Grab The Promo

Pengalaman pembaharuan passport di saat viral tempoh pembaharuan 6 bulan




Gara gara viral 6 bulan tempoh pembaharuan passport, pejabat imigresen di banjiri orang ramai dan orang ramai mula menunggu nombor seawal jam 2 pagi.

Ini merupakan pengalaman yang sangat teruk untuk membuat pembaharuan passport. Di sebabkan cik iena perlu ke bandung bulan hadapan dan passport cik iena tamat tempoh pada 30 ogos 2016 cik iena terpaksa juga menempuh tempoh sukar ni haha.

Malam semalam cik iena dan rakan tidur di rumah rakan yang terletak di wangsamaju kemudian cik iena perlu menjemput rakan pejabat lelaki di ukay perdana. Terima kasih sharul sebab kakak sharul bagi tumpang tidur and terima kasih juga teman kami queue nombor di imigresen.

Cik iena bangun sewal 4 pagi kemudian jemput rakan pejabat dan tiba di jabatan imigresen wangsamaju sekitar jam 5.
Pada pukul 7.30 pagi nombor mula di edarkan. Untuk hari ini nombor yang di keluarkan sehingga 100 sahaja.
Selepas mengambil nombor cik iena hantar rakan pejabat ke lrt dan kembali ke imigresen. Semasa tiba di imigresen, nombor masih belum di panggil. Nombor mula di panggil sekitar jam 8.45 am.
Bermulalah sekali lagi penantian. Tapi Alhamdulillah asalkan dapat nombor giliran.
Ini merupakan tempat ke empat cik iena datang untuk membuat pembaharuan passport.
Sebelum ni cik iena pergi utc pudu. Nombor yang di keluarkan setakat 100 nombor sahaja. Orang ramai mula queue pada jam 5 dan cik iena tiba jam 8. 
Kemudian cik iena ke imigresen putrajaya.Juga tidak bernasib baik walaupun nombor yang di buka sebanyak 700 namun kehadiran orang ramai yang mula menunggu sejak jam 5 menyebabkan kehabisan nombor.nombor giliran habis diedarkan sekitar jam 8 ++.
Kemudian cik iena ke imigresen kajang. Bernasib tidak baik juga kerana nombor yang dibuka setakat 160 akan tetapi ianya habis kerana.orang mula menunggu sejak jam 3 pagi dan pada hari tersebut juga berlaku pergaduhan untuk mendapatkan nombor giliran.

Di sini cik iena sempat bertanya kepada pegawai imigresen mengenai viral yang menyatakan tempoh pembaharuan passport adalah selama 6 bulan berbeza dengan kadar menunggu sebelum di mana ianya siap satu jam selepas pembayaran.
Pegawai tersebut menyatakan ianya tidak benar belaka. Apa yang berlaku adalah pihak imigresen menghadkan pengeluaran passport atas sebab kekurangan bekalan passport dari pihak vendor.
Kalau dah buku merah takde nak print details kita kat mana kan. Takkan di kertas A4.Jadi pihak imigresen mengambil inisiatif untuk menghadkan pengeluaran passport bagi setiap cawangan.
Kadar pengeluaran passport bagi setiap cawangan adalah berbeza pada setiap hari bergantung pada bekalan passport yang di bekalkan dari pihak vendor.
Berikutan isu 6 bulan tempoh pembaharuan passport menjadikan orang ramai berpusu2 membuat passport walaupun jadual perjalanan mereka adalah 6 bulan dari tarikh semasa.
Pada cik iena, dalam hal ini pihak media seharus nya memaklumkan kepada orang ramai bahaea merancang perjalana dengan betul.Pada yang ingin travel 8 bulan keatas tidak perlu.membuat pembaharuan passport pada waktu seperti ini yang boleh dikatakan agak.kritikal kerana orang ramai terpaksa beratur seawal jam 2 pagi.
Seharusnya keutamaan di berikan kepada mereka yang ingin travel dalam masa 6 bulan. Cik iena sangat kesian tengok ramai orang terpaksa balik kerana nombor yang di keluarkan hanya 100 untuk hari ini di wangsamaju. Dianggarkan lebih dari 300 telah beratur pada jam 6.30 pagi.
Alhamdulillah cik iena antara yang terselamat.gituh. Cik iena yang ke 73. Syukur sangat. Ini merupakan destinasi ke 4 untuk.membuat pembaharuan passport. Asalkan.dapat.nombor cik.iena bersyukur.
Setibanya cik iena di sini.memang ramai yang telah menunggu. Orang yang terawal menunggu adalah seorang uncle cina yang berada di sini sejak jam 2 pagi. Cik iena sangkakan cawangan kajang yang paling awal menunggu jam 3 pagi, rupanya di wangsamaju jam 2 pagi sudah ada yang menunggu.
Dalam tempoh menunggu giliran ni cik iena tulis artikel ini untuk di kongsi bersama dan juga mungkin untuk rujukan anda yang ingin membuat passport.
Ini.merupak mimp ngeri cik iena lah nak renew passport seteruk ini gara gara viral 6 bulan tersebut.
Okies nanti cik iena update lagi ye







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve