Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label blogger food review. Show all posts
Showing posts with label blogger food review. Show all posts

Izumi Japanese Cuisine Quizinn Nu Sentral


Izumi Japanese Cuisine Quizinn Nu Sentral
Kebiasaannya cik iena akan makan di Nu Sentral atau Kl Sentral selepas pulang bekerja sebelum ke program kerja amal di Bank muamalat Malaysia jalan melaka yang diadakan pada setiap hari khamis dan jumaat pada pukul 10 hingga 12 malam. Pada malam tersebut cik iena makan salah satu makanan kegemaran cik iena di Izumi Japanese Cuisine iaitu Teriyaki Chiken Bento. Sebenarnya cik iena ni tak suka makanan jepun sebelum ni. Tapi disebabkan simpan niat nak ke jepun kene belajar makan makanan jepun . Dan ini diantara salah satu menu yang memikat selera melayu cik iena ni.
Izumi Japanese Cuisine Quizinn Nu Sentral
Kebiasaan nya cik iena ambil DON set berharga RM 12.60, tak banyak sangat nak di makan. Tapi di sebabkan terpengaruh dengan harga promosi RM 13.70 di mana harga asal adalah RM 15.80


Izumi Japanese Cuisine Quizinn Nu Sentral



Izumi Japanese Cuisine Quizinn Nu Sentral
okay di sebabkan ini lah ambik bento set
 
 
 Yang peliknya bila cik iena bayar
HARGA ASAL
ini menaikkan kemarahan hahaha


Izumi Japanese Cuisine Quizinn Nu Sentral
harga asal

haha biasalah cik blogger memang tak boleh diam. cik iena tanya lah kenapa bukan harga promosi.
kemudian dia minta maaf salah pilih menu ape lah katanya.
So macam mana ni cik iena tanya, awak buat poster besar2 promo macam ni tak boleh minta maaf je bila salah key in harga .
Then dia bagi benda lain untuk mencukupkan apa yang cik iena bayar
 Nah cik iena makan sushi ni
ahaaa kite tak makan sushi
okay boleh masuk perut
lalallalalala


Izumi Japanese Cuisine Quizinn Nu Sentral

 Lain kali kalau korang tengok ada promosi ke apa pastikana amaun korang bayar betul. itu hak kita.
Biarlah dia nak kata kita banyak songeh ke ape kan.
(^_~)

Okay jemput layan gambar makanan kegemaran cik iena


Izumi Japanese Cuisine Quizinn Nu Sentral

Izumi Japanese Cuisine Quizinn Nu Sentral





Izumi Japanese Cuisine Quizinn Nu Sentral







Izumi Japanese Cuisine Quizinn Nu Sentral



Haaa adik cik iena pulak makan makanan melayu pula hari ni
Nah dia mengidam nasi ayam penyet




ayam penyet


 
 
Izumi Japanese Cuisine Quizinn Nu Sentral


Okay ini tuan empunya blog, kalau pergi kerja memang tak make up sebab cik iena keje as programmer jer. belakang tabir je ahaaa 
ehh takde la belakang tabir sangat
kerja berdepan coding je
ouh rabun mata

Izumi Japanese Cuisine Quizinn Nu Sentral
cik iena




Izumi Japanese Cuisine Quizinn Nu Sentral
adik cik iena



Izumi Japanese Cuisine Quizinn Nu Sentral
makanan melayu vs makanan jepun



 






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Cake Sense Portuguese Egg Tart


Pernahkah anda cuba Portuguese Egg Tart dari Cake Sense ?  Ianya sangat sedap, wangi dan lazat . Cik iena pasti  anda akan jatuh cinta dengan kulit rangup penuh dengan kastard telur lembut.



Cake Sense Portuguese Egg Tart


Cik iena merupakan penggemar Portuguese Egg Tart  sejak tahun 2007 . Cik iena mula mengenali Portuguese Egg Tart   ketika zaman belajar. Pada ketika itu cik iena hanya beli di Pasar malam berdekatan tempat belajar. Boleh dikatakan setiap minggu cik iena akan memakan Portuguese Egg Tart  . 


Cake Sense Portuguese Egg Tart
Cake Sense Portuguese Egg Tart

Cake Sense Portuguese Egg Tart
Cake Sense Portuguese Egg Tart



Selepas tamat belajar cik iena membeli Portuguese Egg Tart   di kedai-kedai roti . Diantara banyak kedai roti yang pernah cik iena beli cik iena tersangat menggemari Portuguese Egg Tart   daripada Cake Sense. Rasa nya berbeza daripada Portuguese Egg Tart  yang di jual di kedai-kedai roti lain. Seperti yang cik iena maklumkan anda pasti akan jatuh cinta keenakan nya, bau wanginya dan kerangupan kulitnya ditambah dengan kastad telur yang lembut dan cukup menyelerakan. 


Cake Sense Portuguese Egg Tart
jemput tengok isi dalam Cake Sense Portuguese Egg Tart, lembut je tau pasti memukau



Cik iena pasti, satu tidak mencukupi . Kebiasaan nya minimum cik iena akan makan dua Portuguese Egg Tart  . Tapi di Cake Sese cik iena mampu menghabiskan 3 Portuguese Egg Tart   sekali makan. Ouh besar nya perut cik iena . Itu baru sekali makan, belum masuk makan yang selepas-selepas itu kan (^_~)


Cake Sense Portuguese Egg Tart
Cake Sense Portuguese Egg Tart


Kepada anda di luar sana Jika anda ingin merasai  Portuguese Egg Tart cik iena cadangkan  anda  memcuba  Portuguese Egg Tart   daripada Cake Sense . Anda pasti teruja dengan keenakannya ! 
Ditambah lagi ianya di masak panas-panas untuk anda nikmati . Bukan Portuguese Egg Tart yang dah sehari dua okay . Tempoh hari ketika cik iena datang Cake Sense KLCC . Terlalu ramai pelanggan dan Portuguese Egg Tart dah habis . Selepas selesai makan tengah hari cik iena datang kembali sebab cik iena tau Portuguese Egg Tart akan sentiasa di bakar dan dibakar dan dibakar kerana ianya sangat mendapat perhatian ramai .
 

Nah tengok gambar bawah ni, memang segala menu di Cake Sence KLCC macam pisang goreng tau.



Cake Sense Portuguese Egg Tart
Kesemua nya macam pisang panas , habis cepat pada waktu lunch tapi jangan risau mereka akan bakar lagi


Untuk pengetahuan  Portuguese Egg Tart di jual pada harga

RM 12.60 Untuk 6 Pcs
RM 6.90 Untuk 3 Pcs




Cake Sense Portuguese Egg Tart




Cake Sense Portuguese Egg Tart
Travelling beruang cik iena pun suka Cake Sense Portuguese Egg Tart :)

 Wah , nampak tak cik iena borong Portuguese Egg Tart,
Cik iena nak belanja kawan-kawan office makan Portuguese Egg Tart
Sekali sekala minum petang ramai-ramai bersama rakan pejabat di pejabat memang meriah


Cake Sense Portuguese Egg Tart
Cake Sense Portuguese Egg Tart


 Nahhhh banyak kan borong, bukan Portuguese Egg Tart je tu. banyak lagi cik iena beli nak kongsi dengan kawan-kawan pejabat. Yang paling seronok di Cake Sense KLCC pekerja nya cukup peramah dan tidak berat mulut untuk mencadangkan makanan ape yang sedap yang sesuai untuk di cuba. itu yang jadi 3 beg plastik cik iena borong


Cake Sense Portuguese Egg Tart
taraaa borong sakan

 Terima Kasih kepada pekerja yang cukup budiman ini kerana melayan karenah cik iena yang kepochi nie



Cake Sense Portuguese Egg Tart
pekerja yang cukup baik hati melayan karenah cik iena



Cake Sense Portuguese Egg Tart
seronok kan kalau pergi kedai, layanan tiptop.. kita pun rasa nak datang lagi



Cake Sense Portuguese Egg Tart
keadaan kaunter yang sentiasa ada pelanggan


Cake Sense Portuguese Egg Tart
ehhh nak jugak bergambar depan cake sense cik iena nie :)

Menikmati keenakan  Portuguese Egg Tart bersama rakan-rakan pejabat



Menikmati keenakan  Portuguese Egg Tart bersama rakan-rakan pejabat
kalau tak selfie, bukan cik iena lah kan ops gambar selfie diatas bermake up yang tu pada hujung minggu, kalau cik iena pergi event memang bermake up. pergi kerja macam ni je tanpa make up. Yang atas tu cik iena ade event di GSC Tropicana City Mall. Haa kat sana pun ada Cake Sense tau. nanti cik iena bagi tau kat mana lagi cawangan nya

Menikmati keenakan  Portuguese Egg Tart bersama rakan-rakan pejabat
rakan pejabat cik iena pun akui keenakan portuguese egg tart


Okay selain daripada  Portuguese Egg Tart, cik iena juga cuba makanan yang lain. Jom tengok apa yang cik iena cuba

Euro Soft bread
Euro Soft bread berharga RM11.70
 Euro Soft bread ni sedap juga , tekstue roti yang lembut bersama kismis. Memang penggemar kismis akan menyukainya. Terdapat pelbagai jenis Euro Soft bread yang perlu anda cuba. Nanti cik iena cuba yang lain pula ya



Honey-B Cake
Honey-B Cake  RM 11.70

Cake ni tersangat lembut tau. Sedap sangat .cik iena suka. Sebelum ni pernah makan sponge cake tapi tak selembut ini. Tak dapat nak gambarkan kelembutan nya. Korang mesti cuba rasa. Patut lah tiap kali lalu Cake Sense KLCC tengok orang keluar dari situ bawa cake ni . Memang lembut, sedap. Cik iena rasa cake ni dia gunakan putih telur  sebab tu lembut .

 

Pandan Twinkie dan Chocolate twinkie RM4
Pandan Twinkie dan Chocolate twinkie RM4
 Pandan Twinkie dan Chocolate twinki pun lembut dimakan juga . 



Italian Grissini RM7.40
Italian Grissini RM7.40

Cik iena tak pernah makan Italian Grissini , ok lah setelah cik iena cuba. Boleh di terima perut





Mushroom Chiken Pie RM 12 (3pcs)
Mushroom Chicken Pie RM 12 (3pcs)
Cik iena juga merupakan penggemar Mushroom  Pie . Bila cik iena cuba Mushroom Chicken Pie memang tip top rasa dia tau. Beza dengan Mushroom pie tentulah yang ni ada ayam.hehe cik iena tak suka sangat ayam-ayam nie. kalau mushroom sahaja laju makan. Tapi bila makan Mushroom Chicken Pie ni  Sedap sangat. Mushroom dan ayam tu sangat berasa. Ada rasa lada hitam sikit. Kulitnya rangup. Alahai tergoda.. Auchh selepas Portuguese Egg Tart cik iena jatuh cinta pula dengan Mushroom Chicken Pie nie (^_~)


Wah panjang berceloteh. Okay lah untuk Maklumat Lanjut Boleh Layari

Facebook : Cake Sense
Instagram : @my_cakesense
Tel : 03-6272 1851
Fax : 03-6272 1831
Email : info@cakesense.com


Cawangan-cawangan Cake Sense


Petaling Jaya
No 19. Jalan SS 24/8 , Taman Megah
47301 Petaling Jaya
Tel/Fax : 03-7805 

Taman Tun Dr Ismail
No.26 Jalan tun mohd fuad, Taman tun dr ismail 
60000 Kuala Lumpur
Tel/Fax : 03-7727 0176

Tropicana City Mall
Lot LG-45 , Tropicana City Mall, jalan SS20/27 
47400 Petaling Jaya
Tel/fax : 03-7731 1908

Setia City Mall
Pot UG-K02, Setia City Mall , Persiaran setia dagang, Bandar setia alam, SEK U13
40170 Shah Alam

Suria KLCC
C03-C05, Suria KLCC Shopping centre, jalan ampang
50088 Kuala Lumpur
Tel/fax : 03-2163 5951


Paradigm Mall
Lot LG-30 , paradigm mall jalan SS7/26a , 
47301 Kelana jaya
tel : 03-7887 0189

Empire Shopping Gallery
Lot FK03A, First floor, Empire Subang, jalan SS16/1 
SS16, 47500 Subang ajaya
tel/fax : 03-5613 0189







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Char Kuey Teow Udang Galah Segar Sedap




Char Kuey Teow Udang Galah Segar Sedap


Char Kuey Teow Udang Galah istimewa daripada Bro Char Kuey Teow memang diakui sedap dan sangat dikenali dikalangan penduduk Tanjung Malim khusus nya Pelajar serta kakitangan UPSI dan juga terkenal di kalangan Blogger-blogger tanah air.

Char Kuey Teow Udang Galah istimewa daripada Bro Char Kuey Teow di masak sendiri oleh blogger terkenal Malaysia iaitu +Bro Framestone . Resepi yang diperolehi beliau adalah hasil daripada kaji selidik dan cubaan-cubaan memasak daripada beliau dan juga hasil dari food review yang pernah beliau sertai. Haa +Bro Framestone  sambil-sambil buat food review tu menjeling-menjeling cara masak dan resepi jugak tu.

Alhamdulillah berkat usaha beliau, beliau berjaya mendapatkan resepi Char Kuey Teow Udang Galah istimewa yang sedap yang mana ianya dinamakan Bro Char Kuey Teow


Bro Char Kuey Teow Di serbu Blogger KL



Char Kuey Teow Udang Galah Segar Sedap
bersama rakan-rakan blogger

Tanggal 16 September 2015 Bro Char Kuey Teow telah Di serbu oleh rakan  Blogger dari KL . Terima Kasih di ucapkan di atas layanan baik dari Bro Char Kuey Teow dan LampuNeon Cafe.
Kehadiran kami di sambut baik oleh +Bro Framestone . Rakan-rakan blogger lain dapat melihat sendiri aksi +Bro Framestone  memasak Bro Char Kuey Teow dengan api yang menjulang. Saat Api menjulang adalah saat yang paling dinantikan oleh rakan-rakan blogger untuk dirakamkan sebagai tanda  kenangan :)



Char Kuey Teow Udang Galah Segar Sedap
Tiket ETS

Char Kuey Teow Udang Galah Segar Sedap
pertama kali cik iena naik ETS

Char Kuey Teow Udang Galah Segar Sedap
hehe +Halim Brothers  tidur lah, iena and +Uncle Zuan  je tak tidur :D




Kehadiran cik iena kali ini bersama rakan-rakan blogger menaiki ETS.  Kami bertolak dari KL Sentral pada pukul  3.30 petang dan tiba di tanjung malim pada pukul 4.41 petang .  Untuk pengetahuan Bro Char Kuey Teow beroperasi pada pukul 5 Petang. Memang ngam dah masa kami sampai tu. Lepak-lepak ambil gambar di KTM  kemudian jalan kaki ke Bro Char Kuey Teow. Pukul 5 tepat sampai di Bro Char Kuey Teow.




Char Kuey Teow Udang Galah Segar Sedap
view dari KTM, kedai beratap biru tu la di mana BRo Char Kuey Teow beroperasi





Char Kuey Teow Udang Galah Segar Sedap
gambar si ktm tanjung malim, +Halim Brothers , cik iena & +Uncle Zuan 


Wahhh kami merupakan pelanggan terawal Bro Char Kuey Teow dan di sebabkan itu kot Bro Char Kuey Teow belanja kami makan. Wahhh sukanya cik iena. Semoga Bro Char Kuey Teow bertambah murah rezeki lepas ni tau.


Char Kuey Teow Udang Galah Segar Sedap


Char Kuey Teow Udang Galah Segar Sedap
haha cik iena nak selfie berlatar belakangkan +Bro Framestone  memasak

Char Kuey Teow Udang Galah Segar Sedap
nyummyy sedapnya.. rindu dah ni, bila la cik iena free nak ke tanjung malim ni

Char Kuey Teow Udang Galah Segar Sedap
Nyummyyy tinggal kulit udang galah je..haha sedap, nak tambah tapi malu sb datang ngan kawan blogger lalalalal..control ayu siket hihi

Char Kuey Teow Udang Galah Segar Sedap
bersama rakan-rakan blogger

Char Kuey Teow Udang Galah Segar Sedap
hehe sedondon kan kami :)



Char Kuey Teow Udang Galah Segar Sedap
Wahhh matching pulak cik iena dengan eazy, baju ni kami dapat masa pergi event KFC dengan Scha & Awal

Char Kuey Teow Udang Galah Segar Sedap
Ambil gambar dengan kereta pengantin, hehe nampak tak tu renda2


Okay pada anda yang berminat untuk mencuba keenakan char kuey teow udang galah dari Bro Char Kuey Teow  ni jangan lupa datang tanjung malim ye. Bro Char Kuey Teow  beroperasi di LampuNeon Cafe. Boleh rujuk peta di bawah.


LampuNeon Cafe Tanjung Malim



Okay nak tau lebih lanjut jom terjah

Facebook : BroCharKueyTeow
Instagram : @brocharkueyteow
Waktu Urus Niaga : 6.00 PM - 11.00 PM (AHAD - JUMAAT)



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve