Showing posts with label halal foods. Show all posts
Showing posts with label halal foods. Show all posts

Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Dessert Istimewa Dan Makanan Laut Segar Berkualiti


Menjamu selera dengan hidangan makanan laut segar bersama keluarga atau rakan-rakan pastinya memberikan satu pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Keenakan masakan makanan laut segar yang di hidangkan menjadi sukar dilupakan dengan hidangan pencuci mulut yang unik. lagi menarik.

Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Dessert Istimewa Dan Makanan Laut Segar Berkualiti


Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Dessert Istimewa Dan Makanan Laut Segar Berkualiti  yang di hidangkan khusus buat pelanggan yang hadir. Selain menghidangkan makanan laut segar yang segar serta enak Kualiti masakan yang ditawarkan juga setanding rasanya dengan restoran makanan laut ternama .



Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Dessert Istimewa Dan Makanan Laut Segar Berkualiti


Baru-baru ini Cik iena sendiri berpeluang mencuba keenakan masakan laut di Ombak Kitchen yang terletak di Bukit Jelutong Shah Alam. Selain masakan laut yang enak Ombak Kitchen juga menampilkan menu pencuci mulut yang unik lagi menarik.


Ombak Hot Cajun
Ombak Hot Cajun


Untuk pengetahuan, di Ombak Kitchen mereka menggunakan makanan laut yang segar  untuk di hidangkan kepada para pelanggan dan  mereka juga memasak menggunakan kaedah merebus bagi memastikan kesegaran dan 'juicyness'  makanan laut itu terasa dan terpelihara. Menarik bukan ?  Ianya tidak di masak menggunakan wok-fried atau deep-fried seafood . Jadi , kesegaran makanan laut dapat di kekalkan dan anda dapat  rasakan kesegarannya .



Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Makanan Laut Segar Berkualiti
Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Makanan Laut Segar Berkualiti




Selain dari menghidangkan makanan laut yang segar,mereka juga menghidangkan Udang dalam size Extra Large saja. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan Ombak Kitchen. Kerang Hamaguri juga  di import khas dari Jepun kerana mempunyai isi yang lebih banyak jika nak dibandingkan dengan kerang tempatan.


Ombak Kitchen juga turut menghidangkan Alaskan King Crab , Canadian Red Lobster yang di import dan banyak lagi makanan laut segar.  Apa yang menariknya di sini  lagi adalah mereka menghidangkan sos yang hanya menggunakan Western Sauce seperti Cajun Seasoning  dan Old Bay  Seasoning .


Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Dessert Istimewa Dan Makanan Laut Segar Berkualiti

Tambah Istimewa lagi mereka  masak menggunakan butter dan bukannya minyak masak bagi mengekalkan rasa pada masakan tersebut dan mereka juga menggunakan Rempah yang import khas .Nasi yang dihidangkan di sini juga memang menggunakan beras yang bermutu tinggi.


Pakai Tangan Jer

Pakai Tangan Jer
Pakai Tangan Jer


Menggunakan Tagline yang kreatif lagi menarik yang melambangkan ciri kemelayuan .  "Pakai Tangan Jer " . Di sini anda boleh makan menggunakan tangan tanpa rasa segan silu. Makan seperti anda berada di rumah sendiri .



Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Makanan Laut Segar Berkualiti
Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Makanan Laut Segar Berkualiti



Tak perlu rasa segan di sini jika anda tidak tau mengupas ketam dan sebagainya kerana pelayan di sini sedia membantu . Cik iena memang tak pandai makan ketam. Kebiasaannya ayah Cik iena yang akan kupaskan isi ketam bagi Cik iena . Di sini ada pelayan yang sangat memahami Cik iena . Bagus betul .

Terkial-kial Cik iena macam mana nak makan ketam yang besar ni . Simpan yang last la kononnya (^_~).



Menu di Ombak Kitchen



Menu di Ombak Kitchen

Terdapat 4 Jenis Combo Pilihan iaitu

  1. Combo 1
  2. Combo 2
  3. Combo 3
  4. Combo 


Ombak Kitchen
Terdapat 4 Jenis Combo Pilihan

Terdapat 4 langkah mudah untuk anda membuat pesanan .


STEP 1 :  Pilih menu combo


Ombak Kitchen
Pilih menu combo


STEP 2 :  Pilih perasa atau sos


 Pilih perasa atau sos
Pilih perasa atau sos

Tiga jenis sos istimewa Ombak Kitchen :

  • Ombak Hot Cajun
  • Dark Chili Chocolate
  • Zesty Lemon Butter 


Ombak Hot Cajun
Ombak Hot Cajun

Dark Chili Chocolate
Dark Chili Chocolate

Zesty Lemon Butter
Zesty Lemon Butter


STEP 3 :  Pilih tahap kepedasan 



Pilih tahap kepedasan
Pilih tahap kepedasan

  • Pedas sederhana
  • Pedas Biasa jer
  • Boom Super Pedas

STEP 4 : Pilih Add On Item


Pilih Add On Item
Pilih Add On Item





Review Ombak Hot Cajun di Ombak Kitchen


Ombak Hot Cajun merupakan menu yang paling di gemari oleh pelanggan yang hadir ke Ombak Kitchen . Cik iena sendiri telah merasa keenakan Ombak Hot Cajun ini . Rasa rempah yang di gunakan sangat berasa sehingga menjilat jari dan sehingga Fikiran Cik iena melayang memikirkan rempah apakah yang di gunakan sehinggakan rasanya menyentuh selera Cik iena.


Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Dessert Istimewa Dan Makanan Laut Segar Berkualiti


Cik iena memang sangat suka Ombak Hot Cajun . Pada yang suka makan pedas di cadangkan cuba Ombak Hot Cajun . Anda boleh ambil  tahap kepedasan sederhana bagi yang kurang makan pedas seperti Cik iena . Kalau yang ok makan pedas boleh cuba Boom Super pedas.


Jika sebelum ini Cik iena pernah memakan makanan laut sebegini yang di taburkan diatas meja tapi rasanya berbeza dengan Ombak Hot Cajun di Ombak Kitchen . Dari segi kualiti makanan laut juga berbeza. Di Ombak Kitchen makanan laut yang di gunakan adalah segar dan bersaiz besar. Sangat puas hati.


Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Dessert Istimewa Dan Makanan Laut Segar Berkualiti


Harga juga boleh dikatakan murah dengan kualiti kesegaran makanan laut yang di hidangkan . Kepada anda di luar sana yang menggemari makanan laut Cik iena cadangkan makan di Ombak Kitchen dan cuba Ombak Hot Cajun.  Cik iena yakin anda akan suka flavour ini.


Ombak Chili Hot Cajun di Ombak Kitchen 





Menikmati Keenakan Ombak Chili Hot Cajun di Ombak Kitchen





Hidangan Appetizer 


Sebelum menikmati keenakan Ombak Hot Cajun, Cik iena telah mencuba dua hidangan Appetizer yang sememangnya sangat Cik iena gemari . Walaupun Cik iena sebenarnya tak makan daging . Beef Meat Ball dia memang sangat sedap. Cik iena boleh makan.


Beef Meat Ball
Beef Meat Ball


Kebiasaannya Cik iena akan Cuba dulu Beef, kalau tak boleh telan baru Cik iena Stop. Beef Meat Ball dia memang sedap , Cik iena boleh makan. Digandingkan dengan Blackpepper sauce yang agak manis sedikit tapi pekat likat dan sedap.



Sup Ketam
Sup Ketam

Satu lagu menu appetizer yang Cik iena cuba adalah Sup Ketam. Wow pertama kali Cik iena cuba memang sedap. Kalau tengok gambar memang takde ketam . Sup ini menggunakan air rebusan ketam dan juga ada isi ketam dan ditambah dengan tomato dan jagung. Wah sedap bangat. Memang Cik iena suka .



Sup Ketam Sedap
Sup Ketam Sedap



Heavenly Manis Dessert



Heavenly Manis Dessert

Selepas menikmati hidangan  Ombak Hot Cajun ni Cik iena makan Pencuci mulut atau dessert yang paling menarik dan unik pernah Cik iena cuba kerana ianya di lukis seperti anda sedang melihat pantai dan ombak di tepi pantai . Ehh apa iena tulis.


Heavenly Manis Dessert
Heavenly Manis Dessert


Okay boleh lihat gambar di bawah tau . Ini memang sangat mengujakan Cik iena. Excited sangat bila dia datang dan cakap nak lukis Dessert . Terkejut jugak  masa dia datang sebab dah sampai waktu dessert tapi bawa dulang berisi sos, buah, durian crepe . Tapi dalam dulang tanpa deco . Rupanya dia nak lukis pantai dan ombak :)


Heavenly Manis Dessert

Pencuci mulut ini sangat menarik dan sangat sesuai buat anda yang bekeluarga. Kanak-kanak pasti menggemari dessert ni . Jadi luangkan lah masa bersama keluarga datang sendiri ke sini selain mencuba Ombak Hot Cajun yang sedap. Boleh juga cu Dessert istimewa mereka yang di beri nama Heavenly Manis.



Heavenly Manis Dessert
Heavenly Manis Dessert

Heavenly Manis Dessert di ombak kitchen






Dekorasi Ruang Restoran Ombak Kitchen.




Dekorasi Ruang Restoran Ombak Kitchen.

Dekorasi Ruang Restoran Ombak Kitchen.


Dekorasi Ruang Restoran Ombak Kitchen.

Dekorasi Ruang Restoran Ombak Kitchen.

Dekorasi Ruang Restoran Ombak Kitchen.


Dekorasi Ruang Restoran Ombak Kitchen.






Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Dessert Istimewa Dan Makanan Laut Segar Berkualiti


Kepada anda penggemar makanan laut jangan lupa Cuba sendiri keenakan masakan di Ombak Kitchen yang terletak di Bukit Jelutung Shah Alam . Waktu beroperasinya adalah  :-

Selasa - Jumaat  : 5.00 PM Hinggan 11.00PM
Sabtu - Ahad : 12.00 PM Hingga 12 AM
Isnin Cuti.




Untuk Maklumat Lanjut :

Facebook : https://www.facebook.com/ombakkitchen/
Instagram : https://www.instagram.com/ombakkitchen/
Alamat : No.5.G.01 D'Vida Business Centre Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong 40150 Shah Alam.
Shah Alam
Telefon : 03-7734 4699

Ayam Goreng Chicken Fiesta A&W Lazat, Lembut , Rangup dan Pedas


Cik iena bergambar bersama rooty bear



Hai semua , Hari ni Cik iena nak kongsi mengenai A&W . Siapa tak kenal dengan restoran makanan segera ini yang sinonim dengan RB Float ( yang mana sebelum ini di kenali dengan nama Root Beer Float), Beef Coney (yang mana sebelum ini di kenali dengan nama  Coney Dog) dan Golden Aroma Chicken.


JOM MAKAN CHICKEN FIESTA DI A&W
JOM MAKAN CHICKEN FIESTA DI A&W


Seperti yang kita sedia maklum, A&W sudah bertapak lebih setengah abad namun ianya masih mampu mengekalkan identiti dengan hidangannya yang di hidang segar dan enak.   Buat penggemar ayam A&W khususnya , julung kalinya, A&W Malaysia mengadakan promosi Chicken Fiesta yang bakal bermula 7 November ini dalam memperkenalkan semula ayam gorengnya secara besar-besaran.


Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia
Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia


Cik iena sendiri telah cuba menu chicken fiesta ini beserta menu baru semasa di  Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia. Majlis tersebut berlansung di A&W cawangan Batu Road, Jalan Tunku Abdul Rahman.


Bakal Model A&W
Ehem agak2 boleh tak jadi Model BAru A&W hahaha

Ayam Goreng Chicken Fiesta A&W Lazat, Lembut , Rangup dan Pedas


Untuk itu cik iena kongsikan sedikit mengenai menu yang cik iena cuba baru-baru ini . Antara menu yang ingin cik iena highlight kan adalah seperti di bawah:


RB Float


RB Float yang dahulunya di kenali dengan nama Root Beer Float sememangnya menjadi kegemaran cik iena . Ianya di hidangkan berlainan dari restoran lain yang menawarkan air float. Untuk pengetahuan, sebelum RB Float di hidangkan, Gelasnya terlebih dahulu akan di sejukkan di dalam Freezer kemudian barulah ianya di gunakan.

 RB Float
RB Float sentiasa menjadi pilihan di A&W



Jadi rasanya agak lain berbanding air float sendiri yang anda buat di rumah mahupun di restoran lain. Sekiranya anda inginkanrasa yang sama anda seharusnya membeli Mug RB Float tersebut dan menyejukkan nya di dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum meminum float ataupun air-air berkabonat yang lain.

 RB Float
RB merupakan signature drink di A&W yang sangat di gemari ramai


Untuk mendapatkan RB Float Mug ini teruskan membaca okay :)


 RB Float
cik iena sedang menikmati RB Float



Golden Aroma Chicken ('GAC')




Salah satu daripada menu A&W yang terkenal di kalangan peminat ayam goreng adalah Golden Aroma Chicken  dan Spicy Aroma Chicken . Golden Aroma Chicken mempunyai keistimewaannya  yang tersendiri berbanding ayam goreng yang lain. Ayam dari A&W ini  dilapisi tepung dengan herba-herba istimewa dan dimasak sempurna sebelum dihidangkan kepada pelanggan . Rasanya yang lazat, lembut adalah antara ciri utama keunikan ayam ini.


Golden Aroma Chicken
Golden Aroma Chicken




Spicy Aroma Chicken ('SAC')


Spicy Aroma Chicken
Spicy Aroma Chicken


Spicy Aroma Chicken . Golden Aroma Chicken juga adalah Salah satu daripada menu A&W yang terkenal di kalangan peminat ayam goreng . Ianya  dilapisi tepung dengan herba-herba istimewa yang sangat pedas dan dimasak sempurna sebelum dihidangkan kepada pelanggan . Rasanya yang lazat, lembut dan pedas .


Spicy Aroma Chicken
Spicy Aroma Chicken



Chicken Poppers


Chicken Poppers merupakan chicken pop corn yang di hidang bersama sos istimewa yang sangat lazat . Sejujurnya antara tiga menu yang cik iena cerita, cik iena tersangat menggemari Chicken Poppers ini .

Chicken Poppers
Chicken Poppers


Rasa unik sos ala-ala sos thai namun begitu ianya bukan sos thai kerana terdapat rasa unik lain yang terdapat pada sos tersebut. Cik iena sangat menggemari rasa sos tersebut membuatkan cik iena memakannya berulang-ulang dan cik iena juga makan sos uniknya bersama Golden aroma chicken.
 





Promosi Ayam Goreng Fiesta Chicken  


Promosi Ayam Goreng Fiesta Chicken
Promosi Ayam Goreng Fiesta Chicken 


Bermula dari 7 November, 2017, buat kali pertama, A&W Malaysia akan mengadakan promosi ayam goreng Fiesta Chicken untuk memperkenalkan semula secara besar-besaran. Terdapat 3 jenis set kombo yang ditawarkan oleh A&W sempena Chicken Fiesta ini iaitu Golden Aroma Chicken ('GAC') dan Spicy Aroma Chicken ('SAC') yang akan  di hidangkan bersama RB Float dalam pakej kombo Set-set ini seperti berikut :







chicken fiesta
Dua ketul  ayam, RB Float dan kentang goreng pada harga  RM15 .45 sahaja

  Dua ketul  ayam, RB Float dan kentang goreng pada harga  RM15 .45 sahaja.




chicken fiesta
Enam ketul ayam dan 3 Gelas RB Float pada harga RM 36.99 sahaja.


Enam ketul ayam dan 3 Gelas RB Float pada harga RM 36.99 sahaja.




chicken fiesta
Sembilan ketul ayam dan 4 gelas RB Float pada harga  RM53 .99 sahaja.


Sembilan ketul ayam dan 4 gelas RB Float pada harga  RM53 .99 sahaja.






Untuk harga ala carte ,


2 ketul Ayam RM 10.25
 6 Ketul Ayam RM29.00
9 Ketul Ayam RM45
Chicken Poppers RM5.30





A&W Limited Edition Mug 2017 pada harga RM49.90


A&W Limited Edition Mug 2017 pada harga RM49.90
A&W Limited Edition Mug 2017 pada harga RM49.90




Buat pertama kalinya juga, A&W menawarkan promosi pembelian A&W Limited Edition Mug 2017 bermula 11 Oktober lalu hingga hujung tahun ini. Orang ramai boleh mendapatkan mug berukuran 20oz yang didatangkan khas dari Amerika Syarikat ini di semua cawangan A&W sementara stok masih ada pada harga RM49.90 sahaja.


A&W Limited Edition Mug 2017 pada harga RM49.90
A&W Limited Edition Mug 2017 pada harga RM49.90




Mengenai A&W (Malaysia) Sdn Bhd


Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia
Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia


A&W (Malaysia) Sdn Bhd adalah sebuah restoran makanan segera atau quick service restaurant (‘QSR’) yang pertama kali dibuka di Malaysia. Untuk pengetahuan ,  Restoran A&W  di Batu Road, Jalan Tunku Abdul Rahman, dibuka pada 31 Oktober 1963 dan ia merupakan Restoran QSR yang pertama di negara ini.

Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia
Majlis Product Preview Untuk Chicken Fiesta A&W Malaysia

Selepas lebih dari setengah abad di negara ini, A&W terus mengekalkan identitinya dengan produk Signature yang terkenal sebagai RB Float (dahulunya dikenali sebagai Root Beer Float), Waffle, Beef Coney (dahulunya dikenali sebagai Coney Dog ) dan Golden Aroma Chicken yang tidak pernah mengubah rasa sejak diperkenalkan.



Cik iena bergambar bersama rooty bear
Cik ienarasa rooty bear ni nak kenyit mata dengan cik iena tapi tak boleh hahaha..apasal la pandang cik iena gituh ehh..comel eh cik iena ..lalalallalaaaa




Untuk Maklumat Lanjut Layari :


Website : www.anwmalaysia.com.my
Facebook : A&W Malaysia - Official
Instagram : https://www.instagram.com/anwmalaysia/
Twitter : https://twitter.com/anwmalaysia





Cik iena bergambar bersama rooty bear
Cik iena bergambar bersama rooty bear

Comel betul dua ketul Rooty Bear ni kan. Dekat rumah cik iena adear Bear besar lebih kurang macam ni tapi dia kontot la. Gemuk pendek. Katil Bujang cik iena dia yang punya. Letak dia seketul memang untuk dia je. CIk iena dapat tidur sikit je. Tengah malam cik iena tendang dia ke lantai haha..


Kalau bear cik iena boleh gerak macam ni lari tak cukup tanah oooooo




Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve