Baru-baru ini cik iena telah menghadiri Majlis berbuka puasa dan Sidang Media Riuh Raya IJM Land bersama Akim & Majistret, Stacy, Zulin n Adam yang bakal diadakan pada 15 Julai 2017 bertempat di IJM Land Seremban 2 Sales Gallery.
Riuh Raya 2017 bersama IJM Land Erat Sillaturrahim
Sambutan Riuh Raya 2017 bersama IJM Land ini adakan untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan .Program seperti ini juga akan mengeratkan sillaturrahim diantara pengunjung yang hadir bersama keluarga terutamanya. Bukan itu sahaja, jika anda bertuah, anda akan dapat pelbagai jenis hadiah pada hari tersebut termasuklah menikmati buffet makanan yang disediakan oleh IJM Land.
Permainan 'Spin The Wheel' dengan Pelbagai Hadiah menarik
Selain daripada itu, anda juga boleh mengabadikan kenangan anda dalam bentuk gambar di photo booth Riuh Raya 2017. Lebih menarik lagi jika anda sertai permainan 'Spin The Wheel' dan anda berpeluang untuk memenangi pelabgai hadiah yang menarik. Kepada kanak-kanak pastinya kehadiran di sambutan Riuh Raya 2017 ini lebih meriah dengan duit raya yang bakal di berikan oleh pihak IJM Land :)
Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land Bersama Akim & Majistret, Stacy, Zulin n Adam
Riuh Raya 2017 IJM Land ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti
Malaysia seperti Akim & The Majistret, Stacy yang akan membuat
persembahan ketika majlis tersebut dan majlis ini akan diacarakan oleh Adam AO dan Zulin Aziz yang semestinya havoc dan menceriakan . Kepada anda yang tinggal di Seremban dan juga kawasan yang berdekatan jangan lepaskan peluang ini untuk temuai Artis kesayangan anda :)
Rebat istimewa sehingga
RM10,000
Selain dari persembahan artis, apa yang menarik lagi adalah,istimewa buat pengunjung pada hari tersebut, IJM Land turut menawarkan rebat istimewa sehingga
RM10,000 untuk pembelian beberapa hartanah yang terpilih. Kepada mereka
yang berminat. Jadi inilah masanya untuk anda merebut peluang ini.
Jangan lupa save the date tau. Kunjungi Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land Bersama Akim & Majistret, Stacy, Zulin n Adam di IJM Land Seremban 2 Sales Gallery pada 15 Julai 2017 bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang.
Gambar di sekitar Majlis Berbuka Puasa dan Hebahan Media Riuh Raya 2017 Bersama IJM Land
bersama rakan blogger
comel kan kami pakai baju kurung cotton :)
cik iena sempat selfie bersama stacy dan akim yang sememangnya peramah :)
yeayy selfie bersama Jasmeen, anak kepada rakan blogger
Sepanjang Ramadhan ini pasti terdapat banyak Hotel mahupun restoran membuat tawaran istimewa bagi berbuka puasa di tempat mereka. Begitu juga denan De Palma Hotel. Baru-baru ini cik iena telah berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam bersama dengan rakan Blogger.
Apa yang Istimewanya di sini selain menyajikan pelbagai jenis makanan dengan 15 jenis gerai yang berbeza. Ianya juga menawarkan persembahan dari artis veteren yang tidak asing lagi iaitu Jay Jay. Selain dari persembahan JAy Jay istimewanya De Palma Hotel Shah Alam adalah terdapat ceramah agama dan juga alunan ayat-ayat suci Al-Quran dari pelajar Tahfiz ketika anda sedang berbuka puasa. Selain itu terdapat juga persembahan nasyid dari kumpulan Saff-One.
bersama rakan blogger
Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam
Ramadhan sinonim dengan kemeriahan pelbagai juadah yang mana ianya hanya muncul setahun sekali istimewa pada bulan ini. Kekangan waktu dan sebagai meraikan kejayaan diri menempuhi puasa seharian membuatkan ramai umat Islam memenuhi bazar-bazar Ramadhan untuk mencari juadah yang menepati selasa setiap kali tibanya waktu berbuka puasa.
De Palma Hotel Shah Alam Menawarkan Menu Muhubah Tiga Kaum iaitu Melayu, Cina dan India
De Palma Hotel Shah Alam merupakan peneraju hotel yang berlandaskan syariah merupakan pilihan terbaik lokasi berbuka puasa untuk sepanjang bulan Ramadhan . ‘Rasa Muhibah’ diangkat menjadi tema bufet Ramadhan pada kali ini. Muhibah merujuk kepada campuran tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India menjadi asbab pemilihan tema menu tahun ini.
Rasa Muhibah Hidangan Melayu
De Palma Hotel Shah Alam cukup terkenal dengan keenakan masakan ala kampung tradisi membariskan pelbagai juadah enak warisan masyarakat Melayu seperti Ayam Masak Lemak Cili Padi, Assam Pedas Batang Keladi, Ikan Patin Masak Tempoyak, Rendang Daging Tetel, Bendi Goreng Berlado, Talapia Merah Masak Lemak dengan Daun Kunyit, Pucuk Manis Masak Lemak dengan Keledek, Siput Sedut Masak Lemak, Telur Itik Masak Lemak dan banyak lagi. Tidak ketinggalan sedikit selingan juadah hari raya seperti Nasi Impit, Pulut Kuning, Ketupat dan Rendang turut menemani para pengunjung yang datang berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam.
Rasa Muhibah Hidangan Cina
Rasa Muhibah kedua iaitu hidangan istimewa yang berasal daripada masyarakat Cina turut menampilkan menu-menu seperti Daging Masak Halia, Sayur Kailan Ikan Masin, Ikan Masak Masam Manis, Ketam Bercili, ‘Egg Foo Yong’, ‘Lemon Chicken’ dan pelbagai lagi.
Rasa Muhibah Hidangan India
Sebagai pelengkap tema Rasa Muhibah, menu masakan India turut diselitkan bersama. Barisan juadah yang disediakan adalah seperti Kambing Masala, Kari Ikan dengan Bendi, Sayur Aloo Gobi, Acar Terung, Daging Varuval, Ayam Goreng Berempah, Ayam Tikka, Kari Kambing dengan Ubi Kentang, Petola Goreng, Ayam Tandori, Kambing Masala dan sebagainya.
Menu-menu yang disediakan adalah berbeza dari hari ke hari sekaligus memberi kelainan dan keterujaan kepada pengunjung yang datang sekalipun mereka berkunjung dengan kadar yang kerap.
De Palma Hotel Shah Alam Saji Makanan Bazar Ramadhan
De Palma Hotel Shah Alam sangat menitikberatkan keselesaan para pengunjung kerana pihak hotel memberi para pengunjung menimba pengalaman seperti berkunjung ke bazar Ramadhan atau tanpa perlu memecah keringat dan berasak-asak dalam lautan manusia seperti lazimnya.
Istimewa kali ini, gerai Ikan Bakar Portugis, Sengkuang Calit, Jambu Batu Asam Boi, Kambing Golek dan Bulgogi yang pasti membuat para pengunjung tersenyum lebar. Tidak ketinggalan masakan India seperti Capati, Vadey, Tosei, Rojak Mamak, Puri serta pelbagai lagi.
Menu-menu utama yang menjadi kegilaan pengunjung setiap kali bufet Ramadhan diadakan seperti Char Kway Teow, Mee Goreng Mamak, Ikan Keli Goreng, Goreng-goreng dan Cucur juga di sediakan di sini.
De Palma Hotel Shah Alam Saji Makanan Lauk Pauk Kenduri
Kepelbagaian hidangan yang dihidangkan ditambah seri dengan lauk pauk kenduri atau dikenali dengan lauk pengantin yang diberi sentuhan moden sesuai dengan citarasa golongan muda masa kini selain mengekalkan sebahagian ciri-ciri asli lauk tersebut. Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Bukhari beserta lauk pauk terkenal yang tak lapuk ditelan zaman seperti Daging Masak Hitam Manis, Ayam Masak Merah, Daging Rendang juga dihidangkan pada setiap hari.
De Palma Hotel Shah Alam Saji Hidangan Kanak-kanak
Selain itu ianya juga menyediakan hidangan pilihan buat kanak-kanak. Antaranya adalah Jejari Ikan Goreng, Sosej, Nasi Ayam dan tidak ketinggalan pencuci mulut kegilaan kanak-kanak malahan juga orang dewasa iaitu aiskrim dan ABC juga turut disediakan.
Untuk bahagian minuman pula, selain kordial pelbagai perisa, tahun ini turut di hidangkan air kopi yang diperbuat daripada kopi asli tempatan selain teh tarik yang mempunyai aura tersendiri .
De Palma Hotel Shah Ala menyelitkan Pengisian Rohani dan Persembahan Artis
Sejajar dengan pematuhan syariah yang diterapkan, sedikit pengisian rohani diselitkan bagi mengimarahkan bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak. Alunan Qasidah yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar tahfiz jemputan akan mengisi ruang masa sebelum tibanya waktu berbuka puasa disusuli dengan laungan azan Maghrib secara langsung di dewan berbuka puasa.
Sedikit tayangan khas Ramadhan akan dipertontonkan semasa solat maghrib bagi mengisi ruang waktu sebelum forum santai bersama penceramah jemputan bermula yang akan dikendalikan oleh kumpulan Saff-One. Kumpulan Nasyid Saff-One juga akan mempersembahkan alunan lagu-lagu nasyid sebagai santapan halwa telinga. Istimewa pada tahun ini, penyanyi terkenal Jay Jay diundang khas untuk menghiburkan setiap pengunjung yang datang dengan lagu-lagu beliau yang cukup enak didengar.
Video Persembahan Jay Jay
Berikut merupakan salah satu dari persembahan artis veteren yang tidak asing lagi Jay Jay.
De Palma Hotel Shah Alam Menyediakan Imam buat Solat Terawikh Berjemaah
De Palma Hotel Shah Alam tidak hanya menyediakan bufet Ramadhan tetapi juga solat terawikh secara berjemaah pada setiap hari di Surau Nurul Iman yang boleh memuatkan sehingga 200 orang pada satu-satu masa. Solat terawikh akan diimamkan oleh Imam Residen De Palma Hotel Shah Alam.
Diskaun 10% Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dengan Kod : Blog ienaeliena.com
Istimewa buat anda yang membaca artikel ini anda boleh mendapatkan diskaun 10% dengan menyatakan Kod : Blog ienaeliena.com ketika membuat tempahan. (Voucher sah di semua rangkaian De Palma Hotel)
Kepada Para pelanggan yang berminat untuk merasai kemeriahan berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam boleh membuat tempahan terus ke Kaunter Ramadhan atau pun menghubungi talian khas tempahan bufet Ramadhan di talian 03-55428080 atau Jabatan Jualan di sambungan 611/608/405/406. Sebarang tempahan atau pertanyaan juga boleh diajukan kepada noraini@depalmahotel.com.
Senarai De Palma Hotel
De Palma Hotel Shah Alam
19/15, Jalan Nelayan, Seksyen, 40300 Shah Alam, Selangor
De Palma Hotel Ampang
Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point Jalan Ampang, 68000 Ampang Jaya, Malaysia
De Palma Hotel Kuala Selangor
Jalan Tanjong Keramat, 45000 Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
Gambar di Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017
Di sini cik iena ingin kongsikan beberapa lagi gambar di dalam koleksi kamera cik iena semasa cik iena berbuka puasa di sini. Maaf cik iena tak dapat ambil gambar makanan sebelum berbuka kerana cik iena tiba lewat .
Wokies, kepada anda yang tinggal di Shah Alam dan berdekatan Shah Alam Khususnya jangan lupa cuba berbuka puasa di sini ya dan dapatkan diskaun 10% dengan menyatakan kod Blog ienaeliena.com :)
Baru-baru ini cik iena telah berbuka puasa di sebuah Cafe yang terletak di 1 Utama Shopping Centre bersama rakan-rakan blogger. Cafe yang di maksudkan adalah Delicious Cafe yang terletak di Level G New Wing (G316) berhampiran Victoria Secrect.
Ini merupakan pertama kali cik iena makan di sini. Makanan yang di hidangkan sememangnya menyelerakan. Antara yang menjadi kesukaan cik iena adalah Sawa-Duck-Ka Salad, One In A Melon Salad, Country Roast With The Most, Mad As A Croque Madame, Go Cheesed Lightning, Seashells By The Seashore Aglio Olio dan Pana "Kota" Kinabalu.
Okay ini gambar hidangan starter dari rakan cik iena. Cik iena sempat merasa Saved By The Bell-acan dan Muchacho Nacho Platter.
Salt and Pepper Squid RM29
Salt & Pepper Squid iaitu Sotong Celup Tepung.Resepi yang mudah tapi tetap sedap dan rangup walaupun sudah sejuk menurut rakan blogger. Dihidangkan juga dengan lemon yang perlu diperah atas sotong tu, sos tartar yang cukup pekat, berlemak dan juga garden greens salad. Salt & Pepper Squid ini berharga RM 29.
Salmon Else RM22
Salmon Else mengandungi fresh Atlantic salmon yang dicurah virgin lemon olive oil dan lemon curd, horseradish sauce, Ikura, radish dan juga dill. Sangat fresh dan sedap Ala-ala Italian Sashimi . Salmon Else berharga RM22 sahaja
Saved By The Bell-acan RM18
Saved By The Bell-acan mengandungi 4 ketul kepak ayam yang telah dimasak dengan sambal belacan, dan dihidangkan dengan sos cili Thai. Menurut chef, ini merupakan inspirasi resepi kepak ayam dari Pulau Pinang yang menjadi kegemaran isterinya. Semasa cik iena makan memang terasa belacannya ditambah lagi dengan sos thai sememangnya sangat enak. Saved By The Bell-acan ini berharga RM18 sahaja.
Muchacho Nacho Platter RM30
Muchacho Nacho Platter Dihidangkan bersama beef chili corn carne, guacamole, sour cream, cheese dip, jalapenos dan pico de gallo. Hidangan Nacho ini sememangnya sangat sedap . Walaupun cik iena tiba lewat namun rakan-rakan blogger tidak henti-henti menjamah nacho. Ianya di jual pada harga RM30.
Okay setelah selesai 4 menu starter course. Menu seterusnya adalah Salad course.
Sawa-Duck-Ka Salad RM 28
Sawa-Duck-Ka Sala. Ia merupakan menu yang di inspirasi dari bumi Siam. Merupakan gabungan Buah Pomelo yang masih segar dan manis, daging itik yang dicincang, lengkap dihidangkan bersama timun, tomato julienne, daun mint, Thai basil, basil, bawang, cili merah yang dipotong halus, dan ditaburkan pula bijan dan makan bersama sos Thai. Ccara makannya pula seperti makan Yee Sang. Perlu dicurahkan sosnya dahulu, lepas tu semua bahan tadi digaul bersama. Sawa-Duck-Ka Sala di jual pada harga RM28.
One In A Melon Salad RM 26
One In A Melon Salad mengandungi buah tembikai yang dipotong dalam bentuk kiub, dimakan bersama lemon dressing, daun rocket, feta cheese, olives, mint, basil, pine nuts, balsamic pearls, basil oil, dan yoghurt ravioli. Ini merupakan pertama kali cik iena makan melon salad. Sedap juga, memenuhi citarasa cik iena gituw.
Okay selesai dua salad course cik iena makan main course pulak. Walaupun kekenyangan tapi cik iena tetap makan sebab hidangan makanan di Delicious Cafe sememangnya sangat-sangat sedap untuk dinikmati.
Country Roast With The Most RM 39
Country Roast With The Most merupakan daging ayam yang diperap selama 48 jam dengan pelbagai jenis herba, dan ianya bakar pula selama kira-kira 30 minit. Ia dihidangkan dengan mashed potatoes, coleslaw, corn bread dan au jus. Kombinasi yang sangat sesuai dan sedap. Cik iena sangat suka rasa ayam yang di perap tersebut. Ayamnya juga sangat lembut dan rempah meresap ke dalam daging ayam tersebut. Country Roast With The Most di jual pada harga RM39.
Mad As A Croque Madame RM 30
Mad As A Croque Madame merupakan menu yang unik.Telur ayam di bakar separuh masak dengan roti yang dicurah sos keju, dan juga keju cheddar di lapisan dalam nya, yang diselang seli diapit bersama turkey ham dalam roti tu. Dihidangkan dengan mayonis, salad, dan sweet potato crosscut fries. Menu ini sesuai untuk di hidangkan ketika sarapan. Ianya di jual pada harga RM30.
Go Cheesed Lightning RM 45
Go Cheesed Lightning RM 45
Go Cheesed Lightning merupakan antara menu yang cik iena gemari walaupun cik iena sebenarnya bukanlah penggemar daging lembu. Cik iena baru sahaja berjinak-jinak memakan daging lembu ternyata menu ini telah berjaya membuat cik iena jatuh cinta pada rasa dagingnya yang lembut lagi sedap dengan perapan yang istimewa meresap ke dalam daging. Patty burgernya diperbuat daripada 100% US Black Angus Beef dan setiap patty seberat kira-kira 180gm. Apa yang specialnya beef patty ni? Ia terdiri dari 80% daging lembu dan hanya 20% lemak sahaja. Dagingnya pula dimasak medium cook, dan memang terasa kelembutan dagingnya bila kita gigit, dihidangkan pula dengan dua keeping lapisan keju, kepingan bawang, daun lettuce, tomato, dan pickles. Bertambah enak lagi apabila di hidang sekali dengan crosscut fries dan onion rings:) Go Cheesed Lightning dijual pada harga RM45.
Seashells By The Seashore Aglio Olio RM 42
Seashells By The Seashore Aglio Olio dihidangkan bersama fresh tiger prawns, squid, mussels, sundried tomatoes, button mushroom, parsley, basil, pangrattato dan juga hirisan cili padi. Menarik bukan dengan adanya cili api membuatkan ianya sangat sesuai dengan citarasa melayu. Tambahan lagi kesemua seafoods yang digunakan sangat segar tidak berasa hanyir.. Seashells By The Seashore Aglio Olio ini di jual pada harga RM42
Duck Con-fit For A King RM 33
Duck Con-Fit For A King merupakan sejenis pasta yang dimasak menggunakan olive oil, bawang putih, bawang, baby spinach, sundried tomato, dan coriander. Dan bahan rencah utamanya semestinya daging itik dicincang dan dimasak bersama. Duck Con-Fit For A King dijual pada harga RM33.
Dibs On The Beef Ribs RM 55
Hidangan Main Course terakhir adalah Dibs On The Beef Ribs . Ia merupakan Australian beef ribs yang dimasak secara slow cook selama 5 jam, dihidangkan bersama sweet potato crosscut fries, coleslaw, cornbread dan onion ring. Dibs On The Beef Ribs di jual pada harga RM55.
Choc-A-Block Lava Cake
Hi-Tea Set Rm75++
Hidangan di akhiri dengan menu dessert iaitu hidangan pencuci mulu Hi-Tea Set yang berharga RM 75++. Ia mengandungi Chocolate Lava Cake, Chocolate Dipped Strawberries, Scones With Whipped Cream, Boysenberry Jam and Butter, Croissant, Vanilla Twist Danish, Blueberry Strudel Danish, Cinnamon Whirl Danish, Salmon Crudo Cocktail, Tuna and Ham & Cheese Finger Sandwiches, Belacan Chicken Wings, and Tea or Coffee.
Pana Kota Kinabalu RM 22
Antara hidangan dessert yang cik iena sangat suka adalah Pana "Kota" Kinabalu . Ia sejenis dessert ala tradisi melayu, perisa bandung. Dihidangkan bersama aiskrim vanila dan biji sago. Kombinasi yang sangat unik dan sedap. Ianya sangat menyelerakan.
Setelah selesai menikmati hidangan di sini cik iena sempat bergambar dengan Chef di Delicious Cafe, 1Utama Shopping Centre
Menarikkan menu-menu dia, kalau lihat gambar makanan sangat menyelerakan begitu juga dengan rasanya. Kesemua Menu di atas boleh nikmati untuk berbuka puasa, ataupun waktu hari biasa selepas bulan Ramadhan nanti .Kepada anda di luar sana terutama yang berhampiran 1 Utama Shopping Centre jangan lupa cuba masakan di Delicious Cafe ya :)
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com