Grab The Promo

Resepi Tomyam Ala Thai Sedap Macam Restoran Thai

Berikut Cik iena kongsikan Resepi Tomyam Ala Thai Sedap. Cik iena sememangnya penggemar tomyam. Jadi Cik iena akan cuba pelbagai tomyam paste dan cara memasak tomyam. Now Cik iena nak kongsikan respi tomyam yang cik iena dah olah dan yang selalu cik iena masak di rumah dengan menggunakan tomyam paste favourite cik iena.

Resepi Tomyam Ala Thai Sedap Sama Macam Restoran Thai


Bahan Bahan Tomyam


Resepi Tomyam Ala Thai Sedap
 Tomyam Ala Thai
 
  • 6 Ekor Udang
  • 4 Ekor sotong
  • Sedikit Isi Ayam
  • Sebiji Bawang Holand 
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • Bunga Kubis
  • Lobak Merah
  • Cendawan
  • 2 Biji Tomato
  • 10 Helai Daun limau purut
Resepi Tomyam Ala Thai Sedap
Bahan bahan Tomyam Ala Thai


Bahan Hiris Dan ketuk

  • 3 Batang Serai
  • Halia ( lebih kurang sebesar ibujari perempuan x 2)
  • Lengkuas (Lebih kurang sama banyak dengan halia) 
  • 4 rumpun Akar Daun ketumbar
  • 3 Biji Cili Api merah (kalau suka pedas boleh tambah lagi)

Resepi Tomyam Ala Thai Sedap
akar daun ketumbar, halia,lengkuas dan serai . Akar daun ketumbar perlu dibersihkan kemudian ketuk sedikit untuk dapatkan extra aroma dan rasa. Halia,lengkuas dan serai di hiris dan kemudian diketuk sedikit juga untuk mendapatkat extra aroma dan rasa

Resepi Tomyam Ala Thai Sedap
Cili api merah yang di belah dua tapi tidak sampai putus dan kemudian di ketuk. Daun limau purut pula dibuang tulang bahagian tengah.
 
  • 2 Sudu Besar Tomyam paste jenama Peace
  • 2 Sudu Besar Thai Cili Paste
  • 2 Sudu Besar Sos ikan thai
  • 1 Biji jus perahan Limau nipis
  • Setengah Cawan Susu cair  (75ml)
  • 5 Cawan air (750ml)
  • Daun ketumbar dihiris


Resepi Tomyam Ala Thai Sedap
Dua sudu besar tomya m paste dan dua sudu besar thai chili paste

 

Resepi Tomyam Ala Thai Sedap
2 sudu besar sos ikan dan 1 biji air perahan limau nipis
 

Resepi Tomyam Ala Thai Sedap
75ml susu cair untuk sukatan 750 ml air (kalau suka lebih creamy boleh lebihkan susu cair
 

Untuk pengetahuan cawan yang cik iena guna Cik iena dah sukat jumlah kandungannya untuk 1 cawan adalah 150ml

 

 Sudu besar yang Cik iena guna pula lebih besar dari sudu biasa kita jumpa dekat kedai makan. Boleh rujuk gambar dibawah. Sudu besar yang paling kanan. Dua sudu lagi sebelah kiri. Standard size dekat kedai makan biasa kita jumpa. Kesimpulannya anda boleh je lebih atau kurangkan paste ikut citarasa masing masing. Cik iena cuma bagi kuantiti anggaran. Sebab bukan semua orang biasa masak dan tau banyak mana nak guna untuk memasak.


Resepi Tomyam Ala Thai Sedap Sama Macam Restoran Thai


Tomyam paste Sedap 

 

Sebelum Cik iena kongsikan cara memasak Cik iena kongsikan terlebih dahulu tomyam paste yang Cik iena gunakan. TOmyam paste ni memang highly recomended tau. Memang sedap. Cik iena sekali cuba dah suka tomyam paste ni kerana ianya sememangnya sedap.

 



Peace Brand Thai Tom Yum Paste 

 

Peace Brand Thai Tom Yum Paste


Peace Brand Thai Tom Yum Paste

 

Jenama Peace ni merupakan jenama dari thailand dan anda tak perlu risau kerana ianya halal. Selepas Cik iena google tentang jenama ini. Ada blogger yang tulis mengatakan bahawa jenama ini adalah jenama yang selalu kedai makan gunakan. Patutlah sedap.

Selain dari memasak cara yang Cik iena guna selalu. Cik iena juga pernah cuba masak tanpa guna bawang,serai,cili api memang sedap. Cik iena pernah masak tanpa bawang , serai, daun limau purut,cili,lengkuas,halia. Rasa nya sedap juga boleh tahan. Cik iena cuma gunakan tomyam paste,cili paste, susu cair, sos ikan dan air perahan limau dan kemudian bahan isi seperti sayur dan seafood. Tetap sedap walaupun tanpa bahan asas yang cik iena sebut tadi. 

Untuk pengetahuan anda lagi tomyam paste ini dah sedia masam, tak perlu tambah asam jawa tetapi Cik iena guna jus perahan limau nipis kerana aroma dan rasa jus limau nipis itu memang sedap. Kalau tak percaya boleh cuba bezakan. Lepas padam api semua baru letak jus perahan limau nipis. Limau nipis tau bukan limau kasturi atau lemon.

Sekiranya anda ingin membeli secara online boleh beli di Tomyam Paste


Resepi Tomyam Ala Thai Sedap


Maepranom Brand Chili In Oil For Tom Yum

 

Maepranom Brand Chili In Oil For Tom Yum
Maepranom Brand Chili In Oil For Tom Yum

Maepranom   juga merupakan jenama dari Thailand. Jenama ni memang Cik iena tau sering diguna di kedai kedai makan. Cik iena sendiri pernah lihat . Sebelum ni masa pergi rantau panjang kelantan pun Cik iena banyak nampak jenama ni dan orang orang yang menjual memang cakap ini jenama yang kedai makan selalu guna. Kalau tak silap ada tomyam paste dan chili paste. tapi Cik iena tak jumpa tomyam paste. Cik iena jumpa Chili paste je sebab tu Cik iena cuba beli tomyam brand peace diatas.

Untukpengetahuan chili paste ni tak pedas, jadi anda perlu tambah cili api seperti yang cik iena nyatakan dalam bahan-bahan tomyam diatas.Untuk tahap kepedasan Cik iena, Cik iena cuma perlu tambah 3 biji cili api merah. Sekiranya anda suka pedas perlu tambah lebih. Level kepedasan Cik iena memang kurang pedas ya. Orang lain kata tak pedas, bagi iena dah pedas.

Untuk jenama ini juga ianya adalah halal.

Sekiranya anda ingin membeli secara online boleh beli di Thai Chili Paste



Cara Masak Tomyam ala Thai

Cara Masak Tomyam ala Thai

 

 Memandangkan bahannya sangat banyak jadi kalau cik iena tulis panjang. jadi Anda boleh rujuk video cara masak yang telah Cik iena rakamkan. Cuma Cik iena nak ingatkan sukatan air boleh ditambah tetapi perlu tambah tomyam paste ,thai chili paste ,sos ikan dan perahan limau nipis.

 


Cara Masak Tomyam ala Thai

 

Untuk pengetahuan Cik iena tinggal berdua sahaja dengan adik jadi kuantiti masakan ni untuk dua orang makan tapi kami boleh makan dua kali iaitu tengah hari dan juga malam. Kadang kadang ada lebih sekali makan untuk keesokan hari. Ouh ya tomyam ni kalau dibiar semalaman ianya lagi sedap tapi jangan lupa letak dalam peti ais sebab ade kandungan susu cair takut basi.


Cara Masak Tomyam ala Thai

 

Jadi kesimpulannya kuantiti resepi ini untuk 5 orang makan. Untuk kandungan bahan bahan ni Cik iena tak menggunakan garam kerana cik iena telah gunakan sos ikan. Sos ikan sendiri dah masin dan Cik iena biasanya makan dengan spagethi jadi kuah tak perlu masin sangat. Jika anda makan dengan nasi perlu tambah sedikit garam.

 

Cara Masak Tomyam ala Thai



Video Cara Masak Tomyam Ala Thai









28 comments:

  1. Wow sedapnya....
    As balas kunjungan dan follow sini... Banyak post best-best kt sini, nanti as blogwalking lagi...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Perghhh... Terserlah kesedapan kuah Tomyan tu iena ooii.... Nanti nak try laaa

      Delete
  3. Yanie oun suka guna brand maepranom tu. Lagi satu kalu buat cam sambal kering pun letak jugak .. sedap

    ReplyDelete
  4. Pekat kuahnya, tapi yang pekat la sedap, kan?

    ReplyDelete
  5. nanti nak try. selalu masak guna pes dalam tin tu je. rasa dia macam kureng sikit. hehe kena campur rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kene campur..yang dalam tin bukan tomyam paste tapi chili paste :)

      Delete
  6. Nampak sedapnyaa... lepas ni Sis nak try juga guna susu cair, sebelum ni guna santan..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi try pes tomyam jenama tu. Nampak cam sedap. Warna pun cun tu

    ReplyDelete
  8. resepi tom yam nie memang banyak yg share tp kesedapan sesuatu tom yam tu bergantung pd paste yang diguna. ramai kata paste tomyam thailand paling sedap. paste yg Iena guna tu belumpernah cuba lagi.maybe lepas nie boleh cari

    ReplyDelete
  9. :) Nell memang hantu tomyam ahhh,, i ada paste tomyum kat rumah sebab ni antara lauk yang paling senang nak masak kan... boleh la try brand ni nanti.. (Y)

    ReplyDelete
  10. woow....so so delicious looking tomyam dish & you have got me craving now...:P yummy!!
    cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  11. sedapnya..i pun nak try la tomyam paste ni...boleh la tambah lauk

    ReplyDelete
  12. Akk suka masakan tomyam mcm ni. Nampak lebih pekat dan sedap

    ReplyDelete
  13. Sedapnya nampak tomyam ni. Btw, pinggan mangkuk awak cantik la. Suka tengok.

    ReplyDelete
  14. Wah! This looks absolutely delicious! Thanks for sharing the easy tomyam recipe and cant wait to make it :)

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve