Grab The Promo
Grab The Promo

Hypermarket Arab Berkonsep Halal Tawar Harga Murah dan Mampu Milik | LuLu Hypermarket



Hypermarket, supermarket atau pasaraya sering  menjadi tumpuan penduduk terutama penduduk di bandar untuk membeli brangan keperluan harian di bawah satu bumbung dengan keadaan yang selesa serta kemudahan yang serba lengkap .

Hypermarket Arab Berkonsep Halal Tawar Harga Murah dan Mampu Milik | LuLu Hypermarket
Hypermarket Arab Berkonsep Halal Tawar Harga Murah dan Mampu Milik


Terdapat pelbagai jenis Hypermarket yang menjual pelbagai keperluan seharian wujud pada masa kini  akan tetapi Pernahkah anda terfikir bahawa sebuah pasaraya yang menjual pelbagai keperluan seharian yang melengkapi kemahuan anda dan yang paling penting sekali adalah halal.

Hypermarket Arab Berkonsep Halal Tawar Harga Murah dan Mampu Milik


Terdapat banyak pasaraya, hypermarket dan supermarket yang tumbuh bagai cendawan akan tetapi ada diantaranya menjual produk-produk yang tidak halal terutamanya minuman keras di dalam satu bumbung. Kini anda tidak perlu risau  kerana LuLu Hypermarket yang sangat terkenal di seluruh dunia terutamanya di tanah Arab kini sudah pun berada di Malaysia.

Lulu Hypermarket Malaysia
sabun pakaian jenama LULU


Lulu Hypermarket Caps Square merupakan Cawangan pertama yang dibuka di Malaysia. Ianya terletak bersebelahan dengan Jakel Mall di Caps Square Kuala Lumpur, Jalan Munshi Abdullah. Walaupun ianya baru lebih kurang setahun di rasmikan iaitu pada febuari 2016 tetapi pasaraya ini sudah ada peminatnya yang tersendiri. Pasaraya ini sering di kunjungi ramai penduduk Malaysia tidak kiralah warganegara mahupun pelancong atau penduduk bukan warganegara.

LuLu Hypermarket Satu daripada 10 peruncit yang paling pesat berkembang di dunia



Lulu Hypermarket Malaysia
Ruangan cheese


Ia menawarkan produk berkualiti pada harga yang kompetitif dan perkhidmatan pelanggan pada  tahap tinggi. Untuk pengetahuan, Lulu Hypermarket  telah disenaraikan oleh Deloitte sebagai salah satu daripada 10 peruncit yang paling pesat berkembang di dunia.

LuLu Hypermarket adalah pasaraya pertama di Malaysia yang sentiasa mengekalkan kebersihan tahap tinggi pada setiap masa.  Sepanjang cik iena membeli belah selama dua hari berturut-turut di sini, keadaannya sangat bersih dan memuaskan.


Pasaraya ini menawarkan 100% Barangan Halal. Anda tidak perlu berasa  risau  tentang bahagian makanan yang tidak halal di dalam pasaraya ini sepertimana yang terdapat di pasaraya lain di Malaysia dimana terdapat ruangan makanan tidak halal.

Selain dari menawarkan barangan Halal, ianya juga menawarkan Harga Barangan yang  Murah dan  Mampu Milik. Terdapat pelbagai barangan yang di jual di dalam pasraya ini dan terdapat pelbgai bahagian atau department sama seperti pasaraya besar yang lain.



Pusat Beli Belah Setempat



Ia dikatakan pusat beli belah setempat kerana anda boleh mendapatkan pelbagai barangan di bawah satu bumbung sebagai contoh barangan di LuLu fashion Store yang terdapat banyak pilihan pakaian untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak daripada pelbagai jenama tanah air dan juga antarabangsa.

LuLu Hypermarket


Manakala di bahagian LuLu Connect pula anda boleh dapatkan pelbagai gajet terbaru, barangan elektrik. Terdapat beberapa bahagian lagi seperti LuLu Roastery, LuLu Celebrate dan medan selera di bawah satu bumbung dimana ianya dapat memberikan keselesaan yang maksima untuk anda membeli belah disini disamping kemudahan Surau, tempat tukar lampin , toilet dan juga parking.



LuLu Roastery



LuLu Roastery merupakan antara salah satu tumpuan apabila berkunjung ke LuLu kerana di bahagian ini sememangnya terdapat banyak pilihan kacang panggang dan juga buah buahan kering dari seluruh dunia.
ruangan LuLu Roastery di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Roastery di Lulu Hypermarket


ruangan LuLu Roastery di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Roastery di Lulu Hypermarket

LuLu Celebrate


LuLu Celebrate menawarkan koleksi pakaian tradisional india dan juga pakaian-pakaian lain yang berkaitan . Untuk Sepanjang bulan september 2017 ini terdapat diskaun 25% untuk koleksi pakaian di Lulu Celebrate ini. Di sini terdapat pelbagai jenis kain terbaik untuk di jadikan sari, malahan terdapat juga instant sari di jual.

ruangan LuLu Celebrate di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Celebrate di Lulu Hypermarket


Untuk pengetahuan anda, sutera yang terdapat di LuLu diimport khas dari India. Sekiranya anda berasa ragu-ragu atau perlukan bantuan dalam pemilihan fabrik, anda boleh minta bantuan pendapat pada konsultan professional berpengalaman dalam mendapatkan hasil terbaik daripada fabrik pilihan anda.

LuLu fashion Store


LuLu fashion Store menawarkan pakaian untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak daripada pelbagai jenama tanah air dan juga antarabangsa.

ruangan LuLu Fashion Store di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Fashion Store di Lulu Hypermarket

ruangan LuLu Fashion Store di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Fashion Store di Lulu Hypermarket

ruangan LuLu Fashion Store di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Fashion Store di Lulu Hypermarket

ruangan LuLu Fashion Store di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Fashion Store di Lulu Hypermarket

ruangan LuLu Fashion Store di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Fashion Store di Lulu Hypermarket


LuLu Connect 


LuLu Connect  menawarkan pelbagai pilihan gajet terbaru serta barangan elektrik. Terdapat diskaun setiap minggu untuk barangan terpilih.

ruangan LuLu Connect di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Connect di Lulu Hypermarket

LuLu Bakery


Lulu Bakery menawarkan pelbagai jenis kek dan roti yang murah . Harga yang dipamerkan agak murah berbanding kedai bakery yang lain.

ruangan LuLu Bakery di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Bakery di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Bakery di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Bakery di Lulu Hypermarket

Makanan Laut


Makanan laut yang ditawarkan juga pada harga berpatutan serta ianya segar.

ruangan Barangan basah dan makanan laut di Lulu Hypermarket
ruangan Barangan basah dan makanan laut di Lulu Hypermarket



LuLu Sushi


Di sini juga menjual pelbagai jenis sushi .



ruangan Lulu Sushi di Lulu Hypermarket
ruangan Lulu Sushi di Lulu Hypermarket


ruangan Lulu Sushi di Lulu Hypermarket
ruangan Lulu Sushi di Lulu Hypermarket


Lulu Delicatessen


Lulu Delicatessen ini juga agak menarik kerana ianya menjual pelbagai jenis cheese serta pelbagai sambal dan sayuran jeruk serta jeruk dan olive oil yang murah.


Hypermarket Arab Berkonsep Halal Tawar Harga Murah dan Mampu Milik | LuLu Hypermarket

ruangan Lulu Delicatessen di Lulu Hypermarket
ruangan Lulu Delicatessen di Lulu Hypermarket

ruangan Lulu Delicatessen di Lulu Hypermarket
ruangan Lulu Delicatessen di Lulu Hypermarket


ruangan Lulu Delicatessen di Lulu Hypermarket
ruangan Lulu Delicatessen di Lulu Hypermarket

ruangan Lulu Delicatessen di Lulu Hypermarket
ruangan Lulu Delicatessen di Lulu Hypermarket


 LuLu Healthy Choice


 LuLu Healty Choice menawarkan pelbagai buah segar yang siap di potong samaada untuk dimakan begitu shaja mahupun di buat salad.


 LuLu Healty Choice
 LuLu Healthy Choice

 LuLu Healty Choice
 LuLu Healthy Choice

 Pelbagai Coklat Berjenama Pada Harga Rendah


Lulu menawarkan harga coklat yang lebih murah berbnding pasaraya lain. Ini merupakan salah satu coklat. Terdapat banyak lagi coklat pada harga rendah.

 Pelbagai Coklat Berjenama Pada Harga Rendah
 Pelbagai Coklat Berjenama Pada Harga Rendah


Perabot


Di Lulu juga terdapat perabot yang di jual .


Perabot di LuLu Hypermarket
sebahagian dari ruangan Perabot untuk clearance sales  di LuLu Hypermarket


Ruangan Clearance Sale


Ruangan Clearance Sale
Ruangan Clearance Sale

LuLu Hot Food


LuLu Hot Food
LuLu Hot Food


LuLu Hot Food
LuLu Hot Food

Medan Selera Hidang Pelbagai Hidangan



Medan selera adalah penting bagi sesebuah pasaraya dan bagi LuLu, terdapat pelbagai hidangan halal yang disediakan di medan selera di sini termasuklah dari Timur Tengah dan Kontinental.



Kadar Parking


Semasa kehadiran cik iena kadar parking untuk hujung minggu adalah RM4 per entry. Walaubagaimanapun kadar asal adalah seperti dalam gambar di bawah . Mungkin ada hari-hari tertentu kadar paking akan jadi berlainan.

Hasil Membeli Belah Hari Pertama
Kadar parking lulu hypermarket


Record-Breaking Attempt Longest Fresh Fruit Cake In Malaysia


Pada 16 September 2017 yang lepas LuLu Hypermarket telah  Berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records melalui kejayaannya menyediakan kek buah segar terpanjang di Malaysia.

Majlis sambutan itu berlansung cukup meriah dengan kehadiran pengunjung serta pelanggan Lulu Hypermarket. Untuk pengetahuan semua hasil jualan Kek pada hari tersebut akan di sumbangkan kepada rumah amal yang terlibat.

Longest Fresh Fruit Cake In Malaysia

Longest Fresh Fruit Cake In Malaysia

Longest Fresh Fruit Cake In Malaysia
sesi mengira panjang kek

Longest Fresh Fruit Cake In Malaysia

Longest Fresh Fruit Cake In Malaysia
bergambar bersama penghuni rumah amal yang terlibat sebagai tetamu

Longest Fresh Fruit Cake In Malaysia
bergambar bersama rakan blogger

Facebook Liveupdate Record-Breaking Attempt Longest Fresh Fruit Cake In Malaysia

Pengalaman Membeli-Belah Dua Hari Berturut-turut di LuLu Hypermarket


Sememangnya ia pengalaman yang menarik . Cik iena suka akan keadaan pasaraya ini yang bersih . Keadaan persekitaran di jaga rapi. Mereka amat mementingkan soal kebersihan.

Apa yang cik iena suka di Lulu Hypermarket lagi adalah barangan yang djual adalah pada harga yang berpatutan. Ada diantara barangan yang di jual lebih murah berbanding pasaraya lain. Cik iena sentiasa tertarik pada barangan yang mempunyai potongan harga yang tinggi.

Jadi dengan itu cik iena telah membeli satu set comforter single beserta sarung tilam dan bantal yang mana harga asalnya adalah RM309 dan pada hari tersebut ianya di jual pada harga RM60.

Hei korang dah pergi Lulu Hypermarket blm? Ni haa nk habaq murah comforter ni dari RM 309 ,harga runtuh RM60 je tau..ada sarung bantal n tilam lg.. Ni utk single ehh..heeee cik iena kn single so beli yg single la.. Selain daripada tu ada bnyk lagi promosi sempena har Malaysia. Untuk 16 dan 17 september terdapat diskaun 50% utk barangan terpilih. Lulu Hypermarket bukan sahaja menawarkan barangan basah dan kering, malahan terdapat barangan keperluan harian yg lain seperti pakaian, barangan penjagaan diri, barangan komputer serta gadget, barangan elektrik, perabot dan banyak lagi. Selain itu terdapat juga food court dan paling penting ada surau serta ruangan tukar lampin bayi. Hypermarket yg terletak di tengah2 ibu kota ini sememangya menawarkan harga yang murah berbanding dengan hypermarket atau sulermarket di tengah bandar kuala lumpur ni. Wokayy korang jangan lupa singgah Lulu Hypermarket tau, terletak berdekatat Jakel Mall kuala lumpur.Terdapat banyak lagi promosi sempena hari malaysia ni.. Sepanjang bulan september akan ada promosi okay❤❤❤ Jom follow untuk update terkini 👉 @luluhypermy . 👉 @luluhypermy . 👉 @luluhypermy . #luluhypermarket #luluhypermarketkl #longestfreshfruitcake #longestfreshfruitcakeinmalaysia #freshfruitcake #jomkelulu #jompilulu #ctss
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on


Pada hari pertama cik iena membeli-belah disini iaitu ketika hari  Record-Breaking Attempt Longest Fresh Fruit Cake In Malaysia , cik iena hanya membeli barangan rumah seperti comforter, bantal, selimut , kuali serta sejadah dan barang kecil yang lain . Kos perbelanjaan cik iena pada hari pertama adalah sekitar RM200++.


Pada hari kedua pula cik iena hadir sekali lagi ke LuLu Hypermarket kerana cik iena ingin membeli Pizza yang hangat diperkatakan dikalangan rakan cik iena . Memandangkan pada hari sabtu cik iena telupa membeli Pizza tersebut, jadi sekali lagi cik iena ke Lulu Hypermarket untuk membeli Pizza.

Dek kerana nak beli piza lulu ni gara2 kak @diya.nadia terjebak shopping lagi kt Lulu Hypermarket tau.. Dua hari berturut2 shopping lulu huhu ouh luluh duit kite tapi nasib la kt lulu ni harga tak mahal. Haa ni iena baru habis kemas brg dapur n makan pizza lulu yg awesome..cheese leleh betul..banyak cheese n harga pun berpatutan😊😊 . . Untuk pengetahuan korang, Lulu Hypermarket bukan sahaja menawarkan barangan basah dan kering, malahan terdapat barangan keperluan harian yg lain seperti pakaian, barangan penjagaan diri, barangan komputer serta gadget, barangan elektrik, perabot dan banyak lagi. Selain itu terdapat juga food court dan paling penting ada surau serta ruangan tukar lampin bayi. Hypermarket yg terletak di tengah2 ibu kota ini sememangya menawarkan harga yang murah berbanding dengan hypermarket atau sulermarket di tengah bandar kuala lumpur ni. Wokayy korang jangan lupa singgah Lulu Hypermarket tau, terletak berdekatat Jakel Mall kuala lumpur.Terdapat banyak lagi promosi sempena hari malaysia ni.. Sepanjang bulan september akan ada promosi okay❤❤❤ . Jom follow untuk update terkini 👉 @luluhypermy . 👉 @luluhypermy . 👉 @luluhypermy . . #luluhypermarket #luluhypermarketkl #longestfreshfruitcake #longestfreshfruitcakeinmalaysia #freshfruitcake #jomkelulu #jompilulu #ctss
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on

Akan tetapi seperti biasa cik iena ni seorang yang gemar membeli-belah. Melihatkan kesegaran dan kepelbagaian barangan berserta rempah-rempah bijiran masakan. Cik iena pun tertarik untuk membeli barangan kering untuk rumah cik iena.

Walaupun cik iena hanya duduk bujang berdua dengan adik. Cik iena membeli barangan kering seperti gula, milo, rempah ratus (jintan manis, jintan putih, ketumbar,lada sulah, bunga cengkih, kuit kayu manis, sup bunjut, origano). Terdapat banyak lagi barangan kering  serta buah-buahan (berhasrat untuk diet, setiap malam makan buah) yang cik iena beli untuk hari kedua. Kos perbelanjaan pada hari tersebut adalah RM200 ++


Kepada anda di luar sana, cik iena cadangkan datang sendiri ke Lulu Hypermarket untuk merasai sendiri perbezaan LuLu Hypermarket dan pasaraya lain di Malaysia terutamanya dari segi kebersihan dan kepelbagaian barangan dan yang paling penting ianya halal dan tidak mempunyai sudut atau ruangan barangan tidak halal di dalam pasaraya tersebut.


Hasil Membeli Belah Hari Pertama



LuLu Hypermarket Malaysia
Hasil Membeli Belah Hari Pertama

LuLu Hypermarket Malaysia
Hasil Membeli Belah Hari Pertama


Hasil Membeli-belah hari kedua


LuLu Hypermarket Malaysia
Hasil Membeli-belah hari kedua

LuLu Hypermarket Malaysia
Hasil Membeli-belah hari kedua

LuLu Hypermarket Malaysia
Hasil Membeli-belah hari kedua


Gambar di LuLu Hypermarket



LuLu Hypermarket Malaysia
sayuran yang segar



LuLu Hypermarket  Malaysia
Buah segar




LuLu Hypermarket  Malaysia
Kemudahan surau



LuLu Hypermarket  Malaysia
betapa susahnya cik iena nak cari kuali untuk induction cooker cik iena yang super duper cerewet. Induction cooker yang belikan untuk mak okay saja kalau pakai apa-apa periuk atau kual yang ada tulis untuk induction cooker tapi berbeza dengan induction cooker cik iena. Ye lah maybe sebab murah haha..jadi dia cerewet untuk kuali n periuk pulak. Hanya boleh kuali atau periuk yang rata bahagian bawahnya yang tiada ruang udara masuk gitu. Setelah banyak pasaraya pergi akhirnya jumpa kuali kat sini. Periuk senang cari yang permukaan rata. Kuali sangat susah

LuLu Hypermarket  Malaysia
sama seperti pasaraya lain, terdapat kemudahan price checker

LuLu Hypermarket  Malaysia
cik iena nak shopping bantal tapi lupa ambil troli makanya duk pegang jela kuali yang berat tu


LuLu Hypermarket  Malaysia
pizza yang menggoda cik iena


LuLu Hypermarket  Malaysia
Cik iena pun beli sabun LuLu tau, nak cuba

LuLu Hypermarket  Malaysia
Susu Nestle full cream milk yang lebih murh dari tempat biasa yang cik iena beli



LuLu Hypermarket  Malaysia
cik iena dan adik menghabiskan masa yang lama di sini untuk membeli segala jenis rempah


Promosi LuLu Hypermarket



Bersempena  Hari Malaysia  dan Bersempen  Record-Breaking Attempt Longest Fresh Fruit Cake In Malaysia, LuLu Hypermarket menawarkan pelbagai tawaran hebat untuk anda antaranya adalah diskaun 30% untuk barangan terpilih dari 18 hingga 30 September 2017.


Selain daripada itu terdapat juga tawaran yang lain. Untuk mengetahui tentang tawaran tersebut sila klik PROMOSI LULU HYPERMARKET




 Ini adalah pizza yang menjadi punca cik iena datang sekali lagi ke LuLu Hypermarket. Pizza yang kaya dengan cheese dan tekstur roti yang lembbut di tambah dengan topping yang banyak dan cheezy



Pizza LuLu Hypermarket
Pizza LuLu Hypermarket

Untuk Maklumat Lanjut Layari


Website :  www.luluhypermarket.com
Facebook : LuLu Hypermarket Kuala Lumpur
Instagram : luluhypermarketkl
Telefon :  017-644 4200.
Alamat :  LOT 159, Jalan Munshi Abdullah, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur






Ketahui Hak Anda Sebagai Pengguna di Malaysia


Adakah anda pernah berhadapan situasi dimana anda dicaj dengan harga yang  tinggi atau kualiti barang yang anda beli tidak sepadan dengan harga yang anda bayar ? Pasti ada diantara kita yang pernah mengalami masalah ini akan tetapi tidak tahu cara bagaimana untuk menyalurkan rasa tidak puas hati anda .


Ketahui Hak Anda Sebagai Pengguna di Malaysia
Ketahui Hak Anda Sebagai Pengguna di Malaysia


Untuk pengetahuan anda, anda mempunyai Hak untuk menyuarakan tentang hal ini. Untuk itu di sini cik iena ingin kongsi serba sedikit terlebih dahulu mengenai Hak Pengguna dan seterusnya cik iena akan kongsikan bagaimana untuk anda membuat aduan tentang masalah ini  supaya anda  menjadi pengguna yang celik dan tidak di tindas oleh peniaga-peniaga yang suka mengambil kesempatan.


APA ITU HAK PENGGUNA?


Hak pengguna adalah satu bentuk peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagi melindungi hak serta kepentingan para pengguna. Manakala pengguna yang bertanggungjawab pula adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab.

KPDNKK

Pertama sekali untuk mendapatkan Hak Pengguna  anda perlu menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan maklumat terlebih dahulu. Kemudian Laporkan kepada KPDNKK tentang hal-hal kepengunaan.


HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA DI MALAYSIA


Kesedaran terhadap hak anda sebagai pengguna amat penting supaya anda mengetahui apa hak anda , sebagai contoh untuk bayaran balik bagi barangan yang rosak atau barangan berbahaya dan juga hak anda sekiranya anda dikenakan caj berlebihan oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Jika anda tidak berpuas hati dengan kualiti atau harga barangan dan servis, anda boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sebagai pengguna, hak anda dilindungi dibawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.

Selain daripada itu, pembelian melalui platform dalam talian juga  seperti acebook, Instagram, laman web seperti Lazada, Zalora, dan sebagainya juga termasuk dalam perlindungan ini. Ini adalah kerana peniaga online juga perlu mendaftar perniagaan mereka dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan perlu mematuhi undang-undang niaga di Malaysia.


Antara Hak anda yang perlu anda ketahui adalah  seperti berikut:

1. Hak Pengguna Malaysia untuk Tuntutan Ganti Rugi


Sebagai pengguna, anda berhak untuk menerima penghakiman yang adil, termasuk mendapat pampasan untuk pembelian atau servis anda terima yang memiliki unsur mengelirukan, kualiti barang yang rendah dan juga servis yang tidak memuaskan. Tuntutan ini boleh dibuat melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang merupakan sebahagian dari KPDNKK. Cara untuk membuat tuntuan ialah seperti berikut:

  1. Fail tuntutan dengan mengisi Borang 1. Anda boleh dapatkan borang ini di semua cawangan Tribunal atau muat turun di portal e-Tribunal. Anda perlu membayar RM5.00 untuk pemfailan borang tersebut.
     
  2. Salinan Borang 1 akan diserahkan kepada pihak yang dituntut, dan kedua-dua pihak perlu hadir ke pendengaran tuntutan tersebut. Tarikh pendengaran akan ditetapkan oleh Tribunal.
     
  3. Selepas tuntutan berjaya diselesaikan dengan persetujuan kedua-dua pihak, Tribunal akan mengeluarkan Award (terma ini digunakan untuk penyelesaian yang ditawarkan oleh Tribunal). Award tersebut boleh jadi dalam bentuk wang yang dibayar kepada pengadu, ataupun ganti untuk barang yang dibeli.


Menurut undang-undang, anda hanya dibenarkan untuk membuat tuntutan sehingga RM 25,000 sahaja. Wang tuntutan itu bukan dibayar oleh Tribunal, sebaliknya oleh pihak yang dituntut, atas arahan Tribunal.

Selain itu, pastikan juga anda simpan semua dokumen berkaitan dengan pembelian dan servis yang anda peroleh dari peniaga sebagai bukti. Antara dokumen yang boleh digunakan sebagai bukti ialah invois, resit, risalah iklan, barang yang rosak,dan dokumen lain yang boleh menyokong tuntutan gantirugi anda.


2. Anti-Pencatutan dan Barangan Kawalan di Malaysia


Ini merupakan perkara yang sering terjadi  iaitu dimana  barang yang anda beli atau servis yang anda terima dikenakan harga yang tidak berpatutan, lakukan aduan dengan segera. Selaku pengguna, anda juga mempunyai hak untuk harga barang yang berpatutan.


Anti-Pencatutan dan Barangan Kawalan di Malaysia




Anti pencatutan ialah aktiviti yang dikawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Ia merupakan undang-undang untuk melindungi pengguna dari pencatutan yang melampau, iaitu tindakan peniaga menaikkan harga secara melampau dengan tujuan untuk menjana keuntungan, terutamanya ketika dalam situasi yang memberi kelebihan kepada peniaga.

Sebagai contoh, menaikkan harga ayam ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri ataupun menaikkan harga topeng ketika musim jerebu dan juga menaikkan harga barangan kawalan dengan sengaja setelah kenaikan harga Petrol.

Selain itu, dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961, bebarapa barangan telah disenaraikan sebagai barangan kawalan. Ambil perhatian terhadap barangan dalam senarai ini supaya anda tidak ditipu dengan caj harga yang lebih mahal.

Barangan makanan seperti ayam, telur, dan gula merupakan antara barangan yang sering diletakkan dibawah senarai ini, terutamanya ketika musim perayaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang ingin memgambil kesempatan menaikkan harga pada waktu perayaan.

Kebiasannya harga bagi barangan kawalan yang ditetapkan akan diumumkan sebelum musim perayaan, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan dan berita mengenai harga barangan kawalan tersebut. Peniaga tidak dibenarkan untuk meletakkan harga yang lebih tinggi dari hargabarangan kawalan yang di umumkan.

Bagi kes ini laporkan secepatnya ke KPDNKK. Untuk pengetahuan KPDNKK telah menyediakan perkhidmatan  Program Perlindungan Pengguna.



Untuk menyemak harga barangan bagi rujukan anda, anda boleh memuat turun aplikasi PAPARAN HARGA oleh KPDNKK Malaysia
 

Program Perlindungan Pengguna | Aduan Pengguna (PPAP)



Untuk pengetahuan  anda KPDNKK telah melancarkan Program Perlindugan pengguna bagi melindungi hak-hak pengguna.  KPDNKK Menerima aduan daripada  melalui telefon, laman web, surat dan juga pengguna yang hadir sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP). Aduan akan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan.

Untuk makluman anda juga ,  tidak semua aduan yang diterima di bawah bidang kuasa Kementerian untuk menyelesaikannya. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh semak akta perlindungan pengguna di bawah



SEMAKAN AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999 (Akta 599)


Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999 (atau Akta 599) telah berkuatkuasa pada 15 November 1999 untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna.

Untuk pengetahuan pindaan telah dibuat sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2002, 2003, 2007 dan 2010.

Pindaan 2002 – Pindaan Subseksyen 17 (1) menyenaraikan jenis-jenis Kontrak Perkhidmatan Hadapan yang telah diwartakan oleh KPDNKK untuk maksud seksyen berkenaan.

Pindaan 2003 – menambah keanggotaan TTPM daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan serta meningkatkan award TTPM daripada RM10, 000 kepada RM25, 000.

Pindaan 2007 – memperluaskan skop Akta 599 kepada urusniaga perdagangan secara elektronik.

Pindaan terkini iaitu pada tahun 2010 bertujuan untuk membuat penambahbaikan ke atas peruntukan sedia ada di bawah Akta 599 supaya akta tersebut kekal relevan dalam menghadapi perubahan bagi amalan perdagangan pada masa kini dan mampu memberi perlindungan yang lebih menyeluruh kepada pengguna.

Pindaan tersebut ini juga memperkenalkan 2 Bahagian baru iaitu Bahagian IIIA:Terma Kontrak Tidak Adil yang menetapkan peruntukan-peruntukan bagi melindungi pengguna daripada terma-terma tidak adil yang wujud dalam sesuatu kontrak bentuk seragam dan Bahagian XIIA: Jawatankuasa Pengiklanan yang memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap pembekal yang mengeluarkan iklan yang mengelirukan atau palsu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai akta perlindungan tersebut sila layari AKTA PELINDUNGAN PENGGUNA 1999


Antara Penipuan yang dialami Pengguna


Antara Penipuan yang sering  dialami Pengguna adalah seperti berikut :

  • Penipuan Perkhidmatan
  • Penipuan Harga
  • Penipuan Transaksi Internet
  • Jualan Bahan Petroleum
  • Tiada Tanda Harga
  • Bengkel Kenderaan Bermotor
  • Pekhidmatan Telekomunikasi
  • Penipuan Gores Dan Menang
  • Penipuan Perjanjian Sewa Beli
  • Penyelewengan Jualan Lansung




Untuk anda yang mengalami masalah seperti diatas anda boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:


    Talian bebas tol (1-800-886-800)
    Portal Rasmi: http://e-aduan.kpdnkk.gov.my



3. Hak Pengguna Untuk Mendapatkan Maklumat


Tahukah anda bahawa semua kedai dan peniaga wajib memaparkan harga barang atau servis yang mereka tawarkan? 

Tindakan ini tertakluk dibawah undang-undang yang menyatakan peniaga perlu meletakkan tanda harga untuk barang dan servis.

Selain daripada hak untuk mendapatkan maklumat mengenai harga, anda juga berhak untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai barangan dan servis. 

Jika anda berhadapan dengan situasi iklan yang mengelirukan atau tanda harga yang salah, anda boleh membuat aduan melalui Sistem eAduan atau hubungi talian bebas tol 1-800-886-800.

Anda dinasihatkan untuk menggunakan saluran yang betul untuk mengadu mengenai barangan atau servis yang tidak memuaskan daripada menyebarkannya di media social. Walaupun anda akan mendapat bilangan like atau komen yang banyak, tanpa tindakan yang betul wang anda tidak akan dikembalikan.

Oleh yang demikian, gunakan hak anda sebagai pengguna dan jangan biarkan peniaga-peniaga dengan sewenang-wenangnya memperdayakan anda.


Selain daripada membuat Aduan, anda juga boleh menjadi sebahagian daripada sukarela yang  memantau melalui konsep membeli-belah sambil  melaporkan kepada Kementerian mengenai aktiviti salah laku peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan menyertai Friends Of KPDNKK



FRIENDS OF KPDNKK


FRIENDS OF KPDNKK
Pasti anda tertanya-tanya apa itu Friends Of KPDNKK .  Ia dahulunya dikenali sebagai SKUAD PENGGUNA yang mana ianya ditubuhkan dengan objektif untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan.



Bagi memberikan nafas baru, kumpulan ini dijenamakan semula sebagai Friends of KPDNKK dengan tujuan untuk memantapkan dan meningkatkan keberkesanan fungsinya di seluruh negara.



Bidang tugas Friends Of KPDNKK adalah melakukan pemantauan secara sukarela melalui konsep membeli-belah sambil memantau dan melaporkan kepada Kementerian



 Friends Of KPDNKK


Bidang Tugas Friends Of KPDNKK 

Bidang Tugas Friends Of KPDNKK
Bidang Tugas Friends Of KPDNKK




Keistimewaan Kad Ahli Friends Of KPDNKK


Kad Friends of KPDNKK adalah kad diskaun (loyalty card) yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat kepada anggota-anggota Friends of KPDNKK. Ia mempunyai tiga fungsi iaitu sebagai:

    Kad Diskaun
    Kad Loyalti
    Kad Pengenalan Diri Sebagai Anggota Friends of KPDNKK




Sebagai pemegang Kad Friends of KPDNKK, anda boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis yang mengambil bahagian (Rakan Dagang Bank Rakyat) yang menyertai program keistimewaan ini.


Selain daripada itu anda juga akan mendapat potongan harga yang menarik untuk pembelian di MYDIN.

 potongan harga yang menarik untuk pembelian di MYDIN.
potongan harga yang menarik untuk pembelian di MYDIN.




Faedah Menjadi Ahli  Friends Of KPDNKK



Faedah Menjadi Ahli  Friends Of KPDNKK


Pendaftaran Percuma Friends Of KPDNKK


Pendaftaran Percuma Friends Of KPDNKK

Untuk pendaftaran sila klik  PENDAFTARAN PERCUMA




Untuk maklumat lanjut mengenai Friends Of KPDNKK  sila layari

Website : http://fok_sp.1pengguna.com/sp/









#KPNDKK #HakPengguna  #CaringMinistry #HakHakPengguna #KetahuiHakAnda #KnowYourRights #PenggunaBijak #penggunabijak #mykpdnkk #kuasapengguna






Nikmati Aroma Harum Segar Teh Wangi Ros 888


Teh merupakan minuman yang terkenal di kebanyakan negara dimana ianya di minum pada waktu pagi, petang mahupun malam . Asia merupakan negara yang terkenal dengan Tradisi meminum teh .  Terdapat pelbagai jenama Teh yang terdapat di Malaysia.

Teh Wangi Ros 888


5 Senses 888 High Tea Event



Teh Wangi Ros 888



Baru-baru ini cik iena telah menghadiri Majlis "5 Senses 888 High Tea Event" yang bertempat di The Forum KL.  Majlis ini diadakan sempena sambutan ulangtahun ke 75 jenama 88.  Majlis ini membawa tema  PESONA LIMA RASA/DERIA untuk terus bergerak ke hadapan dalam industri Makanan dan Minuman yang serba pantas bersama jaminan jenama 888 "TRADISI TEH TERBAIK BUAT ANDA".


Teh Wangi Ros 888


Melalui tradisi ini,  teh 888 berbangga dapat menyediakan berbagai memori indah tentang kehebatan teh untuk semua masyarakat . Rasa hebat datang dari ketulinan, keaslian, konsisten dan berkeyakinan secara semulajadi ltulah menjadikan jenama 888 SEBUAH JENAMA MALAYSIA YANG MASIH HEBAT PADA MASA INI!


Teh Wangi Ros 888

888 merupakan sebuah jenama dari Malaysia yang telah wujud sejak dari tahun 1942. Ia merupakan jenama yang mengeluarkan Teh dan Kopi yang diusahakan oleh Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd yang berpengkalan di Bedong, Kedah.  Jenama ini cukup di kenali di kalangan rakyat kedah sejak sebelum kemerdekaan lagi.



Teh Wangi Ros 888






Video 5 Senses 888 High Tea Event



Jenama 888 dari Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd Sejak Tahun 1942



Nikmati Aroma Harum Segar Teh Wangi Ros 888
Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd (STGI) merupakan pembuat dan pengedar terbesar teh, kopi dan berbagai produk lain di Malaysia di bawah jenama "888". Ianya adalah milik penuh syarikat subsidiari Thong Guan Industries Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di dalam Papan utama Bursa Saham Malaysia sejak 1997.

Syarikat ini terletak di sungai Petani, Kedah dan telah menjangkau usia tahun yang mana ianya telah wujud di Malaysia sejak tahun 1942. STGI menghasilkan lebih dari 2000 tan teh, kopi dan minuman  bijiran dalam setahun. Di biayai oleh kumpulan syarikat kewangan yang stabil,  STGI telah membuat penyelidikan dan pembangunan yang berterusan demi memastikan mutu penghasilan yang memuaskan buat para pelanggan dengan jaminan keselamatan makanan dari awal hingga akhir.

Makanan yang tidak selamat mengakibatkan kesan buruk yang serius dan ISO standard pengurusan keselamatan makanan membantu organisasi dalam mengenalpasti dan mengawal soal-soal keselamatan makanan.

Jenama 888 Mempunyai Sijil Halal dari JAKIM, Malaysia

 
STGI telah memperolehi ISO 22000 dari Standard Antarabangsa mengenai pengurusan keselamatan makanan, GMPdan sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia disamping Sijil Halal dari JAKIM, Malaysia.

STGI sentiasa menitik berat  kawalan kualiti yang ketat dalam setiap aspek pembuatan untuk jaminan penghasilan yang bermutu tinggi di dalam dan luar negara kerana berbagai produk jenama 888 telah sering kali dieksport ke luar negara.Teh dan Kopi 888 telah di edarkan secara meluas di Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur dan juga di eksport kenegara-negara seperti Brunei, China Singapura, New Zealand, Hong Kong dan Taiwan.

Produk 888 boleh didapati di pasaraya utama di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur: Tesco, Giant, Econsave, Mydin,Aeon Big,TF Value,NSK, Hero, Pasaraya Howa Tai, KP Mart, Pasaraya Maslee,Sabasun, Senay Supermarket , Pasaraya CKS dan Lulu Hypermarket.




SEJARAH JENAMA 888 


Untuk mengetahui visi sesebuah sarikat, kita haruslah meryelami pembangunannya dengan mendalam.Pada tahun 1942, ketika negara sedang berada di dalam kancah peperangan dunia ke 2, mendiang EncikAng Thong Guam berbasikal selama dua hari untuk meminjam sejumlah RM50 dari mertu- bapa anyadan memulakan pemiagaan pengedaran teh 888 di pasar tempatan di Sungai Lalang Kedah.


Teh Wangi Ros 888


Ianya bermula sebagai sebuah pemiagaan keluaga , pakar dalam pembuatan teh yang di bungkus dengan jenama 888 dan juga jenama yang lain. Setelah selesai perang dunia ke 2, beliau telah  mempunyai  deretan van yang mampu mengedarkan barangan jenama lain. Hasil dari itu,  pasaran pengedaran  jenama 888 semakin berkembang maju .

Hari ini jenama 888 telah menjadi suatu jenama yang di kaitkan dengan kualiti dan ketahanan serta menjadi jenama yang berada ditangga teratas di dalam pasaran. Matlamat jenama 888 adalah untuk meneraju dan memberi inspirasi kepada setiap hirupan dalam secawan teh.

Dengan pengalaman dan pengetahuan jenama 888 tentang berbagai jenis teh dari serata dunia,  jenama 888  lebih tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkan teh yang terbaik, dengan  mencampurkan dan mendidihkannya (mengikut cara dan rasa masyarakat Malaysia), seperti yang mereka mahukan.

Teh Wangi Ros 888  Teh Paling Laris Di Kelantan


Teh Wangi Ros 888


Teh berperisa kini menjadi penjenamaan tambahan di mana Teh Wangi Ros 888 telah menjad teh yang paling banyak terjual di Kelantan dan ia merupakan antara 3 jenama paling popular bersama produk segera jenama 888 yang lain iaitu minuman 3dalam 1 yang bersesuaian dengan gaya hidup moden masa kini.


Teh Wangi Ros 888


Hari ini, jenama 888 dengan rasa yang hebat dan mempunyai manfaat kesihatan telah menjadi semakin terkenal bukan saja di luar bandar, bahkan semakin terkenal di kalangan komuniti masyarakat bandar. Untuk memenuhi pemintaan yang semakin meningkat,  Jenama 888 telah menaiktaraf fasiliti produksi jenama 888 secara berterusan untuk menambah kuantiti pengeluaran dan sering mengadakan berbagai latihan kemahiran untuk mengembangkan hasil produk jenama 888 .

Jenama 888 telah berkembang dari generasi kegenerasi menjadikan ianya sentiasa menjadi pilihan pengguna sedia ada.






Pembungkusan lama Teh Wangi Ros 888


Teh Wangi Ros 888


Sejujurnya semasa majlis tersebut cik iena tidak dapat ingat akan jenama ini . Cuma cik iena pernah lihat di pasar raya apabila melihat pembungkusan baru jenama 888 tersebut. Akan tetapi setelah cik iena mencari maklumat mengenai jenama 888 ini di internet cik iena terjumpa akan gambar diatas dan Ya cik iena sebenarnya pernah meminum air Teh Wangi Ros dari Jenama 888 ini sejak kecil lagi.

Teh Wangi Ros 888 Mengimbau Zaman Silam


Teh Wangi Ros 888

Melihat pembungkusan ini membuatkan cik iena teringat memori di zamankanak-kanak ketia masih tinggal di kampung sebelum berpindah ke kawasan perumahan . Ya sememangnya cik iena mengenali jenama 888 dengan pembungkusan yang lama . Teh ini memang menjadi kegemaran Arwah nenek cik iena. Cik iena la yang menjadi si tukang beli Teh di kedai hujung kampung berhampiran sungai.

Morning uols, jom pekena Teh wangi ros @888teacoffee . Haruman dia memang uMmphHh Untuk makluman jenama 888 tea coffee nie dah bertapak di Malaysia sebelum Merdeka lagi iaitu tahun 1942.. Lama kan 75 tahun.ianya terkenal di bahagian Utara Malaysia. . Haa sblm ni iena cakap iena x pernah minum kan.. Haha mlm td nk draft blog post ,bila google pacakging lama dia..serius legend teh ni..iena da ingat dh yeayy.. Iena penah minum, masa kecik dekat kampung, masa tu duk kampung..beli dkat kedai asin buncit..haha giler throwback ni..teringat plak kisah kecik2 dlu kt kg😂😂 Wokay nty cik iena cerita kt blog ye.. Ade bnyk keroje le awakk ..tgh draft lg ..sabau nauuu.. . #tetapbrewtetapbest #tehwangiros888 #888tea #teh888 #ienaeliena #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #socialMediaInfluencer #instagood #photooftheday #fashion #foodie #foodblogger #foodporn
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on

Rindu pula rasanya pada Arwah. Teh Wangi Ros 888 ni sememangnya mengimbau kenangan silam cik iena semasa membesar di Kampung Sungai Masin, Batang Kali.

Cik iena rasa ramai juga diantara anda di luar sana yang sememangnya mengenali jenama ini bukan?
Jenama ini sudah lama bertapak di Malaysia cuma ianya lebih popular di utara Malaysia .


Pelbagai Teh dan Kopi Keluearan Jenama 888




Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888


Teh Wangi Ros 888



Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888



Tetap Brew Tetap Best


Tetap Brew Tetap Best adalah slogan yang di ketengahkan oleh jenama 888 ini dimana  ia membawa PESONA LIMA RASA/DERIA untuk terus bergerak ke hadapan dalam industri Makanan dan Minuman yang serba pantas bersama jaminan jenama 888 . Teh Wangi Ros 888 sentiasa berusaha mengekalkan mutunya untuk para penggemar teh.



Teh Wangi Ros 888

Kepada anda di Luar sana yang ingin merasai kelazatan dan keharuman Teh Wangi Ros 888 ini anda boleh mendapatkan teh ini di pasaraya utama di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur: Tesco, Giant, Econsave, Mydin,Aeon Big,TF Value,NSK, Hero, Pasaraya Howa Tai, KP Mart, Pasaraya Maslee,Sabasun, Senay Supermarket , Pasaraya CKS dan Lulu Hypermarket.

Atau anda boleh beli secara online di lazada- Teh 888



Untuk Maklumat Lanjut Layari 


Website : http://888teacoffee.com.my
FAcebook : https://www.facebook.com/888teacoffee/
Instagram : https://www.instagram.com/888teacoffee/
 
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve