Grab The Promo
Grab The Promo

Tukar dan Jimat dengan Produk Watsons




Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons
Baru-baru ini cik iena telah berpindah ke rumah baru . Jika sebelum ini cik iena hanya menyewa bilik, sekarang cik iena menyewa sebuah rumah. 
Maka dengan itu sudah pastinya perbelanjaan harian cik iena meningkat lebih dari 100% dari yang sebelumnya.

Jadi bagi merancang perbelanjaan yang bijak cik iena mula bertukar jenama produk untuk penjimatan yang maksimum agar cik iena dapat mengawal keewangan cik iena  dengan baik. 
Tukar jenama bukan lah bermaksud memilih jenama yang tiada kualiti tetapi memilih jenama yang sama kualiti atau kualiti yang lebih bagus tetapi pada harga yang berpatutan.

Almaklumlah perbelanjaan cik iena sekarang semakin meningkat bila dah menyewa sebuah rumah. 
Bayangkan cik iena juga ada membeli sebuah rumah di kampung untuk keluarga. 
Rumah tersebut cik iena perlu bayar, rumah sewa di Kuala Lumpur juga perlu di bayar, kereta dan juga perbelanjaan lain.

Memang terasa drastik sangat perbelanjaan cik iena ni semenjak pindah ke rumah yang baru.

Maka dengan itu cik iena perlu lah mengambil langkah berjimat. Antara salah satu langkah yang cik iena buat adalah dengan menukar produk-produk berjenama yang cik iena gunakan ke jenama yang biasa atau yang lebih murah pada kualiti yang bagus.

Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons


Okay cik iena nak kongsi dengan anda semua salah satu produk yang cik iena tukar jenama dan berjimat yang mana sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan cik iena.
Sebagai contoh cik iena bertukar Mouth Wash dari  jenama X kepada Mouth Wash jenama Watsons yang mana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding jenama lain disamping kualiti yang sama. 



Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons

Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons
nampak tak brand watsons menjadi pilihan umum terlebih dahulu berbanding brand lain. jika rujuk pada paparan harga pun jelas menunjukkan perbezaan harga yang sangat ketara



Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons
Terdapat 4 pilihan Mouth Wash dari  jenama Watsons untuk pilihan anda. Cik iena Gemar menggunakan Cool Mint Mouth Wash


Apa yang menarik  lagi di watsons anda akan mendapat diskaun jika anda membeli "Purchase With Purchase" jadi disini juga cik iena dapat lebih berjimat. Dengan setiap pembelian RM20 atau apa-apa produk jenama watsons anda layak untuk membeli PWP product dengan diskaun sebanyak 30%.
Jimat bukan, tapi sebelum tu pastikan anda semua telah menjadi ahli watsons supaya anda dapat kumpul mata dan dapatkan lebih banyak leagi keistimewan sebagai ahli.

Untuk pengetahuan banyak lagi produk jenama watsons yang terdapat di watsons. jadi ambil-ambil lah masa untuk anda lihat dan teliti produk manakah yang perlu anda tukar dan jimat . Cik iena semestinya akan cuba terlebih dahulu kualiti nya dan bandingkan kualiti serta harga. Cik iena akan memilih kualiti yang baik pada harga yang murah berbanding kualiti yang baik pada harga yang tinggi. Jika sekiranya ianya lebih berkualiti pada harga yang murah sudah tentu cik iena akan tukar.




Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons



Cik iena mula bertukar jenama salah satunya kerana faktor keewangan di sebabkan cik iena berpindah dari bilik ke rumah sewa jadi kos sara hidup sangat tinggi dan satu lagi adalah kerana di sebabkan terpengaruh dengan artis-artis Malaysia yang terlibat dalam kempen Switch And Save Watsons



Kempen Tukar dan Jimat dengan Jenama Watsons 

Kempen Tukar dan Jimat dengan Jenama Watsons ini   menyarankan pengguna membeli barangan berkualiti sekali gus dapat berjimat dari pembaziran. Watsons mempunyai banyak cawangan di seluruh pelusuk Malaysia dan seterusnya  menjadikan ianya sebagai farmasi utama untuk kecantikan dan kesihatan. 

Watsons telah mengekalkan kualiti produk dan mempelbagaikan pelbagai jenama dari barangan penjagaan peribadi, keperluaan kecantikan, dan barangan kesihatan tanpa menjejaskan kualiti yang terbaik.

Setiap barangan yang ada di dalam farmasi Watsons telah diuji selama 18 bulan melalui proses penghasilan untuk memastikan barangan tersebut dalam keadaan yang berkualiti dan terbaik disampin itu sangat 'value for money'

Okay selain dari Mouth Wash yang cik iena tunjuk terdapat banyak lagi barangan jenama watsons yang boleh kita pertimbangkan untuk tukar dan jimat.
Terdapat pelbagai rangkaian produk dari watsons seperti produk penjagaan kulit , rambut, produk mandian, produk penjagaan kesihatan, produk penjagaan peribadi dan banyak lagi katagori produk  yang boleh cik iena dapatkan pada harga yang murah tetapi berkualiti :)
Okay kalau nak tau boleh lihat di  watsons brands 




win an exclusive shopping spree with fasha sandha


Untuk pengetahuan anda lagi anda berpeluang untuk memenangi Shoppiing Spree bersama Fasha Sandha


win an exclusive shopping spree with fasha sandha
win an exclusive shopping spree with fasha sandha








Klik untuk mengetahui lebih lanjut : win an exclusive shopping spree with fasha sandha


Wokay jom sama-sama kita tukar dan jimat dengan rangkaian produk watsons :)


Anda juga boleh membuat pembelian online di  http://www.watsons.com.my










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land Bersama Akim & Majistret, Stacy, Zulin n Adam

Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land

Baru-baru ini cik iena telah menghadiri Majlis berbuka puasa dan Sidang Media Riuh Raya IJM Land bersama Akim & Majistret, Stacy, Zulin n Adam yang bakal diadakan pada 15 Julai 2017 bertempat di IJM Land Seremban 2 Sales Gallery.

Riuh Raya 2017 bersama IJM Land Erat Sillaturrahim

Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land


Sambutan Riuh Raya 2017 bersama IJM Land ini adakan untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan .Program seperti ini juga akan mengeratkan sillaturrahim diantara pengunjung yang hadir bersama keluarga terutamanya. Bukan itu sahaja, jika anda bertuah, anda akan dapat pelbagai jenis hadiah pada hari tersebut termasuklah menikmati buffet makanan yang disediakan oleh IJM Land.  

 Permainan 'Spin The Wheel' dengan Pelbagai Hadiah menarik

Selain daripada itu, anda juga boleh mengabadikan kenangan anda dalam bentuk gambar di photo booth Riuh Raya 2017. Lebih menarik lagi jika anda sertai permainan 'Spin The Wheel' dan anda  berpeluang untuk memenangi pelabgai hadiah yang menarik. Kepada kanak-kanak pastinya kehadiran di sambutan Riuh Raya 2017 ini lebih meriah dengan  duit raya yang bakal di berikan oleh pihak IJM Land :)

Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land Bersama Akim & Majistret, Stacy, Zulin n Adam 


Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land

Riuh Raya 2017 IJM Land ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti Malaysia seperti Akim & The Majistret, Stacy yang akan membuat persembahan ketika majlis tersebut dan majlis ini akan  diacarakan oleh Adam AO dan Zulin Aziz yang semestinya  havoc dan menceriakan . Kepada anda yang tinggal di Seremban dan juga kawasan yang berdekatan  jangan lepaskan peluang ini untuk temuai Artis kesayangan anda :)


Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land


Rebat istimewa sehingga RM10,000

Selain dari persembahan artis, apa yang menarik lagi adalah,istimewa buat pengunjung pada hari tersebut,  IJM Land turut menawarkan rebat istimewa sehingga RM10,000 untuk pembelian beberapa hartanah yang terpilih. Kepada mereka yang berminat. Jadi inilah masanya untuk anda merebut peluang ini.

Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land


Jangan lupa save the date tau. Kunjungi  Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land Bersama Akim & Majistret, Stacy, Zulin n Adam  di IJM Land Seremban 2 Sales Gallery pada 15 Julai 2017 bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang.


Gambar di sekitar Majlis Berbuka Puasa dan Hebahan Media Riuh Raya 2017 Bersama IJM Land 



Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land
bersama rakan blogger

Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land
comel kan kami pakai baju kurung cotton  :)




Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land



Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land
cik iena sempat selfie bersama stacy dan akim yang sememangnya peramah :)

Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land
yeayy selfie bersama Jasmeen, anak kepada rakan blogger 


Pstttttt jangan lupa tau 15 Julai 2017 ni :)







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Diskaun 10% Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One


Sepanjang Ramadhan ini pasti terdapat banyak Hotel mahupun restoran membuat tawaran istimewa bagi berbuka puasa di tempat mereka. Begitu juga denan De Palma Hotel. Baru-baru ini cik iena telah berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam bersama dengan rakan Blogger.


Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One


Apa yang Istimewanya di sini selain menyajikan pelbagai jenis makanan dengan 15 jenis gerai yang berbeza. Ianya juga menawarkan persembahan dari artis veteren yang tidak asing lagi iaitu Jay Jay. Selain dari persembahan JAy Jay istimewanya De Palma Hotel Shah Alam adalah  terdapat ceramah agama dan juga alunan ayat-ayat suci Al-Quran dari pelajar Tahfiz ketika anda sedang berbuka puasa. Selain itu terdapat juga persembahan nasyid dari kumpulan Saff-One.



Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One
bersama rakan blogger


Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam  


Ramadhan  sinonim dengan kemeriahan pelbagai juadah yang mana ianya hanya muncul setahun sekali istimewa pada bulan ini. Kekangan waktu dan sebagai meraikan kejayaan diri menempuhi puasa seharian membuatkan ramai umat Islam memenuhi bazar-bazar Ramadhan untuk mencari juadah yang menepati selasa setiap kali tibanya waktu berbuka puasa.

De Palma Hotel Shah Alam Menawarkan Menu Muhubah Tiga Kaum iaitu Melayu, Cina dan India


De Palma Hotel Shah Alam merupakan peneraju hotel yang berlandaskan syariah merupakan pilihan terbaik lokasi berbuka puasa untuk sepanjang bulan Ramadhan .  ‘Rasa Muhibah’ diangkat menjadi tema bufet Ramadhan pada kali ini. Muhibah merujuk kepada campuran tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India menjadi asbab pemilihan tema menu tahun ini.

 Rasa Muhibah Hidangan Melayu



Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017
De Palma Hotel Shah Alam cukup terkenal dengan keenakan masakan ala kampung tradisi membariskan pelbagai juadah enak warisan masyarakat Melayu seperti Ayam Masak Lemak Cili Padi, Assam Pedas Batang Keladi, Ikan Patin Masak Tempoyak, Rendang Daging Tetel, Bendi Goreng Berlado, Talapia Merah Masak Lemak dengan Daun Kunyit, Pucuk Manis Masak Lemak dengan Keledek, Siput Sedut Masak Lemak, Telur Itik Masak Lemak dan banyak lagi. Tidak ketinggalan sedikit selingan juadah hari raya seperti Nasi Impit, Pulut Kuning, Ketupat dan Rendang turut menemani para pengunjung yang datang berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam. 

 Rasa Muhibah Hidangan Cina



 Rasa Muhibah Hidangan Cina
Rasa Muhibah kedua iaitu hidangan istimewa yang berasal daripada masyarakat Cina turut menampilkan menu-menu seperti Daging Masak Halia, Sayur Kailan Ikan Masin, Ikan Masak Masam Manis, Ketam Bercili, ‘Egg Foo Yong’, ‘Lemon Chicken’ dan pelbagai lagi. 

 

Rasa Muhibah Hidangan India



Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017
Sebagai pelengkap tema Rasa Muhibah, menu masakan India turut diselitkan bersama. Barisan juadah yang disediakan adalah seperti Kambing Masala, Kari Ikan dengan Bendi, Sayur Aloo Gobi, Acar Terung, Daging Varuval, Ayam Goreng Berempah, Ayam Tikka, Kari Kambing dengan Ubi Kentang, Petola Goreng, Ayam Tandori, Kambing Masala dan sebagainya. 



Menu-menu yang disediakan adalah berbeza dari hari ke hari sekaligus memberi kelainan dan keterujaan kepada pengunjung yang datang sekalipun mereka berkunjung dengan kadar yang kerap.

De Palma Hotel Shah Alam Saji Makanan Bazar Ramadhan


De Palma Hotel Shah Alam sangat menitikberatkan keselesaan para pengunjung kerana pihak hotel  memberi para pengunjung menimba pengalaman seperti berkunjung ke bazar Ramadhan atau  tanpa perlu memecah keringat dan berasak-asak dalam lautan manusia seperti lazimnya.

Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017


Istimewa kali ini, gerai Ikan Bakar Portugis, Sengkuang Calit, Jambu Batu Asam Boi, Kambing Golek dan Bulgogi yang pasti membuat para pengunjung tersenyum lebar. Tidak ketinggalan masakan India seperti Capati, Vadey, Tosei, Rojak Mamak, Puri serta pelbagai lagi.

Menu-menu utama yang menjadi kegilaan pengunjung setiap kali bufet Ramadhan diadakan seperti Char Kway Teow, Mee Goreng Mamak, Ikan Keli Goreng, Goreng-goreng dan Cucur juga di sediakan di sini.



De Palma Hotel Shah Alam Saji Makanan Bazar Ramadhan


De Palma Hotel Shah Alam Saji Makanan Lauk Pauk Kenduri



De Palma Hotel Shah Alam Saji Makanan Lauk Pauk Kenduri

Kepelbagaian hidangan yang dihidangkan ditambah seri dengan lauk pauk kenduri atau dikenali dengan lauk pengantin yang diberi sentuhan moden sesuai dengan citarasa golongan muda masa kini selain mengekalkan sebahagian ciri-ciri asli lauk tersebut. Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Bukhari beserta lauk pauk terkenal yang tak lapuk ditelan zaman seperti Daging Masak Hitam Manis, Ayam Masak Merah, Daging Rendang juga dihidangkan pada setiap hari.

De Palma Hotel Shah Alam Saji Hidangan Kanak-kanak


Selain itu ianya juga menyediakan hidangan pilihan buat kanak-kanak. Antaranya adalah Jejari Ikan Goreng, Sosej, Nasi Ayam dan tidak ketinggalan pencuci mulut kegilaan kanak-kanak malahan juga orang dewasa iaitu aiskrim dan ABC juga turut disediakan.

Untuk bahagian minuman pula, selain kordial pelbagai perisa, tahun ini turut di hidangkan air kopi yang diperbuat daripada kopi asli tempatan selain teh tarik yang mempunyai aura tersendiri .

De Palma Hotel Shah Ala menyelitkan Pengisian Rohani dan Persembahan Artis


Sejajar dengan pematuhan syariah yang diterapkan, sedikit pengisian rohani diselitkan bagi mengimarahkan bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak. Alunan Qasidah yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar tahfiz jemputan akan mengisi ruang masa sebelum tibanya waktu berbuka puasa disusuli dengan laungan azan Maghrib secara langsung di dewan berbuka puasa.



De Palma Hotel Shah Ala menyelitkan Pengisian Rohani dan Persembahan Artis


Sedikit tayangan khas Ramadhan akan dipertontonkan semasa solat maghrib bagi mengisi ruang waktu sebelum forum santai bersama penceramah jemputan bermula yang akan dikendalikan oleh kumpulan Saff-One. Kumpulan Nasyid Saff-One juga akan mempersembahkan alunan lagu-lagu nasyid sebagai santapan halwa telinga. Istimewa pada tahun ini, penyanyi terkenal Jay Jay diundang khas untuk menghiburkan setiap pengunjung yang datang dengan lagu-lagu beliau yang cukup enak didengar.

Video Persembahan Jay Jay

Berikut merupakan salah satu dari persembahan artis veteren yang tidak asing lagi Jay Jay.



De Palma Hotel Shah Alam Menyediakan Imam buat Solat Terawikh Berjemaah

De Palma Hotel Shah Alam tidak hanya menyediakan bufet Ramadhan tetapi juga solat terawikh secara berjemaah pada setiap hari di Surau Nurul Iman yang boleh memuatkan sehingga 200 orang pada satu-satu masa. Solat terawikh akan diimamkan oleh Imam Residen De Palma Hotel Shah Alam.

Harga Bufet Ramadan 2017 De Palma Hotel



Harga Bufet Ramadan 2017 De Palma Hotel


De Palma Shah Alam

Dewasa : RM 69.00
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM34.00

De Palma Ampang

Dewasa : RM 80.00
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM40.00

De Palma Kuala Selangor

Dewasa : RM 49.90
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM25.00

Untuk kanak-kanak 5 tahun dan kebawah percuma

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dengan Kod : Blog ienaeliena.com


Istimewa buat anda yang membaca artikel ini anda boleh mendapatkan diskaun 10% dengan menyatakan Kod : Blog ienaeliena.com  ketika membuat tempahan. (Voucher sah di semua rangkaian De Palma Hotel)




Kepada Para pelanggan yang berminat untuk merasai kemeriahan berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam boleh membuat tempahan terus ke Kaunter Ramadhan atau pun menghubungi talian khas tempahan bufet Ramadhan di talian 03-55428080 atau Jabatan Jualan di sambungan 611/608/405/406. Sebarang tempahan atau pertanyaan juga boleh diajukan kepada noraini@depalmahotel.com.



Senarai De Palma Hotel


De Palma Hotel Shah Alam

19/15, Jalan Nelayan, Seksyen, 40300 Shah Alam, Selangor

De Palma Hotel Ampang

Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point Jalan Ampang, 68000 Ampang Jaya, Malaysia

De Palma Hotel Kuala Selangor

Jalan Tanjong Keramat, 45000 Kuala Selangor, Selangor, Malaysia





Gambar di  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017




Di sini cik iena ingin kongsikan beberapa lagi gambar di dalam koleksi kamera cik iena  semasa cik iena berbuka puasa di sini. Maaf cik iena tak dapat ambil gambar makanan sebelum berbuka kerana cik iena tiba lewat .
 


Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One
 
Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One


Wokies, kepada anda yang tinggal di Shah Alam dan  berdekatan Shah Alam Khususnya jangan lupa cuba berbuka puasa di sini ya dan dapatkan diskaun 10% dengan menyatakan kod Blog ienaeliena.com :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Berbuka Puasa di Delicious Cafe, 1Utama Shopping Centre


Berbuka Puasa di Delicious Cafe, 1Utama Shopping Centre
Baru-baru ini cik iena telah berbuka puasa di sebuah Cafe yang terletak di 1 Utama Shopping Centre bersama rakan-rakan blogger. Cafe yang di maksudkan adalah Delicious Cafe yang terletak di Level G New Wing (G316) berhampiran Victoria Secrect.
Ini merupakan pertama kali cik iena makan di sini. Makanan yang di hidangkan sememangnya menyelerakan. Antara yang menjadi kesukaan cik iena adalah Sawa-Duck-Ka Salad, One In A Melon Salad, Country Roast With The Most, Mad As A Croque Madame, Go Cheesed Lightning, Seashells By The Seashore Aglio Olio dan Pana "Kota" Kinabalu.
Jom cik iena kongsikan makanan yang cik iena makan di Delicious Café.  Setibanya cik iena di Delicious Café cik iena telah terlepas beberapa hidangan starter kerana cik eina tiba lewat kerana berpusing mencari parking. Sekitar jam 7 malam cik iena dah masuk 1 Utama new wing parking tapi hampir setengah jam cik iena cari parking. Rasa menyesal tak pergi parking outdoor T____T

Okay ini gambar hidangan starter dari rakan cik iena. Cik iena sempat merasa Saved By The Bell-acan dan Muchacho Nacho Platter.


Salt & Pepper Squid Delicious Cafe
Salt and Pepper Squid RM29

Salt & Pepper Squid iaitu  Sotong Celup Tepung.Resepi yang mudah tapi tetap sedap dan rangup walaupun sudah sejuk menurut rakan blogger. Dihidangkan juga dengan lemon yang perlu diperah atas sotong tu, sos tartar yang cukup pekat, berlemak dan juga garden greens salad. Salt & Pepper Squid ini berharga RM 29.



Salmon Else Delicious Cafe
Salmon Else RM22


Salmon Else mengandungi fresh Atlantic salmon yang dicurah virgin lemon olive oil dan lemon curd, horseradish sauce, Ikura, radish dan juga dill. Sangat fresh dan sedap Ala-ala Italian Sashimi . Salmon Else berharga RM22 sahaja


Saved By The Bell-acan Delicious Cafe
Saved By The Bell-acan RM18
Saved By The Bell-acan  mengandungi 4 ketul kepak ayam yang telah dimasak dengan sambal belacan, dan dihidangkan dengan sos cili Thai.  Menurut chef, ini merupakan inspirasi resepi kepak ayam dari Pulau Pinang yang menjadi kegemaran isterinya. Semasa cik iena makan memang terasa belacannya ditambah lagi dengan  sos thai sememangnya sangat enak. Saved By The Bell-acan ini berharga RM18 sahaja. 



Muchacho Nacho Platter Delicious Cafe
Muchacho Nacho Platter RM30


Muchacho Nacho Platter Dihidangkan bersama beef chili corn carne,  guacamole, sour cream, cheese dip, jalapenos dan pico de gallo. Hidangan Nacho ini sememangnya sangat sedap . Walaupun cik iena tiba lewat namun rakan-rakan blogger tidak henti-henti menjamah nacho. Ianya di jual pada harga RM30.
Okay setelah selesai 4 menu starter course. Menu seterusnya adalah Salad course.



Sawa-Duck-Ka Salad Delicious Cafe
Sawa-Duck-Ka Salad RM 28

Sawa-Duck-Ka Sala. Ia merupakan menu yang di inspirasi dari bumi Siam. Merupakan gabungan Buah Pomelo yang masih segar dan manis, daging itik yang dicincang, lengkap dihidangkan bersama timun, tomato julienne, daun mint, Thai basil, basil, bawang, cili merah yang dipotong halus, dan ditaburkan pula bijan dan makan bersama sos Thai. Ccara makannya pula seperti makan Yee Sang. Perlu dicurahkan sosnya dahulu, lepas tu semua bahan tadi digaul bersama. Sawa-Duck-Ka Sala di jual pada harga RM28.


One In A Melon Delicious Cafe
One In A Melon Salad RM 26



One In A Melon Salad mengandungi buah tembikai yang  dipotong dalam bentuk kiub, dimakan bersama lemon dressing, daun rocket, feta cheese, olives, mint, basil, pine nuts, balsamic pearls, basil oil, dan yoghurt ravioli. Ini merupakan pertama kali cik iena makan melon salad. Sedap juga, memenuhi citarasa cik iena gituw.
Okay selesai dua salad course cik iena makan main course pulak. Walaupun kekenyangan tapi cik iena tetap makan sebab hidangan makanan di Delicious Cafe sememangnya sangat-sangat sedap untuk dinikmati.




Country Roast With The Most Delicious Cafe
Country Roast With The Most RM 39

Country Roast With The Most merupakan  daging ayam yang diperap selama 48 jam dengan pelbagai jenis herba, dan ianya bakar pula selama kira-kira 30 minit. Ia dihidangkan dengan mashed potatoes, coleslaw, corn bread dan au jus. Kombinasi yang sangat sesuai dan sedap. Cik iena sangat suka rasa ayam yang di perap tersebut. Ayamnya juga sangat lembut dan rempah meresap ke dalam daging ayam tersebut. Country Roast With The Most di jual pada harga RM39.


Mad As A Croque Madame Delicous Cafe
Mad As A Croque Madame RM 30


Mad As A Croque Madame merupakan menu yang unik.Telur ayam di bakar separuh masak dengan roti yang dicurah sos keju, dan juga keju cheddar di lapisan dalam nya, yang diselang seli diapit bersama turkey ham dalam roti tu. Dihidangkan dengan mayonis, salad, dan sweet potato crosscut fries. Menu ini sesuai untuk di hidangkan ketika sarapan. Ianya di jual pada harga RM30.




Go Cheesed Lightning Delicious Cafe
Go Cheesed Lightning RM 45

Go Cheesed Lightning Delicious Cafe
Go Cheesed Lightning RM 45


Go Cheesed Lightning merupakan antara menu yang cik iena gemari walaupun cik iena sebenarnya bukanlah penggemar daging lembu. Cik iena baru sahaja berjinak-jinak memakan daging lembu ternyata menu ini telah berjaya membuat cik iena jatuh cinta pada rasa dagingnya yang lembut lagi sedap dengan perapan yang istimewa meresap ke dalam daging. Patty burgernya diperbuat daripada 100% US Black Angus Beef dan setiap patty seberat kira-kira 180gm. Apa yang specialnya beef patty ni? Ia terdiri dari  80% daging lembu dan hanya  20% lemak sahaja. Dagingnya pula dimasak medium cook, dan memang terasa kelembutan dagingnya bila kita gigit, dihidangkan pula dengan dua keeping lapisan keju, kepingan bawang, daun lettuce, tomato, dan pickles. Bertambah enak lagi apabila di hidang sekali dengan crosscut fries dan onion rings:) Go Cheesed Lightning dijual pada harga RM45.




Seashells By The Seashore Aglio Olio Delicious Cafe
Seashells By The Seashore Aglio Olio RM 42

Seashells By The Seashore Aglio Olio dihidangkan bersama fresh tiger prawns, squid, mussels, sundried tomatoes, button mushroom, parsley, basil, pangrattato dan juga hirisan cili padi. Menarik bukan dengan adanya cili api membuatkan ianya sangat sesuai dengan citarasa melayu. Tambahan lagi kesemua seafoods yang digunakan sangat segar tidak berasa hanyir.. Seashells By The Seashore Aglio Olio  ini di jual pada harga RM42



Duck Con-fit For A King Delicious Cafe
Duck Con-fit For A King RM 33


Duck Con-Fit For A King merupakan sejenis pasta yang dimasak menggunakan olive oil, bawang putih, bawang, baby spinach, sundried tomato, dan coriander. Dan bahan rencah utamanya semestinya daging itik dicincang dan dimasak bersama.  Duck Con-Fit For A King dijual pada harga RM33.




Dibs On The Beef Ribs RM 55
Dibs On The Beef Ribs RM 55


Hidangan Main Course terakhir adalah  Dibs On The Beef Ribs . Ia merupakan  Australian beef ribs yang dimasak secara slow cook selama 5 jam, dihidangkan bersama sweet potato crosscut fries, coleslaw, cornbread dan onion ring. Dibs On The Beef Ribs di jual pada harga RM55.


Choc-A-Block Lava Cake
Choc-A-Block Lava Cake
 

Hi-Tea Set Rm75++
Hi-Tea Set Rm75++

 Hidangan di akhiri dengan menu dessert iaitu  hidangan pencuci mulu Hi-Tea Set yang berharga RM 75++. Ia mengandungi Chocolate Lava Cake, Chocolate Dipped Strawberries, Scones With Whipped Cream, Boysenberry Jam and Butter, Croissant, Vanilla Twist Danish, Blueberry Strudel Danish, Cinnamon Whirl Danish, Salmon Crudo Cocktail, Tuna and Ham & Cheese Finger Sandwiches, Belacan Chicken Wings, and Tea or Coffee.




Pana Kota Kinabalu RM 22
Pana Kota Kinabalu RM 22


Antara hidangan dessert yang cik iena sangat suka adalah  Pana "Kota" Kinabalu . Ia sejenis dessert ala tradisi melayu, perisa bandung.  Dihidangkan bersama aiskrim vanila dan biji sago. Kombinasi yang sangat unik dan sedap. Ianya sangat menyelerakan.

Setelah selesai menikmati hidangan di sini cik iena sempat bergambar dengan Chef di Delicious Cafe, 1Utama Shopping Centre 


Berbuka Puasa di Delicious Cafe, 1Utama Shopping Centre





Menarikkan menu-menu dia, kalau lihat gambar makanan sangat menyelerakan begitu juga dengan rasanya. Kesemua Menu di atas boleh nikmati untuk berbuka puasa, ataupun waktu hari biasa selepas bulan Ramadhan nanti .Kepada anda di luar sana terutama yang berhampiran 1 Utama Shopping Centre jangan lupa cuba masakan di  Delicious Cafe ya :)



Untuk maklumat lanjut, sila layari :


Website : www.thedeliciousgroup.com
Facebook : Delicious 1 Utama
Instagram : @DeliciousCafeMy

Lot G316, Ground Floor,
One Utama Shopping
Centre (New Wing), 1,
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya.
Tel: 603 7724 1086





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve