Grab The Promo

Benzoyl Peroxide Dalam Tepung Gandum

Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih daripada 50 miligram (mg)/kilogram (kg).
Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman berkata, kajian yang dijalankan Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ke atas benzoyl peroxide mendapati penggunaan bahan kimia itu dalam makanan tidak mendatangkan kemudaratan.

Benzoyl peroxide bukan karsinogenik atau bahan yang boleh menyebabkan barah. Laporan JECFA menyatakan semasa pemerosesan makanan, hampir keseluruhan benzoyl peroxide akan ditukar kepada asid benzoik. “Pengambilan tepung gandum yang dirawat dengan benzoyl peroxide hampir menyerupai pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik iaitu sejenis bahan pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985. Ia juga tidak menyebabkan barah,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro.
Noraini berkata, berhubung penggunaan bahan kimia itu berisiko mendatangkan kencing manis dan arthritis, pihaknya tiada sebarang maklumat.

“Laporan JECFA menyatakan pengambilan benzoyl peroxide boleh menyebabkan jangkitan pada kulit tetapi ia bukan akibat pengambilan melalui makanan, sebaliknya kesan rawatan kulit,” katanya. Katanya, selain Malaysia, Singapura dan Jepun yang membenarkan penggunaan benzoyl peroxide dalam tepung gandum, Amerika Syarikat turut membenarkan penggunaannya dalam tepung dan keju manakala Kod Standard Pemakanan di Australia dan New Zealand membenarkan ia digunakan dalam semua makanan.

Noraini berkata, PPM 1985 membenarkan mana-mana tepung termasuk tepung gandum yang mengandungi benzoyl peroxide pada kadar tidak lebih daripada 50 miligram/kilogram sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan.




Semalam agak heboh la kt fb menyatakan tepung gandum cap sauh yg slalu kite beli tu
tak boleh mkn sb mengandungi Benzoyl Peroxide.
Ramai yg share info tersebut..


So cik iena pn jmp la dr google ..search info yg berkaitan 
jumpa lah artikel dr hmetro nie


"Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih daripada 50 miligram (mg)/kilogram (kg)"

cik iena tgk dkt plastik tepung gandum cap sauh tu dia tak tulis plak berapa peratus kan..
hurmm timbul ragu2 jugak tu nk mkn sb xtulis bpe peratus..
Rasenye ramai lg rakyat Malaysia yg menggunakan tepung nie.

Lepas nie kalau beli tepung kene alert sket
bace kandungan nya
sama ade beli yang tidak mengandungi Benzoyl Peroxide atau pun yang mengandungi Benzoyl Peroxide kurang daripada 50 miligram.

Tambahan : menurut rakan blogger(kak sutera kaseh)
ahad lepas kak sutera kaseh ada tgk rncgn assalamualaikum tv al hijrah, tetamu jemputan dr PPIM, kata tepung yg mengandungi benzoil tu mmg x boleh makan..walaupun sikit..ia ibarat bahan peluntur

So adalah lebih baik if kita beli tepung yg tiada kandungan Benzoyl Peroxide.

terfikir sejenak.
klu cm tu nk kuih kite kene buat sendiri lah..
sb nye kebanyakan rakyat malaysia guna tepung cap sauh.
dlu mase kecik2 pnh tlg makcik buat kuih..
dia gune tepung tu..

takkan nk beli kuih kite nk tny makcik gune tepung ape ni?
hahahaha..
cane la tu eyhh..
 

Sekian utk info kwn2
(^_~)









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


4 comments:

  1. ahad lepas ada tgk rncgn assalamualaikum tv al hijrah, tetamu jemputan dr PPIM, kata tepung yg mengandungi benzoil tu mmg x boleh makan..walaupun sikit..ia ibarat bahan peluntur..

    ReplyDelete
  2. ur wlcm ain
    owh iena x tgk cite tu
    jarang tgk tv:)
    terima kasih for the info kak

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve