Grab The Promo

Program MAGGI® Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestlé Cares COVID-19

PETALING JAYA, 19 Mei 2020 – Berbekalkan semangat Ramadan, MAGGI® menyediakan makanan untuk lebih 120,000 rakyat Malaysia sepanjang bulan puasa. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada sumbangan RM15 juta Nestlé Malaysia dalam usaha membantu memerangi wabak Covid-19 di bawah inisiatif Nestlé Cares selaras dengan komitmen Syarikat untuk menyokong rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini.



Program MAGGI® Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestlé Cares COVID-19
[Centre] Mr. Juan Aranols, Chief Executive Officer, Nestlé (Malaysia) Berhad presenting MAGGI® bubur lambuk and Nestlé Food and Beverage Packs to Hajah Sharifah Binti Haji Adlan, Founder of Rumah Titian Kaseh (RTK) [second from left].


Sudah menjadi satu tradisi yang diamalkan MAGGI® sejak bertahun-tahun lamanya untuk mengagihkan makanan tradisional MAGGI® bubur lambuk kepada orang ramai untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Tahun ini, lebih 120,000 mangkuk MAGGI® bubur lambuk diagihkan bersama 20,000 Pek Makanan dan Minuman Nestlé kepada keluarga B40 dan para pelajar, masyarakat kurang bernasib baik yang meliputi rumah-rumah kebajikan dan rumah anak yatim, petugas penjagaan kesihatan serta petugas barisan hadapan yang lain termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera yang memainkan peranan penting dalam perjuangan negara kita menentang pandemik.

Program MAGGI® Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestlé Cares COVID-19
Thank you to our brave frontliners: MAGGI® bubur lambuk and Nestlé Food and Beverage Packs were distributed to the Armed Forces at the Sungai Besi Camp.

Program MAGGI® Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestlé Cares COVID-19
[Right] Business Executive Officer of MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna was distributing MAGGI® bubur lambuk and Nestlé Food and Beverage Packs to Muhammad Afiq bin Md Shahid, Manager of Rumah Jagaan As Samad





Cik Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata,

“Kami bertuah kerana dapat meneruskan usaha kami untuk mengagihkan makanan berkhasiat kepada rakyat Malaysia. Walaupun ini adalah inisiatif tahunan MAGGI® yang diadakan sepanjang bulan puasa, tetapi tahun ini dilihat lebih penting bagi kami untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan, dan juga menunjukkan penghargaan kami kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras pada masa sukar sekarang.”



Program MAGGI® Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestlé Cares COVID-19
Thumbs up: Social distancing was practised during the MAGGI® Bubur Lambuk programme!



Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad Encik Juan Aranols menambah,

“Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menyokong masyarakat yang memerlukan sebagai sebahagian daripada program bantuan Nestlé Cares Covid-19 kami. Sesungguhnya ini sangat bermakna bagi kami. Ramadan merupakan masa untuk menunjukkan belas kasihan dan bersedekah. Kami berharap usaha dari MAGGI ini akan memberi perbezaan positif bagi banyak pihak, begitu juga inisiatif lain dalam persiapan di bawah jenama kami yang berbeza. Semuanya akan terus mencerminkan matlamat Nestle untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat, serta komitmen khusus kami untuk menyokong keluarga Malaysia di saat-saat memerlukan ini.” 



Program MAGGI® Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestlé Cares COVID-19
Residents of Rumah Jagaan As Samad collecting their MAGGI® bubur lambuk and Nestlé goodie bags.


Bagi mencerminkan matlamat Kumpulan untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat, Nestlé terus komited dalam memainkan peranannya untuk membantu rakyat Malaysia menempuhi masa-masa yang sukar ini melalui inisiatifnya yang pelbagai.

Program MAGGI® Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestlé Cares COVID-19
Residents of PJS 6 Kampung Lindungan Rumah Kos Rendah also enjoyed MAGGI®'s delicious and wholesome bubur lambuk. 













0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve