Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label blogger food review. Show all posts
Showing posts with label blogger food review. Show all posts

The Lemuni , Janda Baik Pahang

The Lemuni merupakan antara Kedai Makan yang dikenali di Janda Baik, Pahang. Kedai makan yang menawarkan menu kampung dengan  dekorasi suasana kampung yang cukup indah dan tenang. Walaubagaimanapun harga makanan ini boleh dikatakan mahal dan portion nya juga sangat sedikit. 

The Lemuni , Janda Baik Pahang

The Lemuni , Janda Baik Pahang
Bergambar bersama rakan

The Lemuni , Janda Baik Pahang
Sedang mengambil ulam ulaman dan sambal untuk set lunch

Pada sebelah pagi menu yang ditawarkan adalah menu buffet berharga RM45 per pax. Tengah hari pula menu set. Tiada pilihan ala carte untuk waktu pagi mahupun tengah hari. Menu ala carte hanya bermula jam 4 petang keatas.

Maaf semasa keberadaan disini Cik iena tak sempat ambil gambar banyak kerana sibuk berborak bersama rakan-rakan dan ada diantara rakan-rakan yang terkesima dengan harga jadi Cik iena tak sampai hati nak beria pergi sekitar kawasan ini untuk ambil gambar. Nanti nampak macam Cik iena seorang je enjoy pergi tempat ni. Walaupun hati memberontak rontak nak pusing pusing ambil gambar kan haha

The Lemuni , Janda Baik Pahang
The Lemuni , Janda Baik Pahang

The Lemuni , Janda Baik Pahang
The Lemuni , Janda Baik Pahang

The Lemuni , Janda Baik Pahang
The Lemuni , Janda Baik Pahang

The Lemuni , Janda Baik Pahang
Pintu masuk The Lemuni , Janda Baik Pahang

The Lemuni , Janda Baik Pahang

The Lemuni , Janda Baik Pahang

Dari segi price Cik iena ok sahaja asalkan tempat tu meet my criteria. Banyak tempat Cantik untuk bergambar. Tapi memandangkan Cik iena datang bersama rakan -rakan dan bukan semuanya sama citarasa. Jadi Cik iena tidak lah beriya pergi ambil gambar di kawasan sekitar.

Jadi hanya ini sahaja gambar yang ada. Tapi memang tempat ni susasana sangat cantik lagi lagi makan di bawah rumah tu. Kampung Vibes sangat tau.  Boleh tonton reel cik iena untuk lihat makanan yang kami pesan.

Cik iena cuma ambil gambar menu untuk makan tengah hari untuk rujukan. Untuk menu lain tak ambil. Kalau owner kedai panggil suruh review baru kene ambil semua gambar menu. Tapi memandangkan Cik iena datangsendiri makan dengan kawan kawan CIk iena ambil yang berkaitan sahaja.

Berikut untuk harga makanan sebagai rujukan anda juga ok

HArga Makanan The Lemuni , Janda Baik Pahang

 Jumlah harga kami makan 13 pax versi order berjimat RM413 .  Ambil set 4 pax tu dua set kemudian tambah nasi putih dan tambah 1 jug air teh o. Sebab air yang dia bagi tak cukup menampung 13 pax sebab order 8 pax kan. Cik iena ingatkan ya portion makanan disini sangat sedikit. Jadi sebenarnya apa yang kami order sangat tidak cukup untuk 13 pax. Kemudain tambah dua telur dadar. Jadi kalau dia tulis 4 Pax. Ianya sekadar cukup untuk mengalas perut 4 pax tanpa lebihan makanan. Kalau yang makan tu jenis suka makan bertambah. Ianya sangat tidak mencukupi.Sangat berbeza portion makanan kedai lain yang agak banyak untuk harga macam ni. Sampai KL memasing cari makan lagi sebab lapar. Terpaksa makan sikit dekat The Lemuni sebab portion sikit tak seperti kedai lain yang kebiasaannya order untuk 4 pax akan ade lebihan makanan jadi boleh ambil 4 pax makan untuk 5 atau 6 pax. Sangat berbeza tau. SKIT. Banyak kali highlight ni haha.  Jangan cakap cik iena tak Habaq naaaaaa.

Info dibawah yang cik iena dapat dari instagram @thelemuni pada november 2023

Buffet Sarapan
Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja

Makan Tengahari

Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad & Isnin.

Buffet Hi Tea

Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja

TUTUP

Selasa & Rabu

𝑭𝒐𝒓 𝒓𝒆𝒔𝒆𝒓𝒗𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏, 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒇𝒊𝒍𝒍 𝒖𝒑 𝒎𝒆𝒏𝒖 𝒇𝒐𝒓𝒎 𝒊𝒏 𝒕𝒉𝒊𝒔 𝒍𝒊𝒏𝒌👇
https://wasep.me/the-lemuni

BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR | CITARASA ZAMAN BERZAMAN

BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

Ramadan semakin menghampiri kita. pastinya ramai yang sedang mencari lokasi berbuka puasa pada tahun ini.Dalam memilih lokasi berbuka puasa Buffet Ramadan bersama Keluarga mahupun rakan rakan pejabat tentu terdapat pelbagai faktor yang dititikberatkan dari segi menu, lokasi, keadaan persekitaran dan juga harga. 

Jadi disini Cik iena ingin kongsikan gambar dan video  semasa Cik iena di Majlis Prebiu Berbuka Puasa "Citarasa Zaman Berzaman" di Zendre Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
Sudah pastinya banyak menu menarik yang terdapat semasa majlis prebiu tersebut . Aneka menu tersebut juga bakal menambat selera anda semua termasuk juga selera Cik iena.

BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

Seperti tahun sebelumnya, masih mengekalkan konsep Bertemakan Citarasa zaman berzaman, Hotel Seri Pacific Kuala lumpur menawarkan lebih 200 jenis masakan yang berbeza setiap hari yang disediakan oleh Chef-Chef hebat dari Hotel ini dengan menampilkan aneka menu nostalgia Melayu, India, Cina dan masakan barat.

Masakan kampung seperti 'Asam Pedas Daging Tetel', 'Bubur Lambuk', 'Sup Gear Box', 'Masak lemak pucuk manis dengan labu' adalah beberapa hidangan Melayu Tradisional  yang mesti anda cuba di Bufet Ramadan Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.  

Hidangan lain yang turut menjadi kegemaran ketika berbuka puasa adalah 'Kambing Panggang' yang turut menjadi salah satu tarikan ramai zaman berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur termasuk 'Sup Gear Box- Power', 'Sup Ekor Bakar', 'Kari Kepala Ikan', 'Kue Tiaw Goreng'  dan 'Satay'. Bagi anda yang menitik beratkan soal pemakanan dan diet seimbang pula, anda bolehlah memilih Ulam-Ulaman Kampung sebagai hidangan sampingan.
 
BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
 
Selain daripada itu terdapat juga aneka pencuci mulut untuk dipilih seperti bubur 'Pengat Pisang', 'Pulut dan Serawa Durian', 'Ais Batu Campur (ABC)', 'Kuih-muih Melayu', kek dan juga pelbagai jenis minuman. 

BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
 
BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

Harga Bufet Ramadan 2023 - Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2023 di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur bermula dari 25 Mac 2023 hingga 20 April 2023 dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Harga Bufet Ramadan Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur adalah seperti berikut :

Dewasa (Seorang) - RM150 / Nett 
Kanak-Kanak (Seorang - 5-12 Tahun) - RM75 / Nett
Warga Emas (Seorang) - RM75 / Nett

BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

Bufet Ramadan Early Bird Offer! 

BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

Istimewa buat anda semua, dapatkan harga istimewa Early bird Price dengan menempah awal untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan dan keluarga di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur sehingga 15 Mac 2023 pada harga :

Dewasa (Seorang) - RM120 / Nett
Kanak-Kanak (Seorang - 5-12 Tahun) - RM60 / Nett
Warga Emas (Seorang) - RM60 / Nett

Review Bufet Ramadan Seri Pasific Kuala Lumpur

Seperti sebelumnya Hotel Seri pasific Kuala Lumpur sememangnya tidak mengecewakan Cik iena. Masih mengekalkan harga yang sama pada tahun 2022 namun terdapat perbezaan jumlah menu iaitu dikurangkan daripada 300 kepada 200. Namun pada Cik iena tidak terasa pengurangan menu kerana 200 masih lagi banyak. Kebanyakan Hotel menaikkan harga Bufet ramadan berbeza dengan Hotel Seri Pasific masih mengekalkan harga cuma berbeza pada jumlah menu hidangan.

BUFET RAMADAN 2023 SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

Dari segi suasana di sini sangat selesa tidak kira datang bersama teman, keluarga mahupun upacara berbuka puasa bersama syarikat. Ruang makan yang sangat luas. Malahan sesuai juga untuk tempat berbuka pelajar pelajar institusi awam atau swasta yang ramai. Kemudahan parking juga sangat mudah. Selain parking di hotel terdapat banyak parking berdekatan.

Dari segi rasa makasakn masih mengekalkan keenakan masakan asli. Cik iena suka akan rasa masakan disini terutama masakan tradisional , aneka kerabu serta aneka sambal dan juga kuih muih traditional.

Mengenai Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur terletak di pusat perniagaan utama di ibu kota bertentangan dengan pusat membeli belah terkenal Sunway Putra Mall. Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur adalah hotel yang bertaraf 5-bintang yang mengetengahkan kehebatan budaya hospitaliti Malaysia Disamping itu, hotel ini memaparkan kemewahan dan keselesaan cara hidup moden. Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur dikelilingi infrastruktur yang moden dan canggih. la berdekatan dengan kemudahan LRT (Light Rail Transit) di Stesyen WTC dan KTM Komuter di Stesyen Putra.

VLOG MAJLIS PREBIU BUFET RAMADAN 2023 CITARASA ZAMAN BERZAMAN SERI PACIFIC HOTEL KL

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur,

Website : https://www.seripacifichotel.com/ 

Hubungi +60 11-2175 3626

Warung Bunian Destinasi MakanTerbaik

Kepada anda yang inginkan suasana kampung yang indah ketika menikmati sarapan pagi anda seharusnya datang ke Warung Bunian yang terletak di Kampung Sungai Merab Kajang. Disini anda dapat rasakan suasana nyaman dikampung. Lokasi kedai yang terletak di kawasan berbukit. Anda akan dapat nikmati permandangan indah bukit bukau disini.

Warung Bunian
Warung Bunian

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Warung bunian merupakan nama yang diberi oleh pelanggan untuk  warung tapak sulaiman kerana lokasinya yang tersorok. Bagi Cik iena memang kena dengan nama kerana lokasi kedai yang agak tersorok . Pertama kali Cik iena ke Warung bunian Cik iena sendiri terlepas kedai ni kerana lokasinya yang tersorok dan jalannya yang agak kecil. 

Review Warung Bunian

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
OOTD masa nak queue untuk order di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Baru baru ini Cik iena berkesempatan bersarapan pagi di Warung bunian. Walaupun terpaksa beratur sehingga 40 minit untuk order makanan cik iena rasakan penantian ini sangat berbaloi dengan rasa masakan yang cik iena makan. Untuk pengetahuan ini merupakan kali kedua Cik iena kesini akan tetapi ini merupakan kali pertama Cik iena makan disini.

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
OOTD selepas selesai makan di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Kali pertama cik iena hadir lebih kurang setahun lepas namun ketika itu kedai tidak buka .Kali pertama hadir, dua kali pusing untuk cari kedai. Jadi kali kedua hadir kami tidak sesat kerana pernah datang kedai ni sebelum ni. Walaupun rasa macam salah jalan , rasa macam sesat. Betul ke jalan ni sebab jalan kecil. Tapi disebabkan pernah sesat disini masa cari kedai ni jadi kami yakin dan teruskan ke destinasi.

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Norma dan peah di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Cik iena sarapan pagi di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Alhamdulillah rezeki kami dapat parking senang. Sejujurnya susah untuk cari parking dengan lokasi kedai di tepi bukit dengan keadaan jalan yang kecil yang hanya boleh lalu kereta utntuk satu haluan sahaja. kalau terserempak memang kene ketepi. 

Layanan Pekerja yang bagus dari Warung Bunian

Secara keseluruhan pekerja mereka memang terbaik dan bagus. Dari proses pesanan sehingga dapat makanan memang mudah. Masa nak pesan pun pekerja yang jaga cashier memang pandai layan pelanggan, iena tanya menu apa dia sebut semua menu dan dia cadangkan menu yang selalu orang pesan.

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Jadi menu lain Cik iena tak ingatlah sebab kedai ni takde buku menu yang cik iena perasan. So cik iena tak boleh nak ambil gambar menu dan bagi tau menu apa yang ada. Sebab tu Cik iena bertanya pada cashier.

Bayar QR Pay Lebih Mudah

Walaupun kedainya terletak diceruk kampung dengan dekorasi kedai yang masih mengekalkan gaya warung yang klasik namun kaedah pembayaran sudah moden ya. Anda tak perlu risau jika tak cukup cash. Boleh bayar menggunakan QR pay.

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
 
40 Minit beratur Pesan Makanan di Warung Bunian

Masa yang diambil untuk beratur sehingga tiba giliran memesan makanan adalah 40 minit semasa kedatangan Cik iena. Walaupun beratur panjang tapi suasana keindahan kampung ditepi bukit ini semamngnya akan buat anda leka dengan keindahan alam, dengan view bukit bukau yang cantik .

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Menu yang kami order di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

20 Minit makanan siap

Selepas 20 minit, makanan pun siap . Jadi lebih kurang 1 jam dari beratur untuk pesan makanan sehingga makanan siap dihidang. Alhamdulillah walaupun 1 jam menunggu , bila dapat makanan memang tidak mengecewakan. Rasa masakan sedap dan memang Cik iena sangat recomend dekat kawan kawan cik iena.

Nasi Lemak telur Bungkus

Nasi Lemak telur Bungkus Warung Bunian
Nasi Lemak telur Bungkus Warung Bunian
Nasi Lemak telur Bungkus merupakan menu yang famous di Warung Bunian. Rasa nasi lemak dia memang sedap cukup lemak, masin. Cukup rasa lemak nasi lemak nya. Telur bungkus nya rasa sedikit manis manis pedas melengkapkan lagi rasa nasi lemak tersebut. Walaupun dimakan tanpa sambal ianya cukup lazat dang sangat menyelerakan.
 
Sambal dia bagi Cik iena biasa biasa tapi portion sambal yang dia bagi memang banyak jika dibandingkan dengan kedai lain, sambal nasi lemak mereka bagi sedikit sahaja. Berbeza dengan warung bunian , sambal nya agak banyak. Sambal pula tak pedas sangat. Just nice untuk Cik iena yang tak makan pedas.
 
Terdapat 3 pilihan nasi lemak telur bungkus iaitu 
  • Nasi lemak telur bungkus biasa 
  • Nasi lemak telur bungkus Ayam Goreng
  • Nasi lemak telur bungkus Sambal Sotong

Nasi Lemak telur Bungkus Warung Bunian
 
Untuk Nasi lemak telur bungkus ayam goreng. Ayam goreng dia memang cukup rasa.Walupun makan bahagian isi. Tetap berasa perapan ayam. Ayam tak kering lah orang kata. Juicy.
 
Untuk  Nasi lemak telur bungkus Sambal Sotong pula mereka gunakan sotong plastik. Cik iena panggil sotong plastik. Untuk sambal ni rasa biasa biasa je. Tapi bila makan dengan telur bungkus yang menyaluti nasi lemak yang berlemak cukup rasa tu memang sedap sangat sangat.

Rating Nasi Lemak Telur Bungkus 

10/10

Roti Jiwa Kacau

Antara menu yang anda wajib cuba selain nasi lemak telur bungkus. Roti Jiwa kacau memang buat jiwa iena kacau sebab teringatkan keenakan Roti Jiwa kacau ni. Untuk pengetahuan Roti Jiwa Kacau merupakan roti canai yang dicarik dan digaul bersama telur kemudian di masak kembali seperti roti canai.

Roti Jiwa Kacau Warung Bunian
Roti Jiwa Kacau Warung Bunian

Sejujurnya gigitan pertama cukup membuat anda jatuh cinta dengan menu roti jiwa kacau. Gigitan pertama rasa manis manis pedas yang enak. Kalau makan tanpa kuah kari pun sudah memadai dan sudah cukup enak untuk dinikmati. Kuah karinya pula agak manis buat cik iena. jadi cik iena lebih gemar makan roti jiwa kacau sahaja tanpa kari. Cik iena ni tak minat sangat kari. 

Roti Jiwa Kacau Warung Bunian
Roti Jiwa Kacau Warung Bunian

Rating Roti Jiwa Kacau

10/10

Rating Keseluruhan

Cik iena bagi rating berdasarkan menu yang Cik iena cuba sahaja. Cik iena cuba menu Nasi Lemak Telur bungkus ayam goreng , nasi lemak telur bungkus sambal sotong, roti jiwa kacau, teh tarik, kopi panas dan neslo . Kesemua manu yang dicuba sangat menepati citarasa Cik iena. Jadi cik iena bagi 10/10

VLOG SARAPAN PAGI DI WARUNG BUNIAN

Waktu Operasi Warung Bunian

7.30 am hingga 11.00 am 

Hubungi/Tempahan: 017-3812246

Alamat : No.80 A,  Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor

FAcebook : https://www.facebook.com/KedaiMakanTapakSulaimanDesaPutraKajangPutrajaya/

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve