Grab The Promo

TIPS PENJAGAAN RAMBUT

Rambut panjang terurai hanya kelihatan indah apabila keadaannya baik, maksudnya tidak kering, tidak pecah atau bercabang atau berkelemumur. Untuk menjadikan rambut selalu sihat tidak boleh dilakukan dengan sekelip mata, tapi kita boleh mencegah dan memperbaiki kerosakannya.





Baca beberapa tips berikut :



1. Apabila bangun tidur, jangan terburu-buru menyikat rambut, leraikan rambut dengan jari-jari tangan untuk mengurai rambut yang kusut. Pilihlah sikat dengan bahan asas kayu. Sikat rambut dengan lembut, rapikan dengan tangan untuk menghindari hujung-hujung rambut yang beterbangan.


2.Rambut panjang tidak cukup hanya diberi conditioner. Lakukan treatment seminggu sekali untuk memberikan kelembutan dan kilau pada rambut.


3. Ketika menggunaan conditioner atau bahan rawatan yang lain, cukup disapukan di batang dan hujung rambut kerana hanya bahagian itu yang paling perlu dan bukan di kulit kepala.


4. Sebelum syampu rambut, sikat rambut terlebih dulu, demikian juga ketika rambut masih dalam keadaan basah dan selepas memakai conditioner, menyikat rambut dalam keadaan ini akan mengelak rambut menjadi kusut.


5. Terlalu kerap menggunakan pengering rambut akan menyebabkan kerosakan pada rambut dalam jangka masa panjang, jadi, guna pengering rambut sesekali saja.Pastikan pengering rambut anda tidak terlalu panas.


6. Jangan terlalu kerap menggulung rambut dengan rol rambut yang panas , jika terpaksa menggunakannya, pastikan rambut anda telah dilindungi dengan produk rawatan untuk mencegah kerosakan.


7. Sekiranya anda suka berenang, selain menggunakan sunblock untuk kulit, gunakan juga produk rawatan untuk melindungi rambut dari sinar matahari dan air berkalorin di kolam renang.


8. Berapa kerap kita harus memotong rambut? - Jika pertumbuhan rambut anda lambat, potong hujungnya setiap 12 minggu untuk menghindari ujung rambut pecah-pecah. Sebaliknya, jika rambut anda cepat tumbuh, potong setiap 2 bulan sekali.


9. Jika Anda bosan dengan rambut panjang dan merancang memotong rambut pendek tetapi anda masih ragu, cuba untuk memotongnya paras bahu dahulu, sehingga anda tidak akan terlalu terkejut dengan perubahan penampilan anda. Tetapi jika anda sudah pasti potongan rambut apa yang diinginkan, lakukan saja, jika hasilnya tidak seperti yang diharapkan, jangan putus asa, rambut kita akan panjang lagi






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve