Grab The Promo

Koleksi Tudung Terbaru Online


 
Koleksi Tudung Terbaru Online



Tudung merupakan aspek yang sangat penting buat wanita Islam. Ini kerana menutup aurat adalah wajib bagi kaum Muslimah . Namun bagi wanita di Malaysia pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai ianya dapat menambahkan keserian kepada si pemakai.


Koleksi Tudung Terbaru Online



Bagi wanita Muslim di Malaysia pemakaian tudung adalah biasa dalam budaya mereka kerana menutup aurat adalah dituntut dalam agama. Oleh itu dengan memakai tudung mereka dapat menjalani kehidupan biasa dalam masa yang sama masih meneruskan ajaran agama. Tudung atau scarf dipakai untuk menutup rambut, telingan dan leher wanita. Ianya berbentuk segi empat  dan segi tiga dengan cetakan yang pelbagai. Jika dahulu tudung dilihat sebagai aksesori tambahan buat wanita dengan corak yang biasa atau sekadar ‘plain’. Namun kini terdapat variasi rekaan yang boleh dipilih di pasaran seperti tudung ala Syria, tudung satin, tudung bawal dan macam-macam lagi.

Tudung amat sinonim bagi wanita Melayu dan Muslim lain di Malaysia. Rekaan tudung kini semakin moden hasil sentuhan pereka fesyen generasi kini. Sentuhan yang diberikan membuatkan headscarf kini lebih popular dan trendy.




Koleksi Tudung Terbaru Online
 

Selain itu tudung juga sangat sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa sahaja. Tidak kira sama ada untuk majlis seperti kenduri kahwin, majlis formal malah sesuai juga untuk dipakai ke pejabat.  Pada masa yang sama, tudung sangat versatile dan boleh dipakai untuk dipadankan dengan top atau bottom yang sesuai. Padankan tudung anda dengan Muslimah dress seperti baju kurung moden atau kaftan untuk penampilan yang menarik. Malah ianya boleh dipakai dengan blouse serta skirt labuh agar nampak lebih santai namun elegan.

Dewasa kini terdapat Banyak butik fesyen Muslimah online yang ada di internet menawarkan pelbagai koleksi tudung terbaru online yang pastinya disukai hijabista. Jika anda mahukan penampilan yang lebih moden cuba tips ini – cuba bermain dengan aksesori untuk dipadankan dengan stail anda. Namun harus diingat bahawa pepatah ‘less is more’ sememangnya harus digunapakai kerana lebih baik untuk minimalize persalinan anda. Elakkan terlebih accessorizing kerana penampilan anda akan nampak ‘sarat’ dan ‘berat’.







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve