Grab The Promo

83 kereta lumba haram ditahan

JOHOR BAHRU – Lebuh Raya Utara- Selatan berhampiran Tol Skudai di sini kecoh awal pagi semalam apabila polis melancarkan operasi membanteras kegiatan lumba kereta haram.
Sebanyak 83 buah kereta yang sedang ligat menunjukkan aksi drift berjaya ditahan dalam operasi yang dijalankan Unit Khas Trafik Bukit Aman serta Cawangan Trafik, Jenayah Komersial dan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan dibantu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri.







Ketua Operasi, Asisten Suprintendan Khuzir Abd. Majit berkata, pihaknya menjalankan pemantauan selama dua minggu sebelum melakukan operasi mencegah lumba haram berkenaan.
Jelasnya, ketika operasi dijalankan, beberapa pemandu cuba melarikan diri.
“Namun, mereka gagal kerana kami terlebih dahulu menutup beberapa susur keluar lain di plaza tol berkenaan.
“Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, aktiviti perlumbaan haram sering diadakan pada hujung minggu di laluan lurus bermula selepas plaza tol berkenaan hingga ke susur keluar Skudai yang jaraknya kira-kira satu kilometer,” katanya selepas operasi tersebut di sini.

Sumber





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve