Grab The Promo
Showing posts with label MINYAK WANGI LELAKI. Show all posts
Showing posts with label MINYAK WANGI LELAKI. Show all posts

Tips Memilih Minyak Wangi Yang Sesuai


Pernah anda membeli perfume sebelum ini? Baik lelaki mahupun wanita, masalah yang sering dihadapi mereka ialah kesukaran memilih minyak wangi sesuai disebabkan kemunculan pelbagai jenis aroma di pasaran dalam perisa berbeza. Ini ditambah pula bentuk botol yang menawan sehingga menyebabkan pelanggan terkeliru mengenai wangian yang sesuai dengan personaliti dan bau badan mereka. 


Tips Dalam Memilih Minyak Wangi

Terdapat beberapa garis panduan dalam memilih minyak wangi antaranya:

Kulit 
Setiap minyak wangi akan mencetuskan aroma berbeza apabila terkena kulit. Oleh itu, pastikan kita mencuba dulu dengan membuat semburan pada kulit dan bukannya baju bagi memastikan aroma yang sesuai dengan tubuh. Jangan hanya membeli disebabkan terpengaruh dengan jenama sebelum benar-benar yakin wangian itu sesuai dengan diri kita.

Bau 
Pastikan kita memilih minyak wangi beraroma segar yang mempunyai bau mengesankan. Ketika membeli, pastikan kita meminta pandangan rakan (sebaik-baiknya wanita) mengenai minyak wangi sesuai. Biasanya rakan akan memberikan pandangan berbeza mengenai apa yang sesuai dengan personaliti diri kita.

Bahan dan aroma 
 Minyak wangi boleh dipilih berdasarkan bahan serta aroma digunakan. Misalnya, minyak wangi berperisa kayu, buah-buahan, bunga-bungaan, lautan, sayur-sayuran dan wangian Timur. Biasanya, setiap wangian mempunyai pengkelasan berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita. Bagaimanapun, pilih haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup kita.

Iklim dan musim
 Memilih minyak wangi juga harus mengambil kira iklim dan musim. Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tidak semestinya baik untuk musim panas. Oleh itu, amat penting memilih minyak wangi sesuai bukan saja pada kulit tapi iklim dan musim.

Bagi mengekalkan ketahanan aroma wangian yang dipakai, terdapat beberapa teknik yang boleh diamalkan. Sebaiknya letakkan minyak wangi pada nadi, pergelangan tangan, siku dan belakang telinga. Menyembur minyak wangi pada belahan coli juga dikatakan mampu menyimpan aroma dan dilepaskan secara berterusan untuk kekal lebih lama.


TAHAP-TAHAP KATEGORI PERFUME DI PASARAN



Jika dilihat di dalam pasaran terdapat pelbagai jenama dan jenis yang dikeluarkan.  Untuk memudahkan anda memilih jenis perfume yang sesuai.Sebenarnya hanya terdapat 4 tahap kategori perfume iaitu:-

 1. PERFUME (PARFUM)

PERFUME
Gambar Hiasan

Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya boleh tahan mahal.

2.  (EDP) Eau de Parfum
Eau de Parfum
Gambar Hiasan

Mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada (di antara buah dada), di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.


3. EAU DE TOILETTE (EDT)

Eau de toilette
Gambar Hiasan
Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda. Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. 


4. COLOGNE / BODY MIST

COLOGNE / BODY MIST
Gambar Hiasan
Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

 

 

 

 

 

Tips bagaimana memilih perfume yang sesuai 

Beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk memilih minyak wangi yang sesuai untuk anda. Baiklah tanpa membuang masa berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh cuba :-

Cuba Minyak Wangi Pada Waktu Tengah Hari
Ini kerana deria bau kita berada pada kemuncak pada waktu ini. Dengan ini anda dapat memilih minyak wangi yang tepat dan sesuai dengan u all.

Ketahui Bau Kegemaran Anda 
Jurujual minyak wangi mempunyai pengalaman tentang jenis-jenis minyak wangi dan mereka mampu memberi cadangan berdasarkan kegemaran anda. Jika anda sukakan bau buah-buahan, beritahu kepada jurujual mengenai kegemaran anda tersebut.Mereka akan mencadangkan minyak wangi yang sesuai dengan anda.
Jangan Gosok Di Pergelangan Tangan 
Reaksi yang biasa orang lakukan apabila mencuba minyak wangi adalah dengan cara menggosok kedua pergelangan tangan. Jangan lakukannya kerana ia mungkin akan merosakkan komposisi molekul minyak wangi dan menjejaskan bau sebenar. Biarkan ia kering sendiri di tangan anda.
Elakan Memakai Minyak Wangi Sebelum Memilih 
Jika anda memang bercadang membeli minyak wangi elakkan dari memakai minyak wangi dari rumah. Lebih-lebih lagi jika anda menyembur minyak wangi pada pergelangan tangan anda. Ini kerana campuran dua minyak wangi ini dikhuatiri akan menjejaskan bau sebenar dan komposisi minyak wangi yang ingin anda cuba.
Jangan Gopoh Ketika Membeli Minyak Wangi 
Sesetengah minyak wangi hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas pemakaian. Jika anda mencuba minyak wangi dan sukakan baunya jangan terus beli! Ronda-ronda dahulu dan tunggu beberapa minit untuk memastikan anda dapat membuat keputusan yang baik. Lebih-lebih lagi jika anda bercadang untuk membeli minyak wangi yang mahal.






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


DASHING ADVENTURER EDGE 2.0 - WANGIAN PILIHAN JEJAKA MALAYSIA


Deodoran Semburan Badan Tanpa Gas

DASHING merupakan jenama yang melambangkan maskulin dan keyakinan.Dengan sejarah lebih daripada 20 tahun, jenama ini telah menjadi sebahagian daripada jiwa lelaki 
 
Malaysia.Terkenal dan sinonim dengan kualiti dan wangian yang tahan lama.
 
Dashing membolehkan lelaki moden untuk menyerlahkan daya  keyakinan mereka . Ianya juga dijual dengan harga yang berpatutan. DASHING memahami kaum lelaki serta menarik perhatian mereka dengan gaya yang kontemporari, gempak, bertenaga dan berkeyakinan. Jejaka DASHING amat mudah menjadi inspirasi kepada orang lain dengan daya tarikan serta personaliti mereka.
 
Baru baru ini iena telah di beri peluang untuk mencuba Dashing Edge 2.0 . Wangian ini cik iena hadiahkan kepada adik lelaki cik iena untuk di gunakan. Dashing Edge 2.0  merupakan haruman yang sesuai dengan jiwanya menurut adik cik iena . Dashing juga merupakan jenama pilihan adik cik iena untuk produk penjagaan wajah, mandian badan dan juga bedak .
 

DASHING ADVENTURER EDGE 2.0 

 
Tiga produk Dashing Edge 2.0 yang membuat adik iena tertawan adalah Deodoran Bebola Edge 2.0,Deodoran Spray Edge 2.0 dan juga Dashing Edge 2.0 EDT. 

Deodoran Bebola Dashing Efge 2.0

 

 
Ianya cepat kering dan dapat menghalang bau badan sehingga 60 jam. Ia juga memberikan perlindungan antibakteria. Deodaran Bebola Dashing ini mempunyai rumusan khas yang mengandungi formula cepat kering yang efektif tanpa rasa melekit. Deodoran Bebola Dashing Efge 2.0  sangat sesuai digunakan setiap hari tanpa meninggalkan kesan pada kulit.


Harga :  RM 6.50 termasuk 6% GST (Boleh didapati dalam 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY)

DASHING Deodarant Spray

 
DASHING Deodarant Spray
DASHING Deodarant Spray


DASHING Deodaran spray baru ini  tiada gas dan ianya lebih jimat jika dibandingkan deodoran spray dari jenama lain. Ia juga merupakan teknologi baru Deodoran Semburan Badan Tanpa Gas yang Pertama Di Malaysia. Deodaran Spray atau semburan ni mampu bertahan selama 2 bulan atau 750 kali semburan. Fungsi Deodoran Semburan Dashing ialah memberi perlindungan 24 jam iaitu menghalang bau badan dan menghapuskan bakteria.



Deodoran Semburan Badan Tanpa Gas
Deodoran Semburan Badan Tanpa Gas



Kelebihan Deodoran Spray Dashing Edge 2.0 :

  • - Mampat dengan cecair deodorant, 750 semburan
  • - Lebih wangian dan lebih cecair deodoran dalam setiap semburan
  • - Lebih jimat penggunaan, tiada pembaziran
  • - Satu botol lebih dari 2 bulan penggunaan
  • - Semburan yang rata dan menyeluruh
  • - Selepas semburan rasa selesa dan tidak melekit.
  • - Deodoran semburan Dashing memberikan perlindungan selama 24 jam.
  • - Menghalang bau badan dan memghapus bakteria.

Harga : RM 19.90 termasuk 6% GST (Boleh didapati dalam 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY)

Dashing Edge 2.0 EDT

 Dashing Edge 2.0 EDT
 Dashing Edge 2.0 EDT

Ianya mempunyai bau yang sangat harum dan memikat.Wangian yang berkualiti dan tahan lama. Kebanyakkan lelaki lazimnya mudah berpeluh kerana melakukan banyak aktiviti dan haruman dari Dashing mampu mengekalkan haruman maskulin,moden dan menyegarkan.

Harga EDT 100ML  : RM34.50 termasuk 6% GST (Boleh didapati dalam 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY)





 

DASHING adalah jenama penjagaan lelaki yang mempunyai produk merangkumi Minyak Wangi (EDT) ,Deodoran (Semburan,Beboa,Stik) ,Pembersih Muka , Mandian Badan dan Talkum.Semua produk Dashing mempunyai asas Semangat Manland yang memberi inspirasi dan menggalakkan nilai positif lelaki (persahabatan/persaudaraan).Lelaki DASHING adalah seorang jejaka moden,yakin dan bersemangat tinggi.

HARGA SETIAP PRODUK DASHING EDVENTURER

EDT 50ML
(Variasi : EDGE 2.0 & XTREME)
RM 18.90
termasuk GST

EDT 100ML
(EDGE 2.0, BOLD 2.0 & PURE ENERGY)
RM 34.50
termasuk GST

DEODARANT 'NO GAS' 150ML
(EDGE 2.0, BOLD 2.0 & PURE ENERGY)
RM 18.90
termasuk GST

ROLL-ONs 40ML
(EDGE 2.0, BOLD 2.0 & PURE ENERGY)
RM 6.50
termasuk GST



Untuk maklumat lanjut Sila Layari


Website : http://www.dashing.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/Dashing.MY/
Instagram : https://www.instagram.com/dashing_my/



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve