Grab The Promo

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi


Baru-baru ini cik iena telah menghadiri Majlis Pra Tonton Filem Hospital yang bertempat di GSC Mid Valley. Walaupun cik iena bukanlah peminat cerita seram namun cik iena tetap hadir demi menyokong industri Perfileman tanah Air Tercinta. Siapa lagi nak sokong jika bukan rakyat Malaysia sendiri bukan.

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi



Kebiasaannya orang akan beranggapan cerita seram dari Malaysia tidak seseram cerita dari Negara lain khususnya Indonesia. Berbeza pada kali ini. Apa yang cik iena nampk Filem terbaru MIG Online ini sememangnya filem bergenre seram yang pasti akan membuat anda rasa seram ditambah lagi dengan elemen Psiko Seram.

Anda pasti akan tertanya-tanya kenapa, mengapa, bagaimana. Sama seperti cik iena. Walaupun rasa sangat seram tetapi rasa ingin tahu membuat cik iena bertabah menonton cerita seram tersebut.

Filem Hospital


Untuk pengetahuan semua Filem Hospital merupakan Filem ke 118 terbitan MIG dan merupakan Filem ke 3 untuk tahun ini. Filem ini mempertaruhkan Genre seram yang dilihat menjadi TREND kepada peminat-peminat filem tempatan. Filem ini merupakan gabungan kisah benar yang berlaku.


 Mejar (K) David Teo
Bergambar bersama Mejar (K) David Teo


Setelah melihat filem ini cik iena akui sememangnya WUJUD watak SHIMA ANUAR sebagai ERIN di dalam dunia nyata. Dimana beliau merupakan seorang PENULIS/SCRIPT WRITER tegar yang terlalu obses dengan kerja nya.

Sama seperti kejadian Benar yang berlaku kepada sahabat Baik Cik iena yang mana Beliau mengahwini seorang Penulis Skrip dimana bekas Isteri Beliau terbawa-bawa skrip yang diolah didalam dunia nyata. Watak-watak yang di cipta sendiri bagi mencipta  kegembiraan yang akhirnya mewujudkan konflik di dalam rumahtangga mereka sehingga Akhirnya mereka berpisah kerana obsesnya wanita tersebut kepada kerjaya penulisan skripnya yang membuat beliau berani mencipta watak-watak palsu dan di aplikasikan dalam kehidupan seharian . 

Ehhh Maaf tercerita. Untuk mengetahui lebih lanjut Anda semua perlu tonton Filem ini :)
Adakah jalan cerita mereka sama seperti kisah benar sahabat karib cik iena hahaha
Ouhh Maah Encik BFF. Awak tak marah kan. Lama saya pendam kisah benar bekas isteri awak yang menuduh saya macam-macam atas penceraian kamu berdua wakakakkaka.. opss tutup mulut.


Okay sebelum cik iena merapu, jom baca sinopsis Filem Seram ini.

SINOPSIS FILEM HOSPITAL


 
AMIRA (Fatin Afeefa) bakal menghadiri temuduga untuk menjadi jururawat di sebuah hospital ibu kota. Malangnya, Amira tersesat dan ketika dia hampir berputus asa menunggu teksi dihentian bas terpencil, muncul DAHLIA (Nina lskandar)  memberikan pertolongan .
 
Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Nina Iskandar sebagai Dahlia & Fatin Afeefa Sebagai Amira
Rupanya Dahlia bekerja di hospital yang dicari oleh Amira. Dengan bantuan Dahlia, Amira diterima bekerja.  Dahlia turut mempelawa Amira tinggal bersama di rumah sewanya memandangkan rakan serumahnya yang lama baru sahaja meninggalkan rumah itu. Amira bersetuju. 
 

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Shima Anuar  sebagai Erin
 

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Fatin Afeefa Sebagai Amira

Bermulalah episod ngeri dalam hidup Amira, Dia sering diganggu oleh beberapa siri kejadian menyeramkan selain diganggu oleh lembaga yang seakan ingin memberitahu sesuatu kepadanya. Perkenalan dengan FARID (Fizz Fairuz) doktor muda di hospital itu seakan memujuk hati Amira
Namun, ia menimbulkan kemarahan Dahlia pula, yang mana rupanya Dahlia mempunyai hubungan dengan Farid
Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Fizz Fairuz sebagai Farid

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Fatin Afeefa Sebagai Amira dan Fizz Fairuz sebagai Farid
 
Semakin hari jiwa Amira semakin tertekan dengan gangguan-gangguan yang semakin menjadi jadi. Gangguan bukan sahaja di hospital malah juga berlaku di rumah Dahlia tempat Amira menumpang .

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Amreen Shukry sebagai Fahmi


Kawan Amira iaitu Farah (julia Marin) dan tunangnya Fahmi (Amreen Shukry) juga menerima gangguan dalam usaha mereka membantu Amira



Siapa sebenarnya Amira dan siapakah yang sering mengganggunya? Semua bakal terjawab dalam filem HOSPITAL sebuah filem seram terbaru di pawagam mulai 13 April 2017. 

Filem Hospital Kisah Seram Antara Realiti Dan Imaginasi
Fatin Afeefa Sebagai Amira dan Nina Iskandar sebagai Dahlia
 

"Bila Realiti Mula Menghantui"

Trailer Filem Hospital


 

Disebalik Tabir Filem Hospital


 
 

PELAKON FILEM HOSPITAL


Fatin Afeefa Sebagai Amira
Shima Anuar  sebagai Erin
Nina Iskandar sebagai Dahlia
Fizz Fairuz sebagai Farid
Julia Marin sebagai Farah
Amreen Shukry sebagai Fahmi
Serina Redzuawan sebagai Ketua Jururawat
Rashidah Jaafar sebagai Jururawat
Lan Zailan sebagai Pesakit


SENARAI KARYAWAN FILEM HOSPITAL


Penerbit : Mejar (K) David Teo
Pengarah : Amiro Ghozali
Pen. Pengarah : Amal
Pengarah Fotografi : Mohd Shaufe Wahib
Skrip : Panel MIG
Pengarah Seni : Anuar Paharuddin
Make up : Baby
Wardrobe : YY
Still Photo : Tan Shier
Penyelaras Projek : Azahari Abdul Hamid



Gambar Majlis Pra Tonton Filem Hospital




Filem Hospital
Cik iena bersama rakan blogger

Filem Hospital
cik iena bersama Fizz Fairuz sebagai Farid

Filem Hospital
cik iena bersama Serina Redzuawan sebagai Ketua Jururawat

Filem Hospital
cik eina da ween bersama Lan Zailan sebagai Pesakit

Filem Hospital
cik iena bersama Fatin Afeefa Sebagai Amira

cik iena bersama Julia Marin sebagai Farah
cik iena bersama Julia Marin sebagai Farah


Filem Hospital
Barisan pelakon,pengarah dan penerbit

Filem Hospital
bergambar bersama rakan blogger


 Lain-Lain Gambar Sila lihat di Fanpage Cik iena : Majlis Pra Tonton Filem Hospital







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve