AKARI Galactomyces Treatment Essence
Ia mengandungi 96% Tapisan Kultur Mikrob Galactomyces yang
berfungsi untuk melembap, menghidrat dan mencerahkan kulit, mengawal
pengeluaran sebum, mengecilkan liang pori, memudarkan pigmentasi, dan
sebagai ejen anti-penuaan kulit. Untuk makluman anda kandungan 96%
Galactomyces Treatment Essence diyakini 100% selamat digunakan untuk
semua jenis kulit.
AKARI menggunakan Galactomyces dari industri kosmetik yang Halal, suci lagi baik untuk digunakan oleh pengguna di Malaysia dari pelbagai latar belakang. Galactomyces diproses secara komersial di fasiliti kosmetik yang tiada kaitan dengan pembuatan minuman sake, alkohol, atau makanan.
Kebaikan Galactomyces
- Mencerahkan Kulit
- Mengurangkan sintesis melanin
- Menguatkan Skin's barrier
- Mengurangkan penampakan liang pori dan bintik hitam
- Mengurangkan Penghasilan sebum
- Menyembuhkan Jerawat
- Menjadikan Kulit Glowing
- Mengurangkan pembentukan garis kedutan
Essense ini juga mengandugi Daun Pegaga.Daun pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica berfungsi
sebagai antioksidan yang menghasilkan sel kulit baru dan melindungi
kulit dari kerosakan sinaran matahari. Selain itu kelebihan daun pegaga untuk
kulit adalah ianya mampu Meredakan keradangan kulit, mempercepat
penyembuhan luka, menjaga kelembapan kulit, mengekalkan keanjalan kulit
muka,Menyembuhkan jerawat, Menghasilkan kolagen secara natural dan
mengurangkan parut merah dan parut pada bekas jerawat.
Disamping itu kandungan Niacinamide (Vitamin
B3) yang terdapat dalam essense ini membantu merawat jerawat,
meredakan keradangan dan kemerahan kulit, mengawal penghasilan minyak,
mengecilkan liang pori dan melambatkan tanda penuaan pada kulit.
Kandungan Ceramides yang
terdapat dalam Essense ini akan mengekalkan kelembapan kulit wajah,
mengurangkan kemerahan dan juga mengurangkan kerengsaan kulit. Ceramides
sangat sesuai untuk anda yang mengalami masalah jerawat dan kulit
sensitif.
4 jenis Hyaluronic Asid
yang terdapat dalam essense ini akan membantu meningkatkan kelembapan
pada tiga lapisan kulit serta menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat
serta memudarkan noda bekas jerawat, menganjalkan kulit, mengurangkan
pembentukan kedutan halus diwajah,melembutkan kulit wajah dan
mencerahkan kulit wajah.
- Sodium Hyaluronate Crosspolymer
- Sodium Hyaluronate
- Sodium Acetylated Hyaluronate
- Hydrolyzed Sodium Hyaluronate
Untuk
makluman kesemua kandungan 96% Galactomyces, Niacinamide, Centella
Asiatica, Ceramides & 4HA adalah Imported raw mats from Korea &
Spain.
Kebaikan 2 in 1 AKARI Treatment Essence
- Anti penuaan
- Mencerahkan Kulit
- Melembabkan dan menghidrat kulit
- Mengecilkan liang Pori
- Merawat jerawat
- Memudarkan Hiperpgmentasi
- Membaiki kulit sensitif dan kering
- Mengawal pengeluaran sebum
- Mengandungi efek yang menenangkan
- Melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari.
Kandungan AKARI Galactomyces Treatment Essence :
Galactomyces Ferment Filtrate, Niacinamide, Ekstrak Centella Asiatica, Sodium PCA, Ceramide NP, Sodium Hyaluronate Crosspolymer, Sodium Hyaluronate, Sodium Acetylated Hyaluronate, Hydrolyzed Sodium Hyaluronate, Pentylene Glycol, Butylene Glycol 1, 2-hexanediol, Hydroxyacetophenone, Caprylyl Glycol, Dipropylene Glycol, Dipotassium Glycyrrhizate.
AKARI Galactomyces Treatment Essence tidak mempunyai bahan seperti:
- Paraben
- Phenoxyethanol
- Alkohol (Drying alcohol)
- Formaldehyde
- Sodium lauryl sulphate (SLS)
- Essential Oil
- Petrolatum
- Pewangi
- Phthalates
Cara Penggunaan AKARI Galactomyces Treatment Essence
Cuci muka dan lap. Semburkan AKARI TREATMENT ESSENCE pada kulit dan tunggu sehingga ia meresap sepenuhnya atau boleh menggunakan jari menepuk kulit secara lembut untuk penyerapan yang sempurna.
Tips untuk penyerapan yang sempurna yang Cik iena gunakan adalah Cik iena gunakan Jade Facial Roller. Memang sangat berbeza kalau anda gunakan Jade Facial Roller dalam mengaplikasikan skincare pada wajah.
Cik iena juga spray AKARI Galactomyces Treatment Essence selepas bersolek. Solekan memang akan lebih cantik dan glowing :)
Harga AKARI TREATMENT ESSENCE
RM89 100 ml Percuma 20ml AKARI TREATMENT ESSENCE Travel Size
Review AKARI Galactomyces Treatment Essence
Gambar diwaktu siang - natural light |
Review penggunaan Cik iena lebih kurang seminggu secara keseluruhannya essense ini sesuai dengan Cik iena. Essense ini jugak simple and minimize.Tak perlu pakai banyak banyak krim. Cukup cuma cuci wajah dan pakai essense ni. Selepas tu pakai SPF.
Review Untuk kelembapan kulit ianya memang memberi kelembapan pada kulit. Dari segi mencerahkan secara jujur Cik iena masih belum nampak kesannya.Mungkin untuk kulit degil Cik iena perlu guna lama sedikit baru nampak kesan pencerahan. Cuma kulit tidak kusam bila guna essense ini.
wajah
cik iena tanpa solekan, selepas cuci wajah dan spray Akari Treatment
essence. Parut jerawat diantara kening tak gelap sangat macam biasa kene
jerawat sebelum ni. pakai foundation da tertutup |
Apa yang dapat cik iena highlight kebaikan pada kulit Cik iena ialah untuk atasi jerawat datang bulan Cik iena. Cik iena dapati parut jerawat datang bulan Cik iena tidak seperti parut jerawat sebelum ini yang jelas kelihatan warna parut kehitaman yang Jelas. Muka Cik iena memang jarang naik jerawat kecuali pada musin datang bulan sahaja. Dimana akan ada satu atau dua jerawat pada wajah. Kebiasaannya parut tu jelas kelihatan.
Gambar diwaktu siang - natural light |
Bebeza selepas pengambilan Akari Treatment Essense parut jerawat Cik iena tidak begitu ketara. Ini adalah kerana essense ini mengandungi daun pegaga atau panggilan saintifiknya Centella Asiatica yang berfungsi untuk mengurangkan parut merah dan parut pada bekas jerawat disamping kandungan Ceramides yang sangat sesuai untuk kulit berjerawat.
Walaupun jerawat tidak teruk tapi masih ada mengalami masalah jerawat sebulan sekali. Jadi essense ini memang sangat sesuai. Jerawat datang bulan Cik iena pun cepat hilang. Kebetulan kali datang bulan dapat jerawat batu.
Kebiasaannya jika jerawat batu, memang makan masa yang lama untuk jerawat masak ranum dan pecah. Bila guna essense ni jerawat batu Cik iena cepat kecut tak sampai seminggu. Biasanya jerawat datang bulan kecil. Jarang jarang naik jerawat batu.Pada awalnya memang agak risau dengan kemunculan jerawat batu ni. Nak bergambar pun rasa kurang bersemangat sebab nampak seketul besar dekat dahi. Alhamdulillah dah hilang yeay.
Gambar diambil diwaktu malam dang menggunakan ring light |
Pada yang suka bersolek macam Cik iena selepas pakai SPF dan selesai bersolek, semburkan AKARI Galactomyces Treatment Essence pada wajah dan anda akan nampak kesan glowing pada solekan anda. Solekan anda akan jadi lebih cantik dan glowing.
untuk makluman selain produk AKARI Galactomyces Treatment Essence cik iena pakai pencuci wajah lain dan SPF jenama lain. Produk dari jenama AKARI ni cuma ada AKARI Galactomyces Treatment Essence sahaja. Jadi kita boleh pakai skincare biasa kita yang lain cuma tukarkan toner dan pelembab dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence.
AKARI Galactomyces Treatment Essence |
Rating AKARI Galactomyces Treatment Essence
9/10
Nota
: Kenapa kurang satu sebab tiada haruman. Cik iena suka sesuatu yang
harum. Walaubagaimanapun ni ikut orang tau. Ianya subjektif. Tapi
sebenarnya jika tiada kandungan pewangi tambahan lagi elok. Cuma cik
iena memang dah terbiasa sukakan haruman. Bilik Cik iena pun penuh
dengan pelbagai perfume :)