Grab The Promo

PANDUAN MEMILIH KACA MATA HITAM



Tip kaca mata hitam

1. Periksa labelnya


Kaca mata hitam yang baik bertanda menyerap 99 sehingga 100 peratus sinar UV, terutama UVB. Lapisan penahan sinar UV boleh didapati pada semua jenis lensa dan warna. Frekuensi cahaya yang pada keadaan tertentu membuat pemandangan menjadi kabur. Kebanyakan jenama tampil dengan rekaan dan pilihan warna kaca mata hitam yang mampu melindungi mata daripada masalah berkenaan.

2. Selesa apabila dipakai

Ada kaca mata hitam yang menyebabkan rasa sakit pada sisi wajah dan juga hidung.


3. Tentukan tujuan membeli kaca mata hitam

Jika untuk beriadah atau bersukan ada kaca mata hitam yang disediakan khusus bagi pengguna yang aktif.

4. Elak beli jenama tiruan

Kaca mata tiruan pelbagai jenama terkenal yang lazimnya dijual dengan harga semurah RM10, berisiko dua kali ganda mengalami barah mata kerana tidak dilengkapi pelindung, berbanding produk tulen. Kaca mata hitam tiruan juga mendedahkan seseorang kepada masalah kerosakan penglihatan pada jangka panjang.




Penyesuaian bentuk muka

1. Bentuk muka terbahagi kepada lima iaitu bujur sirih, panjang, bulat, empat segi dan berbentuk hati.

2. Mereka yang memiliki bentuk muka bujur sirih amat bertuah kerana kebanyakan bingkai kaca mata sesuai digayakan selagi saiz bingkai berkenaan tidak terlalu besar daripada wajah.

3. Muka panjang memiliki dagu dan pipi dengan kelebaran yang sama. Ini bererti, bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang itu.

4. Wajah bulat, pilihlah bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat adalah paling ideal. Warna gelap seperti hitam atau bumi juga dapat mengurangkan bentuk wajah yang bulat.

5. Untuk wajah berbentuk empat segi, pilihan bingkai sesuai ialah berbentuk melengkung manakala pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelapis agar rahang tidak terlalu menonjol.


6. Bingkai berbentuk bulat dan bujur sirih sesuai sekali untuk wajah empat segi.

7. Wajah berbentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu. Bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Pilihlah bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Sebaiknya, elakkan bingkai yang besar.





♥♥ Info Menarik ♥♥









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


7 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve