Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Multi Goat's Milk (Susu Kambing Multi)



Tahukah anda susu kambing baik untuk penghadaman dan usus. Ia merupakan susu terbaik selepas susu ibu. Bersifat alkali, ia tidak menyebabkan alahan serta menguatkan imunisasi tubuh. Amalan meminum susu kambing adalah baik untuk perkembangan sel otak dan saraf. ia juga dapat menguatkan daya tumpuan dan ingatan dan juga merupakan sumber tenaga yang baik.

Berceloteh nya cik iena disini cik iena ingin memperkenalkan satu produk buatan Malaysia hasil perusahan generasi muda Puan Shireen . Dengan kesibukan cik iena bekerja di hari biasa dan di hujung minggu membuatkan cik iena kurang tenaga , kurang rehat, terasa lenguh-lenguh badan . Diatas cadangan sahabat cik iena mencuba susu kambing ini. Sebelum cik iena mencuba susu kambing ini cik iena di nasihatkan oleh doctor untuk meminum susu untuk kekuatan tulang disebabkan sebelum ini berkali-kali cik iena ke klinik untuk mendapatkan rawatan "Low Back Pain" .Setelah mencuba susu kambing Multi selama seminggu cik iena merasakan sedikit perubahan terhadap kekuatan tulang cik iena. Yang pasti untuk mendapatkan kesemua nutrisi dan kebaikan susu kambing ni perlulah kekalkan pengambilan nya (^_~)
Untuk itu cik iena cerita sikit tentang susu kambing multi produk buatan Malaysia ini .


Multi Goat's Milk

Pengenalan Produk Multi Goat's Milk


Kepakaran Multi Goat's Milk adalah membantu ibu bapa yang mempunyai anak-anak 1 tahun ke atas, wanita hamil & menyusu serta warga tua yang ingin mendapatkan khasiat susu kambing asli organik dengan harga yang berpatutan & halal.
Kebanyakan produk susu kambing yang berada dipasaran sekarang adalah tidak asli, dimana produk tersebut telah dicampurkan dengan susu skim (susu lembu) serta telah dicampurkan dengan pelbagai perasa yang tidak asli iaitu dalam bentuk serbuk yang dibenarkan bagi mengurangkan kos pengeluaran.

Multi Goat's Milk


Multi Goat's Milk  ada menyediakan susu kambing yang mempunyai kualiti premium yang tinggi kerana ia dihasilkan dengan menggunakan serbuk susu kambing yang diimport dari Belanda (Multi Goat's Milk  memilih Belanda sebagai lokasi import bahan mentah kerana ia terbukti mempunyai produk susu berkualiti, piawaian tinggi dan diyakini status halalnya). Multi Goat's Milk  juga menggunakan buah koko yang sebenar bagi menghasilkan perisa coklat!

Misi Multi Goat's Milk:

Mengutamakan keaslian serta kualiti produk susu kambing organik di pasaran tempatan & antarabangsa.


  • 100% asli TANPA campuran susu skim
  • TANPA perisa tiruan
  • TIDAK hamis
  •  *TANPA gula tambahan (untuk perisa asli shj)

Multi Goat's Milk

Produk Susu Kambing (500g)

  • Perisa asli
  • Perisa coklat

Price per box (500 gram)

  • RM40 (Semenanjung)
  • RM45 (Sabah/ Sarawak)


Kandungan:


TAHUKAH ANDA?
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding susu lembu. Berikut adalah fakta kandungan yang terdapat di dalam susu kambing :-
  • Protein 2.1 kali ganda
  • Kalsium 2.2 kali ganda
  • Zat Besi 2.0 kali ganda
  • Potasium 2.1 kali ganda
  • Vitamin A 3.8 kali ganda
  • Garam Galian 2.0 kali ganda
  • Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu.
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding susu lembu.
  • Molekul lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
  • Proses pencernaan adalah hanya 20 minit berbanding susu lembu yang mengambil masa selama 2 jam.


Multi Goat's Milk


Multi Goat's Milk


Hubungi:


FB page: https://www.facebook.com/pages/Multi-Goats-Milk-HQ/1494335467475229?sk=timeline


Instagram: susu_kambing_multi

Whatsapp: 011-12318511 (Hotline)

Website: www.sge4u.lelong.my & www.susukambingmulti.com


Senarai pengedar: https://www.facebook.com/notes/multi-goats-milk-hq/senarai-senarai-pengedar-mgm/1504007236508052

 Diedarkan oleh

Shireen Glow Enterprise
Suite 331, MBE Alamanda, Lot KP0203B Jalan Amanda Precint 1
6200 Putrajaya

 Testimoni sebenar :
 https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1495548210687288.1073741831.1494335467475229&type=3


Produk ini Sesuai diminum oleh 

  • Kanak-kanak 1 tahun ke atas
  • Orang Dewasa
  • Warga Tua
  • Ahli Sukan
  • Wanita Hamil & Ibu Menyusu
***********************************************************************

Ehh mana gambar tuan empunya blog, mustahil lah tuan empunya blog tak ambil gambar gegedik dengan susu kambing multi kan (^_~)
Untuk pengetahuan, cik iena minum  yang perisa coklat . Sedap tau, takde hanyir pun. yang sebenar-benarnya cik iena tak suka minum susu tapi atas nasihat doctor cik iena terpaksa minum. Diatas cadangan kawan-kawan pula susu kambing lebih elok dari susu lembu. Makanya cik iena minum susu kambing multi. Kalau yang perisa asli cik iena tak berani lagi nak minum .Masih baru belajar biasakan diri minum susu . Alhamdulillah ada perisa coklat. Nyum nyum cik iena suka kan nya


Multi Goat's Milk (Susu Kambing Multi)

Multi Goat's Milk (Susu Kambing Multi)

Multi Goat's Milk (Susu Kambing Multi)

Multi Goat's Milk (Susu Kambing Multi)

Multi Goat's Milk (Susu Kambing Multi)



Nota Blog : Puan Shireen ni kawan sepermodelan cik iena, ehh ayat apakah (^_~). Puan Shireen kawan cik iena, kami kenal dalam dunia modeling lebih kurang 4 tahun yang lepas. Pernah bekerja bersama sebagai Model  Butik Mama HQ Bangi  dan juga Model Fashion Show untuk Sudzek Collection.

Gambar bersama Puan Shireen semasa fashion show Sudzek Collection di
Kuala Lumpur International Hotel
Cik iena rindu nak jalan-jalan kucing aihhhhhhh

fashion show di kuala lumpur international hotel

fashion show di kuala lumpur international hotel

fashion show di kuala lumpur international hotel






iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Rawatan Fisioterapi bagi Sakit Tulang Belakang



Sakit belakang adalah rasa sakit, ketegangan otot atau kaku (stiffness) di mana-mana bahagian belakang tubuh. Ia mungkin menjalar ke bahagian punggung atau kaki.
Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent).
Sakit belakang yang di alami berpunca dari :
  • Kecederaan otot
  • Patah tulang belakang
  • Perubahan kepada cakera (disc)
  • Postur tidak betul
  • Saluran spinal menjadi sempit (spinal sternosis)
  1. Untuk mengurangkan sakit
  2. Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal
  3. Untuk mengekalkan julat pergerakan badan
  4. Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan
  5. Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit
Gejala / Tanda
  • Sakit belakang akut - Sakit yang di alami dalam tempoh 1 hari hingga 3 bulan
  • Sakit belakang kronik - Sakit yang di alami melebihi 3 bulan
  • Sakit belakang berulang (recurrent) - Sakit yang berulang dalam tempoh kurang dari 3 bulan
Komplikasi
Limitasi dalam aktiviti seharian adalah disebabkan sakit.
Pencegahan
Pastikan postur yang betul dalam semua posisi semasa duduk, berdiri, baring atau semasa melakukan aktiviti seharian dengan mengambil kira pekara- pekara berikut :
Semasa baring
  • Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.
  • Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melenkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut
Semasa berjalan
  • Memakai kasut bertumit rendah yang selesa
Semasa duduk
  • Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik
  • Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang
Semasa berdiri
  • Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendah
    • Gunakan teknik mengangkat / mengalih yang betul
    • Lakukan senaman secara tetap
    • Menjaga berat badan
    • Kecergasan menyeluruh
Rehabilitasi
  1. Pengurusan sakit
    • Ice pack – untuk sakit belakang yang akut.
    • Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak dibahagian sakit selama 15 minit.
    • Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum ice pack diletakkan.
    • hot pack – untuk sakit belakang yang kronik dan berulang.
    • Cara melakukan : balut hot pack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pastikan tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. 
  1. Program senaman sakit belakang
    Knee to Chest
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
    • Cara melakukan : pegang belakang peha dan tarik ke arah dada.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Pelvic tilt
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata
    • Cara melakukan : tarik otot  abdominal ke dalam, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa, tahan lima saat
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Hip Rolling
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
    • Cara melakukan : letak tangan secara bersilang di bahagian dada, pusing kepala ke sebelah kanan manakala kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian luruskan lutut dengan perlahan- lahan.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Lower Abdominal Exercise
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan.
    • Cara melakukan :
    1. Gerakkan lutut kanan ke dada, tahan 5 saat kemudian relaks, Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah kiri.
    2. Angkat kaki ke atas dengan lutut dalam keadaan lurus. Kemudian perlahan- lahan turunkan kaki ke lantai. Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali.
    Cat and camel
    • Posisi : merangkak
    • Cara melakukan : perlahan-lahan bahagian belakang melendut ke bawah (melengkung ke bawah) dan muka menghadap ke dinding. Kemudian gerakkan otot abdominal ke dalam dan bahagian belakang melengkung ke luar.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali.
    Hip Extension
    • Posisi : Merangkak
    • Cara melakukan : gerakkan lutut ke arah  kedepan, dan ke belakang sehingga kedua-dua blutut  dan peha selari dengan lantai. 
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
  1. Lumbar stabilization Exercises
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
    • Cara Melakukan : luruskan lutut kanan, Gerakkan otot abdominal ke dalam, pastikan badan dalam posisi neutral. Angkat kaki kanan setinggi 12 inci, lutut kanan dalam keadaan lurus, tahan 3 saat dan turunkan kaki.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali.


Nota Blog : hehe cik iena sebenarnya tengah mengalami masalah ni la tapi degil taknak dengar cakap doktor suruh rehat kat rumah . This weekend ada event kene attend. Ku gagahkan jua . Okay nanti kene buat senaman tau cik iena (^_~)





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Punca Mata Berair Hadapan Komputer

Berdasarkan pada riwayat pekerjaan, kemungkinan disebabkan menderita Computer Vision Syndrome (CVS). CVS adalah salah satu bentuk dampak negatif akibat pemakaian komputer atau video display terminal (VDT). Menurut The American Optometric Association adalah CVS adalah suatu kumpulan gejala yang bermanifestasi pada gejala okular dan non-okular.


Gejala CVS terjadi pada kurang lebih 75% pekerja yang menggunakan komputer selama 6-9 jam setiap hari. Patogenesis terjadinya CVS belum sepenuhnya diketahui, tetapi secara garis besar hal disebabkan oleh: mekanisme yang berkaitan dengan perubahan permukaan okular, mekanisme akomodatif, dan mekanisme yang berkaitan dengan ekstraokular.

Gejala CVS yang melibatkan okular adalah asthenopia (mata lelah), eyestrain, dry eye (mata kering), iritasi mata (mata merah, rasa terbakar), serta penglihatan buram. Sedangkan gejala non-okular berupa sakit kepala (daerah frontal dan oksipital), nyeri otot leher, dan punggung. Dari berbagai gejala tersebut eyestrain dan mata kering merupakan keluhan terbanyak.

Pengguna komputer sering mengeluhkan gejala mata kering (dry eye), mata seperti berpasir dan mata terasa berat setelah bekerja beberapa waktu di depan komputer. Pada CVS, mata kering adalah penyebab utama kelelahan pada mata. Beberapa faktor yang mempengaruhi terjadinya mata kering diantaranya adalah: faktor lingkungan, seperti penggunaan air conditioner, kipas angin, debu, dll,serta penurunan refleks kedip, dan juga peningkatan paparan permukaan okular. Keadaan ini biasanya lebih banyak terjadi pada wanita.

Produksi air mata akan menurun seiring dengan bertambahnya usia. Keadaan ini dapat diperberat oleh beberapa penyakit sistematik atau lokal yang juga dapat berkaitan dengan dry eye antara lain riwayat penyakit sindrom Sjogren, arthritis rematoid,serta penyakit autoimun lainnya. Beberapa pengobatan sistematik (diuretic, anti-histamin, psikotropik dan anti-hipertensif) serta penggunaan lensa kontak dapat menyebabkan timbulnya dry eye.

Huruf pada layar komputer sangat berbeda dengan teks pada kertas karena terbentuk dari titik-titik kecil yang tersusun membentuk huruf atau angka. Telah dibuktikan bahwa mata lebih sulit untuk fokus pada tulisan ini sehingga mata akan terus berakomodasi secara berulang-ulang agar tulisan menjadi jelas yang akan menyebabkan eyestrain.

Posisi Sehat Di Depan Komputer:

Ketika kita menggunakan komputer dan kadang-kadang kita merasakan rasa lelah, nyeri khususnya dibagian tangan, atau mata terasa penat, Hal tersebut bisa disebaban karena kita salah didalam mengatur posisi anggota tubuh kita. Kita harus mengatur posisi sehat di depan komputer, seperti pada tulisan sebelumnya mengenai lelah ketika mengetik di depan komputer yang ‘diadopsi’ dari posisi ketika bermain piano.

Mungkin ada baiknya kita mulai sekarang mengatur letak komputer atau posisi tubuh kita ketika menggunakan komputer, apalagi jika kita rutin menggunakannya dan cukup lama penggunaannya. Bagaimana sich posisi sehat tersebut? Berikut ini beberapa kiat yang bisa kita terapkan.

Posisi tubuh: Badan pada posisi tegak didepan komputer dan jarak pandang antara mata dan monitor sekitar 45-70cm.




Letak posisi komputer: Bagi pengguna komputer desktop, sesuaikan posisi keyboard, monitor, dan mouse agar kita bisa mendapatkan posisi yang cocok untuk tubuh kita:



Mengatasi Mata Berair:

Mata kita bisa menjadi berwarna kemerahan, mengeluarkan air mata dan terasa gatal yang disebabkan oleh banyak faktor allergen seperti terkena polusi, debu, serbuk sari tanaman, kotoran binatang, dan lain sebagainya. Walaupun tidak menular ke orang lain, gangguan mata tersebut cukup mengganggu aktivitas kita sehari-hari.
Untuk menyembuhkan gejala alergi pada mata tersebut ada beberapa cara yang disarankan, yaitu :

1. Gunakan obat tetes mata yang dijual bebas sebagai air mata buatan yang mampu melembabkan serta menenangkan mata kita.

2. Memberi kompres waslap dingin ke mata yang mengalami alergi mata / allergic conjunctivitis.

3. Minum antihistamine atau obat tetes mata khusus yang diberikan oleh dokter.
Selama gangguan terjadi jangan gunakan contact lense / lensa kontak dan gunakan kacamata sebagai penggantinya. Jika gejala alergi mata.







♥♥ Info Menarik ♥♥










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Petua Hilangkan Gatal-Gatal

Tepung Sagu:



Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

Daun Kunyit;

cari daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok duri keman - tumbuk sehingga lumat dengan campuran sedikit garam,kemudian disapu pada tempat gatal. Insya Allah!"

Gambir;

Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.

Garam Kasar;

Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.

Daun Rambutan:

Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali.








♥♥ Info Menarik ♥♥










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Halal Dan Haram Dalam Rempah Dan Cili Boh

Halal Dan Haram Dalam Rempah Dan Cili Boh

Tahukah anda ada diantara pewarna dan pengawet yang digunakan dalam pemprosesan Rempah ,cili boh dan cili giling  adalah beracun dan membahayakan kesihatan.
Kandungan pewarna Sudan (Sudan Dyes) yang digunakan sebagai pewarna untuk rempah,cili giling dan cili boh adalah beracun dan boleh menyebabkan penyakit Kanser.Pewarna sudan ini biasanya digunakan untuk pewarna bagi beg plastik dan pewarna bagi kasut.
Untuk mengesan penggunaan pewarna sudan ini perlu menjalani proses pengujian di makmal.Pihak pengusaha/pengilang tidak akan memaparkan kandungan ini pada produk tersebut kerana  PEWARNA SUDAN diharamkan di Malaysia  merujuk kepada Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Penggunaan Pewarna Sudan ini adalah untuk menarik  perhatian pengguna/pembeli dimana warna yang dihasilkan sangat menarik dan menampakkan kelazatan sesuatu rempah /cili giling/cili boh tersebut.

********************************************

Menarik isu ni kan.Cik iena baru je tgk tv Al-Hijrah.Kalau dkt rumah mmg jarang tgk tv.Kat rumah mak ni tgk la TV AL-HIJRAH..hehe channel kegemaran mak (^_~)
24 Mei 2012 dlm kul 10 kot citer tu..huhuhu bru first time nengok

Kalau pewarna sudan ni susah nak kenalpasti melainkan melalui proses ujian di makmal
so kite sebagai umat islam dan pembeli perlu lebih prihatin.
Pemilihan produk amat penting buat kita.Pastikan ada tanda Halal daripada JAKIM baru boleh beli.
Jangan nak murah punyer pasal beli yang jenama biasa2 yang tiada logo Halal.



Ingat tau kandungan pewarna sudan ni boleh menyebabkan Kanser (^_~)
Penentuan halal haram sesuatu produk makanan ni bukan sahaja dilihat dari sumber halal or haram tetapi
di dlm islam makanan yg memudaratkan kesihatan juga tidak digalakkn sama sekali(haram)

Cik iena jarang gune rempah :)
haa korang guna cili giling jenama ape?
cik iena gune Adabi ..
hihi alhamdulillah nasib baik tersenarai dalam produk halal JAKIM

Nak tgk halal ke tidak produk yg kiter guna jom cek kat website JAKIM
http://www.halal.gov.my

Sumber : TV AL-HIJRAH








♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

TIPS MENGATASI PERUT BUNCIT

TIPS MENGATASI PERUT BUNCIT

Bersarapan Dengan Yogurt
Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut buncit.

Jangan GelojohKunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah benar-benar hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan tersekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk di hadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit.

Kurangkan GaramPengambilan garam yang banyak didalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memasksa air keluar dari sel badan anda dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.

Minum Air
Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

Pengambilan Serat Yang Tepat
Pengambilan serat dari buah buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.





♥♥ Info Menarik ♥♥









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Khasiat Asam Jawa


Nama lain dari asam jawa ini adalah

· Tamarindus indica

· Tangkal asem (Sunda)

· Celagi

· Acem

ASAM JAWA

Dikenali sebagai Tamarindus indica dan nama inggerisnya pula pula ialah tamarind. Asam jawa tumbuh liar di kawasan barat India dan di benua Afrika bahagian selatan gurun Sahara.

Pokok asam telah lama ditanam di negara India dan sekarang boleh didapati dikebanyakan kawasan tropika di benua Asia,Afrika dan Amerika.Daun pokok asam adalah malar hijau serta mempunyai banyak anak daun yang halus,berwarna hijau muda dan menjadi hijau tua apabila telah matang.

Buah asam jawa tergolong dalam jenis kekacang yang bengkok, isinya berketul-ketul dan berwarna perang seperti kayu. Isi buah mudanya berwarna hijau dan bertukar menjadi coklat apabila buahnya masak

Pokok asam tumbuh paling baik dalam musim kemarau yang nyata tetapi sederhana. Di Malaysia, pokok asam ditanam atau tumbuh sendiri, tetapi jarang dijadikan sebagai sumber ekonomi. Terdapat beberapa jenis pokok asam, tetapi biasanya dibahagikan kapada dua, iaitu jenis yang manis dan yang masam. Buah pokok asam manis banyak dijual di Thailand yang dimakan sebagai manisan. Tidak lama dahulu Kementerian Pertanian Malaysia menggalakkan penggunaan asam jawa sebagai minuman bentuk jus.



KEGUNAAN DAN KHASIATNYA

Di negara Eropah,asam jawa yang dicampur dengan gula telah lama digunakan sebagai jem dan sirap. Ia juga digunakan sebahagian daripada ramuan sos BBQ dan juga sos lain dalam masakan daging.

Di Curacao, sup tradisional disediakan dengan campuran asam jawa,gula dan kayu manis. Di India, biji asam jawa dipanggang dan kemudian direndam supaya kulitnya senang dikeluarkan. Biji tanpa kulit ini digoreng atau di rebus untuk dimakan. Kadang-kadang biji ini dijadikan tepung atau kanji yang diasingkan untuk dijadikan bahan makanan.

Ada orang India mengunyah kulit pokok asam bersama dengan sireh atau dimakan begitu sahaja untuk tujuan menjaga kesihatan badan bagi kaum lelaki dan wanita, terutamanya bagi wanita yang mengandung.

Bunga, daun, buah yang belum masak dan benih yang belum bercambah dimakan oleh pelbagai kaum sebagai ulam atau lauk seperti kari. Buah yang belum masak juga dibuat jeruk atau dimakan mentah seperti mangga muda.

Asam jawa dan akar pokok asam jawa juga digunakan dalam perubatan tradisional orang Timur untuk menyejukkan badan dan sebagai pelawas untuk membuang air besar.

Kayu teras digunakan sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar bagi kurang selera makan.

Kulit buah dan kulit kayu asam jawa mempunyai kegunaan lain, iaitu sebagai ubat cirit birit. Ini adalah kerana kulit buah dan kulit kayu mengandungi banyak tanin manakala isinya pula mengandungi banyak asid tartar. Kulit kayu juga dibuat losyen untuk mengubati pelbagai penyakit kulit seperti bisul, bengkak ulser dan gatal kerana digigit serangga.

# Air rebusan daunnya diminum sebagai penawar demam panas.

# Daun muda di tumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

# Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada berkenaan.

# Kulit kayu direbus dan air rebusan itu diminum untuk melegakan lelah.

Di kawasan Amerika Tengah, kegunaan utama asam jawa dalam perubatan tradisional adalah sebagai pelawas buang air besar.

Di Yukatan asam jawa juga digunakan sebagai pelawas buang air kecil dan penawar demam panas dengan cara asam jawa dibancuh dengan air dan dicampur dengan gula sebelum diminum.

Di Curacao, asam jawa yang belum dimasak direbus dan air rebusannya itu diminum untuk mengubati selesema.

# Air rebusan daun pula diminum untuk mengubati penyakit kencing manis dan batuk kerana gatal kerongkong.

Bagi orang yang mengalami selesema yang sangat teruk, buah hijau ditumbuk dan dicampur dengan daunnya dan beberapa tumbuhan lain sebelum direbus dan air rebusannya diminum.

# Air rebusan daun asam jawa dicampur dengan daun limau dan daun durian belanda untuk dijadikan minuman bagi menyegarkan badan. Orang Aruba meminum air rebusan daun asam jawa sebagai penawar selesema dan buahnya dimasak untuk dibuat sirap untuk mengubati batuk.

Di Jamaica, air rebusan daun asam jawa diminum sebagai penawar demam campak dan dibuat air mandian penawar demam panas dan sakit otot.

Orang Bahamas merebus daun asam jawa selama 20 minit dan selepas itu mencampurkannya dengan air limau nipis dan gula sebelum meminumnya sebagai penawar demam.

Air rebusan asam jawa digunakan losyen bagi mengubati bengkak mata.

Di Cuba, disamping kegunaan asam jawa dan daun seperti yang diamalkan ditempat lain, air rebusan ini digunakan untuk mengubati jaundis dan pendarahan.

Biji asam jawa yang dipanggang dan dijadikan tepung digunakan sebagai ubat cirit birit.
------------------------------------------------------


# Melegakan Deman Panas Kuat;

ambil secukupnya asam jawa (yang ada dijual dikedai) dan digaul bersama kelapa parut kemudian disapu keseluruh tubuh insyaallah demam panas yang tinggi itu akan reda dan membaik..

Wallahwa'alam





♥♥ Info Menarik ♥♥










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Khasiat Asam gelugor


ASAM GELUGOR ni banyak khasiatnya. Ais rebusannya dipercayai dapat mengecutkan rahim bagi wanita yang baru lepas bersalin.

Selain itu, ia juga dapat menurunkan berat badan.Ia terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.

Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut.



Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam. 









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Minuman Berkarbonat Jejaskan Kesihatan



Minuman berkarbonat memang popular dalam kalangan masyarakat. Tidak kira musim, minuman menjadi hidangan terutamanya apabila berkunjung ke premis makanan segera. Datang dengan pelbagai jenama minuman berkarbonat menjadi hidangan apatah lagi pada musim perayaan.


                           


Biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat adalah sama banyak gula.
Selalunya soal kesihatan dan aspek pemakanan sering dipinggirkan seketika pada musim perayaan. Walaupun tahu minuman berkarbonat tinggi kandungan gulanya, kebanyakan kita menghidangkannya kepada keluarga mahupun tetamu tanpa rasa bersalah.
Tarikan iklan yang menceritakan ‘keasyikan’ menikmati minuman ringan dan berkarbonat memang 
sukar dilawan.

                         
Malah, lebih membimbangkan, minuman berkarbonat juga menjadi antara daya penarik utama di kantin sekolah, termasuk sekolah rendah.
Sedar atau tidak, kanak-kanak akan menjadi mangsa kerana kealpaan kita. Kanak-kanak antara golongan paling suka minum minuman berkarbonat hingga kadangkala ada yang langsung menolak apabila diberikan air kosong. Jika minum pun hanya seteguk dua, itupun selepas dipaksa.
Kajian mendapati, pengambilan minuman ringan dan berkarbonat yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berlebihan berat badan dan obesiti.
Minuman berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan pertambahan berat badan.
Masalah pertambahan berat badan ini menjadi satu faktor risiko kepada penyakit kencing manis di kalangan orang dewasa muda. Pertambahan berat badan ini adalah proses yang sentiasa berlaku sebagaimana peningkatan usia. Gabungan dua faktor ini juga mendedahkan seseorang kepada risiko serangan jantung dan strok.

Obesiti membimbangkan

Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak kini mencecah tahap membimbangkan. Kanak-kanak yang minum satu tin minuman berkarbonat (325 mililiter) setiap hari mempunyai lebih kurang 10 peratus tenaga berbanding kanak-kanak lain. Tenaga ini (yang datang daripada gula), jika tidak digunakan, akan disimpan dalam badan sebagai lemak.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal General Dentistry mendapati, tabiat minum minuman berkarbonat boleh meningkatkan masalah kerosakan dan pereputan gigi.

Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Ho Shiau Fen, mengakui hakikat ini.
Bukan gula saja yang menjadi faktor menyebabkan kerosakan gigi, tetapi kandungan asid dalam minuman berkarbonat boleh melemah serta mengikis lapisan enamel (lapisan luar) pada gigi. Ini mempercepatkan proses pereputan gigi.

“Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula tidak boleh melebihi 10 peratus daripada keperluan kalori seseorang. Sebagai contohnya, jika keperluan kalori seseorang itu adalah 2000 kalori, jumlah gula yang boleh diambil adalah kurang daripada 200 kalori, iaitu kira-kira 10 sudu teh gula.

Jumlah ini termasuk gula tersembunyi. Ini adalah jumlah yang diperoleh daripada setiap makanan kita, sama ada dalam teh, kopi atau makanan yang bergula ketika bersarapan, makanan sarapan, makanan tengah hari, sajian minum petang dan makan malam.

“Satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara enam hingga 10 sudu teh gula. Ini bermakna, jika kita minum satu tin minuman berkarbonat, kita sudah mencapai sukatan gula daripada yang disarankan.

“Masalah pengambilan gula yang terlalu banyak biasa berlaku pada musim perayaan. Boleh dikatakan setiap rumah menghidangkan minuman berkarbonat. Itu belum mengambil kira kandungan gula dalam kek, biskut atau hidangan lain,” katanya.

Ramai orang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan ‘mencairkan’ kepekatan minuman berkarbonat.

Hakikatnya, anggapan ini salah dan perlu diperbetulkan segera. Tidak kira berapa banyak air kosong diminum, kandungan gula daripada minuman berkarbonat yang masuk ke dalam badan tetap sama. Tetap melebihi tahap keperluan harian kita. Masalah ini bertambah buruk dengan pengambilan makanan manis seperti kek dan biskut hari raya.
Untuk mengurangkan kuantiti gula diambil, kurangkan pengambilan minuman berkarbonat adalah cara paling praktikal.

Ini boleh dibancuh atau dicampur dengan air kosong dan dikongsi minum beramai-ramai. Bagaimanapun, jika air dibancuh dihabiskan sendirian, kandungan gula yang masuk ke badan tetap sama, iaitu antara enam hingga 10 sudu teh.

Di kalangan kanak-kanak pula, terlalu banyak minum minuman berkarbonat menyebabkan mereka kurang minum air kosong atau minuman berkhasiat seperti susu. Selain gula, kebanyakan minuman kola memasukkan kafein sebagai penambah rasa. Kafein adalah ‘bahan perangsang’ yang membuatkan kita ketagih untuk minum lebih banyak dan kerap.

Banyak kajian mendapati, kafein meningkatkan pengeluaran kalsium daripada tulang, menyebabkan kita terdedah kepada masalah reput tulang atau osteoporosis jika diambil dalam jangka masa panjang.

Justeru, jika dapat, pada musim perayaan ini elak mengambil terlalu banyak minuman berkarbonat, sebaliknya gantikan dengan pilihan lain seperti teh atau jus buah-buahan.

Malangnya, budaya orang kita yang menerima saja minuman dihidang tuan rumah boleh memburukkan keadaan, terutama di kalangan pesakit kencing manis.

Dalam hal ini, Ho menyarankan pesakit berterus terang dengan tuan rumah atau meminta minuman lain (pilihan terbaik adalah air kosong) sebagai pengganti. Malah, sebagai tuan rumah juga, kita mesti prihatin keadaan kesihatan tetamu.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak mengenai keburukan meminum terlalu banyak minuman berkarbonat.

Pada masa sama, mereka juga mesti menjadi teladan kepada anak dengan mengamalkan minum banyak air kosong.











Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

7 PUNCA GEMUK

Seseorang dikatakan gemuk apabila berat badannya melebihi berat badan ideal yang diukur dalam BMI (Body Mess Index), ukuran BMI berdasarkan ketinggian.

Semua orang berisiko menjadi gemuk, namun mereka yang mempunyai sejarah keluarga, mengamalkan gaya hidup dan pemakanan tidak sihat serta terdedah kepada persekitaran yang boleh menggalakkan seseorang itu boleh menjadi lebih gemuk adalah lebih berisiko.

Menurut Dr. Che Romzey Che Din, penyelidik obesiti yang juga pakar perbidanan dan sakit puan, lambat atau cepat faktor-faktor diatas kalau tidak dicegah, boleh menyebabkan seseorang itu menjadi obesiti. Walaupun kegemukan itu bukan satu penyakit tetapi jika dibiarkan dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat, boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Kegemukan berpunca daripada beberapa faktor, antaranya:

• Gen atau Baka - Mereka yang mempunyai sejarah keluarga ada yang gemuk dan mempunyai rangka besar adalah lebih berisiko menjadi gemuk bila dewasa.


• Gaya Hidup Tidak Sehat - Hari ini ramai orang memberi alasan sibuk menyebabkan mereka tidak ada masa untuk bersenam mahupun beriadah, ditambah pula kebanyakannya melakukan kerja-kerja yang tidak mengeluarkan peluh, sepanjang masa duduk dikerusi, dan didalam bilik berhawa dingin.

• Pemakanan Tidak Sihat - Kecenderungan masyarakat sekarang yang suka mengambil makanan segera dan ringan serta tidak mengutamakan pemakanan seimbang dalam diet seharian dan makan ikut selera, bukan keperluan juga penyebab utama orang menjadi obesiti.

• Hormon Tidak Seimbang - Ramai tak tahu bahawa hormon yang tidak seimbang dalam badan juga adalah punca gemuk. Jika hormon sebagai punca kegemukan, ia sukar dikawal. Jika ingin kurus, masalah hormon perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang diet.

• Emosi Tidak Stabil - Biasanya bila emosi tidak stabil seseorang itu boleh stres dan depres.
Untuk mengatasi masalah ini, sesetengah orang lebih suka mengambil makanan secara berlebihan untuk mengatasi stresnya.

• Pengambilan Ubat-ubatan - Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang keluarga, hormon dan ubat penenang juga menggalakkan kegemukan.

• Persekitaran - mereka yang bekerja di kantin di dapur-dapur lebih tinggi peluang mendapat
obesiti berbanding yang bekerja dipersekitaran lain. Ini kerana mahu atau tidak setiap hari mereka akan sentiasa mencuba makanan dan mendapatkan zat daripada aroma atau bau makanan.
Cik iena : cik iena badan naik sb tak control makan
hahahah opsssss
bile ade job photoshoot product & catwalk baru nak diet (^_~)
ikat perot kaw2 punyer..huhuhuhu




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve