“Kami percaya pertandingan ini bukan sahaja mampu memacu industri penerbitan, tetapi juga industri kreatif Negara kerana ia menggalakkan idea-idea baharu dengan penumpuan digital. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang pada tahun ini dan berharap untuk menerima idea-idea lebih besar pada tahun depan.”
Sayed Munawar Sayed Mustar, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kota Buku |
Pertandingan ‘Page to Pitch' (P2P) Media 360 Anjuran Perbadanan Kota Buku
Kota Buku telah menerima lebih 150 penyertaan bagi pertandingan ini dan telah menyenarai pendek 10 penyertaan bagi setiap kategori. Para finalis kemudiannya telah dijemput untuk membentangkan idea mereka di hadapan barisan juri profesional; Buku FIXI, Legacy Publishing, Pelangi Professional Publishing, Kota Buku, PTS Media Group, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), MEASAT Broadcast Network (Astro), Ata Plus, FINAS, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Unique Inspiration Limited. Para pemenang telah dipilih berdasarkan idea, konsep, keaslian, potensi pamasaran, objektif dan pembentangan.
Pemenang Kategori pertama, ‘Idea to Publishing’
Ianya menjanjikan penulis peluang untuk menerbitkan idea-idea mereka ke dalam satu penerbitan Karangkraf bernilai sehingga RM50, 000 .
Tempat pertama bagi Katagori ini di menangi oleh Mohana Gill dengan idea siri buku masakan untuk kanak kanak.
Tempat pertama bagi kategori pertama di menangi oleh Mohana Gill dengan idea siri buku masakan untuk kanak kanak. |
Mohana Gill, yang merupakan seorang penulis dengan pelbagai anugerah antarabangsa . Beliau memenangi kategori pertama dengan idea siri buku masakan untuk kanak-kanak, ‘Hayley’s Happylicious Series’ yang memperkenalkan makanan sihat kepada kanak-kanak. Siri ini menceritakan tentang Hayley dan Zac yang menemui rakan-rakan baharu dan lama dalam setiap buku, di mana rakan-rakan mereka berkongsi resipi makanan berkhasiat, manfaat kesihatan sambil bercerita tentang pengembaraan yang menarik. Sebagai pemenang utama, Selain menerima wang tunai, Mohana menerima peluang untuk menerbitkan buku ilustrasi penuh warna itu dan peluang pemasaran antarabangsa.
Tempat kedua bagi kategori pertama di menangi oleh Zamri Mohamad dengan idea model buku menggunakan unsur 'gamification' untuk meningkatkan interaksi dengan pembaca. |
Tempat kedua bagi kategori pertama di menangi oleh Zamri Mohamad dengan idea model buku menggunakan unsur 'gamification' untuk meningkatkan interaksi dengan pembaca. Beliau membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000.
Tempat ketiga bagi kategori pertama di menangi oleh Maisarah Mohamad dengan idea 'MBoo' sebuah kisah fantasi mengenai kehidupan haiwan. |
Tempat ketiga bagi kategori pertama pula di menangi oleh Maisarah Mohamad dengan idea 'MBoo' sebuah kisah fantasi mengenai kehidupan haiwan . Beliau membawa pulang wang tunai bernilai RM 1,000 untuk kategori ini.
Katagori Kedua, ‘Book to Development’
Ia menawarkan penulis yang untuk memindahkan penerbitan mereka ke dalam bentuk media digital yang pelbagai seperti filem, siri TV, animasi, komik digital, permainan, aplikasi dan sebagainya. Pemenang kategori ini akan menerima ‘green lane’ untuk permohonan mereka di pembangunan geran FINAS bernilai sehingga RM500,000.
Buat pertama kali Tempat pertama utk katagori kedua dikongsi bersama dua pemenang kerana karya kedua dua peserta mempunyai mesej dan pengisian yg tersendiri.
Pemenang bersama kategori kedua ini jatuh kepada Abdul Nazir Bin Harith fadzilah serta Nurul Aizam Bt Mat Nasir.
Abdul Nazir, yang mempunyai sebuah kedai buku yang dipanggil 'Tintabudi' di Ipoh, Perak merangkul hadiah pertama bagi kategori kedua dengan idea beliau untuk menghasilkan sebuah dokumentari mengenai budaya membaca di Malaysia - untuk melihat bagaimana latar belakang mempengaruhi pilihan para pembaca, berdasarkan pameran beliau pada 2016 bertajuk, ‘Tinjauan Sejarah Sastera Moden Malaysia’ di Festival Sastera KL.
Tempat ketiga bagi kategori kedua di menangi oleh Nazihah Ab Mumin dengan siri buku kanak kanak beliau iaitu Baba Batik |
Untuk Maklumat Lanjut mengenai Pertandingan ini Sila Rujuk
Facebook : https://www.facebook.com/PAGE2PITCH/Website : http://kltcc.com/p2p-360
Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Kota Buku
Website : http://kotabuku.my/Facebook : https://www.facebook.com/KotaBukuKL/
Twitter : https://twitter.com/KotaBukuKL
Untuk Maklumat Lanjut Mengenai KLTCC
Website : http://www.kltcc.com/FAcebook : https://www.facebook.com/KLTCC/
Twitter : https://twitter.com/KLTCC2016
Nukilan,
|