Grab The Promo

Healing broga 2.0 Kempen Penanaman Pokok Dan Pembersihan Sampah Oleh Team Selangor

Baru-baru ini Cik iena menyertai program sukarelawan oleh Team selangor iaitu Healing broga 2.0 Kempen Penanaman Pokok Dan Pembersihan Sampah. Ini merupakan kali pertama Cik iena sertai aktiviti sukarelawan dengan Team Selangor.


Healing broga 2.0 Kempen Penanaman Pokok Dan Pembersihan Sampah Oleh Team Selangor
Ini merupakan pengalaman yang agak menarik buat Cik iena kerana kebiasaannya Cik iena akan pergi Hiking dalam kumpulan kecil sekitar 5 hingga 10 orang. Berbeza pada kali ini di kabarkan seramai 2000 orang yang terlibat dalam aktiviti ini.

Aktiviti yang cukup menarik dan wajar diteruskan. Diharapkan Team Selangor akan meneruskan aktiviti seperti ini . Cik iena lebih suka aktiviti yang ke arah Nature. Hiking atau aktiviti lasak. Kalau lihat pada Blog Cik iena ada yang beranggapan orang kuat make up kuat melawa tak suka aktiviti lasak. Salah tu sebab Cik iena lebih gemar aktiviti lasak .

Siapa kata pakai mekap cecantik tak boleh pergi Hiking. Alhamdulillah ada juga orang tegur Cik iena. Katanya pertama kali jumpa Instafamous tak bongkak. Ehemm Malu sekejap. Cik iena nak perbetulkan Cik iena bukan Instafamous tau Cik iena Blogger. Blogger yang suka berkongsi aktiviti nya terutama aktiviti sihat untuk attract reader sama-sama buat aktiviti berfaedah di masa lapang.

Sebenarnya apa yang anda dilihat di insta story Cik iena kuat bercakap, membebel. Ya macam tu lah Cik iena kalau anda berjumpa dengan Cik iena. Tapi jika baru mula jumpa mungkin akan cover ayu sedikit. Selepas zon selesa Cik iena akan jadi macam mana dalam instastory tu.

Sebelum Cik iena kongsikan Video Cik iena semasa bersama-sama Team Selangor dalam kempen Healing Broga 2.0 ni  Cik iena nak ucapkan terima kasih kepada dua rakan yang nak sertai kami walaupun mereka bukan orang selangor.  Ery asal dari Terengganu dan Laila asal dari Melaka, wlaubagaimanapun kedua-duanya berkerja di Selangor.






Gambar boleh lihat di Fanpage Cik iena https://www.facebook.com/pg/ienaelienadotcom/photos/?tab=album&album_id=979097455773383




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve