Grab The Promo

Pelembut Fabrik Downy Haram


Pelembut Fabrik Downy Haram


Benarkah apa yang digembar gemburkan di laman sosial facebook bahawa pelembut fabrik downy adalah haram?

Untuk pengetahuan, Downy adalah jenama pelembut fabrik yang dihasilkan oleh Procter & Gamble. Downy memasuki pasaran Amerika Syarikat pada 1961 dan telah berkembang ke beberapa negara di Amerika Selatan, Eropah dan Asia.

Cik iena kurang pasti tahun bila Downy mula memasuki Malaysia . Bila google tak jumpa maklumat yang sahih . Cik iena rasa macam dah lama juga.


Hari ini home page facebook cik iena di penuhi dengan komen2 mengenai downy yang dikatakan haram.

Benarkah pelembut fabrik downy adalah haram?


Cik iena masih belum tahu kesahihannya. 




Pelembut Fabrik Downy Haram


Hasil carian google cik iena jumpa www.muslimconsumergroup.com yang mengatakan downy mengandungi lemak babi. 

Hasil carian lain , seperti gambar yang di muatnaik di facebook dan cik iena yakin orang yang memuat naik gambar tersebut mengambil maklumat daripada website ini  http://www.halaltimes.com/downy-liquid-fabric-softeners-haram/



 
Pelembut Fabrik Downy Haram


Walaubagaimanapun kedua-duanya bukanlah website dari Malaysia . Kebanyakan kandungan produk boleh berubah-rubah mengikut negara produk itu di pasarkan . Jadi kita seharusnya tidak boleh percaya bulat-bulat mengenai isu ini.  Berkemungkinan ia adalah haram untuk negara keluaran tersebut dan bukan Malaysia.

Seharusnya kita tunggu keputusan pihak berwajib untuk soal selidik isu ini. Pada yang masih yakin untuk menggunakan Downy boleh meneruskan penggunaan. Jika tak yakin jangan lah guna. 


Nampaknya isu downy ni mungkin akan jadi seperti isu cadbury seperti sebelum ni. dok post sana sini haram. Akhirnya ia di jamin Halal.  Bagus juga orang Malaysia macam ni.. Biar orang atasan buat kerja sikit (^_~)


Sumber mengenai Downy : littlemamadiary.com
Sumber Mengatakan Downy Haram : SAHABAT HALAL


Kalau nak tau lebih lanjut boleh baca fb sahabat halam yang mana mengecam teruk isu ini. Cik iena pun jadi pening baca komen-komen. Apa-pun tepuk dada tanya selera. Sekiranya anda tak yakin jangan pakai produk tersebut . Walaubagaimanapun di harap pihak Downy Malaysia dapat merungkaikan isu ini secepat mungkin yang mana ianya menjadi tanda tanya rakyat Malaysia malahan ada yang berbalah mengenai isu ini .


UPDATE DARI DOWNY MALAYSIA


Downy Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa produk downy di Malaysia adalah bebas daripada lemak Babi dan juga haiwan-haiwan lain . Produk downy di Malaysia adalah berdasarkan tumbuhan. Apa yang di viralkan oleh pihak sahabat Halal adalah produk Downy keluaran Amarika.

Produk Downy di Malaysia di kilangkan Di Vietnam


-KENYATAAN DOWNY MALAYSIA-

Produk Downy di Malaysia TIDAK berasaskan bahan babi. Formula produk kami yang dijual di Malaysia TIDAK sama dengan formula yang digunakan di Amerika Syarikat dan juga dihasilkan di kilang yang berbeza. Maklumat yang dikongsi di laman FB yang lain adalah khusus kepada produk yang dijual di Amerika Syarikat.
Kami mereka produk kami dengan mengambil kira keperluan pelanggan kami di setiap pasaran produk kami dijual. Kami mempunyai beberapa variasi produk untuk memenuhi keperluan yang berbeza di setiap pasaran. Tidak kira dimana produk kami dihasilkan, kami menjamin kualiti yang tinggi bagi semua produk Downy.
Terima kasih.
 

Okay terungkai sudah isu ini, tapi di page sahabat halal masih lagi mengecam produk downy malahan mengajak rakyat Malaysia untuk memboikot Downy . Pada cik iena tak perlu begitu. Rakyat Malaysia memang macam ni selalunya Boikot Boikot Boikot. Kotnya produk yang korang boikit tu ade sedara mara korang kerja situ. Dah Hilang mata pencarian. Sebelum boikot memboikot pastikan betul2 sahih ianya tidak halal dari JAKIM. Maka Untuk memastikan masalah ini selesai pihak Downy Seharusnya mengadakan sidang media dan juga memohon status halal jakim bagi meyakinkan lagi Rakyat Malaysia.


Nota Blog : cuba korang pergi cek sabun mandi, sabun pinggan , sabun basuh. ADA HALAL JAKIM TAK ? hahahah Ouh Malaysia. Kalau korang perasan produk-produk cucian baju ni kebenyakan nya tiada status HALAL JAKIM (^_~)
ikut kata hati korang la ye. Ikut kefahaman cik iena bila selalu pergi event perasmian produk2 ni bila di tanya status halal jakim, mereka akan jawab dalam proses dan mereka akan cakap sebelum sesuatu produk dari luar negara di komersialkan secara besar-besaran di Malaysia, aspek utama yang akan di usulkan adalah soal halal haram. Maka pihak yang nak bawa produk tu ke malaysia akan pastikan terlebih dahulu yang kandungan nya adalah HALAL. Cuma nya nak mohon status Halal jakim tu memakan masa dan banyak proses gituh :)

Dah pergi cek sekarang halal ketidak ?
kahkahkah cik iena guna DYNNAMO, takde tanda halal la T____T

Ahaa boleh tak nak request COSMODERM keluarkan  sabun pencuci  n shampoo. Sekarang cik eina banyak pakai produk COSMODERM. Semuanya ada tanda HALAL :)
kah2 baru lepas cek kesemua produk cosmoderm, kosmetik-kosmetik . Banyak yg xde halal sebenarnya. Tapi Cosmoderm SEMUA ADA HALAL (^_~)


Semalam 22 NOvember 2015 cik iena ke speedmart dan cek tanda halal untuk pencuci pakaian dan pelembut fabrik :)

Untuk pengetahuan selain downy, jenama terkenal lain untuk pelembut fabrik juga tidak mempunyai sijil halal seperti softlan dan Daia. Pelembut fabrik yg ada sijil Halal  adalah pelembut fabrik EVA
dan kebanyakan sabun pencuci kain juga tidak mempunyai sijil halal kecuali TOP
Sekian untuk perkongsian






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




1 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve