Grab The Promo

Tempat Menarik di Kampar Perak

Kampar merupakan salah satu daerah yang terletak di Negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia.  Terletak sekitar 40 km dari bandar Ipoh dan 16 km dari pekan tapah. Kawasan di sekitar kampar adalah dalam lingkungan 10-20 batu persegi.

Kampar terletak dalam lingkungan Lembah Kinta, kedudukannya seperti dalam kawah di penghujung barat kaki Gunung Bujang Melaka yang disaliri oleh Sungai Keranji dan Sungai Kampar yang terdiri dari tanah lanar yang kaya dengan logam-logam timah.

Sungai-sungai tersebut memendapkan tanah-tanah dan batu-batu kecil kelikir yang mengandungi logam-logam timah di tebing dan dasarnya, proses ini telah berlaku berjuta-juta tahun dahulu, menjadikan kawasan tersebut kaya dengan longgokan bijih timah.

Kampar telah membangun sebagai pusat pentadbiran Daerah Kecil Gopeng dan Kampar telah menjadi pusat perniagaan dan kewangan yang menjadi tumpuan penduduk sekitarnya. Berbagai-bagai kemudahan dan infrastruktur telah disalurkan oleh pihak kerajaan untuk penduduk Kampar seperti Hospital, sekolah, bekalan air, elektrik dan sebagainya.

Baru-baru ini Cik iena berkesempatan ke Kampar bersama rakan rakan selama 4 Hari 3 Malam. Percutian bersama rakan kali ini memberikan memori yang cukup indah dan teramat sukar untuk dilupakan. Memandangkan terlalu banyak memori yang indah dan banyak gambar serta video sepanjang berada di Kampar. jadi Cik iena tulis Artikel dan juga vlog di youtube untuk kenang kenangan dan juga untuk rujukan pembaca jika ingin ke Kampar.

Berikut Cik iena kongsikan 13 tempat menarik yang cik iena lawati semasa bercuti di Kampar Perak baru baru ini.



13 Tempat Menarik di Kampar Perak

  1. Gua Tempurung
  2. Water Rafting di Jeram Sungai Kampar (Riverbug)
  3. HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
  4. Muzium Gopeng
  5. Paip Besar Gopeng
  6. Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar
  7. Gua Kandu
  8. Muzium Perlombong Bijih Timah Kinta
  9. Menara Jam Kampar
  10. Arca Mendulang Kampar
  11. Disney Avenue Agacia Land Kampar
  12. West Lake of Kampar
  13. Ilham Seni@Kampar



Gua Tempurung

 

Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung

Gua Tempurung merupakan sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Malaysia. Nama gua ini diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Ia merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian gua 578 meter dan berusia lebih 400 juta tahun serta panjang nya juga mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.


Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung

Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung

 

Gua Tempurung terdiri daripada 5 kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit & stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.


Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung

Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung

 

Khazanah alam ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti meredah sungai dalam gua, tapak perkhemahan & lain-lain. Untuk pengetahuan Gua Tempurung juga telah tersenarai dalam salah satu Geotapak Geopark Lembah Kinta.  

Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung

Ini merupakan pengalaman pertama Cik iena memasuki Gua Tempurung. Sememangnya ia merupakan pengalaman yang sangat Istimewa dan sukar untuk di lupakan. Perjalanan selama 4 jam meneroka Gua Tempurung memang seronok. 

Untuk pengetahuan Cik iena dan rakan rakan  masuk gua tempurung stage ke 4 yang mengambil masa lebih kurang  4 jam.Memandangkan kami ada aktiviti  tengah hari jadi kami perlu skip sedikit beberapa tempat. 


Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung

 

Untuk info terdapat 4 pakej iaitu 2 kering atau dry dan 2 lagi laluan wet atau basah. Jadi, anda akan berjalan, mendaki dan menurun tangga dalam gua, Ada laluan yang memerlukan anda untuk merangkak, mengengsot, mengecilkan badan supaya muat untuk melalui celahan batu dan ada juga kawasan yang anda perlu slide atau menggelungsur. Nanti Cik iena akan kongsikan pengalaman penuh Cik iena menerokai Gua tempurung dalam artikel lain.


Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung

Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Tempurung

 

Tapi Cik iena juga dah upload vlog, boleh tonton di bawah

GUA TEMPURUNG RIVER ADVENTURE VLOG



Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak
Beli Pakej Online di : https://bit.ly/gua-tempurung

Water Rafting di Jeram Sungai Kampar


Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar

 

White water rafting merupakan antara aktiviti wajib anda cuba jika anda menjejakkan kaki di Kampar t Pada asalnya cik iena juga takut takut untuk cuba . Ini merupakan pengalaman pertama Cik iena menyertai aktiviti white water rafting ini.
 

Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar

 

Walaupun anda tidak pandai berenang seperti Cik iena. Anda boleh sertai aktiviti ini kerana mereka menyediakan khidmat Guider yang berpengalaman.

Untuk aktiviti ini kami memilih Riverbug . Utk pengetahuan Riverbug berpengalan lebih 10 tahun dalam mengendalikan aktiviti sukan air.  Servis yang mereka tawarkan memang terbaik. Dengan jujurnya iena maklumkan pada Guider kami iaitu En. Razi bahawa Cik iena memang tak pandai berenang dan perlukan orang guide takot terlupa apa yang disampaikan semasa briefing.Sebelum memulakan aktiviti ini, akan ada sesi penerangan terlebih dahulu mengenai command command yang akan digunakan.


Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar

Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar



Utk pengetahuan jeram kampar adalah salah satu kawasan geografi yang menakjubkan dan terkenal di lawasan Geopark Lembah Kinta.  Di sepanjang 5 km jeram ni terdapat 14 buah jeram yg dilabelkan dgn tahap 1 hingga 3. Selain daripada kita melalui laluan mencabar ini kita juga akan dapat nikmati keindahan hutan yang subur dan tenang.  Sekiranya bertuah anda akan dapat melihat rama-rama rajah brooke yang hinggap di celahan batu.


Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar

Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar
Tempat Menarik di Kampar Perak - Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar



Untuk pengalaman penuh Cik iena disini Cik iena akan ceritakan dalam artikel berlainan . Cik iena teruskan untuk lokasi menarik seterusnya di Kampar, Perak.

VLOG WHITE WATER RAFTING 




Address: Riverbug Road, 31600 Gopeng, Perak
Phone: 012-313 1006
Beli Pakej Online di https://bit.ly/white-water-rafting-riverbug



HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng


Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng


HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng terletak 3KM dari Pekan Gopeng. Mula beroperasi pada tahun 2010, ladang dengan keluasan 300 ekar ini ditanam dengan lebih 200,000 pohon pokok Gaharu jenis hibrid.
Dikacukkan dengan 12 jenis spesies Gaharu yang dikenali sebagai HOGA (Holistic Gaharu) dan ianya telah diiktiraf oleh MyIPO dengan Idikasi Geografi Gaharu Gopeng.


Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Ice cream gaharu di Hoga Cafe


Kemasukan ke HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng adalah percuma .Menariknya disini anda boleh menaiki Van yang disediakan untuk melawat tempat-tempat menarik dengan hanya bayaran RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak.


 . Stesen pertama dimulakan dengan Menara HOGA di mana anda akan dapat menikmati pemandangan keseluruhan ladang yang sangat menakjubkan dan pasti membuatkan anda tertaut hati akan keindahan pemandangan disini.


Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng

Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng



Stesen seterusnya adalah Hugging Park. Di sini anda berpeluang untuk mendekati dan memeluk pokok Gaharu.
"Orang Cina percaya dengan memeluk pokok gaharu, ia akan membawa tuah kepada si pemeluk.
Mereka percaya bahawa bau wangi pokok gaharu adalah bau dari syurga dan akan membawa mereka lebih dekat kepada tuhan.


Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng


Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng



Stesen yang terakhir adalah Lover’s Park. Mengapa dinamakan Lover’s Park kerana disini terdapat dua pokok besar yang melekat antara satu sama lain seakan sepasang kekasih sedang berpelukan.


Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng

Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng

Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng


Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng



Selain itu HOGA outlet juga menawarkan pelbagai produk-produk inovatif berasaskan Gaharu merangkumi siri penjagaan kesihatan, makanan, minumam, kayu Gaharu, kosmetik dan sebagainya

 

Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng


Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng  

Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng

 

VLOG HOGA GAHARU TEA VALLEY




HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
Address: Jalan Sungai Itek, 31600 Gopeng, Perak
Waktu Operasi : Isnin - Ahad : 9am - 6pm
Tutup : Selasa (Kecuali Public Holiday)
website: www.hoga.my

Gaharu Tea Valley admission is 🌟FREE🌟
🌟OPTIONAL Van Ride Tour🌟 is available
Adult: RM10/pax
Children (5-12 years old): RM5/pax

Hotline:6053511999
Whatsapp:60175964999
WeChat:60125886186

 

Muzium Gopeng

Muzium Gopeng secara rasminya dibuka pada 2009 . Ianya menjadi lokasi wajib berkunjung jika ke Gopeng, Perak.  Muzium ini diusahakan oleh keluarga yang berasal dari Gopeng. Ianya berada di deretan kedai kayu lama . Jika sekali lalu pasti anda tidak akan perasan akan kewujudan Muzium ini. 

Tempat Menarik di Kampar Perak - muzium gopeng
Tempat Menarik di Kampar Perak - muzium gopeng



Untuk pengetahuan, sebelum ini Muzium ini adalah sebuah kandang kuda pada zaman penjajah dahulu.
Muzium ini merupakan sebuah muzium kecil tetapi kaya dengan sejarah masa silam Gopeng dan kebanyakan barangan didalam muzium ini ada kaitannya dengan aktiviti perlombongan bijih timah.
Tiada bayaran masuk dikenakan di sini oleh itu Cik iena amat syorkan kepada anda semua yang ke Gopeng untuk singgah ke Muzium ini bersama bersama generasi sekarang bagi mengingatkan mereka tentang sejarah di Gopeng.

Untuk pengetahuan, pameran di sini kebanyakkan adalah barangan antik berusia 100 tahun lalu yang dipamerkan secara terbuka tanpa gelas kaca.
Barangan antik disini didapati daripada masyarakat setempat yang menyimpannya.

Selain daripada barangan antik yang memenuhi Muzium Gopeng ini, ada juga kenyataan sejarah yang dipamerkan di muzium ini. Anda boleh nampak melalui susunan gambar sejarah perubahan dari tahun ke tahun pekan Gopeng.

Antara barangan yang terdapat disini adalah perabot, perhiasan dan seramik Cina, radio lama, jam, lampu dan banyak lagi barangan antik. Di sini terdapat pelbagai koleksi barangan antik yang pernah digunakan oleh generasi terdahulu di Pekan Gopeng terutama peralatan yang digunakan bagi memproses biji timah & getah

Menurut Mr Phang See Kong atau lebih mesra sengan panggilan Cikgu Phang, salah seorang founder Muzium Gopeng, suatu ketika dahulu orang lama panggil Gopeng sebagai Mopeng iaitu nama sepena dengan seorang pengusaha biji timah yang membuka pekan ini.  Kemudian kerajaan negeri menukarkannya dengan nama Gopeng bagi mengkomersial kan tempat ini.

VLOG MUZIUM GOPENG PERAK





Muzium Gopeng

Alamat : 47-49, Jln Eu Kong, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak
Waktu Operasi : Sabtu- Ahad 10am - 4 pm
* Notes: Bagi pelawat dari sekolah dan kumpulan kebudayaan, sila buat temujanji dengan menghubungi talian 016-5421287 (Mr Phang See Kong)


Paip Besar Gopeng


Tempat Menarik di Kampar Perak - PAIP BESAR GOPENG
Tempat Menarik di Kampar Perak - PAIP BESAR GOPENG

 

Paip Besar Gopeng merupakan lokasi bersejarah yang perlu anda kunjungi. Kewujudan Paip Besar Gopeng ini adalah berkaitan dengan sejarah perlombongan biji timah .
Sekiranya anda melalui jalan utama Ipoh ke Kampar, anda akan nampak satu paip besar ditepi jalan.
Itu adalah hanya sebahagian paip yang digunakan untuk menyambung saluran air dari Ulu Geruntum dan Ulu Gerah ke kawasan perlombongan biji timah di Gopeng.
Paip ini dipasang pada tahun 1908 dan mengalami penambahan dari satu paip kepada dua paip kerana permintaan perusahaan biji timah yang meningkat sejak tahun 1919.

Panjang kesuluruhan paip ini suatu ketika dahulu adalah lebih kurang 15km dan berdiameter 30inchi.
Pada tahun 2010 batang paip dan penyokongnya telah dirobohkan kerana struktur asal sudah tidak kukuh dan membahayakan pengguna jalan raya di situ.
Maka kini ianya tinggal sejarah separuh sahaja paip itu yang dikekalkan bagi mengingati tentang sejarah besar di Gopeng dalam perusahaan biji timah. 

 

VLOG PAIP BESAR GOPENG






Alamat : Taman Gopeng Baru, 31600 Gopeng, Perak




Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar


Tempat Menarik di Kampar Perak - PAIP BESAR GOPENGIqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar
Tempat Menarik di Kampar Perak - PAIP BESAR GOPENGIqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar

.

 

Untuk pengetahuan, di Gopeng popular dengan Nasi Wanggey atau Nasi Kandar. Kedai ini sememangnya mempunyai pelanggan tetap yang ramai. Boleh dikatakan Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar merupakan kedai makan yang viral di Kampar, Perak.
Semasa kehadiran Cik iena pun kelihatan sangat ramai pelanggan yang beratur untuk membeli makanan

Tempat Menarik di Kampar Perak - PAIP BESAR GOPENGIqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar
Tempat Menarik di Kampar Perak - PAIP BESAR GOPENGIqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar


Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar popular dengan Nasi Wanggey yang kuahnya memang pekat. likat serta berasa dan pelbagai pilihan dengan lauk pauk lain yang sedap. Kalau makan pakai tangan tu memang padu melekat bau kari dia tau.Untuk Nasi Wanggey ni cik iena tersangat suka sotong berempah dia memang meletup padu rasa dia. Walaupun alergik cik iena makan jugak sebab sedap sangat dan tak pernah rasa sesedap ini dekat KL. Rasa rempah dia memang padu melekat dekat sotong tu. Ayam goreng berempah memang sedap juicy terasa perapan ayam. Selain Nasi Wanggey, Kari Kepala Ikan juga menjadi pilihan pelanggan pelanggan disini.

Menurut Kak Ge iaitu pemilik restoran ini mereka memang dapatkan bekalan kepala ikan setiap hari untuk mengekalkan kesegaran dan memastikan rasanya kekal enak.  Selain daripada itu, menu-menu lain di sini yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan adalah Mee Kari, Laksa, Mee Rebus,Nasi Briyani, Nasi minyak dan macam-macam lagi.

Cik iena juga sempat cuba Mee Kari, Laksa, Mee Rebus memang sedap tapi semuanya pedas okay . Pedas pedas sedap orang cakap.Kuah Laksa dia sangat pekat dan pedas berdesup.

Nasi Minyak Ayam Malbari jugak sangat sedap untuk anda cuba, walaubagaimanapun menu ini hanya ada pada hari jumaat dan ahad sahaja. Terharu sangat Kak Ge sanggup sediakan menu istimewa ini untuk kami walaupun kami datang pada hari sabtu.

Kalau nak cuba Nasi Beriyani pula adalah pada hari Khamis.

Iqa Corner Restaurant Nasi Wanggey Malim Nawar


Waktu Operasi : 8.30 pagi hingga 6.30 petang dan tutup pada hari Sabtu
Alamat : LC 299, Pekan Baru, 31700 Malim Nawar, Perak



Gua Kandu


Gua Kandu merupakan sebuah gua batu kapur yang popular untuk diterokai yang terletak di Gopeng, Lembah Kinta, Perak.  Berusia lebih dari 400 juta tahun lamaya. Ianya dikatakan gua dimana pernah menjadi tempat Komunis Malaya berkumpul dan merancang strategi mereka pada suatu masa dahulu.
Sekiranya anda berkesempatan meneroka GUA KANDU ini, anda pasti berpeluang untuk melihat kesan-kesan peninggalan komunis dalam bentuk penulisan dan lambang bintang di dinding-dinding gua.


Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Kandu
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Kandu

Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Kandu
Tempat Menarik di Kampar Perak - Gua Kandu


Tapi Cik iena sekadar datang depan Gua kandu sahaja kerana jadual kami terlalu padat pada hari tersebut.


Alamat : Jln Dato' Marzuki, Kampung Gunung Panjang, 31600 Gopeng, Perak




Muzium Perlombong Bijih Timah Kinta (Kinta Tin Mining)

Muzium Perlombong Bijih Timah Kinta merupakan muzium terbesar di Malaysia yang bertemakan perlombongan bijih timah. Ianya dibuka oleh Tan Sri Hew See Tong yang juga merupakan bekas tauke lombong bijih timah. Ianya merupakan Lokasi bersejarah yang anda patut kunjungi bersama keluarga mahupun teman.

Tempat Menarik di Kampar Perak - Muzium Perlombong Bijih Timah Kinta (Kinta Tin Mining)
Tempat Menarik di Kampar Perak - Muzium Perlombong Bijih Timah Kinta (Kinta Tin Mining)


Muzium ini mempamerkan replika aktiviti melombong , 4 Model perlombongan dengan pelbagai era yang dibina oleh pakar Lombong. Selain itu disini juga dipamerkan ratusan gambar lama perlombongan , replika palong, koleksi miniral dan bijih, koleksi dokumen, statistik dan atlag geologi.

Musem ini nampak sangat menarik dan terperinci sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalamnya. Dibahagian luar ada diletakkan Papan tanda Kongsi, yang menunjukkan seolah - olah ini ialah rumah kongsi yang mana menempatkan pekerja - pekerja pelombong bijih dan ada ditunjukkan replika palong dan cara perlombongan cara lama.
 

Menariknya lagi muzium ini menggunakan patung  yang menunjukkan cara melombong bijih pada zaman dahulu.Disini ditunjukkan pelbagai informasi tentang perlombongan bijih timah secara menyeluruh dari zaman kedatangan pekerja yang diambil dari Cina dengan menggunakan cara lama untuk melombong hinggalah ke zaman terakhir yang menggunakan kapal korek.

Di Muzium ini memang terlalu banyak sejarah, info dan juga penemuan yang akan dapat anda terokai. Percaya atau tidak, asalnya seekor gajah yang menemukan bijih timah di Perak, namanya Larut. Dari situlah bermulanya segalanya..

Harga Tiket :

Dewasa RM5 (18 thn keatas)
Kanak-kanak RM2 (6-17thn)

Alamat : Lot 126026, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak
Waktu Operasi : Isnin- Ahad 9am–5pm
Phone : 012-288 8530

 


Menara Jam Kampar

Antara Lokasi bersejarah lain yang anda harus kunjungi adalah Menara jam Kampar yang  terletak di persimpangan jalan gopeng dan jalan stesen (sebelum masuk ke pusat bandar Kampar) berhampiran ibu pejabat polis Kampar. Menara ini mempunyai reka bentuk segitiga dan mempunyai jam disetiap permukaannya. 

 

Tempat Menarik di Kampar Perak - Menara Jam Kampar
Tempat Menarik di Kampar Perak - Menara Jam Kampar



Pada tahun 1960 Jawatankuasa Kampar Merdeka dan disokong oleh jawatankuasa Semua Komuniti Kampar telah mencadangkan untuk mendirikan Menara Kemerdekaan di Pekan Kampar.
Pembinaan menara jam tersebut telah siap dalam tempoh 2 bulan pada tahun 1961.
Walaubagaimanapun , jam    dipasang pada tahun 1962 dan menara jam tersebut telah dirasmi pada 10 Jun 1962 oleh Tuan Chee Heong Chee @ Chee Ng JP, Presiden MCA Kampar.



Alamat : persimpangan jalan gopeng dan jalan stesen


Arca Mendulang Kampar



Arca mendulang Kampar merupakan lokasi bersejarah di Kampar. Ianya sebagai memperingati kegiatan industri perlombongan yang menyumbang & meningkatkan ekonomi di negeri Perak.

Bandar Kampar adalah lokasi yang dipilih untuk didirikan sebuah arca sebagai lakaran sejarah bertemakan MENDULANG.

Tempat Bersejarah di Kampar Perak - Arca Mendulang Kampar
Tempat Bersejarah di Kampar Perak - Arca Mendulang Kampar

Tempat Bersejarah di Kampar Perak - Arca Mendulang Kampar
Tempat Bersejarah di Kampar Perak - Arca Mendulang Kampar

 

 Walaubagaimanapun agak sukar untuk anda bergambar disini pastinya kerana ianya terletak di tengah tengah bulatan Muhibbah . Lokasi Arca mendulang berdekatan menara jam kampar jadi jika anda ke Menara Jam kampar anda boleh singgah disini .

Alamat : Bulatan Muhibbah ( Hadapan Ibu Pejabat Polis Kampar)



Disney Avenue Agacia Land Kampar


Disney Avenue Agacia Land Kampar atau Bandar Agacia merupakan kawasan bandar baru di Kampar yang semuanya diinspirasikan dari gaya Amerika. Berkonsepkan Disney  dengan kombinasi pelbagai warna pastel.

Tempat Menarik di Kampar Perak - Disney Avenue Agacia Land Kampar
Tempat Menarik di Kampar Perak - Disney Avenue Agacia Land Kampar

Tempat Menarik di Kampar Perak - Disney Avenue Agacia Land Kampar
Tempat Menarik di Kampar Perak - Disney Avenue Agacia Land Kampar


 

Dibangungkan dengan unit unit kedai 3 tingkat, yang terdiri daripada 3 deretan banggunan yang masing masing mempunyai perincian yang berbeza dengan tema Inggeris seolah olah berada di Bandar Eropah.

Tarikan utama disini adalah menjadi tempat untuk bergambar kerana banggunannya yang cantik dan unik sangat sesuai untuk bergambar. Pada setiap hari sabtu  jam 6 petang disini erdapat aktiviti pasar malam di sepanjang jalan di Bandar Agacia

 

Alamat : 50, Castle Avenue, 31900 Kampar, Perak


West Lake of Kampar

Merupakan kawasan riadah yang dilengkapi dengan komposisi landskap dan rekreasi . Mempunyai tarikan seperti jambatan kayu dan waterfront bagi aktiviti memancing .

Kawasan ini juga sentiasa menjadi tarikan untuk jurugambar jurugambar tidak kira amatur atau profesional untuk  bergambar berlatarbelakangkan tasik dan pergunungan yang menghijau.

Sejujurnya Cik iena sangat suka bersiar siar disini menghirup udara segar . Melihat permandangan indah tasik dan juga kawasan bukit bukau , gunung. Memang menenagkan minda jika bersiar siar di tasik ini ditambah dengan jambatan kayu yang cantik. 


Alamat : Taman Bandar Barat Kampar

Ilham Seni@Kampar


Ilham Seni@Kampar merupakan projek Mural yang telah digerakkan sejak tahun lalu. Ianya merupakan kesinambungan daripada program Jom Warnakan Bandar@Kampar pada tahun 2018.

Mural yang menghiasi dinding bangunan lama di Jalan Gopeng-Kampar ini merupakan satu lagi tarikan terbaharu buat pengunjung di Kampar.
Ianya Bukan sahaja tertumpu kepada keunikan mural, malah setiap karya di situ turut dilengkapi dengan imbasan kod quick response (QR), yang menceritakan makna di sebalik hasil seni itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, mural itu bertujuan untuk menceriakan semula lorong-lorong belakang yang seakan terbiar sebelum ini.
Selain itu katanya, kehadiran lukisan dan warna terang di lorong tersebut diharap mampu melestari dan menghidupkan kawasan pekan lama.

Idea Ilham Seni@Kampar ini tercetus susulan daripada kesinambungan program Jom Warnakan Bandar@Kampar 2.0 oleh Majlis Daerah Kampar sejak tahun 2018.

Untuk pengetahuan mural berkenaan bermotifkan tradisi, budaya, sejarah dan alam semula jadi disini disiapkan sepenuhnya oleh pelukis tempatan melalui kerjasama Persatuan Pelukis Perak.
Sekiranya anda ke Kampar, ini merupakan lokasi wajib anda kunjungi sekiranya anda seorang yang suka bergambar seperti Cik iena khususnya.

Antara Mural yang dapat anda lihat disini adalah

BLOK A

 1. Heritage House Gopeng
 2. Lompat Getah
 3. Tarikh Upeh
 4. Durian
 5. Itik
 6. Kampar (Tulisan)
 7. Kelamai
 8. Disney Avenue Agacia Land

 

 BLOK B
 1. Air Terjun Batu Berangkai
 2. Berakit di Jeram Sungai Kampar
 3. Ladang Teh Gaharu
 4. Kapal Korek
 5. Kampar (Love)

 

 BLOK C
 1. Sungai Salu
 2. Peta Kampar
 3. Gua Tempurung
 4. Rafflesia
 5. Burung Heron
 6. Ikan Raja

 

 BLOK D
 1. Bunga Cassia Biflora
 2. Mendulang
 3. Waterfall Abseiling
 4. Paip Besar Gopeng


Alamat ; 1, Bahagian Belakang, Jln Gopeng, Kampung Batu Berangkai, 31900 Kampar, Perak

Menarik bukan tempat-tempat yang Cik iena kunjungi semasa berada di Kampar, Perak. Sekiranya anda dan juga rakan mahupun keluarga berkunjung ke Kampar jangan lupa untuk singgah lokasi lokasi menarik dan bersejarah diatas.

Untuk lihat update Cik iena mengenai percutian di Kampar Perak di Instagram boleh lihat di tanda pagar #ienaelienaxbeyoutifulkampar/

Manakala youtube vlog boleh lihat di Playlist beYoutifulKampar



TinyTAN Message Chocolate Ver.2 di TopzMall

TinyTAN ialah watak animasi yang diilhamkan oleh ahli BTS dan dibentuk oleh Big Hit IP Co., anak syarikat di bawah firma pengurusan BTS, Big Hit Entertainment. Nama TinyTAN berasal dari Bangtan Sonyeondan, the romanization of BTS Korean name. 


TinyTAN Message Chocolate Ver.2 di TopzMall
TinyTAN Message Chocolate Ver.2 di TopzMall

 Peminat BTS khususnya pasti mengetahui tentant TinyTAN .Karekter dari BTS ahli kumpulan muzik dari Korea yang sememangnya amat dikenali ramai terutamanya untuk golongan muda.

TopzMall x TinyTAN: Jualan Dalam Talian Eksklusif di Malaysia!

Kepada peminat peminat BTS kini anda semua,boleh dapatkan TinyTAN Message Chocolate Ver.2 di TopzMall .TopzMall amat berbesar hati untuk menjadi penjual semula yang sah  untuk produk "TinyTAN Message Chocolate Ver.2". 


TinyTAN merupakan sekumpulan watak yang disayangi yang direka khas inspirasi daripada tujuh ahli BTS. Ia direka bentuk dengan personaliti berbeza yang muncul daripada persona ahli kumpulan, dengan alam naratif mereka sendiri yang membawa watak merentasi sempadan realiti dan imaginasi melalui `Magic Door'.

TinyTAN Message Chocolate Ver.2


"TinyTAN Message Chocolate Ver.2"  ini menyampaikan mesej mesej  yang paling manis dan mesej yang dapat memberi inspirasi kepada peminat BTS khususnya ditambah dengan  pembungkusan yang sangat kreatif, cantik dan berwarna-warni:


TinyTAN Message Chocolate Ver.2 di TopzMall
TinyTAN Message Chocolate Ver.2 di TopzMall


Pembungkusan nya yang sangat cantik pasti membuat anda jatuh hati . Ditambah dengan karektar ahli BTS yang sangat comel. Pada awalnya sejujurnya Cik iena memang tak sampai hati nak makan coklat ni.

TinyTAN Message Chocolate Ver.2 hadir dengat 4 variasi pilihan yang membawa mesej yang berbeza dan setiap kotak pastinya mempunyai keistimewaan yang sendiri dengan mesej yang unik lagi mencuit hati para peminat BTS.

TinyTAN Message Chocolate Ver.2

  1. Dynamite (white) - Delivers a message of hope and comfort/ Menyampaikan mesej harapan dan keselesaan
  2. Purple Holiday (purple) - Delivers a message of healing / Menyampaikan mesej penyembuhan
  3. Wappen (black) - Delivers a message of empathy / Menyampaikan mesej empati
  4. Sweet Time (red) - Delivers a message of courage / Menyampaikan mesej keberanian


TinyTAN Message Chocolate Ver.2 di TopzMall
Comel sangat rasa sayang nak makan coklat ni tau


“TinyTAN Message Chocolate Ver.2” didatangkan dengan 8 keping coklat, dimana setiap kotak terdapat 7 keping coklat yang dicetak dengan watak-watak comel ahli kumpulan BTS dan mesej ikhlas mereka . Dan terdapat 1 keping coklat lagi dicetak dengan logo TinyTAN untuk setiap kotak.

Untuk setiap kotak mengandungi mesej tenaga positif daripada ahli kumpulan yang aktif disampaikan kepada seluruh dunia. Bukan setakat coklat sahaja malahan untuk setiap kotak  juga dilengkapi dengan pelekat yang sangat cantik dan comel khusus buat BTS Fans .

Bila unbox sahaja kotak ni pasti memberikan seribu kegembiran buat anda, senyuman lebar ke telinga pasti terukir indah :)

 

TopzMall x TinyTAN Message Chocolate Ver.2 - Exclusive Packages

 

TinyTAN Message Chocolate Ver.2 di TopzMall


Istimewa buat peminat BTS anda boleh dapatkan TinyTAN Message Chocolate Ver.2  mengikut pilihan warna kotak kegemaran anda atau boleh juga dapatkan ke empat-empat kotak pada harga promosi di TopzMall.


Full Set (4 boxes) of TinyTAN Message Chocolate Ver.2

  • Termasuk (4) kotak TinyTAN Message Chocolate
  • Dynamite, Purple Holiday, Wappen, Sweet Time
  • Setiap kotak mengandungi 8 keping coklat
  • Tujuh (7)  keping coklat dicetak dengan watak-watak comel ahli kumpulan BTS dan mesej ikhlas mereka
  • Satu(1) Keping coklat TinyTAN logo
  • Termasuk Tujuh (7) pelekat character BTS dalam detiap kotak


[FOC] Satu (1) limited edition TinyTAN Cooler Bag
** Bukan Untuk Dijual

Beli Secara online di  https://bit.ly/3SFxx2c

Selling Price RM520.00 / set
Discount Price RM499.00 / set


One (1) Box of TinyTAN Message Chocolate Ver.2

  • Boleh pilih salah satu (1) kotak TinyTAN Message Chocolate
  • Dynamite / Purple Holiday / Wappen / Sweet Time
  • Mengandungi 8 keping coklat
  • Tujuh (7)  keping coklat dicetak dengan watak-watak comel ahli kumpulan BTS dan mesej ikhlas mereka
  • Satu(1) Keping coklat TinyTAN logo
  • Termasuk Tujuh (7) pelekat character BTS.

Beli Secara Online di https://bit.ly/3zJJxH6

Selling Price RM130.00 / box

Sweet Time (red) - Delivers a message of courage / Menyampaikan mesej keberanian
Sweet Time (red) - Delivers a message of courage / Menyampaikan mesej keberanian
 

Sweet Time (red) - Delivers a message of courage / Menyampaikan mesej keberanian
Sweet Time (red) - Delivers a message of courage / Menyampaikan mesej keberanian
 

Wappen (black) - Delivers a message of empathy / Menyampaikan mesej empati
Wappen (black) - Delivers a message of empathy / Menyampaikan mesej empati
 

Wappen (black) - Delivers a message of empathy / Menyampaikan mesej empati
Wappen (black) - Delivers a message of empathy / Menyampaikan mesej empati
 
 
 
Purple Holiday (purple) - Delivers a message of healing / Menyampaikan mesej penyembuhan
Purple Holiday (purple) - Delivers a message of healing / Menyampaikan mesej penyembuhan

 

Purple Holiday (purple) - Delivers a message of healing / Menyampaikan mesej penyembuhan
Purple Holiday (purple) - Delivers a message of healing / Menyampaikan mesej penyembuhan

 


Dynamite (white) - Delivers a message of hope and comfort/ Menyampaikan mesej harapan dan keselesaan
Dynamite (white) - Delivers a message of hope and comfort/ Menyampaikan mesej harapan dan keselesaan
 
 
Dynamite (white) - Delivers a message of hope and comfort/ Menyampaikan mesej harapan dan keselesaan
Dynamite (white) - Delivers a message of hope and comfort/ Menyampaikan mesej harapan dan keselesaan
 

Unboxing TinyTAN Message Chocolate Ver.2


Untuk peminat BTS khususnya jom tonton video unboxing TinyTAN Message Chocolate Ver.2 oleh iena dan juga anak buah iena iaitu Qairah Aqilah. Untuk pengetahuan anak buah iena memang sangat meninati BTS . Jom tonton reaksi peminat BTS bila unboxing TinyTAN Message Chocolate Ver.2 ni





TopzMall


TopzMall  merupakan Platform e-dagang rentas sempadan Malaysia yang ditubuhkan pada Jun 2020
Ianya berkonsepkan  "Hidup Sihat Bermula dengan Gaya Hidup Berkualiti". Dengan TopzMall  anda boleh membeli-belah dalam talian 24/7 pada harga terendah.


Istimewanya lagi platform e-dagang ini ianya menawarkan "Monthly double digits sales campaigns" .
Bukan itu sahaja TopzMall juga menjalankan roadshow events dan "lash pop up store".
Di TopzMall terdapat juga pakej pelancongan dan yang paling menarik adalah  jualan Pelepasan gudang dalam talian dan jualan akhir tahun yang teramat dinantikan kerana mereka akan menawarkan diskaun yang menarik

Topz+ Subscription

  • Program kesetiaan langganan tahunan untuk pembeli TopzMall
  • Menawarkan diskaun dan tawaran istimewa yang tidak dapat diakses oleh pembeli biasa
  • Pakej eksklusif bulanan untuk ahli Topz+

TopzMall x TogaGo

  • TogaGo ialah platform tempahan pelancongan dalam talian sehenti di Malaysia
  • Menawarkan lebih daripada 1.4 juta penginapan di seluruh dunia, tempahan tiket kereta api China, pakej pelancongan dan tawaran eksklusif
  • Ahli Matta Fair, Tourism Malaysia, dan Malaysia Truly Asia
  • Menyediakan tawaran perjalanan bulanan termasuk hotel dan pakej pelancongan
  • Menawarkan tawaran perjalanan eksklusif melalui kempen TopzMall


TopzMall x Brand Owner

  • TopzMall menyediakan peniaga dengan bayaran subsidi RM10,000 untuk siri perancangan iklan pemasaran
  • Membantu melakukan publisiti percuma melalui platform media sosial
  • Bantu rakan kongsi perniagaan dan peniaga untuk mempromosikan jenama mereka kepada orang ramai

 

Untuk Maklumat Lanjut

Website: https://topzmall.com/
Facebook : https://www.facebook.com/topzmallofficial
Instagram : https://www.instagram.com/topzmall/
TikTok :@TopzMallOfficial


Sebarang pertanyaan dan kerjasama, sila hubungi pegawai BD Team yang bertanggungjawab:
 
Encik Nicholas Gan
Hubungi / WhatsApp: +60147352600
E-mel: nicholas.gan@topzmall.com
 

Taiwan Expo 2022 Sunway Velocity Mall

Baru baru ini Cik iena berkesempatan menghadiri Majlis perasmian Taiwan Expo 2022 yang berlansung di  Vanity Atrium  Sunway Velocity Mall pada 3 Ogos 2022. Majlis ini berlansung cukup meriah dengan kehadiran para tetamu dan VVIP serta di saksikan oleh pengunjung pengunjung yang berkunjung di Sunway Velocity Mall.

Taiwan Expo 2022



Taiwan Expo di Malaysia 2022 kini muncul semula setelah dua tahun tidak diadakan atas sebab pandemik Covid-19. Ianya telah dilancarkan secara rasmi oleh James C.F. Huang, Ketua Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Negeri Taiwan (TAITRA), bersama dengan tetamu khas masing-masing memakai alat dengar VR untuk mengalami EXPOverse, dicipta khas oleh HTC, yang direka khas untuk memulakan acara tahun ini.


Taiwan Expo 2022
Taiwan Expo 2022





Tetamu kehormat pada upacara pembukaan tersebut adalah Lee Guann Jyh, Timbalan Ketua Pengarah Biro Perdagangan Luar Negeri, MOEA; Sharon Ho Swee Peng, Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia, Taipei; Anne Hung, Wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia; Sharimahton Mat Saleh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pemacu Eksport dari Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE); serta wakil dari 17 dewan perdagangan dan industri Malaysia.


Taiwan Expo 2022


VIDEO TAIWAN EXPO 2022 OPENING CEREMONY



James Huang memukau para tetamu apabila dia meluncur masuk ke pentas dengan skuter . Boleh lihat di Video Vlog Taiwan Expo 2022 Opening Ceremony Cik iena. Dalam upacara itu James Huang  menekankan betapa pentingnya perubahan gaya hidup di dunia pasca-pandemik ini melalui inovasi. 
Dalam ucapannya pula beliau menyatakan bahawa Malaysia dan Taiwan telah lama menjalinkan hubungan erat dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, perdagangan, budaya, dan seni yang semakin kuat dari tahun ke tahun.

Tambah lagi, Huang berkata bahawa 
perubahan trend mempunyai pengaruh besar kepada semua industri, dari Industri 4.0 hingga teleperubatan. Taiwan Expo mempamerkan pelbagai produk yang menerajui perubahan lansdkap global. Ini menjadikan Taiwan Expo platform yang sesuai untuk syarikat Malaysia yang ingin meneroka peluang perniagaan .

Taiwan Expo 2022


Untuk pengetahuan, tahun ini, Taiwan Expo di Malaysia adalah pameran hibrid yang menggabungkan elemen dalam talian dan luar talian. Pameran fizikal diadakan di pusat membeli-belah Sunway Velocity Kuala Lumpur dari 2 hingga 7 Ogos, manakala pameran dalam talian dijadualkan berlangsung selama sebulan dari 2 Ogos hingga 2 September 2022.

Gabungan Rama-Rama Taiwan dan Wau Bulan Malaysia

Semasa upacara pembukaan juga turut menyaksikan pelancaran logo rasmi Taiwan Expo yang diilhamkan oleh rama-rama yang mewakili Taiwan dan wau bulan ikonik Malaysia. Rama-rama yang terbang tinggi mewakili persahabatan Malaysia-Taiwan yang kukuh serta peluang perniagaan tanpa had melalui kerjasama erat. 



Taiwan Expo 2022
pelancaran logo rasmi Taiwan Expo yang diilhamkan oleh rama-rama yang mewakili Taiwan dan wau bulan ikonik Malaysia

pelancaran logo rasmi Taiwan Expo yang diilhamkan oleh rama-rama yang mewakili Taiwan dan wau bulan ikonik Malaysia
logo rasmi Taiwan Expo yang diilhamkan oleh rama-rama yang mewakili Taiwan dan wau bulan ikonik Malaysia

 

Sempena upacara pembukaan, para tetamu kehormat disajikan dengan syiling peringatan edisi terhad Taiwan Excellence dan kotak hadiah Tujuh Masakan Khazanah.


Ms. Sharimahton Mat Saleh Deputy Chief Executive Officer, Export Acceleration from Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)
Ms. Sharimahton Mat Saleh Deputy Chief Executive Officer, Export Acceleration from Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)  



H.S. Ms. Anne Hung Representative, Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia
H.S. Ms. Anne Hung
Representative, Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia



Dalam ucapannya, Anne Hung berkata bahawa

Perdagangan Malaysia-Taiwan tetap kuat walaupun dilanda pandemik. Hubungan mesra yang dijalin selama beberapa dekad menyaksikan kedua-dua pihak mencapai hasil perdagangan yang luar biasa. Pada tahun 2021, jumlah perdagangan dua hala meningkat sebanyak 26% kepada hamper USD28 bilion. 

Seterusnya, Hung menyatakan bahawa fokus Taiwan bukan hanya untuk mempromosikan industri berkualiti tinggi tetapi ia juga aktif dalam usaha meningkatkan kerjasama dua hala dalam bakat, pelaburan, teknologi, pelancongan, budaya dan pendidikan seperti yang digariskan di bawah Dasar Baharu Pandang Ke Selatan.


Taiwan Expo 2022
Taiwan Expo 2022



Untuk Taiwan Expo di Kuala Lumpur 2022, produk yang dipilih selaras dengan peta jalan yang disusun di bawah Rancangan Malaysia ke-12. Ekspo ini berpusat di sekitar 5 tema utama - Industri 4.0 & Ekonomi Hijau, Perubatan Pintar, Pertanian Pintar, Halal, Gaya Hidup Taiwan, serta Bakat, Pelancongan & Perkhidmatan Kewangan. 


Taiwan Expo 2022
Taiwan Expo 2022

 

Sebilangan besar produk yang dipamerkan adalah peneraju pasaran global, seperti meter kuasa basikal AROFLY LINK A1, Cecair Steril Pembalut Luka NewEpi Plus oleh Joycom dan lain-lain. Penganjur banyak menerima pertanyaan perniagaan sebelum pameran bermula yang membuktikan populariti ekspo ini.

Taiwan Expo telah dianjurkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga dalam talian sejak 2017. Acara hibrid di Kuala Lumpur merupakan acara dalam talian dengan komponen luar talian yang menyokong pameran. Walaupun sekian lama tidak dianjurkan, minat dalam acara tersebut dan kualiti peluang perniagaan masih kuat. Barisan program yang menarik mendapat sambutan baik dari pengunjung.


Masakan Hebat dengan Ramuan Halal


Untuk pengetahuan anda lagi untuk Taiwan Expo 2022 ini akan diadakan Pertandingan Memasak Makanan Halal & Daging Berasas Tumbuhan Taiwan akan diadakan di Sunway Velocity Mall Kuala Lumpur pada petang 6 Ogos. 

Terdapat 11 produk makanan halal dari 9 jenama akan diterbangkan dari Taiwan untuk pertandingan ini. Lima pasukan yang terdiri daripada dua pelajar dari Fakulti Perhotelan, Pelancongan dan Kesejahteraan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan bertanding dalam acara tersebut. Chef selebriti antarabangsa, Chef Mohd Johari Edrus (Chef Jo) akan menjadi pengadil pertandingan.

Pada hari yang sama (6 Ogos), pelumba basikal Malaysia terkenal Adiq Husainie Othman akan berkongsi pengalamannya menggunakan Meter Kuasa AROFLY. Pendapat dari pelumba basikal profesional ini akan membantu peminat basikal memahami produk ini dengan lebih lanjut.

Pada 7 Ogos pula pemengaruh ICT popular Ke En akan menjadi hos acara yang dinanti-nantikan “ Bidaan Satu Ringgit” di mana banyak produk hebat akan dilelong bermula dari harga satu ringgit, termasuk

  • komputer riba perniagaan MSI Modern 15 B12m 064 yang dijual dengan harga RM3,599
  • pam vakum mini pelancong Vago, 
  • peranti salinan auto MAKTA Qubii Duo
  • Papan Kekunci Permainan Suis Biru Acer Predator Aethon 300
  • Fon Kepala Permainan Adata XPG Precog
  • tanglung ekor harimau yang viral baru-baru ini

Pembidaan bermula dari RM 1. Jangan lepaskan peluang untuk sertai aktiviti lelong ini dan anda mungkin membawa pulang produk menarik pada harga yang amat rendah.


Taiwan Expo 2022
Taiwan Expo 2022



Taiwan Expo di Malaysia 2022 disokong oleh 17 persatuan perniagaan di Malaysia termasuk 

  1. Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kebangsaan (NCCIM)
  2. Dewan Perniagaan & Perindustrian Taiwan di Malaysia (TIAM)
  3. Persatuan PKS Malaysia (SMEAM)
  4. Persekutuan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia (FAATUM)
  5. Persekutuan Persekutuan Perdagangan Malaysia-Taiwan (MTTFA)
  6. Persatuan Ekonomi Malaysia Taiwan (MTEA)
  7. Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM)
  8. Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM)
  9. Persatuan Industri-Industri Fondri dan Kejuruteraan Malaysia (FOMFEIA)
  10. Persekutuan Pedagang Kejuruteraan dan Alat Ganti Motor Malaysia (FEMPTAM)
  11.  Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA)
  12. Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia (MACEOS)
  13. Persatuan Hadiah & Cenderamata Malaysia (MGPA)
  14. Persekutuan Pertubuhan Penjual Alatulis Dan Buku Malaysia (PPPABM)
  15. Persatuan Anggun Menawan Malaysia (PAMM)
  16. Persekutuan Persatuan Industri Kecantikan Asia (FABIA)
  17. Persatuan Perniagaan Hijau Malaysia (MAGBA)


Taiwan Expo 2022
Taiwan Expo 2022


Ekspo fizikal akan berlangsung selama 6 hari di Sunway Velocity Mall dan masuk adalah percuma. Taiwan Expo mengalu-alukan rakan dari seluruh Malaysia untuk menyertai pameran ini untuk mengalami produk Taiwan yang luar biasa serta menerokai peluang perniagaan.

Antara produk produk taiwan yang sempat Cik iena lihat di Taiwan Expo 2022 Sunway Velocity Mall baru baru ini adalah seperti berikut.

1. AROMASE
2. Natural Beauty
3. ANNIE's WAY
4. Bio-Jourdeness
5. Ible



 

 

AROMASE


AROMASE 5α Juniper Scalp Purifying Liquid Shampoo
AROMASE 

AROMASE 5α Juniper Scalp Purifying Liquid Shampoo
AROMASE

 5α Juniper Scalp Purifying Liquid Shampoo

5α Juniper Scalp Purifying Liquid Shampoo

Syampu kulit kepala menghilangkan sebum berlebihan, pembentukan kulit kepala, dan memerangi kelemumur dengan berkesan. 


Kebaikan 5α Juniper Scalp Purifying Liquid Shampoo

• Mengeluarkan sebum kulit kepala yang berlebihan.
• Bersihkan kelemumur dan melegakan keradangan.
• Melembapkan kulit kepala anda dan mengurangkan kemerahan dan sensitiviti.
• pH5.5 dengan asid-asas Amino, tiada bahan kimia keras, tiada paraben dan bebas sulfat.

Untuk maklumat lanjut

https://www.taiwanexcellence.org/en/award/product/1100752

Natural Beauty




Rangaikan Produk Natural Beauty
Rangaikan Produk Natural Beauty


Rangaikan Produk Natural Beauty
Rangaikan Produk Natural Beauty

 
 

Rangaikan Produk Natural Beauty
Rangaikan Produk Natural Beauty
 

 Î³-PGA Deep Hydration Moisturizing Cushion Mask

 

γ-PGA Deep Hydration Moisturizing Cushion Mask
γ-PGA Deep Hydration Moisturizing Cushion Mask


 Î³-PGA Deep Hydration Moisturizing Cushion Mask 

Topeng pekat tinggi yang meningkatkan penghidratan sengit pada kulit. Ia mengandungi molekul pelembap kecil γ-PGA dan ekstrak tumbuhan untuk kesan menenangkan dan melembapkan.

Ingredients
Coconut Alkanes (and) Coco-Caprylate / Caprate, Octyldodecanol, Vegetable Oil, PEG-7 Glyceryl Cocoate (and) Sorbitan Oleate (and) Sorbeth-30 Tetraoleate, Paraffin, Lavandula Angustifolia (Lavender) Essential Oil, Artemisia Vulgaris Oil, Phenoxyethanol (and) Methylparaben (and) Ethylparaben (and) Propylparaben

Untuk maklumat lanjut

https://www.nblife.com.my/en/product/%CE%B3-pga-deep-hydration-moisturizing-cushion-mask


Rangaikan Produk Natural Beauty
Rangaikan Produk Natural Beauty

ANNIE's WAY


Rangkaian Produk ANNIE's WAY
Rangkaian Produk ANNIE's WAY


Rangkaian Produk ANNIE's WAY
Rangkaian Produk ANNIE's WAY



Rangkaian Produk ANNIE's WAY
Rangkaian Produk ANNIE's WAY

 

Rangkaian Produk ANNIE's WAY
Rangkaian Produk ANNIE's WAY
 

Annie's Way Arbutin Hyaluronic Acid Brightening Jelly Mask


Rangkaian Produk ANNIE's WAY
Rangkaian Produk ANNIE's WAY
 

Annie's Way Arbutin Hyaluronic Acid Brightening Jelly Mask





Annie's Way Arbutin Hyaluronic Acid Brightening Jelly Mask
Annie's Way Arbutin Hyaluronic Acid Brightening Jelly Mask



Annie's Way Arbutin Hyaluronic Acid Brightening Jelly Mask
Annie's Way Arbutin Hyaluronic Acid Brightening Jelly Mask

 

Untuk maklumat lanjut

https://www.taiwantrade.com/products/detail.html?productid=1829504

 

Annie's Way Black Tea Bubble Tea Invisible Silk Mask Series

Annie's Way Black Tea Bubble Tea Invisible Silk Mask Series
Annie's Way Black Tea Bubble Tea Invisible Silk Mask Series
 
 

Annie's Way Black Tea Bubble Tea Invisible Silk Mask Series

 

Annie's Way Black Tea Bubble Tea Invisible Silk Mask Series
Annie's Way Black Tea Bubble Tea Invisible Silk Mask Series

Annie's Way Black Tea Bubble Tea Invisible Silk Mask Series
Untuk Maklumat lanjut https://www.taiwantrade.com/products/detail.html?productid=1829558

 

Bio-Jourdeness


Platinum Intensive Whitening Cream From Bio-Jourdeness
Platinum Intensive Whitening Cream From Bio-Jourdeness

Platinum Intensive Whitening Cream From Bio-Jourdeness

Platinum Intensive Whitening Cream From Bio-Jourdeness

Membaiki fenomena penuaan kulit yang disebabkan oleh persekitaran, dan memulihkan garis lembut dan lembut kulit. Dengan bahan paten Caritas JD® sutera Zordenice, seluruh kulit akan menjadi lembut, putih, licin dan cerah semula.

  • Anugerah Perak untuk Reka Cipta di Nuremberg, Jerman
  • Krim pemutih intensif platinum 3 ciri utama
  • CaritasJD adalah bahan anti-penuaan pencerah eksklusif
  • Tambah bahan pemutih sah AA2G
  • Peptida nebulisasi mikroliposom meningkatkan penyusupan berterusan faktor nebulisasi 

Untuk Maklumat Lnjut

http://jourdeness.com.my/en/home-2

 Ible


Airvida – Wearable Air Purifier
Rangkaian iBle Product


Airvida – Wearable Air Purifier
iBle Airvida – Wearable Air Purifier

Airvida – Wearable Air Purifier

Airvida membuang 99.7% coronavirus daripada udara 1
(Fasiliti Teras Penyakit Berjangkit Academia Sinica, Taiwan)

Airvida membuang 99.9% virus daripada udara 2
(Pusat Penyelidikan Kitasato untuk Sains Alam Sekitar, Jepun)

Untuk maklumat lanjut 

https://airvida.co/en/home

 

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Taiwan Expo 2022 , sila lawati halaman rasmi Facebook:

https://www.facebook.com/TaiwanExpo.mys/ atau laman web:

http://mysonline.taiwanexpoasean.com/


 
 




Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve