Grab The Promo

Kenapa Pengkid Jadi Pilihan


Pengkid mengikut definisi Kamus Oxford adalah perempuan yang berpenampilan seperti lelaki. Dewasa kini kerap kali kita lihat sepasang kekasih yang mana pasangannya adalah pengkid. Yang mana mereka kelihatan sangat mesra dan bahagia.



Kenapa Pengkid Jadi Pilihan


Si Pengkid akan cuba sehabis daya untuk menjadi lelaki terbaik buat si teman wanita . Cik iena pun tak faham kenapa boleh jadi macam ni. Rata-rata ramai pengkid beragama islam. Kurang didikan agama kah mereka? ada kemungkinan juga.

Semasa cik iena belajar dulu cik iena pernah berkawan dengan junior yang mana dia adalah pengkid dan bertanya kenapa dia memilih untuk menjadi pengkid. Kena baca sampai habis ya. Oh ya cik iena kawan sekadar kawan dan kakak angkat gituw. Pada awalnya dia kelihatan suka pada cik iena tapi cik iena memang tak suka la pengkid. Lagi kene brainwash adalah. Sebab tu dapat tanya dia kenapa pilih jalan ni.

Memang Tidak dapat di tepis lagi pengkid memang sangat carring dan manja.Cik iena sendiri merasa walaupun cik iena cuma kakak angkat tapi cik iena di layan baik sangat. balik dari kelas pun dia nak jemput. Kalau tak makan lagi dia belikan. Wahh terharu gile. Tapi cik iena ni takot pengkid sikit takot dia lebih-lebih sebab pernah sekali dia cuba ikut cik iena mandi dekat hostel. Ahaaaaaaa mau tak takut.. Nak menangis pegang pintu bilik air tak bagi dia bukak haha. Okay menakotkan.

Semasa berkawan dengan pengkid tu cik iena cuba juga merubah dia jadi perempuan tapi tak berhasil. hanya berhasil sekali je. Itupun atas permintaan cik iena nak tengok dia berbaju kurung dan tudung. Subhanallah cantik sungguh dia berbaju kurung. Tapi apakan daya dia lebih selesa menjadi pengkid.

Cik iena pernah bertanya kenapa dia pilih jadi pengkid. Ehh sebelum tanya tu memang dah close lah kalau tak rapat tanya soalan macam tu silap-silap kene tumbuk. Dari apa yang dia cerita ianya berpunca dari keluarga. Keinginan ibu bapa yang menginginkan anak lelaki dan melayan nya seperti seorang kanak-kanak lelaki. Di belikan permainan lelaki . So bermula dari si tu lah naluri nya ke arah Lelaki. Haaaaaaaaaaa dengar tu ibu bapa semua. Didikan awal tu sangat penting. Kalau kita frust tak dapat anak lelaki jangan lah di didik dan di ajar anak kita seperti lelaki. Kesian dia bila dewasa nanti tambah lagi bila kurangnya pengisian Agama.



Faktor yang menjadikan seseorang itu cenderung menjadi Pengkid


  • Ibu bapa yang inginkan anak lelaki dan mendidik anak seperti lelaki walaupun ianya perempuan
  • Kurangnya ilmu pengetahuan dan didikan Agama
  • Kecewa bercinta
  • kekeliruan dan kecelaruan perasaan
  • Melalui pengalaman yang menyeronokkan dengan ketagih melakukan pekara yang negatif dan menjadikan dirinya lalai dan alpa akan asal usulnya


 Kenapa Pengkid Jadi Pilihan Wanita-wanita


Jom kita tengok apakah faktor-faktor yang menyebabkan pengkid menjadi pilihan:
SIFAT AMBIL BERAT

 Salah satu faktor yang menjadi tarikan mengapa ada awek cun lebih rela memilih pengkid sebagai 'boyfriend' adalah kerana sikap lebih mengambil berat yang ditunjukkan oleh pengkid. Mengalahkan lelaki! Mungkin ada kebenarannya perumpamaan bahawa hati perempuan itu umpama kerak nasi. Terkena air, lembut lah ia! Perempuan suka andai diri mereka diberi perhatian oleh seseorang. Terasa diri mereka dihargai dan disayangi dengan sepenuh hati. Kebanyakkan lelaki sekarang pula ada yang terlalu ego hingga kurang menitik beratkan soal ini. Akhirnya diri yang terlepas!

FAHAM PERASAAN PEREMPUAN

 Pengkid juga adalah seorang perempuan. Jadi tentu saja mereka faham dan lebih arif tentang apa yang diingini oleh orang perempuan. Cuma mereka memainkan peranan itu dari sudut lelaki. Mereka sedar perempuan suka dimanja dan diberi perhatian. Itulah yang dilakukan jika nak memikat seseorang. Lelaki pula bersikap kurang memahami. Kadang-kadang nak bermanja pun kena marah! Awek mana yang tahan!

SANGGUP BERKORBAN


 Seperti juga lelaki tulen, pengkid juga tak kurang hebatnya dalam melahirkan rasa cinta malah mereka sanggup melakukan apa saja demi si dia tersayang. Orang lelaki pula ada yang kurang tahu bagaimana hendak menunjukkan kasih sayang kepada kekasih hati. Selebihnya ada yang bersifat ego dan tak pernah cuba nak tunjukkan kasih sayang. Ucapan 'I love you' jauh sekali. Beli bunga setahun sekali pun susah! Bila diminta, kononya tak payah la itu semua, membazirkan duit saja. Perempuan adalah berbeza dengan lelaki, kasih sayang itu perlu diluahkan agar mereka tahu diri mereka ni benar-benar disayangi!

LEBIH ROMANTIS

 Mereka tak kisah andainya menghadiahkan buah hati mereka dengan benda yang disukai oleh si buah hati. Harga bukan persoalan. Perempuan tak pandang dari segi itu, yang penting keikhlasan. Sekurang-kurangnya sekeping kad sudah cukup untuk membuktikan diri disayangi.

DITATANG BAGAI MINYAK YANG PENUH


 Rata-rata yang memilih pengkid mengaku bahawa mereka dilayan umpama sang ratu. Terasa diri terlalu dihargai dan disayangi sepenuh jiwa. Sebagai balasan, sudah pasti cinta dihulurkan kepada sang pengkid.
 
 
Haaa amacam lelaki, tercabar tak dengan pengkid hahaha . Mintak di jauh kan lah dari terjadi pada keluarga kita semua. Takpe lah biarpun encik BF tak romantis sekarang  dan tak seperti pengkid yang sangat carring merring ring ring .Romantis lepas kawen la baru best haha.


Nota Blog : cik iena tulis mengenai ni sebab baru-baru ni cik iena terkejut melihat housemate cik iena yang mana kedua-duanya duduk sebilik adalah pasangan kekasih. Cik iena pun tak tau nak buat apa, nak tegur ke, satu rumah tu. rasa serbasalah pun ada. Selama ni cik iena tengok mereka sangat mesra. Bila salah seorang nak pergi kerja, salah seorang akan cakap, pergi elok-elok. Jaga diri elok-elok. Alahai sweetnya. Sehingga lah suatu malam cik iena sendiri terlihat mereka berkissing sambil si pengkid membelai-belai rambut perempuan tu di depan pintu rumah . Haa ko rasa? mau tak terkejut cik iena. Berlari masuk rumah. Masa tu cik iena nak ambil kucing yang cuba keluar dari pintu. Dan ternampaklah aksi mereka depan pintu rumah.hahaha peluk kucing terus lari haha



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




8 comments:

  1. Pengalaman aku juga menyewa bersama pasangan pengkid.yang pengkid Tak berapa jantan sangat la.masih kuat lagi keperempuanan nya.yang perempuan tu dah macam sakai.tak suka berbaju kat rumah.tayang puting tetek yg bertindik tu.keluar pun pakai seksi je.

    Dah la tu Dua2 kuat merokok.kaki minum plak tu.dari segi relationships diorang OK.cuma certain part je aku Tak gemar.bila tengok TV yang perempuan tu baring kat peha sipengkid sambil mengentel gentel puting awek dia yg bertindik tu.sabar je la sikit hari lagi aku nak kahwin Dan pindah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak selesa kan duduk serumah dengan pengkid..
      iena da pindah dah..takot duduk sengan dorang huhu

      Delete
    2. Tak la takut..cuma lifestyle diorang tu.nasihat kang tarik muka plak.bab makan sipengkid memang Tak berkira..Cuma bab minum arak ni yg Tak berapa tu.

      Delete
    3. Tu pengkid satu hal.rakan serumah aku ni dua orang kaki minum.kat peti ais ada je stok.pasal kawan serumah layan je la.
      Teror betul minum.kadang2 beli yang botol mahal tu campur pulak dengan redbul nak bagi lagi high.
      Aku Kalau diorang berdua dah mabuk aku lepak bilik je.lantak korang la nak tunggang terbalik.

      Delete
    4. ish kaki minum lagi menakutkan ni..

      Delete
  2. I pun dah bosan tinggal menyewa dgn kawan2 ni.tak sabar nak kahwin hujung thn ni.bukan nak sibuk jaga tepi kain orang.ada je spisis kuat merokok dn kaki minum ni kat rumah.dua tiga orang jg la.minum sampai mabuk pastu bergelak ketawa bising.nak tido pun tak aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan. Selamat Pengantin Baru in Advanced :)
      Nasib baik housemate iena xde yg mabuk lagi..kalau mabuk bahaya jugak.mmg x selesa la

      Delete
  3. Tak semua pengkid tu tak baik.ada jg yg boleh buat bff..pengkid saya lebih muda saya.saya Dah masuk 33thn..saya memang heavy smoker Dan kuat minum.dah hampir 14th Saya merokok dan minum arak. Honestly Saya memang addict 2 benda ni.nak tinggal bukan senang.
    Pernah putus tunang sbb tabiat saya.sejak berkawan dgn pengkid sorng ni saya semakin berubah.nasihat bekas tunang Saya tak pernah endah.tapi nasihat pengkid Saya terus masuk kelubuk hati.ketagih arak ni kalau Saya ke kedai ternampak tin tiger or whatever rasa berdegar2 jantung Saya Nak minum.skrg Saya dlm proses kurangkan minum dan rokok.

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve