Grab The Promo
Showing posts with label tenaga nasional berhad. Show all posts
Showing posts with label tenaga nasional berhad. Show all posts

Lagu Terangi Hidupku - #bersatuTENAGA


Selamat Hari Malaysia semua , masih ingat tak sebelum ini cik iena ada post tentang kempen #bersatuTenaga . Bersempena dengan Hari Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melancarkan kempen di media sosial yang dipanggil #bersatuTENAGA. Kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai dalam mengemukakan video yang mudah mengikut lagu / lirik yang telah disediakan oleh TNB.

Sertai Kempen #bersatuTENAGA bersama Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan




Alhamdulillah kempen ini mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia, pihak TNB menerima banyak penyertaan dari rakyat malaysia  bagi menjayakan lagu ini, Tahniah Rakyat Malaysia , kita berjaya bersatu hati dalam membantu tiga rakan artis iaitu  Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan dalam menyiapkan lagu ini.

Untuk itu cik iena kongsikan muzik video yang telah di rakamkkan hasil dari kerjasama semua pihak termasuk anda yang turut sama membantu menjayakan kempen ini.



Menarik kan video ni, meriah je. Banyak diantara penyertaan yang di terima telah di selitkan di dalam video ini . Tahniah :)

Best pulak cik iena dengar lagu ni ulang ulang tau

Untuk Maklumat Lanjut mengenai Kempen ini sila layari KEMPEN #BERSATUTENAGA
Facebook : TNBCareline
Instagram :  @tenaga_nasional




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Sertai Kempen #bersatuTENAGA bersama Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan

Sertai Kempen #bersatuTENAGA bersama Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan


Bersempena dengan Hari Malaysia yang akan datang, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melancarkan kempen di media sosial yang dipanggil #bersatuTENAGA. Kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai dalam mengemukakan video yang mudah mengikut lagu / lirik yang telah disediakan oleh TNB.
Untuk pengetahuan lagu/lirik yang di berikan hanyalah sedikit. Jadi bagi menjayakan lagu ini, anda rakyat malaysia amat dialu-alukan untuk meyertai kempen ini. Bersatu hati dalam membantu tiga rakan artis iaitu  Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan dalam menyiapkan lagu ini.  

Untuk menyemarakkan lagi kempen ini, ianya tidak terhad kepada penciptaan lirik mahupun lagu malah anda juga boleh menyumbangkan video yang menarik untuk di kongsi bersama . Walaupun anda tidak mempunyai bakat nyanyianatau rekaan lagu dan lirik  anda juga boleh meniru gaya mahupun membuat video menarik menggunakan lagu dan lirik yang sedia ada.

Anda hanya perlu memuat naik video selama seminit di laman instagram anda sebelum atau pada 9 September 2016 dengan menyertakan harshtag #bersatuTENAGA . Video yang terpilih akan berpeluang untuk di muatkan di dalam video akhir #bersatuTENAGA. Anda mungkin akan menjadi salah seorang dari penyanyi atau mungkin pelakon atau mungkin cerita dalam video anda akan di muatkan di dalam video final #bersatuTENAGA

 Cik iena juga tidak ketinggalan untuk menyahut cabaran kempen ini. Walaupun cik iena tak pandai menyanyi mahupun menulis lirik serta mereka lagu, cik iena juga ingin menyahut cabaran ini dengan memuatnaik video wajah wajah senyuman kesayangan cik iena . Mana lah tau dapat berlakon sama dalam video klip kan. Okay berangan je cik iena ni . takde video muka cik iena pun . yang ada dalam video cik iena adalah senyuman senyuman kesayangan cik iena iaitu mak, abah dan juga adik.


Jemput tonton ya :)

Ahaa ni terpengaruh dengan kempen #bersatutenaga dari @tenaga_nasional lah ni.. Tengok, Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth buat video , jena pn nak buat jugak. Memandangkan iena tak pandai nyanyi tapi nak support jugak kempen ni, iena buat video jelah.. Video senyuman2 insan tersayang dalam hidup iena.. Btw happy birthday abah 😘😘😘 Korang yg lain jom Cepat! Nyanyi, joget atau buat je apa-apa aksi dengan lagu ini, rakam dan upload di Instagram. Jangan lupa tag #bersatuTENAGA.Tak semestinya kena nyanyi live, buat apa-apa pun boleh! Yang penting menghiburkan. Klip terpilih akan dimuatkan dalam video klip #bersatuTENAGA tau! @faizal_tahir @jaclyn_victor @elizabethtsm Ehh best plak lagu ni.. Jom nyanyi . Senyumanmu buat aku berasa bahagia Senyumanmu buat aku ceria sentiasa Senyumanmu buat aku bertenaga selalu takkan terpisah kau dan aku.. kau terangi hidupku kau terangi hidupku #MalaysianBlogger #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #socialMediaInfluencer #ienaeliena #sheonista #fashionista #love #fashion #igers #instadaily #beautiful #instagood
A video posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on

Pada yang masih ragu ragu atau tertanya tanya tentang kempen ini anda boleh lihat 4 video ini sebagai sumber inspirasi anda .

 








Untuk Maklumat Lanjut mengenai Kempen ini sila layari KEMPEN #BERSATUTENAGA
Facebook : TNBCareline
Instagram :  @tenaga_nasional


 OKAY, JANGAN LUPA SERTAI KEMPEN INI TAU. SAHUT CABARAN KEMPEN #BERSATUTENAGA DARI TNB






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve