Grab The Promo

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga


Tempoh yang cukup singkat bersama anak syurga ini cukup membuat hati cik iena tersentuh. Penantian selama 6 tahun berumahtangga untuk mempunyai cahayamata sendiri hanya satu jam sepuluh minit sahaja. Kejadian berlaku kepada sahabat baik cik iena. Cik iena turut sama berada di Wad bersalin hospital Selayang menemani sahabat. Pada asalnya cik iena hadir untuk berkongsi kegembiraan setelah 6 tahun penantian . Ini merupakan perkahwinan kedua sahabat cik iena , suzie. Setelah 6 tahun menunggu cahayamata akhirnya impian di kabulkan. Tetapi Allah lebih menyanyangi bayi nya.

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Cik iena hadir ke hospital untuk berkongsi kegembiraan tetapi malangnya ketika cik iena masih memandu ke hospital . Suzie, memberitahu bahawa bayi nye telah menghembuskan nafas yang terakhir . Sebak rasa hati . Cik iena teruskan pemanduan ke hospital untuk memberi semangat kepada Suzie .

Berikutan daripada viral sis ruqyah yang gambar nya dimuat naik tersenyum bersama arwah anaknya sebelum di kebumikan . Cik iena terdetik untuk menulis kisah sahabat cik iena diatas keizinan beliau. Beliau turut sama rasa simpati dan katanya disebalik senyuman itu orang tak tahu apa yang terpendam didalam hati seperti apa yang terjadi pada beliau. Menurut beliau lagi jika diizinkan Allah beliau juga ingin memeluk bayinya ketika di kapankan tetapi Malangnya beliau tidak boleh berbuat demikian kerana banyak prosuder hospital yang perlu dipatuhi untuk keluar daripada hospital.
Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Ketika cik iena sampai di hospital pada 25 April 2015  lebih kurang pukul 10 malam , Suzie masih didalam bilik bersalin . Masih tidak dibenarkan keluar . Cik iena minta kebenaran pengawal keselamatan untuk naik sebab kes kecemasan bayi yang dilahirkan meninggal. Pegawai keselamatn memberi keizinan untuk naik.

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga


Setibanya cik iena diatas cik iena bertemu suami suzie, mengalir air mata terus bila suami suzie beritahu baby meninggal selepas diazankan oleh beliau . Tak tertahan sedih dihati ni . Penantian selama 6 tahun. Anak pertama yang dikandungkan hanya bertahan selama satu jam sepuluh minit sahaja .

Menurut Suzie,  selepas bayi dilahirkan  pada pukul 8.15 PM doktor memberitahu bahawa bayinya mengalami masalah paru-paru kecut dan kurang oksigen . Ini berlaku kerana kekurangan air ketuban dari awal kehamilan. Doktor memaklumkan tiada perubahan pada bayi selepas bantuan oksigen di berikan , Suzie hanya mampu memeluk bayi nya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir dan berpesan pada bayi nya bertahan lah sehingga abah sampai. Alhamdulillah bayinya sempat diazankan oleh suaminya. Setelah selesai azan, bayinya menghembuskan nafaz yang terakhir pada 9.25 PM .

"Baby bertahan ye sayang, tunggu abah sampai"



Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Cik iena dibenarkan jumpa Suzie sekejap sahaja semasa sesi pemindahan daripada bilik bersalin ke Wad . Ya Allah tenang sungguh sahabat cik iena. Tidak mengalir setitis pun air mata  membuatkan cik iena menahan air mata yang ingin mengalir kerana tidak mahu suzie turut sama sedih . Betapa cekal nya hati Suzie . Dalam hati tak siapa yang tahu kan betapa sedih nya hati 6 tahun penantian untuk mempunyai cahayamata sendiri. Sebelum ini Suzie mengambil seorang anak angkat perempuan yang sekarang berusia 2 tahun . Perkahwinan kedua beliau bersama seorang duda anak 5 .



Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga
status suzie hari ini 26 may 2015

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga
cik iena bersama uzma, anak angkat suzie

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga
cik iena bersama suzie (tudung grey ) dan ummi, bff since sekolah
Cik iena tidak dapat menghadiri majlis pengkebumian arwah kerana pagi tersebut cik iena ade program  http://www.ienaeliena.com/2015/04/kbba-bloggers-day-out.html
Kepada sahabat cik iena , bersabarlah sayang . Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat umatnya. Sekurang-kurang nya anak syurga kau ada untuk membantu ko di padang masyar nanti sayang . Insya Allah ada rezeki dapat baby lagi chaiyok chaiyok (^_~)

Al - Fatihah Buat kamu sayangku  Muhammad Khalid Bin Roslan







iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve