Grab The Promo
Grab The Promo

Firefly RM100 Cash Voucher di 11street


Berita gembira buat  pelanggan setia Firefly khususnya kini anda boleh dapatkan Firefly RM100 Cash Voucher di 11street . Jangan lepaskan peluang untuk penjimataan ini. Sedikit sebanyak anda dapat mengurangkan sedikit kos perbelanjaan penerbangan anda.


Firefly RM100 Cash Voucher di 11street

Firefly Airlines Bekerjasama dengan 11street untuk berhubung dengan pelanggan


Pada 4 April 2017 bertempat di Subang, Firefly yang merupakan Sebuah Syarikat Penerbangan Malaysia telah menandatangani perjanjian untuk menjadi rakan niaga dengan 11street yang merupakan portal membeli-belah dalam talian terbaru Malaysia.

Promosi selama 2 bulan yang bermula 4 April 2017, akan memberi pelanggan menikmati baucar RM100 dengan diskaun 17% apabila membeli melalui laman web 11street di www.11street.my. Kod baucar yang diterima boleh digunakan untuk membeli tiket penerbangan melalui www.fireflyz.com.my.




Firefly RM100 Cash Voucher di 11street


Dengan menyertai pelbagai kumpulan rakan-rakan perniagaan ini, Firefly akan dapat memanfaatkan pelanggan dalam talian dengan lebih luas, dan pada masa yang sama dapat memberi ganjaran kepada pelanggan setia yang terus menyokong Airlines tersebut. Satu perkongsian selama setahun ini akan dapat melihat lebih banyak aktiviti promosi dan merancang untuk menyediakan nilai kepada penumpang Firefly.

"Kami terujauntuk bekerja bersama-sama dengan 11street, terutamanya pada masa sambutan ulang tahun ke-10 kelahiran syarikat penerbangan kami yang menyediakan perkhidmatan penerbangan ke seluruh bagi menggembirakan dan memudahkan pelanggan dengan tawaran yang terbaik",  kata Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong.

Naib Presiden Merchandising untuk 11street, Bruce Lim berkata:

"Perkongsian itu merupakan satu lagi pencapaian penting bagi 11street, kerana Firefly merupakansebuah syarikat penerbangan pertama yang membentuk satu pakatan strategik ini dengan 11street. Bersama-sama dengan itu 11street menawarkan tawaran hebat yag menarik kepada pengguna bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia untuk membuat perjalanan udara yang lebih murah.

Tambahan lagi dengan bakalnya tiba musim perayaan tidak lama lagi, kerjasama dengan Firefly tidak terputus disini ianya akan diteruskan pada masa yang akan datang dengan promosi yang lebih menarik "

Log masuk ke www.11street.my hari ini untuk menikmati pengalaman penjimatan ini. Pelanggan juga boleh mencari link produk untuk baucar sini: http://bit.ly/2oDlVhR





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve