempercepatkan proses pencernaan
8. Merawat Kulit yang rosak dan terlalu kering dan menggerutu
9. Mempercepatkan proses pencernaan
10. Memberi kesegaran dan menghilangkan lenguh
11. Anti-Stress
12. Anti-Selulit
13. Merawat stretchmark/ renggangan kulit
14. Memudarkan tanda-tanda hitam
15. Badan sentiasa bertenaga
16. Merawat masalah senggugut dan keputihan
17. Menghilangkan parut
18. Mengekalkan bentuk badan untuk sentiasa tampak menarik
19. Melancarkan peredaran darah
20. Membuang Angin
Founder GORGEOUS BURNING MIST, Puan Gee
Cara-Cara penggunaan/ panduan:
1. Hanya Spray beberapa titik dan ratakan keseluruh bahagian badan yang berlemak.
2. Gunakan 2 - 3 kali sehari selepas mandi untuk kesan yang lebih cepat.
3. Pemakaian korset & girdle amat disyorkan untuk kesan yang lebih pantas.
4. Sekiranya anda seorang yang suka makan makanan yang berkarbohidrat, bolehlah menyapu GBM terlebih dahulu sebelum menjamah makanan.
5. Elakkan penggunaan di kawasan yang tidak mempunyai tandas.
7. Selamat digunakan & mendapat kelulusan KKM.
Kesan Terawal:
1. Anda akan berasa hendak membuang air besar
2. Sentiasa berpeluh
3. Mengeluarkan angin
kandungan: 60ml
harga: rm90 ( termasuk pos)
2 botol rm160 (termasuk pos)
4 botol ke atas sebotol rm70 + postage (promosi hari ibu)
Testimoni yang menarik perhatian cik iena adalah yang ni , pengurangan lemak di bawah dagu . yeayy No More double chin !!
Baru-baru ini 25 Jun 2015 , Vivo Jenama telefon pintar China melancarkan model terbaharu keluarannya iaitu Vivo X5Pro di pasaran Malaysia pada harga RM1,599 seunit. Ini merupakan Majlis pelancaran vivo yang pertama kali di Malaysia. Naib Presiden Vivo Global, Alex Feng berkata, Vivo X5Pro mempunyai permukaan yang menyerupai air dan dilengkapi dengan kaca 2.5D digabungkan dengan bingkai logam serta kemasan yang menakjubkan.
Vivo X5Pro yang turut digelar ‘Sentuhan Kecantikan’ mempunyai kualiti bunyi Hi-Fi professional bagi kualiti bunyi yang mengagumkan. Peranti pintar itu juga memiliki skrin paparan bersaiz 5.2 inci Super Amoled dengan resolusi 1080 x 1920 piksel.
“Vivo X5Pro beroperasi menggunakan sistem operasi Fun Touch OS Android 5.0 lolipop dengan ruang penyimpanan 2GB RAM dan 16GB ROM,” katanya pada majlis pelancaran Vivo X5Pro . Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Lewis Zhang.
Sementara itu, Zhang berkata, dari segi fungsi, Vivo X5Pro dipasang dengan SmartWake yang membolehkan pengguna mengawal telefon tersebut dengan isyarat tangan.
“Ia juga mempunyai kamera 13 megapiksel yang mampu mengenal pasti jantina serta individu di dalam gambar secara automatik,” katanya.
Spesifikasi vivo X5Pro
vivo X5Pro adalah telefon pintar berkuasa tinggi yang dilengkapi CPU Qualcomm Snapdragon 615 64-bit, 2GB RAM dan 16GB storan dalaman. Vivo X5Pro menampilkan rekabentuk nipis setebal 6.44mm sahaja, dengan kerangka besi serta diapit kaca lengkung sisi 2.5D di bahagian depan dan belakang. Skrinnya sebesar 5.2-inci dengan Super AMOLED beresolusi HD Penuh 1920×1080.
vivo X5Pro mempunyai kamera belakang 13MP dengan apertur F2.2 dan LED Flash. Manakala kamera hadapannya 8MP. Seperti siri-X yang lain, X5Pro dilengkapi DAC untuk penghasilan audio berkualiti tinggi.
Bateri vivo X5Pro berkapasiti 2450mAh dan ia menyokong dwi-sim 4G LTE yang berkongsi slot kedua dengan kad memori mikro-SD. vivo X5Pro menjalankan sistem operasi Android 5.0 Lollipop dengan antaramuka vivo FunTouch 2.1.
Acara pelancaran vivo X5Pro ini turut dihadiri selebriti terkenal Malaysia, Soo Wincci dan juga Amber Chia.
Pada 27 Jun 2015 telah berlangsungnya Majlis Pembukaan Rasmi dan Berbuka Puasa Festival Ramadan Klang yang dihadiri oleh Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Yang Berbahagia Dato' Lim Seng Kok, Presiden Klang Chinese Chamber of Commerce Industry (KCCCI) dan rakan kerjasama festival iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), +Projek Iqra' dan Women International Network (WIN).
Festival Ramadan Klang 2015 ini bertemakan 'Balik Kampung' , objektif festival ini adalah untuk merapatkan hubungan kemasyarakatan di samping memupuk nilai-nilai murni dan seterusnya membentuk sebuah masyarakat yang harmoni.
Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Yang Berbahagia Dato' Lim Seng Kok, Presiden Klang Chinese Chamber of Commerce Industry (KCCCI)
majlis berbuka puasa
Terdapat lebih 120 buah gerai yang mengadakan jualan sempena Festival
Ramadhan Klang 2015. Pelbagai barang-barang persiapan raya yang dijual
di sini antaranya baju raya, biskut raya, dan juga juadah berbuka puasa.
Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Pengunjung bukan
sahaja berpeluang membeli-belah tetapi juga turut dihiburkan oleh
penyanyi-penyanyi terkemuka di Malaysia antaranya Nasir Wahab, Yantzen,
Ayu Damit, Bunkface, Awi Rafael serta beberapa kumpulan Nasyid terkenal
di Malaysia.
Peserta Projek Iqra’ Diraikan
Untuk pengetahuan anda, peserta-peserta Projek Iqra’ pada tahun ini telah memilih Pusat Pemborong GM Klang sebagai salah satu destinasi untuk projek mereka. Melalui Projek Shopping Raya 2015 ini, mereka berpeluang untuk membeli persiapan raya di Pusat Pemborong GM Klang melalui sumbangan yang diterima oleh pihak Projek Iqra’.
Istimewanya, mereka diberi peluang untuk membeli barangan yang mereka inginkan pada harga yang lebih murah sebagai satu usaha untuk membantu meringankan beban mereka. Pusat Pemborong GM Klang turut memberi duit raya kepada setiap peserta yang terlibat.
Bubur Lambuk Percuma buat pengunjung Festival Ramadhan Klang 2015
Istimewa buat pengunjung, anda boleh mengambil bubur lambuk secara percuma bermula pada pukul 6 petang sepanjang Festival Ramadhan Klang 2015 berlansung
Selain daripada itu , terdapat lorong Laman Budaya yang bertemakan suasana kampung halaman, mainan-mainan tradisional juga disediakan sepanjang Laman Budaya. Pasti ramai anak-anak kecil dan anda-anda yang suka bergambar suka berjalan di Laman Budaya ni kerana terdapat pelbagai ruangan gambar-gambar menarik untuk dirakamkan sebagai tanda kenangan. Kepada pengunjung yang bergambar sepanjang lorong tersebut jangan lupa sertakan hashtag #FestivalRamadhanKlang2015 jika memuat naik gambar di laman sosial.
Antara aktiviti-aktiviti lain yang diadakan sepanjang festival berlangsung ialah Pertunjukan Giant Bubble, Dekorasi Cupcake, Demonstrasi Mencanting Batik, Penggayaan Hijab, Penampilan Maskot Upin dan Ipin, Bengkel Wau, Penampilan Maskot Awang Kenit, Dunia Eicak dan Cingkus, Begkel Kuda Kepang, Penampilan Maskot Chichi dan Chacha, Demonstrasi Masakan, Bacaan Ayat-ayat Al-Quran, Moreh bersama Selebriti seperti Zaiton Sameon, Nassier Wahab , Ayu Damit, Altimet, Kent Blues, Sheqal, Didi Astilah, Awi Rafael, serta ceramah-ceramah agama dan selawat.
Selain daripada itu anda juga boleh membeli belah di Block A dan juga block block lain . Terdapat banyak kedai di GM Klang . Yang pastinya satu hari pasti tidak cukup untuk anda membeli belah disini.
Kadar Parking
Untuk pengetahuan parking di dalam Block A hanya RM1 sekali masuk .Anda juga boleh parking di lot-lot kedai diluar diamana ianya adalah percuma. Cik iena prefer parking dalam Block memandangkan kadar parking pun sangat murah .
Kemudahan Surau
Terdapat kemudahan surau yang cukup besar dan selesa di Block C untuk kita menunaikan solat fardhu .
* Cerita mengenai kemudahan surau, semasa cik iena ke surau untuk solat magrib cik iena terserempak dengan Altimet , Wahh melting sekejap . Selepas azan dia terus solat . Cik iena minum air dan makan kuih kemudian solat . Terserempak dengan beliau yang baru selesai menunaikan fardu magrib :). Yeayy itu lah kriteria calon suami yang di cari jeng3.
Pusat Pemborong GM Klang
Alamat :
Bandar Botanic, GM Klang Wholesale City, Jalan Kasuarina 1,
Kepada anda yang masih mencari-cari tempat untuk membeli belah barangan
persiapan hari raya mahupun barangan keperluan lain boleh lah hadir ke Pusat Pemborong GM Klang . Barangan-barangan yang dijual menawarkan harga yang amat berpatutan. Apa tunggu lagi? Jom datang ke Festival Ramadhan Klang 2015 di Pusat Pemborong GM Klang.
Jemput Baca cerita dari rakan blogger yang turut serta memeriahkan Festival Ramadhan Klang 2015
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com