Grab The Promo

KBBA BLOGGER'S DAY OUT ( KBDO)



Beberapa hari lagi KBBA BLOGGER'S DAY OUT akan berlansung. Ini merupakan aktiviti terbesar yang diuruskan oleh team #kelabbloggerbenashaari sendiri dengan tajaan oleh KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA , CYBERJAYAVIEW SDN BHD.

image


Serba sedikit mengenai KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA ( KKTTC ) ini.

Mungkin ada yang sudah mengetahuinya  dan ada yang masih tidak tahu langsung kewujudan taman riadah ini. Taman riadah ini  sesuai untuk seisi keluarga dan juga orang perseorangan.

Terletak berhampiran dengan Universiti Multimedia ,  KKTTC telah wujud sejak 2006 lagi dan mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan untuk bersukan seperti driving range , gelanggang tennis , paintball , sirkit go kart , kolam mandi , gelanggang futsal , gymansium , studio menari , gelanggang badminton , squash , dan basketball. Disini juga anda boleh membuat tempahan untuk mengadakan majlis majlis tertentu seperti perkahwinan dan mesyuarat perniagaan.

Bagi mereka yg ingin menempah atau mengadakan perkahwinan di sini , amatlah bersesuaian sangat sangat. Keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa..  Catering juga boleh terus ditempah disini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi  03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC ,@kelabkomuniticyberjaya.

Ok , berkenaan dengan KBBA BLOGGER’S DAY OUT  ( KBDO) ni .. Seramai 100 blogger akan sertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball. Tapi menariknya , ianya bukan sekadar golf atau badminton tau ! Ianya telah diubah konsep agar lebih menarik dan mencabar . Cik iena pun tak sabar-sabar nak tunggu hari kejadian .


Ramai blogger bertanya camana nak join KBDO ni.. Ini merupakan aktiviti pertama yang terbesar  oleh KBBA dan masih belum dibuka untuk orang ramai untuk menyertai aktiviti . Walaubagaimanapun anda dijemput hadir untuk memeriahkan majlis .disamping dapat berkenalan dengan blogger blogger baru.. InshaAllah , andai program ni berjaya .. KBBA akan merancang untuk aktiviti yang lebih  besar dari ni.. Segalanya bergantung pada sambutan dan kelancaran projek ni ..

Antara penaja rasmi KBDO 2015 ini ialah :




Anda  dijemput hadir untuk memeriahkan aktiviti yang julung julung kali diadakan..


iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve