Grab The Promo
Grab The Promo

KOTA BUKU UMUM PEMENANG UTAMA PERTANDINGAN PAGE TO PITCH MEDIA 360 DI KLTCC 2017


Baru-Baru ini, pada , 29 APRIL 2017 cik iena  berpeluang menghadiri Majlis pengumuman Pemenang Utama Pertandingan Page To Pitch Media 360 Di KLTCC 2017 yang bertempat di Ballroom Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Majlis berjalan cukup meriah dengan di hadiri tetamu serta rakan media cetak dan blogger.


KOTA BUKU UMUM PEMENANG UTAMA PERTANDINGAN PAGE TO PITCH MEDIA 360 DI KLTCC 2017
KOTA BUKU UMUM PEMENANG UTAMA PERTANDINGAN PAGE TO PITCH MEDIA 360 DI KLTCC 2017

Dalam majlis pengumuman pemenang ini, Sayed Munawar Sayed Mustar, selaku  Ketua Pegawai Eksekutif Kota Buku berkata,
 
 “Kami percaya pertandingan ini bukan sahaja mampu memacu industri penerbitan, tetapi juga industri kreatif Negara kerana ia menggalakkan idea-idea baharu dengan penumpuan digital. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang pada tahun ini dan berharap untuk menerima idea-idea lebih besar pada tahun depan.”



Sayed Munawar Sayed Mustar,
Sayed Munawar Sayed Mustar, selaku  Ketua Pegawai Eksekutif Kota Buku




KOTA BUKU UMUM PEMENANG UTAMA PERTANDINGAN PAGE TO PITCH MEDIA 360 DI KLTCC 2017

Pertandingan  ‘Page to Pitch' (P2P) Media 360 Anjuran Perbadanan Kota Buku


Kota Buku telah menerima lebih 150 penyertaan bagi pertandingan ini dan telah menyenarai pendek 10 penyertaan bagi setiap kategori. Para finalis kemudiannya telah dijemput untuk membentangkan idea mereka di hadapan barisan juri profesional; Buku FIXI, Legacy Publishing, Pelangi Professional Publishing, Kota Buku, PTS Media Group, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), MEASAT Broadcast Network (Astro), Ata Plus, FINAS, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Unique Inspiration Limited. Para pemenang telah dipilih berdasarkan idea, konsep, keaslian, potensi pamasaran, objektif dan pembentangan.  
 
Finalist  Pertandingan  ‘Page to Pitch' (P2P) Media 360 Anjuran Perbadanan Kota Buku
Finalist  Pertandingan  ‘Page to Pitch' (P2P) Media 360 Anjuran Perbadanan Kota Buku
 

Pertandingan ini yang diadakan sempena Pusat Dagangan Hak Cipta Kuala Lumpur (KLTCC) kesepuluh, bertujuan untuk membuka peluang dan menyediakan platform unik kepada para penulis baharu untuk menerbitkan idea mereka, dan mengembangkan idea para penulis sedia ada kepada pelbagai kandungan media digital.
 
Pertandingan ini terdiri dari dua katagori iaitu kategori pertama, ‘Idea to Publishing’ dan katagori kedua, ‘Book to Development’ . Pemenang hadiah utama bagi kedua-dua kategori juga akan mempunyai peluang untuk dibiayai oleh modal teroka swasta untuk membangunkan idea-idea mereka selanjutnya.Pemenang bagi kedua-dua kategori juga berpeluang untuk mendapat pembiayaan daripada pelabur swasta untuk mengembangkan idea mereka ke peringkat seterusnya.



Pemenang Kategori pertama, ‘Idea to Publishing’


Ianya menjanjikan penulis peluang untuk menerbitkan idea-idea mereka ke dalam satu penerbitan Karangkraf bernilai sehingga RM50, 000 .
Tempat pertama bagi Katagori ini di menangi oleh Mohana Gill dengan idea siri buku masakan untuk kanak kanak. 

Mohana Gill
Tempat pertama bagi kategori pertama di menangi oleh Mohana Gill dengan idea siri buku masakan untuk kanak kanak.


Mohana Gill, yang merupakan seorang penulis dengan pelbagai anugerah antarabangsa . Beliau memenangi kategori pertama dengan idea siri buku masakan untuk kanak-kanak, ‘Hayley’s Happylicious Series’ yang memperkenalkan makanan sihat kepada kanak-kanak. Siri ini menceritakan tentang Hayley dan Zac yang menemui rakan-rakan baharu dan lama dalam setiap buku, di mana rakan-rakan mereka berkongsi resipi makanan berkhasiat, manfaat kesihatan sambil bercerita tentang pengembaraan yang menarik. Sebagai pemenang utama, Selain menerima wang tunai, Mohana menerima peluang untuk menerbitkan buku ilustrasi penuh warna itu dan peluang pemasaran antarabangsa.


Zamri Mohamad
Tempat kedua bagi kategori pertama di menangi oleh Zamri Mohamad dengan idea model buku menggunakan unsur 'gamification' untuk meningkatkan interaksi dengan pembaca.


Tempat kedua bagi kategori pertama di menangi oleh Zamri Mohamad dengan idea model buku menggunakan unsur 'gamification' untuk meningkatkan interaksi dengan pembaca. Beliau membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000.

Maisarah Mohamad
Tempat ketiga bagi kategori pertama di menangi oleh Maisarah Mohamad dengan idea 'MBoo' sebuah kisah fantasi mengenai kehidupan haiwan.


Tempat ketiga bagi kategori pertama pula di menangi oleh Maisarah Mohamad dengan idea 'MBoo' sebuah kisah fantasi mengenai kehidupan haiwan . Beliau membawa pulang wang tunai bernilai RM 1,000 untuk kategori ini.



Katagori Kedua, ‘Book to Development’



Ia menawarkan penulis yang untuk memindahkan penerbitan mereka ke dalam bentuk media digital yang pelbagai seperti filem, siri TV, animasi, komik digital, permainan, aplikasi dan sebagainya. Pemenang kategori ini akan menerima ‘green lane’ untuk permohonan mereka di pembangunan geran FINAS bernilai sehingga RM500,000.

Buat pertama kali Tempat pertama utk katagori kedua dikongsi bersama dua pemenang kerana karya kedua dua peserta mempunyai mesej dan pengisian yg tersendiri.
Pemenang bersama kategori kedua ini jatuh kepada Abdul Nazir Bin Harith fadzilah serta Nurul Aizam Bt Mat Nasir.

Abdul Nazir Bin Harith fadzilah serta Nurul Aizam Bt Mat Nasir.
Tempat pertama utk katagori kedua buat pertama kali dikongsi bersama dua pemenang kerana karya kedua dua peserta mempunyai mesej dan pengisian yg tersendiri.
Pemenang bersama kategori kedua ini jatuh kepada Abdul Nazir Bin Harith fadzilah serta Nurul Aizam Bt Mat Nasir.


Abdul Nazir, yang mempunyai sebuah kedai buku yang dipanggil 'Tintabudi' di Ipoh, Perak merangkul hadiah pertama bagi kategori kedua dengan idea beliau untuk menghasilkan sebuah dokumentari mengenai budaya membaca di Malaysia - untuk melihat bagaimana latar belakang mempengaruhi pilihan para pembaca, berdasarkan pameran beliau pada 2016 bertajuk, ‘Tinjauan Sejarah Sastera Moden Malaysia’ di Festival Sastera KL. 
 
 
 
Manakala, Nurul Aizam yang juga menjadi pemenang bagi hadiah pertama kategori kedua dengan idea beliau, 'LiteraCity' projek sastera yang mengandungi esei, wawancara dan esei foto mengenai sastera di Kuala Lumpur. Nurul, yang merupakan seorang editor untuk sebuah syarikat penerbitan alternatif tempatan, Moka Mocha Ink juga menyatakan bahawa idea itu juga mengupas pandangan dalam pembangunan bandar melalui kesusasteraan. Kedua-dua pemenang akan menerima kombinasi hadiah wang tunai berjumlah RM7,000 dan RM3,000 daripada Kota Buku serta peluang pemasaran antarabangsa.

Nazihah Ab Mumin
Tempat ketiga bagi kategori kedua di menangi oleh Nazihah Ab Mumin dengan siri buku kanak kanak beliau iaitu Baba Batik


Pemenang ketiga bagi kategori ini pula di menangi oleh Nazihah Ab Mumin dengan siri buku kanak kanak beliau iaitu Baba Batik. Beliau membawa pulang wang tunai bernilai RM 1,000.

Kepada anda di luar sana yang mempunyai bakat dalam bidang ini, anda amat dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Ianya akan diadakan setiap tahun.

Untuk Maklumat Lanjut mengenai Pertandingan ini Sila Rujuk

Facebook : https://www.facebook.com/PAGE2PITCH/
Website : http://kltcc.com/p2p-360

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Kota Buku

Website : http://kotabuku.my/
Facebook : https://www.facebook.com/KotaBukuKL/
Twitter : https://twitter.com/KotaBukuKL

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai KLTCC

Website : http://www.kltcc.com/
FAcebook : https://www.facebook.com/KLTCC/
Twitter : https://twitter.com/KLTCC2016






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Wajah Flawless & Glowing Dengan Simply Lynn


Wajah Flawless & Glowing Dengan Simply Lynn
Wajah yang bersih dengan kulit halus dan mulus sememangnya menjadi dambaan wanita sama juga seperti cik iena . Wajah yang halus mulus Ini sedikit sebanyak akan meningkatkan daya keyakinan seseorang mahupun cik iena untuk berhadapan dengan orang ramai.


Jadi untuk memastikan kulit cik iena sentiasa sihat, cantik, flawless dan glowing cik iena akan gunakan produk kecantikan yang sesuai dengan kulit cik iena .  Kepada anda di luar sana yang masih tercari-cari produk penjagaan wajah,  mungkin anda boleh mencuba produk kecantikan yang cik iena sedang amalkan iaitu produk kecantikan wajah dari Simply Lynn.


Simply Lynn menawarkan rangkaian penjagaan kecantikan luaran dan dalaman iaitu set kecantikan wajah yang merangkumi  Glowing Gel Treatment, Glow Day Cream, Glowing Beauty Spray dan juga supplement atau makanan tambahan untuk kecantikan dalaman  serta luaran iaitu Booster Glow Whitening Plus Detoxin. Selain itu terdapat juga produk Slimming Gel untuk membuang lemak serta selulit pada bahagian yang di perlukan.


Wajah Flawless & Glowing Dengan Simply Lynn
Wajah Flawless & Glowing Dengan Simply Lynn



Simply Lynn Glowing Gel Treatment


Ia mengandungi Aloe vera , Vitamin E, Grape seed oil, Moisturizer gel, Bird nest collagen ,Red ginseng dan  Xanthan gum.


Simply Lynn Glowing Gel Treatment
Simply Lynn Glowing Gel Treatment

Kelebihan Simply Lynn Glowing Gel Treatment


Simply Lynn Glowing Gel Treatment
Antara kelebihan yang terdapat di dalam Glowing Gel Treatment ini adalah ianya dapat Menghilangkan jerawat serta Menghilangkan bintik hitam (Jeragat ) yang ada pada wajah anda . Selain daripada itu ianya juga mampu Menghilangkan kedutan dan garis halus pada wajah seterusnya  Melambatkan tanda penuaan .

Glowing Gel Treatment juga berfungsi untuk Membentuk dan menegangkan wajah serta Melembutkan wajah anda. Penggunaan yang konsisten disertakan dengan urutan yang betul akan Membuatkan wajah anda menjadi v shape.
Apa yang paling cik iena suka mengenai Glowing Gel Treatment ini adalah ianya Menyejukkan wajah cik iena selepas memakai gel ini. Rasa sejuk dan segar ini pasti membuat anda berasa sangat tenang dan nyaman. Disamping itu juga penggunaan yang konsisten mampu Mencerahkan kulit wajah serta ianya akan membuat wajah anda bertambah glowing dan flawless.

Cara Penggunaan Glowing Gel Treatment

Selepas membersihkan wajah anda, oleskan sedikit Glowing Gel Treatment pada wajah dan ratakan dalam urutan membulat. Digunakan dua kali sehari iaitu siang dan malam.

Simply Lynn Glow Day Cream

Ia mengandungi Shea Butter, Beeswax, Pearl Powder dan Head of Virgin oil. Glow Day Cream mempunyai tekstur yang tidak melekit serta ianya bersifat ringan pada wajah anda. Kadar ketahanan Glow day cream ini adalah melebihi 12 Jam jadi ianya sangat sesuai kija kita pakai untuk ke pejabat khususnya tanpa menegankan solekan tebal kita tetap kelihatan cantik, flawless dan glowing.

Simply Lynn Glow Day Cream
Simply Lynn Glow Day Cream
 

Semakin lama anda memakai glow day cream ini atau semin anda berpeluh semakin glowing dan cantik kulit anda. Untuk satu glow day cream ini ianya boleh bertahan sehingga 3 atau 4 bulan bergantung pada penggunaan. Harga yang di jual juga dikatakan harga mampu milik iaitu RM30 sahaja .

Cara Penggunaan Simply Lynn Glow Day Cream


Simply Lynn Glow Day Cream
Simply Lynn Glow Day Cream


Selepas menggunakan Glowing gel treatment , oleskan glow day cream pada wajah anda dalam urutan membulat.  Anda boleh menggunakan glow day cream ini sahaja atau anda juga boleh mengenakan solekan pada wajah anda . kesan solekan akan lebih cantik, flawless dan glowing.




Simply Lynn Glowing Beauty Spray


Glowing beauty spray mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan wajah anda antaranya

Kelebihan Simply Lynn Glowing Beauty Spray


  • Simply Lynn Glowing Beauty Spray
    • Make up tahan lama sehingga 24jam dan beri effect glowing & flawless
  • Boleh digunakan sebagai base make up
  • Boleh merawat masalah jerawat , jeragat dan resdung 
  • Melembabkan dan menegangkan kulit wajah
  • Menjadikan awet muda dan melambatkan penuaan kulit
  • Mengelakkan kulit kusam dan kering
  • Menghilangkan rasa mengantuk
  • Membantu mengecilkan liang pori
  • Membantu menghilangkan pigmentasi pada kulit muka akibat terdedah matahari
  • Mengurangkan kerengsangan pada kulit sensitif kerana glowing & flawless beauty spray bersifat sejuk
  • Sel kulit mati lebih cepat diperbaharui dengan meningkatkan tahap metabolisma kulit anda
  • Menstabilkan Ph untuk kulit yang lebih sihat dan cantik
  • Membantu mengurangkan migrain di kepala
  • Sangat sesuai untuk wanita , lelaki dan semua peringkat umur termasuk bayi juga .

Cara Penggunaan Simply Lynn Glowing Beauty Spray


➡Semburkan pada wajah 3 atau 4 kali sehari
➡Guna selepas menggunakan krim siang dan krim malam
➡Guna selepas make up untuk make up tahan lama
➡Boleh digunakan sebelum make up untuk dijadikan base make up
➡Boleh juga disemburkan pada rambut untuk melebatkan dan merawat rambut anda
(Semburkan pada kepala jika kerak dikepala dan migrain )


Simply Lynn Booster Glow Whitening Plus Detoxin


Simply Lynnn Booster Glow Whitening Plus Detoxin And Slimming Gel
Simply Lynnn Booster Glow Whitening Plus Detoxin And Slimming Gel
Booster Glow Whitening Plus Detoxin mempunyai kandungan vitamin C dua kali lebih banyak daripada produk yang sebelumnnya . Serta bahan-bahan  semulajadinya merupakan dari extrak tumbuhan seperti lemon / strawberry/blueberry yang mana ianya  kaya dengan vitamin c , vitamin e , vitamin d yang membantu memproses penurunan berat badan , mencantikkan tekstur kulit  serta menguatkan anti bodi badan dan sebagainya .

Simply Lynnn Booster Glow Whitening Plus Detoxin
Simply Lynnn Booster Glow Whitening Plus Detoxin

Kelebihan Simply Lynnn Booster Glow Whitening Plus Detoxin



  • Mencerahkan badan , Muka dan Celah2 badan
  • Membantu menguatkan imunisasi badan 
  • Menghilangkan parut / mencegah kemunculan jerawat dan jeragat
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Mengurangkan masalah magrain dan resdung
  • Membantu melawaskan pembuangan dan mengempiskan perut buncit
  • Mengurangkan rambut gugur
  • Merawat kuku yang rapuhMerawat untuk kulit sensitif


Wajah Flawless & Glowing Dengan Simply Lynn
Wajah Flawless & Glowing Dengan Simply Lynn


Haa menarik kan rangkaian produk kecantikan dari Simply Lynn . Cik iena sangat sukakan glowing gel treatment dan glow day cream . Cik iena pula ke pejabat memang tidak bersolek. Jadi dengan menggunakan glow day cream dah buat kulit cik iena flawless serta glowing. Tekstur krim juga sangat ringan. Muka cik iena rasa kosong rasa  seperti tidak memakai cream. 
Wokay kepada anda di luar sana yang masih tercari produk kecantikan yang sesuai untuk anda atau ingin mencuba produk ini anda boleh whatsapp 0162430390/0172953447 atau boleh rujuk
Facebook : Siti azlina Lynn









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Review Royal Lipo Trim dan Meal replacement dari Kitsui Malaysia



Kurus Sebelum Raya dengan Kitsui Weight Management Product
Sebut mengenai kurus, sudah semestinya ramai dikalangan wanita di luar sana dan tidak kurang juga lelaki mengidamkan bentuk tubuh yang cantik serta kurus. Tambahan lagi hari raya semakin menjelang tiba. Begitu juga dengan cik iena, sudah pasti cik iena ingin kelihatan kurus di hari raya.

Untuk pengetahuan semua sebelum usia 30 tahun cik iena sememangnya kecil orangnya walaupun cik iena kerap makan. Berat badan cik iena sekitar 44kg sehingga 48kg dengan ketinggian 165 cm. Jika di ikut pada BMI cik iena sudah di kira kurang berat badan. Tapi tak kisah asalkan cik iena sihat walaupun kurus. Lagipun bila kurus senang sangat nak beli baju.

Berbeza dengan sekarang, berat cik iena naik hampir 10kg. Mungkin juga di sebabkan faktor usia yang meningkat menyebabkan kadar metabolisma turun menjaadikan badan cik iena akan naik walaupun cik iena makan dalam kuantiti yang sama seperti usia sebelum 30 an. 


Jika bercakap mengenai kadar metabolisma turun tidak tinggi seperti zaman usia sebelum 30 an, maka kita perlu menaikkan kadar metabolisma supaya dapat membakar kalori dalam badan dengan cepat seperti zaman muda-mudi :)

Dibawah merupakan Perkara Yang Boleh Meningkatkan Metabolisme yang cik iena rujuk dari Artikel kevin zahri seorang Pakar Pemakanan dan Pakar Diet yang tersohor di Malaysia.

Perkara Yang Boleh Meningkatkan Metabolisme


  1.  Latihan/Semanan: Kombinasi latihan cardiovascular dan mengangkat berat adalah yang terbaik kerana ia akan menolong Zahari dalam meningkatkan calorie output dan juga dalam memambahkan otot.
  2. Makan kerap: Dengan makan 5-6 kali sehari, system-sistem badan sentiasa beroperasi dan keep the body active. Ini akan mengingkatkan kadar metabolisma. Jangan skip meals dengan harapan untuk weight loss kerana skipping meals akan memaksa badan menurunkan kadar metabolisma kerana ia ingat ia sedang “puasa”
  3. Minum Air: Air merupakan kandungan utama badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisma. Jadikan air mineral sumber air utama Zahari!
  4.  Nutritisi secara am: Apabila umur kita makin meningkat, pengawalan calorie menjadi semakin penting kerana kita tidak lagi memerlukan jumlah calori yang sama.
  5.  Makanan Pedas: Walaupun kesan makanan pedas tidaklah mendadak, tetapi ia tetap “panaskan badan” dan mengingkatkan metabolsima.
  6.   Supplement: Kebanyakan weight loss supplement dikategorikan sebagai thermobased supplements di mana dia akan menginkatkan metabolisma badan dengan kandungan seperti Guarana, L-Carnitine, Cayenne Extract dan lain lain
Mengikut perkara nombor 6 iaitu Supplement yang meningkatkan kadar metabolisma dalam badan adalah supplement yang mengandungi Guarana, L-Carnitine, Cayenne Extract dan lain lain.



Kurus Sebelum Raya dengan Kitsui Weight Management Product
Kitsui Royal Lipo Trim dan kitsui meal replacement


Di sini cik iena ngin kongsi bersama anda semua Supplement Weight Management yang cik iena amalkan sekarang bagi mengawal berat badan cik iena iaitu Kitsui Royal Lipo kerana ianya mengandungi  L-Carnitine yang akan membantu dalam pembakaran lemak serta meningkatkan  metabolisme tenaga dan transformasi asid lemak menjadi tenaga untuk aktiviti otot.


Kurus Sebelum Raya Dengan Royal Lipo Trim dan Meal replacement dari Kitsui Malaysia



Kitsui Royal Lipo Trim dan kitsui meal replacement
Menjelang tibanya raya ni pasti cik iena nak kurus. Cik iena rasa anda pun berkeinginan yang sama. Jadi cik iena amalkan Kitsui Royal Lipo Trim ini bagi membantu cik iena meningkatkan kadar metabolisma badan cik iena supaya dapat mebakar lemak lebih cepat. Almaklumlah cik iena da berusia 32 tahun. 

Semakin meningkat usia semakin kurang kadar metabolisma cik iena. Jadi cik iena sangat perlukan produk seperti ini sekurang-kurangnya untuk mengawal berat badan cik iena kerana cik iena merupakan seorang food blogger yang mana cik iena sering di jemput untuk membuat food review. Jadi produk ini sangat cik iena perlukan. Tambahan lagi menjelang tiba nya Aidilfitri.

Untuk pengetahuan Saiz pembungkusan Kitsui Royal Lipo Trim dan Kitsui  Meal Replacement ini adalah  15gm x 15sachets. Keduanya dikatakan mampu mnurunkan berat badan yang anda mahu jika diambil berterusan dan konsisten kerana ianya akan Mengurankan selera makan anda dan akan menigkatkan kadar metabolisma badan bagi membantu proses pembakaran lemak dengan cepat.

Jom cik iena ceritakan tentang dua produk yang cik iena amalkan ini.

Cik iena amal kan sehari satu sachet Royal Lipo Trim sebelum sarapan atau sebelum tidur manakalam Meal replacement pula cik iena ambil jika cik iena tidak mahu makan pada hari bekerja khususnya di waktu malam . Pada hujung minggu biasaya cik iena tak ambil meal replacement kerana cik iena sering memenuhi undangan food review.



Video Kitsui Royal Lipo Trim dan kitsui meal replacement 



Kitsui Royal Lipo Trim


✔ Melambatkan proses pertukaran karbohidrat kepada lemak
✔ Mengawal/mengurangkan selera makan
✔ Cepatkan anda rasa kenyang
✔ Salah satu minuman kurus dari buah manga africa yang selamat diambil
✔ Badan anda akan lebih sihat selepas pengambilan kerana minuman ini juga mengandungi anti-oksida.
✔ Membakar lemak
✔ Tiada kesan sampingan Kepeningan untuk beberapa kali percubaan pertama
✔ Tiada kesan sampingan Masalah dan gangguan tidur
✔ Tiada kesan sampingan Masalah Degupan jantung yang lebih tinggi


Kitsui Royal Lipo Trim
Kitsui Royal Lipo Trim

Apa yang anda boleh capai dengan Kitsui Royal Lipo Trim


  • Kurangkan Berat dengan mudah dan tanpa rasa sakit
  • Mempunyai lebih banyak tenaga
  • Anda boleh makan apa yang anda inginkan tanpa rasa takut
  • Anda dapatkan kawal nafsu ke atas makanan
  • Menikmati makanan kegemaran anda tanpa makan secara berlebihan berlebihan (maksudnya
  • selera makan ada tapi anda tidak akan makan dalam kuantiti banyak)
  • Berasa lebih yakin


Kesan Lain Pengambilan Kitsui Royal Lipo Trim


  • Peningkatan tenaga
  • Menurangkan tekanan darah, kolesterol dan gula dalam darah
  • Meningkatkan pernafasan yang baik
  • Deeper, tidur lebih nyenyak
  • Mengurangkan risiko diabetes
  • Mengurangkan risiko penyakit arteri koronari (pembentukan plak di dalam hati)
  • Pencegahan angina, sakit dada yang disebabkan oleh pengurangan aliran darah ke otot jantung
  • Mengurangkan risiko kematian mengejut daripada penyakit jantung atau strok

Kandungan dalam Kitsui Royal Lipo Trim


African Mango ,Hoodia  L-Carnitine dan Water Soluble Fiber 

 

Kitsui Royal Lipo Trim dan kitsui meal replacement
Kitsui Royal Lipo Trim dan kitsui meal replacement

 


AFRICAN MANGO SEED : Ekstrak Mangga Afrika dikenali untuk mengawal selia adiponectin hormon yang menyebabkan badan anda untuk meningkatkan metabolisme Sebaliknya lemak dalam sel sel anda mendapat dipecahkan dengan lebih berkesan membantu badan anda membakar lemak dengan cepat.

HOODIA: Hoodia membantu dalam penurunan badan dengan fungsi hoodia yang mengurangkan selera makan dan mempercepatkan rasa kenyang.

L-CARNITINE: Fungsi utama dari suplemen L carnitine ini sebagai zat yang membantu pengangkutan lemak untuk proses pembakaran lemak yang optimum, ianya juga boleh meningkatkan jumlah lemak yang mampu dibakar dan boleh meningkatkan daya tahan otot.

WATER SOLUBLE FIBER: serat larut menarik air dan membentuk gel, yang melambatkan pencernaan. Serat larut melambatkan pengosongan perut dan membuatkan anda berasa kenyang, yang membantu mengawal berat badan. perut perlahan mengosongkan juga boleh menjejaskan tahap gula dalam darah dan mempunyai kesan yang baik terhadap sensitiviti insulin, yang boleh membantu mengawal diabetes. serat larut juga boleh membantu LDL kolesterol darah ("buruk") dengan mengganggu penyerapan kolesterol



Cara Pengambilan Kitsui Royal Lipo Trim


Bancuh satu sachet Kitsui Royal Lipo Trim di dalam air suam , kemudian atau goncang sehingga sebati dan minum . Untuk kesan yang lebih baik minum air masak yang banyak dan amalkan senaman. Sesuai di amalkan sebelum sarapan atau sebelum waktu tidur. Hanya satu sachet sehari sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kitsui Royal Lipo Trim klik http://kitsui.com.my/pages/kitsui-royal-lipo-trim

Royal Lipo Trim Testimony


Kitsui Meal Replacement


Kitsui Meal Replacement adalah cara yang mudah dan berkesan untuk mengawal makan anda, ia merupakan komponen penting dalam program pengurusan berat badan yang berjaya. Menggabungkan penggunaan protein tinggi dengan hidangan yang disertakan dan pelan senaman. Dengan hanya dua shake lazat sehari dan beberapa perubahan gaya hidup yang mudah, termasuk diet yang rendah kalori, anda boleh  mencapai matlamat pengurusan berat badan anda dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Kitsui Meal Replacement
Kitsui Meal Replacement

Hanya gantikan Kitsui Meal Replacement dengan makanan hidangan malam atau siang anda dengan disertakan pengambilan buah-buahan dan senaman yang konsisten. Kitsui Meal Replacement mampu membuat anda berasa kenyang dan rasa kurang nafsu pada makanan.

Kitsui Meal Replacment menawarkan gabungan zat yang seimbang seperti protein berkualiti tinggi, serat, vitamin, mineral, dan lemak. Dengan 30 gram protein berkualiti tinggi setiap hidangan, Kitsui Meal Replacment boleh menjadi cara yang berkesan untuk meningkatkan perasaan  kenyang. Protein pemakanan juga boleh membantu menyokong jisim badan tanpa lemak.

Setiap hidangan Kitsui Meal Replacement juga termasuk 8 gram serat termasuk oat beta-glucan. Oat beta-glucan adalah secara semula jadi -occurring, kuat, serat larut rendah glisemik dijumpai di dalam oat bran yang membantu menyokong, paras glukosa darah yang sihat. Kedua-dua protein dan serat berkesan pada mendorong perasaan yang lebih kenyang berbanding makanan tinggi glisemik dan boleh membuat anda terasa penuh untuk tempoh yang lebih lama, jadi anda akan kurang makan dan menunggu lebih lama antara waktu makan.

Cara Pengambilan Kitsui Meal Replacement


Bancuh satu sachet Kitsui Meal Replacement di dalam air suam , kemudian atau goncang sehingga sebati dan minum . Untuk kesan yang lebih baik minum air masak yang banyak dan amalkan senaman. Sesuai di amalkan sebagai pengganti makanan anda. Maksimum dua sachet sehari sahaja.

Untuk Maklumat lanjut mengenai Kitsui Meal Replacement klik http://kitsui.com.my/pages/kitsui-meal-replacement

Meal Replacement Testimony


KESAN PENGAMBILAN ROYAL LIPO TRIM DAN MEAL REPLACEMENT PADA CIK IENA


Seperti kita sedia maklum kebanyakan produk kurus akan melawaskan pembuangan air besar bermaksud kita akan kerap ke tandas. Berbeza untuk Royal Lipo Trim ini pada cik iena. Cik iena tidak mengalami masalah kerap membuang air besar dan perut memulas seperti produk kurus lain yang pernah cik iena amalkan. Dengan Royal Lipo Trim ini kita akan membuang air besar secara normal .


Kitsui Royal Lipo Trim


Dengan pengambilan Royal Lipo Trim dan Meal Replacement dapat membantu cik iena mengekalkan berat badan cik iena yang mana cik iena sememangnya seorang yang kerap makan di tambah lagi cik iena sering memenuhi undangan food review.

BUY 6 FREE 1


Untuk pengetahuan semua, Terdapat promosi beli 6 percuma satu. Beli 6 produk dari mana-mana produk kitsui dan anda akan dapat percuma satu produk kitsuii. Tertakluk pada terma dan syarat sila baca di BUY 6 FREE 1

BUY 6 FREE 1
BUY 6 FREE 1



Kepada anda yang berminat untuk mencuba produk ini anda Boleh dapatkan di guardian, watson dan lazada. Boleh juga dapatkan dgn HQ Kitsui pnghantaraan secara percuma ke seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak.


Kitsui Royal Lipo Trim dan kitsui meal replacement
Kitsui Royal Lipo Trim dan kitsui meal replacement




NEW UPDATE  SEPT 2020

Buy Kitsui Weigh Management Product @ Watsons Royal Lipo: https://t.productlink.io/a42b8m

Belly Loss Fiber : https://t.productlink.io/a42b8n Meal Replacement : https://t.productlink.io/a42b8o coco-xs-lite : https://t.productlink.io/a42b8p 

 

Buy Kitsui Beauty Product @ Watsons

Whitenin BB : https://t.productlink.io/a172b8r Korean Whitie + Plus Tomato : https://t.productlink.io/a42b8t Korean White : https://t.productlink.io/a42b8u Generation 3 Colla : https://t.productlink.io/a42b8v Stemcell Mixberries : https://t.productlink.io/a42b8w Pimple Away : https://t.productlink.io/a42b8x Whitenin B.B. Drink : https://t.productlink.io/a42b8y


 

 

 

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Produk Weight Management Dari Kitsui Sila Rujuk

Website : http://kitsui.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/www.kitsui.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/kitsuimalaysia/
Email : gemini88beauty@yahoo.com










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan


Baru-baru ini, pada 21 April 2017 cik iena telah berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan yang telah diadakan di Jibby East, Sunway Montana. 
Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
Majlis diserikan dengan pengacara Majlis Dayah Bakar yang cukup happening

Majlis berlansung meriah dengan di hadiri pihak media, bloggers dan tetamu jemputan yang lain. Acara di mulakan dengan ucapan dari wakil Media Prima DigitalLi Ee Kee, selaku Pengurus Produk Aplikasi JJCM.

Menurut Beliau, antara fungsi baru yang menarik perhatian adalah tawaran diskaun dan potongan hebat restoran dan tempat makan seluruh negara menerusi kerjasama dengan Offpeak. Pengguna JJCM boleh mendapatkan diskaun sehinggan 70 % bagi restoran terpilih menerusi paparan “Offpeak Deals” yang akan sentiasa dikemaskini setiap hari.

“Makanan dan rakyat Malaysia berpisah tiada dan kerana itulah kami di Media Prima Digital merasakan yang aplikasi ini boleh membantu rakyat Malaysia setiap kali mereka berhadapan dengan kepayahan membuat keputusan untuk makan apa dan di mana. Bukan itu sahaja, tawaran diskaun Offpeak juga memberi peluang buat pengguna aplikasi ini menikmati hidangan kegemaran mereka dengan harga yang lebih rendah”, jelas Ee Kee lagi.



Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
​Pengurus Produk Aplikasi JJCM, Li Ee Kee (dua dari kiri) bersama Nazrudin Habibur Rahman, pengacara Jalan-Jalan Cari Makan serta wakil dari rakan kerjasama CJ Wow Shop dan Offpeak di majlis pelancaran aplikasi JJCM dan Kempen #SeringgitSeribuKebaikan

Selain merasmikan  Aplikasi JJCM, Kempen #seringgitseribukebaikan juga telah dilancarkan bagi  memberi peluang rakyat Malaysia berkongsi rezeki bersama rumah kebajikan terpilih Ramadan ini.



Segalanya Tentang Makanan di Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM)

Aplikasi JJCM
Aplikasi JJCM

Selain memaparkan lokasi makanan istimewa pilihan JJCM, Aplikasi JJCM juga turut menawarkan fungsi tempahan restoran menerusi kerjasama Media Prima Digital bersama Offpeak.

Dengan menggunakan Aplikasi JJCM, anda hanya  perlu beberapa langkah mudah untuk menikmati hidangan anda.

Kelebihan Aplikasi JJCM


  • Tidak perlu beratur panjang 
  • Tdak perlu menunggu lebih lama untuk menikmati hidangan kesukaan di restoran kegemaran. 
  • Hanya pilih restoran yang berkenan di hati, 

Langkah Mudah Penggunaan aplikasi JJCM


  • Masukkan nombor telefon bimbit
  • Tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung
  • Restoran akan menerima pengesahan tempahan menerusi emel. 


Mudah bukan ? Segalanya pasti lebih mudah dengan menggunakan aplikasi JJCM. Tambahan pula, pengguna tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk menggunakan fungsi ini. Pengguna hanya perlu bayar apa yang mereka makan sahaja, tanpa sebarang caj tambahan.


Aplikasi JJCM
Aplikasi JJCM




Untuk pegetahuan anda Aplikasi JJCM telah pun diberi nafas baru dengan rekaan grafik yang lebih menarik dan lebih mesra pengguna. Dengan transformasi 360 darjah, Aplikasi JJCM kini tampak lebih segar dengan wajah baru. Aplikasi JJCM yang telah pun mula menemui pengguna akhir tahun 2015 dan sehingga kini, ianya telah mencatat lebih 250 ribu muat turun.

Selain dari fungsi yang dinyatakan diatas, setiap pengguna Aplikasi JJCM yang berdaftar boleh  memuat naik sebarang komen dan cadangan mengenai tempat makan yang mereka kunjungi. Ruangan komen ini diwujudkan bagi membawakan interaksi antara pengguna selain membolehkan pengguna lain melihat apakah ulasan pengguna lain mengenai sesuatu tempat makan tersebut.





Fungsi lain yang menarik dan membantu adalah Fungsi carian berdekatan . Ianya membolehkan pengguna melihat senarai restoran yang berhampiran dengan kedudukan GPS semasa. Seperti contohnya, sekiranya anda berada di Damansara, fungsi ini akan memaparkan senarai tempat makan pilihan JJCM yang berada dalam radius Damansara.




Aplikasi JJCM juga tidak terhad kepada tempat makan yang dikunjungi produksi rancangan Jalan Jalan Cari Makan sahaja. Pasukan editorial Aplikasi JJCM juga pergi ke tempat-tempat makan lain yang dicadangkan orang ramai dan ianya juga turut akan disenaraikan dalam aplikasi ini.


Menerusi paparan artikel-artikel menarik di ruangan editorial, pengguna aplikasi JJCM boleh mendapatkan lebih informasi mengenai restoran-restoran lain . Senarai artikel tersebut juga  merangkumi pelbagai jenis dan topik berkaitan makanan. Pasukan editorial JJCM juga akan ke seluruh negara bagi mencari makanan-makanan unik dan menarik untuk dicadangkan kepada pengguna apllikasi JJCM.


Buat julung-julung kalinya, sebuah program kembara makanan aplikasi JJCM telah pun diadakan di negeri Terengganu beberapa minggu lalu di mana pasukan editorial aplikasi JJCM bersama beberapa rakan media dan bloggers terplih menjelajah ke serata Terengganu bagi mencuba pelbagai jenis hidangan moden serta tradisional menarik di negeri pantai timur itu.



Aplikasi JJCM
Muat Turun Aplikasi JJCM di Play Store untuk Android dan Apple Store untuk iOS





Aplikasi JJCM boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store bagi pengguna iOS manakala pengguna Android pula di Play Store.

HARI NI NAK MAKAN KAT MANA ?

Cik iena sudah pun memuat turun Aplikasi JJCM ini. Anda bila lagi? cik iena rasa ianya sangat sesuai untuk kita muat turun kerana masalah yang kerap di hadapi oleh kita adalah DI MANA NAK MAKAN ?

Jika anda perasan bila kita keluar bersama rakan, pasti akan keluar soalan makan di mana? makan kat mana? Kadang-kadang kita seakan mati kutu untuk menjawab pertanyaan tersebut. Jadi dengan adanya Aplikasi JJCM ini ianya sangta membantu anda.

Bila bertanya rakan makan kat mana jika semua tidak menjawab anda boleh gunakan Aplikasi JJCM ini. Jadi tak perlu memakan masa yang lama untuk berfikir lokasi restoran manakah yang perlu anda tuju untuk menikmati hidangan  pagi, tengah hari mahupun malam anda.


Kempen #SeringgitSeribuKebaikan


Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan


Kempen #SeringgitSeribuKebaikan merupakan sebuah kempen kebajikan yang dianjurkan oleh aplikasi JJCM dan Media Prima Digital. Menerusi kempen ini, rakyat Malaysia berpeluang berkongsi rezeki dengan menyampaikan sumbangan ikhlas mereka serendah RM 1, RM 3, RM 5 dan RM 10 yang mana ianya akan digunakan bagi membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sepanjang Ramadan akan datang.

Kempen ini Mengambil konsep makanan sebagai keperluan asas setiap insan, #SeringgitSeribuKebaikan mahu memberi peluang anak-anak istimewa ini untuk turut sama menikmati juadah istimewa yang akan disediakan 20 restoran dan food truck terpilih. Setiap rumah kebajikan terpilih akan menerima tajaan hidangan berbuka puasa selama 5 hari, setiap Isnin hingga Jumaat, selama 4 minggu Ramadan bertamu.

Bukan itu sahaja, skuad #SeringgitSeribuKebaikan Media Prima Digital akan turut  ke negeri Terengganu Darul Iman dan Johor Darul Takzim bagi menyampaikan sumbangan dari kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini untuk dua buah rumah kebajikan terpilih di negeri tersebut pada 3 dan 10 Jun 2017.

Kempen ini dijayakan Menerusi kerjasama bersama pihak CJ Wow Shop, pengguna boleh membuat sumbangan  secara online atau dalam talian menerusi aplikasi JJCM sendiri ataupun terus ke laman sesawang www.CJWowShop.com.my untuk berkongsi rezeki. Dalam masa yang sama, pihak Mamee Double Decker juga bermurah hati menyumbang barangan Mamee untuk anak-anak bertuah terpilih ini. Kempen ini akan berlangsung sepanjang Mei bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2017

Mudahkan bukan, hanya di hujung jari kita dapat beramal , dapat bersedekah, berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan . Kini anda tiada alasan lagi untuk bersedekah . Anda boleh lakukannya secara online :)

Insya Allah sampai tarikh yang di nyatakan cik iena juga pasti akan sertai kempen  #seringgitseribukebaikan








Video Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan





Gambar Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan




Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan

Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
bersama pengacara yang sangat happening pada malam tersebut , Dayah Bakar

Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
Bersama pengacara program jalan-jalan cari makan, Naz yang sporting dan humble

Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
bersama rakan blogger si cantik manis Nisa Kay

Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
bersama rakan blogger si cantik manis Nisa Kay



Kepada anda di luar sana jangan lupa muat turun Aplikasi JJC dan jangan lupa sertai kempen   #seringgitseribukebaikan . Jutaan terima Kasih cik iena ucapkan kepada Pihak Media Prima dan rakan blogger yang sudi menjemput cik iena . Walaupun sebenarnya pada majlis tersebut cik iena kurang sihat cik iena tetap hadir kerana cik iena dah RSVP awal :)

Jadi pada hari kejadian cik iena tak dapat nak makan ais krim yang macam kawan-kawan lain makan. Okay part tu memang cik iena jeles sebab cik iena memang suka aiskrim. Disebabkan faktor kesihatan cik iena tak boleh makan dan banyak juga antra hidangan makanan yang tak dapat cik iena makan sebab cik iena kalau sakit lambat sembuh. Cik iena kene jaga pemakanan supaya sakit tak berlarutan. Sehingga Artikel ini di taip cik iena masih belum sihat sepenuhnya  (^_~)





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve