Grab The Promo
Grab The Promo

Pentas Lawak Solo Bermula Jumaat Ini


Menjanjikan hiburan tanpa henti kepada penontonnya, Astro Warna kini tampil dengan sebuah program komedi terbaharu iaitu Lawak Solo yang bakal menemui penonton bermula 21 Oktober 2016, Jumaat ini  jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134). 

Pentas Lawak Solo


Program pencarian bakat solo ini dihasilkan dengan tujuan untuk mencari pelapis pelawak tunggal tanah air yang mampu menjadi penyambung kegemilangan dunia komedi solo mahupun stand-up comedy di Malaysia yang semakin mendapat tempat di hati peminat dunia lawak tempatan.

Lawak Solo juga menampilkan 10 orang peserta lelaki dari pelbagai latar belakang dan bakal berentap di pentas mingguan Lawak Solo selama lapan minggu berturut-turut bagi merebut gelaran Juara Lawak Solo musim pertama yang bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM 80,000.00.

10 nama peserta yang bakal membuat penonton tidak kering gusi bermula Jumaat ini adalah  DANIAL, MAD SABAH, NIZAM, AG HAFIZ, AARON, WAN GEGAU, KC NAZARI, DINN (Dengerous), FIKRY dan RIDZUAN.

Selain itu, Johan, Saiful Apek dan Dato’ AC Mizal antara pelawak popular yang turut terlibat dalam menjayakan program terbaharu Astro Warna ini. Siapakah yang akan berjaya mencuit hati penonton dan juri pada minggu pembukaan ini? Jom sama-sama kita saksikan Jumaat ini.






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




1 comments:

  1. Tak habis-habis astro terbitkan rancangan tak berfaedah macam ni!

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve