Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label halal foods. Show all posts
Showing posts with label halal foods. Show all posts

Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging


Masihkah anda ingat restoran yang pernah menjadi kontroveri oleh Azwan Haji Ali dan pernah viral disebabkan harga steak yang beribu.  Me'nate Steak Hub merupakan rangkaian restoran yang cukup popular dengan hidangan dagingnya. Pelbagai bahagian daging kambing dan lembu dimasak cukup sempurna dengan keunikkan caranya yang tersendiri menjadikan restoran ini menjadi tarikan penggemar daging.


Me'nate Steak Hub
Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging

 Untuk pengetahuan semua tidak semuanya mahal di  Me'nate Steak Hub,  malahan harganya adalah standard  seperti restoran berprestij tinggi lain. Namun daging seperti Wa'gyu yang mana umum sudah ketahui bahawa ianya bukan daging biasa-biasa malah ianya salah satu daging yang amat premium yang biasa di makan oleh orang-orang kaya seluruh dunia sahaja.

Me'nate Steak Hub
Me'nate Steak Hub  Setapak


Jadi anda boleh nikmati hidangan steak dengan pelbagai harga mengikut kemampuan dan citarasa anda. Baru-baru ini cik iena berkesempatan ke Me'nate Steak Hub Setapak di mana cik iena di maklumkan bahawa terdapat Hidangan Istimewa Ramadhan 2016 yang akan di tawarkan kepada pelanggan bersempena bulan mulia penuh barakkah bulan Ramadhan Al Mubarak.


Me'nate Steak Hub
Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging


Me'nate Steak Hub
Bahagian,bahagian pada lembu dan kambing





Istimewanya untuk ramadhan kali ini Me'nate Steak Hub telah memperkenalkan beberapa menu baru sebagai pilihan tambahan bagi mereka yang datang untuk berbuka di sini bersama keluarga mahupun rakan-rakan tersayang.




Hidangan Istimewa Ramadhan 2016 di Me'nate







Me'nate Steak Hub
Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging


Terdapat 4 kategori menu istimewa yang diperkenalkan dan ke semua menu ini didatangkan bersama Nasi Me'nate dan pelbagai sos (home made). Antaranya seperti:-

1. HEAVENLY BEEF
2. HEAVENLY LAMB
3. HEAVENLY CHICKEN
4. GROUP STEAK



Me'nate Steak Hub
Nasi Me'nate


Untuk pengetahuan semua,  Nasi Me'nate merupakan menu istimewa dari dapur Me'nate yang menggunakan Beras Basmati istimewa yang diimport khas. Rasanya cukup enak jika dibandingkan dengan nasi-nasi arab di restoran lain.








Me'nate Steak Hub
Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging




Untuk menu hidangan dalam kategori  'HEAVENLY", ianya boleh dinikmati antara 4-6 orang. Ianya sangat unik di mana ianya didatangkan di dalam pinggan yang sangat besar (sebesar dulang) untuk di nikmati bersama-sama rakan mahupun keluarga dan sedikit sebanyak ianya dapat mengimarahkan lagi suasana serta dapat mengeratkan silaturrahim.


1. HEAVENLY BEEF


Terdapat 2 jenis set iaitu:-

a. Short Ribs




Me'nate Steak Hub
Short Ribs


Kepada Peminat bahagian ribs, ini adalah hidangan yang lazat untuk anda nikmati . Di makan bersama Nasi Me'nateyang se memangnya akan memberi kepuasan dan kekenyangan setelah seharian kita berpuasa, apatah lagi ianya didatangkan bersama daging ribs yang begitu lembut isinya.




Me'nate Steak Hub
Short Ribs



Harga : RM 300 (4-6 orang)

b. Wagyu Spare Ribs







Me'nate Steak Hub
Wagyu Spare Ribs


Bahagian daging yang menjadi kegemaran buat peminat/pemakan daging yang tegar. Setelah mencuba daging wagyu ini baru saya sedar mengapa ianya begitu diminati. Rasanaya yang 'juicy, isi pejal tetapi tetap lembut serta mudah untuk dikunyah. Didatangkan bersama hidangan nasi Me'nate menjadikan menu ini lengkap untuk berbuka.

Harga : RM 400 (4-6 orang)


2. HEAVENLY LAMB


Terdapat 2 jenis set iaitu:-

a. Lamb Shoulder




Me'nate Steak Hub
Lamb Shoulder


Adakah anda Peminat daging kambing? Sekiranya ya, anda Boleh mencuba hidangan 'lamb shoulder' ini bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Ianya Dimasak cukup sempurna bersama  sos perapan rahsia yang cukup enak menjadikan hidangan berbuka puasa cukup luar biasa. Anda pasti terkejut kerana tiada bau hamis ketika menikmati hidangan kambing ini .

Harga : RM 350 (4-6 orang)


b.Lamb Shank


Me'nate Steak Hub
Lamb Shank


Merupakan bahagian kambing yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Ianya merupakan daging di bahagian kaki  belakang, yang dikatakan mempunyai isi yang cukup empuk dan sesuai untuk dibuat stik ataupun dibakar.

Harga : RM 350 (4-6 orang)

3. HEAVENLY CHICKEN


Me'nate Steak Hub
HEAVENLY CHICKEN


Hidangan ayam gril yang cukup istimewa dari Me'nate . Di perap dengan rempah rahsia supaya rasa Ayam lebih sedapdan enak di mana  hidangan ini menjanjikan ayam yang empuk,lembut serta berasa perapan rempah ketika di makan

Harga : RM 99 (4-6 orang)


4. GROUP STEAK

Me'nate Steak Hub
Group Steak



 Pilihan kepada stik daging lembu atau kambing dan ayam gril. Didatangkan bersama ;-
- Sos
- Salad
- Coleslaw
- Mashed potato
- Aglio E Olio /Nasi Me'nate.

Me'nate Steak Hub
Aglio E Olio



Me'nate Steak Hub
Coleslaw




Me'nate Steak Hub
Mashed potato



Me'nate Steak Hub
 gambar rangkaian daging yang ditawarkan, antaranya seperti lamb shank, ribs dan ribs eye.


 Harga : RM 80(per pax) - minuman order 4 pax

Sepanjang bulan ramadhan juga, semua pelanggan bakal disajikan secara percuma :-
- Bubur lambuk Me'nate
- Buah-buahan
- Kurma
- Air (free flow)

Kemudahan Surau Me'nate Steak Hub


Terdapat kemudahan surau di tingkat satu dan dua dimana surau perempuan terletak di tingkat satu manakala surau lelaki terletak di tingkat dua. Jadi kepada anda yang berbuka puasa di sini anda tidak perlu risau dan tergesa-gesa makan untuk pulang menunaikan fardhu magrib  atau untuk ke surau atau masjid berdekatan. Dengan adanya kemudahan surau ini dapat lah anda menghabiskan hidangan anda dengan perlahan dan penuh nikmat tanpa tergesa-gesa.

Cik iena di fahamkan, Kemudahan surau ini bukan sahaja terdapat di cawangan setapak malahan  terdapat di semua cawangan Me'nate Steak Hub.




Menarik tak tawaran istimewa ramadhan dari Me'nate ,  untuk merasai keenakan hidangan dari Me'nate Steak Hub jom hadir ke  mana-mana cawangan seperti dibawah:-


SETAPAK
Starpac Point
Jalan Taman Ibu Kota
Off Jalan Genting Klang
53300 Kuala Lumpur


AMPANG BRANCH
No 16 Jalan Kerja Air Lama Satu
Taman Shuet Liang
Ampang Jaya
Selangor



BANGI BRANCH
No 25 Jalan Medan Pusat 2d 3b
Curve Business Park
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor


Untuk Tempahan sila hubungi:

019-3911047
019-4771047
019-2611047










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Kedai Makan Murah KL Sentral RM5 Dua Sayur Dan Satu Lauk



Nasi beserta dua jenis sayur dan satu lauk samaada ayam, daging atau sebagainya dengan harga RM5 di mana ianya boleh di katakan murah untuk anda yang bekerja di sekitar KL Sentral.

Hari ini merupakan hari ke tiga cik iena bekerja di Q Sentral , KL Sentral. Menurut rakan-rakan yang telah awal berpindah pejabat disini . Kedai ini merupakan kedai yang termurah yang mereka temui. Kebanyakan kedai berdekatan sini agak mahal.
Kepada yang berjimat tu amat lah sesuai untuk hadir ke sini. 

Kedai Makan Murah KL Sentral RM5 Dua Sayur Dan Satu Lauk
Kedai Makan Murah KL Sentral RM5 Dua Sayur Dan Satu Lauk




Cik iena ni memang budgetable sikit. Kos hidup tinggi kan memang perlu berjimat. Sekali sekala makan mewah takpe. kalau selalu pitam cik iena .Buat masa ni cik iena nak makan di luar. Selepas ni cik iena akan bawa bekal untuk langkah berjimat.
Untuk anda yang sama pemikiran seperti cik iena boleh lah makan di sini tau.


Kedai Makan Murah KL Sentral RM5 Dua Sayur Dan Satu Lauk
berhadapan lalaun masuk LRT KL Sentral


Lokasi kedai di dalam KL Sentral, berhadapan laluan masuk LRT terdapat sebuah foodcourt. Masuk sahaja foodcourt tersebut anda jalan terus sehingga ke hujung dan belok ke kiri .
Rasa makanan pun sedap cik iena dah rasa. Nah tak sempat ambil gambar lauk. Dah licin baru nak ambil gambar


Kedai Makan Murah KL Sentral RM5 Dua Sayur Dan Satu Lauk
nyummy sedap,cik iena ambil kari ayam, sayur terung dan sayur kacang panjang

Untuk pengetahuan kedai makan ini halal :)
Cik iena lupa nak ambil gambar sijil halal (^_~)


New Update Feb 2018 : Maaf cik iena dah lama tak ke KL Sentral. Baru-baru ni ke KL Sentral Cik iena tengok food court yang ada kedai ni dah pun tutup . Kawasan ni di tutup sepenuhnya dan pintu masuk LRT di buka di sini. Sebelum ni hanya satu bahagian je pintu masuk ke LRT. Sekarang dah buat dua dan kwasan kedai ni di tutup.



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Signature Drink percuma di Vivo American Pizza & Panini AEON Shah Alam



Signature Drink percuma di Vivo American Pizza & Panini AEON Shah Alam

Istimewa buat peminat pizza di luar sana pada 10 hingga 13 March 2016,  Vivo American Pizza & Panini akan melancarkan pembukaan cawangan terbaru mereka di Aeon Shah Alam

Anda berpeluang mendapatkan minuman Mango Delight   secara percuma apabila anda menikmati hidangan di  Vivo American Pizza & Panini Aeon Shah Alam dengan menunjukkan blog post daripada cik iena.
Tawaran hanya terhad di  Vivo American Pizza & Panini cawangan Aeon Shah Alam dan diantara tarikh 10 March hingga 13 March 2016.


 

 

Vivo American Pizza & Panini Berjaya Times Square
Vivo American Pizza &  Panini Berjaya Times Square

Vivo American Pizza & Panini


Vivo berasal dari perkataan Itali yang bermaksud to live atau  be alive yang mana ianya membawa maksud   "enjoy the food delicious"  dan  Slogan yang di bawa oleh Vivo Pizza adalah " live with passion " .Ia  merupakan Pizza yang berasal daripada Amerika dimana ianya menggunakan resepi rahsia kaedah tradisional pembuatan pizza daripada Keluarga Horrigan .


Vivo American Pizza & Panini Berjaya Times Square
Vivo Pizza juga telah disahkan Halal Oleh JAKIM. Boleh nampak Logo Halal Yang di pamerkan



Resepi khas di datangkan istimewa dari Amerika dimana resepi ini  di kekalkan dengan penggunaan bahan yang berkualiti dan cara masakan yang Healthy serta menggunakan kaedah tradisional pembuatan pizza daripada Keluarga Horrigan. Vivo Pizza juga telah disahkan Halal Oleh JAKIM.



Piza yang dihidangkan disini di bakar dengan  100% keju mozzarella  yang  memenuhi  pada semua bahagian Pizza Vivo . Ianya menjanjikan rasa yang cukup enak dan di jamin pasti menggoda selera anda terutama buat peminat pizza dan juga buat anda yang menggemari keju.


 Vivo American Pizza & Panini
Around The World Pizza - Large RM36.90



Semalam cik iena dan rakan blogger yang lain berpeluang merasa pizza dan juga hidangan lain daripada  Vivo American Pizza & Panini . Okay nak tau apa kata cik iena tentang pizza vivo ni jom baca (^_~)


Apa yang Istimewa di Vivo American Pizza & Panini

 

 Pizza yang di hidangkan adalah 33% lebih besar daripada Pizza biasa
Pizza yang di hidangkan adalah 33% lebih besar daripada Pizza biasa

 

Jika di sebut tentang keistimewaan tentulah Pizza dan Panini . Pizza yang di hidangkan adalah 33% lebih besar daripada Pizza biasa dan ianya  sangat sedap . Cik iena telah mencuba Around The World Pizza . Rotinya tidak terlalu tebal serta cara masakan juga sangat healthy kerana sayuran tidak dimasak lama.  Kesegaran lada bengala, bawang dan buah zaitun hitam  masih terasa ditambah dengan limpahan keju serta hirisan ayam serta sos BBQ sangat seimbang dengan sayuran.


Around The World Pizza
Around The World Pizza - Large RM36.90




 

Panini pula seperti sandwich di subway cuma roti nya agak berlainan dan unik. Ianya merupakan menu yang special di Vivo Pizza. Cik iena berkesempatan mencuba Panini Crispy Chicken Rasa nya sedap dan enak. Daging ayam yang cukup lembut dan berasa di tambah dengan sos BBG yang istimewa serta sayuran lain. Kombinasi yang cukup padan untuk melengkapkan kesedapan Panini tersebut.

Chrispy Chciken Panini
Panini Crispy Chciken With Fries  RM 17.50

Untuk memesan Panini, sama seperti konsep di Subway . Anda perlu memilih jenis roti terlebih dahulu kemudian pilih filling seperti di bawah .

Menu  Vivo American Pizza & Panini





Selain daripada itu, Tropical BBQ Chicken Chop di vivo pizza juga sangat sedap. Suapan pertama sudah cukup untuk anda merasai kelazatan chicken chop tersebut.

Tropical BBQ Chicken Chop
Tropical BBQ Chicken Chop RM 23.50


Ayam yang cukup lembut dan berasa. Seperti ayam yang di perap. Rasanya memang kuat pada ayam tersebut dan daging ayam yang lembut dan tidak kering pasti membuat anda lebih berselera untuk menikmati hidangan ini.



Cream Of Mushroom Soup  yang di hidangkan dengan cendawan shitake yang segar . Ini memang betul-betul sedap. Cik iena memang penggemar mushroom soup. Kebiasaan nya jika cik iena makan mushroom soup di restoran, cendawan yang di letak sekadar ala kadar je. Sangat Sikit. Mushroom Soup di Vivo Pizza memang terbaik.


 Cream Of Mushroom Soup

Cream Of Mushroom Soup RM 6.50


Kandungan Cendawan Shitake segar yang banyak pasti buat anda teruja terutama buat peminat cendawan shitake seperti cik iena. Satu mangkuk cik iena punya tak nak kongsi tau :)



Sweet and cheesy Snack Pizza  juga merupakan hidangan permulaan yang sedap untuk di nikmati. Ianya sangat rangup dan juga manis :)
Sweet and cheesy Snack Pizza
Sweet and cheesy Snack Pizza RM 11.50



Cik iena merupakan peminat keju , jadi cik iena mencuba dua jenis pasta yang  dilimpahi dengan keju yang sangat enak lagi menyelerakan pasti membuat anda teruja .


Creamy mushroom   yang sangat creamy dan sedap . Kandungan Cendawan Shitake yang banyak serta rasa creamy tomato sauce yang lazat dengan gabungan bawang putih yang di tumis menggunakan butter. Yang mana menaikkan lagi aroma masakan dan rasa Creamy pada pasta tersebut.

Creamy mushroom
Creamy mushroom   RM 17.90

Baked Fish Pasta juga sangat menarik untuk anda cuba . Pasta beserta keju dan tomato sauce yang di bakar bersama isi ikan segar. Rasa ikan yang tidak hanyir beserta limpahan keju mozzarella yang yang banyak pasti membangkitkan selera anda :)


Baked Fish Pasta
Baked Fish Pasta RM 23.50


New York Caramel  Cheesecake merupakan pencuci mulut yang sangat enak untuk di nikmati. Kebiasaan yang kita dengar adalah Cheesecake tapi berbeza di Vivo Pizza yang mana ianya menawarkan New York Caramel  Cheesecake yang sungguh lazat .


New York Caramel
New York Caramel  RM 8.80

Cik iena sangat menggemari rasa caramel beserta cheese tersebut. Gabungan yang cukup menyelerakan .

Selain makanan sudah tentu ada minuman juga . Cik iena berkesempatan mencuba 4 Jenis Signature Drink dari  Vivo American Pizza & Panini  iaitu  Mango Delight, Cappuccino Charm , Lemon Kiwi Float dan Iced Green Tea Latte.

 manggo Delight, Cappuccino Charm
Cappuccino Charm and Mango Delight  RM  15.90 each

 Iced Green Tea Latte and  Lemon Kiwi Float
Iced Green Tea Latte RM 10.50 and Lemon Kiwi Float RM 11.50


Diantara keempat ni cik iena suka kesemuanya kecuali green tea sebab cik iena memang tak suka green tea . Tapi selepas cik iena cuba apa yang cik iena dapat cakap rasa green tea dia sangat sangat mantap, power, terasa sampai ke anak tekak. Sekali hirup terkesima sekejap sebab terasa kepekatan green tea seolah-olah sedang meminum air daun green tea yang di kisar. Hahhh macam mana tu?
Peminat green tea harus cuba tau (^_~)




Selain dari menu-menu diatas terdapat pelbagai lagi menu-menu yang di tawarkan. Untuk melihat menu-menu tersebut sila lihat di Menu Vivo American Pizza & Panini

Okay sebelum pulang, seperti biasa bergambar bersama Rakan blogger yang turut serta bersama cik iena .

bergambar bersama rakan blogger sebelum pulang
bergambar bersama rakan blogger sebelum pulang


Vivo American Pizza & Panini berjaya times square
ouhh mampukan kami habiskan nie, ada banyak lagi tak nampak tu ;)

Vivo American Pizza & Panini berjaya times square
taraaaaaaa, licin semuanya. ini pun ada pinggan yang telah di kutip

Vivo American Pizza & Panini berjaya times square
Alhamdulillah rezeki jangan di tolak, licin semuanya

Terima Kasih pada rakan blogger yang sudi teman cik iena makan di sini dan sudah tentu jutaan terima kasih buat Vivo American Pizza & Panini untuk makan malam yang sangat sedap dan mengenyangkan ni
(^_~)



Untuk Maklumat Lanjut anda boleh layari : Website : www.vivopizza.com
Facebook : Vivo Pizza
Instagram : @myvivopizza
Email : wecare@vivopizza.com

 

Cawangan-cawangan  Vivo American Pizza & Panini



 Cawangan-cawangan  Vivo American Pizza & Panini
 Cawangan-cawangan  Vivo American Pizza & Panini di Malaysia


Cawangan-cawangan  Vivo American Pizza  Panini • Berjaya Times Square (Kuala Lumpur)
• The Curve (Damansara)
• Empire Shopping Gallery (Subang)
• AEON Mall Bukit Tinggi (Klang)
• AEON Mall Bandaraya Melaka
• AEON Mall Bukit Indah (Johor)
• AEON Mall Tebrau City (Johor)
• Sutera Mall (Johor)
• Plaza Pelangi (Johor)
• Sri Utama (Segamat)
• AEON Mall Kulai (Johor)
• Setia Tropika (Johor)
• AEON Mall Bukit Mertajam (Penang)
• AEON Mall Rawang (Selangor)
• AEON Mall Station 18 Ipoh (Perak)
• AEON Mall Ipoh Klebang (Perak)
• AEON Mall Shah Alam, Selangor (Opening - 10 March 2016)
• AEON Mall Lembah Sirih, Kota Bharu (coming soon)
• AEON Mall Kempas, Johor (coming soon)



Jangan Lupa buat anda yang berada di Shah Alam, anda boleh mendapatkan minuman Mango Delight  secara percuma semasa anda menikmati hidangan di Vivo American Pizza & Panini Aeon Shah Alam dengan menunjukkan blog post dari cik iena . Tunjuk blog post yang anda sedang baca ni :)

Cappuccino Charm and Mango Delight  RM  15.90 each
Mango Delight (Kanan) berharga RM  15.90 secara percuma jika anda menikmat hidangan di  Vivo American Pizza &  Panini AEON Shah Alam pada 10 -13 March 2016



Tawaran hanya sah diantara 10 March 2016 sehingga 13 March 2016 di Vivo American Pizza &  Panini  Aeon Shah Alam (Lot G06 Ground Floor)
Jika ada sebarang Masalah sila cari Mr. Kee Yun tau :)







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang



Restoran Spring Garden yang terletak di Level 4 Suria KLCC merupakan restoran cina yang menghidangkan makanan Halal. Untuk anda yang ingin merasa masakan cina khususnya dan terutamanya buat anda yang bekerja dengan syarikat cina yang ingin mengadakan jamuan makan ataupun anda yang ingin keluar makan bersama sahabat cina anda, anda boleh cuba makanan di sini.



CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang


30 January 2016 yang lepas cik iena dan rakan pejabat menyertai acara makan malam sempena sambutan tahun baru cina oleh syarikat  dimana cik iena bekerja di Spring Garden KLCC . Lokasi yang sama seperti tahun sebelumnya kerana paling dekat dengan pejabat . Kalau pergi jauh-juh mesti sampai lewat, jadi tahun ni sekali lagi kami buat makan malam CNY disini.


CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang
sebahagian dari rakan pejabat. Kesemuanya programmer :)

Untuk pengetahuan, hampir kesemua rakan pejabat adalah Programmer. Disebabkan ramai yang berbangsa Cina maka ini merupaka acara tahunan kami. Acara yang paling dinanti nantikan oleh sahabat-sahabat yang meraikan tahun baru cina.

INFO Kini anda boleh mendapatkan pelbagai voucher diskaun makanan daripada pelbagai restoran terpilih secara online di Picodi Malaysia dan terdapat juga pelbagai voucher diskaun serta kupon  daripada pelbagai online shopping website.


Pada awal cik iena bekerja di sini, bila makan malam cny je cik iena risau sebab cik iena tak makan makanan cina. Bila dah 3 tahun lebih bekerja di sini sekarang cik iena dah boleh makan shark fin soup dah. Siap bertambah lai tau. Daripada tak suka terus suka tanpa sengaja.


CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang
Restoran Halal Cina :)Siapa nak merasa masakan cina jom datang Spring Garden Restaurant KLCChttp://www.ienaeliena.com/2016/02/cny-dinner-at-spring-garden-klcc.html?m=0
Posted by ienaeliena.com on Wednesday, February 17, 2016


Pada malam tersebut memang banyak la cik iena makan. Satu meja dengan boss. hahahah bila bos sebut nama suruh habis kan semua redha. Semua kena habiskan. Table cik iena lah jadi DBKL , table sebelah tak habis hantar ke table kami sebab ingat kami tak cukup makanan tengok meja kosong. Padahal kene paksa makan. hahah paksa-paksa pun makanan nya sedap. kene makan perlahan-lahan lah. yang pasti makanan kat sini Halal :)

Sesi Lou Sang bersama rakan pejabat





Okay jom lihat gambar yang ada (^_~)



CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang





CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang





CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang






CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang



CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang




CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang



CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang



CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang




CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang




CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang




CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang



Hahh nak tau tetiba cik iena up cerita ni kenapa, sebab tiba-tiba kat dashboard keluar link ni



http://www.ienaeliena.com/2015/02/globaltium-cny-dinner-at-sring-garden.html

view banyak. Haaa apa lah yang mereka google tu ye. Mungkin nak cari tempat makan CNY kot tapi CNY dah berlalu :D


 
Kepada yang ingin mencuba masakan cina yang halal boleh lah datang sini ya :)

Spring Garden KLCCLot 413, 4th Floor
Suria KLCC
Kuala Lumpur
Tel: (603) 2166 9881


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve